tarian kuda kepang.docx

Upload: nurloveflower

Post on 04-Apr-2018

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Tarian Kuda Kepang.docx

    1/4

    Tarian Kuda Kepang

    Tarian Kuda Kepang merupakan sejenistarian rakyatMelayutraditional. Tarian ini ialah tarian warisan

    budaya Jawa dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsurIslamjelas

    pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan peperperangan Rasulallah dan para sahabat.

    Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk

    setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan

    menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan.

    Tarian Kuda kepang amat digemari oleh pendudukJohor, terutamanya darik berketurunan Jawa. Kuda

    kepang ini biasanya dibuat dari anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat

    daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik.

    Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang biasanya

    akan mempunyai seorang ketua. Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan

    dayang yang menggunakantaliuntuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-

    majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan,

    meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang

    larang bagi mereka yang menonton persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci penarinya atau

    akan menimpa musibah.

    Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini. Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya

    denganWali Songoyang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di

    kawasan pedalaman di Jawa, Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana.

    Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Setelah waktu berlalu, kuda-kuda itu

    ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar. Ada pula yang berpendapat

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_rakyathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Johorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Johorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Johorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Talihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Talihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Talihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Wali_Songohttp://ms.wikipedia.org/wiki/Wali_Songohttp://ms.wikipedia.org/wiki/Wali_Songohttp://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Kuda_kepang.jpghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Wali_Songohttp://ms.wikipedia.org/wiki/Talihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Johorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_rakyat
  • 7/29/2019 Tarian Kuda Kepang.docx

    2/4

    asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali

    maka lahirlah tarian kuda kepang.

    Tarian Kuda Kepang

    Kuda kepang merupakan satu permainan tradisi yang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya

    yang berketurunan Jawa. Kuda kepang berupa satu patung anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda

    tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang dicorakwarnakan untuk

    menjadi lebih menarik.

    Lazimnya satu kumpulan kuda kepang mempunyai 10 hingga 15 orang penari. Salah seorang daripada

    mereka bertindak sebagai ketua (dayang). Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas

    arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan

    di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang

    kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Terdapat berbagai pendapat

    mengenai asal usul tarian ini.

    Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo yang hidup di Tanah Jawa pada abad

    ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa,Wali Songo menghadapi

    kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil

    menunggang kuda. Dalam peralihan waktu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi

    menggantikan kuda sebenar.Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina

    Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang.

    Pendapat lain pula menghubungkan asal usulnya dengan alam kayangan. Seekor kuda kayangan

    bernama Kuda Sembrani dikatakan turun di Jawa untuk mencari kawannya yang hilang. Setelah

    berjumpa mereka menari-nari keseronokan. Menurut kepercayaan, kuda kepang dikuasai oleh sejeniskuasa ghaib. Lantaran itu, satu upacara khas perlu dilakukan sebelum bermain. Jika ia gagal dilakukan

    mungkin sesuatu yang tidak diingini akan menimpa para pemain dan juga penontonnya. Upacara ini

    bermula dengan istiadat memuja roh. Setelah itu bomoh akan menjampi untuk istiadat membuka

    gelanggang yang biasanya berukuran 40m x 60m.

    Bomoh juga akan menyediakan sajian untuk penunggu. Sajian itu ialah kelapa, beras, pisang masak,

    kemenyan, kain putih, jarum, benang, ayam putih, padi, telur dan bunga rampai. Bilangan minima penari

    ialah sembilan orang dan maksimanya 15 orang. Penari-penari ini biasanya terdiri daripada kaum lelaki

    sahaja. Tarian dicipta oleh guru yang mengajar kumpulan itu sendiri. Tarian-tarian yang selalu

    dipersembahkan ialah tarian Sola, Selendang,Pak Tani, Pucuk Rebung, Perjuangan, Mempertahankan

    Diri dan sebagainya. Lenggang-lenggok di dalam tarian ini dinamakan Lenggang Kiprah.

    Satu perkara yang menarik di dalam tarian ini ialah kerana seringnya terdapat beberapa orang penari

    akan naik syeikh (mabuk) setelah persembahan rasmi tamat. Mereka yang naik syeikh ini boleh

    melakukan gerak geri aneh yang pasti tidak dapat dilakukan dalam keadaan siuman. Umpamanya,

    melompat setinggi enam atau tujuh kaki, meniti diatas sebatang buluh atau kayu licin ataupun seutas

    tali, juga mengupas kelapa dengan gigi. Semasa penari-penari sedang naik syeikh , bunyi-bunyian

  • 7/29/2019 Tarian Kuda Kepang.docx

    3/4

    pengiring penari akan terus dimainkan. Jikalau tidak mereka naik berang dan menerkam pemain-pemain

    bunyi-bunyian tersebut.

    Apabila gerak langkah penari-penari itu semakin liar dan tidak dapat dikawal, bomoh akan membaca

    mentera ke ubun-ubun atau telinga mereka setelah mereka ditangkap dan direbahkan oleh pegawal-

    pegawal yang cekap.Setelah itu mereka akan pulih dalam keadaan letih lesu. Adalah dipercayai bahawaselain dari hiburan, tarian kuda kepang juga boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit ganjil

    seperti dirasuk hantu,diresapi roh orang mati dan sebagainya.

    Dipercayai juga bahawa kuda kepang ini hendaklah diletakkan disuatu tempat khusus.Jika diletakkan di

    sembarangan tempat roh kuda kepang itu akan mengamuk dan merosakkan pertunjukan-pertunjukan

    yang akan datang. Alat bunyi-bunyian yang sering mengiringi tarian kuda kepang ialah angklong (alat

    utama), gendang, gong ( berbentuk bulat dan diperbuat dari gangsa), kinong (seperti gong tetapi lebih

    kecil), jidor ( seperti rebana besar), soron kecil (dibuat dari tembaga yang dititik supaya melengkung dan

    lekuk seperti ruas buluh) dan bonang (dibuat dari tembaga,ditengahnya bonjol bulat kira-kira lapan garis

    pusat). Bagaimanapun tidak semua alat ini digunakan dalam satu-satu tarian. Pemilihannya terletak

    kepada budi bicara kumpulan-kumpulan berkenaan .Bentuk pakaiannya pula terserah kepada kehendak

    kumpulan tetapi ia hendaklah seragam.

    Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini. Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya

    dengan Wali Songo yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di

    kawasan pedalaman di Jawa, Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana.

    Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Setelah waktu berlalu, kuda-kuda itu

    ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar. Ada pula yang berpendapat

    asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Alimaka lahirlah tarian kuda kepang.

    Tarian Kuda kepang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya yang berketurunan Jawa. Kuda

    kepang berupa satu patung anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat

    daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik.

    http://4.bp.blogspot.com/_AdNOXyERTzY/TQrlNTErr3I/AAAAAAAAABE/Gb-tq8IVDu8/s1600/e.jpg
  • 7/29/2019 Tarian Kuda Kepang.docx

    4/4

    Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang biasanya

    akan mempunyai seorang ketua. Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan

    dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-

    majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan,

    meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang

    larang bagi mereka yang menonton persembahan kuda kepang seperti tidak mencaci penarinya atau

    akan menimpa musibah.

    Peralatan yang diperlukan untuk permainan kuda kepang ialah alat muzik yang terdiri daripada 5 buah

    angklung. Angklung diperbuat daripada buluh dan rotan yang boleh didapati daripada kawasan

    persekitaran. Angklung bersaiz segi empat dan ianya dimainkan dengan cara menggoyang dan

    menggoncang buluh tersebut. Bagi buluh yang kecil, apabila diketuk akan mengeluarkan bunyi nyaring,

    manakala buluh yang besar akan mengeluarkan bunyi bergema dan dari kombinasi kedua-dua bunyi ini

    akan menghasilkan bunyi yang indah dan menarik.

    Perkakas lain yang digunakan ialah sebuah gendang. Gendang ini diperbuat daripada kayu leban dan

    kulitnya dari kulit lembu. Kulit lembu diperoleh dari saki baki kulit lembu yang dikorbankan semasa Hari

    Raya Haji. Kulit lembu ini dikeringkan. Sementara pengikatnya diperbuat daripada rotan. Gendang

    mempunyai panjang diameter lebih kurang 3 kaki. Gendang ini dipalu mengikut irama yang tertentu.

    Perkakas lain yang digunakan ialah pecut. Pecut diperbuat daripada buluh dan tali. Kedua-duanya

    dipintal menjadi satu. Fungsi pecut adalah untuk mengarah dan mengawal permainan atau penari kuda

    kepang.

    Perkakas terpenting ialah kuda-kuda. Ianya diperbuat daripada kulit lembu. Dibentuk menyerupai kuda

    dan diwarnakan merah,putih atau kelabu.

    Selain itu perkakas lain adalah tali sepanjang 30 meter. Tali sepanjang ini digunakan untuk dibuat pagar

    bagi mengelak penari kuda kepang yang mabuk berkeliaran dan mudah untuk bomoh mengawalnya.

    Alat-alat lain ialah gong. Gong yang dipalu akan mengeluarkan bunyi "goooong" dan meyedapkan lagi

    bunyi muzik pengiring.