zaman jahiliyyah dan nabi muhammad saw sebelum kedatangan islam

31
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad (s.a.w.) Sebelum Kedatangan Islam PPPY1272 FIQH SIRAH Ezad Azraai Jamsari, JPATI, FPI, UKM (Bab 2)

Upload: ezad-azraai-jamsari

Post on 30-Jun-2015

5.246 views

Category:

Education


16 download

DESCRIPTION

Nota perkuliahan PBJJ bagi kursus PPPY1272 Fiqh Sirah, kursus WAJIB dari Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

TRANSCRIPT

Page 1: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad (s.a.w.) Sebelum

Kedatangan Islam

PPPY1272 FIQH SIRAH

Ezad Azraai Jamsari, JPATI, FPI, UKM

(Bab 2)

Page 2: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

OBJEKTIF Bab2

Mengenal pasti kerajaan yang pernah wujud di Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam

Memahami kedudukan dan peranan kabilah Quraysh di Makkah

Mengetahui tradisi dan kebudayaan masyarakat Arab sebelum Islam

Menyelami aspek kehidupan Nabi Muhammad (s.a.w.) sebelum wahyu diturunkan

Bab 2 • 2

Page 3: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

KEADAAN POLITIK SEMENANJUNG ARAB

Muncul beberapa kerajaan, sama ada di utara atau pun di selatan Semenanjung Tanah Arab

Kerajaan-kerajaan ini telah mempunyai dan mencapai tahap ketamadunan yang tinggi

Sektor perdagangan menjadi sumber utama kerana lokasinya yang strategik

Aktiviti pertanian turut menjadi sumber

Bab 2 • 3

Page 4: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

Kerajaan di selatan Semenanjung Arab:

1. Kerajaan Ma’in kuasa politik terawal

tempoh memerintah 1300SM-630SM

mempunyai bumi yang subur dan terletak di kawasan yang strategik ant. Asia dan Eropah

27 orang raja memerintah~sistem monarki

Wanita memiliki kedudukan istimewa

Musnah kerana gagal mempertahankan

KEADAAN POLITIK (sambungan)

Bab 2 • 4

Page 5: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

Kerajaan di selatan Semenanjung Arab:

2. Kerajaan Qataban sezaman dengan Kerajaan Ma’in

tempoh pemerintahan 1000SM-200SM

18 orang raja (makrub) memerintah

pentadbiran negara disertai beberapa majlis

menjalankan aktiviti dgn menggunakan mata wang sendiri; ada undang-undang sendiri

mempunyai ketamadunan yang tinggi

KEADAAN POLITIK (sambungan)

Bab 2 • 5

Page 6: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

Kerajaan di selatan Semenanjung Arab:

3. Kerajaan Hadaramawt telah bergabung dengan Kerajaan Ma’in

selama 300 tahun, hingga Ma’in runtuh

Bergabung pula dengan Kerajaan Saba’, iaitu dari 630SM hingga 180SM

Membentuk kerajaan tersendiri hingga tahun 300M

Kuat berpegang kepada agama menyembah berhala

KEADAAN POLITIK (sambungan)

Bab 2 • 6

Page 7: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

Kerajaan di selatan Semenanjung Arab:

4. Kerajaan Saba’ muncul sbg. Kerajaan berasingan pada 950M

mewarisi peninggalan Kerajaan Ma’in 630SM

37 orang raja memerintah, termasuk Puteri Balqis

memiliki tamadun yang tinggi; kejuruteraan, pertanian, sistem kewangan dan pentadbiran

kerajaan ini musnah kerana tragedi empangan Ma’rib musnah

KEADAAN POLITIK (sambungan)

Bab 2 • 7

Page 8: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

Kerajaan di selatan Semenanjung Arab:

5. Kerajaan Himyar dan Habashah berkuasa sehingga tahun 525M

beberapa siri peperangan berlaku sepanjang pemerintahan, khususnya dengan pihak Rom

Habashah juga pernah menyerang kerajaan ini (378M) tapi gagal untuk menaklukinya

Akibat kezaliman Raja Dhu Nuwas, Habashah berjaya takluk 525-575M

Dipimpin Aryat, Abrahah, Yaksum & Masruq

KEADAAN POLITIK (sambungan)

Bab 2 • 8

Page 9: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

Kerajaan di utara Semenanjung Arab:

1. Kerajaan Anbat berpusat di Petra, timur laut Teluk ‘Aqabah

Lokasinya strategik, terletak antara utara dan selatan Sem. Arab; penyembah berhala

bermula sekitar tahun 500SM

wilayah: Dimashq, utara Hijaz, timur Jordan, semenanjung Sinai dan Hawran

tamadun tinggi: sistem pentadbiran teratur, raja dilantik secara monarki

KEADAAN POLITIK (sambungan)

Bab 2 • 9

Page 10: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

Kerajaan di utara Semenanjung Arab:

2. Kerajaan Tadmur pusat perhentian antara Iraq dan Laut

Mediterranean; kawasan beroasis

zaman kegemilangan: 130-170M

pemimpin terkenal: Ratu Zanubia, pernah menguasai Syria, termasuk Mesir dan sebahagian Asia Kecil

Ditakluki Rom pada tahun 273M; terdapat 3 golongan: bangsawan, pekerja dan hamba

KEADAAN POLITIK (sambungan)

Bab 2 • 10

Page 11: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

Kerajaan di utara Semenanjung Arab:

3. Kerajaan Munadhirah & Ghassan kerajaan boneka; Parsi dan Byzantin (Rom)

dipergunakan oleh dua kuasa besar untuk elak daripada diserang puak Badwi

menjadi benteng pertahanan bagi permusuhan dua kuasa besar itu

dikalahkan oleh Kerajaan Sasan

muncul juga Kerajaan Kindah; raja terakhir ialah Imru al-Qays

KEADAAN POLITIK (sambungan)

Bab 2 • 11

Page 12: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

Bab 2 • 12

Page 13: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

PEMBAHAGIAN SEMENANJUNG TANAH ARAB ABAD KE-6m

Majoriti membahagikan STA kepada 5: Hijaz, Tihamah, Najd, ‘Arud dan Yaman.

Antara bandar yang penting ialah:

Makkah, nama lain Bakkah, diasaskan oleh Kabilan al-‘Amaliq.

Yathrib, diasaskan oleh Yathrib b. Qaniah.

Ta’if, dimilik Banu ‘Amir – dimajukan Banu Thaqif

Jeddah, pelabuhan dan pusat perdagangan Bab 2 • 13

Page 14: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

KEDUDUKAN DAN PERANAN KABILAH QURAYSH DI MAKKAH

Politik Quraysh berkuasa bila Qusay bin Kilab

ambil alih pentadbiran Makkah

Beliau satukan Quraysh al-Bitah (Hadari) dan Quraysh al-Zawahir (Badwi)

memperkemaskan institusi pengurusan Makkah, iaitu Dar al-Nadwah, al-Hijabah, al-Liwa’, al-Siqayah dan al-Rifadah

Bab 2 • 14

Page 15: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

KEDUDUKAN DAN PERANAN KABILAH QURAYSH DI MAKKAH

Politik (sambungan) Selepas kematian beliau, Makkah

diambil alih oleh ‘Abd al-Dar dan anak-anaknya

Anak-anak ‘Abd Manaf tidak puas hati dengan pengurusan keluarga ‘Abd al-Dar

Berlaku pertelingkahan antara puak al-mutayyabun dengan al-ahlaf

Masing-masing merebut kuasa Bab 2 • 15

Page 16: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

KEDUDUKAN DAN PERANAN KABILAH QURAYSH DI MAKKAH

Politik (sambungan) al-Mutayyabun: ‘Abd Manaf disokong Banu

Asad, Zuhrah, Taym & al-Harith

al-Ahlaf: ‘Abd al-Dar terima sokongan Banu Makhzum, Sahm, Jumah dan ‘Adi

Berjaya diselesaikan dengan perundingan

Al-Mutayyabun: (al-Siqayah dan al-Rifadah)

Al-Ahlaf: (Dar Nadwah, al-Hijabah dan al-Liwa’)

Bab 2 • 16

Page 17: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

KEDUDUKAN DAN PERANAN KABILAH QURAYSH DI MAKKAH

Ekonomi Quraysh turut menguasai ekonomi, khasnya

perdagangan bersifat antabangsa

‘Abd Manaf telah gerakkan misi ini melalui aktiviti perdagangan anak-anaknya

‘Abd al-Muttalib di Yaman, ‘Abd Shams di Habashah, Hashim di Sham, Nawfal di Parsi

Import: batu permata dan rempah; eksport: bulu biri-biri, kulit binatang & buah-buahan

Pusat perniagaan: Yaman, Habsahah, Sham, Hirah, Aden dan Siraf

Bab 2 • 17

Page 18: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

TRADISI DAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT ARAB

Ada dua kelompok utama, iaitu Badwi: mereka mendiami kawasan

pedalaman dan masih mengamalkan kehidupan secara nomad (pindah randah) di tempat yang mempunyai bekalan air dan rumput untuk binatang ternakan

Hadari: mereka tinggal di kawasan bandar dan menjalani kehidupan secara menetap; mempunyai organisasi pentadbiran yang tersusun; melibatkan diri dalam perdagangan, pertukangan dan pertanian secara giat

Bab 2 • 18

Page 19: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

TRADISI DAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT ARAB

Kepercayaan/Agama masyarakat Arab: Penyembahan berhala: Orang pertama

yang membawa masuk amalan ini ialah ‘Amr b. Luhay al-Khuza’i. Antara berhala itu ialah Hubal, Wadd, al-Latt, al-’Uzza dan Manah

Penyembahan malaikat dan jin: malaikat dianggap sebagai anak perempuan Allah, jin pula ada hubungan keluarga dengan Allah

Penyembahan alam semula jadi: mereka menyembah matahari, bulan, angin, hujan yang dipercayai memiliki kuasa tertentu

Bab 2 • 19

Page 20: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

TRADISI DAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT ARAB

Agama masyarakat Arab (sambungan): Agama al-Hanif: mengamalkan syariat Nabi

Ibrahim (a.s.) dan Nabi Ismail (a.s.); mentauhidkan Allah (s.w.t.), beriman dengan Hari Kiamat, percaya kepada kemunculan nabi terakhir dan menjauhi perbuatan keji; antara mereka ialah Zayd b. ‘Amr, Suwayd b. Amir dan Nabi Muhammad (s.a.w.) sendiri

Agama Yahudi: dianuti puak Himyar, Banu Kinanah, Banu al-Harith dan Banu Kindah.

Nasrani: Kabilah Taghlib dan Quda’ah Bab 2 • 20

Page 21: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

TRADISI DAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT ARAB

Aktiviti intelektual: Mereka mempunyai ilmu pengetahuan yang

berkaitan secara langsung dengan persekitaran dan kehidupan seharian

Antara ilmu itu ialah ilmu falak, perubatan, hisab (matematik), al-qiyafah (ilmu jejak kesan di padang pasir), geneologi (keturunan), sastera dan falsafah

Masyarakat Arab Hadari mempunyai tamadun yang lebih tinggi daripada Arab Badwi

Miliki sifat baik: dermawan, hormat tetamu dan menepati janji

Bab 2 • 21

Page 22: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

NABI MUHAMMAD (S.A.W.) SEBELUM WAHYU TURUN

Baginda berasal daripada kaum Quraysh

Diputerakan pada 12 Rabi’ul Awal ‘Tahun Gajah’ bersamaan 570M

Ayah: Abdullah, seorang peniaga; meninggal dunia di Yathrib tika Baginda dalam kandungan ibunya, Aminah

Selepas dilahirkan, Baginda diserahkan kepada wanita Badwi, Halimah bint Abi Shu’ayb al-Sa’diyyah

Bab 2 • 22

Page 23: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

NABI MUHAMMAD (S.A.W.) (sambungan)

Tujuan penyerahan untuk disusui dan dididik - amalan kebiasaan Quraysh

Baginda dapat dibesarkan dalam persekitaran yang segar dan bersih; jauh daripada kesibukan kota Makkah

Ini boleh membentuk ketahanan jiwa, tubuh yang sihat, keazaman yang kuat, pemikiran yang tajam, mampu berdikari, tidak manja dan fasih berbahasa Arab

Bab 2 • 23

Page 24: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

Peristiwa Shaq al-Sadr berlaku ketika baginda berusia 4 tahun

Ini sebagai persediaan awal kerohanian Baginda untuk ma’sum dan menerima wahyu pada suatu masa kelak; bersihkan hati Baginda daripada gangguan syaitan

6 tahun: ibu Nabi meninggal dunia; dipelihara pula oleh datuknya, ‘Abd al-Muttalib

NABI MUHAMMAD (S.A.W.) (sambungan)

Bab 2 • 24

Page 25: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

8 tahun: datuk Nabi pula meninggal dunia, dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib

Kehidupan Nabi sebagai anak yatim dan tidak merasai kasih sayang ibu dan ayah

Surah al-Duha menerangkan perihal ini

Kehidupan Baginda bersama Abu Talib tidak mewah kerana Abu Talib mempunyai ramai anak

NABI MUHAMMAD (S.A.W.) (sambungan)

Bab 2 • 25

Page 26: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

Baginda tidak pernah mengadu. Lalu mengambil upah mengembala kambing dan membantu Abu Talib sekeluarga

Hikmah: sebagai latihan awal agar mampu

bertanggungjawab terhadap umatnya

memupuk perasaan belas kasihan, cekal, sabar dan tabah menghadapi pelbagai kerenah umatnya

berusaha untuk mencari rezeki halal

NABI MUHAMMAD (S.A.W.) (sambungan)

Bab 2 • 26

Page 27: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

Baginda turut mengikut Abu Talib berniaga ke Sham; menimba pengalaman dan melihat sosial luar dari Makkah

20 tahun: penglibatan dalam Harb al-Fijar yang tercetus antara Quraysh dengan Kinanah dan Hawazin

Baginda menghadiri Hilf al-Fudul yang bertujuan untuk memberi pertolongan kpd siapa saja yang dianiaya di Makkah

NABI MUHAMMAD (S.A.W.) (sambungan)

Bab 2 • 27

Page 28: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

25 tahun: terlibat dengan kegiatan ekonomi; membawa kafilah Khadijah ke Tihamah dan Jarash peroleh untung

Khadijah mula tertarik hati dengan peribadi dan sahsiah Baginda

35 tahun: menyertai orang Makkah memperbaiki Ka’bah yang hampir rosak akibat banjir dan kebakaran

Menyelesaikan krisis Hajar al-Aswad

NABI MUHAMMAD (S.A.W.) (sambungan)

Bab 2 • 28

Page 29: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

Pengiktirafan orang Quraysh terhadap Nabi bila Badinda dijadikan sbg hakim

3 tahun sebelum terima wahyu, Nabi mula amal tahannuth, amalan sebilangan orang Quraysh pada bulan Ramadan

Selesai bertahannuth, Nabi lakukan tawaf di Ka’bah sebelum palang ke rumah

40 tahun: ketika menjalankan amalan tahannuth, Nabi menerima wahyu

NABI MUHAMMAD (S.A.W.) (sambungan)

Bab 2 • 29

Page 30: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

Baginda mempraktikkan akhlak yang mulia dalam segenap aspek kehidupan

Ibn Ishaq: Baginda muncul sebagai orang yang paling tinggi maruahnya, paling terpuji akhlaknya, paling mulia pergaulannya, paling baik sifat kejiranannya, paling benar tutur katanya, paling bersih budi pekertinya; dikenali di kalangan Arab Quraysh sebagai al-Amin

NABI MUHAMMAD (S.A.W.) (sambungan)

Bab 2 • 30

Page 31: Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam

Terdapat beberapa kerajaan di selatan dan

utara Semenanjung Arab

Kedudukan dan peranan kabilah Quraysh

dari sudut politik dan ekonomi

Tradisi kebudayaan masyarakat Arab dari

aspek sosial, kepercayaan dan intelektual

Sebelum menerima wahyu, kehidupan Nabi

dijamin Allah (s.w.t.) daripada segala aspek

kekufuran dan dipenuhi dengan akhlak yang

mulia lagi murni

Sama-samalah kita mencontohi hidup Nabi

RUMUSAN

Bab 2 • 31