amalan penggunaan abm

Upload: ladang

Post on 13-Jul-2015

97 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) DI KALANGAN GURUGURU TEKNIKAL DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR

HAYAZI BIN MOHD YASIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL : PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) DI KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAERAH JOHOR BAHRU, JOHORSESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya HAYAZI BIN MOHD YASIN(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TERHAD

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : NO 25 FELDA KEMAHANG 1, 17500 TANAH MERAH, KELANTAN. Tarikh : 25 April 2008CATATAN

(TANDATANGAN PENYELIA) DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN

Tarikh : 25 April 2008

* Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) DI KALANGAN GURUGURU TEKNIKAL DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAERAH JOHOR BAHRU, JOHOR

HAYAZI BIN MOHD YASIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi Sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

ii

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ).

Tandatangan Nama Penyelia Tarikh

: ............................................................... : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN : ......................25.04.2008........................

iii

PENGAKUAN

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: .................................................. : HAYAZI BIN MOHD YASIN : .................25.04.2008...............

iv

DEDIKASI

KHAS BUAT

Ayahanda dan Bonda Mohd Yasin bin Taib W. Napisah binti W. Daud

Yang Teristimewa Faridah Hanom binti Ismail@Hamid Isteri Tersayang

Sekalung Terima Kasih Tn. Hj. Zainudin Bin Hassan Pensyarah Penyelia 1

Dr. Abdul Rahim bin Hamdan Pensyarah Penyelia 2

Pensyarah-pensyarah Sahabat-sahabat Semoga Allah S.W.T. meredhai kehidupan kita Terima kasih, Amin.

v

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang telah ditetapkan.

Penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Tn. Hj. Zainudin bin Hassan dan Dr. Abdul Rahim bin Hamdan yang telah banyak membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan. Penyelidik juga ingin merakamkan sekalung budi buat Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dan rakan-rakan yang turut membantu dalam penyiapan penyelidikan ini.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat Pengetua dan semua guru di SMT daearh Johor Bahru, Johor yang terlibat dalam memberikan kerjasama yang tidak terhingga dalam memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak langsung.

Akhir sekali, terima kasih kepada ayahanda dan bonda yang dikasihi, isteri tersayang serta keluarga yang banyak memberi dorongan dalam menjalankan

penyelidikan ini. Semoga Allah s.w.t. memberkati usaha dan pertolongan mereka. Amin..

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru, Johor. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang diedarkan kepada 103 orang guru teknikal dari empat buah sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru. Segala data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Package For Social Science (SPSS version 13.0) untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru teknikal adalah sederhana. Selain itu, penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting menurut guru-guru teknikal. Dapatan kajian juga mendapati faktor sikap dan minat, pengurusan dan pentadbiran, beban tugas, kewangan serta kemahiran dan pengetahuan kurang mempengaruhi guru-guru teknikal dalam penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui analisis ujian t di dapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengenai tahap dan faktor yang mempengaruhi penggunaan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan tetapi terdapat perbezaan yang signifikan mengenai kepentingan penggunaan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan. Hasil kajian memerlukan tindakan dari pihak guru, pentadbir sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membantu meningkatan lagi penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru.

vii

ABSTRACT

This research was carried out to identify of using teaching aids among technical teachers in Technical school in Johor Bahru, Johor. The instruments of this research were questionnaires and distributed to the 103 technical teachers from four Technical School in Johor Bahru. The collected data were analyzed by using Statistical Package For Social Science (SPSS version 13.0) computer software in order to determined the frequency, percentage and mean. The findings had shown that the level of teaching aids usage by technical teachers are medium. The usage of teaching aids are important in the enthuse and the attitude, management and administration, work overload, finance, knowledge and skill factors are not influencing the technical teachers in the usage of teaching aids. From the analysis via t test it show, there is no significant differences based on level and factors influences between male and female technical teachers but is a the differences about the importance of usage teaching aids for teaching and learning process. This study show that teachers, school administration, JPN and Ministry of Educational need to take part and have to increase the using of teaching aids among teachers.

viii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

JUDUL PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

i ii iii iv v vi vii viii xii xiv xv

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7

Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Hipotesis Kepentingan Kajian 1.7.1 1.7.2 1.7.3 Guru Pentadbir sekolah JPN dan KPM

1 3 8 9 10 11 12 12 12 13 13 13

1.7.4 Pelajar 1.8 Batasan Kajian

ix 1.9 Definisi 1.9.1 1.9.2 Tahap Penggunaan 14 14 14 14 15 15 16 16

1.9.3 Alat Bantu Mengajar 1.9.4 Guru Teknikal 1.9.5 Pengajaran 1.9.6 Pembelajaran 1.9.7 Sekolah Menengah Teknik

BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.1 2.2

Pengenalan Alat Bantu Mengajar 2.2.1 Jenis-jenis ABM

17 18 20 21

2.3

Kajian-kajian lepas 2.3.1 Tahap Penggunaan ABM Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 2.3.2 Kepentingan Penggunaan ABM Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 2.3.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan ABM Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

21

22

24 27

2.4

Rumusan Kajian Lepas

BAB III

METODOLOGI

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6

Pengenalan Reka Bentuk Kajian Persampelan Dan Responden Tempat Kajian Instrumen Kajian Kajian Rintis

29 30 31 32 32 34

x 3.7 3.8 Prosedur Kajian Analisis Data 35 35

BAB IV

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 4.2

Pengenalan Keputusan dan Analisis Latar Belakang Responden 4.2.1 Analisis Data Berdasarkan Jantina 4.2.2 Analisis Data Berdasarkan Umur

37

39 39 40

4.2.3 Analisis Data Berdasrkan Pengalaman Mengajar 4.3 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 1 4.3.1 4.3.2 4.3.3 4.3.4 4.3.5 4.3.6 4.3.7 Kekerapan Penggunaan Bahan Bercetak Kekerapan Penggunaan Model Kekerapan Penggunaan Poster/Carta Kekerapan Penggunaan Gambar Foto Kekerapan Penggunaan Papan Gulung Kekerapan Penggunaan Peralatan Sebenar Kekerapan Penggunaan OHP dan Transparensi 4.3.8 Kekerapan Penggunaan Komputer dan LCD 4.3.9 Kekerapan Penggunaan Televisyen dan Video 4.3.10 Kekerapan Penggunaan Radio dan Kaset 4.3.11 Tahap Penggunaan ABM 4.4 4.5 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 2 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 3 4.5.1 Faktor Sikap dan Minat 4.5.2 4.5.3 4.5.4 Faktor Pengurusan dan Pentadbiran Faktor Beban Tugas Faktor Kewangan 50 51 52 53 57 57 60 64 67 49 48 41 41 42 43 44 45 46 47

xi 4.5.5 4.5.6 Faktor Kemahiran dan Pengetahuan Faktor yang Mempengaruhi Penggunaan ABM 4.6 4.7 4.8 4.9 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 4 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 5 Keputusan dan Analisis Persoalan Kajian 6 Penutup 73 74 74 75 76 70

BAB V

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 5.2

Pengenalan Perbincangan dan Rumusan 5.2.1 Tahap Penggunaan ABM 5.2.2 Kepentingan Penggunaan ABM 5.2.3 Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan ABM 5.2.3.1 Faktor Sikap dan Minat 5.2.3.2 Faktor Pengurusan dan Pentadbiran 5.2.3.3 Faktor Beban Tugas 5.2.3.4 Faktor Kewangan 5.2.3.5 Faktor Kemahiran dan Pengetahuan

77 77 78 79

81 81

82 83 83

84 85 87 88

5.3 5.4 5.5

Cadangan Cadangan Kajian Lanjutan Penutup

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

89 94

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7

TAJUK Bilangan responden mengikut sekolah Skala Likert 5 Mata Nilai Penskoran Item

MUKASURAT 32 34 34 36 36 37 38 39 39 39 40

Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min Taburan Responden Berdasarkan Sekolah Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min Nilai Penskoran Item Nilai Pentafsiran Aras Signifikan Taburan Responden Berdasarkan Jantina Taburan Responden Berdasarkan Umur Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar

41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52

4.8 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13 4.14 4.15 4.16 4.17 4.18 4.19

Taburan Penggunaan Bahan Bercetak Taburan Penggunaan Model Taburan Penggunaan Poster/Carta Taburan Penggunaan Gambar Foto Taburan Penggunaan Papan Gulung Taburan Penggunaan Peralatan Sebenar Taburan Penggunaan OHP dan Transparensi Taburan Penggunaan Komputer dan LCD Taburan Penggunaan Televisyen dan Video Taburan Penggunaan Radio dan Kaset Tahap Penggunaan ABM Taburan Responden Mengenai Kepentingan Penggunaan ABM Dalam Pengajaran

53

xiii 4.20 Taburan Responden Mengenai Faktor Sikap dan Minat Yang Mempengaruhi Penggunaan ABM 4.21 Taburan Responden Mengenai Faktor Pengurusan dan Pentadbiran Yang Mempengaruhi Penggunaa ABM 4.22 Taburan Responden Mengenai Faktor Beban Tugas Yang Mempengaruhi Penggunaa ABM 4.23 Taburan Responden Mengenai Faktor Kewangan Yang Mempengaruhi Penggunaa ABM 4.24 Taburan Responden Mengenai Faktor Kemahiran dan Pengetahuan Yang Mempengaruhi Penggunaa ABM 4.25 4.26 Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaa ABM Analisis Perbezaan Tahap Penggunaan ABM Berdasarkan Jantina 4.27 Analisis Perbezaan Kepentingan Penggunaan ABM Berdasarkan Jantina 4.28 Analisis Perbezaan Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan ABM Berdasarkan Jantina 75 75 74 70 73 67 64 60 57

xiv

SENARAI SINGKATAN

ABM SMT KBSR KBSM PSS PSPN KPM JPN % SPSS OHP LCD S TP AS UTM

-

Alat Bantu Mengajar Sekolah Menengah Teknik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Pusat Sumber Sekolah Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kementerian Pelajaran Malaysia Jabatan Pendidikan Negeri Frekunsi/Kekerapan Peratus Statistical Pakage for Social Science Overhead Projector Liquid Crystal Display Setuju Tidak Pasti Amat Setuju Universiti Teknologi Malaysia

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A B

TAJUK Set Soal Selidik Surat Kebenaran Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar (EPRD)

MUKASURAT 95

101

C

Surat Kebenaran Pejabat Pelajaran Negeri Johor 103 104 105 107

D E F

Surat Pengesahan Fakulti Pengesahan Item Soal Selidik Bilangan Guru SMT di Daerah Johor Bahru

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Kepentingan bidang teknik dan vokasional disedari seawal tahun 1961 apabila sekolah menengah teknik dan vokasional diasaskan. Ini diikuti dengan penubuhan Maktab Perguruan Teknik pada tahun 1962. Di peringkat lanjutan, Politeknik Ungku Omar telah bermula pada tahun 1962. Pada amnya, institut-institut ini diwujudkan untuk menyediakan pekerja-pekerja kolar biru di sektor perindustrian. Sekolah menengah teknik diberi mandat untuk melahirkan tenaga separuh mahir dengan memberi penekanan kepada pendidikan akademik dan pendidikan asas (sains dan teknologi). Menurut Jomo (1991), yang terpengaruh dengan analisis Bowles dan Gintis menyatakan di Malaysia, peranan pelajaran dalam menyediakan tenaga kerja dan berdisiplin amat penting.

Malaysia hari ini adalah sebuah negara yang kian pesat membangun dalam menuju sebuah negara maju menjelang Wawasan 2020. Setelah 50 tahun negara mencapai merdeka, terdapat berbagai-bagai usaha dilakukan dalam sistem pendidikan negara ke arah yang lebih maju dengan menerapkan unsur-unsur sains dan teknologi dalam pendidikan. Menurut Zaidy Zakarya (2001), satu tindakan yang bijak oleh barisan pemimpin negara dalam perubahan negara dari pengguna teknologi kepada penyumbang teknologi agar mampu bersaing dengan negara-negara

2 maju yang lain. Walau bagaimanapun, tanpa pelaksananya (guru), nescaya matlamat sebenar disebalik perubahan itu tidak mungkin akan dicapai dengan jayanya.

...tugas mengajar bukan profesion untuk dijual tetapi ia adalah merupakan peranan yang wajib dilaksanakan dengan serba sempurna. (Zaki Badawi, 1990)

Kepentingan pendidikan terbukti melalui potongan ayat suci Al-Quran yang dipetik dari Surah Az-Zumar ayat 9:

=t79F{$# (#9'& .xtGt $y) 3 tn=t t%!$#u ts>t t%!$# tGo y %

Katakan tiada serupa orang-orang yang berilmu pengetahuan dengan orang yang tidak berilmu pengetahuan (Tafsir Mahmud Yunus, 2007).

Guru haruslah memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada pelajarnya sebagai menyahut hasrat negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Sewajarnya guru mestilah memainkan peranan yang penting bagi merealisasikannya dengan menjalankan tanggungjawab mereka dengan mendidik pelajar-pelajar dengan sebaiknya agar menjamin pelajarnya menguasai apa yang diajar. Antaranya, penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka terutamanya di sekolah-sekolah menengah teknik oleh guru-guru teknikal. Ini kerana sekolah-sekolah menengah teknik banyak menerapkan unsur sains dan teknologi dalam pembelajarannya. Dengan penggunaan ABM dapat membantu guru-guru teknikal menerangkan sesuatu perkara dan konsep isi kandungan pembelajaran dengan lebih tepat berbanding penerangan secara lisan.

Menurut Mohd Fazreen (2003), pembelajaran yang dijalankan oleh guru dengan hanya menggunakan buku teks sebagai bahan pelajaran boleh menimbulkan suasana hambar dan seterusnya menimbulkan kebosanan di kalangan pelajar.

Berbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran digunakan pada zaman sekarang sehinggalah penggunaan sumber berkomputer dan berteknologi diguna

3 pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding zaman dahulu yang hanya menggunakan papan batu dan kapur. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ransangan dari pelbagai sumber penting bagi membina daya kreativiti dan inovasi pelajar. Bahan-bahan terkini perlu disediakan agar dapat membantu pelajar memahami konsep yang diajar dan sebagai menyokong pengajaran guru itu sendiri.

Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan disokong (dengan alat bantu mengajar) bagi meransang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum. Lantaran itu guru-guru teknikal haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan memperbanyakkan penggunaan ABM dalam pengajaran mereka. ABM adalah penting dalam pengajaran dan pendidikan kerana ianya dapat meransang minat yang tinggi kepada pelajar untuk belajar.

Menurut Ng Ying (2004), semua jenis pembelajaran dan pengalaman yang diperolehi adalah melalui deria kita sendiri seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau. Penggunaan ABM tidak dapat dielakkan dalam pengajaran guru kerana penggunaan alat-alat ini dapat membantu pelajar menajamkan deria mereka bagi membantu mereka mencapai pembelajaran yang berkesan.

Dengan

itu,

guru-guru

teknikal

hendaklah

sentiasa

peka

terhadap

perkembangan semasa tentang teknik mengajar dan kesannya ke atas proses pembelajaran pelajar. Guru-guru teknikal juga perlu sentiasa berusaha ke arah pengajaran yang dapat memberikan kesan positif kepada pelajarnya. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malahan dapat melahirkan pelajar yang dapat menyumbang tenaga kepada pembangunan negara.

1.2

Latar Belakang Masalah

Kaedah pengajaran yang memusatkan pelajar, bahan dan berasaskan aktiviti telah menjadi fokus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum

4 latihan perguruan di universiti-universiti dan maktab-maktab perguruan (kini institut perguruan) memberi penekanan dengan melatih bakal guru-guru yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan isi kandungan yang tinggi malah dapat menguasai berbagai kemahiran dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Guru-guru telah diberi latihan yang secukupnya semasa menuntut di universiti-universiti ataupun di institut-institut perguruan. Mereka didedahkan dengan berbagai ilmu pendidikan di antaranya Pedagogi, Psikologi Pendidikan, Teknologi Pendidikan, Sosiologi dan Profesionalisme Dalam Pendidikan, Mikro Teaching dan sebagainya. Tidak cukup dengan latihan yang diberikan di tempat pengajian, mereka dihantar pula ke sekolah-sekolah untuk menjalani latihan mengajar sebelum bergelar seorang guru. Mereka didedahkan dengan pelbagai kaedah mengajar, sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran dan juga bagaimana menggunakan ABM dengan berkesan. Kaedah-kaedah yang dipelajari itu diharapkan dapat dicuba dan diterokai apabila mereka bertugas sebagai guru di sekolah kelak. Persoalannya, sejauhmanakah ilmu yang diperolehi sepanjang pengajian itu dipraktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah terutamanya dalam penggunaan ABM.

Dalam beberapa tahun yang akan datang, semua sekolah di negara akan dibestarikan (Lai, Khaw dan Seah, 2002). Sekolah-sekolah bestari ini akan dilengkapi dengan pelbagai sumber pelajaran dan ABM yang merangkumi pelbagai media. Guru-guru di sekolah harus menguasai kemahiran memilih dan

mengoptimumkan penggunaanya untuk mencapai dengan jayanya objektif pelajaran yang telah dirancang. Dengan itu, guru-guru perlu bersedia menghadapi cabarancabaran dan perubahan-perubahan yang dijangkakan dari segi amalan pengurusan pembelajaran di bilik darjah khususnya dalam menguasai kemahiran menggunakan ABM dengan berkesan dan juga perubahan 'mindset'nya tentang kepentingan dan peranan bahan-bahan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Selaras dengan era sains dan teknologi, sekolah-sekolah di negara kita telah dibekalkan dengan pelbagai ABM berteraskan teknologi khususnya di sekolahsekolah menengah teknik. Menurut Amir Hasan (2002), bidang pendidikan tidak dapat lari daripada menggunakannya sebagai ABM kepada guru-guru dalam proses

5 pengajaran dan pembelajaran mereka. Teknologi yang digunakan dalam pendidikan berubah daripada yang tradisional kepada apa yang ada pada hari ini. Teknologi pada zaman awal persekolahan telah dianggap tradisional pada masa kini. Antara alatan yang dianggap tradisional ialah penggunaan kapur dan papan hitam. Pada hari ini teknologi semakin berkembang bila mana terdapat alat-alat seperti komputer, cakera liut dan cakera padat, imager, alat tayang, internet dan sebagainya. Adalah tidak wajar bagi guru-guru yang berada dalam era sains dan teknologi kini masih meneruskan pengajaran mereka dengan cara lama yang hanya bersandarkan buku teks atau chalk and talk semata-mata.

Dalam kajian Baharuddin & Shariff (1995), ada menyelitkan peribahasa Cina yang berbunyi saya dengar dan saya lupa, saya lihat dan saya ingat, saya buat dan saya faham. Kata-kata itu memberi masej yang jelas kepada guru-guru teknikal agar tidak menggunakan cara chalk and talk atau memberi kuliah semata-mata kerana bahan yang disampaikan akan mudah dilupai. Menurut Dywer (1978) pula, pelajar yang membaca sambil melihat gambar boleh ingat dengan baik daripada hanya membaca teks sahaja. Ini dapat dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh ahliahli psikologi dalam kajian Ng Ying (2004) bahawa, pancaindera penglihatan berupaya memproses 4 300 000 maklumat manakala pancaindera pendengaran berupaya menerima 50 000 maklumat.

Dalam kajian Wan Nur Azyyati (2007), semakin banyak pancaindera yang digunakan semakin berkesan pembelajaran itu. Ini kerana pancaindera yang berlainan menghasilkan keadaan penanggapan yang berlainan. Setiap pancaindera melengkapi kekurangan dan mengukuhkan penanggapan sesuatu pancaindera yang lain. Dengan sebab itu, pengajaran yang menggunakan alat-alat yang berbagai pancaindera akan lebih mendatangkan kesan. Alat yang menggunakan warna dan bentuk yang menarik akan lebih menarik perhatian. Demikian juga alat-alat yang dapat dipandang, didengar dan dirasa akan lebih mendatangkan kesan (Atan, 1990).

Dalam kajian Muhamad Sobri (2000), guru-guru yang mengajar dengan hanya menggunakan buku teks sebagai pelajaran, hanya membuktikan yang dia tidak kreatif untuk menimbulkan suasana yang gembira dan akhirnya menjadikan kelas

6 mereka bosan serta pelajar-pelajar tidak mendapat idea baru. Natijahnya, fikiran pelajar menjadi beku dan tidak kreatif.

Ada guru yang membosankan pelajar kerana cara pengajaran yang tidak berubah dari hari demi hari, minggu demi minggu dan tahun demi tahun. Sepatutnya yang perlu digunakan adalah sedikit imaginasi bagi mengubah cara penyampaian, mencari pendapat baru atau mencuba kaedah baru dan menggunakan bantuan peralatan bagi menyokong pengajarannya. Guru harus memahami citarasa pelajarnya yang berusia muda dan cuba menyesuaikan pengajarannya (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990).

Menurut Brophy (1998) dalam Ng Ying (2004) mengatakan bahawa proses pembelajaran merupakan sesuatu yang menyeronokkan sekiranya kurikulum yang digubal dan guru yang melaksanakan aktiviti yang selari dengan kehendak dan minat pelajar.

Dalam dapatan kajian Indrawati (2003), beliau mendapati bahawa faktor pengajaran guru mempunyai pengaruh yang kuat terhadap prestasi pelajar. Dapatan kajian beliau menyamai laporan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) pada tahun 1992, antara faktor yang mempengaruhi pencapaian prestasi pelajar ialah kaedah pengajaran yang dipraktikkan oleh guru dalam bilik darjah.

Ng Ying (2004) pula menyatakan dalam kajiannya, kajian-kajian pendidikan yang terdahulu mendapati bahawa antara sebab pelajar tidak berminat untuk mengikuti pelajaran dalam kelas adalah kerana corak dan pola pengajaran yang membosankan mereka. Selain itu, penurunan motivasi belajar di kalangan para pelajar juga disebabkan oleh sifat pengajaran yang homogen dan berbentuk sehala (guru-pelajar) di kalangan kebanyakan guru.

Penggunaan ABM perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan (Mok Soon Sang, 2001).

7 Ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya penggunaan ABM kepada guru-guru dalam menyampaikan pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Seseorang guru harus mahir mengenal pasti, membuat keputusan untuk memilih ABM yang berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Ini kerana penggunaan ABM amat penting kepada guru bagi membantu mereka menyampaikan pelajaran dan memastikan pelajar dapat menguasai ilmu yang disampaikan. Di antara kepentingan ABM yang dapat disebutkan di sini adalah seperti berikut:

i.

Membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya memainkan peranan sebagai membantu tugas guru di dalam menerangkan isi pelajaran.

ii.

Mengawal disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.

iii.

Mengurangkan kebosanan pelajar semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990)

Dalam pendidikan banyak inovasi diperkenalkan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran guru. ABM memudahkan para guru mentransmisikan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. Ia juga membantu interaksi sosial antara guru dan pelajarnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru sepatutnya dapat menggunakan sebarang bahan yang ada dan sesuai dalam proses interaksinya dengan pelajar-pelajarnya.

Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung kepada keberkesanan guru memilih dan menggunakan ABM yang sesuai. Di sekolah, Pusat Sumber Sekolah merupakan tempat yang boleh menjadi rujukan kepada guru-guru dalam mendapatkan sumber pengajaran. Walau bagaimanapun, sesebuah sekolah yang mempunyai Pusat Sumber yang dilengkapi ABM tidak dapat membantu pelajar dalam pembelajarannya jika gurunya tidak menggunakan bahan itu dalam pengajarannya.

8 Sememangnya ABM memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru termasuklah guru-guru teknikal. Adalah menjadi tanggugjawab guru untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi membantu kefahaman pelajar-pelajarnya tentang konsep dan ilmu pelajaran yang hendak disampaikan.

1.3

Pernyataan Masalah

Cabaran pendidikan kini mengalami gelombang perubahan yang semakin ketara dengan wujudnya kurikulum dan mata pelajaran yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan. Ini termasuklah kewujudan sekolah menengah teknik yang menjuruskan ke arah bidang sains dan teknologi. Justeru itu, penggunaan ABM perlulah dititik beratkan dalam pengajaran guru-guru teknikal agar pelajar-pelajar ini mampu menjadikan mata pelajaran tersebut sebagai asas untuk melibatkan diri dalam dunia pekerjaan atau meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

ABM bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan kini. Oleh itu, guru perlu bijak memilih kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk para pelajarnya kerana ia membantu guru tersebut menyediakan bahan-bahan pengajaran yang bermakna dan menarik serta mampu memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam mencapai objektif Falsafah Pendidikan Negara (Ee Ah Meng, 1997). Guru haruslah melakukan anjakan paradigma dalam pengajaran mereka dan tidak sematamata menggunakan kaedah chalk and talk dalam pengajaran. Ini kerana kaedah ini membosankan dan menurunkan motivasi pelajar untuk belajar. Guru perlu mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mereka sejajar dengan cabaran pendidikan masa kini dengan mendedahkan kepada pelajarnya dengan ABM yang mampu membantu kefahaman dan menolong pelajar ke arah pembelajaran yang lebih bermakna.

Persoalannya, sejauhmanakah penggunaan ABM di kalangan guru-guru teknikal di sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru dalam proses pengajaran dan pembelajarannya?

9 1.4 Objektif Kajian

Berpandukan kepada persoalan kajian di atas, objektif kajian ini adalah untuk:

1.4.1

Mengenalpasti tahap penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru.

1.4.2

Mengetahui kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru.

1.4.3

Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru.

1.4.4

Melihat perbezaan tahap penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru.

1.4.5

Melihat perbezaan kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru.

1.4.6

Melihat perbezaan faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru.

10 1.5 Persoalan Kajian

Menurut Azizi (2007), persoalan kajian adalah saranan sementara yang menjelaskan sesuatu fenomena yang dikaji sebagai penyelesaian masalah. Dalam kajian ini penyelidik mengemukakan beberapa persoalan kajian bagi menentukan objektif kajian tercapai di antaranya ialah:

1.5.1

Apakah tahap penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru?

1.5.2

Apakah kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru?

1.5.3

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru?

1.5.4

Adakah terdapat perbezaan tahap penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru?

1.5.5

Adakah terdapat perbezaan mengenai kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru?

1.5.6

Adakah terdapat perbezaan tentang faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru?

11 1.6 Hipotesis

Hipotesis kajian adalah berdasarkan persoalan-persoalan berikut:

1.6.1

Adakah terdapat perbezaan tahap penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru? Ho1 : Tidak terdapat perbezaan di antara tahap penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru.

1.6.2

Adakah terdapat perbezaan mengenai kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru? Ho2 : Tidak terdapat perbezaan mengenai kepentingan penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru.

1.6.3

Adakah terdapat perbezaan tentang faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru? Ho3 : Tidak terdapat perbezaan tentang faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antara guru teknikal lelaki dan guru teknikal perempuan di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru.

12 1.7 Kepentingan Kajian

Kajian yang dilakukan ini akan memberi faedah kepada pihak-pihak yang terlibat dalam pendidikan khususnya yang melibatkan ABM dalam mata pelajaran teknikal. Antara pihak-pihak yang boleh mendapat faedah dari kajian ini ialah seperti berikut :

1.7.1

Guru

Menjadi panduan kepada guru-guru teknikal di sekolah-sekolah lain yang mengajar mata pelajaran kejuruteraan dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil daripada kajian ini akan membolehkan mereka menilai semula pengajaran mereka. Seterusnya ini akan meningkatkan lagi mutu pengajaran guruguru ke tahap yang lebih membanggakan. Di samping itu guru teknikal juga dapat mengetahui tahap penggunaan ABM dalam pengajaran mereka.

Penyelidikan ini juga mampu membantu guru-guru teknikal agar dapat menggunakan pendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan mata pelajaran yang diajar.

1.7.2

Pentadbir sekolah

Membantu pihak pentadbir sekolah bagi menyusun teknik pengajaran guru melalui pemilihan ABM serta menyediakan kemudahan peralatan mengajar kepada guru agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Di samping itu juga pihak sekolah dapat memberi fokus kepada Pusat Sumber sekolah dengan memperlengkapkan ABM dan menyediakan bilik khas untuk penyimpanan, baik pulih dan pembinaan ABM.

13 1.7.3 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Kajian ini juga dapat membantu KPM dalam mengenalpasti jenis ABM yang bersesuaian dengan mata pelajaran yang ada di sekolah menengah teknik masa kini. Dengan itu, KPM dapat merangka dan membekalkan ABM yang sesuai ke sekolah teknik seluruh negara melalui terus ke sekolah atau pun melalui JPN.

Di samping itu, JPN juga dapat menyediakan dan melengkapkan Pusat Kegiatan Guru (PKG) di kawasan mereka bagi memudahkan guru-guru mendapatkan dan meminjam ABM bagi kegunaan di sekolah masing-masing.

1.7.4

Pelajar

Membantu pelajar agar lebih memahami pelajaran yang diajar serta menghindarkan mereka dari rasa bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Dengan itu, diharapkan dapat mencungkil potensi individu pelajar dengan pendedahan sumber pengajaran yang berbagai bentuk.

1.8

Batasan Kajian

Kajian ini hanya melibatkan guru-guru teknikal di sekolah-sekolah menengah teknik yang berada di daerah Johor Bahru, Johor sahaja. Terdapat empat buah sekolah yang telah dikenalpasti oleh penyelidik iaitu:

a. Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru b. Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru c. Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri. d. Sekolah Menengah Teknik (ERT) Azizah, Johor Bahru

Segala keputusan yang diperolehi nanti hanyalah melibatkan sekolah-sekolah menengah teknik di atas sahaja dan keputusannya tidak boleh disamakan dengan sekolah-sekolah di luar kawasan tersebut.

14 1.9 Definisi

Sebelum menjalankan kajian, kefahaman tentang istilah atau perkataan dalam satu-satu tajuk kajian adalah mustahak supaya kajian yang dijalankan tidak terpesong dan menyimpang dari matlamat asal. Berikut adalah istilah-istilah penting yang digunakan dalam kajian ini.

1.9.1

Tahap

Kamus Dewan (2002), tahap didefinisikan sebagai peringkat atau tingkat. Dalam kajian ini, tahap merujuk kepada kekerapan guru-guru teknikal SMT di daerah Johor Bahru dalam menggunakan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.9.2

Penggunaan

Kamus Dewan (2002), perihal (perbuatan/kegiatan) menggunakan sesuatu (menggunakan alat bantu mengajar).

Dalam kajian ini penyelidik hendak mengenalpasti ABM yang digunakan, kepentingan ABM dan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru teknikal sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru.

1.9.3

Alat Bantu Mengajar (ABM)

Abd. Rahman (1995), sebarang bentuk benda, bahan, alat, perkakas sama ada konkrit atau abstrak (alat audio, APD) yang dapat digunakan atau dieksploitasikan oleh seseorang secara sistematik untuk membantu dalam proses menyampaikan pengajaran. Ia melibatkan sebarang alat atau bahan yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang melibatkan bahan bercetak dan bukan bercetak yang boleh mendatangkan pengajaran dan membantu guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.

15 Menurut Kamarudin (1990), alat batu mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru-guru untuk membantu dalam menyampaikan sesuatu pelajaran dalam bilik darjah. ABM juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang boleh dilihat, didengar, dipandang, dirasa, dihidu, dibaca, dikisah dan digunakan.

ABM merupakan bahan yang digunakan oleh guru semasa mengajar. Bahanbahan ini terdiri daripada kapur dan papan tulis, carta, radas, spesimen, benda maujud, gambar, peta dan glob, rakaman kaset dan video, transperansi dan projektor (Mok Soon Sang, 2001). Alat bantu mengajar memudahkan pengajaran guru kerana tidak memerlukan penerangan yang panjang tentang pengajaran yang diajar di samping menjimatkan masa guru serta dapat meransang minat pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

1.9.4

Guru Teknikal

Menurut Kamus Dewan (2002), orang yang mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh.

Dalam kajian ini, guru-guru teknikal ialah golongan pendidik yang terlibat secara langsung atau mengajar mata pelajaran teknikal (termasuk mata pelajaran vokasional) di sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru. Mereka yang berkenaan merupakan guru yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah menengah teknik di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.9.5

Pengajaran

Menurut Ee Ah Meng (1997), pengajaran ialah proses penyampaian kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap dan nilai.

Proses atau aktiviti yang dilakukan bagi membolehkan murid-murid menghasilkan sesuatu yang berfaedah untuk diri mereka dan menghargai apa yang mereka lakukan (Kamarudin, 1990).

16 Pengajaran merupakan suatu aktiviti yang ditujukan kepada pelajar-palajar dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku di kalangan mereka. Guru-guru perlulah merancang satu siri aktiviti pembelajaran yang akan membawa kepada perubahan-perubahan yang diingini.

1.9.6

Pembelajaran

Menurut Ee Ah Meng (1997), proses perubahan tingkah laku yang agak tetap dan berlaku kerana pengalaman atau latihan yang diteguhkan. Pembelajaran berlaku apabila ransangan diproses oleh otak seseorang untuk dijadikan pengalaman. Pengalaman ini pula akan digunakan untuk tindakan seterusnya.

1.9.7

Sekolah Menengah Teknik

Menurut Kamus Dewan (2002), sekolah memberi maksud tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pengajaran.

Sekolah Menengah Teknik adalah satu pusat atau instituti pendidikan (tingkatan empat dan lima) yang menjalankan serta menawarkan berbagai jenis kursus pendidikan formal yang terancang dalam bidang teknik, vokasional serta akademik. Tujuan sekolah ini adalah untuk melatih pelajar-pelajar supaya menjadi seorang yang berjaya dalam akademik, pekerja separuh mahir serta memberi peluang kepada mereka untuk melanjutkan pengajian mengikut jurusan masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi.

Dalam kajian ini, sekolah yang di maksudkan adalah sekolah menengah teknik yang terletak di daerah Johor Bahru iaitu SMT Johor Bahru, SMT Perdagangan, SMT Tanjung Puteri dan SMT (ERT) Azizah.