tamadun hwang ho

Upload: sayajiwa

Post on 01-Nov-2015

120 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

tingkatan 4

TRANSCRIPT

Tamadun Hwang Ho

LokasiSungai merupakan nadi utama bagi pembentukan tamadun Hwang Ho.

Tamadun ini muncul daripada kesuburan tanah yang terdapat di Hwang Ho atau Sungai Kuning.

Hwang Ho merupakan sungai kedua terpanjang di China (5464 km) dan terletak di bahagian utara negara China .

Hwang Ho mengalir dari kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke Teluk Bo Hai di sebelah timur.Ciri-ciri fizikal lokasi : bergunang-ganang dan berpadang pasir .

Kerangka Masa

Kemunculan tamadun dikesan daripada jumpaaan tengkorakhomo sapien, juga dikenali sebagaiPeking Menpada sekitar tahun 400 000 S.M..(Jumpaan ini membuktikan adanya kehidupan Zaman Paleolitik)Zaman Neolitik muncul pada sekitar tahun 5000 S.M..

(Era ini munculnya akitivitipertanian dan penternakan.)

Dinasti Hsia merupakan dinasti beraja pertama di China yang bermula pada sekitar tauhn 2205-1766 S.M..

-Pada penghujung pemerintahan Dinasti Shang ,kebangkitan hamba telah dimunculkan kerana kezaliman pemerintahan Raja Shang.

-Ini telah mendorong suku Chou yang mendiami Lembah Sungai Wei megambil kesempatan untuk mengyingkirkan dan menggantikan pemerintahan Shang dengan pemerintana Dinasi Chou.

Proses Pembentukan Tamadun Hwang Ho

Kesuburan kawasan sekitar Hwang Ho telah menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap , membina petempatan awal.

Mereka menjalankan aktiviti pertanian ,penternakan binatang ,mengunpul hasil hutan dan memburu.

Perkembangan petempatan awal inimelahirkan beberapa buah Bandar di Lembah Hwang Ho.

Anyangmerupakan pusat kerajaan Dinasti Shang .

Pembentukan Dinasti Shang telah membawa kemajuan dalam usaha perluasan wilayah dan penyebaran buadaya ke kawasan sekitar Lembah Hwang Ho.

Ciri-ciri

Negara Kota -Anyang

terletak di kawah tanah tinggi di Sungai Huan

terdapat istana , kuil dan pusat pentadbiran di Bandar.

Ketua pemerintahan(raja, golongan pembesar dan golongan agama) tinggal di kawasan bandar.

Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok.

Untuk menghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.

Organisasi Sosial

Susun lapis dalam organisasi sosial masyarakat Shang dapat dibahagikan kepada dua , iaita lapisan atasan dan lapisan bawahan

Golongan raja dan pembesar menduduki lapisan paling atas yang diterajuioleh raja.

Lapisan bawahan dibentuk oleh golongan petani.

Golongan ini yang membentuk sebahagian besar pendudukyang mendiamikawasan tinggal di luar bandar , inaitu di sekeliling Negara kota.

Golongan artisan juga terdapat dalam lapisan bawahan.

Golongan iniwujud sebahagian besar kerana penguasaan mereka dalam teknologi gangsa.

Gangsa telah digunakan untuk menghasilkan senjata,perisaidan hiasan pada kereta kuda (digunakan oleh tentera ,serta peralatan untuk upacara keagamaan)

Hanyalah golongan pembesar sahaja yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa.

Maka, golongan pembesar menggunakan keistimewaan mereka untuk menundukkan golongan bawahan.

Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba.

Perhambaan merupakan satu ciri utama dalam Dinasti Shang.

Pengkhususan pekerjaan

Terdapat dua kumpulan tentera :

-Tentera yang menggunakan kereta kuda

-Tentera berjalan kaki.

Golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan untuk memenuhi keperluan golongan atasan .

Golongan artisan yang berperanan untuk cipta pelbagai barangan tembaga .

Golongan hamba berfungsi sebagai :

-Tentera paksaan

-Digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan

-Untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan.

Sistem pemerintahan

Dinasti Shang berbentuk pemerintahan beraja .

Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atatu anak lelaki raja.

Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran .

Masyarakat tamadun ini percaya bahawa kuasa raja merupakanmandat daripada tuhan

Mandat daripada tuhan:

Masyarakat Hwang Ho percaya bahawa raja memerintah dengan adil , kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup kerana pemerintahan itu direstui tuhan.

Urusan pentadbiran raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan.

Bagi wilayah di luar pusat pentadbiran , pemerintahan Dinasti Shang dibantu oleh golongan bangsawan.

Golongan bangsawan dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya.

-Mereka berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam hal seperti: pungutan cukai , pertahanan, undang-undang

Dinasti Chou telah mengasimilasikan sistem yang sama apabila mereka mengambil alih pemerintahan Shang.

Dinasti ChouRaja raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah-wilayah.

Mereka telah melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini.

Raja-raja Dinasti Chou mengikat pembesar tempatan melalui :

-Ikrar taat setia kepada pemerintahan Chou

-Memberikan hadiah seperti kereta kuda ,senjata gangsa ,hamba ,binatang

Mereka juga diminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang .

Pembesar tempatan diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua agama

-Untuk menjalankan upacara pengorbanan

Agama dan kepercayaan

Masyarakat tamadun Hwang Ho mengamalkan banyak kepercayaan :

Animisme

Kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat (jiwa dan roh ) orang mati

Politeisme

Penyembahan terhadap lebih daripada satu tuhan

Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan roh nenek moyang.

Mereka juga menyembah tuhan syurga (Shang-ti) , tuhan bumi (Tu), di samping penyembahan terhadap sungai , bukit dan gunung.

Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik,tarian dan upacara korban yang diketuai oleh golongan bomoh.

Jumpaan tulang binatang dan kulit kura kura di Anyang juga merupakan keunikan tamadun ini .

-Tulang yang ditemui dikenali sebagai tulangoracle.

-Fungsinya adalah untuk meramal sesuatu keadaan.

-Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan ini akan meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbuh rekahan .

-Rekahan ini akan ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.

Sistem Tulisan

Rekahan-rekahan pada tulang oracle telah menimbulkan idea masyarakat tempatan untuk mencipta tulisan.

Tulisan China berbentuk ideogram ,iaitu tulisan berbentuk symbol.

Sumbangan Tamadun Hwang Ho

1.Pembinaan sistem pengairan

Terusan-terusan telah dibinakan untuk mengairkan kawasan pertaniandan mengelakkan berlakunya banjir.

Sistem pengairan ini telah diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China.

Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian .

2.Pembangunan dalam sector pertanian

Pembangunan ini telah membawa kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit.

Pada zaman ini , petani mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman.

Petani China juga mula menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi.

3.Sistem Tulisan

Sistem tulisan ini telah berkembang secare evolusi dan masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini.

Tulisan ini telah digunakan dalam penulisan dan percetakan secara luas.

Tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah di China.

Tulisan ini terus berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun.

4.Pemujaan roh nenk moyang

Merupakan salah satu kepercayaan yang masih berkekalan sehingga hari ini.

Misalnya, unsur korban manusia tidak lagi diamalkan.

Unsur ini telah digantikan dengan unsur makanan,duit kertas dan barangan perhiasan.

5.Konsep Yin dan Yang , Feng Hsui

Ini merupakan dua daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China.

Orang China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling melengapi , iaitu Yin dan Yang.

-Yin ialah kuasa pasif dan Yang ialah kuasa aktif.

Semasa pemerintahan Shang , sistem kalendar telah diperkenalkan.

Kalendar ini terdapat 30hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.

Raja menggunakan kalendar ini untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.

Amalan penggunaan calendar telah diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian seperti upacara perkahwinan ,perburuhan ataupun pengkebumian.

6.Pengamalan falsafah perang Sun Tzu

Karya falsafah ini ,the Art of Wartelah membicarakan tentang:

-Selok-belok perang

-Cara menangani musuh

Falsafah tersubut juga diaplokasihkan sebagai taktik dalam urusan perniagaan pada hari ini.