tamadun islam zaman nabi muhammad

13
PENGHARGAAN Alhamdulillah ~ B ersyukur kehadrat ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami , disamping berkat kerja keras dari kami bertiga , tugasan ini dapat kami siapkan dengan jayanya . Pertama sekali , kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah kami iaitu Ustaz Abdul Aziz bin Ismail atas tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya , kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan sukses . Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang memberi pemudah cara serta modal bagi kami menyiapkan tugasan yang diberi , disamping memberi sokongan moral yang tidak terhingga . Serta penulis-penulis blog yang menjadi rujukan kepada kami . Ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi pandangan dan berkongsi idea-idea bernas tentang tajuk ini . Juga kepada ahli kumpulan yang memberi kerjasama dan saling bantu-membantu bagi menyiapkan tugasan ini . Sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W , kami juga berterima kasih dan bersyukur diatas peluang menjadi umat yang sangat baginda sayangi . Terima kasih atas setiap pengorbanan dan perjuangan yang telah baginda lakukan bagi mengembangkan agama suci ini dan membawa ketamadunan yang banyak mempengaruhi kehidupan zaman dahulu sehingga kini . Akhir madah , kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini . Terima kasih . 1

Upload: ladyz-gagapp

Post on 07-Feb-2016

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

..

TRANSCRIPT

Page 1: tamadun islam zaman nabi muhammad

PENGHARGAAN

Alhamdulillah ~

B

ersyukur kehadrat ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa dan tenaga yang

dianugerahkan kepada kami , disamping berkat kerja keras dari kami bertiga , tugasan ini dapat

kami siapkan dengan jayanya .

Pertama sekali , kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah

kami iaitu Ustaz Abdul Aziz bin Ismail atas tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya , kami

dapat menyiapkan tugasan ini dengan sukses .

Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang memberi pemudah cara serta modal bagi kami

menyiapkan tugasan yang diberi , disamping memberi sokongan moral yang tidak terhingga .

Serta penulis-penulis blog yang menjadi rujukan kepada kami .

Ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi pandangan

dan berkongsi idea-idea bernas tentang tajuk ini . Juga kepada ahli kumpulan yang memberi

kerjasama dan saling bantu-membantu bagi menyiapkan tugasan ini .

Sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W , kami juga berterima kasih dan bersyukur diatas

peluang menjadi umat yang sangat baginda sayangi . Terima kasih atas setiap pengorbanan dan

perjuangan yang telah baginda lakukan bagi mengembangkan agama suci ini dan membawa

ketamadunan yang banyak mempengaruhi kehidupan zaman dahulu sehingga kini .

Akhir madah , kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara

langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini . Terima kasih .

1

Page 2: tamadun islam zaman nabi muhammad

PENGENALAN

ebelum kemunculan tamadun yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w, masyarakat Mekah

mengamalkan kehidupan jahiliah seperti amalan menyembah berhala, merompak, judi,

dan sebagainya. Tetapi semuanya berubah apabila Rasulullah membawa tamadun islam.

Hal ini bermula selepas Nabi Muhammad s.a.w diangkat sebagai Rasul, kehidupan masyarakat

berubah dari kegelapan kepada kehidupan yang lebih bercahaya . Selama 13 tahun baginda

Rasulullah s.a.w menempuh pelbagai mehna dan tribulasi, baginda berjaya mengubah budaya,

cara hidup, akidah, keagamaan dan lain-lain.

S

Kemuculan tamadun ini terbahagi kepada 3 fasa iaitu :-

Islam merubah tamadun jahiliah

Kemunculan tamadun islam di zaman Makkiyyah

Kemunculan tamadun islam di zaman Madaniyyah

*( penerangan di halaman 3-11 )

BIODATA NABI MUHAMMAD S.A.W

Nama : Muhammad bin Abdullah

Tarikh Lahir : 12 Rabiul Awal Tahun Gajah / 20 April 571 masihi

Tempat Lahir : Kota Mekah

Keturunan : Bani Quraisy

Nama Bapa : Abdullah bin Abdul Mutalib

(meninggal dunia di Yathrib ketika perjalanan dari Syam ke Mekah)

Nama Ibu : Siti Aminah binti Wahab

(meninggal dunia kerana jatuh sakit setelah menziarahi kubur bapa Rasulullah

ketika baginda berumur 5/6 tahun)

Gelaran : Al-Siddiq Al-Amin (yang benar lagi dipercayai)

Umur Diangkat menjadi Rasul : 40 tahun

Tarikh Wafat : Isnin 12 Rabi’ul Awal tahun 11 hijrah / 8 Jun 632 masihi pada umur 63 tahun

Kubur : Madinah Al-Munawarah

2

Page 3: tamadun islam zaman nabi muhammad

TAMADUN ISLAM ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW

Sifat dan ciri Islam sebagai agama yang universal telah merubah dan mewarnai sejarah

dunia selain membawa revolusi (perubahan secara besar-besaran) di Tanah Arab serta tanda

bermulanya Zaman Pertengahan bagi Dunia Eropah.

Islam Merubah Jahiliyah

Zaman Jahiliyyah ialah zaman selepas keruntuhan kerajaan Saba’ pada 3 abad sebelum

kerasulan Nabi Muhammad S.A.W.. Zaman ini berakhir apabila turunnya wahyu kepada Nabi

Muhammad SAW pada 610Masihi. Dari segi bahasa jahil bermaksud bodoh, tidak mengetahui

atau tidak berilmu. Dari segi istilah, jahiliyyah bermaksud tidak menerima kebenaran dan tidak

mengikut ajaran nabi dan rasul sebelumnya. Masyarakat Arab di zaman ini mengalami zaman

kegelapan kerana mereka menyembah patung,berhala dan tidak mengikut ajaran Allah. Ketika

itu, kehidupan masyarakat kucar-kacir dan akhlak mereka seburuk-buruk akhlak seperti kejam,

angkuh, degil . Zaman ini juga merupakan zaman dimana tiada petunjuk dan pebimbing seperti

nabi, rasul ataupun kitab.

Rasulullah S.A.W. dan para sahabat menyusun umat Islam di Mekah dengan kemas dan

rapi dan mendidik mereka dengan keimanan yang mantap dan ilmu-ilmu Islam. Mereka

mendedahkan Ayat-ayat Makiyyah yang membina keimanan manusia ke arah keesaan Allah

SWT dan menolak penyembahan kepada berhala. Mendidik manusia kepada kepentingan hidup

bermaufakat untuk menegakkan kebenaran dan juga memberi kekuatan kepada umat Islam

Mekah mempertahankan diri daripada ancaman Quraisy Mekah. Mereka yakin Islam adalah

alternatif unggul yang memberi tempat untuk semua golongan tanpa mengira puak atau kabilah.

Sikap dan akhlak mulia Rasulullah S.A.W. dan para sahabat, kesucian dan fitrah agama Islam

juga menjadi faktor penerimaan Islam di kalangan masyarakat Arab dan masyarakat lain.

3

Page 4: tamadun islam zaman nabi muhammad

Kemunculan Tamadun Islam Di Zaman Makkiyyah

Period mekah merupakan zaman ujian untuk menempa dan memupuk jiwa supaya tegas, kukuh

dan tahan lasak.

Kemunculan Tamadun Islam bermula dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW pada

tahun 570 Masehi. Baginda lahir ditengah masyarakat yang mengalami krisis akhlak. Zaman ini

juga merupakan zaman pembetulan akidah dan pemulihan akhlak dan bermulanya era pembinaan

tamadun Islam. Bertapak dan berkembang ketika baginda menerima wahyu pertama. Perkara

utama yang dibincangkan ialah akidah kerana ia merupakan asas dalam Islam. Dalam tempoh 13

tahun Rasulullah S.A.W berdakwah di Mekah berlandaskan tauhid iaitu mengesakan Allah

S.W.T dan menentang segala bentuk syirik, khurafat dan tahyul. Semasa di Mekah, Rasulullah

S.A.W lebih menumpukan kepada penyediaan individu yang mantap dan kuat dalam

menandingi kegilaan puak pelampau kafir dan musyrik kerana mereka menghalang penyebaran

dakwah Islam.

Sabda Nabi SAW:

“Bahawasanya aku diutuskan bagi menyempurnakan akhlak”

Firman Allah SWT:

“Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi

rahmat bagi sekalian alam”

Antara perkara-perkara yang ditekankan oleh Rasulullah SAW ketika di Mekah:

a. Pembinaan Akidah

Semasa zaman jahiliyyah, sebahagian masyarakat Arab menyembah berhala yang

membawa konsep berbilang Tuhan, namun Rasulullah telah membawa perubahan dalam

kepercayaan mereka kepada kepercayaan yang betul iaitu akidah mentauhid serta mengesakan

Allah S.W.T dan menolak sebarang penyekutuaan terhadap Allah S.W.T. Perubahan ini sukar

untuk ditanam dalam masyarakat Arab kerana sejak dahulu lagi mereka menyembah bermacam-

macam berhala.

4

Page 5: tamadun islam zaman nabi muhammad

b. Membanteras maksiat dan kejahilan

Sebelum kedatangan Islam, .masyarakat Arab mempunyai akhlak yang buruk. Mereka

melakukan perbuatan yang tidak bermoral seperti minum arak, berjudi, berzina, membunuh anak

perempuan. Malah, mereka menganggap lelaki yang minum arak sehingga mabuk ialah lelaki

sempurna. Rasulullah S.A.W bertungkus-lumus untuk memperbaiki akhlak masyarakat Arab

supaya selaras dengan ajaran islam. Antara kaedah yang baginda lakukan adalah mengajak

mereka berakhlak mulia, menyemai kasih sayang terhadap anak perempuan dan seluruh

makhluk, tidak berjudi, tidak berzina, dan tidak minum arak serta mengamalkan amar makruf

nahi mungkar seperti di dalam Surah Al-Imran ayat 110.

Daripada Jarir bin Abdullah R.A. berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang

mempunyai sifat kasih sayang, nescaya mereka itu akan dikasihi Allah. Oleh itu

kasihanilah orang-orang yang ada di bumi, nescaya kamu akan dikasihi oleh Yang ada

di langit”. (Muttafaqun ‘alaih)

c. Membanteras perhambaan dan kasta

Dalam Islam, semua manusia mempunyai taraf yang sama yang membezakan mereka

adalah iman dan taqwa. Allah bersabda dalam surah Al-Hujurat ayat 13, “ Wahai manusia!

Sesungguhnya, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan,

kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.

Sesungguhnya, yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.

Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti”.

Pada zaman jahiliyyah, manusia ibarat barang dagangan. Khususnya dalam kalangan

orang kaya dan orang miskin.Mereka memperoleh hamba melalui beberapa cara iaitu melalui

pemerdagangan, peperangan dan penculikkan. Hamba pula dilayan kasar, tidak diupah, dan

bekerja semaksimum mungkin. Kaedah ini salah kerana dilarang sama sekali di dalam Islam.

Rasulullah juga bertindak menghapuskan sistem perhambaan beransur-ansur membudayakan

sinar Islam.

5

Page 6: tamadun islam zaman nabi muhammad

d. Pemulihan akhlak

Akibat kejahilan akidah & ilmu pengetahuan, masyarakat Arab telah merosakkan akhlak

mereka sendiri dengan menjadi zalim dan perilaku di luar batasan manusia. Nabi Muhammad

SAW berjaya merubah masyarakat Arab daripada biadab kepada lebih beradab dengan

menunjukkan budi pekerti yang mulia sejak kecil dan merealisasikan sifat-sifat mulia dalam

pergaulan. Pembentukkan akhlak mulia adalah teras dan matlamat perjuangan Rasulullah ke arah

kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Akhlak bermaksud tingkah laku yang menjadi tabiat

bagi menunjukkan zahir dan batin seseorang. Akhlak baik masyarakat Jahiliyyah antaranya

menghormati tetamu walaupun musuh, tepati masa, pegang janji dan berani. Rasulullah telah

mengubah akhlak masyarakat Jahiliyyah kepada akhlak yang mencerminkan Islam.

Contoh akhlak Rasulullah :

a. Memberi salam terlebih dahulu ketika bertemu dengan orang

b. Gemar panggil sahabat dengan gelaran yang baik2x.

c. Sering senyum dihadapan sahabat.

d. Saling tolong-menolong.

e. Pembelaan kaum wanita

Wanita di Zaman Jahiliyyah bernasib malang kerana dipandang rendah dan hina yang

berpunca daripada kemiskinan lalu dijadikan sebagai hadiah pertaruhan. Dengan munculnya

Islam, ia mengubah tradisi tersebut. Islam mengiktiraf kejadian lelaki dan wanita sama sebagai

makhluk mulia. Lelaki dan wanita sama taraf di sisi Islam yang membezakan mereka adalah hak,

tugas dan tanggungjawab kerana fizikal berbeza. Dakwah Rasulullah SAW menyebabkan wanita

berpeluang mencari ilmu, pendidikan, mengemukakan pendapat dan dihargai.

6

Page 7: tamadun islam zaman nabi muhammad

f. Pendidikan

Pendidikan adalah asas utama dalam ketamadunan Islam dan ia amat dititikberatkan oleh

Rasulullah SAW. Pada awalnya tempat berkumpul berpusat di rumah para sahabat seperti rumah

Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam. Kurikulum yang ditekankan adalah akidah, syariah dan akhlak

dan mereka banyak melakukan aktiviti seperti membaca, menghafal dan menulis.

7

Page 8: tamadun islam zaman nabi muhammad

Kemunculan Tamadun Islam Zaman Madaniyyah

Period Madinah adalah zaman untuk membina komuniti tepat dan baru menepati acuan baldatun

toyyibatun warabbun ghaffar ( negeri yang baik dan mendapat pengampunan Allah S.W.T )

Pada tahun 622M, baginda S.A.W diperintahkan berhijrah ke Yathrib kerana mendapat

tentangan hebat daripada fizikal dan mental golongan kafir Quraisy di Mekah. Sejak

penghijrahan ini, Yathrib dikenali sebagai Madinah. Di Madinah, usaha dakwah Rasulullah

S.A.W. terbahagi kepada dua iaitu membina dan menyusun masyarakat serta Negara Islam dan

memelihara serta mempertahankan masyarakat dan Negara Islam Madinah.

Dari sudut zahir, hijrah bermaksud pindah dari sesuatu tempat ke tempat lain. Dari sudut

makna tersirat, hijrah bermaksud tinggalkan adat resam dan kebiasaan yang karut dan mungkar.

Makna lain bagi hijrah ialah perpindahan atau perubahan negatif kepada positif. Dari sudut

sejarah Islam pula, hijrah bermaksud perpindahan Rasulullah dan para sahabat dari Makkah ke

Madinah untuk menyelamatkan akidah dan nyawa dari ancaman kafir Quraisy.

Hijrah bukan semata-mata berlaku secara fizikal tetapi berlaku dalam diri individu

muslim yang bersama Rasulullah S.A.W. ke Madinah, tetapi sistem kepercayaan, pemikiran dan

amalan mereka yang bersifat jahiliyyah diubah menurut Islam. Sebelum berhijrah, Baginda dan

para sahabat telah ditekan dan dizalimi secara mental dan fizikal. Antaranya, Rasulullah S.A.W

ditawarkan harta, takhta dan wanita namun baginda tolak kerana semua itu bukan matlamat

hidup yang membawa kebahagiaan abadi. Kota Madinah merupakan kota yang membentuk

masyarakat Islam. Kota Makkah pula ialah pembentukan peribadi muslim melalui proses dakwah

dan tarbiyah.

8

Page 9: tamadun islam zaman nabi muhammad

Antara usaha-usaha yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika di Madinah:

a. Membina masjid

Masjid merupakan tempat sujud iaitu tempat umat Islam menunaikan solat, zikir kepada

Allah dan hal-hal berhubung Islamiyah. Masjid pertama yang didirikan oleh Baginda dan umat

Islam ialah Masjid Quba’ yang terletak kira-kira 2 batu dari masjid Nabawi. Masjid Quba’ dibina

dalam peristiwa hijrah semasa perjalanan dari Mekah ke Madinah. Masjid Quba’ juga

merupakan masjid yang ke empat paling suci dalam kalangan umat Islam selepas Masjid al-

Haram (Makkah), Masjid Nabawi (Madinah) dan Masjid al-Aqsa (Palestin).

Selepas sampai di Madinah, Rasulullah S.A.W membina masjid di pusat bandar Madinah

iaitu masjid Nabawi. Masjid ini adalah jantung Kota Madinah dan telah dibina di atas tanah

kepunyaan dua orang anak yatim yang bernama Shal dan Suhail bin Amr. Dengan adanya masjid

yang berfungsi juga sebagai tempat menimba ilmu, masyarakat Madinah berpeluang belajar

agama dengan lebih luas dan mendalam. Rasulullah S.A.W juga berjaya mengubah kehidupan

masyarakat Arab Madinah sehingga dapat bersaing dengan orang Yahudi. Madinah muncul

sebagai pusat pendidikan dan pengajian terpenting dalam dunia Islam.

Fungsi masjid ialah mengadakan perjanjian, merawat pesakit, pengisytiharan perlantikan

khalifah, kegiatan politik, perancangan kota, menentukan strategi askar, Baitulmal, dan tempat

wahyu disampaikan kepada para sahabat. Sekitar masjid adalah tempat tinggal orang fakir

miskin. Oleh kerana keadaan yang hiruk pikuk sehingga mengganggu para jemaah mendirikan

solat, Saidina Umar al-Khatab telah memisahkan urusan ibadah dan keduniaan. Namun masjid

tetap menjadi pusat Nabi Muhammad menggerakkan pentadbiran negara. Ini kerana Islam tidak

wujud sekularisme (aliran yang memisahkan agama dan dunia). Kesimpulan, sistem dan

peradaban Islam ialah meluaskan roh persaudaraan dan ikatan mahabbah (kasih sayang) sesama

Islam melalui institusi masjid.

9

Page 10: tamadun islam zaman nabi muhammad

b. Memperkukuhkan Persaudaraan

Baginda telah menyatukan dan mempersaudarakan golongan yang telah lama bertelagah

di Madinah iaitu golongan Ansar (kaum Bani Aus dan Bani Khazraj). Penyatuan mereka

dilakukan dengan penuh nilai kasih sayang persaudaraan dan semangat tolong menolong. Kota

Madinah didiami oleh masyarakat berbilang kaum dan agama seperti Islam, Yahudi, Nasrani dan

orang arab yang tidak beragama. Berbilang kaum pula ialah Bani Quraisy, Bani Qainuqa’, Bani

Nadhir, Bani Quraizah dan lain-lain. Selepas kedatangan Islam, elemen-elemen jahiliyyah seperti

Assobiyah telah dihapuskan.

Usaha kedua Rasulullah, Baginda berjaya mempersaudarakan golongan Ansar dan

Muhajirin. Muhajirin ialah kumpulan yang datang berhijrah bersama-sama Rasulullah dari

Makkah ke Madinah manakala Ansar pula golongan yang tinggal di Madinah yang sanggup

mengorbankan segala kemewahan demi membantu hijrah Rasulullah. Setelah persaudaraan

Ansar dan Muhajirin kukuh, Baginda menjadikan ikatan persahabatan dan kerjasama dengan

golongan bukan Islam iaitu yahudi ( penduduk Madinah ). Bagi mengukuhkan perpaduan

ummah sesama para penduduk Madinah serta melakukan semangat kekitaan dan

kebertanggungjawaban antara satu sama lain, Rasulullah menukarkan Yathrib kepada Madinah

al-Munawarah yang bermaksud kota yang dicahayai oleh keimanan.

c. Membentuk Piagam Madinah

Nabi Muhammad S.A.W menggubal satu perlembagaan sebagai asas pegangan perjanjian

antara umat Islam dengan orang bukan Islam khususnya orang Yahudi. Perlembagaan ini

dirangka mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat madinah.

Perjanjian ini dinamakan perlembagaan Madinah atau piagam Madinah atau Sahifah Madinah

atau Dustur al-Madinah. Ia merangkumi 47 fasal. 23 fasal tentang hubungan umat Islam sesama

Islam (Ansar dan Muhajirin) dan 24 fasal membicarakan hubungan umat Islam dengan bukan

umat Islam(Yahudi). Para penulis sejarah memperakui bahawa naskah tersebut adalah satu

dokumen politik yang paling lengkap dan paling tua dalam sejarah.

10

Page 11: tamadun islam zaman nabi muhammad

Perlembagaan Madinah ialah perlembagaan bertulis yang pertama di Madinah. Kesan

perlembagaan ini berjaya mewujudkan kesan positif dalam politik di mana Baginda mewujudkan

perlembagaan berbentuk ummah. Di atas prinsip ummah, Baginda melancarkan perubahan

revolusioner iaitu Baginda merombak semua prinsip suku-suku bangsa yang lama. Dari sudut

sosial, kesannya memberi persamaan hak dan kemuliaan dalam kalangan umat serta melindungi

mereka tanpa melakukan kezaliman, penindasan dan permusuhan.

d. Mendirikan Pasar

Untuk meningkat dan mengukuhkan ekonomi masyarakat Madinah, Rasulullah

menggalakkan mereka mengoptimumkan penggunaan tanah untuk pertanian dan melibatkan diri

dalam bidang perniagaan dan perindustrian. Justeru, Rasulullah mewujudkan sebuah Pasar di

madinah untuk melatih umat Islam berniaga. Segala aktiviti perniagaan yang mendatangkan

kerugian dan mengelirukan seperti penipuan, monopoli dan spekulasi di haramkan. Sebelum

kedatangn Islam, wujud sistem ekonomi berbentuk Pasar di Madinah tetapi dimonopoli orang

yahudi seperti Pasar Zabalah, Pasar al-Jasar, Pasar Safasir dan Pasar Zakak tapi yang maju hanya

Pasar al-Jasar yang dikuasai oleh Yahudi Bani Qainuqa’.

Baginda telah membina Pasar bersebelahan dengan pasar yahudi namun ditentang kerana

mengganggu sumber ekonomi mereka. Kemudian baginda memindahkan tapak pasar tersebut di

tengah-tengah bandar Madinah. Rasulullah juga memperkenalkan konsep pasar secara terbuka.

Di tapak-tapak pasar tidak dibenarkan membangunkan sebarang binaan atau bangunan, bebas

dari sebarang cukai dan melarang memonopoli tempat perniagaan, menipu dan menaikkan harga

sesuka hati. Pada zaman Rasulullah, masyarakat Madinah telah muncul sebagai masyarakat yang

kukuh ekonominya dan mantap kerohanian, muncul golongan korporat sehingga mewujudkan

masyarakat harmoni.

11

Page 12: tamadun islam zaman nabi muhammad

KESIMPULAN

Kesimpulan kepada kemunculan tamadun zaman Nabi Muhammad s.a.w adalah seperti berikut :-

Kemunculan agama Islam telah mengubah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah kepada kehidupan yang teratur secara beransur-ansur .

Nilai-nilai murni telah disemaikan dalam kehidupan . Tamadun Islam bukan sahaja memberi rahmat di Semenanjung Taman Arab tetapi mempengaruhi negara-negara lain di dunia .

Nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang pemimpin yang berkaliber menjayakan perkembangan tamadun Islam di Mekah.

Setiap amalan dan gaya hidup itu boleh diubah dengan adanya sesuatu yang baru yang dibawa oleh seorang yang berkaliber , hebat , dan penuh dengan ciri-ciri kepimpinan .

Nabi Muhammad hebat !

12

Page 13: tamadun islam zaman nabi muhammad

RUJUKAN

http://www.slideshare.net/ajaknordin/bab-2-33531364 http://ctu151.blogspot.com/2009/04/kerajaan-islam.html https://sejarahtamadunislam.wordpress.com/zaman-nabi-muhammad-s-a-w/ Dasuki Haji Ahmad (1986), Ikhtisar Perkembangan Islam, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mustafa Hj. Daud (1987), Pengantar Tamadun Islam, Petaling Jaya: Media

Indah.

13