tajuk - noraini1119.files.wordpress.com file · web viewtakrif perniagaan antarabangsa. perniagaan...

22
1 BAB 3: PERNIAGAAN ANTARABANGSA Takrif Perniagaan Antarabangsa Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara lain. Dijalankan melangkaui sempadan geografi dan politik sesebuah negara untuk mencapai objektif individu atau organisasi. Kepentingan PAB Dalam Ekonomi: 1. Tukaran asing Aktiviti eksport akan membawa masuk tukaran wang asing dalam negara Menambahkan pendapatan negara 2. Pasaran luas 1. Lebihan keluaran yang terdapat dalam sesebuah negara boleh dipasarkan ke negara luar 2. Memberi peluang kepada sesebuah syarikat untuk terus berkembang. 3. Guna tenaga PAB seperti eksport, import, pelesenan dan lain-lain memerlukan pekerja Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk negara. 4. Pemindahan teknologi Teknologi dan kepakaran negara luar dipindahkan ke dalam sesebuah negara Tenaga kerja tempatan perlu dilatih untuk mengendalikan peralatan. Proses ini memindahkan teknologi ke negara yang menggunakan peralatan tersebut. Contoh: kepakaran teknologi Jepun (robot) di bawa masuk ke Malaysia. Tahap perniagaan antarabangsa 1. Domestik Perniagaan yang beroperasi di dalam sesebuah negara. Pengeluaran dan pemasaran adalah untuk pasaran tempatan di negara tersebut sahaja. Melibatkan mata wang tempatan. 2. Antarabangsa Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara lain.

Upload: phamdan

Post on 02-Apr-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK - noraini1119.files.wordpress.com file · Web viewTakrif Perniagaan Antarabangsa. Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara

1

BAB 3: PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Takrif Perniagaan Antarabangsa Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara lain. Dijalankan melangkaui sempadan geografi dan politik sesebuah negara untuk mencapai objektif individu atau

organisasi.

Kepentingan PAB Dalam Ekonomi:1. Tukaran asing

Aktiviti eksport akan membawa masuk tukaran wang asing dalam negara Menambahkan pendapatan negara

2. Pasaran luas1. Lebihan keluaran yang terdapat dalam sesebuah negara boleh dipasarkan ke negara luar 2. Memberi peluang kepada sesebuah syarikat untuk terus berkembang.

3. Guna tenaga PAB seperti eksport, import, pelesenan dan lain-lain memerlukan pekerja Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk negara.

4. Pemindahan teknologi Teknologi dan kepakaran negara luar dipindahkan ke dalam sesebuah negara Tenaga kerja tempatan perlu dilatih untuk mengendalikan peralatan. Proses ini memindahkan teknologi ke negara yang menggunakan peralatan tersebut. Contoh: kepakaran teknologi Jepun (robot) di bawa masuk ke Malaysia.

Tahap perniagaan antarabangsa

1. Domestik Perniagaan yang beroperasi di dalam sesebuah negara. Pengeluaran dan pemasaran adalah untuk pasaran tempatan di negara tersebut sahaja. Melibatkan mata wang tempatan.

2. Antarabangsa Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara lain. Menggunakan keupayaan semasa untuk berkembang di pasaran luar. Di peringkat ini eksport meningkat dan persaingan dikendalikan sendiri bagi setiap negara. Melibatkan pertukaran mata wang asing.

3. Multinasional Beberapa subsidiari beroperasi sebagai entiti tersendiri di pelbagai negara Syarikat mempunyai pemasaran dan pengeluaran di beberapa negara Lebih daripada 25 % hasil jualan syarikat adalah daripada negara luar. Contoh Maybank, Samsung dan Air Asia.

4. Global Melihat dunia sebagai pasaran tunggal

Page 2: TAJUK - noraini1119.files.wordpress.com file · Web viewTakrif Perniagaan Antarabangsa. Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara

2

Operasi dikawal oleh ibu pejabat korporat pemilikan, kawalan dan pengurusan peringkat atasan terdiri melibatkan kakitangan beberapa negara.

Straregi memasuki perniagaan antarabangsa

1. Import Sebarang aktiviti perniagaan yang membabitkan pembelian produk atau perkhidmatan dari negara luar Negara yang mengalami kekurangan sesuatu jenis produk atau perkhidmatan membeli daripada negara

luar. Dilakukan untuk tujuan pempelbagaian produk untuk memenuhi citarasa pengguna. Mercedez Benz diimport dari negara Jerman dsb.

2. Eksport Penghasilan produk di sebuah Negara untuk dijual ke negara luar.

3. Kontrak pengeluaran Pengimport dan pengeluar bersetuju untuk menandatangani kontrak mengeluarkan. Pengeluaran produk oleh sesebuah syarikat dengan menggunakan label atau jenama syarikat lain. Contoh : Syarikat Nike lebih memfokuskan segala usaha syarikat dalam pemasaran produk dan telah

mengikat kontrak dengan beberapa kilang sekitar Asia Tenggara untuk mengeluarkan kasut dan pakaian sukan syarikat.

4. Pelesenan satu perjanjian antara pemegang lesen dengan penerima lesen bagi membolehkan penerima lesen berhak

terhadap proses pengeluaran, cap dagang, paten kepunyaan pemegang lesen. Penerima lesen akan memberi royalti atau yuran kepada pemegang lesen. Tumpuan adalah organisasi perkilangan. Penerima lesen mencari sumber modal untuk menjalankan pengeluaran di negaranya tanpa bantuan

daripada pemegang lesen.

5. Francais Satu bentuk perniagaan di mana francaisor memberi kebenaran, hak atau keistimewaan seperti nama

perniagaan dan cop dagangan kepada seseorang individu atau syarikat tertentu (francaisi) untuk menjalankan perniagaan mengikut peraturan dn tatacara yang telah ditetapkan oleh francaisor.

Francaisi membayar royalti atau yuran tertentu kepada syarikat induk. Francaisor menawarkan berbagai bantuan kepada francaisi.

6. Usaha sama Dua atau lebih perniagaan bersetuju untuk bergabung bagi sama-sama menembusi pasaran antarangsa

atau membentuk entiti perniagaan baharu. Gabungan beberapa syarikat antarabangsa dengan syarikat luar yang bertujuan untuk memperoleh

pengetahuan rakan kongsi tentang persaingan, budaya dan sistem politik. Syarikat yang bergabung akan berkongsi bersama modal, risiko, kepakaran dan untung diagihkan

Page 3: TAJUK - noraini1119.files.wordpress.com file · Web viewTakrif Perniagaan Antarabangsa. Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara

3

berdasarkan jumlah modal yang dilaburkan.

7. Subsidiari Operasi tempatan yang dimiliki penuh dan dikawal oleh syarikat asing. Melalui pelaburan langsung (greenfield ventures) bagi syarikat baru (start up operations) atau melalui

pembelian ekuiti bagi syarikat sedia ada.

8. Operasi serah kunci Sebuah syarikat mereka bentuk, membina dan menyiapkan sesuatu kemudahan di negara asing di samping

melatih pekerja negara itu untuk mengambil alih operasi kemudahan yang dibina. Projek yang telah siap untuk beroperasi diserahkan kepada pembeli. Contoh: kilang janakuasa nuklear, lapangan terbang dan pelantar minyak.

Konsep-konsep perniagaan antarabangsa1. Dunia tanpa sempadan

Pergerakan dan perkembangan sesebuah perniagaan merentasi sempadan Negara. Blok perdagangan bebas ditubuhkan bagi membebaskan Negara terbabit daripada belenggu yang diwujudkan

oleh sempadan politik terhadap perdagangan antarabangsa. Tanpa sebarang tariff atau sekatan lain. Contoh, Kesatuan Eropah (EU) dan Kesatuan Perdaganagan Bebas Amerika Utara (NAFTA).

2. Pasaran menimbul (emerging market) Pasaran baharu yang muncul ekoran peningkatan kuasa beli pengguna dalam pasaran tersebut. Usaha dan tindakan yang diambil oleh sesebuah negara untuk mengubah dan meningkatkan taraf ekonomi di

negara itu supaya setanding dengan negara membangun yang lain melalui pembukaan pasarannya kepada pelabur antarabangsa.

3. Selatan-Selatan Merujuk kepada kerjasama antara negara-negara yang sedang membangun. Negara-negara ini bersepakat mengatasi masalah harga bahan mentah, membaiki keadaan ekonomi dan

memecahkan monopoli peluang perniagaan negara maju.

4. Globalisasi Globalisasi merupakan suatu proses dimana ekonomi dunia bergerak ke arah menjadi satu ekonomi yang

saling bergantung iaitu tidak terasing lagi. Oleh itu, produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesuatu negara itu dapat dipasarkan secara

menyeluruh melampaui sempadan geografi dan budaya di seluruh dunia.

5. Lokalisasi Proses mengubahsuai fungsi tertentu seperti bahasa, budaya, politik dan undang-undang mengikut perubahan

citarasa pasaran ia beroperasi.

6. Nasionalisasi

Page 4: TAJUK - noraini1119.files.wordpress.com file · Web viewTakrif Perniagaan Antarabangsa. Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara

4

merujuk kepada tindakan sesebuah kerajaan mengambil-alih pemilikan sesebuah firma asing dan menjadikan firma tersebut sebagai milik negara.

Ia boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah:-i. “expropriation”- pengambilalihan firma asing dilakukan dengan pemberian pampasan. ii. “confiscation” - pengambilalihan firma asing dijalankan tanpa sebarang pampasan.

7. Penswastaan Satu proses pemindahan daripada sektor awam kepada sektor swasta di mana bukan lagi hak milik kerajaan.

3.3 SYARIKAT MULTINASIONAL

Maksud Syarikat Multinasional: Syarikat besar yang beroperasi dengan cawangan-cawangannya terdapat di beberapa buah negara. Cawangan ini akan dikawal oleh syarikat induk di negara asalnya tetapi syarikat induk memberi kuasa kepada

subsidiari untuk bertindakbalas dengan perubahan yang berlaku di pasaran tempatan. Lebih daripada 25% hasil jualan syarikat adalah daripada di luar negara.

Tujuan Organisasi Menjadi Syarikat Multinasional1. Mengembangkan kekuatan/keunikan syarikat 2. Meluaskan pasaran3. Mendapatkan sumber yang murah (buruh dan bahan mentah)4. Mempunyai daya saing untuk mengatasi pesaing

CABARAN SYARIKAT MULTINASIONAL

1. Struktur organisasi Struktur organisasi syarikat berbeza Bergantung kepada persekitaran perniagaan, pasaran sasaran, keupayaan dan kemahiran pekerja dan kaedah

operasi yang diamalkan oleh kedua-dua syarikat Sukar memilih bentuk penjabatan Sukar untuk menentukan pengagihan autonomi kepada subsidiari.

2. Kawalan pengurusan Kaedah kawalan berbeza Lokasi yang jauh menyukarkan penetapan kepada satu bentuk struktur pentadbiran sama ada pentadbiran

berpusat atau tidak berpusat. Tidak berpusat, bermakna anak syarikat membuat keputusan, walaupun keputusan lebih tepat kerana anak

syarikat lebih tahu selok-belok perniagaan di negara luar, namun syarikat induk sukar mengawal aktiviti anak syarikat.

Pentadbiran berpusat, walaupun syarikat induk dapat mengawal aktiviti anak syarikat, keputusan yang diperoleh mungkin kurang tepat kerana syarikat induk tidak mahir selok-belok perniagaan di luar.

3. Politik dan perundangan

Page 5: TAJUK - noraini1119.files.wordpress.com file · Web viewTakrif Perniagaan Antarabangsa. Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara

5

Politik Kestabilan politik - kekuatan sistem politik dalaman tetapi juga ancaman dari luar. Dapat menjamin supaya pelaburan asing tidak terancam malah berterusan. Ketidakstabilan politik sering mengganggu operasi syarikat multinasional.

Undang-undang Sistem perundangan antara negara berbeza. Contoh: produk yang dikeluarkan oleh anak syarikat multinasional mestilah berasaskan bahan mentah atau

komponen-komponen tempatan. Peraturan-peraturan perdagangan yang ketat Tarif - kos mengimport barangan meningkat

4. Ekonomi

Sistem ekonomi Sistem ekonomi berbeza antara sesebuah negara dan ini mempengaruhi aktiviti PAB. Contoh: sistem ekonomi, perancangan pusat - kerajaan akan menentukan dan mengawal kegiatan ekonomi

negaranya seperti harga, cukai, jenis produk dan sebagainya.

Kemelesetan ekonomi Berlaku pengangguran, hilang pekerjaan, maka permintaan terhadap produk multinasional kurang.

5. Sosiobudaya Perbezaan sosial dan budaya diantara negara di mana ia beroperasi (host country) dan negara asalnya (home

country). Mengubahsuai amalan dan gaya pengurusan bagi menangani persekitaran kebudayaan di negara di mana

mereka beroperasi. Mengelakkan konflik masalah komunikasi antara syarikat multinasional dan pekerja-pekerja tempatan.

Risiko syarikat multinasional1. Risiko ekonomi

Mengamalkan sistem ekonomi yang berbeza seperti perancangan pusat, kapitalis, dan ekonomi campuran Kuasa beli penduduk Kitar ekonomi seperti kemelesetan dan inflasi.

2. Risiko politik Sistem pemerintahan sesebuah negara adalah berbeza. Risiko operasi – kedudukan operasi atau pekerja terancam disebabkan oleh perubahan undang-undang,

Page 6: TAJUK - noraini1119.files.wordpress.com file · Web viewTakrif Perniagaan Antarabangsa. Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara

6

persekitaran dan penetapan cukai.

3. Risiko kredit Risiko untuk mendapatkan pembayaran dari luar negara kerana mungkin risiko untuk mendapatkan

daripada negara tersebut sedang mengalami kemelesetan ekonomi, ketidakstabilan politik, bencana alam dan sebagainya.

4. Risiko pemilik negaraan Risiko kemungkinan berlakunya perubahan pemerintah negara tersebut Pengambilalihan aset melalui expropriation atau confiscation Contoh: pemerintahan demokrasi kepada pemerintahan komunisme.

5. Risiko penghantaran balik modal dan dividen Menyekat pengaliran keluar keuntungan dari operasi di negara tersebut ke negara asal anak syarikat

multinasional Kerajaan mencampuri urusan syarikat memindahkan dana keluar/masuk dari negara syarikat beroperasi.

6. Risiko kadar pertukaran wang Perlu meramal pergerakan tukaran mata wang di masa hadapan yang akan memberi kesan kepada

perniagaan.

3.4 PEMBAYARAN PERDAGANGAN DAN PERTUKARAN MATA WANG ASING

Kegunaan dokumen penghantaran:

1. Surat pengesahan penghantaran laut.(Bill of Lading) satu dokumen tentang barang yang diterima oleh syarikat perkapalan untuk dihantar kepada penerima yang

dinyatakan dalam dokumen itu. Dokumen ini diperlukan apabila penghantaran barang dibuat melalui kapal Bertindak sebagai pengakuan penerimaan barang-barang atas kapal yang dikeluarkan oleh syarikar

perkapalan / agennya.

2. Surat Pengesahan Penghantaran Udara (Airway Bill) Satu dokumen tentang barang yang diterima oleh syarikat penerbangan untuk dihantar kepada penama yang

dinyatakan dalam dokumen itu. Dokumen ini diperlukan apabila penghantaran barang dibuat melalui kapal terbang Bertindak sebagai pengakuan penerimaan barang- barang atas kapal terbang yang dikeluarkan oleh syarikat

penerbangan.

3. Sijil Pengesahan Tempat Asal (Certificate of Origin) Satu pengakuan yang ditandatangani oleh pengeksport dan disahkan oleh pegawai jabatan perdagangan dari

negara pengeksport bahawa barang itu dibuat di negara pengeksport. Ia diperlukan oleh pihak kastam negara pengimport untuk memberi takrif keistimewaan atau mengenakan

kuota terhadap barangan import.

Page 7: TAJUK - noraini1119.files.wordpress.com file · Web viewTakrif Perniagaan Antarabangsa. Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara

7

Kaedah Penyelesaian Perdagangan:

1. Perdagangan barter Melibatkan pertukaran barangan eksport antara dua buah negara tanpa melibatkan penggunaan mata wang.

2. Perbankan koresponden Pengeksport melantik sebuah bank sebagai ejen untuk bertindak bagi pihaknya. Bank yang dilantik oleh pengeksport akan menerima bayaran daripada pengimport bagi pihak pengeksport

Dokumen Pembayaran Perdagangan Antarabangsa:

1. Surat Kredit (Letter of Credit) Dokumen yang dikeluarkan oleh pengimport dengan bank pengimport sebagai penjamin untuk membayar

sejumlah wang kepada pengeksport di bawah syarat-syarat.

2. Tuntutan Ikut Perintah (Sign/Demand Order) Arahan bertulis yang dikeluarkan pengeksport kepada pengimport , meminta pengimport membayar

sejumlah wang kepadanya dalam tempoh yang telah ditetapkan @ dengan segera. Apabila pengimport mengesahan persetujuannya bil ini akan dikembalikan kepada pengeksport yang

kemudiannya akan menghantar barangan kepadanya.

Peranan mata wang asing Kadar nilai matawang sesebuah negara yang bertukar dengan nilai matawang sebuah negara yang lain. Dua cara iaitu kadar tukaran langsung dan kadar tukaran tidak langsung Apabila eksport membawa masuk tukaran asing. Eksport meningkat, maka tukaran asing juga meningkat. Menambahkan pendapatan negara Sistem kadar pertukaran berubah atau terapung (floating rate) Menetapkan nilai pertukaran asing berdasarkan permintaan dan penawaran mata wang asing dalam pasaran

pertukaran asing

Kesan kadar pertukaran mata wang asing terhadap perniagaan antarabangsa: Kenaikan kos faktor pengeluaran, keadaan ini akan menjejaskan persaingan keluaran tempatan dalam pasaran

antarabangsa Mengalakkan pergerakan modal dari dalam keluar negara Para spekulator mengambil kesempatan daripada keadaan turun naik mata wang untuk mencari keuntungan.

Sistem kadar pertukaran tetap (fixed rate) Melibatkan tindakan kerajaan melalui bank pusat, menentukan kadar pertukaran mata wang negara dengan

mata wang asing pada satu kadar tertentu Kesannya:

o Nilai perdagangan antarabangsa akan menjadi lebih stabilo Menghapuskan kegiatan spekulasi mata wang yang cuba meraih keuntungano Kadar pertukaran asing yang lebih stabil akan meningkatkan pelabur asing untuk melabur dalam negara.

3.5 GALAKAN DAN PERLINDUNGAN PERDAGANGAN

Page 8: TAJUK - noraini1119.files.wordpress.com file · Web viewTakrif Perniagaan Antarabangsa. Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara

8

Peranan MATRADE dalam menggalakkan pemasaran antarabangsa:

1. Untuk mempromosi, membantu dan membangunkan perdagangan luar Malaysia dengan memberi penekanan ke atas eksport produk perkilangan dan separa kilang serta menjalankan import secara terpilih;

2. Untuk merangka dan melaksanakan satu strategi pemasaran eksport negara bagi menggalakkan eksport produk terkilang dan separa kilang;

3. Untuk menjalankan perisikan komersial dan penyelidikan pasaran serta mewujudkan satu pangkalan data maklumat yang komprehensif bagi peningkatan dan pembangunan perdagangan;

4. Untuk mengelolakan program-program latihan bagi meningkatkan kemahiran pengeksport Malaysia dalam pemasaran antarabangsa;

5. Untuk meningkatkan dan melindungi kepentingan-kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia di luar negara;

6. Untuk mewakili Malaysia di mana-mana forum antarabangsa yang berkaitan dengan perdagangan; 7. Untuk menasihati Kerajaan tentang perkara-perkara yang mempengaruhi atau sebarang cara yang berkaitan

dengan perdagangan dan bertindak sebagai ejen kepada Kerajaan atau seseorang individu, badan atau organisasi mengenai perkara tersebut.

Galakan perniagaan antarabangsa

Blok Perdagangan

1. AFTA (ASEAN Free Trade Area)

Ditubuhkan oleh negara-negara ASEAN pada 1 Januari 1993. Di anggotai oleh Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Filipina, Indonesia, Laos Vietnam, Kemboja dan Mynmar.

Objektif penubuhan adalah untuk meningkatkan perdagangan di rantau ASEAN Peningkatan perdagangan akan meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan pengeluaran yang berdaya

saing yang membolehkan pengkhususan dan pencapaian skala ekonomi serta usaha menarik pelabur menanam modal dengan memberi pelbagai insentif.

Matlamat AFTA:i. menghapuskan tarif, kuota, dan lain-lain sekatan perdagangandi kalangan negara anggota

ii. mengenakan tarif yang seragam kepada negara bukan anggotaiii. mobiliti buruh, modal, syarikat yang bebas, menwujudkan polisi-polisi pengangkutan, pertanian,

pendidikan persaingan dan perilaku perniagaan bersama.

2. NAFTA (North American Free Trade Agreement)

Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara ditubuhkan pada 1 Januari 1994 hasil pakatan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara negara Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico Matlamat penubuhan adalah untuk memansuhkan tarif dan halangan bukan tarif dalam perdagangan di antara

negara anggota. Merupakan blok perdagangan yang paling berkuasa berdasarkan kepada jumlah penduduk dan jumlah

keluaran negara kasar.

Page 9: TAJUK - noraini1119.files.wordpress.com file · Web viewTakrif Perniagaan Antarabangsa. Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara

9

3. EU (EROPEAN UNION)

Kesatuan Eropah pada awalnya di kenali sebagai Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) ditubuhkan pada tahun 1957 yang dianggotai oleh 12 negara iaitu Belgium, Perancis, Itali, Luxemborg, Belanda, Jerman, Denmark, Ireland, United Kingdom, Portugal, Greek, Sepanyol, Austria, Finland dan Sweden. Tujuan penubuhan kesatuan adalah untuk mengimbangi kekuatan ekonomi Amerika Syarikat dan Jepun yang sukar digugat oleh mana-mana negara waktu itu.

Penubuhan Kesatuan Eropah membolehkan rakyat atau masyarakat negara-negara anggota bebas bergerak, mencari pekerjaan, membuat pelaburan dan menjalankan urusan perdagangan yang selama ini terhalang kerana setiap negara Eropah mempunyai kawalan sempadan yang ketat, system cukai dan subsidi masing-masing, polisi dalam negara serta dasar untuk melindungi industry tempatan daripa persaingan luar negara.

Secara khusus, objektif penubuhan EU ialah adalah seperti berikut:i. Menghapuskan duti kastam untuk semua negara anggota

ii. Memastikan perdagangan dijalankan secara bebasiii. Menyelaraskan dasar kewang dan fiskal semua negara anggotaiv. Memberi kebebasan dalam pengaliran modal di kalangan negara anggotav. Menggariskan polisi umum terhadap perdagangan yang melibatkan negara anggota

vi. Menggalakkan perkembangan aktiviti ekonomi antara negara anggota. Mata wang tunggal rasmi yang dinamakan Euro telah diperkenalkan untuk kegunaan setiap negara anggota.

4. ASEAN

Persatuan negara-negara Asia Tenggara atau ASEAN ditubuhkan pada 1967 yang dianggotai oleh sepuluh buah negara yang terletak di rantau Asia Tenggara iaitu, Malaysia, Thailand. Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, Laos, Vietnam, Kemboja dan Mynmar.

Tiga tujuan utama penubuhan ASEAN ialah:i. Menggalakkan pembangunan ekonomi, social dan kebudayaan menerusi program-program kerjasama

serantauii. Mengukuhkan kestabilan politik dan ekonomi serantau agar dapat menghadapi kuasa-kuasa besar

iii. Bertindak sebagai satu forum untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul Bagi menggalakkan perdagangan, negara-negara ASEAN telah membentuk Kawasan Perdagangan Bebas

ASEAN (AFTA.) Kerjasama ekonomi ASEAN akan meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan pengeluaran yang

kompetitif serta membolehkan negara-negara rantau ini memenuhi keperluan pasaran global ASEAN juga akan turut meningkatkan kecekapan industri serantau melalui pengeksploitasian kelebihan

lokasi, sumber, pasaran. Bekerjasama untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur yang akan menyumbang kearah persekitaran

perniagaan yang lebih berkesan serta memastikan sumber semulajadi ASEAN dimanfaatkan sepenuhnya dengan cekap.

Perdagangan Timbal Balik

Perdagangan timbal balik ialah urusniaga di mana pengeksport menerima keseluruhan atau sebahagian bayaran

Page 10: TAJUK - noraini1119.files.wordpress.com file · Web viewTakrif Perniagaan Antarabangsa. Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara

10

dalam bentuk barangan yang dikeluarkan oleh pengimport. Contoh: Negara China membayar hampir US$300 juta dalam bentuk keluaran dalam negara China dan

selebihnya dalam bentuk komponen kapal terbang kepada pembuat kapal terbang McDonnel Douglas yang menjual pesawat MD-82 bernilaiUS$ 1 ribu juta.

Kempen KerajaanKerajaan telah mengadakan pelbagai program bagi meransang kegiatan PAB melalui galakan cukai, pengecualian cukai, pembiayaan eksport, pemberian taraf perintis, subsidi, kempen Belilah Barangan buatan Malaysia dan mewujudkan Skim Jaminan Eksport serta pelbagai program lain.

1. Zon Perdagangan Bebas Menjalankan aktiviti perdagangan. Boleh memperolehi barang dan perkhidmatan tanpa bayaran duti kastam, duti eksais, cukai jualan atau

cukai perkhidmatan. Semua pergerakan barang-barang keluar masuk dari/ke zon bebas hendaklah menggunakan borang atau

dokumen yang ditetapkan.

2. Koridor Raya Multimedia (MSC)

Merupakan zon pelaburan khas yang dibentuk untuk membolehkan syarikat berteknologi tinggi tempatan dan antarabangsa membina teknologi baru.

Usaha ini dibantu oleh persekitaran yang kondusif yang mampu menggalakkan inovasi dan reka cipta. Antara matlamat MSC ialah:

i. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan inovasi serta kreatif dalam produk dan perkhidmatan multimedia.

ii. Menggalakkan kerjasama antara syarikat tempatan dan antarabangsa dalam memajukan industri teknologi multimedia untuk membantu syarikat tempatan menjadi syarikat berdaya maju dan berdaya saing

iii. Hasil penyelidikan dan pembangunan boleh diniagakan demi mendapat manfaat daripada penyelidikan dan cadangan yang dikemukakan oleh penyelidik.

Fungsi MSC pula adalah seperti berikut:

i. Menarik lebih banyak syarikat yang berasaskan teknologi canggih ke Malaysia dan seterusnya membangunkan industry tempatan, khusnya yang berkaitan dengan teknologi multimedia

ii. Menawarkan persekitaran berpusat yang baik supaya rangkaian multimedia berbentuk barangan dan perkhidmatan boleh dikeluarkan di Malaysia serta disalurkan ke serata dunia

iii. Membentuk kawasan yang menawarkan kebolehan serta kemampuan khusus dalam multimedia, teknologi, tenaga buruh mahir dan separuh mahir infrastruktur serta pengangkutan.

iv. Menyediakan MSC sebagai satu makmal percubaan dengan teknologi-teknologi moden masa kini diuji dan disebarkan.

Page 11: TAJUK - noraini1119.files.wordpress.com file · Web viewTakrif Perniagaan Antarabangsa. Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara

11

3. Galakan Cukai Menyediakan elaun pelaburan sehingga 60% daripada perbelanjaan modal selama 5 tahun

4. Pengecualian Cukai Kelonggaran untuk tidak membayar cukai seperti yang ditetapkan. Contohnya pengecualian cukai terhadap pendapatan royalti.

5. Pembiayaan eksport

Pembiayaan yang ditawarkan oleh kerajaan bertujuan untuk meningkatkan eksport dan membantu firma pesaing secara efektif di peringkat antarabangsa

Potongan berganda terhadap perbelanjaan promosi eksport bertujuan untuk menggalakkan pelabur mempromosikan produk Malaysia di pasaran antarabangsa.

Potongan berganda untuk premium yang menginsuranskan barang eksport bertujuan untuk memberi keyakinan kepada pelabur Malaysia untuk memasarkan barangan tempatan keluar negara.

6. Taraf perintis

Galakan pelaburan yang berbentuk pelepasan cukai kepada syarikat yang mengeluarkan produk yang dianggap penting kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Pengecualian termasuk cukai pendapatan, cukai pembangunan dan cukai untung berlebihan selama beberapa tahun bergantung kepada jumlah modal tetap syarikat. (Modal melebihi RM1 juta diberi pelepasan 5 tahun)

7. Subsidi

Merupakan satu bentuk bantuan kewangan kepada industri tempatan bertujuan untuk melindungi industri tempatan daripada pesaing-pesaing luar negara.

Pemberian subsidi dapat mengurangkan harga barangan tempatan berbanding dengan barang import dan memberi kelebihan kepada industri tempatan untuk bersaing dengan industri luar.

8. Kempen Melilah Barang Buatan Malaysia

Diadakan bagi meningkatkan tarikan dan minat pembeli domestik dan antarabangsa terhadap barangan yang dikeluarkan oleh rakyat Malaysia antarabangsa

Promosi Pelaburan

Malaysia sangat mengalu-alukan pelaburan di dalam negara sama ada daripada para pelabur asing mahupun pelabur tempatan. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan bagi mempromosikan pelaburan di Malaysia.

Antara usaha yang giat dijalankan ialah:i. Menawarkan insentif pelaburan yang menarik melalui Akta Promosi Pelaburan

ii. Mempromosikan produk atau perkhidmatan Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

Insentif pelaburan mula-mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1958 di bawah Ordinan Insentif Pelaburan

Page 12: TAJUK - noraini1119.files.wordpress.com file · Web viewTakrif Perniagaan Antarabangsa. Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara

12

diikuti dengan Akta Insentif Pelaburan 1968. Pada bulan Mei 1986, kerajaan telah menguatkuasakan Akta Promosi Pelaburan 1986 bagi mempertingkatkan insentif pelaburan sedia ada.

Fungsi, peranan, dan kesan pakatan perniagaan antarabangsa

1. AFTA (ASEAN Free Trade Area)

Ditubuhkan oleh negara-negara ASEAN pada 1 Januari 1993. Di anggotai oleh Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Filipina, Indonesia, Laos Vietnam, Kemboja dan Mynmar.

Objektif penubuhan adalah untuk meningkatkan perdagangan di rantau ASEAN Peningkatan perdagangan akan meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan pengeluaran yang

berdaya saing yang membolehkan pengkhususan dan pencapaian skala ekonomi serta usaha menarik pelabur menanam modal dengan memberi pelbagai insentif.

Matlamat AFTA:i. menghapuskan tarif, kuota, dan lain-lain sekatan perdagangandi kalangan negara anggota

ii. mengenakan tariff yang seragam kepada negara bukan anggotaiii. mobiliti buruh, modal, syarikat yang bebas, menwujudkan polisi-polisi pengangkutan, pertanian,

pendidikan persaingan dan perilaku perniagaan bersama.

2. NAFTA ( North American Free Trade Agreement)

Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara ditubuhkan pada 1 Januari 1994 Hasil pakatan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara negara Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico Matlamat penubuhan adalah untuk memansuhkan tariff dan halangan bukan tariff dalam perdagangan di

antara negara anggota. Merupakan blok perdagangan yang paling berkuasa berdasarkan kepada jumlah penduduk dan jumlah

keluaran negara kasar.

3. EU (European Community)

Kesatuan Eropah pada awalnya di kenali sebagai Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) ditubuhkan pada tahun 1957 yang dianggotai oleh 12 negara iaitu Belgium, Perancis, Itali, Luxemborg, Belanda, Jerman, Denmark, Ireland, United Kingdom, Portugal, Greek, Sepanyol, Austria, Finland dan Sweden. Tujuan penubuhan kesatuan adalah untuk mengimbangi kekuatan ekonomi Amerika Syarikat dan Jepun yang sukar digugat oleh mana-mana negara waktu itu.

Penubuhan Kesatuan Eropah membolehkan rakyat atau masyarakat negara-negara anggota bebas bergerak, mencari pekerjaan, membuat pelaburan dan menjalankan urusan perdagangan yang selama ini terhalang kerana setiap negara Eropah mempunyai kawalan sempadan yang ketat, system cukai dan subsidi masing-masing, polisi dalam negara serta dasar untuk melindungi industry tempatan daripa persaingan luar negara.

Secara khusus, objektif penubuhan EU ialah adalah seperti berikut:i. Menghapuskan duti kastam untuk semua negara anggota

ii. Memastikan perdagangan dijalankan secara bebasiii. Menyelaraskan dasar kewang dan fiskal semua negara anggota

Page 13: TAJUK - noraini1119.files.wordpress.com file · Web viewTakrif Perniagaan Antarabangsa. Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara

13

iv. Memberi kebebasan dalam pengaliran modal di kalangan negara anggotav. Menggariskan polisi umum terhadap perdagangan yang melibatkan negara anggota

vi. Menggalakkan perkembangan aktiviti ekonomi antara negara anggota. Mata wang tunggal rasmi yang dinamakan Euro telah diperkenalkan untuk kegunaan setiap negara anggota.

4. APEC (Asia Pacific Economic Cooperation)

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik ini ditubuhkan pada tahun 1989 yang dianggotai oleh 21 negara yang bersidang untuk membincangkan serta mempromosikan perdagangan terbuka dan kerjasama ekonomi secara praktikal.

Tujuan utama APEC adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di rantau Asia Pasifik dan memupuk semangat kerjasama di kalangan negara-negara anggota. Selain itu untuk mengembangkan kegiatan ekonomi serta kerjasama dalam bidang teknikal demi mengekal dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi serantau yang lebih cepat dan seimbang di kalangan negara anggota.

Deklarasi Seoul pada tahun 1991, negara-negara anggota APEC telah mencapai persetujuan dan menetapkan objektif APEC sebagai berikut:

i. Mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan rantau Asia Pasifik untuk kebaikan rakyatnya dan dengan itu member sumbangan kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi dunia

ii. Meningkatkan perolehan positif untuk kedua-dua rantau dan ekonomi dunia hasil daripada kerjasama ekonomi antara negara-negara anggota, termasuklah menggalakkan pengaliran barangan, perkhidmatan, modal dan teknologi

iii. Membangun dan mengukuhkan system perdagangan yang terbuka untuk kebaikan rantau Asia Pasifik dan dunia amnya.

iv. Mengurangkan halangan-halangan dalam perdagangan barangan dan perkhidmatan antara negara anggota seiring dengan prinsip-prinsip GATT tanpa menganggu kepentingan ekonomi pihak lain.

5. ASEAN ( Association of Southeast Asian Nations)

Persatuan negara-negara Asia Tenggara atau ASEAN ditubuhkan pada 1967 yang dianggotai oleh sepuluh buah negara yang terletak di rantau Asia Tenggara iaitu, Malaysia, Thailand. Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, Laos, Vietnam, Kemboja dan Mynmar.

Tiga tujuan utama penubuhan ASEAN ialah:i. Menggalakkan pembangunan ekonomi, social dan kebudayaan menerusi program-program kerjasama

serantauii. Mengukuhkan kestabilan politik dan ekonomi serantau agar dapat menghadapi kuasa-kuasa besar

iii. Bertindak sebagai satu forum untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul

Bagi menggalakkan perdagangan, negara-negara ASEAN telah membentuk Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA.)

Kerjasama ekonomi ASEAN akan meningkatkan kedudukan ASEAN sebagai kawasan pengeluaran yang kompetitif serta membolehkan negara-negara rantau ini memenuhi keperluan pasaran global

ASEAN juga akan turut meningkatkan kecekapan industri serantau melalui pengeksploitasian kelebihan lokasi, sumber, pasaran.

Page 14: TAJUK - noraini1119.files.wordpress.com file · Web viewTakrif Perniagaan Antarabangsa. Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara

14

Bekerjasama untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur yang akan menyumbang kearah persekitaran perniagaan yang lebih berkesan serta memastikan sumber semulajadi ASEAN dimanfaatkan sepenuhnya dengan cekap.

6. IMT-GT (Indonesia, Malaysia, Thailand Growth Triangle)

Satu bentuk kerjasama serantau dengan polisi yang inovatif dan bermanfaat untuk semua pihak yang terlibat. Ia menekankan aspek-aspek kerjasama untuk memajukan aktiviti perniagaan dan sosioekonomi serantau dalam bidang pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Matlamat utama penubuhan segitiga ini adalah untuk menggalakkan sector swasta mengambil bahagian dalammembangunkan kawasan serantau dengan kaedah berikut:

i. Mengeksploitasi kelebihan bersaing dalam sector tertentuii. Mempertingkatkan persaingan dalam pelaburan dan eksport

iii. Mengurangkan kos logistic dan transaksi yang diakibatkan oleh kawasan geografiiv. Mengurangkan kos pengeluaran dan pengedaran.

Kawasan pertumbuhan ini berkembang untuk membentuk dan mengukuhkan hubungan yang sedia ada dalam usaha menggunakan kepakaran, kemahiran dan tenaga penduduk yang ada dalam kawasan ini bagi membangunkan kuasa ekonomi serantau.

7. IMS-GT (Indonesia, Malaysia, Singapore Growth Triangle)

Ditubuhkan pada tahun 1995. Merupakan satu konsep kerjasama antara serantau yang mengambil kesempatan ke atas zon-zon ekonomi yang berkembang pesat membangun di dalam wilayah ASEAN.

Ia dibangunkan bagi membolehkan anggota-anggotanya menggabungkan segala kekuatan dan kelebihan yang ada untuk digunakan secara optimum.

Kos juga dapat dikurangkan dan kecekapan dipertingkatkan terutama yang melibatkan pengaliran barangan, perkhidmatan dan sumber-sumber melangkaui sempadan

8. BIMP-EAGA (Brunei, Indonesia, Malaysia, Philipines-East ASEAN Growth Area)

BIMP-EAGA ditubuhkan pada 1994 adalah merupakan satu usaha untuk membangunkan kawasan-kawasan yang kurang membangun tetapi berpotensi untuk dimajukan.

Objektif penubuhan adalah untuk mengintegrasi dan mempertingkat pembangunan ekonomi empat negara berkenaan.

Ini termasuklah mempercepat pembangunan kegiatan industry perdagangan, pelaburan, pelancongan, perladangan, perikanan, maritime serta pertanian.

Program-program dan strategi disusun untuk meningkatkan pelaburan dan perdagangan antara keempat negara.

Objektif Perlindungan Perdagangan Untuk melindungi industri tempatan yang masih belum mampu untuk bersaing dengan dengan firma asing

terutama daripada segi modal Mengurangkan kadar pengaliran keluar mata wang negara agar dapat mengelakkan berlaku defisit dalam

Page 15: TAJUK - noraini1119.files.wordpress.com file · Web viewTakrif Perniagaan Antarabangsa. Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara

15

imbangan perdagangan. Dapat memastikan wujudnya peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat tem

Kaedah Melindungi Pasaran Domestik

Kaedah Tarif

Tarif merupakan cukai langsung atau duti yang dikenakan ke atas produk atau perkhidmatan yang diimport masuk ke sesebuah negara.

Tarif akan meningkatkan kos produk atau perkhidmatan yang diimport seterusnya akan meningkatkan harga produk tersebut. Ini akan mengurangkan minat pembeli untuk membeli produk tersebut

Tindakan ini bertujuan supaya usahawan di negara berkenaan dapat bersaing dengan pesaing-pesaing mereka dari luar negara selain menjaga kepentingan usahawan negara tersebut.

Tarif terbahagi kepada dua iaitu:o Tarif Khusus – dikenakan berdasarkan kepada berat atau bilangan barango Ad valorem Tarif – yang dikenakan berdasarkan nilai atau harga sesuatu barang

Kaedah Bukan Tarif

1. Kuota

Tindakan kerajaan menghadkan jumlah kemasukan produk atau perkhidmatan yang diimport dalam bentuk kuantitatif berdasarkan bilangan, jumlah atau nilai.

Tujuan kuota – melindungi industri yang sama dipasaran tempatan daripada dimonopoli oleh produk atau perkhidmatan daripada syarikat luar negara

2. Embargo Tindakan memberhentikan atau tidak membenarkan sebarang usaha perdagangan atau perniagaan

dijalankan dengan negara asing Embargo merupakan satu tindakan yang diambil oleh negara tertentu akibat daripada ketidakpuasan dasar,

peraturan,,prosedur, sama ada disebabkan perbezaan politik atau ekonomi terhadap sesebuah negara lain Contoh: Malaysia tidak membenarkan segala urusan berbentuk politik, ekonomi atau perdagangan dengan

Israel disebabkan pencerobohan negara Israel ke atas Palestin

3. Anti Lambakan Suatu tindakan membawa masuk produk dalam kuantiti yang banyak ke dalam sesebuah negara.

Page 16: TAJUK - noraini1119.files.wordpress.com file · Web viewTakrif Perniagaan Antarabangsa. Perniagaan yang melibatkan dua pihak atau pelbagai pihak antara sesebuah negara dengan negara

16

Tindakan lambakan ini menyebabkan harga bagi semua produk berkaitan akan menjadi semakin rendah iaitu di bawah paras harga sebenar.

Ini merupakan satu strategi yang bertujuan untuk meluaskan atau menembusi syer dengan cepat dipasaran negara asing.

Namun demikian tindakan ini akan melemahkan dan menjejaskan industri di negara berkenaan. Bagi menyekat masalah lambakan ini, kerajaan memperkenalkan Akta Duti Timbal balas dan Anti

lambakan (1993) bagi mengawal kemasukan produk dan perkhidmatan dari negara asing yang menyebabkan produk tempatan tidak dapat bersaing.

4. Subsidi Merupakan satu bentuk bantuan kewangan kepada industri tempatan bertujuan untuk melindungi industri

tempatan daripada pesaing-pesaing luar negara. Pemberian subsidi dapat mengurangkan harga barangan tempatan berbanding dengan barang import dan

memberi kelebihan kepada industri tempatan untuk bersaing dengan industri luar.