tamadun hwang ho

20
Tamadun Hwang Ho

Upload: sim-yong-jing

Post on 05-Nov-2015

55 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tamadun hwang ho

TRANSCRIPT

Tamadun Hwang Ho

Tamadun Hwang HoPengenalanTamadun awal China telah wujud kira-kira 4500 tahun dahulu. Ia berlaku di sekitar Sungai Kuning atau Hwang.Tamadun ini berkembang pesat pada zaman Dinasti Shang (1766 - 1122 SM atau 1523 - 1027 SM).Bandar utama yang muncul ialah Anyang , Changan dan Loyang.Anyang telah dijadikan ibu negeri Dinasti Shang.Proses PembentukanPembinaan tamadun ini berasaskan peranan Hwang Ho yang telah menyuburkan kawasan sekitarnya. Keadaan ini menarik penduduk untuk tinggal menetap dan membina petampatan awal di kawasan tersebut. Penduduk di kawasan ini menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang selain mengumpul hasil hutan dan memburu. Perkembangan petempatan awal ini telah melahirkan beberapa buah bandar di Lembah Hang Ho.

Salah sebuah bandar awal tamadun Hwang Ho ialah Anyang. Bandar ini merupakan pusat kerajaan Dinasti Shang. Pembentukan Dinasti Shang telah membawa banyak lagi kemajuan, khususnya dalam usaha perluasan wilayah dan penyebaran budaya ke kawasan sekitar Lembah Hwang Ho. Semasa Dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.Ciri-ciri Tamadun Hwang HoAnyang merupakan salah satu contoh negara kota damal tamadun Hwang Ho dan Anyang terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan. Di bandar ini terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran. Ketua pemerintah, iaitu raja, golongan pembesar dan golongan agama juga tinggal di kawasan bandar. Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok untuk mrnghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.

Golongan raja dan pembesar menduduki lapisan teratas dalam organisasi sosial masyarakat Shang yang diterajui oleh raja.Lapisan bawahan terdiri daripada:Golongan petani membentuk sebahagian besar penduduk mendiami di kawasan luar bandar (di sekeliling negara kota)Golongan artisan Golongan ini mahir dalam teknologi gangsa yang muncul pada zaman Dinasti Shang

Gangsa digunakan bagi menghasilkan senjata perisai dan hiasan kereta kuda yang digunakan oleh tentera serta alat untuk upacara keagamaan.

Senjata Gangsa Perisai GangsaGolongan pembesar dapat menundukkan golongan bawahan kerana mereka mampu memiliki tentera dan senjata gangsa.Hamba merupakan golongan yang paling bawah dalam masyrakat Shang. Dalam Dinasti Shang, perhambaan merupakan ciri yang paling penting.Golongan tentera membantu golongan pembesar mempertahankan masyarakat. Golongan ini terdiri daripada:-Tentera yang menggunakan kereta kuda.-Tentera berjalan kaki.

Golongan petani merupakan tonggak ekonomi dan pentadbiran kerana mereka menghasilkan bahan makanan dan memenuhi keperluan golongan atasan. Ada di kalangan golongan petani yang berkemahiran khususnya dalam teknologi gangsa dan barangan tembikar pula menjadi golongan artisan:Hamba-Mereka menghasilkan pelbagai barangan tembaga seperti senjata, barang tembikar dan bekas minuman serta makanan-Hasil mereka biasanya hanya mampu dimiliki golongan pembesar.Hamba pula berfungi sebagai tentera paksaan, buruh paksa dan bahan korban upacara penyembahan.

Kerajaan yang wujud adalah berbentuk dinasti dengan pemerintahan beraja.Raja mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, sosial, agama. Mereka berkuasa mutlak dan menetap di pusat pentadbiran.Pengganti raja biasanya dilantik daripada kalangan anak atau saudara lelaki raja.Raja tidak dianggap tuhan tetapi sebagai pemerintah yang mendapat mandat (kuasa pemerintahan) daripada tuhan.Pemerintah yang adil akan mendapat madat.

Raja yang memerintah dengan adil akan dapat mewujudkan kerajaan yang makmur dan rakyat akan menikmati kesejahteraan hidup. Sebaliknya, pemerintah yang kejam atau lemah akan kehilangan mandat. Contohnya, pemerintahan Shang kehilangan mandat akibat kezaliman mereka.Golongan bangsawan dan pegawai kerajaan membantu raja dalam urusan pentadbiran.- Golongan ini bertanggungjawab untuk mentadbir wilayah masing-masing.- Mereka berhak mewujudkan sistem pentadbiran mereka sendiri. Contohnya sistem pungutan cukai, undang-undang dan pertahanan.

Sistem yang sama dilaksanakan semasa zaman Dinasti Chou.- Raja dibantu oleh ketua menteri enam badan. Badan ini menguruskan hal pertanian, tentera, kerja awam, upacara agama, undang-undang dan hal ehwal monarki.- Pada peringkat wilayah, pentadbiran dikendalikan oleh pembesar-pembesar feudal. Raja telah membahagikan pemilikan tanah kepada pembesar ini.Raja-raja Dinasti Chou cuba mengikat pembesar mereka melalui :- Ikrar taat setia.- Memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang- Tanggungjawab melindungi raja dan memberi bantuan ketenteraan semasa perang.Pembesar juga bertanggungjawab sebagai ketua agama untuk melaksanakan upacara pengorbanan.

Kepercayaan Hwang HoMasyarakat Hwang Ho mengamalkan pelbagai jenis kepercayaan. Antaranya ialah animisme dan politeisme serta pemujaan roh nenek moyang. Mereka juga menyembah tuhan syurga (shang-ti) dan tuhan bumi (tu). Mereka juga menyembah biasanya diketuai oleh golongan bomoh dan melibatkan permainan muzik, tarian atau upacara korban.Masyarakat Shang juga mempercayai ramalan menggunakan tulang oracle ( tulang binatang ) yang berfungsi meramalkan sesuatu keadaan.

Amalan penilikan tulang nujum ( oracle ) memainkan peranan peranan mewujudkan sistem tulisan awal di China. Rekahan pada tulang-tulang tersebut memberi idea untuk mencipta tulisan.Bentuk tulisan yang disebut ideogram telah dicipta. Sistem tulisan ini berbentuk simbol. Pada asalnya, tulisan ini mempunyai gambar seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai. Lama-kelamaan tulisan ini berubah menjadi lebih kompleks seperti hari ini.

Oracle

Sumbangan Tamadun Hwang HoSejak zaman awal dinasti China terutama zaman Shang, pemimpin mereka amat prihatin terhadap pembangunan pertanian. Oleh itu, terusan-terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain mengelakkan berlakunya banjir. Sistem pengairan ini telah diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China. Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersebut.

*Sistem PengairanSelain itu, pembangunan dalam sektor pertanian ini juga membawa kepada kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit. Pada zaman ini juga petani juga mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman. Perubahan juga berlaku secara evolusi apabila petani China mula menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi.Sistem tulisan ideogram yang berkembang secara evolusi masih digunakan masyarakat Cina kini. Tulisan tersebut digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan serta diajar kepada anak-anak Cina di sekolah Cina. Tulisan ini juga digunakan orang Korea dan Jepun.

Unsur pemujaan roh nenek moyang masih diamalkan oleh masyarakat Cina kini. Namun pengorbanan manusia dalam pemujaan roh telah digantikan dengan amalan pemberian seperti makanan, duit kertas dan barangan perhiasan. Falsafah Cina yang melibatkan konsep Yin dan Yang serta amalan Feng Hsui masih kuat mempengaruhi masyarakat Cina kini.

Sistem kalendar telah diperkenalkan pada zaman pemerintahan Dinasti Shang :- Terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.- Raja dapat menentukan musim menanam dan menuai.- Kalendar ini digunakan untuk upacara perkahwinan, pemburuan dan pengkebumian.

Falsafah perang yang diperkenalkan Sun Tzu dalam karyanya yang berjudul The Art of War, mempengaruhi taktik peperangan dan pemikiran strategik sehingga kini. Ia telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan diaplikasikan dalam pelbagai aspek kehidupan dan urusan perniagaan.