task 8 tenaga yang boleh diperbaharui

10
LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN NURUL SHUHADAH BINTI MOHAMAD YASIR A149736 TUGASAN 8: TENAGA YANG BOLEH DIPERBAHARUI

Upload: universiti-kebangsaan-malaysia

Post on 07-Jan-2017

217 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Task 8 tenaga yang boleh diperbaharui

LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR

MAPAN

NURUL SHUHADAH BINTI MOHAMAD YASIR A149736

TUGASAN 8: TENAGA YANG BOLEH

DIPERBAHARUI

Page 2: Task 8 tenaga yang boleh diperbaharui

Soalan:

Sebuah bandar kecil yang terpencil amat memerlukan bekalan tenaga untuk memajukan agro-industrinya. Penduduk bandar itu hanya 5000 orang dan kedudukannya di kawasan pergunungan. Terdapat banyak sungai-sungai kecil yang deras arusnya dan juga mata air panas yang mengeluarkan wap panas. Berikan cadangan ringkas dengan gambar-gambar yang sesuai. Muat nak jawapan anda.

Page 3: Task 8 tenaga yang boleh diperbaharui

1. TENAGA SURIAApa itu tenaga suria?

• Tenaga yang dihasilkan daripada cahaya matahari.• Tenaga matahari juga boleh menghasilkan tenaga elektrik melalui

enjin pemanasan dan fotovoltaik.

Solar PV(Photovoltaic)• Sel solar photovaltaik menukarkan cahaya matahari secara

langsung ke tenaga elektrik. • Diperbuat daripada bahan-bahan semikonduktor yang sama seperti

yang digunakan dalam cip komputer.

Page 4: Task 8 tenaga yang boleh diperbaharui

• Apabila cahaya matahari diserap oleh bahan-bahan ini, tenaga solar mengetuk elektron daripada atom dan menjadi longgar, membenarkan elektron mengalir melalui bahan untuk mengeluarkan tenaga elektrik.

• Proses menukarkan cahaya (foton) dengan elektrik (voltan) adalah dipanggil kesan photovoltaik (PV).

Solar Air Panas• Bandar tersebut mempunyai sungai-sungai yang kecil. • Tenaga solar juga boleh digunakan pada kawasan sungai/air yang cetek untuk

menghasilkan tenaga. • Air cetek sungai biasanya lebih panas daripada air yang dalam. • Ini kerana cahaya matahari boleh memanaskan bahagian bawah sungai di

kawasan-kawasan yang cetek, yang seterusnya, memanaskan air. • Ia adalah cara semula jadi pemanasan air solar.

Page 5: Task 8 tenaga yang boleh diperbaharui
Page 6: Task 8 tenaga yang boleh diperbaharui

2. Tenaga Hidroelektrik

• Aliran sungai yang deras seperti air terjun membolehkan tenaga elektrik yang tinggi dihasilkan.

• Aliran air yang jatuh dari puncak air terjun membolehkan turbin digerakkan dan seterusnya menyebabkan generator elektrik menghasilkan tenaga elektrik.

• Penjanaan kuasa hidro menghasilkan tenaga elektrik yang bersih, tidak mempunyai kesan langsung pengeluaran pencemaran udara.

Page 7: Task 8 tenaga yang boleh diperbaharui
Page 8: Task 8 tenaga yang boleh diperbaharui

3. Tenaga Geoterma

• Tenaga geoterma ialah tenaga yang wujud dalam bentuk haba di bawah permukaan bumi.

• Tenaga geoterma boleh digunakan di kawasan yang mempunyai tenaga haba dari mata air panas, gunung berapi dan lain-lain yang dapat menghasilkan haba.

• Sistem pam haba geoterma merupakan satu sistem pemanasan dan penyejukan yang menggunakan kebolehan bumi menyimpan haba dalam tanah.

• Sistem ini menggunakan paip bawah tanah (atau bawah air) yang memindahkan haba dari tanah atau sumber air yang lebih panas ke dalam bangunan pada musim sejuk, dan mengambil haba dari bangunan pada musim panas lalu memindahkannya ke dalam tanah yang lebih sejuk.

Page 9: Task 8 tenaga yang boleh diperbaharui
Page 10: Task 8 tenaga yang boleh diperbaharui

TERIMA KASIH