(tariqud dakwah) perbaiki diri kita dan serulah 2

Upload: kamarul-azami-bin-mohd-zaini

Post on 07-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 (Tariqud Dakwah) Perbaiki Diri Kita Dan Serulah 2

    1/6

    1

    PERBAIKI DIRI KITA DAN SERULAH

    Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini(http://kamarulazami.blogspot.com)

    Untuk Usrah SISMA Selangor, 19 Mei 2011 bersamaan 15 Jamadilakhir 1432H

    Panjatkanlah kesyukuran kepada Allah s.w.t. yang menjadikan kita ruang dan peluang untuk

    terus menghirup udara segar dan nyaman serta masih berpijak di bumi ini sebagai manusia yang

    bernyawa. Setiap hari pasti ada peringatan yang datang pada kita untuk diberikan amaran supaya

    sentiasa melakukan persiapan sebelum tiba masanya. Tajuk perbincangan kita pada hari ini yang

    memasuki tajuk ke 18 di dalam buku Jalan Dakwah karangan Ustaz Mustafa Masyhur iaitu Perbaiki

    Diri Kita Dan Serulah.

    Memperbaiki diri dan menyeru kepada orang lain adalah merupakan satu-satunya jalan

    untuk mempersatukan para Muslimin yang hari ini sudah banyak cabang dan tujuan kehidupan

    mereka. Perbaiki diri untuk menjadi Muslim yang baik serta ajaklah mereka yang berada

    dipersekitaran kita untuk menjadi Muslim yang baik. Ajaklah mereka untuk meninggikan urusan

    mereka agar menduduki tempat yang wajar bagi seorang Muslim sebagaimana firman Allah s.w.t. di

    dalam surah Ali-Imran ayat 110;

    Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi

    (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik

    dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula

    beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah ahli kitab (Yahudi

    dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi

    baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan

    mereka, orang-orang yang fasik.(Ali-Imran 3: 110)

    Firman Allah s.w.t. lagi di dalam surah Al-Baqarah ayat 143;

    Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus),

    Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya

    kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang

    yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang

    yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah

    Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu

    (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan

    Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut rasul serta membenarkannya dan

    http://kamarulazami.blogspot.com/http://kamarulazami.blogspot.com/http://kamarulazami.blogspot.com/http://kamarulazami.blogspot.com/
  • 8/4/2019 (Tariqud Dakwah) Perbaiki Diri Kita Dan Serulah 2

    2/6

    2

    siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya

    (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada

    orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan

    menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan

    dan rahmat-Nya kepada orang-orang (yang beriman).(Al-Baqarah 2: 143)

    Persoalan yang mungkin kita akan tanyakan kepada diri sendiri, mengapa perlu kita

    memperbaiki diri? Mengapa pula perlu untuk kita menyeru kepada orang lain? Perbaiki diri kita

    dengan hasrat dan cita-cita untuk menjadi contoh dan teladan untuk mereka yang melihat kita juga

    sebagai contoh yang benar manakala usaha menyeru orang lain adalah untuk meningkatkan

    bilangan Muslim yang benar serta mereka yang berkualiti dalam meneruskan jihad pada jalan Allah

    s.w.t.

    Maka usaha ini perlu disusuli dengan usaha untuk mengikat mereka. Menjadikan mereka

    sebahagian dari saudara kita serta saling mengambil berat diantara satu dengan yang lain. Akhirnya,

    ini akan membina hubungan yang jitu berdasarkan keimanan yang teguh. Maka di atas dasar

    perhubungan dan jalinan iman itu tadilah, akan ditegakkan menara kukuh umat Islam yang

    merealisasikan kebenaran dan menghapuskan kebatilan sehingga bangkit Mukmin dan mentadbir

    dunia yang berjaya di dunia dan berjaya juga akhiratnya. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Fath

    ayat 28;

    (Allah yang menyatakan itu) Dia lah yang telah mengutus rasul-Nya (Muhammad

    s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam),

    supaya dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala bawaan agama yang

    lain; dan cukuplah Allah menjadi saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa oleh

    rasul-Nya itu).(Al-Fath 48: 28)

    Menyeru orang lain kepada Islam atau bersama di jalan dakwah merupakan satu usahasama

    untuk memperbaiki diri juga orang yang diseru. Ia adalah perkara terpenting di dalam urusan hidup

    mereka. Oleh itu, mereka perlu diberikan kesedaran tentangnya. Ia harus menjadi keutaman yang

    pertama dalam kehidupan. Yakinilah bahawa apa yang kita seru adalah sesuatu yang tidak akan

    merugikan. Allah s.w.t. telah firmankan di dalam surah As-Saff ayat 9 hingga 13 bahawasanya ia

    adalah perniagaan yang tidak merugikan;

  • 8/4/2019 (Tariqud Dakwah) Perbaiki Diri Kita Dan Serulah 2

    3/6

    3

    (9) Dia lah yang telah mengutus rasul-Nya (Muhammad s.a.w) dengan membawa

    hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya ia memenangkannya

    dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik

    tidak menyukainya. (10) Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan

    sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak

    terperi sakitnya? (11) Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu

    berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu;

    yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui

    (hakikat yang sebenarnya). (12) (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa

    kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya

    beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam

    syurga Adn. Itulah kemenangan Yang besar. (13) Dan ada lagi limpah kurnia yang

    kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa

    berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang

    yang beriman.(As-Saff 61: 9 13)

    Allah s.w.t. telah memberikan pesanan penting bahawasanya ia adalah satu tuntutan

    penyerahan diri bukan untuk keuntungan dunia sebaliknya ia adalah keuntungan yang lebih dari

    keluasan langit dan bumi yakni syurga. Alangkah besarnya keberuntungan apabila modal yang Allah

    s.w.t. berikan ini kita gandakan untuk keuntungan di akhirat. Namun, usaha ini akan memerlukan

    kesabarannya. Ingatlah, cabaran pendakwah pada hari ini semakin sukar.

    KEMULIAAN DAN KEPERCAYAAN (THIQAH)

    Firman Allah s.w.t. di dalam surah Fussilat ayat 33;

    Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada

    (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang

    soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang

    berserah bulat-bulat kepada Allah)!"(Fussilat 41: 33)

    Jelas sekali, Allah s.w.t. telah mengangkat kemuliaan kepada orang-orang yang sentiasa

    menyeru kepada Allah s.w.t. Islam itu adalah semulia-mulia tujuan dalam kehidupan kita sebagai

    manusia. Ingatlah, bahawa dakwah ini cahaya, tanpanya keimanan akan pudar dan hilang,

    dengannya manusia sedar diri dan kembali ke jalan-Nya. Al-Quran adalah kitab Allah yang tiada

  • 8/4/2019 (Tariqud Dakwah) Perbaiki Diri Kita Dan Serulah 2

    4/6

    4

    keraguan padanya maka peganglah ia dengan sesungguh-sungguhnya. Yakinilah, ini tugas yang benar

    serta tiada yang lebih mulia darinya.

    BEBERAPA PERKARA YANG BERHUBUNGAN DENGAN PENDOKONG DAKWAH

    Berdakwah adalah wajib. Ia bukanlah kerja sukarela semata-mata walau dalam apa jua

    keadaan sekalipun. Firman Allah s.w.t. sambungan dari ayat di atas, surah Fussilat ayat 34 hingga 35;

    (34) Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan

    perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara

    yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa

    permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang

    sahabat karib. (35) Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan

    melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan

    diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari

    kebahagiaan dunia dan akhirat.(Fussilat 41: 34 35)

    Imam Syahid Hassan Al-Banna pernah menyebutkan tentang pendakwah ini seperti pohon

    buahan yang apabila dilemparkan batu atau apa sahaja, yang digugurkan adalah buahnya. Beliau

    juga berpesan, hanya ada 2 sebab mengapa kita hari ini melakukan kerja-kerja dakwah ini iaitu yang

    pertama untuk berjaya, baik di dunia apatah lagi di akhirat kelak dan yang kedua, ia adalah untuk

    memenuhi kewajipan sebagai seorang Muslim. Maka, mari kita menyeru dari tingkat dan pusat

    kekuatan dan kemuliaan melalui perubahan diri kita. Supaya dapat kita menjadi contoh yang benar

    dan terbaik. Kata-kata kita mestilah dikotakan. Firman Allah s.w.t. di dalam surah As-Saff ayat 2

    hingga 3;

    (2) Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang

    kamu tidak melakukannya? (3) Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu

    memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.(As-Saff 61: 2 3)

    Tingkatkanlah rasa ikhlas kerana Allah s.w.t., sabar dan redha dalam setiap ujian yang

    ditempuhi dalam kehidupan. Hidup suburkanlah peribadi yang ramah, penyayang dan lemah lembut

    dalam tingkah dan perbuatan. Firman Allah s.w.t. di dalam surah Ali-Imran ayat 159;

  • 8/4/2019 (Tariqud Dakwah) Perbaiki Diri Kita Dan Serulah 2

    5/6

    5

    Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai

    Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat

    dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka

    lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka

    lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga

    bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan)

    itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat

    sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-

    orang yang bertawakal kepada-Nya.(Ali-Imran 3: 159)

    Bangunkan sifat Hilm yang mana di dalam jiwa seorang Muslim itu harus ada sifat tidak

    melenting, berjiwa besar serta berlapang dada. Hafazlah Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah

    s.a.w. agar hati ini sentiasa bercahaya dan berzikir kepada Allah s.w.t. Pelajari dan ketahuilah sirah-

    sirah yang harum serta sentiasa membakar semangat di dalam jiwa kita. Mahirkan tentang pelbagai

    urusan di dalam agama kita kerana dengannya kita beribadah kepada Allah s.w.t. Akhir sekali,

    bentukkanlah fikiran dan pandangan yang Islami dan disinilah pancaran kepercayaan serta keimanan

    kepada Allah s.w.t.

    SEKITAR USLUB DAKWAH

    Uslub bermakna cara atau bagaimana melakukan sesuatu perkara. Ia harus sesuai dengan

    dunia yang kita huni hari ini. Firman Allah s.w.t. di dalam surah An-Nahl ayat 125;

    Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan

    nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan

    itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih

    mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia lah jua yang lebihmengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.(An-Nahl 16: 125)

    Urusan dakwah perlulah dilakukan dengan cara yang baik. Masa serta tempat yang

    bersesuaian. Jangan pula lupa, berkatalah benar walaupun ianya pahit. Usahlah bermuka-muka

    hanya kerana ingin mengambil hati atau peluang yang lebih besar. Firman Allah s.w.t. di dalam surah

    Al-Qalam ayat 9;

  • 8/4/2019 (Tariqud Dakwah) Perbaiki Diri Kita Dan Serulah 2

    6/6

    6

    Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya

    mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu). (Al-Qalam

    68: 9)

    Pelajarilah ilmu kejiwaan atau psikologi untuk belajar memahami jiwa mereka yang akan

    didakwahkan agar mampu membuka kunci hati mereka. Kaji pula bagaimana untuk memulakan

    usaha dakwah itu dengan cara menentukan topik perbincangan yang sesuai yang usah lupa padanya

    mestilah mempunyai unsur penerapan rasa merdeka hati, akal serta menyalakan obor harapan dan

    cita-cita yang mulia. Bawakan mereka untuk selalu bermuhasabah serta gandingkanlah ilmu yang

    kita ketahui dengan amal yang kita perlakukan. Apa yang paling sukar di dalam usaha ini adalah

    istiqamah. Untuk mengekalkan kerja-kerja baik ini dengan cara yang terbaik sehinggakan kita tidak

    jemu berdakwah dan mereka tidak jemu didakwahkan.