taksonomi dan domain
TRANSCRIPT
BMM3103
TAKSONOMI DAN DOMAIND I S E D I A K A N U N T U K :
P N R O S S I L A W A T I B I N A H M A D
DISEDIAKAN OLEH:
PISMP PENDIDIKAN PEMULIHAN (B) SEMESTER 5
1) MOHD SYAFIQ BIN A. GHANI
2) MOHD ZAHID JAUZI BIN JUMAT
3) JUNAILY MARUTIN
4) NORENIMARTINEH RAMIDI
TAKSONOMI DAN DOMAIN
TAKSONOMI BLOOM
DOMAIN KRATHWOHL
DEFINISI DAN PENGERTIAN
TAKSONOMI
Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang
seringkali digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.
Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan
bidang-bidang seperti pengetahuan, kecekapan dan psikomotor.
3 DOMAIN utama yang menjadi tujuan pendidikan sebenar iaitu:
- Domain Kognitif
- Domain Afektif
- Domain Psikomotor
3 D
OM
AIN
UTA
MA
Domain Kognitif
Melibatkan perilaku yang menekankan
aspek intelektual seperti pengetahuan,
pengertian dan keterampilan berfikir
Domain Afektif
Menekankan aspek perasaan dan emosi
seperti minat, sikap, apresiasi dan cara
menyesuaikan diri.
Domain Psikomotor
Menekankan aspek keterampilan motor
seperti tulisan tangan, berenang dan
mengoperasi mesin.
- Domain kognitif melibatkan
perkembangan pemikiran pelajar.
- Domain afektif melibatkan
perkembangan sikap dan nilai pelajar.
- Domain psikomotor melibatkan
perkembangan kemahiran fizikal
pelajar.
KESIMPULAN DARIPADA 3 DOMAIN UTAMA
KONSEP TAKSONOMI
BLOOM
Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
Mempunyai turutan dari tahap yang rendah
hinggalah ke tahap yang tinggi.
Menguji tahap pemikiran murid dengan soalan-
soalan dari pelbagai aras.
ARAS TAKSONOMI BLOOM
PENGETAHUAN
(KNOWLEDGE)
- Bermaksud menguji tahap pengetahuan murid terhadap perkara yang telah dipelajarinya.
- Antara istilah-istilah yang seringkali digunakan dalam soalan peringkat ini adalah seperti
‘berikan’, ‘senaraikan’, ‘nyatakan’ dan sebagainya.
CONTOH SOALAN:-
Encik Suparman sentiasa __________ untuk pasukan bolasepak yang diminatinya iaitu
pasukan Terengganu FA.
A. disorak
B. bersorak
C. menyorak
D. tersorak
KEFAHAMAN
(COMPREHENSION ) Aras ini menguji murid dalam kebolehan mereka untuk memahami dan menganalisis perkara yang
telah dipelajari oleh mereka.
Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan,
huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.
CONTOH SOALAN:-
- Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada penyataan di bawah :
Supardini terpaksa menolak motosikalnya ke bengkel motosikal kerana tayar motosikalnya pancit
di tengah jalan.”
A. Ke manakah Supardini pergi?
B. Mengapakah Supardini menolak motosikalnya?
C. Siapakah yang pergi ke bengkel motosikall?
D. Fahrin berada di tengah jalan?
APLIKASI (APPLICATION)
Peringkat aplikasi merujuk kepada sejauh mana murid dapat mengaplikasikan pengetahuan yang
dipelajari dan dibina kepada penyelesaian masalah dan situasi yang dinyatakan.
Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan
dan sebagainya.
CONTOH SOALAN:-
- “ Encik Fison telah diangkat oleh warga Kampung Mewah Jaya oleh kerana keberaniannya
dalam menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak daripada dilanggar kereta.”
Manakah antara yang berikut merupakan sifat yang ada pada Encik Fison?
i. Berani iii. Gentar
ii. Pantas iv. Gelabah
A. i dan ii sahaja
B. i dan iii sahaja
C. ii dan iv sahaja
D. iii dan iv sahaja
ANALISIS (ANALYSIS)
- Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan
menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.
- Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis,
mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.
- Contoh soalan:-
(a) Buat perbandingan di antara produk tempatan dan produk luar
negara
SINTESIS (SYNTHESIS)
Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau
mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil
yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.
Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat
keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan,
gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.
Contoh soalan:
Cipta sebuah sajak yang bertemakan alam sekitar
PENILAIAN
(EVALUATION)
Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji
kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau
hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan,
ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.
Contoh soalan :-
Nyatakan pendapat anda mengenai gejala sosial yang berlaku dalam
kalangan remaja pada era ini
TAKSONOMI
KRATHWOHL
TAKSONOMI KRATHWOHL
Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
- Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
- Taksonomi Krathwohl ini amat berkait rapat dengan unsur afektif.
- Hal ini adalah kerana bagi membolehkan guru menjalankan satu
suasana pembelajaran yang berkesan serta mampu membentuk
sikap positif murid.
ARAS TAKSONOMI
KRATHWOHL
PENERIMAAN
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras ini iaitu kesedaran, kesudian untuk menerima dan perhatian yang terkawal atau terpilih.
GERAKBALAS
Murid melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu perkara dan
memberikan reaksi terhadap sesuatu situasi
ORGANISASI
PENILAIAN
Di peringkat penilaian, murid membuat generalisasi terhadap apa yang telah dilihat dan dipelajarinya.
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.- Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.- Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya
PERWATAKAN
- Perwatakan di sini bermaksud tingkah laku serta disiplin kendiri
yang dizahirkan dan ditunjukkan oleh seseorang.
- Seseorang mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup
mengamalkannya sebagai satu cara hidup.
SEKIAN
TERIMA KASIH