tamadun melayu mempengaruhi dasar malaysia masakini

Upload: kawie2020

Post on 08-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Tamadun Melayu Mempengaruhi Dasar Malaysia Masakini

    1/14

    PENGENALAN.

    Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan tiga kaum

    utama iaitu Melayu, Cina, dan India menjadi teras kepada kewujudan majmuk. Dengan

    kepelbagaian kaum dan etnik yang ada, negara kita terus gagah melangkah ke hadapan untuk

    mencapai status negara maju dalam acuan menjelang tahun 2020. Kemajuan dan pencapaian

    yang dinikmati oleh negara kita hari ini merupakan proses pengukuhan dan pemantapan

    kepada pekembangan sejarah yang berkesinambungan daripada peradaban bangsa Melayu

    setelah kedatangan dan penerimaan agama Islam oleh orang Melayu.

    Keunggulan yang tercerna menerusi beberapa ciri ampuh yang dipunyai oleh bangsa

    Melayu zaman kegemilangan menjadi rujukan primer kepada generasi kini dan akan datang

    untuk membina satu bangsa yang hebat dalam konteks pembinaan negara bangsa Malaysia.

    Ciri-ciri ampuh tersebut merangkumi pembentukan pandangan semesta orang Melayu, sistem

    pemerintahan dan pentadbiran, agama Islam dan adat istiadat Melayu, peranan Bahasa

    Melayu, sistem perundangan, pembudayaan ilmu, pembinaan jati diri dan kedudukan

    istimewa orang Melayu dan bumiputera dalam pembinaan negara bangsa Malaysia yang

    progresif dan tangkas.

    Justeru, dalam konteks pembinaan negara dan tamadun Malaysia hari ini amatlah

    perlu pembinaan tersebut didasarkan kepada tamadun Melayu-Islam yang jelas terbukti

    berjaya mermetabatkan nama Melayu di persada antarabangsa suatu ketika dahulu.

    Oleh itu, disini dikemukakan tiga justifikasi mengapa tamadun melayu perlu menjadi

    asas utama dalam pembinaan tamadun Malaysia.

    i. Orang Melayu merupakan penduduk asal di nusantara termasuklah di Tanah Melayusebelum kedatangan kaum-kaum lain. Penamaan Malaysia adalah dari Melayu atau

    Semenanjung Tanah Melayu.

    ii. Perjuangan menutut kemerdekaan dari pihak penjajah British adalah cetusan dangerakkan sepenuhnya oleh orang Melayu yang merasa terpanggil untuk

    mempertahankan tanah air mereka.

    iii. Ketuanan Melayu-Islam diiktiraf oleh Pelembagaan Persekutuan.

  • 8/6/2019 Tamadun Melayu Mempengaruhi Dasar Malaysia Masakini

    2/14

    PEMBENTUKAN PANDANGAN SEMESTA MELAYU

    Tamadun melayu menjadi pemankin kepada negara dan tamadun Malkaysia dengan

    berasaskan Islam. Kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara dan penerimaannya oleh

    masyarakat Melayu Merubahkan hampir keseluruhan pandangan semesta orang Melayu

    pra-Islam.

    Kedatangan Islam menjadikan pandangan semesta Melayu mulai berubah dari

    fahaman animism dan Hinduisme kepada konsep tauhid. Begitu juga dengan pengaruh

    sistam-sistem yang ada di dalam Islam yang turut memantap dan mempekukuhkan lagi

    pandangan semesta Melayu. Maka aspek-aspek seperti konsep Tuhan sebagai matlamat,

    manusia sebagai dwifungsi iaitu hamba dan khalifah Allah di muka bumi, alam sbagai

    tempat atau alat untuk manusia menjalankan segala urusan untuk kemakmuran manusia

    menjalankan segala urusan untuk kemakmuran manusia menjalankan segala urusan untuk

    kemakmuran manusia sejagat mula difahami dan difahami dan diamalkan oleh orang

    Melayu.

    Anjakan paling ketara dalam pandangan semesta Islam ialah orang Melayu sudah

    memahami bahawa hidup mereka.tertumpu dan terarah kepada konsep tauhid atau

    kepercayaan yang teguh kepada Tuhan Yang Esa. Berdasarkan hal ini, orang Melayu

    memahami bahawa Tuhan itu adalah Tuhan Yang Maha Esa yang wajib disembah seterusnya

    sebagai tempat bergantung harap dan bermohon, tidak kepada kuasa-kuasa lain sepertimanadalam pengaruh-pengaruh sebelumnya.

    Pada asasnya tamadun Melayu Islam telah dibina diatas enam dasar pandangan

    semesta dan prinsip tamadun berasakan wahyu seperti berikut:

    i. Alam ini hasil ciptaan dan tadbiran Allah s.w.t yang mancakupi alam primordial, alamdunia dan alam akhirat; alam akhirat ialah destinasi dan natijah muktamad daripada

    kehidupan di alam syurga, dan kejayaan di dunia ialah ketaatan kepada Allah; alam

    dunia ini adalah amanah untuk kemanfaatan kehidupan manusia.

    ii. Islam adalah panduan dari Allah sebagai al-Din; mengandungi segala peraturan bagisegala gelagat hidup di dunia untuk individu dan masyarakat demi kejayaan hakiki

    mereka, oleh itu wajib dipelajari semua sebagai fardu ain supaya terbentuk insane

    muslim, Mukmin dan Muhsin; Islam mencakupi akidah, ibadah, muasyarat, akhlak

    dan ihsan.

  • 8/6/2019 Tamadun Melayu Mempengaruhi Dasar Malaysia Masakini

    3/14

    iii. Keyakinan kepada pembalasan baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya pembalasan yang buruk bagi amalan jahat di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat;

    balasan yang baik di dunia ialah keberkatan kehidupan dalamm ketaatan Allah,

    balasan yang baik di akhirat ialah dimasukkan ke dalam syurga Allah; malapetaka /

    kesusahan di dunia bagi orang islam berlaku sama ada sebagai kifarah pengampunan

    dosanya ataupun untuk meningkatkan maqamnya.

    iv. Wawasan, objektif, niat, strategi, dan operasi segala bidang kerja hendaklah sahih, benar dan mematuhui segala espek hokum Islam tanpa kompromi, manupulasi,

    keingkaran, dan penafian terhadap sebarang hukum yang wajib, sunat, haram dan

    makruh, yang halal adalah jelas; adat bersendikan hukum dan hukum bersendikan

    kitab Allah.

    v. Nilai tertinggi dikaitkan dengan segala pekara yang membantu pembentukan insanyang berilmu, beralamal sahih dan berakhlak mulia yang paling banyak

    memanfaatkan dirinya dan orang lain.

    vi. Kehidupan yang pertengahan dan keseimbangan antara jasmani, aqli dan rohani; segalailmu, pengatahuan, maklumat, kemahiran, teknologi, peralatan dan prasarana kehidupan

    dunia adalah sebagai alat yang perlu ditutut dan diperoleh secara fardu kifayah demi

    membantu terbentuknya insane Muslim, Mukmin dan Muhsin1

    Berdasarkan prinsip dan asas di atas, tampak bahawa umat Melayu meletakkan agama

    Islam sebagai sesuatu yang amat signifikasi dalam pembinaan dan pembentukan tamadun

    Melayu Islam dari era awal islam sehinggalah ke hari ini. Malah agama islamlah yang

    telah meningkatkan tamadun Melayu ke tahap antarabangsa iaitu meletakkannya dalam

    satu rangkaian panIslamikan yang sejagat, sesuai dengan sifat kesejatan Islam itu sendiri.

    1Wan Hashim Wan Teh 2000Tamadun Melayu dan Pembinaan Tamadun Abad Kedua Puluh

    Satu, dalam Tamadun Melayu: Menyingsing Abad Kedua Puluh Satu , Edisi Kedua.

    Ismail Hussein, Wan Hashim Wan Teh dan Ghazali Shafie. ms. 69-144

  • 8/6/2019 Tamadun Melayu Mempengaruhi Dasar Malaysia Masakini

    4/14

    PEMBUDAYAAN ILMU & PENGUKUHAN BAHASA

    Pembinaan budaya ilmu yang bersepadu dan jitu merupakan prasyarat awal dan

    terpenting bagi kejayaan, kekuatan dan kebahagian seseorang dan sesuatu masyarakat dan

    bangsa.

    Dalam konteks pembudayaan ilmu pengatahuan, tamadun Melayu berperanan

    memberikan makna yang tepat terhadap konsep dan budaya ilmu yang perlu diamalkan

    oleh sesebuah masyarakat yang bertamadun. Semangat Iqra antara aspek social yang

    mendapat kesan langsung dengan kedatangan Islam di Alam Melayu. Islam telah

    mengubah kedudukan ilmu dan pendidikan masyarakat Melayu sehingga menganggapnya

    sebagai persoalan yang amat penting. Dengan kedatangan dan penerimaan Islam,

    golongan ilmuan mendapat tempat yang wajar dalam masyarakat malah diberikan

    penghormatan yang cukup tinggi oleh semua lapisan masyarakat. Ada sebahagian

    daripada mereka yang menjadi rujukan kepada pihak istana dan sekaligus menggantikan

    peranan pawing dan bomoh yang sebelumnya amat penting dalam industry pemerintahan.

    Kedatangan islam juga berjaya memartabatkan orang Melayu dari segi

    keilmuan dan pendidikan. Ini dapat dibuktikan menerusi, kewujudan pusat-pusat

    keilmuan seperti di Acheh dan Pattani, di samping melahirkan ramai tokoh ilmuan. Ia

    juga telah kepada penubuhan beberapa institusi pengajian dan pendidikan. Antara yang

    terpenting ialah iastan, masjid, madrasah dan pondok. Istana misalnya, dalam sejarahkeagungan Islam di Alam Melayu menjadi nadi penting dan memain peranan yang cukup

    besar sebagai pusat perkembangan ilmu pengatahuan kepada golongan bangsawan dan

    pembesar. Begitu juga dengan peranan yang dimainkan oleh industry madrasah dan

    pondok dalam memberikan pendidikan dan ilmu kepada masyarakat. Istilah-istilah

    meunasah, rangkang dan dayah bagi masyrakat Acheh merupakan tahap-tahap atau

    peringkat-peringkat pendidikan yang diamalkan

    Sistem pendidikan Islam yang berintegrasikan keperluan hidup duniawi dan ukhrawi

    amat relaven dengan keperluan manusia. Justeru, budaya membaca, mencintai ilmu

    pengatahuan dan cara berfikiran yang kritis mesti diwujudkan dan diberi keutamaan

    dalam masyrakat.

    Oleh kerana pembudayaan ilmu pengatahuan amat signifikan dalam membina

    peradaban manusia, sarjana tampatan, Prof Dr Wan Mohd Nor wan Daud (1997:55)

  • 8/6/2019 Tamadun Melayu Mempengaruhi Dasar Malaysia Masakini

    5/14

    mengariskan beberapa panduan kearah merealisasikan matlamat dan hasrat tersebut.

    Antaranya ialah:

    i. Mementingkan ilmu pengatahuanii. Berkekalanya hasil ilmiah

    iii. Berterusnya usaha keilmuaniv. Proses syurga dan nilai-nilai kepimpinanv. Sikap hormat-kritis perlu ada dalam diri orang yang berilmu bagi

    merealisasikan budaya keilmuan.

    vi. Member pengiktirafan terhadap peraanan kaum manita.Jika kita mengamati sejarah Islam secara keseluruhan, kita akan dapati bahawa

    kejayaan, kemenangan dan kekuatan ummah disebabkan oleh umat Islam dengan pemahaman

    yang sebenar dan tulen, mengamal ajaran Islam secara sempurna dan menyeluruh dalam

    pelbagai dimensi kehidupan malah pembudayaan ilmu pengatahuan telah mengakar dan

    sebati di dalam jiwa mereka. Hal ini disingkap oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradwi (1990:16)

    dengan mengatakan bahawa jika umat hari ini mahu kembali kepada Islam,nescaya kits

    msmpu menegakkan peradaban moden seperti, pasti mkita akan mampu membangun

    peradapan moden seperti yang dikecapi oleh zaman kegemilangan Islam dahulu.

    PEMBINAAN JATI DIRI & MODAL INSAN

    Konsep kemuliaan insan dan ketinggian taraf sebagai nadi utama masyarakat

    bertamadun perlu diterpkan dalam rangka pembinaan tamadun Malaysia. Istilah peradapan

    yang diperjuangkan oleh masyrakat Melayu merangkumi ketinggian akhlak dan budi pekerti

    perlu mengatasi nilai-nilai material yang diamalkan oleh sebahagian besar masyrakat hari ini.

    Justeru, dalam usaha membina jati diri manusia Melayu ini ia memerlukan

    kebudayaan bangsa yang selari dengan prinsip-prinsip Islam. Apa yang jelas mutahir ini ialah

    nilai-nilai kemuliaan insan ini semakin terhakis akibat gelombang modenisasi dan globalisasi

    yang melanda umat Melayu Islam di negara kita khususnya. Ia juga dapat diperincikan

    menerusi:

  • 8/6/2019 Tamadun Melayu Mempengaruhi Dasar Malaysia Masakini

    6/14

    i. Pengaruh nilai individualistik. Fahaman ini tidak memberi penekanan kepadakehidupan bermasyarakat. Maka unsur-unsur ketingian tamadun seperti saling

    menghormati, saling menolong dan toleransi akan terkikis dari jiwa manusia.

    ii. Meluaskan fahaman meteralisme. Fahaman yang bersifat kebendaan yang menjadikankekayaan sebagai ukuran dalam kehidupan. Hubungan antara manusia dilihat kepada

    nilai benda yang diberi dan diterima dan hubungan sesama manusia tidak lagi bersifat

    sacral

    Tegasnya, dalam usaha membentuk identiti dan jati diri insan Melayu ini, sewajarnya

    umat Melayu hari ini kembali semula menghayati apa yang telah diterap oleh umat

    Melayu zaman kegemilangan iaitu penghayatan sepenuhnya terhadap ajaran Islam yang

    syamul yang tentunya akan melahirkan watak insane Melayu yang beriman, bertakwa

    dan berakhlak mulia.

    LAIN-LAIN PERANAN SISTEM PEMERINTAHAN

    Tamadun Malaysia yang wujud hari ini merupakan hasil dari satu proses sejarah yang

    berkesinambungan yang dapat dibuktikan melaluai pelbagai sumber sejarah dan kaedah

    arkeologi. Dari segi sejarah, terbuktilah bahawa wilayah politik atau negara bangsa

    Malaysia merupakan lanjutan dari politi-politi atau kerajaan-kerajaan Melayu

    sebelumnya. Politik-politik Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa

    buah kerajaan atau pusat tamadum Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Melaka, Johor-

    Ria, Lingga dan sebagainya.

    Hari ini, Malaysia merupakan sebuah negara bangsa berbentuk persekutuan yang

    mengandungi kompenen beberapa buah negeri Melayu yang pernah menjadi Negeri-

    negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri

    Selat.

    Lantaran dengan berdasarkan fakta sejarah diatas, maka paksi atau landasan utama

    yang menyumbangkan kepada pembinaan dan pemantapan tamadun Malaysia ialah

    tamadun Melayu-Islam. Setiap politik Melayu yang dinyatakan diatas, diperintah oleh

    raja atau sultan atau Yang di-Pertua. Sistem pemerintahan beraja (skarang ini system

    pemerintahan raja berpelembagaan)adalah sumbangan utama tamadun Melayu kepada

    tamadun Malaysia. Pelembagaan Malaysia memaktubkan dua intitusi beraja iaitu Yang

    di-Pertua Agong dan Majlis Raja-raja Melayu sebagai komponen penting dalam

  • 8/6/2019 Tamadun Melayu Mempengaruhi Dasar Malaysia Masakini

    7/14

    pemerintahan demokrasi berparlimen di negara kita. Yang di-Pertua Agong merupakan

    ketua utama negara negara yang mengetuai tiga buah badan di dalam kerajaan iaitu badan

    pemerintahan (eksekutif), badan perundangan (legislatif) dan badan kehakiman

    (judikatif)

    Yang di-Pertua Agong tidak terlibat di dalam politik dan pemerintahan negara dan

    baginda berdasarkan bidang kuasanya boleh mewakili tugasnya kepada sesiapa atau

    suruhanjaya yang dilantik atas perkan baginda. Baginda merupakan paying dan paksi

    kepada perjalanan sistem pemerintahan negara. Inilah hakikat sistem raja

    berpelembagaan kerana banginda tidak berkuasa mutlak, sebaliknya baginda bertindak

    atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri seperti yang termajtub dalam

    Perlembagaan persekutuan Malaysia.

    SISTEM PERUNDANGAN

    Dalam konteks sejarah, politi-politi Melayu merupakan kamus perundangan sendiri yang

    berasaskan adat Melayu dan undang-undang Islam(hukum syarak)

    Antara cacatan awal mengenai undang-undang Islam di Tanah Melayu adalah pada

    prasasti Terengganu yang ditemui pada tahun 1899 di Sungai Terasat, Kuala Berang,

    Terengganu. Batu bersurat ini bertarikh 17 Rejab 702 H bersamaan dengan 22 Februari

    1303 m. Ia mengandungi beberapa cacatan tentang hukum Islam yang perlu

    dilaksanakan, iaitu tentang tanggungjawab pemerintahan melaksanakan dan

    menguatkuasa ajaran Islam, pemberian dan penerimaan hutang, rejam atau hukum sebat

    ke atas penzinaan, hukum menuduh zina dan tenteng ketaksamaan antara semua orang

    sama ada orang atasan atau rakyat bawahan2.

    Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah diamalkan dalam

    kerajaan Melayu ialah Undang-undang Pahang yang disusun Pemerintahan Sultan Abdul

    Ghafur Muhaiyuddin Shah (1592:1614) di bawah pengaruh Undang-undang Melaka.

    2 Abdul Rahman Abdullah 2000 Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan

    sesudah Pengaruh Islam. Siri Pengajian Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan

    Publications & Distributors Sdn. Bhd.

  • 8/6/2019 Tamadun Melayu Mempengaruhi Dasar Malaysia Masakini

    8/14

    Dalam era penjajahan misalanya di era British, mereka tidak banyak merosakkan

    kepercayaan atau keimanan orang Melayu terhadap Islam, tetapi dapat melemahkannya.

    Bahkan tiada bantahan daripada orang Melayu apabila British memperkenalkan undang-

    undang mereka, tidak seperti reaksi keras orang apabila mendapat tahu pihak British akan

    memperkenalkan Malay Union 3

    AGAMA DAN ADAT ISTIADAT

    Kedatangan agama Islam telah memantapkan tamadun Melayu silam. Islam dan adat

    Melayu secara khususnya talah menjadi salah satu struktur dan elemen penting

    kemelayuan dalam tamadun Malaysia, malah ia merupakan struktur yang saling

    melengkapi dan berintergrasi ke wadah kemelayuan. Islam terus menjadi faktor definiti

    Melayu iaitu orang Melayu sebagai orang yang mengamal istiadat Melayu, berbaha

    Melayu dan beragama Islam. Pentakrifan Melayu ini telah diletakkan ke dalam

    Perlembagaan Persekutuan yang merujuk takrifan Melayu dari sudut undang-undang.

    Takrifan ini secara umum bukan sahaja berlaku di negara kita, tetapi secara meluas di

    rantau alam Melayu.

    Islam menjadi indentiti sosial dan budaya orang Melayu. Islam bukan sahaja menjadi

    faktor yang mentakrif Melayu, juga dimaktubkan di dalam Pelembagaan Persekutuan

    bahawa Islam adalah ketua agama bagi setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia.

    Peruntukan ini termaktub di dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini termaktub didalam Pekara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, dan menerusi peruntukan ini,

    pihak keraja pusat menerusi Jabatan Agama Islam dalam pelbagai bidang seperti

    melaksankan pembagunan agama islam dalam pelbagai bidang seperti melaksanakan

    pentadbiran hukum syariah Islam tetapi dengan bidang kuasa yang terbatas dan tertentu

    sahaja.

    Dengan termaktubnya agama Islam sebagai agama bagi Perskutuan Malaysia, tidak

    bermakna agama-agama lain tidak boleh dianuti atau diamalkan oleh orang bukan

    Melayu atau bukan Islam. Menurut perlembagaan, wujud kebebasan beragama tertapi

    3 Ahmad Sarji bin Abdul Hamid 1993 Beberapa Etos Pembangunan Negara (Nation

    Building Ethos). Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.

  • 8/6/2019 Tamadun Melayu Mempengaruhi Dasar Malaysia Masakini

    9/14

    bagi penganut agama Islam, kerajaan boleh mengubal undang-undang untuk mengawal

    atau menyekat aliran atau fahaman kepercayaan yang dianggap menyeleweng atau sesat.

    Dalam konteks pengamal adat dikalangan orang Melayu, Ahmad Ibrahim (1987:316)

    menjelaskan bahawa apabila orang Melayu ini menganut agama Islam, adat yang lama

    yang mereka amalkan telah diubahsuai agar ia selari dengan ajaran Islam.

    BAHASA, KESENIAN DAN KESUSTERAAN

    Tamadun Melayu mencapai era kegemilangan setelah penerimaan Islam oleh Masyarakat

    Melayu. Perkembangan dan penyebaran Islam di Alam Melayu tidak dapat dipisahkan

    daripada peranan penting yang diamankan oleh Bahasa Melayu. Bahasa Melayu

    merupakan salah satu bahasa tertua di rantau Asia Tengara. Bukti-bukti epigrafi

    menunjukkan bahawa bahasa Melayu sudah digunakan sejak abad ketujuh Masihi.

    Bahasa Melayu sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai bahasa Melayu Kuno iaitu

    hasil pencampuran bahasa Melayu Kuno dengan bahasa Sunkrit. Bahasa Melayu Kuno

    inilah yang digunakan untuk menulis batu-batu bersurat memakai huruf yang berasal dari

    huruf Kawi dan Nagari yang berasal dari Palava. Menurut de Caparis, bahawa Melayu

    Kuno yang ditulis dalam bentuk tulisan Palava ini telah digunakan oleh orang Melayu di

    kawasan Sumatera Selatan(Mahayudin, 1998:59). Atas dasar inilah sarjana Inggeris, John

    Crawfurd mengatakan tamadun Melayu bermula di bahagian pendalaman Sumatera,

    tetapi tanah asal itu tidak lebih dari pantai dan sungai-sungai yang boleh diharungi

    4(Asmah, 1987:543).

    Dengan penyebaran Islam yang dilakukan oleh para pedagang dan mabaligh Arab,

    bahasa Melayu telah menerima kesan dan resapan pengaruh tulisan Arab yang dikenali

    sebagai tulisan jawi. Rentetan daripada itu, bahasa Melayu dan tulisan jawi diangkat

    sebagai bahasa ligua franca dan wahana ilmu.

    Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahan bahasa pengatar agama Islam telah

    meningkatkan taraf, kecekapan dan kewibawaaannya. Istilah-istilah yang baru dan cara

    penhujahan dan penyataan yang baru demi mengungkapkan penegasan dan penghujahan

    yang lebih rumit dan kompleks tetapi lebih tepat, persis dan saintifik.

    4Asmah Haji Omar 1983 The Malay Peoples of Malaysia and Their Languages. Kuala

    Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

  • 8/6/2019 Tamadun Melayu Mempengaruhi Dasar Malaysia Masakini

    10/14

    Bagi kesusteraan Melayu tradisional, kedatangan Islam membuka lembaran baru

    dalam kehidupan masyrakat melayu tradisional. Agama Islam yang membawa sinar baru

    kepada masyrakat turut juga membawa memperkenalkan tuulisan yang wajar dan sesuai

    untuk dikembangkan pengunaan di Alam Melayu. Dengan itu, kertas yang telah sekian

    lama digunakan di Timur Tengah dan di Barat, mengambil alih peranan yang dimainkan

    oleh batu, logam, daun lontar dan sebagainya. Dakwat dan kalam juga ikut diperkenalkan

    penggunaan (Siti Hawa, 2002:6)

    Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tulisan Jawi telah diterima oleh masyarakat

    Melayu serentak dengan mereka menerima agama Islam dan mereka hanya mengambil

    sedikit masa untuk menyesuaikan tulisan itu pada bunyi-bunyi yang terdapat dalam

    bahasa mereka untuk dijadikan tulisan bahasa Melayu sendiri5

    Era kolonialisme di alam Melayu selama hampir 500 tahun memperlihatkan bahawa

    mereka tidak berjaya memusnahkan khazanah pusaka warisan Tamadun Melayu yang

    penting iaitu bahasa. Sastera dan pelbagai aspek kesenian yang menjadi komponen

    penting atau terus teras kepada kebudaya dan tamadun Melayu. Ini kerana pihak penjajah

    Belanda dan Inggeris menumpukan usaha mereka untuk menguasaai intitusi politik,

    pentadbiran serta ekonomi di Alam Melayu. Pada masa yang sama, mereka tidak pula

    menghalang perkembangan bahasa, sastera san kesenian Melayu. Malah ada dikalangan

    mereka yang bertidak sebagai penaung atau pengkaji bahasa, sastera dan kesenian yang

    terus menerus berkembang (Wan Hashim, 2001:112). Buktinya ialah Stanford Raffles,

    merupakan orang yang pertama yang telah memperkenalkan konsep The Malayan nation,

    the Malay race, wilayah Melayu dan mengkonsepsi sejarah orang Melayu berdasarkan

    falsafah romantik, teori social dan biologi Eropah (Shamsul Amri, 2003:90).

    Sebelum Perang Dunia Kedua, kebanyankan negeri Melayu khususnya bekas Negeri-

    negeri Melayu Tidak Bersekutuan iaitu Kedah Perlis, Kelantan, Terenganu dan Johor

    mengunakan bahasa Melayu secara meluas bagi tujuan rasmi seperti dalam mesyuarat,

    surat menyurat dan penulisan minit (Wan Ab Rahman, 2004:92).

    Walaupun kedatangan penjajah Barat tidak berjaya meminggirkan bahasa Melayu,

    namun apabila British memperkenalkan pendidikan aliran Inggris di semua peringkat,

    rendah, menengah dan tinggi (universiti) pada awal abad ke-20, bahasa Inggeris mula

    5Syed Hussein Al Atas 1964Archaeology, History and the Social Sciences in Southeast Asia,

    Federation Museums Journal, IX:21-31

  • 8/6/2019 Tamadun Melayu Mempengaruhi Dasar Malaysia Masakini

    11/14

    bertapak sebagai bahasa ilmu moden dan bahasa pengajian tinggi. Selama hampir tiga

    suku dekat bahasa Inggris menduduki tangga pertama dibandingkan dengan bahasa

    Melayu (Wan Hashim, 200587).

    Begitu juga dengan era selepas Perang Dunia Kedua yang memperlihakan

    penghakisan sedikit sebanyak penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang

    terpaksa member laluan kepada bahasa Inggeris. Ia merupakan syarat yang diwajaibkan

    oleh pihak inggeris untuk mempercepatkan penerimaan sistem Common Law British dan

    sistem pentadbiran mereka. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,

    penggubal perlembagaan menerima hakikat sejarah penerimaan bahasa Melayu di

    negara ini. Satu peruntukan dimasukan kedalam Perlembagaan Persekutuan untuk

    member kedudukan kepada bahasa Melayu ini.

    Pekara 152 Perlembagaan Persekutuan menmperutukan bahawa bahasa Melayu

    menjadi bahasa Kebangsaan dan bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua

    maksud rasmi maksud rasmi dan bahasa lain walaupun boleh diajar dan dipelajari, tetapi

    bagi tujuan selain daripada maksud rasmi. Akta Pelajaran 1961 juga telah menetapkan

    bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, baik di

    peringkat rendah, menegah dan tinggi.

    Dalam dasawarsa lepas, bahasa Melayu dilihat agak kehilangan arah dam masih

    tercari-cari jati diri khususnya di kalangan warga Malaysia sendiri. Mereka lebih gemarmengunakan bahasa Inggeris atau bahasa rojak sebagai bahasa pertuturan sehariaan. Ini

    ditambah lagi dengan kehadiran bahasa SMS yang cukup di kalangan remaja dan para

    pelajar khususnya. Keadaan ini membimbangkan pihak kerajjan khususnya badan yang

    dipertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa Melayu iaitu Dewan Bahasa dan

    Pustaka. Lantaran itu, dalam tahun 2006, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah diberi

    Kuasa oleh kerajaan unhtuk memantau malah mengambil tindakan terhadap mana-mana

    pihak yang menyalahgunakan dan mencemarkan kesuian bahawa kebangsaan ini.

    KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMI PUTERA

    Pembentukan Pelembagaan Persekutuan merupakan hasil toleransi yang cukup tinggi

    oleh kaum Melayu terhadap kaum bukan Melayu semasa penubuhan Persekutuan Tanah

    Melayu pada tahun 1957 dahulu. Persetujuan melongarkan syarat-syarat

  • 8/6/2019 Tamadun Melayu Mempengaruhi Dasar Malaysia Masakini

    12/14

    kewarganegaraan oleh para peminpin Melayu telah membolehkan peminpin-peminpin

    bukan Malayun mengakuai kedudukan istimewa orang Melayu dan orang Islam.

    Dengan pembentukan gagasan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, taraf

    kedudukan istimewa ini telah diperluaskan kepada kaum bumiputera di Sabah dan

    Sarawak. Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera ini telah dimaktubkan

    menurut Pekara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Zainal Abidin, 2001:198).

    Selain itu, Pelembagaan Persekutuan juga mengiktiraf peranan undang-undang adat

    yang dapat dilaksanakan di kalangan orang Melayu dan juga masyarakat bumiputera atau

    peribumi di Sabah dan Sarawak. Undang-undang adat yang dapat lama berkembang iaitu

    semenjak adanya undang-undang bertulis telah lama diamalkan, namun dari segi

    perlaksanaannya dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Zainal

    Abidin, 2001:198).

    GLOBALISASI DAN WAWASAN 2020

    Dalam usaha untuk memajukan negara sebagai sebuah negara maju dan negara industry

    didalam acuannya sendiri, Malaysia berusaha untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia

    yang bersatu menjelang tahun 2020.

    KESIMPULAN

    Dalam membina peradaban bangsa Malaysia menjelang tahun 2020, apa yang pasti ialah

    budaya dan nilai luhur yang wujud dalam agama Islam dan orang Melayu perlu

    diperkasakan dan dijadikan sebagai teras kepada pembentukan dan pembinaan bangsa

    Malaysia dan negara Malaysia. Ini kerana orang Melayu pernah membuktikan kepada

    dunia bahawa mereka pernah mengecap zaman kegemilangan lantaran berpegang teguh

    dan menghayati sepenuhnya ajaran Islam.

    Islam sebagai cara hidup yang lengkap menyediakan panduan yang sempurna bagi

    semua dimensi kehidupan. Maka untuk mencapai era kegemilangan seperti mana yangdikecapi oleh umat Melayu terdahulu, sewajarnya generasi hari ini kembali memahami

    dan menghayati ajaran Islam dalam erti kata yang sebenar kerana Islam adalah yang

    dinamik dan progesif .

  • 8/6/2019 Tamadun Melayu Mempengaruhi Dasar Malaysia Masakini

    13/14

    RUJUKAN

    Rahmah Bujang, Yaacob Harun, Mohammad Nazzri Ahmad dan Ahmad Hakimi Khairuddin

    2006 Kesenian, Proses Sosialisasi, dan Pembudayaan Masyarakat Melayu, dalam

    Tamadun Islam dan Tamadun Melayu . Siri Teks Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur:

    Penerbit Universiti Malaya.

    Siti Hajar Abu Bakar Ah 2002 Pengantar Dasar Sosial Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit

    Universiti Malaya.

    Syed Hussein Al Atas 1964 Archaeology, History and the Social Sciences in Southeast

    Asia, Federation Museums Journal, IX:21-31.

    Syed Muhammad Naquib Al-Attas 1999 Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu:

    Suatu Mukaddimah mengenai Peranan Islam dalam Peradaban Sejarah

    Melayu-Indonesia, dan Kesannya dalam Sejarah Pemikiran, Bahasa, dan

    Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.

    Tan Ding Eing 1976 A Portrait of Malaysia and Singapore. Oxford Progressive History.

    Singapore: Oxford University Press.

    Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 1969 Sa-Belum dan Sa-Lepas 13 Mei. Kuala

    Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu Berhad.

    Tweedie, M.W.F. 1957 The Prehistory of Malaya. 2nd

    Edition. Singapore: Donald Moore.

    1953 The Stone Age in Malaya, Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic

    Society, 26(2). (Monograph on Malay Subjects, No. 1).

    1949 The Malayan Neolithic, Journal of the Polynesia Society , 58(1): 19-35.

    1942 Prehistory in Malaya, Journal of the Royal Asiatic Society of Great Britain and

    Ireland, Part 1, ms. 1-13.

    Wan Abdul Kadir Yusoff dan Zainal Abidin Borhan 1985 Ideologi dan Kebudayaan

    Kebangsaan. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

    Wan Azmi Ramli 1993 Dasar Sosial di Malaysia. Edisi Terbaru. Kuala Lumpur: Golden

    Books Centre Sdn. Bhd.

  • 8/6/2019 Tamadun Melayu Mempengaruhi Dasar Malaysia Masakini

    14/14

    Wan Hashim Wan Teh

    2000 Tamadun Melayu dan Pembinaan Tamadun Abad Kedua Puluh Satu , dalam

    Tamadun Melayu: Menyingsing Abad Kedua Puluh Satu , Edisi Kedua. Ismail

    Hussein, Wan Hashim Wan Teh dan Ghazali Shafie. ms. 69-144.

    1994 Teori Migrasi dan Asal Usul Ras Melayu. Kertas kerja yang dibentangkan dalam

    Majlis Polemik Sejarah Malaysia di Arkib Negara Malaysia pada 18 Oktober 1994.

    Wheatley, Paul 1980 The Golden Khersonese: Studies in the Historical Geography of

    the Malay Peninsula Before A. D. 1500. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

    Wright, Esmond 1951 A Short History of Our Own Times (1919-1950). Thrift books No. 7.

    A companion series to the Thinker's Library. London: Thrift Books.