taklimat format abm tahun 2013

26
4 JULAI 2012 CAWANGAN PERJAWATAN DAN NAZIRAN BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA TAKLIMAT PENYEDIAAN FORMAT ANGGARAN BELANJA MENGURUS (PERJAWATAN) TAHUN 2013 SECARA ATAS TALIAN (E-OPERASI) BAGI AKTIVITI MENENGAH, JABATAN PELAJARAN NEGERI (JPN) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Upload: roszelan-majid

Post on 19-Jun-2015

2.170 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Taklimat format ABM tahun 2013

4 JULAI 2012CAWANGAN PERJAWATAN DAN NAZIRAN

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

TAKLIMAT PENYEDIAAN FORMAT ANGGARAN BELANJA MENGURUS (PERJAWATAN) TAHUN 2013 SECARA ATAS

TALIAN (E-OPERASI) BAGI AKTIVITI MENENGAH, JABATAN PELAJARAN NEGERI (JPN)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 2: Taklimat format ABM tahun 2013

Memberi panduan penyediaan cadangan permohonan perjawatan di bawah Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Tahun 2013.

TUJUAN

Page 3: Taklimat format ABM tahun 2013

Permohonan ABM (P) Tahun 2013 merupakan cadangan keperluan perjawatan berdasarkan kepada unjuran keperluan dan keupayaan sebenar sekolah berkenaan.

Berdasarkan maklumat/data operasi (sebenar) pada 30 Jun 2012 dengan mengambilkira keupayaan fizikal (bilik darjah, makmal, bengkel dsb).

Ketepatan maklumat/data adalah asas kepada pemantapan perjawatan di sekolah.

LATAR BELAKANG

Page 4: Taklimat format ABM tahun 2013

Keputusan Jemaah Menteri bertarikh 26 Mac 2010 ; Pewujudan jawatan baru dalam Perkhidmatan Awam

dibekukan. Sebaliknya bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di sesebuah Kementerian atau Jabatan, kaedah tukar ganti (trade off), pindah butiran, pemansuhan, penempatan semula (redeployment) hendaklah dilaksanakan.

PEKELILING & ARAHAN KERAJAAN DALAM PENYEDIAAN ABM (P)

TAHUN 2013

Page 5: Taklimat format ABM tahun 2013

Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 2011:GARIS PANDUAN BAGI PENYEDIAAN CADANGAN ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUN 2012 DAN 2013;

“PERJAWATAN”

24. “Selaras dengan langkah Kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemat, kaedah penempatan semula (redeployment) dan tukar ganti (trade off) perjawatan sedia ada akan dilaksanakan bagi mengurangkan beban kewangan Kerajaan. Kementerian/Agensi bertanggungjawab memastikan struktur organisasi adalah mantap dan dinamik bagi memenuhi keperluan pelaksanaan GTP, ETP dan RMKe-10.”

Samb….

Page 6: Taklimat format ABM tahun 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merupakan salah satu kementerian yang diberi kebenaran oleh Agensi Pusat untuk memohon perjawatan melalui ABM (P) pada setiap tahun. Semua permohonan adalah berdasarkan kepada persetujuan dan norma perjawatan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

JPN diminta menyediakan cadangan keperluan perjawatan bagi sekolah / institusi di bawah kawalannya mengikut aktiviti berdasarkan unjuran keperluan dan keupayaan sebenar pada tahun hadapan. Sebarang unjuran yang dibuathendaklah berasaskan kepada data sebenar pada tahun semasa dan ditambah dengan data anggaran kemasukan pada tahun hadapan.

Page 7: Taklimat format ABM tahun 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pengiraan perjawatan berasaskan sekolah pada tahun 2008 bermula dengan aktiviti rendah dan diteruskan kepada semua aktiviti pada tahun 2009. Pihak JPN yang menyediakan data dan maklumat asas bagi setiap sekolah/institusi adalah bertanggungjawab dan hendaklah memastikan bahawa data yang diberi adalah tepat sesuai dengan keupayaan fizikal seperti bilangan bilik darjah, makmal dan bengkel yang akan dapat menampung bilangan murid yang diunjurkan.

Data yang disediakan dalam permohonan akan disemak oleh kementerian sebelum dibentangkan kepada pengurusan tertinggi sebelum dikemukakan kepada agensi pusat untuk pertimbangan dan kelulusan.

Page 8: Taklimat format ABM tahun 2013

Permohonan ABM (P) dalam talian atau aplikasi e-Operasi dibangunkan untuk menyediakan kemudahan permohonan ABM (P) secara online melibatkan sekolah-sekolah di bawah kawalan JPN. Semua format permohonan yang sebelum ini di buat secara manual (Perisian MS Excel) boleh dicapai melalui aplikasi ini. Semua maklumat/data yang dimasukkan (key in) mempunyai hubung kait dan aliran maklumat yang jelas di antara satu sama lain.

Melalui aplikasi ini penyediaan permohonan ABM(P) boleh bermula di peringkat sekolah dan seterusnya semakan dan perakuan permohonan boleh dibuat di peringkat PPD dan JPN. Aplikasi e-Operasi boleh dicapai melalui url http:/apps.moe.gov.my/eoperasi

PERMOHONAN ABM (PERJAWATAN) DALAM TALIAN (APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GURU

MODUL E-OPERASI)

Page 9: Taklimat format ABM tahun 2013

Semasa menyediakan data/maklumat dalam cadangan ABM (P) perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian;

Data Sebenar berakhir 30 Jun 2012i. Data bilangan murid dan kelas pra sekolahii. Data bilangan murid dan kelas integrasi P.Khasiii. Data bilangan murid dan kelas biasa SR/SMiv. Data bilangan kelas yang dicadang untuk dibukav. Data bilangan fizikal bilik darjah yang dijadikan kelasvi. Data bilangan makmalvii. Data bilangan bengkel

PENYEDIAAN CADANGAN ABM (PERJAWATAN) 2013 DALAM TALIAN (APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GURU MODUL E-OPERASI)

Page 10: Taklimat format ABM tahun 2013

Data Sebenar berakhir 30 Jun 2012VII. Data bilangan penghuni asrama (jika ada)VIII. Data bilangan murid dan kelas m.pel KHB, MPT, MPV,

Sains Tingkatan 6 dan Bahasa AntarabangsaIX. Data bilangan murid Islam di SJKC dan SJKTX. Bilangan sekolah baru yang dijangka buka 2013XI. Bilangan sekolah yang tidak dapat dibuka dalam tahun

2012 (telah lulus perjawatan)

PENYEDIAAN CADANGAN ABM (PERJAWATAN) 2013 DALAM TALIAN (APLIKASI SISTEM MAKLUMAT GURU MODUL E-OPERASI)

Page 11: Taklimat format ABM tahun 2013

Pemeriksaan Permohonan ABM (P) tahun 2013 bagi semua aktiviti akan diteruskan pada tahun ini bagi memastikan permohonan perjawatan yang optimum bagi setiap sekolah dan institusi. Sekiranya data yang diberikan adalah tepat maka bilangan perjawatan yang akan dipohon adalah tepat dan stabil pada tahun hadapan. Oleh itu perhatian yang lebih harus ditumpukan khasnya kepada sekolah/institusi yang memerlukan perjawatan tambahan kerana ada cadangan pertambahan bilangan fizikal bilik darjah, makmal, bengkel dan perluasan MPT/ Bhs Antarabangsa. Jika sekiranya tiada perubahan bilangan perjawatan adalah tidak berubah pada tahun hadapan.

PENGIRAAN PERJAWATAN BERASASKAN SEKOLAH BAGI AKTIVITI PENDIDIKAN RENDAH

DAN MENENGAH

Page 12: Taklimat format ABM tahun 2013

Norma Perjawatan (Pindaan sehingga tahun 2011) akan digunakan sebagai asas bagi asas bagi memohon perjawatan pada tahun 2013.

NORMA PERJAWATAN GURU DAN STAF SOKONGAN DI SEKOLAH

Page 13: Taklimat format ABM tahun 2013

Seperti yang diputuskan KPM, memantapkan pembukaan atau perluasan kelas-kelas berikut adalah di bawah kawalan bahagian tertentu. Oleh itu sebarang cadngan baru atau perluasan hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak yang berkenaan:

PEMBUKAAN KELAS YANG DIKAWAL OLEH KEMENTERIAN

Bil Mata pelajaran Bahagian

1 Kelas Pra Sekolah BPSH

2 Mata Pelajaran Teknikal BPTV

3 Kelas Aliran Agama (KAA) BPI

4 Kelas Bahasa Antarabangsa BPK

5 Kelas Tingkatan 6 BPSH

6 Kelas Pendidikan Khas B.Pend Khas

Page 14: Taklimat format ABM tahun 2013

Pihak JPN diminta merancang dan menyelaras sebaik mungkin pertambahan murid, pembukaan kelas baru, dan sesi persekolahan (1 sesi atau 2 sesi) pada tahun 2013 terutama yang melibatkan pertambahan jawatan. Agensi Pusat tidak akan melayan sebarang permohonan pertambahan jawatan baru di sekolah/institusi di luar ABM perjawatan tahunan.

PERHATIAN KHAS

Page 15: Taklimat format ABM tahun 2013

Tarikh akhir bagi melengkap dan menghantar permohonan ABM Perjawatan tahun 2013 dalam talian e-Operasi kepada BPSM adalah sebelum atau pada pukul 12.00 tengah malam 27 Julai 2013. Aplikasi ini akan ditutup pada tarikh/ waktu tersebut bagi membolehkan pihak BPSM membuat semakan dan penyelarasan ke atas semua permohonan. Sebarang permohonan /pindaan selepas tarikh/waktu tersebut tidak akan dipertimbangkan.

PENUTUP

Page 16: Taklimat format ABM tahun 2013

TAHUN

BIL. JAWATAN

CATATAN

WUJUD TRADE OFF MANSUH

2010 12,233 9,220 - 3,013 Jawatan Baru (PIB)

2011 8,822 8,822 5,799**Pemansuhan oleh Agensi Pusat

2012 5,693* 4,706 - * 4,706 (ABM(P) 2012) + 987 (Di luar ABM)

Jumlah 26,74822,748 5,799

-28,547

TREN PEWUJUDAN DAN TUKAR GANTI/PEMANSUHAN JAWATAN DI KPM

Page 17: Taklimat format ABM tahun 2013

PIB (Pembukaan Institusi Baru).

Sebarang cadangan perluasan adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat berdasarkan kemampuan pelaksanaan kaedah tukar ganti/pindah butiran.

FOKUS PERMOHONAN ABM (P) TAHUN 2013

Page 18: Taklimat format ABM tahun 2013

TAKWIM PERMOHONAN ABM (P) TAHUN 2013

BIL PROGRAM/AKTIVITIJAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS

TAHUN 2012

1Penyediaan Format ABM (P) Tahun 2013 Secara Atas Talian Melalui Sistem Maklumat Guru (E-Operasi)

2 Jan - 30 Mac

2Pengujian dan Penambahbaikan Penggunaan Aplikasi E-Operasi Bagi Semua Aktiviti dan Jenis Sekolah, KPM

5 April – 30 Jun

3

Taklimat Format Permohonan ABM(P) Tahun 2013 Secara Atas Talian Melalui Sistem Maklumat Guru (Modul E-Operasi) Kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

4&5

4Tarikh Akhir Mengemukakan Permohonan ABM(P) Tahun 2013 Kepada BPSM

22

5Mesyuarat / Pemeriksaan ABM (P) Tahun 2013 Bagi Semua Aktiviti Mengikut JPN / Bahagian di KPM

23 Julai - 10 Ogos

6 Pengumpulan dan Pengemaskinian Data Permohonan ABM (P) Tahun 2013            

13-17

Page 19: Taklimat format ABM tahun 2013

TAKWIM PERMOHONAN ABM (P) TAHUN

2013

BIL PROGRAM/AKTIVITI

JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS

TAHUN 2012

7 Penyediaan Draf Permohonan ABM (P) Tahun 2013

          

 30

 

8

Mesyuarat peringkat KPM / mengemukakan laporan ABM / mesyuarat bersama Agensi Pusat / kelulusan ABM (P) Tahun 2012

10

9 Penyediaan Draf Waran Perjawatan ABM (P) Tahun 2013

            

 21-30

   

10 Taklimat Kelulusan ABM (P) Tahun 2013                 

  15 

11

PenyediaanPenyata Kelulusan Perjawatan Berasaskan Sekolah Tahun 2012 Mengikut JPN dan Bahagian di KPM                    

  15

Page 20: Taklimat format ABM tahun 2013

Status Pengoperasian Pembukaan Institusi Baru (PIB) Yang Telah Diluluskan Perjawatan

Memaklumkan senarai PIB yang telah beroperasi bagi

urusan penurunan waran perjawatan ke JPN

Kelulusan 987 Jawatan Tambahan (Di Luar ABM)

JPN perlu menyelaraskan perjawatan mengikut data berasaskan sekolah (yang terlibat sahaja) dan mengemukakan kepada BPSM (secara emel) selewatnya 9 Julai 2012 bagi pengemaskinian Penyata Kelulusan Perjawatan Berasaskan Sekolah Tahun 2012

PERKARA BERBANGKIT

Page 21: Taklimat format ABM tahun 2013

Permohonan Pindaan Penyata Kelulusan Perjawatan

Berasaskan Sekolah Tahun 2012

Sebarang pindaan perlu dibawa melalui ABM (P) Tahun 2013

Status Sekolah Beroperasi Tanpa Murid Melalui Data E-Operasi

JPN perlu mengemaskini status pengoperasian sekolah melalui E-Operasi.

PERKARA BERBANGKIT

Page 22: Taklimat format ABM tahun 2013

Penambahbaikan Pentadbir JPN

oPegawai Data Bagi K2P oPegawai Data Perjawatan K2PoPegawai Data Perjawatan SPS

BPSMoPerubahan Gred SekolahoPerubahan Aktiviti SekolahoPerubahan Pusat AksesoPerubahan Sesi PersekolahanoPerubahan Kategori Sekolah

Page 23: Taklimat format ABM tahun 2013

Jenis Sekolah Menengah Sekolah Menengah Harian

o Gred Ao Gred B

Sekolah Menengah Bestari Sekolah Menengah Model Khas

Page 24: Taklimat format ABM tahun 2013

Aliran Proses Permohonan ABM Perjawatan

Page 25: Taklimat format ABM tahun 2013

SEKIANTERIMA KASIH

Page 26: Taklimat format ABM tahun 2013

Senarai Sekolah Beroperasi Tanpa Murid

Bil Kod Sekolah Nama Sekolah NEGERI

1 JEA1093 SMK TAMAN NUSA DAMAI JOHOR

2 DEA6365 SMK KUTAN KELANTAN