tarikh dan masa tempat - ifolio.ukm.my fileselain itu, ia berjaya memartabatkan nama dan imej...

28
KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM 43rd UKM Convocation Carnival 29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015 KERTAS KERJA KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA TARIKH DAN MASA 29 OKTOBER 2015 – 3 NOVEMBER 2015 7.00 PAGI – 12.00 MALAM TEMPAT PANGGUNG SENI, STADIUM UKM, GELANGGANG FUTSAL BERHADAPAN KTHO, MASJID UNIVERSITI DAN KAWASAN SEKITAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANJURAN SEKRETARIAT KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM TEMA “ MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA ”

Upload: trinhnhi

Post on 07-Aug-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

KERTAS KERJA

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TARIKH DAN MASA

29 OKTOBER 2015 – 3 NOVEMBER 2015

7.00 PAGI – 12.00 MALAM

TEMPAT

PANGGUNG SENI, STADIUM UKM, GELANGGANG FUTSAL

BERHADAPAN KTHO, MASJID UNIVERSITI DAN KAWASAN

SEKITAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ANJURAN

SEKRETARIAT KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

TEMA

“ MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA ”

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA 2

KERTAS KERJA

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan kerjasama serta

bantuan kewangan daripada pihak tuan untuk membantu kami mengadakan program Karnival

Konvokesyen ke-43, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

2.0 PENGENALAN

Karnival Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan satu siri acara

tahunan yang gilang-gemilang dan terbesar dalam meraikan para mahasiswa/i yang telah

berjaya menamatkan pengajian mereka. Pada tahun ini, Sekretariat Karnival Konvokesyen

Ke-43 UKM sekali lagi akan menganjurkan projek mega ini. Karnival Konvokesyen UKM

telah masuk tahun yang ke-43 dan sepanjang tempoh tersebut Karnival Konvokesyen telah

mencetuskan pelbagai revolusi yang memberi impak dan kesan mendalam kepada seluruh

warga UKM serta masyarakat luar. Karnival Konvokesyen mencerminkan imej universiti

sebagai pusat pengembangan ilmu, pusat penyelidikan dan juga pembentukan modal insan

yang berkualiti dan mempunyai nilai tambahnya yang tersendiri. Pelaksanaannya juga dapat

dilihat sebagai wadah yang menghubungkan mahasiswa/i UKM dengan organisasi dan

masyarakat luar. Program terbesar universiti ini akan disempurnakan oleh Canselor Universiti

Kebangsaan Malaysia iaitu Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir.

Penganjuran Karnival Konvokesyen yang sebelum ini telah berjaya merealisasikan

kesinambungan kerjasama dengan pelbagai organisasi korporat terkemuka di seluruh negara.

Kerjasama yang dimeterai dari segi perkongsian maklumat, material, dan kewangan adalah

bagi membolehkan Karnival Konvokesyen dilaksanakan dengan penuh meriah dan jayanya.

Selain itu, ia berjaya memartabatkan nama dan imej universiti di mata masyarakat tempatan

sebagai sebuah universiti yang mampu melahirkan para intelektual berinovasi, berdedikasi,

berketrampilan, berwawasan dan berkepimpinan.

Sejajar dengan status universiti penyelidikan di samping Anugerah Kualiti Perdana

Menteri yang telah diperolehi, ia sudah cukup membuktikan bahawa UKM adalah sebuah

institusi pendidikan yang terulung di Malaysia. Justeru, peranan Karnival Konvokesyen Ke-

43 adalah mewujudkan nilai tambah dalam pemeliharaan imej universiti serta membantu

mempromosikan para intelektual yang lahir dari UKM.

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA 3

Pada tahun ini, penganjuran Karnival Konvokesyen ke-43 mengunakan tema

“Mahasiswa Pemangkin Inovasi Negara”. Pemilihan tema ini bertujuan untuk menonjolkan

bahawa mahasiswa adalah satu penggerak kepada kemajuan Negara pada masa hadapan yang

melakukan perubahan kepada Negara. Selain itu juga, pemilihan tema ini adalah untuk

menerapkan sikap mahasiswa akan kebertanggungjawaban mereka kepada bangsa dan

Negara. Karnival Konvokesyen pada kali ini akan diadakan pada 29 Oktober 2015 – 3

November 2015, yang akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang

mempunyai unsur Inovasi, Intelektualiti dan Integrasi. Justeru itu, Karnival Konvokesyen ke-

43 ini akan melibatkan graduan UKM yang diraikan bersempena Majlis Konvokesyen UKM

2015 serta seluruh pelajar UKM, juga orang awam luar dan dalam universiti.

3.0 MATLAMAT

Matlamat Karnival Konvokesyen Ke-43 adalah untuk menjadi badan organisasi pelajar yang

menerapkan nilai-nilai kualiti, integrasi dan intelek. Konsep Karnival Konvokesyen Ke-43

adalah berteraskan kepada jati diri mahasiswa yang merangkumi aspek kepimpinan, inovasi,

kecemerlangan akademik, pengurusan organisasi yang profesional, penguasaan teknologi

maklumat dan pemuliharaan budaya bangsa. Di samping itu, ia juga boleh dijadikan satu

tanda aras bagi semua program yang lain. Justeru, Sekretariat Karnival Konvokesyen

berperanan bagi menzahirkan dan melaksanakan setiap perincian yang telah digariskan

seperti di atas secara menyeluruh.

4.0 MISI

Menjadi sebuah organisasi yang mampu melatih dan melahirkan individu yang

berketrampilan, fleksibel dan dinamis di samping mengembangkan bidang kemahiran

berorganisasi agar manfaatnya dapat dirasai oleh semua warga UKM terutamanya.

5.0 OBJEKTIF

5.1 OBJEKTIF AM

5.1.1 Meraikan para graduan UKM yang akan menamatkan pengajian pada tahun ini

di samping memberi penghargaan ke atas kecemerlangan mereka.

5.1.2 Menonjolkan kecemerlangan warga UKM di dalam bidang akademik dan

inovasi serta penguasaan teknologi semasa seiring dengan era globalisasi masa

kini.

5.1.3 Memberi peluang kepada mahasiswa/i universiti untuk melihat perkembangan

dunia luar berdasarkan suasana pembudayaan ilmu di dalam kampus selain

menimba pengalaman berorganisasi.

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA 4

5.1.4 Menepati dasar utama pelaksanaan Karnival Konvokesyen Ke-43 iaitu

program yang mencerminkan citra universiti sebagai pusat menimba ilmu dan

pusat pembudayaan masyarakat terpelajar.

5.1.5 Memberi ruang kepada organisasi-organisasi luar untuk mempromosikan

produk mereka kepada warga universiti dan juga masyarakat luar di samping

menjalankan urusan perniagaan yang memberikan manfaat kepada kedua-dua

belah pihak melalui program-program berbentuk kerjasama.

5.1.6 Memupuk sifat keusahawanan dan sentiasa berfikiran kreatif menginovasikan

sesuatu dalam kalangan mahasiswa/i UKM.

5.2 OBJEKTIF KHUSUS

Selari dengan lapan (8) Garis Panduan Pelaksanaan Kokurikulum Berkredit Berasaskan

Kontrak Pembelajaran, pihak jawatankuasa pelaksana menggariskan beberapa objektif

khusus yang perlu dicapai

5.2.1 Melatih para pelajar dalam kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban

(HPP1). Tingkah laku bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain,

kepekaan kepada alam sekitar dan kepekaan dan kebertanggungjawaban

terhadap situasi sosial seperti perpaduan dan kemiskinan.

5.2.2 Memperkemaskan lagi kemahiran komunikasi (HPP2). Menunjukkan

kemahiran bukan lisan yang berkesan (gerak tubuh, nada suara),

menyampaikan idea secara lisan dan bertulis dengan berkesan, menunjukkan

kebolehan berinteraksi secara berkesan dan mampu berintekasi menggunakan

bahasa antarabangsa.

5.2.3 Memupuk kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran

sepanjang hayat (HPP3). Merancang strategi untuk mendapatkan

pengetahuan dan kemahiran, meneroka isu/masalah yang memerlukan

penyelesaian masalah secara kendiri dan mengumpul maklumat secara kendiri.

5.2.4 Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran nilai, sikap, etika dan

profesionalisme (HPP4). Menunjukkan tingkah laku profesional sesuai

dengan etika kerjaya, melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan

amanah dan menunjukkan sikap kesukarelawanan.

5.2.5 Mencungkil kemahiran pemikiran kiritkal, penyelesaian masalah dan

pendekatan saintifik(HPP5). Mengenal pasti masalah tersurat dan tersirat,

mengenal pasti dan mensintesiskan masalah dengan tepat dan menilai pelbagai

pilihan dan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat.

5.2.6 Mendedahkan kepada pelajar kemahiran kepimpinan dan kerja

berpasukan (HPP6). Menjadi pemimpin atau pengikut sesuai dengan

konteks, membina kerja berpasukan untuk mencapai maklumat yang

disepakati dan membantu rakan-rakan secara proaktif.

5.2.7 Memupuk kemahiran pengurusan dan keusahawanan (HPP7).

Mencambah idea/cadangan/perancangan setelah meneliti pelbagai pilihan,

menetapkan matlamat masa depan dengan menjajarkan perancangan,

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA 5

mempamerkan kemampuan untuk, melaksana, memantau dan menilai aktiviti

secara sistematik dan menyerahkan/menyahkan autoriti dan

kebertanggungjawaban kepada individu lain.

5.2.8 Melahirkan generasi yang mempunyai kemahiran kreatif dan inovatif

(HPP8). Sentiasa meneroka idea baru, melahirkan idea kreatif/berinovasi yang

menambah nilai dan sentiasa merentas halangan dan merebut peluang.

6.0 TEMA

“MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA”

7.0 ANJURAN

Sekretariat Karnival Konvokesyen Ke-43 UKM

8.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A.

9.0 TARIKH DAN MASA

Karnival Konvokesyen Ke-43 kali ini akan berlangsung pada 29 Oktober sehingga 3

November 2015 (Khamis hingga Selasa) iaitu selama 6 hari bermula dari 7.00 pagi hingga 12

malam.

Pihak Sekretariat Karnival Konvokesyen Ke-43 juga akan menjalankan beberapa

program awalan iaitu program Pra-Karnival Konvokesyen sebelum tarikh Karnival

Konvokesyen Ke-43 berlangsung.

10.0 TEMPAT

Pesta Konvokesyen Ke-43 akan diadakan di kampus induk UKM bertempat di lokasi-

lokasi berikut :

10.1 Panggung Seni

10.2 Bangunan Pusanika

10.3 Tapak Parkir KTHO

10.4 Semua Padang Sukan

10.5 Stadium UKM

10.6 Padang Pavilion

10.7 Dataran Gemilang

10.8 Gelanggang Bola Tampar dan Tenis

10.9 Dewan Wawasan

10.10 Dewan GSB

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA 6

10.11 Masjid Universiti

11.0 PERASMI

Perasmian Karnival Konvokesyen Ke-43 akan disempurnakan oleh :

Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus

Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir

Canselor

Universiti Kebangsaan Malaysia

12.0 PENYERTAAN DAN PENGLIBATAN

12.1 Pihak pentadbir, badan akademik dan kakitangan UKM.

12.2 Semua fakulti dan Persatuan Mahasiswa Fakulti.

12.2 Persatuan-persatuan pelajar yang berdaftar di UKM.

12.3 Bahagian akademik dan Hal-ehwal Pelajar dari IPTA/S dan kolej-kolej swasta.

12.4 Persatuan-persatuan kebudayaan dan kesenian dari dalam dan luar kampus.

12.5 Agensi kerajaan dan swasta termasuk syarikat perbankan.

12.6 Masyarakat setempat (sekitar Bangi dan Kajang).

12.7 Pelajar-pelajar sekolah menengah, sekolah rendah dan prasekolah.

12.8 Semua mahasiswa/i yang berbilang kaum.

12.0 PUBLISITI

Publisiti bagi pesta ini adalah dicadangkan dilaksanakan di seluruh Universiti

Kebangsaan Malaysia, Bangi, Kajang, Hulu Langat, Selangor, Negeri Sembilan,

Melaka menerusi

Poster

Bunting

Flyers

Kain rentang

Facebook rasmi (Karnival Konvokesyen ke-43 UKM)

Twitter rasmi (KarnivalKonvo43UKM)

Instagram rasmi (karnivalkonvo43ukm)

Blogspot rasmi temasya (http://karnivalkonvo43ukm.blogspot.com)

E-pelajar UKM (www.ukm.my/e-pelajar)

E-warga UKM (www.ewarga.ukm.my)

Siaraya ( Hotfm & Radio Midas UKM )

Mewujudkan sudut info Karnival Konvokesyen di bangunan Pusanika, UKM

Sistem hebahan elektronik UKM, di seleruh tempat

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA 7

Bagi strategi publisiti Karnival Konvokesyen ke-43 UKM, poster, bunting dan kain

rentang akan digantung di sekitar kolej, kawasan kampus induk UKM serta sekitar

Bangi. Selain itu, pada setiap minggu akan diadakan program di bawah anjuran

sekretariat Karnival Konvokesyen ke-43 UKM bagi memberi publisiti awal kepada

warga UKM dan warga Bangi mengenai Karnival Konvokesyen kali ini.

Sudut info akan diletakkan di bangunan Pusanika bertujuan untuk membekalkan

serba sedikit maklumat penting kepada pelajar UKM seperti tarikh berlangsungnya

Karnival Konvokesyen, program yang bakal dijalankan dan sebagainya. Pengagihan

flyers mengenai Karnival Konvokesyen juga akan digerakkan di luar dan dalam

universiti. Jawatankuasa pelaksana juga bercadang mempaparkan program ini

menggunakan skrin digital yang terletak di hadapan pintu masuk utama Universiti

Kebangsaan Malaysia, di dalam portal e-pelajar, e-warga seminggu sebelum majlis ini

berlangsung.

Publisiti program dirancang akan mula dijalankan seawal tiga bulan sebelum program

bermula. Ianya akan dijalankan secara berperingkat, iaitu tiga hingga bulan sebelum

program ini berlangsung, publisiti hanya akan dijalankan di dalam UKM sahaja,

kemudian sebulan sebelum program ini berlangsung, publisiti akan dilakukan di

sekitar Bangi, Kajang, Putrajaya dan kawasan sekitar UKM. Bagi hebahan melalui

radio Hotfm dan Midas, hebahan akan dilakukan dua minggu sebelum program

bermula. Selain dari itu, pihak penganjur Karnival Konvokesyen ke-43 UKM sendiri

turut bergerak seiring peredaran masa dengan menjadikan medium laman sosial

sebagai salah satu alternatif penghebahan karnival ini. Karnival Konvokesyen ke-43

UKM ini boleh dilawati di Facebook, Twitter, Instagram dan blog kami.

13.0 KESELAMATAN

Kawasan tapak pesta keseluruhannya adalah di bawah kawalan Bahagian Keselamatan

UKM, pihak Polis DiRaja Malaysia kawasan Bandar Baru Bangi dan Kajang, pasukan

Penyelamat dan Bomba kawasan Bandar Baru Bangi dan Kajang serta dibantu oleh

Sekretariat Keselamatan & Pengangkutan Karnival Konvokesyen Ke-43. Pihak Keselamatan

berhak menahan sesiapa sahaja yang mencurigakan serta mana-mana pihak yang

menimbulkan masalah serta mengganggu perjalanan Karnival Konvokesyen Ke-43. Kawasan

tapak pesta akan diawasi dan menjadi kawasan larangan dari jam 0100 sehingga jam 0700

sepanjang tempoh Karnival Konvokesyen Ke-43 berlangsung.

14.0 PENGANGKUTAN

Sekretariat Karnival Konvokesyen Ke-43 akan berhubung terus dengan Unit Kenderaan

UKM untuk sebarang urusan yang memerlukan pengangkutan. Perkhidmatan pengangkutan

luar juga akan disediakan sekiranya keadaan yang tidak dapat dijangka berlaku tetapi dengan

kebenaran Bahagian Keselamatan.

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA 8

15.0 PENYERTAAN PAMERAN DAN JUALAN

Rujuk Lampiran B.

16.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran C.

17.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran D.

18.0 PAKEJ PENAJA KEWANGAN

Rujuk Lampiran E.

19.0 PAKEJ PENAJA BARANGAN

Rujuk Lampiran F.

20.0 BORANG PERSETUJUAN PENAJAAN/SUMBANGAN

Rujuk Lampiran G.

21.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat-menyurat

boleh diajukan kepada :

Pejabat Urusan

Sekretariat Karnival Konvokesyen

d/a Pejabat Timbalan Pendaftar

Jabatan Perkhidmatan Pelajar

Aras 7, Bangunan Pusanika

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi

Selangor Darul Ehsan.

Tel : 017-6128901 / 013-3048330

Emel : [email protected]

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA 9

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA 10

LAMPIRAN A

STRUKTUR MAJLIS PENGURUSAN TERTINGGI

SEKRETARIAT KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43, UKM

Penaung

YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali

Naib Canselor

Pengerusi

Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor HEPA

Penasihat Utama

En. Abdul Aziz Abu Bakar

Timbalan Pengarah

Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Penasihat

Prof Madya Dr Roslee Rajikan

Pengarah

Pusat Pembangunan Mahasiswa & Perhubungan Alumni

Lt. Kol (B) Jury Tasripan

Pengarah

Bahagian Keselamatan, Jabatan Pendaftar

Dato‟ Drs. Rafie Hj. Mohammad

Ketua Pusat Kebudayaan

Pengarah Eksekutif

Mohd Sabri Bin Leman

017-6128901

FEP/3

A143536

Timbalan Pengarah Eksekutif I

Nur Hanisah Mariah Binti Othman

013-7711944

FEP/2

A148408

Timbalan Pengarah Eksekutif II

Nur Syuhada Bt Zulkiflee

017-2879265

FEP/3

A143561

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA 11

Timbalan Pengarah Eksekutif III Nur Saliimah Binti Rodzuan

013-5237344

FEP/3

A143258

Setiausaha

Nurul Ashirah Binti Aseran

012-5337672

FEP/3

A143551

Timbalan Setiausaha I

Nurul Nadiah Binti Md Nawawi

0177995650

FEP/2

A147575

Timbalan Setiausaha II

Siti Nur Shahirah Binti Mohd Sharan

0136765768

FEP/2

A150555

Bendahari

Fatin Nur Shahirah Binti Abdullah

0145015759

FEP/2

A147734

Timbalan Bendahari I

Nur Mustika Adriena Binti Sazali

0174032744

FEP/2

A147428

Timbalan Bendahari II

Siti Nur Mawahidah Binti Sheikh Luji

01123797366

FSSK/2

A143536

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA 12

Eksekutif Program

Muhamad Afnan Afiq Bin Alias

013-7925069

FSSK/2

A151347

Eksekutif Ekspo Niaga

Nur Syahirah Binti Yahyanuddin

013-6408594

FEP/2

A148998

Eksekutif Protokol & Sambutan

Muhammad Asyif Bin Azman

014-6197300

FST/2

A149331

Eksekutif Pameran & Inovasi

Mohd Shafiq Bin Abdullah

0127923046

FEP/2

A147488

Eksekutif Sukan & Rekreasi

Ameen Husaini Bin Ahmad Mustapha

010 2582001

FEP/2

A147833

Eksekutif Keselamatan, Kebersihan &

Logistik

Muhammad Fuad Bin Razali

0142358602

FST/2

A148374

Eksekutif Perolehan & Penajaan

Mohammad Fahmi Bin Nur Azlan Shah

0189741668

FEP/2

A148225

Eksekutif Publisiti & Penerbitan

Ahmad Azizi Bin Abdul Rahman

0123121059

FEP/3

A143542

Eksekutif Kebudayaan & Kesenian

Amiera Khairunisha Binti Mazlan

0122410711

FEP/2

A151855

Eksekutif Cenderamata & Sijil

Nor Syahira Binti Mat Zikri

011-23797391

FEP/2

A148307

Eksekutif Jamuan & Hospitaliti

Nur Syazwani Binti Mazlan

0135955337

FEP/3

A143557

Eksekutif Teknikal & Tugas-Tugas

Khas

Zulfikha Bin Senin

01123215162

FPI/2

A149022

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA 13

LAMPIRAN B

PAMERAN DAN JUALAN

Berteraskan kepada tema “Mahasiswa Pemangkin Inovasi Negara”, Karnival Konvokesyen

Ke-43 berusaha untuk merealisasikan tujuan dan objektifnya dengan menampilkan pelbagai

bentuk pameran yang lebih bersifat ilmu pengetahuan dan pengantarabangsaan di samping

menonjolkan kemampuan pelajar UKM secara khususnya dan masyarakat kita secara amnya

dalam menghasilkan pelbagai produk yang berinovasi, berkualiti dan bermutu tinggi.

Pameran akan melibatkan beberapa tempat seperti berikut:

1. Tapak Gerai Jualan di Panggung Seni

a. Penaja-penaja

b. Agensi-agensi kerajaan dan swasta

c. Pameran Kerjaya dari pelbagai sektor kerajaan dan swasta

d. Pameran Kemanusiaan dari AMAN Malaysia, MERCY & AMAN

PALESTIN

e. Agensi-agensi Kerajaan seperti KPDN&HEP, PDRM, KPM,

TUDM

f. Syarikat Automotif seperti PROTON, PERODUA

g. Industri Berteknologi Tinggi seperti PETRONAS, SONY

h. Syarikat Industri Kecil & Sederhana

i. Syarikat Perbankan seperti Bank Muamalat, Bank Islam, dll.

j. Pameran Kesihatan dari Institut Jantung Negara dan Pusat

Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

k. Pameran Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Tourism Malaysia

l. Jualan Kraftangan seperti batik, tulisan khat

m. Jualan produk teknologi maklumat dan lain-lain

n. Jualan produk industri pertanian dan agroteknologi

o. Jualan Pertubuhan Alumni UKM

p. Lot Pameran Penaja

q. Taman Tema Pesta Konvo

2. Tapak Pameran di Khemah Khas Panggung Seni

a. Pertubuhan Akademik Fakulti UKM

b. Pertubuhan Anak Negeri / Kebajikan

c. Pertubuhan Khusus

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA 14

LAMPIRAN C

TENTATIF PROGRAM

HARI /

MASA

8.30 A.M – 12.30 P.M 2.00 P.M – 4.00 P.M 5.00 P.M – 7.00 PM 8.30 P.M – 11.00 P.M

KHAMIS

29 OKT 2015 RAPTAI KARNIVAL KONVO Ke-43 MAJLIS

KARNIVAL

KONVO

JUMAAT

30 OKT 2015 SILANG BUDAYA UKM

BERSELAWAT

DISKUSI ILMIAH

PERDANA

SABTU

31 OKT 2015 RUNNING MAN PESTA

MAKANAN

AUTOSHOW

KAYUHAN ILMU

AHAD

1 NOV 2015 PEMERIKSAAN KESIHATAN

SAYA SAYANG

UKM LARIAN AMAL &

STREET

WORKOUT

MENCARI BINTANG

ISNIN

2 NOV 2015 INOVATION

PRODUK

IM RIGHT

ICAF 2015

SELASA

3 NOV 2015 SCIENCE & MEDIA MAGIC SHOW

RAPTAI

PENUTUP &

SOUND CHECK

MAJLIS PENUTUP

KARNIVAL

KONVO ACOUSTIK KPZ & KDO MNATION

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA 15

LAMPIRAN D

BELANJAWAN PESTA KONVOKESYEN KE-43

ANGGARAN PENDAPATAN RM

1 PERUNTUKAN PPMPA 25, 000

2 PERUNTUKAN PMUKM (PERSATUAN MAHASISWA UKM) /

FAKULTI

20, 000

3 YURAN PROGRAM / SENDIRI 5, 000

4 SEWA LOT GERAI DAN PAMERAN / SENDIRI 81, 000

5 PENAJAAN DARIPADA SYARIKAT-SYARIKAT / PENAJA 445, 000

6 MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN / SENDIRI 10,000

7 JUALAN BAJU DAN CENDERAMATA / SENDIRI 7, 000

8 ZAKAT 7,000

JUMLAH RM600, 000

ANGGARAN PERBELANJAAN RM

1 PENGURUSAN/PENTADBIRAN

a) Peralatan alat tulis

i) Kertas A4 (RM12 x 200)

ii) Fotokopi

iii) Toner ink (RM200 x 50)

b) Belanja perkampungan Pesta Konvo [(makanan +

kebajikan AJK) (RM20 x 45)]

c) Kad Ring-Ring (RM10 x 150)

d) Belanja Pesta Konvo [(makanan + kebajikan AJK + lain-

lain) (RM15 x 200)

e) Lain-lain

25, 800

2, 400

5, 000

10, 000

900

1, 500

3, 000

3, 000

2 PERASMIAN, PENUTUP DAN SAMBUTAN 60, 000

3 PAKAIAN RASMI AJK (RM25 x 250) 6, 250

4 PUBLISITI

a) Utusan Malaysia (Iklan, Liputan sebelum, semasa &

selepas acara)

b) Kain Rentang 8‟ x 4‟ (RM100 x 30)

c) Bunting 2‟ x 5‟ (RM40 x 70)

d) Poster A3 (RM5 x 100)

e) Poster A4 (RM2.50 x 200)

f) Flyers (RM0.75 x 1000)

g) Lain-lain

167, 550

150, 000

3, 000

2, 800

500

500

750

10, 000

5 TEKNIKAL

a) Penyelenggaraan

b) Tool box (RM50 x 4)

1, 200

1, 000

200

6 PENGANGKUTAN

a) Sewa kenderaan (RM150 x 10 hari)

Perodua Alza (daripada 28 Oktober – 4 November 2014

bagi tujuan pengambilan barangan daripada penaja barangan

dan memudahkan urusan pengangkutan AJK sepanjang

program berlangsung)

4, 700

1, 500

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA 16

b) Minyak kenderaan, bayaran tol dan bayaran parkir (jika ada)

c) Kecemasan & penyelenggaraan

(Persediaan jika berlakunya sebarang insiden yang tidak

diingini seperti kemalangan yang memerlukan pembayaran

untuk baikpulih kenderaan, saman dan sebagainya)

1, 500

1, 700

7 SUKAN 30, 000

8 PERALATAN GERAI DAN PAMERAN

a) Sewa khemah ‟20 x ‟20 (RM250 x 200)

b) Sewa khemah ‟10 x ‟10 (RM100 x 40)

c) Sewa standboard (RM60 x 50)

d) Sewa pentas utama ‟40 x „40‟

e) PA system (full set)

f) Lain-lain

177, 000

50, 000

4, 000

3, 000

5, 000

15, 000

100, 000

9 SIJIL DAN CENDERAMATA

a) Sijil (RM1.50 x 1000)

(untuk diberi kepada AJK dan peserta-peserta program yang

dianjurkan sepanjang Pesta Konvo)

b) Hamper (RM30 x 500 hamper)

c) Cenderamata Perasmi

d) Hadiah VIP (RM100 x 10 orang)

e) Hadiah Hakim & Juri (RM50 x 30 orang)

f) Lain-lain

28, 500

1, 500

15, 000

5, 000

1, 000

1, 500

5, 000

10 PROGRAM

a) Islamic Day

b) Kids‟ Day

c) Youths‟ Day

d) Talents‟ Day

90, 000

20, 000

25, 000

25, 000

20, 000

11 KECEMASAN DAN KESELAMATAN

a) Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)

b) RELA

4, 000

2, 000

2, 000

12 BUKU PROGRAM & BROSUR 5, 000

JUMLAH RM600, 000

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA 17

LAMPIRAN E

PAKEJ PENAJA KEWANGAN

PENAJA PLATINUM EMAS PERAK GANGSA

FAEDAH

PENAJA

1. Pengecualian

cukai pendapatan

2. Logo dan nama

syarikat akan

dimuatkan pada

buku program,

banner dan segala

jenis publisiti

Karnival Konvo

UKM.

3. Mendapat sijil

dan cenderamata

penghargaan dari

pihak penganjur.

4. Jemputan ke

majlis perasmian

penutup Karnival

Konvo UKM

bersama VIP.

5. Pihak syarikat

akan diberikan

sebuah tapak gerai

percuma sepanjang

Karnival Konvo.

6.Logo syarikat

akan dimuatkan

pada t-shirt rasmi

Karnival Konvo

UKM.

7. Jemputan ke

Majlis Makan

Malam

Penghargaan

Karnival Konvo

UKM

1. Pengecualian

cukai pendapatan

2. Logo dan nama

syarikat akan

dimuatkan pada

buku program,

banner dan segala

jenis publisiti

Karnival Konvo

UKM.

3. Mendapat sijil

dan cenderamata

penghargaan dari

pihak penganjur.

4. Jemputan ke

majlis perasmian

penutup Karnival

Konvo UKM

bersama VIP.

5. Pihak syarikat

akan diberikan

sebuah tapak gerai

percuma selama 4

hari.

6.Logo syarikat

akan dimuatkan

pada t-shirt rasmi

Karnival Konvo

UKM.

7. Jemputan ke

Majlis Makan

Malam

Penghargaan

Karnival Konvo

UKM

1. Pengecualian

cukai pendapatan

2. Logo dan nama

syarikat akan

dimuatkan pada

buku program,

banner dan segala

jenis publisiti

Karnival Konvo

UKM.

3. Mendapat sijil

dan cenderamata

penghargaan dari

pihak penganjur.

4. Jemputan ke

majlis perasmian

penutup Karnival

Konvo UKM

bersama VIP.

5. Pihak syarikat

akan diberikan

sebuah tapak gerai

percuma selama 2

hari.

6. Mendapat sijil

dan cenderamata

penghargaan dari

pihak penganjur.

1. Pengecualian

cukai pendapatan

2. Logo dan nama

syarikat akan

dimuatkan pada

buku program,

banner dan segala

jenis publisiti

Karnival Konvo

UKM.

3. Mendapat sijil

dan cenderamata

penghargaan dari

pihak penganjur.

JUMLAH

RM 15,000

RM 10,000

RM 5,000

RM 1,000

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA 18

PAKEJ PENAJA KEWANGAN : PENAJA PLATINUM

Penaja platinum ialah pihak yang menyumbang dalam jumlah RM 15,000 ke atas. Antara

faedah-faedah yang diterima daripada sumbangan pihak anda adalah:

1. PENGECUALIAN CUKAI

Semua sumbangan dalam bentuk wang tunai akan dikecualikan dari pembayaran cukai.

Setiap sumbangan mestilah ditulis kepada : “Bendahari UKM- Karnival Konvokesyen UKM”

2. MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43

UKM

Seorang wakil dari syarikat Tuan juga akan diberi penghargaan untuk menghadiri majlis

perasmian penutup Karnival Konvokesyen ke-43 UKM.

3. JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN MALAM PENGHARGAAN KARNIVAL

KONVOKESYEN KE-43 UKM Dua orang wakil dari syarikat Tuan akan dijemput untuk menghadiri Majlis Makan Malam

Penghargaan Karnival Konvokesyen ke-43 UKM pada 3 November 2015 di Dewan Canselor

Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM.

4. LOGO DAN NAMA SYARIKAT DI BACKDROP, PAKAIAN AHLI

JAWATANKUASA, BUKU PROGRAM, KAIN RENTANG, BUNTING,

POSTER

Logo syarikat tuan akan dipaparkan pada backdrop, pakaian ahli jawatankuasa (AJK), buku

program, kain rentang, bunting dan poster Karnival Konvokesyen ke-43 UKM. Nama

syarikat anda juga akan dipaparkan dalam setiap promosi dan publisiti program yang

dijalankan. Perkataan penaja juga akan digunakan pada setiap jenis publisiti seperti “Penaja

Platinum” dan dinyatakan dalam teks Pengerusi Majlis.

5. IKLAN PERCUMA SEPANJANG KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

Pihak jawatankuasa melalui Post Publisiti dan Penerbitan akan menyediakan satu iklan

mengenai syarikat tuan disiarkan pada papan digital UKM yang terletak di pintu masuk

utama UKM sebagai penaja platinum bagi Karnival Konvokesyen ke-43 UKM.

6. PEMBERIAN BOOTH PERCUMA SEPANJANG KARNIVAL

KONVOKESYEN KE-43 UKM BERLANGSUNG

Pihak syarikat juga akan diberikan sebuah tapak gerai tanpa sebarang bayaran sepanjang

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM berlangsung untuk mempromosikan dan

menjual produk-produk dari syarikat tuan.

7. SIJIL DAN CENDERAMATA PENGHARGAAN

Sebagai tanda penghargaan, pihak tuan akan menerima sijil dan cenderamata eksklusif

daripada pihak Karnival Konvokesyen ke-43 UKM.

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA 19

PAKEJ PENAJA KEWANGAN : PENAJA EMAS

Penaja emas ialah pihak yang menyumbang dalam jumlah RM 10,000 ke atas. Antara

faedah-faedah yang diterima daripada sumbangan pihak anda adalah:

1. PENGECUALIAN CUKAI

Semua sumbangan dalam bentuk wang tunai akan dikecualikan dari pembayaran cukai.

Setiap sumbangan mestilah ditulis kepada : “Bendahari UKM- Karnival Konvokesyen UKM”

2. MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43

UKM

Seorang wakil dari syarikat Tuan juga akan diberi penghargaan untuk menghadiri majlis

perasmian penutup Karnival Konvokesyen ke-43 UKM.

3. JEMPUTAN KE MAJLIS MAKAN MALAM PENGHARGAAN KARNIVAL

KONVOKESYEN KE-43 UKM Dua orang wakil dari syarikat Tuan akan dijemput untuk menghadiri Majlis Makan Malam

Penghargaan Karnival Konvokesyen ke-43 UKM pada 3 November 2015 di Dewan Canselor

Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM.

4. LOGO DAN NAMA SYARIKAT DI BACKDROP, PAKAIAN AHLI

JAWATANKUASA, BUKU PROGRAM, KAIN RENTANG, BUNTING,

POSTER

Logo syarikat tuan akan dipaparkan pada backdrop, pakaian ahli jawatankuasa (AJK), buku

program, kain rentang, bunting dan poster Karnival Konvokesyen ke-43 UKM. Nama

syarikat anda juga akan dipaparkan dalam setiap promosi dan publisiti program yang

dijalankan. Perkataan penaja juga akan digunakan pada setiap jenis publisiti seperti “Penaja

Emas” dan dinyatakan dalam teks Pengerusi Majlis.

5. IKLAN PERCUMA SEPANJANG KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

Pihak jawatankuasa melalui Post Publisiti dan Penerbitan akan menyediakan satu iklan

mengenai syarikat tuan disiarkan pada papan digital UKM yang terletak di pintu masuk

utama UKM sebagai penaja platinum bagi Karnival Konvokesyen ke-43 UKM.

6. PEMBERIAN BOOTH PAMERAN SELAMA 2 HARI SEPANJANG

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM BERLANGSUNG

Pihak syarikat juga akan diberikan sebuah tapak pameran selama 1 hari sepanjang

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM berlangsung untuk mempromosikan dan

menjual produk-produk dari syarikat tuan.

7. SIJIL DAN CENDERAMATA PENGHARGAAN

Sebagai tanda penghargaan, pihak tuan akan menerima sijil dan cenderamata eksklusif

daripada pihak Karnival Konvokesyen ke-43 UKM.

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA 20

PAKEJ PENAJA KEWANGAN : PENAJA PERAK

Penaja utama ialah pihak yang menyumbang dalam jumlah RM 5,000 ke atas. Antara

faedah-faedah yang diterima daripada sumbangan pihak anda adalah:

1. PENGECUALIAN CUKAI

Semua sumbangan dalam bentuk wang tunai akan dikecualikan dari pembayaran cukai.

Setiap sumbangan mestilah ditulis kepada : “Bendahari UKM- Karnival Konvokesyen UKM”

2. MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43

UKM

Seorang wakil dari syarikat Tuan juga akan diberi penghargaan untuk menghadiri majlis

perasmian penutup Karnival Konvokesyen ke-43 UKM.

3. LOGO DAN NAMA SYARIKAT DI BACKDROP, PAKAIAN AHLI

JAWATANKUASA, BUKU PROGRAM, KAIN RENTANG, BUNTING,

POSTER

Logo syarikat tuan akan dipaparkan pada backdrop, pakaian ahli jawatankuasa (AJK), buku

program, kain rentang, bunting dan poster Karnival Konvokesyen ke-43 UKM. Nama

syarikat anda juga akan dipaparkan dalam setiap promosi dan publisiti program yang

dijalankan. Perkataan penaja juga akan digunakan pada setiap jenis publisiti seperti “Penaja

Perak” dan dinyatakan dalam teks Pengerusi Majlis.

4. IKLAN PERCUMA SEPANJANG KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

Pihak jawatankuasa melalui Post Publisiti dan Penerbitan akan menyediakan satu iklan

mengenai syarikat tuan disiarkan pada papan digital UKM yang terletak di pintu masuk

utama UKM sebagai penaja platinum bagi Karnival Konvokesyen ke-43 UKM.

5. PEMBERIAN BOOTH PERCUMA SELAMA 1 HARI SEPANJANG

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM BERLANGSUNG

Pihak syarikat juga akan diberikan sebuah tapak pameran percuma selama 1 hari sepanjang

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM berlangsung untuk mempromosikan dan

menjual produk-produk dari syarikat tuan.

6. SIJIL DAN CENDERAMATA PENGHARGAAN

Sebagai tanda penghargaan, pihak tuan akan menerima sijil dan cenderamata eksklusif

daripada pihak Karnival Konvokesyen ke-43 UKM.

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA 21

PAKEJ PENAJA KEWANGAN : PENAJA GANGSA

Penaja utama ialah pihak yang menyumbang dalam jumlah RM 1,000 ke atas. Antara

faedah-faedah yang diterima daripada sumbangan pihak anda adalah:

1. PENGECUALIAN CUKAI

Semua sumbangan dalam bentuk wang tunai akan dikecualikan dari pembayaran cukai.

Setiap sumbangan mestilah ditulis kepada : “Bendahari UKM- Karnival Konvokesyen UKM”

2. LOGO DAN NAMA SYARIKAT DI BACKDROP, PAKAIAN AHLI

JAWATANKUASA, BUKU PROGRAM, KAIN RENTANG, BUNTING,

POSTER

Logo syarikat tuan akan dipaparkan pada backdrop, pakaian ahli jawatankuasa (AJK), buku

program, kain rentang, bunting dan poster Karnival Konvokesyen ke-43 UKM. Nama

syarikat anda juga akan dipaparkan dalam setiap promosi dan publisiti program yang

dijalankan. Perkataan penaja juga akan digunakan pada setiap jenis publisiti seperti “Penaja

Gangsa” dan dinyatakan dalam teks Pengerusi Majlis.

3. SIJIL DAN CENDERAMATA PENGHARGAAN

Sebagai tanda penghargaan, pihak tuan akan menerima sijil dan cenderamata eksklusif

daripada pihak Karnival Konvokesyen ke-43 UKM.

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA 22

LAMPIRAN F

PAKEJ PENAJA BARANGAN

PENAJA

PERKAKASAN

PEJABAT

PAKAIAN AHLI

JAWATANKUASA

CENDERAMATA/

HADIAH

FAEDAH

PENAJA

1. Pengecualian

cukai pendapatan

2. Logo dan nama

syarikat akan

diletakkan di dalam

buku program, banner,

bunting dan poster

Karnival Konvo UKM

3. Tapak booth

percuma selama 2 hari

berlangsungnya

Karnival Konvo UKM

4.Mendapat sijil dan

cenderamata

penghargaan dari

pihak penganjur

1. Pengecualian cukai

pendapatan

2. Logo dan nama

syarikat akan diletakkan

di pakaian ahli

jawatankuasa, buku

program, banner,

bunting dan poster

Karnival Konvo UKM

3. Tapak booth percuma

selama 2 hari

berlangsungnya

Karnival Konvo UKM

4. Mendapat sijil dan

cenderamata

penghargaan dari pihak

penganjur

1. Pengecualian cukai

pendapatan

2. Logo dan nama

syarikat akan

diletakkan di buku

program, banner,

bunting dan poster

Karnival Konvo UKM

3. Tapak booth

percuma selama 2 hari

berlangsungnya

Karnival Konvo UKM

4. Mendapat sijil dan

cenderamata

penghargaan dari

pihak penganjur

CONTOH

BARANGAN

Mana-mana dua (2)

barangan di bawah:

1. Kertas A4

2. Pencetak

3. Alat Tulis

4. Komputer

5. Telefon/ Mesin

Faks

6. Mesin Fotostat

Mana-mana tiga (3)

barangan di bawah:

1. Kemeja Formula One

2. Vest/ Jaket

3. T-shirt

4. Topi

5. Beg

Mana-mana dua (2)

barangan di bawah:

1. Cenderamata

perasmi dan tetamu

kehormat.

2. 25 Hadiah cabutan

bertuah

3. 50 Hadiah

pertandingan

4. Door Gift

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA 23

PAKEJ PENAJA BARANGAN : PENAJA PERKAKASAN

PEJABAT

Penaja perkakasan pejabat ialah pihak yang menyumbang keperluan pejabat untuk kegunaan

pengurusan program. Antara faedah-faedah yang diterima daripada sumbangan pihak anda

adalah:

1. PENGECUALIAN CUKAI

Semua sumbangan dalam bentuk wang tunai akan dikecualikan dari pembayaran cukai.

Setiap sumbangan mestilah ditulis kepada : “Bendahari UKM- Karnival Konvokesyen UKM”

2. LOGO DAN NAMA SYARIKAT DI BACKDROP, PAKAIAN

JAWATANKUASA, BUKU PROGRAM, KAIN RENTANG, BUNTING,

POSTER, MAJALAH KOLEJ

Logo syarikat tuan akan dipaparkan pada backdrop, pakaian ahli jawatankuasa (AJK), buku

program, kain rentang, bunting dan poster Karnival Konvokesyen ke-43 UKM. Nama

syarikat anda juga akan dipaparkan dalam setiap promosi dan publisiti program yang

dijalankan.

3. PEMBERIAN BOOTH PERCUMA SELAMA 1 HARI SEPANJANG

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM BERLANGSUNG

Pihak syarikat juga akan diberikan sebuah tapak pameran percuma selama 1 hari sepanjang

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM berlangsung untuk mempromosikan dan

menjual produk-produk dari syarikat tuan.

4. SIJIL DAN CENDERAMATA PENGHARGAAN

Sebagai tanda penghargaan, pihak tuan akan menerima sijil dan cenderamata eksklusif

daripada pihak Karnival Konvokesyen ke-43 UKM.

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA 24

PAKEJ PENAJA BARANGAN : PENAJA PAKAIAN AHLI

JAWATANKUASA

Penaja pakaian ahli jawatankuasa ialah pihak yang menyumbang pakaian untuk keperluan

ahli jawatankuasa program. Antara faedah-faedah yang diterima daripada sumbangan pihak

anda adalah:

1. PENGECUALIAN CUKAI

Semua sumbangan dalam bentuk wang tunai akan dikecualikan dari pembayaran cukai.

Setiap sumbangan mestilah ditulis kepada : “Bendahari UKM- Karnival Konvokesyen UKM”

2. LOGO DAN NAMA SYARIKAT DI BACKDROP, PAKAIAN

JAWATANKUASA, BUKU PROGRAM, KAIN RENTANG, BUNTING,

POSTER, MAJALAH KOLEJ

Logo syarikat tuan akan dipaparkan pada backdrop, pakaian ahli jawatankuasa (AJK), buku

program, kain rentang, bunting dan poster Karnival Konvokesyen ke-43 UKM. Nama

syarikat anda juga akan dipaparkan dalam setiap promosi dan publisiti program yang

dijalankan.

3. PEMBERIAN BOOTH PERCUMA SELAMA 2 HARI SEPANJANG

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM BERLANGSUNG

Pihak syarikat juga akan diberikan sebuah tapak gerai percuma selama 2 hari sepanjang

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM berlangsung untuk mempromosikan dan

menjual produk-produk dari syarikat tuan.

4. SIJIL DAN CENDERAMATA PENGHARGAAN

Sebagai tanda penghargaan, pihak tuan akan menerima sijil dan cenderamata eksklusif

daripada pihak Karnival Konvokesyen ke-43 UKM.

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA 25

PAKEJ PENAJA BARANGAN : PENAJA CENDERAMATA/

HADIAH

Penaja cenderamata/hadiah ialah pihak yang menyumbang barangan untuk dijadikan hadiah

dan cenderamata kepada peserta, pengunjung dan perasmi program. Antara faedah-faedah

yang diterima daripada sumbangan pihak anda adalah:

1. PENGECUALIAN CUKAI

Semua sumbangan dalam bentuk wang tunai akan dikecualikan dari pembayaran cukai.

Setiap sumbangan mestilah ditulis kepada : “Bendahari UKM- Pesta Konvokesyen UKM”

2. LOGO DAN NAMA SYARIKAT DI BACKDROP, PAKAIAN

JAWATANKUASA, BUKU PROGRAM, KAIN RENTANG, BUNTING,

POSTER, MAJALAH KOLEJ

Logo syarikat tuan akan dipaparkan pada backdrop, pakaian ahli jawatankuasa (AJK), buku

program, kain rentang, bunting dan poster Karnival Konvokesyen ke-43 UKM. Nama

syarikat anda juga akan dipaparkan dalam setiap promosi dan publisiti program yang

dijalankan.

3. PEMBERIAN BOOTH PERCUMA SELAMA 2 HARI SEPANJANG

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM BERLANGSUNG

Pihak syarikat juga akan diberikan sebuah tapak gerai percuma selama 2 hari sepanjang

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM berlangsung untuk mempromosikan dan

menjual produk-produk dari syarikat tuan.

4. SIJIL DAN CENDERAMATA PENGHARGAAN

Sebagai tanda penghargaan, pihak tuan akan menerima sijil dan cenderamata eksklusif

daripada pihak Karnival Konvokesyen ke-43 UKM.

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA 26

LAMPIRAN G

(PK43UKM/BORANG G/001)

MOHD SABRI BIN LEMAN

Pengarah Eksekutif

Karnival Konvokesyen ke-43 UKM

d/a Pejabat Timbalan Pengarah

Pusat Khidmat Siswa

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi

Selangor Darul Ehsan

Tel : 017-6128901

Faks : 03 8925 3352

E-mel : [email protected]

Y.Bhg Tan Sri/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan/ Encik/ Cik,

PERSETUJUAN MEMBERI SUMBANGAN KEWANGAN DAN PENAJAAN

Nama Syarikat : __________________________________________________________

Alamat : __________________________________________________________

__________________________________________________________

__________________________________________________________

No Tel : _________________________ Faks : ________________________

PENAJA KEWANGAN

1. Platinum : RM 15 000 ke atas ( )

2. Emas : RM 10 000 ke atas ( )

3. Perak : RM 5 000 ke atas ( )

4. Gangsa : RM 1 000 ke atas ( )

PENAJAAN BARANGAN

Jenis Barangan Kuantiti

_______________________________________ ( )

_______________________________________ ( )

_______________________________________ ( )

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA 27

IKLAN BUKU PROGRAM

Eksklusif Berwarna Tidak Berwarna

Halaman Kedua A5 RM 900 -

Halaman Tengah A4 RM 1500 -

Halaman Belakang A5 RM 400 -

Kulit Muka Belakang A5 RM 700 -

Premium Berwarna Tidak Berwarna

¼ muka surat A7 RM 100 RM 50

½ muka surat A6 RM 150 RM 100

1 muka A5 RM 250 RM 180

*Tandakan ’X’ pada yang berkenaan JUMLAH :_________________

Sumbangan Peribadi : RM _________________

Ringgit Malaysia (dalam perkataan) ___________________________

_________________________________________________________

Dengan sebesar hatinya, seperti butiran diri atas, BERSETUJU untuk memberi sumbangan

kepada penganjuran KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM mengikut pakej yang

ditawarkan dan dipersetujui.

KARNIVAL KONVOKESYEN KE-43 UKM

43rd UKM Convocation Carnival

29 OKTOBER 2015 - 3 NOVEMBER 2015

MAHASISWA PEMANGKIN INOVASI NEGARA 28

Bersama-sama ini disertakan bersama wang tunai/ cek/ kiriman wang pos/ draf bank

bernombor : ______________ yang berjumlah RM ______________ RINGGIT MALAYSIA

___________________________________________________________________________

Ditulis atas nama : “BENDAHARI UKM- KARNIVAL KONVOKESYEN UKM 43”

Tandatangan : Cop Rasmi:

Pengesahan Penganjur :

Nama :

Tarikh :