story board untuk membuat jus tembikai

5
Untuk membuat jus tembikai, kamu perlu menyediakan bahan- bahan dan alatan berikut : Buah tembikai ½ gelas air Sedikit air gula Pisau. Papan pemotong Pengisar Ais kiub Penyepit ais Jug Gelas dan Penyedut minuman Ambil buah tembikai dan bersihkan (basuh) bahagian luarnya (kulit ). Lapkan dengan kain yang bersih. Seterusnya, buah tembikai tersebut dipotong dengan menggunakan pisau. Pastikan kamu mengalaskan papan pemotong dengan surat khabar.

Upload: abdul-rani

Post on 24-Jul-2015

385 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Story board untuk membuat jus tembikai

Untuk membuat jus tembikai, kamu perlu menyediakan bahan-bahan dan alatan berikut :

Buah tembikai ½ gelas air Sedikit air gula Pisau. Papan pemotong Pengisar Ais kiub Penyepit ais Jug Gelas dan Penyedut minuman

Ambil buah tembikai dan bersihkan (basuh) bahagian luarnya (kulit ). Lapkan dengan kain yang bersih.

Seterusnya, buah tembikai tersebut dipotong dengan menggunakan pisau. Pastikan kamu mengalaskan papan pemotong dengan surat khabar.

Page 2: Story board untuk membuat jus tembikai

STORYBOARD MEMBUAT JUS TEMBIKAI (KPD 3026)

Kemudian potongan buah tembikai itu perlulah dibuang kulitnya. Potong bahagian kulitnya dengan menggunakan pisau. Untuk membuat jus tembikai kita hanya perlukan bahagian isinya sahaja. Jika terdapat biji pada isinya, buangkan dahulu bijinya dengan menggunakan sudu. Kamu perlulah berhati-hati semasa menggunakan pisau.

Seterusnya bahagian isi buah tembikai yang telah dibuang kulitnya dipotong kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Ini bertujuan untuk memudahkan isi buah tembikai itu hancur semasa kita mengisarkannya nanti.

Selepas isi buah tembiikai telah dipotong kepada bahagian yang lebih kecil, masukkan potongan buah isi buah tembikai ke dalam pengisar.

Page 3: Story board untuk membuat jus tembikai

Setelah isi buah tembikai dimasukkan ke dalam pengisar, masukkan ½ gelas air. Ini bertujuan supaya isi buah tembikai tadi mudah hancur semasa kita mengisarnya nanti.

Masukkan sedikit air gula untuk menambah rasa manis jus tembikai kamu.

Tutup bekas pengisar. Kisar isi buah tembikai yang telah dicampurkan dengan air dan air gula tadi sehingga hancur (halus).

Page 4: Story board untuk membuat jus tembikai

Kemudian isi buah yang telah menjadi jus tadi kita tuangkan ke dalam jug.

Sediakan gelas, dan tuangkan jus tembikai ke dalam gelas.

Kemudian masukkan beberapa ketul ais kiub dengan menggunakan penyepit ais ke dalam gelas untuk menambah rasa segar jus tembikai kamu.

Page 5: Story board untuk membuat jus tembikai

Kamu boleh menjadikan jus tembikai kamu lebih menarik dengan menghiaskan gelasnya. Ambil satu potongan isi buah tembikai yang telah dipotong dan letakkan pada gelas.

Akhir sekali masukkan penyedut minuman ke dalam gelas. Jus tembikai kamu siap untuk dihidangkan dan diminum.

Inilah jus tembikai yang telah siap untuk diminum. Jus tembikai yang dihasilkan mengandungi banyak khasiat dan sedap rasaya. Selamat mencuba dan bye..bye.