taklimat pengurusan fail pbs

3
Taklimat Pemantauan dan Pengurusan Fail KSSR/PBS. Tarikh : 8hb Februari 2013 Hari : Rabu Masa : 1.10 petang Tempat : Bilik Gerakan Kehadiran : Pn. Hajah Rosmi Bt. Jamat (GPK Kurikulum) En. Samsul Azman B. Saad (Setiausaha Peperiksaan) Pn. Suriyati Bt. Abd. Majid (Penyelaras PBS) En. Roslan B. Omar (Guru Data) Pn. Zarina Bt. Abd. Razak (Penyelaras Tahun Satu) (Penyelaras Tahun Dua) Semua guru Tahun Satu dan Tahun 2 Agenda: i) Ucapan Pengerusi ii) Taklimat pemantauan PBS iii) Penyediaan Fail PBS Agenda 1 (Ucapan Pengerusi) 1.1 Memberi salam dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir. 1.2 Memaklumkan kepada semua guru tentang pemantauan oleh pihak PPD Maran bermula pada bulan Februari hingga bulan April 2013. Agenda 2 (Taklimat Pemantauan PBS) 2.1 Pemantauan akan dilaksanakan pada bulan Februari hingga April 2013. 2.2 Semua sekolah di Daerah Maran akan dipantau oleh pegawai-pegawai daripada JPN atau PPD.

Upload: hijrah-nasuha

Post on 24-May-2015

559 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Taklimat Pemantauan dan Pengurusan Fail KSSR/PBS.

Tarikh : 8hb Februari 2013

Hari : Rabu

Masa : 1.10 petang

Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran : Pn. Hajah Rosmi Bt. Jamat (GPK Kurikulum)

En. Samsul Azman B. Saad (Setiausaha Peperiksaan)

Pn. Suriyati Bt. Abd. Majid (Penyelaras PBS)

En. Roslan B. Omar (Guru Data)

Pn. Zarina Bt. Abd. Razak (Penyelaras Tahun Satu)

(Penyelaras Tahun Dua)

Semua guru Tahun Satu dan Tahun 2

Agenda:

i) Ucapan Pengerusi ii) Taklimat pemantauan PBSiii) Penyediaan Fail PBS

Agenda 1 (Ucapan Pengerusi)

1.1 Memberi salam dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.1.2 Memaklumkan kepada semua guru tentang pemantauan oleh pihak PPD Maran bermula pada

bulan Februari hingga bulan April 2013.

Agenda 2 (Taklimat Pemantauan PBS)

2.1 Pemantauan akan dilaksanakan pada bulan Februari hingga April 2013.

2.2 Semua sekolah di Daerah Maran akan dipantau oleh pegawai-pegawai daripada JPN atau PPD.

2.3 Tujuan pemantauan adalah untuk mengemaskini sistem fail KSSR dan PBS, penyediaan Fail Perkembangan Murid dan Fail Showcase, penyediaan buku rekod harian guru juga Bilik Gerakan KSSR (jika ada).

2.4 Guru-guru diminta untuk mengemaskini buku rekod harian ataupun fail pengajaran dan pembelajaran KSSR. Maklumat-maklumat berkaitan PBS hendaklah dimasukkan di dalam buku atau fail guru.

2.5 Guru-guru kelas diminta untuk mengemaskini fail perkembangan murid dan fail showcase kelas. Jika SPPBS masih belum boleh ‘online’, maklumat-maklumat berkaitan band murid-murid hendaklah dibuat secara hard-copy sebagai bukti adanya pentaksiran dijalankan di dalam kelas.

2.6 Eviden-eviden murid hendaklah dimasukkan ke dalam Fail Perkembangan Murid manakala eviden terbaik dimasukkan ke dalam Fail Showcase kelas. Eviden terbaik di antara murid-murid pula hendaklah dimasukkan ke dalam Fail Showcase Induk.

Agenda 3 (Penyediaan Fail PBS)

3.1 Penyelaras PBS diminta untuk mengemaskini Fail PBS serta Fail Showcase Induk.

3.2 Jawatankuasa PBS yang baru hendaklah dibentuk dan dimasukkan ke dalam Fail PBS.

3.3 Bilik Gerakan KSSR hendaklah diwujudkan. Bilik E-Tems akan dijadikan Bilik Gerakan KSSR. Guru-guru Tahun 1 dan Tahun 2 diminta membantu mengemas bilik tersebut.

3.4 Fail-fail dan bahan-bahan yang diperoleh semasa berkursus hendaklah dihantar ke Bilik Gerakan KSSR.

3.5 Setiap Fail Profil Guru KSSR hendaklah dilengkapkan dengan maklumat guru, Standard Prestasi, Standard Kurikulum, Borang Individu dan Borang Kelas. Salinan eviden yang diberi kepada murid juga hendaklah dimasukkan sebagai lampiran.

Bersurai pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh,

________________________________

(SURIYATI BTE ABD MAJID)

Disemak oleh, Disahkan oleh,

________________________________ ________________________________

( ) ( )