tamadun india

24
TAMADUN INDIA DISEDIAKAN OLEH; SAG 2009/10

Upload: nazrinmohdnadzri

Post on 13-Jun-2015

5.230 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

titas

TRANSCRIPT

Page 1: Tamadun India

TAMADUN INDIA

DISEDIAKAN OLEH;

SAG 2009/10

Page 2: Tamadun India

Pengenalan

• Tamdun India sukar dikesan, namun tamadun ini tetap mempunyai satu sejarah yang panjang dan berlangsung sehingga hari ini

• Tamadun India bersifat dinamik dan dapat menyesuaikan diri dengan setiap zaman yang berkembang maju itu.

Page 3: Tamadun India

Konsep dan Takrif

• Keunggulan Tamadun India kerana mengandungi beberapa agama seperti Hindu, Islam, Buddha, Jaina dan Sikh

• Tamadun ini unik kerana perkembangannya meliputi banyak aspek seperti agama, spirituilisme, falsafah, matematik, ekonomi, fizik, seni, budaya, astronomi dan sebagainya

• Tamadun ini dianggap tertua di dalam dunia, ia masih sangat relevan bukan sahaja kepada penduduk India malah kepada manusia sejaga

• Kedatangannya ke rantau Asia Tenggara dan Persekutuan Tanah Melayu berlaku dalam beberapa fasa;

i. Pada awalnya mereka datang sebagai pahlawan semasa pemerintahan Raja Chola di India.

ii. Peringkat kedua ialah kedatangan sebagai pedagang khususnya selepas pembukaan Melaka yang menjadi pusat perniagaan di rantau ini

iii. Fasa ketiga mereka dibawa masuk sebagai buruh untuk bekerja di sektor perladangan dan lain-lain bidang tertentu.

Page 4: Tamadun India

Wilayah

Terbahagi kepada dua wilayah iaitu India Utara dan India Selatan.

Tamadun Indo-Arya• Penduduk-penduduk di India Utara dikenali sebagai

masyarakat Indo-Arya. • Bahasa Sanskrit menjadi bahasa utama • Berpegang kuat pada empat buah Veda iaitu Rig, Yajur,

Sama dan Atharva Tamadun Dravida• Rakyat di India Selatan pula dikenali sebagai masyarakat

Dravida. Bahasa Tamil menjadi asas untuk semua bahasa Dravida

• Kepercayaan, pemikiran, berasaskan kepada Saivisme dan Vaisanavisme.

Page 5: Tamadun India

Zaman Prasejarah (10 000 S.M. – 1000 S.M.)• Zaman Batu Awal (Paleolitik), Zaman Batu Pertengahan

(Mesolitik) dan Zaman Batu Baru (Neolitik).

Zaman Protosejarah (3000 S.M. – 1500 S.M.)• Zaman ini bermula di Lembah Sungai Indus. • zaman ini dianggap tertua dan terpenting kerana

pencapaiannya dalam bidang ekonomi dan kebudayaan • Kehidupan di bandar secara tersusun dan sistem

saluran dan bekalan air diadakan.

Sejarah, Kerajaan dan Pentadbiran

Page 6: Tamadun India

ZAMAN AWALi. Zaman Vedik (1500 S.M. - 1000 S.M)• Menyaksikan kedatangan masyarakat Arya dari Asia Tengah.

Mereka berjaya menjadi penduduk tetap di India dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan. Pergaulan ini melahirkan satu masyarakat yang dikenali sebagai Indo-Arya.

• Orang-orang Arya menghalau masyarakat Dravida yang dahulunya menetap di kawasan tersebut ke selatan dan dengan itu keruntuhan Tamadun Indus mula berlaku.

ii. Zaman Empayar Maurya (326 S.M. -185 S.M.)• Memberi sumbangan yang baik terutamanya dalam bidang

agama seperti Buddhisme dan Jainisme• Dua orang tokoh yang masyhur dalam Empayar Maurya ialah

Chandragupta Maurya dan Asoka• Menghasilkan kitab yang bernama Arthasastra karya Kautilya

yang sehingga hari menjadi pengaruh kuat dalam soal-soal pemerintahan.

Page 7: Tamadun India

iii. Zaman Empayar Gupta (280-550 T.M)• Dikenali juga sebagai zaman klasik kerana perkembangan

kesusasteraan Hindu khususnya dalam seni bina kuil. • Dua karya iaitu Sakunthala dan Kama Sutra dihasilkan pada zaman ini. iv. Zaman Sangam (300 S.M. – 300 T.M)• Tiga buah kerajaan yang terkenal iaitu Chera, Chola dan Pandyav. Zaman Gelap (250 T.M.- 600 T.M)• Memperlihatkan pemerintahan oleh raja-raja Kalabhra yang

datang dari Utara India. Mereka berjaya menundukkan raja-raja Chera, Chola dan Pandya untuk memerintah Negara Tamil.

• Mereka menjadi penaung bagi agama Buddha dan JainaSumbangannya;• Empat kelas sosial iaitu Brahmin, Ksatriya, Vaisya dan Sudra

diperkenalkan.• Sistem Arya mempengaruhi kehidupan orang-orang Tamil khususya

dalam upacara perkahwinan.

Page 8: Tamadun India

Zaman Pallava (600 T.M. - 900 T.M.)

• Kerajaan Pallava menggantikan pemerintahan Kalabhra

Zaman Chola (900 T.M. – 1350 T.M)

• Merupakan zaman yang paling subur dalam sejarah negara Tamil.

• Memperlihatkan zaman gemilangan kerajaan ini kerana pada masa itulah mereka melancarkan serangan-serangan luar dan memperluaskan sayap ke Dataran Ganga, Myanmar dan Sri Lanka.

Page 9: Tamadun India

Zaman Pertengahan

i. Islam dan Dinasti Mughal (1526 T.M. – 1857 T.M.)• Islam dan pengaruhnya yang begitu berkesan di bahagian

India Utara. • Pada abad ke-11 sudah wujud beberapa Kerajaan Islam.

Bermula dengan Dinasti Subaktigin, Kerajaan Ghori, Kerajaan Khilji dan berakhir dengan Kerajaan Mughal,

• Kerajaan Mughal merupakan kuasa dominan selama 400 tahun di India. Kerajaan ini diperintah oleh raja-raja yang hebat seperti Babur, Humayun, Akbar, Jahangir, Shah Jahan dan Aurangzeb.

ii. Kerajaan Vijayanagar (1350 T.M. – 1750 T.M.)•  Kerajaan Viyayanagar mula menakluki kawasan Tamil Nadu

di selatan.

Page 10: Tamadun India

Zaman Eropah (1750 T.M. – 1947 T.M.)

• Bemula dengan Portugis menjejak kaki di Goa dan selepas itu, Inggeris masuk ke India dan akhirnya mengambil alih pentadbiran negara India secara keseluruhan.

• Inggeris memerintah India bagi satu tempoh yang panjang dan menghadapi pelbagai tentangan daripada orang tempatan.

• Sumbangan:• Inggeris menyebarkan agama Kristian• Banyak karya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.• Bentuk prosa diperkenalkan. • Muzik dan drama mendapat perhatian orang ramai. Genra

seperti novel dan cerpen mula digunakan.

Page 11: Tamadun India

MASYARAKAT DAN BUDAYASistem Keluarga• Dibahagikan kepada masyarakat Indo-Arya (utara)dan

masyarakat Dravida(selatan). • Terdapat susunlapis masyarakat mengikut Veda yang

diistilahkan sebagai Ashrama dharma. Ianya adalah empat peringkat kehidupan

i. Brahmacarya• meliputi individu yang berusia sehingga 24 tahun. • Tahap ini menentukan seseorang itu menerima ilmu

pengetahuan di samping mendisiplinkan diri dalam usaha menempuh kehidupan selanjutnya.

ii. Grahasta• Kehidupan berumah tangga• Melaksanakan tanggungjawabnya kepada keluarga. • Melahirkan anak-anak yang baik budi• Peringkat ini menjadi nadi bagi tiga tahap lain.

Page 12: Tamadun India

iii. Vanaprasta• Memohon seseorang itu mengalih

pandangan kepada unsur-unsur kerohanian dan keduniaan.

• Mereka digalak menjadi pertapa dan bermeditasi.

iv. Sannyasa.• seseorang itu tidak mempunyai perkaitan

dengan hal-hal duniawi tetapi menyebarluaskan idea dan pengetahuan tentang kehidupan suci

Page 13: Tamadun India

Sistem Kasta • Empat kasta yang utama ialah Brahmin(pendidik),

Ksatriya(pemerintah), Vaisya(peniaga) dan Sudra(pekerja). • Sebenarnya agama Hindu tidak mendukung konsep ini dan

beberapa tokoh telah menolak kehadirannya dalam agama. Bahasa dan Kesusasteraan• Dua bahasa utama ialah bahasa Sanskrit dan bahasa

Dravida.• Bahasa Sanskrit digunakan oleh kumpulan Indo-Arya,

digunakan dalam penulisan kitab-kitab Veda• Bahasa Dravida merangkumi beberapa bahasa yang penting

di bahagian Selatan India. • Bahasa-bahasa Tamil, Telugu, Malayalam dan Kannada

dianggap penting dan bahasa Tamil dianggap sebagai bahasa tertua.

Page 14: Tamadun India

Agama Hindu

• Agama Hindu atau Hinduisme merupakan satu cara hidup.

• Agama Hindu sering disebut dengan istilah Sanatana dharma yang bermaksud agama yang kekal abadi.

• Hinduisme berbeza dengan agama lain kerana tiada pengasas dan tarikh bermulanya agama ini juga tidak diketahui.

• Agama Hindu dibahagi kepada enam mazhab mengikut Tuhan yang disembah,

• Siva(Saivisme), Vishnu(Vaisnavisme), Sakti(Sakta), Muruga(Kaumaram), Ganesha(Ganapatiyam), Surya(Sauram)

• Ia juga mengandungi amalan yang bersifat kepercayaan kepada kelahiran semula

Page 15: Tamadun India

• Dalam Hinduisme terdapat lima prinsip yang utama.• (i) Kewujudan Tuhan yang tunggal, • (ii) Manusia itu suci, • (iii) Perpaudan melalui percintaan, • (iv) harmoni agama dan • (v) pengetahuan tentang sungai yang suci, kitab yang

suci dan mantra yang suci. • Sepuluh disiplin yang bersifat universal ialah

kejujuran (satya), kesederhanaan (ahimsa), tidak berzina (brahmacharya), tidak merompak (Asteya), kesucian (aparigraha), kebersihan (shaucha), kepuasan (santosh), mengaji kitab (swadhyaya) dan penjimatan (Tapas).

Page 16: Tamadun India

Agama Buddha• Buddhisme berkembang bebas daripada pengaruh Veda. • Agama ini diasaskan oleh Siddhartha Gautama.• Matlamat Buddhisme ialah mengatasi samsara ataupun roda

kelahiran semula. • Seseorang harus mengikis karma dengan menjauhi diri daripada

perbuatan jahat. • Terdapat dua bahagian dalam ajaran ini iaitu;a. Empat Kebenaran Mulia i. Penderitaan itu universal (duhkha)Ii Ada punca segala penderitaan (duhkha samudaya)iii. Penderitaan itu boleh diatasi (duhkha nirodha)iv. Ada cara untuk mengatasi penderitaan (duhkha nirodha marga)b. Lapan Jalan Mulia. Pandangan yang betul (Kefahaman), Aspirasi

yang betul (Cita-Cita), Pertuturan yang betul (Komunikasi), Kelakuan yang betul (Aksi), Kehidupan yang betul (Sara Hidup), Usaha yang betul (Daya Usaha), Minda yang betul (Mental), Konsentrasi yang betul (Meditasi)

Page 17: Tamadun India

Agama Sikh

• diasaskan oleh Guru Nanak dan sembilan orang Guru Sikh termaktub dalam Sri Guru Granth Sahib Ji

• Mesej Guru Nanak dalam ajarannya menyentuh kod moral (morality) dan kerohanian (spirituality) serta semangat kemanusiaan (humanity) tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan gender dalam masyarakat.

• Guru Nanak mengasaskan agama Sikh dengan berpandukan sekiranya hendak mendekati (menyayangi) Tuhan maka haruslah kita mempunyai perasaan sayang antara satu sama lain dalam sesebuah masyarakat.

•  

Page 18: Tamadun India

• Agama Sikh merupakan agama monoteisme dan kepercayaan utama ialah mengenai kewujudan ketuhanan yang Satu,

• Iaitu bersifat nirankar (tidak berbentuk/formless), abadi, amat berkuasa dan manusia tidak dapat menghuraikannya.

• Penganut Sikh percaya bahawa Tuhan wujud di mana-mana jua dan Tuhan sajalah yang mempunyai segala sifat kesempurnaan.

• Penganut Sikh menyebut nama Tuhan dengan perkataan Waheguru bermakna “Tuhan yang menakjubkan”. Guru Nanak menekankan konsep persaudaraan sesama manusia

• Kepercayaan Agma Sikh• Kepercayaan kepada Tuhan yang Satu • Kepercayaan kepada Guru • Kepercayaan kepada Sri Guru Granth Sahib Ji • Kepercayaan kepada kebebasan • Kepercayaan kepada sistem demokrasi

Page 19: Tamadun India

Aliran Falsafah

• Istilah Falsafah India merujuk kepada beberapa tradisi pemikiran falsafah yang berakar umbi di India termasuk Falsafah Hindu, Falsafah Buddha dan Falsafah Jaina.

Page 20: Tamadun India

Pandangan Semesta dan Nilai-nilai

i. Sifat Penerimaan• Negara India bukan sahaja menyaksikan tiga zaman

malah menerima pentadbiran Hindu, Muslim dan Inggeris.

• Penghijrahan penduduk berlaku yang menyebabkan muculnya unsur-unsur budaya, tradisi, agama, falsafah, bahasa, idea dan sebagainya.

• Memang berlaku perbezaan- kebaikan dan keburukan, toleransi dan kefanatikan, perpaduan dan perpecahan, kesetiaan dan ketidaksetiaan, kerjasama dan individualism, keadilan dan ketidakadilan.

• Tetapi perbezaan hendaklah digunakan untuk mewujudkan perpaduan seperti kata “perpaduan dalam kepelbagaian”.

Page 21: Tamadun India

ii. Sifat Toleransi– Dasar pendidikan Inggeris diperkenalkan oleh penjajah Inggeris.

Walaupun ianya bertentangan dengan pendidikan tempatan, namun orang-orang India menerima dengan sikap terbuka kerana ilmu yang terkandung di dalamnya.

– Kebanyakan ahli-ahli pendidik menganggap mempelajari lebih dari satu bahasa akan membawa manfaat kepada rakyat.

– Negara India mempunyai rakyat yang bertutur menggunakan bahasa berdasarkan negeri masing-masing. Mereka sanggup mempraktikkan sikap kebebasan berbahasa.

– Unsur kedaerahan sangat kuat di Negara India. Bahasa, agama, kedudukan geografi semuanya membezakan rakyat. Tetapi sikap toleransi dan sifat hormat-menghormati telah menyatupadukan mereka.

Page 22: Tamadun India

Nilai-nilai• i) Ajaran Bhagavadgita dan isi kandungan karya

Tirukkural mengutarakan nilai-nilai hidup yang penting. Segala perilaku manusia yang bercorak norma-norma hidup diterangkan secara terperinci dalam teks-teks ini.

• • (ii) Empat nilai iaitu Dharma, Artha, Kama dan Moksha

perlu didukung oleh setiap orang Hindu. Nilai-nilai ini hendaklah diamalkan dalam pemikiran, pertuturan dan kegiatan setiap masa.

• (iii) Dua lagi nilai yang sangat bermakna ialah karma (perbuatan) dan ahimsa (kesederhanaan).

Page 23: Tamadun India

Pencapaian dalam pelbagai bidang

• Seni halus • Seni Bina • Seni Ukir• Sains • Matematik • Astronomi• Fizik • Kimia & Logam • Perubatan

Page 24: Tamadun India

TAMAT