taksonomi bloom

7
Taksonomi Bloom Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. ( kamis Dewan Edisi Keempat, (2005)). Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu yang pertama domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar dimana menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Dan seterusnya adalah domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar. Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia. Domain Taksonomi Bloom

Upload: lenny-mangai

Post on 13-Dec-2015

25 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

T

TRANSCRIPT

Page 1: Taksonomi Bloom

Taksonomi Bloom

Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan

organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. ( kamis

Dewan Edisi Keempat, (2005)). Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu

model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia

berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti

pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. Terdapat tiga domain dalam pendidikan

iaitu yang pertama domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar dimana

menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan

berfikir. domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai

pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Dan seterusnya

adalah domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai

elemen di dalam pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom

pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu

elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia.

Domain Taksonomi Bloom

Domain taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan.

Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi.

Terdapat enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom ini. Elemen –

elemen tersebut pula telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran

aras rendah dan pemikiran aras tinggi. Dalam taksonomi ini, kita akan mengkaji

kesemua aspek taksonomi dari terendah hingga lah yang tertinggi. Berikut adalah

hierarki Taksonomi Bloom berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Benjamin S

Bloom.

Page 2: Taksonomi Bloom

Rajah 1 : hierarki Taksonomi Bloom

Elemen-elemen dalam Aras Taksonomi Bloom

Elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling rendah.

Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta

atau pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras

pengetahuan ini iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan

istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras yang kedua adalah pengetahuan

tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu

dalam menyelesaikan masalah. Dan aras yang ketiga adalan pengetahuan tentang

perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya seperti

siapa, apa, di mana, bila dan beri. Ciri-ciri khusus soalan aras pengetahuan ini ialah

murid perlu menggunakan proses mental untuk mengingat semula apa yang telah

dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang

telah diajar oleh guru di dalam kelas.

Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan murid

memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada

tiga iaitu yang pertama penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah

bahasa lain ke bahasa lain tanpa menggubah makna asal. Yang kedua adalah

mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir idea dan menerangkan idea atau maksud

Page 3: Taksonomi Bloom

tersurat dalam ayat sendiri. Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi iaitu membuat

inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat

yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah seperti membuat

interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat

dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah

seperti jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan

kelaskan.

Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar

menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan

murid benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan

masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi

mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering

digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan

susunkan.

Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid untuk

memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan

pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar

mengenalpasti unsur – unsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis adalan yang

pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan murid menentukan unsur-unsur. Murid

juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada. Aras kedua adalah

analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga

adalah aras analisis prinsip iaitu murid perlu mengenal pasti prinsip sesuatu

organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan menganalisis

tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan tersebut

menggunakan proses mental analisis dan memerlukan pemahaman perhubungan

khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara

komponen.

Page 4: Taksonomi Bloom

Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid

untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras

sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi

dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada

orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik

untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu

rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah kategori membina suatu

hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau membangunkan set

hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu

fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohya kebolehan membuat deduksi

berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data

atau faktor yang diberi.

Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid

menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu

membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan,

sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu

seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras

penilaian ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan,

idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh

mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam

penilaian juga dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman

iaitu menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-

lain. Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam

sesuatu hujah yang dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan

pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada

beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai

teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu.

Rumusan

Page 5: Taksonomi Bloom

Taksonomi dalam pendidikan dibahagikan kepada 3 domain. Takonomi Bloom

menghuraikan aras yang terdapat dalam domain kognitif yang melibatkan perilaku-

perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan

ketrampilan berfikir. Domain kognitif ini mengandungi enam elemen yang terdiri

dariapda dua aras iaitu aras pemikiran mudah dan aras pemikiran tinggi. Elemen

tersebut adalah pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sistesis dan penilaian.

Elemen ini disusun secara menaik mengikut aras pemikiran iaitu dari aras mudah

kepada aras pemikiran tinggi.