tamadun india
DESCRIPTION
infoTRANSCRIPT
TAMADUN INDIA: PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG
PENDAHULUAN
Kecemerlangan dalam ilmu pengetahuan antara elemen penting dalam setiap tamadun.
Tamadun India adalah antara tamadun yang banyak memberi sumbangan kepada
perkembangan ilmu pengetahuan dunia seperti perubatan, fizik, kimia, astronomi,
matematik, senibina, bahasa dan sebagainya. Tidak dinafikan penerokaan yang dibuat
oleh sarjana India telah memberi inspirasi kepada sarjana dunia yang lain untuk
memperkembangkannya menjadi ilmu yang lebih mantap. Perkembangan ilmu
pengetahuan dalam tamadun India berlaku seawal zaman pra sejarahnya iaitu Lembah
Indus, kemudian berkembang ke zaman Vedik, zaman Islam dan era penjajahan
Inggeris. Faktor sejarah diakui oleh para sarjana sebagai elemen penting kepada
perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan dalam tamadun ini Selain itu, elemen
agama juga merupakan unsur penting dalam setiap perkembangan ilmunya
TAHAP PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DAN ILMU PENGETAHUAN
Tamadun Lembah Indus- tidak begitu ketara namun terdapat penemuan dan elemen
pendidikan seperti
perbandaran, hubungan dengan masyarakat luar dan lain-lain. Zaman Vedik-
Kecemerlangan empayar-empayar awal seperti Maurya, Gupta, Sangam, Pallava dan
Chola. Kemasukan orang-orang Aryan yang telah memiliki teknologi besi kemudiannya
memperkukuhkan lagi perkembangan ilmu seiring dengan perkembangan ajaran Hindu
Zaman Islam telah mempengaruhi perkembangan senibina, bahasa/sastera, astronomi,
matematik, perubatan dan lain-lain. Manakala Zaman penjajah (Portugis, Belanda,
Peranchis dan Inggeris) telah mempengaruhi dari sudut bahasa, sains dan teknologi
moden.
SUMBER ILMU PENGETAHUAN INDIA
- Kitab-kitab Veda
- Tamadun Mesopotamia
- Tamadun Islam
- Tamadun China
- Tamadun Barat
Pencapaian
- Bidang Pendidikan
- Bidang sains
- Matematik
- Astronomi dan kalendar
- Fizik dan kimia
- Logam
- perubatan
- Bidang kesenian
- Muzik
- Tarian
- Drama
- Lukisan
- Bidang bahasa dan kesusasteraan
- Bidang seni bina
- Bidang Pendidikan
- Dikuasai oleh kasta Brahmin- kitab2 Veda
- Penubuhan universiti
- Zaman Islam; berkembang pesat – semua golongan. Bertambah pusat pendidikan.
- Zaman Inggeris: pendidikan Inggeris berkembang
MATEMATIK
Sistem Angka
Sistem angka sifar(dikenali juga sebagai sunya). Mempelopori penggunaan sistem
nombor 0 hingga 9. Konsep sifar ini menjadi asas kpd angka kosong dalam sistem
matematik hari ini. Pesat di zaman yang dikenali sebagai sulvasutra (aturan tali). Aktiviti
matematiknya berdasarkan aturan kiraan tali. Matematik berkembang pada waktu ini
kerana keperluan agama (pemujaan dan pengorbananan). Diperkenalkan pada zaman
Gupta. Sebelum adanya konsep sifar hanya nombor positif sahaja yang diketahui.
Setelah nombor sifar ditemui wujudlah nombor negatif yang kita kenali sekarang ini.
Sifar atau kosong ini diwakili oleh titik yang dikenali sebagai Pujyam. Konsep kosong
juga dikenali sebagai Shukla dan Shubra. Orang Arab kemudiannya memanggilnya
Siphra atau sifr.
Geometri
Mencapai tahap cemerlang apabila ia menjadi asas penting dalam senibina. Digunakan
secara meluas terutama dalam merangka mandala. Bentuk-bentuk geometri juga telah
digabungkan dengan bentuk tumbuhan dan menjadi hiasan kuil-kuil di seluruh India.
Aryabhata telah menulis dalam Aryabhaliyam tentang teori-teori geometri. Aryabhata
turut berjaya mengira dengan tepat jumlah hari dalam setahun iaitu 365 hari. Beliau
juga membuktikan bumi berputar di atas paksinya dan gerhana pula disebabkan
bayang bumi.
Algebra
Berkembang sejak abad ke 5 Masihi dan dikenali sebagai Ganitam (dari
perkataanBijaganitam). Orang Arab selepas kurun ke-13 telah mengkaji tentang
matematik India apabila mereka mula memasuki India. Mereka telah
memperkembangkan lagi ilmu matematik yang diperoleh dari sini yang kemudiannya
diberi nama Al-Jabar. ‘Al’ bermaksud satu, ‘Jabr’ pula bermaksud penggabungan. Pada
zaman pertembungan antara tamadun Islam dengan barat, kaedah algebra ini telah
disebarkan ke barat. Algebra yang dikenali pada masa ini adalah dari ‘al-Jabr’ yang
dibangunkan orang Arab dari Bijaganitam yang berasal dari India.
Sistem perpuluhan
Ada sarjana yang mengatakan ia adalah ciptaan orang Arab tetapi dakwaan ini
disangkal kerana orang Arab menamakannya sebagai Hindisat (seni India). Jadi
kemungkinan melalui hubungan dagangan yang kukuh antara India dan Timur Tengah
telah memungkinkan orang Arab mempelajari seni matematik dari orang India.
Trigonometri
trigonometri (sinus, kosinus dan kotangen) yang dibangunkan pada kurun ke 15
dianggap contoh pertama bagi siri kuasa (selain siri geometri). Trigonometri dimajukan
apabila kiraan satu-satu sudut menggunakan kaedah separuh dan ia kekal hingga hari
ini. Kaedah ini dikembnagkan dalam kitab Aryabhatiya yang ditulis oleh Aryabhata dan
kitab Pancasiddahta karya Varamahira.
LOGAM
Terbukti dengan pembinaan Iron Pillar of Delhi atau Menara Besi (tiang Besi) di Delhi
(berdekatan Qutb Minar yang dibuat pada 5M. Ia merupakan sebatang besi 7 meter
tinggi dan begitu tulen sehingga tidak berkarat. Berat menara ini dianggarkan 6 tan dan
sehingga sekarang tidak terjejas. Keupayaan melebur logam ini juga menjadikan
perkembangan pesat dalam pembuatan duit-duit syiling yang telah digunakan
sekurang-kurangnya sejak abad ke 8 SM.
IRON PILLAR OF DELHI
FIZIK DAN KIMIA
Ia ada kaitan dengan teologi dan agama. Alam semesta dipercayai mengandungi lima
elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. Hampir semua aliran agama di India
percaya unsur-unsur alam kecuali angkasa adalah bercirikan atom.
Dunia mempunyai 5 elemen asas: Bumi, Api , Udara, air dan gelombang. Lima (5)
elemen tersebut mempunyai kaitan dengan kehidupan manusia contohnya, bumi
dikaitkan dengan bau, udara dengan perasaan, api dengan pandangan, air dengan
rasa dan gelombang dengan bunyi/pendengaran.
Mengikut falsafah Vaisheshika, atom yang wujud dalam kehidupan boleh dipisah-
pisahkan. Sesuatu objek akan mempunyai kadar berat yang lebih besar apabila ia
berada dalam air berbanding di udara kerana densiti atom dalam air lebih tinggi dari di
udara.
Kimia: Kajian tertumpu pada peleburan logam, pembuatan wangian dan pewarna. Juga
pembuatan ubat. Pengetahuan kimia tidak digunakan untuk mengubah dan menjadikan
logam besi kepada emas seperti yang dilakukan di Eropah. Orang India buat ubat untuk
hidup lama, racun dan antidotnya. Melalui kimia perubatan juga beberapa bahan alkali
utama, asid dan garam logam dicipta dengan proses yang mudah seperti pembakaran
dan penyulingan. Mereka juga dipercayai mencipta ubat bedil.
ASTRONOMI DAN KALENDAR
Brahmagupta telah memperkenalkan hukum graviti dan berjaya menghitung dengan
tepat ukur lilit bumi. Varahamitra pula menulis buku Panchasiddhantika atau lima aliran
astronomi yang menjadi bahan rujukan di sekolah-sekolah. Jyotisa atau ilmu kaji
bintang adalah salah satu bahagian utama Rig Veda. Ia merupakan perkiraan
astronomi yang digunakan pada zaman awal menentukan tarikh dan masa bagi
upacara pengorbanan. Berdasarkan perkiraan astronomi muncul kalendar matahari.
Orang India berjaya menemui 7 planet tanpa bantuan teknologi peralatan. Planet-planet
tersebut ialah Matahari, Bulan, Marikh, Utarid, Musytari, Zuhrah, Zuhal dan dan
kemudian 2 lagi iaitu Rahu dan Kethu (pusat tenaga) yang berada pada arah
bertentangan 180 darjah. 27 bintang (nakshatra) ditemui dan mempercayai bintang dan
planet ini mempengaruhi kehidupan manusia. Kepercayaan inilah yang menjadi asas
bagi kemunculan astrologi.
Astronomi India sudah pun mengetahui yang bintang adalah sama seperti matahari
yang merupakan pusat kepada sistem solar. Pada abad ke-7 M, Brahmagupta telah
berjaya menganggarkan jarak di antara bumi dan matahari iaitu sejauh 5000 Yojanas.
Satu Yojanas bersamaan dengan 7.2 km. Anggaran yang dibuat beliau ini hampir
menyamai jarak sebenar iaitu kurang 36000 km. Pada zaman Gupta lagi mereka telah
menyedari tentang adanya medan graviti dan mengetahui bahawa dunia ini adalah
berbentuk sfera.
Brahmagupta pada kurun ke-7 M menyatakan yang semua jasad akan jatuh ke arah
bumi kerana secara semulajadinya bumi akan menarik apa sahaja jasad. Teori ini
kemudiannya dikembangkan oleh Barat dengan kemunculan ahli sains barat seperti Sir
Isaac Newton yang mengenengahkan teori gravitinya Aryabhatta telah
memperkenalkan teori Heliocentric yang kemudiannya dikembangkan oleh Copernicus
lebih seribu tahun kemudian.
Barat tidak begitu tertarik dengan idea Aryabhatta tentang matahari sebagai sumber
kepada cahaya bulan sehinggalah dibuktikan oleh Copernicus dan Galileo. Bukti
ketinggian ilmu matematik dan astronomi India terpapar dengan terbinanya Universiti
Nalanda yang merupakan antara universiti yang terawal di dunia yang menarik ramai
sarjana dari seluruh dunia seperti dari Greek, Parsi dan China.
PERUBATAN
Ilmu perubatan India bermula pada zaman Vedik sebagai seni ilmu sihir. Unsur-unsur
perubatan seperti fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi
manusia, farmakologi dan perubatan binatang , telah wujud sebelum tahun Masihi.
Teks-teks perubatan India seperti Caraka (kurun pertama hingga ke-2 ) dan Susruta
(kurun ke 4) dianggap setaraf dengan Hippocrates dan Galen
BIDANG KESENIAN
Muzik: Terdapat empat kategori dalam alat muzik iaitu tata (tali), avanaddha (dram),
ghana (solid/ideophone) dan susira (angin). Berbeza India Utara dan India Selatan.
India Utara: sitar, sahnai dan tabla. India Selatan: Karnataka
Tarian: Tarian yang tulen adalah mempunyai pergerakan gaya tangan, kaki, tangan
muka, perasaan.
Drama: Antara yang terkenal drama Sakuntala
Lukisan: Dinding istana, ruang dalaman rumah golongan kaya, kuil. Pengaruh dari epik
klasik Ramayana dan Mahabrata
BIDANG SENI BINA
Merangkupi binaan, ukiran gua, kuil, duit syiling. Zaman Maurya, seni bina dan seni ukir
berkembang maju. Tiang Asoka adalah antara kemegahan senibina/ukir India. Zaman
Gupta: seni bina lebih cemerlang. Zaman Islam: gabungan unsur Parsi dan Hindu
berkembang
BAHASA DAN KESUSASTERAAN
Dari sudut pencapaian bahasa terdapat lebih 325 bahasa dan 750 loghat tapi 14 sahaja
jadi bahasa utama dan diperakui oleh perlembagaan. Antaranya, Hindi, Tamil, Punjabi,
Malayalam dan lain-lain. Bahasa Indo-Arya: Sanskrit spt Hindi, Kashmiri dan lain-lain.
Bahasa Dravida: Telegu, Tamil, Malayalam dan lain-lain. Terdapat juga bahasa Urdu,
bahasa Inggeris.
KESUSASTERAAN
Terdapat kesusasteraan Indo-Arya, kesusasteraan Vedik, kesusasteraan Epik dan lain-
lain
KESIMPULAN
Kemajuan dalam tamadun India tidak dinafikan mempengaruhi perkembangan dan
kemajuan sains dan teknologi moden Perkembangan dan kemajuannya juga hasil
pengaruh dari Tamadun Islam, China dan Yunani Kemajuan dalam sains kini
memperlihatkan India juga adalah antara negara penting dunia yang memajukan sains
angkasa, nuklear, persenjataan teknologi maklumat dan sebagainya.