tatabahasa tingkatan 3

Upload: misah-sulaiman

Post on 10-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 tatabahasa tingkatan 3

    1/11

    TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA MELAYU PMR

    KERTAS 1

    A KENALI KERTAS ANDA!

    B PEMBAHAGIAN KERTAS 1

    Soalan 1 7

    Merupakan soalan Penggunaan pelbagai jenis kata, imbuhan dan kata ganda dalam ayat.

    Tip menjawab!

    1

    1. Kertas ini dikenali dengan kod 02/1 PMR.

    2. Mulai tahun 2005, terdapat perubahan format, iaitu jumlah soalannya terdiri daripada

    40 soalan objektif.

    3. Jumlah masa yang diperuntukkan juga berubah, iaitu hanya 1 jam sahaja.

    Soalan jenis ini, sebenarnya merupakan bentuk soalan yang memang

    dikemukakan dalam Kertas 1 Bahasa Melayu PMR, pada setiap tahun.

    Justeru, para pelajar boleh merujuk kertas soalan pada tahun-tahun yang lepas

    untuk membiasakan diri pelajar dengan bentuk soalan tersebut.

    Para pelajar perlu mempunyai pengetahuan tatabahasa dan penguasaan kosa

    kata yang mantap. Bagi tujuan ini adalah mustahil untuk pelajar menghafal

    kesemua kosa kata yang terdapat dalam kamus.

    Kaedah yang lebih efektif adalah dengan banyak membuat latihan dan merujuk

    kamus. Logiknya, semakin banyak anda membuat latihan, maka semakin banyak

    Contoh

    Lukisan yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu menunjukkan bahawa

    pelukisnya mempunyai _________ yang tinggi.

    A daya nukilan

    B daya rasa

    C daya imaginasi

    D daya upaya

  • 8/8/2019 tatabahasa tingkatan 3

    2/11

    Soalan 8 14

    Merupakan soalan mengesan kesalahan umum tatabahasa sama ada dari segi:

    (a) Kesalahan dari segi penggunaan kata;

    (b) Kesalahan dari segi penggunaan frasa;

    (c) Kesalahan dari segi struktur ayat;

    (d) Kesalahan dari segi penggandaan;

    (e) Kesalahan dari segi pemajmukan; dan

    (f) Kesalahan dari segi pengimbuhan.

    Tip menjawab!

    2

    Untuk menjawab soalan jenis ini, sekali lagi, penguasaan tatabahasa adalah sangat

    penting.

    Latihan menjawab soalan-soalan tahun lepas akan dapat membantu pelajar

    membiasakan diri dengan bentuk-bentuk kesalahan yang sering disoal dalam kertas

    soalan.

    Contoh: tepak-tapak, rasmi-resmi, tembok-tembuk

    -di dalam/dalam, demi untuk/untuk, pada/kepada, dari/daripada

    Jadikan kamus dan buku rujukan tatabahasa sebagai bahan untuk mengukuhkan

    penguasaan tatabahasa anda.

    Jadikan sikap suka menganalisis ayat sebagai satu amalan terutamanya semasa

    membaca akhbar atau majalah.

    Contoh

    Datuk Abdul Malik menempah sejarah kerana berjaya merentasi Selat

    A B C

    Inggeris. Tiada kesalahan

    D

  • 8/8/2019 tatabahasa tingkatan 3

    3/11

    Soalan 15 17

    Mengenal pasti maksud kata dan penggunaan kata yang betul dalam sesebuah ayat.

    Tip menjawab!

    Soalan 18 21

    Soalan dalam kumpulan ini ingin menguji pengetahuan sintaksis para pelajar. Para pelajar

    diminta mengenal pasti sama ada bahagian ayat yang digaris itu betul atau salah. Jika

    didapati salah, pilih jawapan yang tepat bagi menggantikan bahagian yang bergaris itu.

    Tip menjawab!

    3

    Jumlah soalan hanya 3 sahaja. Namun, soalan ini agak mengelirukan jika

    penguasaan kosa kata pelajar lemah.

    Antara teknik yang boleh diguna pakai adalah dengan mengenal pasti terlebih

    dahulu penggunaan kata yang salah. Kemudian, potong jawapan yang

    mengandungi nombor jawapan itu.

    Baki jawapan yang ada haruslah dianalisis untuk mengenal pasti kesalahannya.

    Walau bagaimanapun, latihan dan persediaan awal amat perlu untuk

    memudahkan para pelajar menjawab soalan-soalan jenis ini.

    Contoh:I Terdapat kesan jari pencuri pada pemegang pintu itu.

    II Filem yang menyayat hati itu memberi kesan kepada penonton.

    III Dia memotong rumput supaya halaman rumahnya ada kesan cantik.(x)

    IV Penyakit taun memberi kesan yang buruk terhadap industri pemakanan.

    A I dan II sahaja

    B I, II dan IV sahaja

    C II, III dan IV sahaja (x)

    D I, II, III dan IV (x)

    Baca bahagian yang bergaris itu dengan teliti. Cuba kenal pasti aspek-aspek

    tatabahasa yang terdapat dalam ayat yang digaris itu. Misalnya, sama ada, dari

    aspek imbuhan, kata ganda, struktur ayat, atau pemajmukan.

    Melihat jawapan juga, adalah salah satu cara untuk mendapat jawapan yang betul.

    Mana-mana jawapan yang memang dikenal pasti salah, hendaklah dipotong.

    Dengan cara ini, jumlah jawapan yang hendak dipilih semakin berkurang, maka

    memudahkan anda untuk membuat pemilihan. Namun, seperti biasa, penguasaan

    tatabahasa amatlah mustahak. Latihan yang konsisten, pasti menambah pengalaman

    dan penguasaan pelajar untuk menjawab soalan ini.

    Contoh

    Subhi menceritakan tentang pengalamannya semasa mendaki Gunung

    Ledang di Johor.

    A cerita tentang pengalamannya (x) = tiada imbuhan ber-

    B bercerita tentang pengalaman dia (x) = dia digantikan dengan nya.

    C menceritakan pengalamannya ()

    D menceritakan tentang pengalamannya (x) = kata kerja berimbuhan kantidak menerima kata sendi nama; tentang.

  • 8/8/2019 tatabahasa tingkatan 3

    4/11

    Soalan 22 24

    Soalan untuk menentukan maksud ayat. Soalan jenis ini memang popular sejak dahulu lagi.

    Pelajar diuji untuk mengenal pasti ayat yang mempunyai maksud yang sama tetapi berbeza dari

    segi strukturnya.

    Tip menjawab!

    Soalan 25 27

    4

    Pelajar mesti membaca ayat utama dengan teliti dan cuba memahaminya.

    Isi utama yang terkandung dalam ayat itu hendaklah dikenal pasti dan ditandakan.

    Biasanya tiga.

    Contoh

    Lawatan ke pusat kraf tangan itu bertujuan untuk mendedahkan penduduk kampung

    supaya mereka dapat memanfaatkan hasil bumi tempatan.

    Kemudian, kenal pasti jawapanatau ayat yang lain, yang mengandungi ketiga-tiga isi

    tersebut.Contoh

    Setelah melawat pusat kraf tangan itu, penduduk kampung mendapat pendedahan

    tentang bagaimana hendak memanfaatkan hasil bumi tempatan.

    Soalan ini kadangkala sangat mengelirukan. Oleh itu, pelajar harus teliti dan sentiasa

  • 8/8/2019 tatabahasa tingkatan 3

    5/11

    Soalan ini ingin menguji pelajar supaya memilih gabungan ayat yang betul tatabahasanya sahaja.

    Jumlah ayat yang diberi adalah sebanyak empat.

    Tip menjawab!

    Soalan 28 30

    Soalan tentang peribahasa.

    Soalan ini menguji pemahaman pelajar tentang peribahasa.

    Peribahasa terlalu banyak dan sukar dihafal, tetapi pelajar harus cuba memberi

    penekanan terhadap peribahasa-peribahasa yang terkandung di dalam buku teks

    Bahasa Melayu Tingkatan 1, 2, dan 3.

    Tip menjawab!

    5

    Di samping mencari ayat yang betul dari segi tatabahasanya, para pelajar juga

    boleh menggunakan teknik mengenal pasti ayat yang nyata kesalahannya.

    Jika ayat itu ternyata salah, maka, jawapan yang mengandungi ayat itu dipotongkan.

    Dengan cara ini, hanya tinggal beberapa ayat sahaja yang perlu dianalisis.

    Contoh

    I Rumah silam itu kelihatan sungguh menyeramkan.

    II Hampir setiap malam ibu bertemankan air mata.

    III Setiausaha Encik Ali bukan sombong, hanya bersikap tegas. (x)

    (sombong = kata adjektif; sepatutnya = tidak)

    IV Puan Tan terpaksa melahirkan kedua-dua orang anaknya itu melalui

    pembedahan kerana dia menghidap penyakit darah tinggi.

    A I dan II sahaja

    B II dan III sahaja (x)

    C II dan IV sahaja

    D III dan IV sahaja (x)

    (Jawapan yang tepat ialah C kerana ayat perkataan silam pada rumah tidak boleh

    Senaraikan peribahasa yang terdapat di dalam buku teks.

    Cari maksud dan makna peribahasa tersebut.

    Cuba unakan eribahasa di dalam a at atau dalam karan an ela ar.

  • 8/8/2019 tatabahasa tingkatan 3

    6/11

    Soalan 31 35

    Pemahaman Prosa (KOMSAS)

    Soalan 36 40

    Pemahaman Puisi (KOMSAS)

    Tip menjawab!

    KERTAS DUA

    A KENALI KERTAS ANDA!

    6

    Pelajar perlu membaca petikan dengan teliti sekurang-kurangnya dua kali. Jangan hanya

    membaca ayat atau perenggan yang berkaitan dengan soalan sahaja.

    Kemudian, bacalah soalan-soalan dan setiap jawapan pilihan dengan teliti.

    Fahamilah maksud penggunaan kata dan frasa seperti kecuali, antara berikut, pernyataan

    yang benar, pernyataan yang tidak benar, perkara utama, mesej, pengajaran, tema, nilai

    murni, dan sebagainya. Jika kata atau frasa ini tidak difahami secara jelas, maka pelajar

    akan membuat kesilapan semasa mencari jawapan.

    Secara umumnya, soalan-soalan ini berdasarkan tiga bentuk, iaitu:

    (a) Soalan pemahaman berdasarkan petikan;

    (b) Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan petikan;

    (c) Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi.

    Soalan (a)

    Pelajar dikehendaki mencari jawapan berdasarkan isi petikan sahaja. Cuba kenal pasti

    jawapannya dalam setiap perenggan atau setiap rangkap.

    Soalan (b)

    Pelajar dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera tetapi berdasarkan petikan sahaja.

    Soalan (c)

    Pelajar dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera berdasarkan keseluruhan prosa

    atau puisi yang dikemukakan oleh soalan.

    Oleh yang demikian, untuk menjawab soalan pemahaman dengan baik, pelajar wajarlah

    menguasai pelbagai aspek sastera yang diajar oleh guru.

    1 Kertas 2 ini dikenali dengan kod 02/2 PMR.

    2 Mulai tahun 2005, bentuk atau format kertas ini berubah agak ketara.

    3 Masa yang diperuntukkan ialah 2 jam, manakala markahnya ialah 100 markah.

  • 8/8/2019 tatabahasa tingkatan 3

    7/11

    B PEMBAHAGIAN KERTAS 2

    BAHAGIAN A (i) RINGKASAN

    Soalan ini meminta pelajar menulis ringkasan tidak melebihi 80 patah perkataan

    berdasarkan sebuah petikan 200 hingga 250 patahperkataan atau 4 hingga 5

    perenggan.

    Tip Menjawab!

    7

    Bahagian A:

    Dibahagi kepada dua, iaitu:

    (a) Ringkasan 20 markah

    (b) Pemahaman petikan umum (3 item soalan) 10 markah

    Bahagian B

    Karangan berdasarkan bahan rangsangan 20 markah

    Bahagian C

    Karangan respons terbuka (5 item soalan, pilih 1) 40 markah

    Bahagian D

    KOMSAS (Novel) 10 markah

    Langkah pertama, pelajar haruslah membaca arahan soalan dengan teliti

    terutamanya untuk mengenal pasti kata kunci/fokus soalan seperti faktor, langkah,

    kesan, kepentingan, manfaat, implikasi, akibat, cara dan sebagainya.

    Selepas mengenal pasti kata kunci tersebut, pelajar perlu mencari isi-isi penting

    dalam petikan berdasarkan kata kunci/fokus soalan yang diberi.Jangan hadkan

    jumlah isi-isi penting. Carilah sebanyak mungkin yang ada dalam petikan tersebut.

    Selepas dapat mencari isi-isi penting tersebut, tulis ringkasan dalam satu

    perenggan yang mengandungi tidak lebih daripada 80 patah perkataan

    (sekurang-kurangnya mesti ada 6 hingga 7 isi).

    INGAT!!! Jangan salin ayat bulat-bulat daripada isi tersebut; dan jangan ubah

    kesemua perkataan yang terdapat dalam isi tersebut kerana bimbang maksudnya

    akan ter eson .

  • 8/8/2019 tatabahasa tingkatan 3

    8/11

    Selepas menulis ringkasan itu sila kira jumlah perkataan serta semak jika terdapat

    kesalahan ejaan atau tatabahasa.

    Markah maksimum untuk isi ialah 10 markah (5 isi x 2 = 10 markah); manakala markah

    maksimum untuk bahasa ialah 10 markah (bergantung pada persembahan bahasa

    pelajar).

    BAHAGIAN A (ii) PEMAHAMAN

    Berdasarkan petikan umum untuk membuat ringkasan tadi, pelajar juga perlu menjawab

    3 soalan pemahaman.

    Soalan 1

    Soalan tentang maksud frasa atau rangkai kata dan juga peribahasa yang terdapat dalam

    petikan dan 2 markah akan diberi. Seboleh-bolehnya, gantikan setiap perkataan dalam

    rangkai kata tadi dengan perkataan anda sendiri, tetapi hendaklah mengikut maksud

    penggunaannya dalam petikan.

    Soalan 2

    Soalan pemahaman berdasarkan petikan dan markah yang diberi ialah 4. Oleh sebab soalan

    ini berdasarkan petikan, pelajar mestilah mencari isi jawapannya dalam petikan tersebut.

    Setelah ditemui,jangan disalin bulat-bulat tetapi seperti menjawab ringkasan, pelajar

    sekurang-kurangnya mengubah satu atau dua perkataan. Markah yang diberi ialah 4, maka

    pelajar perlu mengemukakan lebih daripada satu isi (2, 3 atau 4 isi jika ada dalam petikan).

    8

    Lebih baik dan selamat, ubah satu atau dua perkataan yang terdapat dalam

    ayat isi itu.

    Contoh

    Fokus soalan

    Masalah penjualan buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Ayat Isi

    Ada yang berpendapat bahawa tabiat membaca rakyat Malaysia masih

    rendah berbanding dengan rakyat di negara-negara lain.

    Cara I

    Masalahnya adalah disebabkan amalan membaca masyarakat Malaysia

    masih rendah berbanding dengan masyarakat di negara-negara lain.

    Cara II

    Amalan membaca rakyat Malaysia yang masih rendah berbanding dengan

    rakyat di negara-negara lain merupakan masalahnya.

  • 8/8/2019 tatabahasa tingkatan 3

    9/11

    Soalan 3

    Merupakan soalan pendapat yang jawapannya dikategorikan sebagai tersirat. Hal ini

    bermakna pelajar mesti membuat kesimpulan atau memberikan pendapat sendiri.

    BAHAGIAN B KARANGAN BERPANDU

    Mulai PMR 2005, pelajar akan menjawab karangan berdasarkan bahan rangsangan

    sama ada dalam bentuk gambar, bahan grafik, jadualdan sebagainya.

    Untuk menjawab soalan ini, langkah pertama yang penting adalah membaca arahan

    soalan dengan teliti, kerana terdapat kata kunci yang akan membimbing pelajar untuk

    menghasilkan karangan nanti.

    Tip Menjawab!

    Contoh:

    Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kegunaan

    perpustakaan berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda hendaklah tidak

    lebih daripada 120 patah perkataan.

    BAHAGIAN C KARANGAN UMUM

    Dalam Bahagian C ini, anda diberi 5 pilihan. Bacalah dengan teliti semua soalan.

    9

    INGAT!!! Pelajar tidak boleh memberikan pendapat yang sewenang-

    wenangnya. Oleh itu, untuk selamat, pelajar perlulah bertindak bijak denganmemberikan seberapa banyak isi yang dapat.

    Berdasarkan arahan soalan tersebut, pelajar dikehendaki menulis tentang

    kegunaan perpustakaan (kegunaan = kepentingan, kebaikan, faedah, dan manfaat).

    Ingatlah, bahawa ini ialah karangan. Oleh itu, haruslah mengandungi

    pengenalan, tiga isi, dan penutup. Oleh sebab masa yang dicadangkan hanyalah 25

    minit, maka pelajar dinasihatkan hanya menulis sebanyak 120-150 patah perkataan

    sahaja.

  • 8/8/2019 tatabahasa tingkatan 3

    10/11

    Jangan baca sekerat sahaja dan terus membuat keputusan.

    Mulai tahun 2005, markah yang diberi ialah 40 markah. Karangan akan disemak secara

    impression dan mementingkan aspek bahasa. Oleh itu, pelajar mesti berhati-hati, dan

    sentiasa menyemak karangan bagi mengurangkan kesilapan tatabahasa.

    Tip Menjawab!

    10

    Pilihlah soalan yang anda tahu bukannya memilih soalan yang popular tetapi anda

    tidak memahami isu yang dinyatakan.

    Sebaik-baiknya pilih soalan yang sesuai dengan pemahaman, pengetahuan, dan

    keupayaan anda mengembangkannya. Selepas itu, sediakan rangka karangan seringkas

    yang mungkin.

    Sebelum menulis rangka karangan, fahamilah kata kunci soalan karangan, isu soalan

    dan jenis karangan tersebut.

    Contoh:

    Sungguhpun negara anda kian maju, namun pengurusan sampah sarap masih belum

    memuaskan. Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.

    Kata kunci: Cadangkan langkah-langkah mengatasi

    Isu: Pengurusan sampah sarap masih belum memuaskan.

    Jenis karangan: Pendapat

    Untuk Kertas 02/2 PMR Bahasa Melayu, anda digalakkan menulis:

    Pendahuluan (40 patah kata)

    Empat isi penting (40 x 4 isi = 160 patah kata)

    Penutup (40 patah kata)

    Jumlah perkataan = 240 patah kata

    Jumlah yang dikehendaki = 180 patah kata

    Perenggan isi hendaklah mengandungi: Fakta + Huraian + Contoh

    F + H + C

  • 8/8/2019 tatabahasa tingkatan 3

    11/11

    BAHAGIAN D NOVEL

    Soalan bahagian ini adalah berdasarkan novel-novel yang dikaji mengikut zon masing-

    masing.

    Oleh itu, pelajar mesti membaca serta mengkaji novel dari aspek-aspek sasteranya

    seperti sinopsis, tema, persoalan, perwatakan, plot, latar, gaya bahasa, nilai, danpengajaran.

    Tip Menjawab!

    11

    Untuk menjawab soalan ini, pelajar tidak harus hanya bergantung pada sinopsis

    sahaja, kerana kebanyakan aspek sastera tersebut memerlukan contoh-contoh yang

    mesti dikemukakan semasa menjawab soalan. Semasa menjawab soalan KOMSAS, pelajar diwajibkan menulis dalam bentuk

    esei/karangan bukannya ditulis dalam bentuk poin, rangka isi atau jadual. Jika tidak,

    markah pelajar akan dipotong.

    Sebaik-baiknya tulis isi jawapan dengan formula = FAKTA + CONTOH

    Contoh: Nilai yang terkandung dalam novel Panas Salju ialah nilai kasih sayang.

    (FAKTA) Nilai ini dapat kita lihat menerusi watak Zulkifli dan Bushrah, yang sentiasa

    memperlihat kasih-sayang mereka kepada kedua-dua anak mereka. (CONTOH)

    Selain itu, pelajar juga mesti mengelakkan daripada melakukan banyak

    kesalahan dari aspek tatabahasa dan ejaan, kerana terdapat markah untuk bahasa

    dalam soalan ini.

    Jika ada masa, tulislah sebanyak mungkin isi kerana isi yang salah tidak akan