tamadun india

6
Tamadun india PERTEMBUNGAN TAMADUN INDIA DENGAN TAMADUN-TAMADUN LAIN Objektif kuliah: Di akhir kuliah, pelajar dapat 1. mengetahui kesan interaksi Tamadun India dengan Tamadun Islam 2. mengenal pasti kesan-kesan interaksi antara Tamadun India dan Tamadun Barat. Kandungan 1-Kesan interaksi tamadun India dan tamadun Islam -Bahasa -Pendidikan -Seni lukis -Persajakan -Seni bina 2-Kesan interaksi tamadun India dan tamadun Barat -Pendidikan -Kesusasteraan -Hubungan kampung dan bandar -Bahasa PERTEMBUNGAN TAMADUN INDIA DENGAN TAMADUN-TAMADUN LAIN. Orang-orang asing yang masuk ke India selalunya mendapat satu identiti baru iaitu budaya dan cara hidup mereka akan diserap atau bercampur-aduk dengan adat tempatan. 1. Interaksi Tamadun India dan Tamadun Islam Pada tahun 712 Masihi, negeri Sind dan selatan Punjab telah dikuasai oleh orang Muslim. Orang-orang Turki merupakan 92

Upload: abu-zuhaily

Post on 14-Jun-2015

2.062 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tamadun India

Tamadun india

PERTEMBUNGAN TAMADUN INDIA DENGAN TAMADUN-TAMADUN LAIN

Objektif kuliah:

Di akhir kuliah, pelajar dapat

1. mengetahui kesan interaksi Tamadun India dengan Tamadun Islam

2. mengenal pasti kesan-kesan interaksi antara Tamadun India dan Tamadun Barat.

Kandungan

1-Kesan interaksi tamadun India dan tamadun Islam

        -Bahasa         -Pendidikan         -Seni lukis         -Persajakan         -Seni bina

2-Kesan interaksi tamadun India dan tamadun Barat

        -Pendidikan         -Kesusasteraan         -Hubungan kampung dan bandar         -Bahasa  

PERTEMBUNGAN TAMADUN INDIA DENGAN TAMADUN-TAMADUN LAIN.

Orang-orang asing yang masuk ke India selalunya mendapat satu identiti baru iaitu budaya dan cara hidup mereka akan diserap atau bercampur-aduk dengan adat tempatan.

1.    Interaksi Tamadun India dan Tamadun Islam

Pada tahun 712 Masihi, negeri Sind dan selatan Punjab telah dikuasai oleh orang Muslim. Orang-orang Turki merupakan kumpulan yang berjaya menyebarkan agama Islam di kebanyakan kawasan di India .

92

Page 2: Tamadun India

Pemelukan agama Islam oleh kumpulan-kumpulan besar menyebabkan kekalnya beberapa ciri agama Hindu serta kebudayaan di kalangan mereka.

Walaupun asimilasi budaya berlaku, namun sifat budaya Islam yang kukuh menyebabkan kewujudan satu bentuk budaya yang dikenali sebagai budaya komposit Indo-Muslim.

Budaya komposit Indo-Muslim merupakan satu bentuk percampuran budaya Hindu dan Islam dengan identiti budaya masing-masing dikekalkan.  

UNSUR-UNSUR BUDAYA KOMPOSIT INDO-MUSLIM

1.BAHASA

Muncul satu bahasa iaitu Zaban-e-Hindawi iaitu Urdu.

Bahasa ini mempunyai nahu Prakrit dengan perbendaharaan kata Parsi, Arab dan Turki. Ia ditulis dengan skrip Arab tetapi diubah untuk mewakili bunyi bukan Arab.

Contoh-contoh perbendaharaan kata Urdu ialah:

1. wajib 2. munsyi

2.PENDIDIKAN

Hasil daripada dasar pendidikan baru yang diperkenalkan oleh Akbar,pemerintah teragung zaman Mughul ramai orang Hindu berpeluang mempelajari bahasa Persia dan cemerlang di madrasah-madrasah serta menjadi guru.

Terdapat juga ahli-ahli fizik Hindu yang melakukan penulisan buku sains perubatan dalam bahasa Persia.

Dalam bidang sejarah,karya-karya penting pada zaman pemerintahan Islam di India adalah seperti berikut:

1. Tarikh-i-Muzaftarim karya Muhammad Ali Ansari 2. Ibrat-Nama karya Khairuddin 3. Sair-ul-Mutakherin karya Ghulam Husain 4. Imad-ur-Saadat oleh Ghulam Ali Naqvi

93

Page 3: Tamadun India

3.SENI LUKIS

Pada masa pemerintahan Akbar, bilangan pelukis Hindu di istana beliau adalah begitu ramai sehingga gaya lukisan Hindu telah mendominasikan gaya lukisan Parsi. Institut Lukisan Mughul diasaskan pada zaman ini bertujuan untuk memadukan gaya lukisan Islam dengan gaya lukisan Hindu.

Setelah kematian Akbar, elemen-elemen Hindu bertambah banyak dalam lukisan Mughul . Pemerintah-pemerintah menyeru pelukis supaya menggambarkan kehidupan Akbar dalam seni lukis mereka.

4.PERSAJAKAN

Amir Khusraw ( 1253-1325) merupakan seorang Indo-Muslim yang terulung dalam bidang persajakan dan sastera. Karya beliau yang berjudul Nuh Siphr ( The Nine Skies) memberi corak kehidupan masyarakat India, iklim,bunga-bungaan,binatang,agama serta bahasa-bahasa di India.

Seorang lagi penyajak Hindi yang terkenal ialah Khawaja Najm-ud-din Hasan. Beliau lebih dikenali dengan nama Mir Hassan Dihlvi. Beliau amat terkenal dengan Ghazal Persia yang menarik dan mudah difahami.

Ghalib merupakan seorang penyair Urdu yang cemerlang dan Ghazal ciptaan beliau masih popular sehingga sekarang.

5.SENI BINA

Mengalami perkembangan yang pesat pada zaman Mughul dengan pembinaan bangunan Kabuli Bagh di Panipat, Jami Masjid di Sambal dan sebuah masjid di Agra.

Shah Jahan merupakan seorang pemerintah yang unggul dalam bidang seni bina dengan pembinaan Taj Mahal berdasarkan konsep dan gaya Islam .

Tetapi penggunaan bahan,kerja-kerja ukiran dan motif-motif bungaan lebih bercirikan seni bina Hindu. Taj Mahal disenaraikan sebagai salah sebuah benda ajaib di dunia .

94

Page 4: Tamadun India

2.    Kesan interkasi Tamadun India dengan Tamadun Barat

Portugal merupakan kuasa Eropah pertama yang datang ke India. Pada Tahun 1498, Vasco da Gama sampai ke Calicut di Kerala. Bahasa perdagangan di kawasan ini ialah bahasa Portugis.

Tujuan kedatangan Barat-untuk memperolehi rempah dan menyebarkan Kristian.

1. SISTEM PENDIDIKAN

Tahun 1810-1820-an menyaksikan populariti sekolah-sekolah Inggeris , mubaligh-mibaligh Kristian dan buku-buku Inggeris.

Mengikut Thomas B. Macau;ay, tujuan pendidikan ialah untuk mewujudkan satu kelas India dalam darah dan warna tetapi Inggeris dari segi rasa,pandangan, moral dan intelek.

2. SASTERA INDIA MODEN

Pada akhir abad ke-19, sastera India mengalami perubahan ketara hasil pendidikan Inggeris. Ramai orang India tidak lagi berminat terhadap sastera dalam bahasa India kerana tidak sesuai dengan kehendak perubahan zaman.

Genre sastera tradisional seperti kavya,campu dan drama adalah media yang sesuai bagi mengisahkan tema-tema epik, agama dan dharma.

Ini tidak sesuai untuk menggambarkan tema-tema sosial dan politik baru.Di samping tema politik, sajak-sajak romantik juga muncul .

3. HUBUNGAN BANDAR DAN KAMPUNG

Menunjukkan satu perhubungan yang bertambah erat disebabkan kebanyakan penghuni bandar berasal dari kampung atau mempunyai ahli-ahli keluarga yang masih tinggal di kampung.

95

Page 5: Tamadun India

Pengaruh panggung wayang, radio, televisyen dan lain-lain alat komunikasi elektronik mula menggantikan kumpulan-kumpulan tradisional seperti wayang kulit,drama dan lain-lain.

Bandar-bandar menjadi pusat reformasi dalam agama dan tradisi di kampung. Sekolah-sekolah buku-buku, kuil-kuil, upacara umum agama dan media massa memperkenalkan tafsiran baru dalam masyarakat kampung.

Tafsiran ini mendesak masyarakat supaya berusaha bagi membentuk suatu keseragaman dalam amalan agama dan budaya.

4. BAHASA

Perlembagaan India mengakui bahasa Inggeris akan digunakan untuk tujuan rasmi selama 15 tahun.

Lebih kurang 2/3 daripada penduduk India tidak berbahasa Hindi.Terdapat negeri yang mengenakan syarat bahasa Hindi dalam pentadbiran seperti Rajasthan, Uttar Pradesh, Bihar dan Haryana. Manakala ada juga kawasan yang menggunakan B. Inggeris seperti Punjab, Kerala, Tamil Nadu, Gujarat dan Bengal Barat.  

Soalan pemahaman

1-Jelaskan kesan-kesan interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun Islam

2-Sejauh manakah sistem pendidikan Barat mempengaruhi masyarakat India.    

RUJUKAN

1-Rajakrishnan,R. dan Rajantheran , M., Pengantar Tamadun India, Kuala Lumpur, Fajar Bakti Sdn. Bhd. ,1994

2- Basham, A.L., The Wonder That Was India, London, 1961.

atas

96