laporan ketua audit negara -...

176
JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2012 Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan NEGERI JOHOR SIRI 3

Upload: vannguyet

Post on 06-Feb-2018

259 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

JABATAN AUDIT NEGARAMALAYSIA

LAPORANKETUA AUDIT NEGARATAHUN 2012

Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat KerajaanNEGERI JOHOR

SIRI 3

Page 2: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak
Page 3: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

LAPORAN

KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2012

Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan

NEGERI JOHOR

SIRI 3

JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIA

Page 4: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak
Page 5: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

KANDUNGAN

Page 6: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak
Page 7: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

iii

PERKARA MUKA SURAT

KATA PENDAHULUAN vii

INTISARI LAPORAN xi

AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

JABATAN KERJA RAYA

MAJLIS PERBANDARAN KULAI

Program Penyenggaraan Jalan Negeri

3

PEJABAT DAERAH MERSING

Pembangunan Dan Pengurusan Infrastruktur Di Pulau-Pulau Daerah

Mersing

34

MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT

MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI

Pengurusan Projek Pembangunan Di Pihak Berkuasa Tempatan

55

MAJLIS DAERAH MERSING

MAJLIS DAERAH TANGKAK

Pengurusan Gerai Pihak Berkuasa Tempatan

78

KUMPULAN PRASARANA RAKYAT JOHOR SDN. BHD.

Julung Cipta Sdn. Bhd.

107

PERBADANAN JOHOR

Johor Franchise Development Sdn. Bhd.

122

PENUTUP 151

KANDUNGAN

Page 8: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

iv

Page 9: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

KATA PENDAHULUAN

Page 10: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak
Page 11: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

vii

1. Perkara 106, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki Ketua

Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan Kerajaan Negeri, Pengurusan Kewangan dan

Aktiviti Jabatan/Agensi Negeri. Seksyen 5(1)(d) Akta Audit 1957 pula memberi kuasa kepada

Ketua Audit Negara untuk mengaudit sesebuah syarikat yang didaftarkan di bawah Akta

Syarikat 1965 yang menerima geran/pinjaman/jaminan daripada Kerajaan Persekutuan atau

Kerajaan Negeri dan sesebuah syarikat di mana lebih daripada 50% modal saham berbayar

dipegang oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau Agensi Kerajaan Negeri. Suatu

Perintah yang dinamakan Perintah Audit (Akaun Syarikat) 2004 (pindaan 2009) dengan

perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memberi kuasa kepada Ketua

Audit Negara untuk menjalankan pengauditan terhadap syarikat-syarikat Kerajaan Negeri.

Manakala Perkara 107, Perlembagaan Persekutuan menghendaki Ketua Audit Negara

mengemukakan laporan hasil pengauditan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong akan menitahkan Laporan Ketua Audit Negara untuk dibentangkan di Parlimen

manakala Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor menitahkan untuk membentangkan Laporan

Ketua Audit Negara di Dewan Negeri Johor.

2. Jabatan Audit Negara mulai tahun 2013 telah diberi tanggungjawab untuk

melaksanakan 4 inisiatif di bawah GTP2.0: NKRA Anti-Rasuah. Salah satu daripada inisiatif

tersebut ialah mengemukakan Laporan Ketua Audit Negara mengenai Aktiviti

Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri untuk dibentangkan di

Parlimen/Dewan Undangan Negeri setiap kali sesi Parlimen/Dewan Undangan Negeri

bersidang supaya ia dapat diakses dengan segera oleh rakyat selaras dengan kehendak

Kerajaan bagi menjayakan agenda Program Transformasi Kerajaan bagi tempoh 2013

hingga 2015. Saya berharap laporan mengenai pelaksanaan Aktiviti Jabatan/Agensi Dan

Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor Tahun 2012 Siri 3 ini dapat dijadikan asas untuk

memperbaiki segala kelemahan, memantapkan usaha penambahbaikan dan meningkatkan

akauntabiliti dan integriti serta mendapat value for money bagi setiap perbelanjaan yang

dibuat sepertimana hasrat Kerajaan.

3. Pengauditan terhadap aktiviti Jabatan/Agensi Negeri adalah untuk menilai sama ada

program dan aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan dengan jayanya mengikut tempoh

yang ditetapkan, tiada pembaziran dan mencapai matlamatnya. Manakala pengauditan

terhadap pengurusan syarikat adalah untuk menilai sama ada prestasi kewangan sesebuah

syarikat adalah baik, pengurusan aktiviti dan kewangan syarikat serta tadbir urus korporat

telah dilaksanakan dengan teratur dan selaras dengan peraturan yang ditetapkan serta

mencapai objektif penubuhannya.

KATA PENDAHULUAN

Page 12: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

viii

4. Sebanyak 5 aktiviti dan 2 pengurusan syarikat telah dilaporkan dalam Laporan Ketua

Audit Negara Negeri Johor Tahun 2012 Siri 1 dan Siri 2. Laporan Ketua Audit Negara Tahun

2012 Siri 3 ini pula melaporkan sebanyak 4 lagi aktiviti iaitu Program Penyenggaraan Jalan

Negeri, Pembangunan Dan Pengurusan Infrastruktur Di Pulau-Pulau Daerah Mersing,

Pengurusan Projek Pembangunan Di Pihak Berkuasa Tempatan dan Pengurusan Gerai

Pihak Berkuasa Tempatan serta 2 pengurusan syarikat iaitu Julung Cipta Sdn. Bhd. dan

Johor Franchise Development Sdn. Bhd.. Pemerhatian Audit daripada pengauditan tersebut

telah dikemukakan kepada Ketua Jabatan/Agensi/Syarikat Kerajaan Negeri berkenaan.

Hanya penemuan Audit yang penting sahaja yang dilaporkan dalam Laporan ini. Bagi

menambah baik kelemahan yang dibangkitkan atau bagi mengelakkan kelemahan yang

sama berulang, saya telah mengemukakan sebanyak 26 syor untuk diambil tindakan oleh

Ketua Jabatan/Agensi berkenaan.

5. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai Jabatan/Agensi

dan Syarikat Kerajaan Negeri Johor yang telah memberikan kerjasama kepada pegawai

saya sepanjang pengauditan dijalankan. Saya juga ingin melahirkan penghargaan dan

terima kasih kepada semua pegawai saya yang telah berusaha gigih serta memberikan

sepenuh komitmen untuk menyiapkan laporan ini.

(TAN SRI DATO’ SETIA HAJI AMBRIN BIN BUANG)

Ketua Audit Negara

Malaysia

Putrajaya

25 September 2013

Page 13: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

INTISARI LAPORAN

Page 14: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak
Page 15: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

xi

AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

1. JABATAN KERJA RAYA

MAJLIS PERBANDARAN KULAI

- Program Penyenggaraan Jalan Negeri

1.1. Jalan negeri bererti mana-mana jalan awam, selain daripada jalan persekutuan yang

diwartakan mengikut Akta Jalan Persekutuan 1959, yang boleh dilalui oleh orang ramai.

Perkara 109(1)(b), Perlembagaan Persekutuan menetapkan Kerajaan Persekutuan memberi

pemberian secara khusus kepada Kerajaan Negeri bagi maksud penyenggaraan jalan

negeri. Jumlah pemberian ini adalah berdasarkan jumlah panjang jalan yang didaftarkan

dalam Malaysian Road Records Information System (MARRIS). Jalan negeri yang layak

mendapat pemberian penyenggaraan terdiri daripada jalan bertaraf standard, jalan

substandard, jalan kawasan perumahan kos rendah, jalan lorong belakang dan jalan

pertanian/pelancongan/jalan kampung dengan ciri-ciri yang ditetapkan. Jalan negeri di

Negeri Johor yang telah didaftarkan dalam MARRIS sehingga bulan Februari 2013 adalah

sepanjang 18,686.10 kilometer. Jalan negeri ini disenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya

Negeri Johor (JKR), 15 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Pengairan Dan

Saliran (JPS). Peruntukan pemberian penyenggaraan jalan negeri bagi jalan dalam rekod

MARRIS yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan dikawal oleh Pejabat

Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak JKR dan PBT. Peruntukan

untuk menyenggara jalan dalam rekod MARRIS telah digunakan untuk melaksanakan kerja

penyenggaraan seperti membaharui muka jalan, mengecat garisan jalan, meratakan dan

membersihkan bahu jalan, memasang dan mengganti papan tanda jalan serta pembersihan

parit/longkang jalan. Kerja penyenggaraan jalan negeri dibahagikan kepada 3 jenis iaitu

penyenggaraan berkala, biasa dan kecemasan.

1.2. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Mac hingga Jun 2013 mendapati pada

keseluruhannya pelaksanaan kerja penyenggaraan jalan adalah kurang memuaskan.

Berlaku beberapa kelemahan berkaitan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan aktiviti

penyenggaraan jalan. Antara kelemahan yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

Prestasi perbelanjaan geran penyenggaraan jalan negeri yang rendah.

Perbelanjaan tidak menepati maksud penyenggaraan jalan negeri.

Kerja penyenggaraan yang dirancang tidak dilaksanakan.

Penyerahan jalan baharu kurang berkualiti kepada JKR.

Kerja penyenggaraan yang dilaksanakan oleh kontraktor kurang berkualiti serta tidak

mengikut spesifikasi.

Kerosakan jalan belum dibaiki dan penyenggaraan longkang serta garisan jalan

kurang memuaskan.

INTISARI LAPORAN

Page 16: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

xii

1.3. Secara keseluruhannya, penyenggaraan jalan bagi tujuan menyediakan kemudahan

jalan yang selesa dan selamat kepada pengguna kurang mencapai objektif yang ditetapkan.

Bagi memastikan kerja penyenggaraan jalan dibuat dengan lebih berkesan dan teratur, JKR

dan MPKu disyorkan supaya mengambil langkah-langkah berikut:

1.3.1. Memastikan peruntukan Akaun Amanah Penyelenggaraan Jalan MARRIS

digunakan sebagaimana maksud asal pemberian dan Arahan Amanah.

1.3.2. Pihak JKR perlu berbincang dengan Perbendaharaan Negeri untuk mengetahui baki

sebenar dan peruntukan yang akan diterima daripada Kerajaan Persekutuan setiap tahun

sebelum menyediakan perancangan bagi program penyenggaraan jalan negeri.

1.3.3. Rekod maklumat penyenggaraan jalan negeri berdasarkan nama jalan hendaklah

disediakan bagi tujuan memudahkan perancangan dan pemantauan.

1.3.4. Meningkatkan penyeliaan/pemantauan secara berterusan bagi memastikan

pematuhan terhadap kontrak kerja agar kerja yang dilaksanakan berkualiti dan Kerajaan

memperoleh value for money daripada perbelanjaan yang dilakukan.

1.3.5. Memastikan kerja yang dirancang di Aktiviti Penyenggaraan Jalan dilaksanakan

secara sebut harga agar perolehan yang dibuat berdasarkan harga yang kompetitif dan

membuat pelarasan harga terhadap kesilapan/ketidakpatuhan/kerja yang tidak dilaksanakan

sebelum pembayaran dijelaskan.

2. PEJABAT DAERAH MERSING

- Pembangunan Dan Pengurusan Infrastruktur Di Pulau-Pulau Daerah

Mersing

2.1. Berdasarkan piawaian perancangan pembangunan fizikal pulau-pulau di Malaysia,

terdapat 3 kategori utama pulau iaitu Pulau Pembangunan, Pulau Peranginan dan Pulau

Taman Laut/Pulau Yang Dilindungi. Pembahagian ini dilakukan bagi mengawal aktiviti

pembangunan di pulau-pulau. Negeri Johor terkenal di kalangan pelancong dalam dan luar

negara dengan pulau-pulau yang indah dan bersih untuk aktiviti percutian dan snorkeling.

Berdasarkan rekod, terdapat 45 buah pulau berada di persisiran pantai Daerah Mersing.

Bagaimanapun, hanya 5 buah pulau sahaja yang mempunyai penduduk dan dikunjungi oleh

pelancong iaitu Pulau Sibu, Pulau Aur, Pulau Besar, Pulau Tinggi dan Pulau Pemanggil.

Kelima-lima buah pulau tersebut telah dikategorikan sebagai Pulau Peranginan dan Pulau

Taman Laut, justeru itu pembangunan yang dilaksanakan adalah amat terhad demi

mengekalkan dan memelihara alam sekitar. Pembangunan infrastruktur di 5 buah pulau

berkenaan yang mempunyai penduduk berjumlah 915 orang dijalankan dengan tujuan untuk

memberi kemudahan yang lebih selesa kepada penduduk pulau. Pejabat Daerah Mersing

(PDM) adalah agensi Kerajaan yang terlibat secara langsung untuk membangun dan

mengurus infrastruktur di pulau-pulau Daerah Mersing. Antara kemudahan yang dibina

Page 17: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

xiii

adalah jeti, slab/jalan simen, bangunan, jambatan, balai raya, sekolah, pondok polis, klinik

kesihatan dan surau. Berdasarkan rekod Pejabat Laut Mersing yang mengawal selia jeti

Mersing dan Damansara Assets Sdn. Bhd. yang mengawal selia jeti Tanjung Leman,

seramai 285,283 orang pelancong telah berkunjung ke pulau-pulau di Daerah Mersing

antara tahun 2009 hingga 2012.

2.2. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Jun hingga September 2012 mendapati

pada keseluruhannya pembangunan dan pengurusan infrastruktur di pulau-pulau Daerah

Mersing adalah kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan seperti berikut:

Kemudahan infrastruktur yang dibina jarang digunakan/terbiar.

Kemudahan infrastruktur yang dibina tidak disenggara.

Mutu pembinaan kurang memuaskan menyebabkan penyenggaraan dilaksanakan

secara berulang.

Perjanjian sewa gerai yang tidak diperbaharui dengan tempoh antara 3 hingga 30 bulan.

Kutipan hasil dari sewa yang tidak dipungut berjumlah RM9,150 dengan tempoh

tunggakan antara 3 hingga 48 bulan.

2.3. Bagi menambah baik pengurusan dan pembinaan infrastruktur di pulau-pulau Daerah

Mersing, disyorkan PDM melaksanakan perkara berikut:

2.3.1. Menyediakan justifikasi keperluan dan keutamaan sebelum pembinaan infrastruktur

dilaksanakan bagi mengelakkan ia tidak digunakan.

2.3.2. Memohon peruntukan kewangan yang secukupnya dengan Kerajaan Negeri bagi

membaiki infrastruktur yang rosak supaya dapat digunakan dengan selamat dan selesa oleh

penduduk pulau.

2.3.3. Menyediakan daftar kerja pembinaan/pembaikan infrastruktur yang telah

dilaksanakan di pulau-pulau Daerah Mersing. Sekiranya pembaikan telah dilaksanakan

secara berulang, PDM perlu mengkaji semula kaedah pembaikan yang lebih berkesan.

2.3.4. Menyemak semula status penyewa yang tidak aktif serta memastikan surat

perjanjian dikemas kini dari semasa ke semasa.

Page 18: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

xiv

3. MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT

MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI

- Pengurusan Projek Pembangunan Di Pihak Berkuasa Tempatan

3.1. Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dan Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT)

merupakan 2 daripada 15 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Johor yang diwujudkan

di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Objektif penubuhan MPBP dan MDKT

adalah untuk mengurus, mentadbir, memberi perkhidmatan serta kemudahan kepada

penduduk dan merancang pembangunan yang teratur, seimbang serta berdaya maju. Setiap

PBT juga bertanggungjawab membangunkan kawasan pentadbiran masing-masing bagi

memastikan penduduk setempat dapat menikmati kemudahan prasarana yang mencukupi.

Projek pembangunan yang dilaksanakan di MPBP dan MDKT dibiayai melalui dana Majlis

dan peruntukan Kerajaan Persekutuan. Bagi tahun 2010 hingga 2012, sebanyak 954 projek

pembangunan telah dilaksanakan oleh MPBP dan MDKT dengan menggunakan peruntukan

Kerajaan Persekutuan dan dana Majlis berjumlah RM87.06 juta di mana sejumlah RM82.63

juta atau 94.9% telah dibelanjakan. Antara jenis projek yang dilaksanakan adalah membina

bangunan perniagaan, membina pasar awam, membina gelanggang dan taman permainan,

menaik taraf dewan orang ramai, menaik taraf kompleks niaga, menaik taraf medan selera

dan menaik taraf tandas awam.

3.2. Pengauditan yang dilaksanakan pada bulan Januari hingga Mac 2013 mendapati

secara keseluruhannya pengurusan projek pembangunan di MPBP dan MDKT adalah

kurang memuaskan. Secara ringkasnya kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:

Sebanyak 2 projek pembangunan di MPBP dan MDKT lewat disiapkan serta satu

projek pembinaan semula pasar awam belum dilaksanakan.

Sistem Penilaian Kadaran Automasi Berintegrasikan Sistem Maklumat Geografi yang

dibangunkan masih belum boleh digunakan.

Kerja tidak mengikut spesifikasi kerja dan Senarai Kuantiti ditetapkan.

Bangunan dan kompleks perniagaan terbiar.

Lot gerai dan kompleks niaga serta bangku pasar yang disediakan masih lagi kosong

dan belum disewa antara 1 hingga 11 tahun.

3.3. Bagi membaiki kelemahan yang dibangkitkan dalam laporan ini dan juga memastikan

perkara yang sama tidak berulang dalam pengurusan projek pembangunan yang lain, adalah

disyorkan supaya MPBP dan MDKT mengambil tindakan berikut:

3.3.1. Membuat pemantauan terhadap projek pembinaan secara berterusan supaya siap

mengikut jadual bagi mengelakkan kelewatan dan peningkatan kos.

3.3.2. Mempertimbangkan bantuan yang boleh diberi dalam membantu peniaga pasar

awam untuk berpindah ke pasar sementara bagi membolehkan projek pembinaan pasar

baru dimulakan.

Page 19: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

xv

3.3.3. Memastikan kemudahan dan bangunan yang dibina tidak terbiar dan boleh

dimanfaatkan oleh orang awam.

3.3.4. Meningkatkan pemantauan terhadap kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan oleh

kontraktor bagi memastikan spesifikasi kerja/Senarai Kuantiti dipatuhi.

3.3.5. Membuat kajian awal terhadap kesesuaian tapak sebelum projek pembangunan

dilaksanakan bagi mengelakkan gerai dan kompleks niaga yang dibina tidak mendapat

sambutan untuk disewa.

4. MAJLIS DAERAH MERSING

MAJLIS DAERAH TANGKAK

- Pengurusan Gerai Pihak Berkuasa Tempatan

4.1. Majlis Daerah Mersing (MDM) dan Majlis Daerah Tangkak (MDT) adalah Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT) yang ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan dengan

gabungan 7 dan 9 Penguasa Tempatan masing-masing pada 1977 dan 1976. Objektif

penubuhan PBT adalah untuk meningkatkan peranan PBT ke arah satu fungsi yang lebih arif

dalam penyediaan projek-projek infrastruktur yang berkualiti, kemudahan awam yang

menarik dan kawasan rekreasi yang indah. Selain itu, PBT juga bertindak sebagai

penggerak utama pembangunan sosio ekonomi ke arah peningkatan kualiti hidup rakyat dan

bertanggungjawab untuk merancang dan mengawal aktiviti perniagaan serta pembangunan

peniaga-peniaga kecil. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, PBT telah mengambil langkah

dengan membina dan menyediakan kemudahan gerai untuk membantu semua peniaga

terutamanya golongan bumiputera agar dapat menjalankan perniagaan di tempat yang

selesa dengan kadar yang berpatutan di lokasi terpilih. Secara umumnya, Jabatan Penilaian

dan Pengurusan Harta kedua-dua PBT diberikan tanggungjawab untuk menguruskan hal

berkaitan pengurusan gerai seperti pengurusan lesen, penyewaan gerai, pengeluaran bil

sewaan dan aduan awam berkenaan gerai. Sehingga tahun 2012, MDM mempunyai 248

buah gerai yang tertumpu di sekitar Bandar Mersing, Endau dan Jemaluang manakala MDT

pula mempunyai 219 buah gerai yang tertumpu di sekitar Bandar Tangkak, Bukit Gambir,

Kesang, Serom, Kebun Baru dan Kundang Ulu. Sewa gerai yang dikenakan MDM adalah

antara RM70 sehingga RM510 sebulan manakala MDT pula mengenakan caj sewaan antara

RM30 sehingga RM850 sebulan. Kutipan sewa MDM pada tahun 2010 hingga 2012

berjumlah RM0.27 juta, RM0.28 juta dan RM0.22 juta masing-masing manakala tunggakan

sewa sehingga Disember 2012 berjumlah RM0.63 juta. Kutipan sewa MDT pada tahun 2010

hingga 2012 adalah berjumlah RM0.29 juta, RM0.27 juta dan RM0.26 juta masing-masing

manakala tunggakan sewa sehingga Disember 2012 berjumlah RM0.07 juta.

Page 20: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

xvi

4.2. Pengauditan yang dijalankan pada bulan September 2012 hingga Julai 2013

mendapati secara keseluruhannya, pengurusan gerai PBT di MDM dan MDT kurang

memuaskan. Secara ringkasnya kelemahan yang ditemui adalah seperti di bawah:

Prestasi pembinaan gerai baru dan naik taraf gerai kurang memuaskan.

Penyenggaraan gerai tidak dilaksanakan dengan baik.

Pengurusan rekod gerai kurang memuaskan.

Pelanggaran syarat perjanjian oleh penyewa gerai.

Proses penilaian semula gerai tidak dilaksanakan.

Pengurusan kutipan sewa yang tidak memuaskan.

4.3. Bagi memastikan kelemahan yang dibangkitkan dalam laporan Audit ini tidak

berulang dalam pelaksanaan dan pengurusan gerai yang lain, adalah disyorkan agar Majlis

mempertimbangkan perkara-perkara berikut:

4.3.1. Memastikan pembayaran dibuat terhadap kerja sebenar yang dilaksanakan

mengikut skop kerja yang ditetapkan.

4.3.2. Memastikan kemudahan infrastruktur/prasarana yang disediakan perlu disenggara

secara berkala bagi memberi keselesaan kepada penyewa dan pengguna gerai Majlis.

4.3.3. Memastikan perjanjian antara Majlis dan penyewa gerai yang telah tamat tempoh

perlu diperbaharui segera bagi menjamin kepentingan Majlis serta memudahkan tindakan

undang-undang dikenakan kepada penyewa yang gagal mematuhi syarat penyewaan.

4.3.4. Memastikan tindakan penguatkuasaan berterusan diambil terhadap penyewa-

penyewa gerai yang gagal menjelaskan sewa gerai mereka.

5. KUMPULAN PRASARANA RAKYAT JOHOR SDN. BHD.

- Julung Cipta Sdn. Bhd.

5.1. Syarikat Julung Cipta Sdn. Bhd. (JCSB) telah ditubuhkan pada 28 Oktober 1996 di

bawah Seksyen 16(4) Akta Syarikat 1965 dengan modal dibenarkan RM5 juta dan modal

dibayar RM1.5 juta. JCSB adalah sebuah syarikat yang dimiliki 100% oleh Kumpulan

Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) di mana KPRJ merupakan sebuah syarikat yang

dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Johor. Pada awal penubuhannya JCSB terlibat

dalam projek membina semula dan membaik pulih masjid di 8 daerah Negeri Johor. Selain

itu, JCSB juga telah dilantik sebagai kontraktor bagi Projek Perumahan Sri Setanggi, Kg.

Setanggi, Johor Bahru dan Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Negeri Johor (JSNAC) di Kota

Iskandar, Nusajaya pada Mac 2004.

Page 21: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

xvii

5.2. Pengauditan yang dijalankan antara Disember 2012 hingga Februari 2013 mendapati

secara keseluruhannya, prestasi kewangan JCSB adalah baik di mana JCSB memperoleh

keuntungan sebelum cukai bagi tahun 2010 hingga 2012. Keuntungan terkumpul JCSB pada

akhir tahun 2012 adalah berjumlah RM10.67 juta. Pengurusan aktiviti utama dan tadbir urus

korporat JCSB bagi tahun 2010 hingga 2012 adalah memuaskan. Bagaimanapun masih

terdapat beberapa kelemahan seperti berikut:

3 projek bangunan Kerajaan Negeri di Kota Iskandar belum mendapat Sijil Siap

Kerja/Certificate of Practical Completion (CPC)/Taking Over Certificate (TOC).

JCSB tidak mengguna pakai pekeliling kerajaan berkaitan syarikat.

Mesyuarat Lembaga Pengarah tidak diadakan bagi tempoh 2010 hingga 2012.

JCSB tidak menubuhkan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan dan Unit Audit

Dalam.

Perancangan Korporat dan Key Performance Indicator syarikat tidak disediakan.

Bayaran dividen kepada KPRJ atas saham biasa tidak dibayar.

Kelemahan dalam pengurusan aset.

5.3. Bagi memastikan objektif penubuhan Julung Cipta Sdn. Bhd. dapat dicapai

sepenuhnya dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. sebagai pemegang ekuiti

mendapat value for money, adalah disyorkan JCSB mengambil tindakan seperti berikut:

5.3.1. Menentukan Sijil Perakuan Siap Kerja diperoleh bagi setiap projek yang

dilaksanakan bagi menjaga imej JCSB sebagai kontraktor yang berwibawa dan

mengelakkan daripada menanggung kos membaiki yang tinggi akibat daripada kelewatan

memperoleh sijil perakuan tersebut.

5.3.2. Menentukan dokumen sokongan yang lengkap dikemukakan bagi tuntutan

penyerahan Sijil Bayaran bagi memastikan tiada kelewatan dalam proses pembayaran.

5.3.3. Memperkemaskan dan mengamalkan tadbir urus korporat syarikat dengan

menjadikan Pekeliling Kerajaan dan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia sebagai amalan

terbaik bagi memelihara kepentingan Kerajaan Negeri Johor.

5.3.4. Mempertingkatkan pematuhan terhadap prosedur pengurusan aset bagi

memastikan semua aset milik syarikat dapat dikawal dengan sempurna.

Page 22: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

xviii

6. PERBADANAN JOHOR

- Johor Franchise Development Sdn. Bhd.

6.1. Johor Franchise Development Sdn. Bhd. (JFDSB) atau pada awal penubuhannya

dikenali sebagai Ubi Johor Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 9 Februari 1973 di bawah

Seksyen 16(4) Akta Syarikat 1965 dan merupakan anak syarikat 100% milik Perbadanan

Johor. Aktiviti utama syarikat JFDSB adalah di dalam bidang penanaman kelapa sawit,

perniagaan pemilikan pelaburan dan pengurusan francais. Sehingga 31 Disember 2012,

modal saham dibenarkan JFDSB ialah RM50 juta dan modal saham berbayar berjumlah

RM42.1 juta.

6.2. Pengauditan yang dijalankan antara Oktober hingga Disember 2012 mendapati

prestasi kewangan JFDSB adalah memuaskan. Pada tahun 2011, JFDSB mencatat

keuntungan sebelum cukai berjumlah RM13.90 juta iaitu peningkatan sebanyak 387.8%

berbanding dengan kerugian sebelum cukai berjumlah RM4.83 juta yang dialami pada tahun

2010. JFDSB terus mencatat keuntungan sebelum cukai berjumlah RM10.51 juta pada tahun

2012 sungguhpun keuntungan yang diperoleh menurun 24.4% berbanding dengan tahun

2011. Keuntungan terkumpul JFDSB pada akhir tahun 2012 adalah berjumlah RM43.30 juta.

Pengurusan aktiviti utama iaitu perladangan kelapa sawit secara amnya adalah memuaskan.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan mengenai tadbir urus korporat bagi

tahun 2010 hingga 2012. Kelemahan yang ditemui dalam pengurusan aktiviti dan tadbir urus

korporat adalah seperti berikut:

Hak milik tanah ladang kelapa sawit belum didaftarkan atas nama JFDSB.

Penanaman kelapa sawit melebihi kawasan milikan JFDSB.

Tiada rancangan jangka pendek dan panjang untuk memajukan Tanah Kota Air Pasir

Putih berukuran 153.39 ekar yang diambil alih pada September 2008.

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah tidak diadakan pada tahun 2010 hingga 2012 dan

segala urusan diputuskan di peringkat syarikat induk.

6.3. Bagi memastikan objektif penubuhan Johor Franchise Development Sdn. Bhd.

(JFDSB) dan Perbadanan Johor sebagai pemegang ekuiti mendapat value for money,

beberapa aspek pengurusan syarikat perlu dikemaskan dengan memberi pertimbangan

kepada syor-syor berikut:

6.3.1. Meningkatkan lagi pengeluaran Buah Tandan Segar Ladang Kelapa Sawit supaya setanding atau lebih tinggi daripada prestasi pengeluaran negara.

6.3.2. Memastikan prestasi syarikat subsidiari yang mengalami masalah dan mengambil tindakan penyelesaian yang segera.

6.3.3. Mengadakan mesyuarat ahli lembaga pengarah bagi memantau perjalanan JFDSB.

6.3.4. Mengambil langkah sewajarnya untuk membangun semula kawasan Kampung Pasir Putih dan kawasan sekitarnya sebagai kawasan komersial sejajar dengan tujuan pemilikan hartanah.

Page 23: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT

KERAJAAN NEGERI

Page 24: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak
Page 25: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

3

JABATAN KERJA RAYA MAJLIS PERBANDARAN KULAI

1. PROGRAM PENYENGGARAAN JALAN NEGERI

1.1. LATAR BELAKANG

1.1.1. Jalan negeri bererti mana-mana jalan awam, selain daripada jalan persekutuan

yang diwartakan mengikut Akta Jalan Persekutuan 1959, yang boleh dilalui oleh orang

ramai. Perkara 109(1)(b), Perlembagaan Persekutuan menetapkan Kerajaan Persekutuan

memberi pemberian secara khusus kepada Kerajaan Negeri bagi maksud penyenggaraan

jalan negeri. Jumlah pemberian ini adalah berdasarkan jumlah panjang jalan yang

didaftarkan dalam Malaysian Road Records Information System (MARRIS). Jalan negeri

yang layak mendapat pemberian penyenggaraan terdiri daripada jalan bertaraf standard,

jalan substandard, jalan kawasan perumahan kos rendah, jalan lorong belakang dan jalan

pertanian/pelancongan/jalan kampung dengan ciri-ciri yang ditetapkan. Jalan negeri di

Negeri Johor yang telah didaftarkan dalam MARRIS sehingga bulan Februari 2013 adalah

sepanjang 18,686.10 kilometer. Jalan negeri ini disenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya

Negeri Johor (JKR), 15 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Pengairan Dan

Saliran (JPS). Kategori jalan negeri dan panjang kategori jalan yang disenggarakan oleh

Jabatan Kerja Raya, 15 PBT dan JPS sehingga bulan Februari 2013 adalah seperti di

Jadual 1.1.

Jadual 1.1 Kategori Jalan Negeri Dan Panjang Jalan Yang Disenggarakan Oleh JKR, 15 PBT Dan JPS Sehingga Bulan Februari 2013

Bil. Agensi

Pelaksana

Kategori Jalan (km)

Jumlah Keseluruhan

(km) JRN JRB PLB JKPM JKPG JPTN

1. Jabatan Kerja Raya

2,096.42 - - - 6,737.59 - 8,834.01

2. Pihak Berkuasa Tempatan

1,324.31 5,888.84 1,943.21 418.73 - - 9,575.09

3. Jabatan Pengairan Dan Saliran

- - - - - 277 277

Jumlah 3,420.73 5,888.84 1,943.21 418.73 6,737.59 277 18,686.10

Sumber: JKR Negeri Johor Nota: JRN – Jalan Raya Negeri JRB – Jalan Raya Perbandaran PLB – Lorong Belakang/Lorong Tepi JKPM – Jalan Raya Dalam Kawasan Perumahan Murah JKPG – Jalan Kampung JPTN – Jalan Pertanian

AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

Page 26: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

4

1.1.2. Peruntukan pemberian penyenggaraan jalan negeri bagi jalan dalam rekod MARRIS

yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan dikawal oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri

Johor sebelum disalurkan kepada pihak JKR dan PBT. Peruntukan untuk menyenggara jalan

dalam rekod MARRIS telah digunakan untuk melaksanakan kerja penyenggaraan seperti

membaharui muka jalan, mengecat garisan jalan, meratakan dan membersihkan bahu jalan,

memasang dan mengganti papan tanda jalan serta pembersihan parit/longkang jalan. Kerja

penyenggaraan jalan negeri dibahagikan kepada 3 jenis iaitu penyenggaraan berkala, biasa

dan kecemasan. Mengikut Buku Panduan “Senggara Jalan – Apa Yang Anda Tidak Perlu

Tahu” keluaran Jabatan Kerja Raya (JKR), tujuan penyenggaraan jalan adalah untuk

memastikan permukaan dan persekitaran jalan sentiasa memberi pemanduan yang selesa

dan selamat, struktur jalan mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk menampung beban

trafik dan laluan dapat dipulihkan dengan kadar segera apabila berlaku kejadian yang tidak

dijangka seperti tanah runtuh dan sebagainya.

1.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan penyenggaraan jalan negeri

telah dirancang dan dilaksanakan dengan cekap dan teratur serta mencapai matlamat yang

ditetapkan.

1.3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

Skop pengauditan meliputi kerja penyenggaraan jalan negeri yang menggunakan Akaun

Amanah Penyelenggaraan Jalan MARRIS bagi tahun 2010 hingga bulan Februari 2013.

Pengauditan telah dilaksanakan di Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor, Majlis

Perbandaran Kulai (MPKu), Bahagian Jalan JKR Negeri, JKR Daerah Kluang, Batu Pahat

dan Muar. Pemeriksaan dijalankan terhadap rekod dan dokumen kontrak kerja yang

berkaitan. Selain itu, lawatan Audit ke jalan yang telah disenggarakan dilaksanakan dengan

kerjasama pegawai dari JKR Daerah dan MPKu. Temu bual dengan pegawai yang

bertanggungjawab dan penduduk setempat telah dilakukan bagi mendapatkan maklum balas

dan pengesahan. Pihak Audit juga telah mengedarkan sebanyak 600 borang soal selidik di 4

daerah bagi mendapatkan maklum balas pengguna jalan raya dari aspek keselesaan, kualiti

dan keselamatan jalan raya serta cadangan penambahbaikan.

1.4. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Mac hingga Jun 2013 mendapati pada

keseluruhannya pelaksanaan kerja penyenggaraan jalan adalah kurang memuaskan.

Berlaku beberapa kelemahan berkaitan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan aktiviti

penyenggaraan jalan. Penjelasan lanjut mengenai penemuan Audit adalah seperti di

perenggan berikut. Antara kelemahan yang dikenal pasti adalah seperti:

Page 27: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

5

Prestasi perbelanjaan geran penyenggaraan jalan negeri yang rendah.

Perbelanjaan tidak menepati maksud penyenggaraan jalan negeri.

Kerja penyenggaraan yang dirancang tidak dilaksanakan.

Penyerahan jalan baharu kurang berkualiti kepada JKR.

Kerja penyenggaraan yang dilaksanakan oleh kontraktor kurang berkualiti serta tidak

mengikut spesifikasi.

Kerosakan jalan belum dibaiki dan penyenggaraan longkang serta garisan jalan

kurang memuaskan.

1.4.1. Akaun Amanah Penyelenggaraan Jalan MARRIS

1.4.1.1. Prestasi Perbelanjaan Geran Jalan Negeri

a. Akaun Amanah Penyelenggaraan Jalan MARRIS (APJM) ditubuhkan di bawah

Seksyen 9(3) Akta Acara Kewangan 1957 untuk mengakaunkan terimaan dan

bayaran berkaitan kerja penyenggaraan jalan negeri. Pada tahun 2010 hingga 2012,

Kerajaan Negeri telah menerima pemberian penyenggaraan jalan negeri daripada

Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1,038.99 juta. Kedudukan peruntukan

pemberian penyenggaraan jalan negeri oleh Kerajaan Persekutuan dan agihan

kepada JKR dan PBT sehingga Disember 2012 adalah seperti di Jadual 1.2. Jadual 1.2 Terimaan Dan Agihan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri Mengikut Akaun APJM Sehingga Disember 2012

Tahun

Terimaan Daripada Kerajaan

Persekutuan (RM Juta)

Agensi Pelaksana

Peruntukan Diterima

Oleh Agensi Pelaksana (RM Juta)

Baki Terimaan Baki

Terkumpul Akaun

MARRIS (RM Juta) (RM Juta) (%)

2010 347.15

Jabatan Kerja Raya

53.3 121.62 35.0

400.23

Pihak Berkuasa Tempatan

172.23

2011 318.11

Jabatan Kerja Raya

50.0 62.96 19.8 463.19

Pihak Berkuasa Tempatan

205.15

2012 373.73

Jabatan Kerja Raya

65.0 87.97 23.5 551.16

Pihak Berkuasa Tempatan

220.76

Jumlah 1,038.99 766.44 272.55 26.2

Sumber: Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor

b. Jadual 1.2 menunjukkan hanya RM766.44 juta sahaja telah diagihkan kepada JKR

dan PBT daripada RM1,038.99 juta pemberian penyenggaraan jalan negeri yang

diterima daripada Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2010 hingga 2012. Sejumlah

RM272.55 juta belum diagihkan menjadikan baki terkumpul dalam Akaun APJM

berjumlah RM551.16 juta sehingga akhir tahun 2012. Temu bual dengan pegawai

JKR mendapati pihak Perbendaharaan Negeri tidak memaklumkan kepada JKR

Page 28: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

6

jumlah sebenar pemberian penyenggaraan jalan negeri yang diterima daripada

Kerajaan Persekutuan. JKR mengemukakan permohonan peruntukan APJM kepada

Perbendaharaan Negeri setiap tahun berdasarkan perkiraan kos penyenggaraan

jalan negeri yang dianggarkan berjumlah RM30,000 bagi setiap kilometer.

Berdasarkan perkiraan ini jumlah permohonan peruntukan JKR setiap tahun adalah

dalam lingkungan RM50 juta hingga RM70 juta. Bagaimanapun, mulai tahun 2013,

JKR telah meningkatkan permohonan peruntukan berjumlah RM128 juta apabila

menyedari baki APJM berjumlah lebih kurang RM500 juta.

1.4.1.2. Perbelanjaan Tidak Menepati Maksud Penyenggaraan Jalan Negeri

Mengikut Jadual 10 Bahagian II Perlembagaan Persekutuan, penyenggaraan jalan negeri

bermaksud pemeliharaan, penjagaan dan pemulihan terhadap jalan negeri, perabot tepi

jalan, jambatan dan pembetung yang menjadi sebahagian daripada jalan raya tersebut

bagi tujuan mengekalkan keadaannya sepertimana dibina atau dibaiki. Arahan Amanah

bagi Akaun APJM yang dikeluarkan oleh Pegawai Kewangan Negeri bertarikh

1 April 2009 menyatakan perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan

MARRIS adalah perbelanjaan bagi penyenggaraan jalan negeri yang dikendalikan oleh

JKR dan Pusat Tanggungjawab di bawah kawalannya serta lain-lain perbelanjaan yang

diluluskan oleh Pegawai Kewangan Negeri. Segala perbelanjaan perbekalan bagi JKR

Bahagian Jalan akan ditanggungkan di bawah perbelanjaan peruntukan Mengurus JKR

Negeri Johor (B24) dan pelarasan jurnal akan dibuat bagi melaraskan perbelanjaan yang

telah didahulukan oleh Kerajaan Negeri apabila peruntukan MARRIS diterima daripada

Kerajaan Persekutuan. Pada tahun 2010 dan 2012 sejumlah RM19.07 juta dan

RM26.27 juta telah dibelanjakan menggunakan peruntukan Mengurus dan telah

dilaraskan daripada Akaun APJM kepada hasil negeri. Pada tahun 2011, sejumlah

RM55.29 juta telah dikeluarkan daripada peruntukan MARRIS bagi dilaraskan kepada

hasil negeri berjumlah RM25.43 juta dan Kumpulan Wang Pembangunan berjumlah

RM29.86 juta. Semakan Audit mendapati perkara seperti berikut:

a. Sejumlah RM29.86 juta telah dibelanjakan bagi projek Pembangunan Jalan dan

Jambatan Kampung (P55) yang dikendalikan oleh Pejabat Daerah. Perbelanjaan

tersebut adalah bertentangan dengan tujuan Akaun APJM ditubuhkan kerana

peruntukan tersebut adalah bagi tujuan penyenggaraan jalan negeri yang didaftarkan

di bawah MARRIS dan bukannya bagi tujuan projek pembangunan jalan dan

jambatan baharu di bawah maksud P55.

b. Bagi tahun 2010 hingga 2012, sejumlah RM47.84 juta telah dibelanjakan bagi

pembayaran emolumen serta perbelanjaan perjalanan dan sara hidup untuk

Bahagian Jalan, JKR Negeri Johor. Kesemua perbelanjaan tersebut kemudian

dilaraskan ke dalam Akaun APJM. Perbelanjaan tersebut tidak menepati maksud

penyenggaraan jalan negeri.

Page 29: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

7

c. JKR telah membelanjakan sejumlah RM0.82 juta bagi tempoh 3 tahun untuk membeli

peralatan seperti dakwat pencetak, penyapu, membekal makanan dan minuman,

menyenggara alat penyaman udara, sewa mesin fotostat dan perkhidmatan

percetakan serta menjilid dokumen tender. Kesemua perbelanjaan tersebut kemudian

dilaraskan ke dalam Akaun APJM. Bagaimanapun, perbelanjaan ini tidak menepati

maksud penyenggaraan jalan negeri. Butiran lengkap seperti di Jadual 1.3.

Jadual 1.3 Senarai Perbelanjaan Bagi Bekalan Dan Perkhidmatan Yang Tidak Menepati Maksud Penyenggaraan Bagi Tahun 2010 Hingga 2012

Bil. JKR Kod

Objek Jenis Aktiviti

Tahun (RM Juta) Jumlah

(RM Juta) 2010 2011 2012

1. Negeri Johor

24000 Sewaan 0.01 0.01 0.007 0.027 26000 Bekalan Bahan Mentah

Dan Bahan Untuk Penyenggaraan Dan Pembaikan

0.009 - - 0.009

28000 Penyenggaraan Dan Pembaikan Yang Dibeli

- 0.01 0.01 0.02

29000 Perkhidmatan Ikhtisas Dan Perkhidmatan Lain Yang Dibeli Dan Hospitaliti

0.19 0.17 0.04 0.40

2. Daerah Muar

26000 Bekalan Bahan Mentah Dan Bahan Untuk Penyenggaraan Dan Pembaikan

- 0.11 0.02 0.13

28000 Penyenggaraan Dan Pembaikan Yang Dibeli

- 0.17 - 0.17

3. Daerah Batu Pahat

26000 Bekalan Bahan Mentah Dan Bahan Untuk Penyenggaraan Dan Pembaikan

- 0.02 0.02 0.04

4. Daerah Kluang

24000 Sewaan - 0.02 - 0.02

Jumlah 0.209 0.51 0.097 0.816

Sumber: JKR Negeri Johor, JKR Daerah Muar, Batu Pahat dan Kluang

d. Semakan Audit terhadap butiran kerja penyenggaraan jalan bagi tahun 2010 hingga

Februari 2013 mendapati kontraktor telah memasukkan pembelian seperti dakwat

pencetak dan kertas ke dalam senarai tuntutan bayaran berjumlah RM0.08 juta yang

dibayar melalui peruntukan MARRIS. Bagaimanapun, perbelanjaan ini tidak menepati

maksud penyenggaraan jalan negeri. Butiran lanjut seperti di Jadual 1.4.

Page 30: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

8

Jadual 1.4 Senarai Perbelanjaan Pembelian Peralatan ICT Dan Bekalan Pejabat Yang Menggunakan Peruntukan MARRIS Bagi Tahun 2010 Hingga Februari 2013

Bil. Agensi/JKR Daerah Tahun

(RM Juta) Jumlah (RM Juta)

2010 2011 2012 2013 1. Majlis Perbandaran Kulai 0.01 - - - 0.01 2. Muar 0.004 - 0.005 - 0.009 3. Batu Pahat 0.02 0.02 - 0.01 0.05 4. Kluang 0.001 0.003 0.005 - 0.009

Jumlah 0.078

Sumber: JKR Negeri Johor, JKR Daerah Muar, Batu Pahat, Kluang dan MPKu

e. Perbelanjaan asal yang menggunakan peruntukan mengurus menyebabkan terdapat

perbelanjaan yang tidak menepati maksud penyenggaraan jalan negeri seperti

perbelanjaan makanan dan minuman dan sewa mesin fotostat. Arahan Amanah yang

disediakan juga terlalu umum dan tiada garis panduan yang jelas mengenai skop

perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan peruntukan MARRIS. Perbelanjaan di

atas adalah di luar skop yang dibenarkan oleh Arahan Amanah dan tidak mematuhi

ketetapan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pada pendapat Audit, pengurusan akaun amanah MARRIS adalah kurang memuaskan

kerana peruntukan wang amanah ini telah digunakan untuk perbelanjaan yang tiada

kaitan dengan tujuan penyenggaraan jalan. Selain itu, prestasi agihan peruntukan

adalah rendah terutama kepada JKR untuk melaksanakan lebih banyak aktiviti

penyenggaraan jalan sedangkan baki APJM ini masih lagi banyak tidak digunakan.

1.4.2. Kerja Penyenggaraan Yang Dirancang Lewat Dan Tidak Dilaksanakan

1.4.2.1. Setiap tahun JKR akan menyediakan rancangan Aktiviti Penyenggaraan Jalan

(APJ) dan PBT akan menyediakan Senarai Program Dan Projek Di Bawah Peruntukan

MARRIS sebagai asas permohonan peruntukan bagi kerja penyenggaraan jalan kepada

Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor. Aktiviti penyenggaraan yang dirancang dalam

APJ yang disediakan oleh JKR adalah membaiki permukaan jalan yang rosak, pembaikan

bahu jalan, memotong rumput, mengganti perabot jalan, menyenggara longkang serta

pembetung konkrit dan membuat garisan jalan. Semakan Audit mendapati selain dari

MPKu, berlaku kerja yang dirancang tidak dapat dilaksanakan di JKR Daerah Muar, Batu

Pahat dan Kluang seperti di Jadual 1.5.

Page 31: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

9

Jadual 1.5 Prestasi Pelaksanaan Kerja Penyenggaraan Bagi Tahun 2010 Hingga 2012

Bil. Agensi/

JKR Daerah

Bilangan Kerja 2010 2011 2012

Rancang Laksana Peratus Laksana

(%) Rancang Laksana

Peratus Laksana

(%) Rancang Laksana

Peratus Laksana

(%)

1. MPKu 15 22 146.7 26 41 157.7 49 59 120.4

2. Muar 94 58 61.7 94 40 42.6 86 63 73.3

3. Batu Pahat 71 69 97.2 62 44 71 73 35 47.9

4. Kluang 83 61 73.5 59 56 94.9 105 65 61.9

Jumlah 263 210 79.8 241 181 75.1 313 222 70.9

Sumber: JKR Negeri Johor, JKR Daerah Muar, Batu Pahat dan Kluang

1.4.2.2. Semakan Audit juga mendapati kerja penyenggaraan yang banyak tidak

dilaksanakan oleh JKR Daerah Muar, Batu Pahat dan Kluang bagi tahun 2010 hingga

2012 adalah kerja menyenggara perabot jalan iaitu sebanyak 50 kerja, mengecat garisan

jalan sebanyak 38 kerja, menyenggara jambatan sebanyak 35 kerja, mencuci longkang

tepi jalan sebanyak 30 kerja dan menampal serta penggredan semula jalan/bahu jalan

sebanyak 28 kerja. Selain itu, jumlah keseluruhan kerja yang tidak dilaksanakan adalah

sebanyak 236 kerja yang berjumlah RM23.09 juta. Butiran lengkap seperti di Jadual 1.6.

Jadual 1.6 Kerja Penyenggaraan Yang Tidak Dilaksanakan Bagi JKR Daerah Muar, Batu Pahat Dan Kluang Dari Tahun 2010 Hingga 2012

Bil. Jenis Penyenggaraan 2010 2011 2012

Jumlah Keseluruhan

Bil. (RM Juta) Bil. (RM Juta) Bil. (RM Juta) Bil. (RM Juta)

1. Menampal jalan 0 0 8 2.10 20 5.79 28 7.89

2. Penggredan semula jalan/bahu jalan 7 0.75 15 0.94 6 0.52 28 2.21

3. Memotong rumput 12 1.64 0 0 0 0.24 12 1.88

4. Menyenggara perabot jalan 15 0.94 8 0.85 27 0.47 50 2.26

5. Menyenggara jambatan 2 0.15 20 2.69 13 0.75 35 3.59

6. Mengecat garisan jalan 9 0.45 7 0.40 22 0.45 38 1.30

7. Mencuci longkang tepi jalan 3 0.31 15 0.64 12 1.20 30 2.15

8. Lain-lain penyelenggaraan 0 0 2 0.07 1 0.04 3 0.11

9. Membaru muka jalan (SRT I) 12 1.70 0 0 0 0 12 1.70

Jumlah 60 5.94 75 7.69 101 9.46 236 23.09

Sumber: JKR Negeri Johor, JKR Daerah Muar, Batu Pahat dan Kluang

1.4.2.3. Kerja penyenggaraan yang dirancang tetapi lewat atau tidak dilaksanakan

adalah kerana kerja tersebut telah termasuk dalam rancangan kerja yang akan

dilaksanakan secara tender oleh pihak ibu pejabat. Bagaimanapun, kerja yang akan

dilaksanakan oleh pihak ibu pejabat mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan

kerana melalui proses tender. Selain itu, terdapat juga kerja yang dirancang telah

dipindahkan ke kerja lain yang memerlukan tindakan segera akibat kerosakan setelah

mendapat aduan awam menyebabkan peruntukan yang diberikan bagi kerja yang

dirancang telah digunakan bagi kerja kecemasan. Kelewatan pihak JKR melaksanakan

kerja penyenggaraan yang dirancang boleh menyebabkan jalan, jambatan dan perabot

Page 32: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

10

jalan yang sepatutnya disenggarakan mengalami kerosakan yang lebih teruk dan boleh

menjejaskan keselesaan pemanduan pengguna jalan raya. Maklum balas JKR bertarikh

26 Ogos 2013, menyatakan kerja yang dirancang tidak dapat dilaksanakan kerana

APJ JKR Daerah yang dirancang/dimohon tidak diluluskan oleh pihak ibu pejabat

menyebabkan peruntukan kewangan yang diterima adalah terhad dan tidak

mencukupi bagi melaksanakan semua kerja yang dirancang. Bagaimanapun,

sebahagian daripada 236 kerja yang tidak dapat dilaksanakan melalui kaedah sebut

harga telah dilaksanakan oleh kakitangan JKR (secara Jabatan) antaranya ialah

kerja menebas rumput, menyenggara dan mengganti perabot jalan.

Pada pendapat Audit, prestasi pelaksanaan kerja penyenggaraan yang

dilaksanakan oleh JKR Daerah Muar, Batu Pahat dan Kluang adalah kurang

memuaskan kerana peratus pencapaian yang tertinggi pernah dicapai adalah

setakat 97.2% sahaja dan yang terendah adalah 42.6%. JKR Daerah dan Ibu Pejabat

seharusnya bekerjasama semasa menyediakan Aktiviti Penyenggaraan Jalan bagi

memastikan supaya kerja penyenggaraan yang hendak dilaksanakan tidak bertindih

antara satu sama lain.

1.4.3. Penyerahan Jalan Baharu Kurang Berkualiti Kepada JKR

Arahan Teknik (Jalan) 8/86 berkaitan Panduan Corak Geometri Jalan menyatakan kategori

jalan terbahagi kepada 2 jenis iaitu bandar dan luar bandar. Manakala faktor penentuan

spesifikasi ketebalan jalan adalah berdasarkan jumlah aliran trafik kenderaan serta keadaan

persekitaran kawasan tersebut. Pembinaan jalan baharu hendaklah sesuai dengan jumlah

dan jenis aliran trafik kenderaan serta keadaan persekitaran kawasan jalan yang dibina.

Bancian lalu lintas dan pemantauan pembinaan yang komprehensif perlu dibuat agar kualiti

jalan terjamin dan dapat digunakan dengan selamat. Semakan Audit mendapati 2 jalan

baharu telah dibina dengan menggunakan peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar

Dan Wilayah (KKLW) dan telah diserahkan kepada JKR untuk disenggarakan. Keadaan

jalan tersebut adalah seperti berikut:

1.4.3.1. Jalan Pekan Renggam Ke Felda Ulu Belitong, Kluang

Projek Naik Taraf Jalan Pekan Renggam ke Felda Ulu Belitong, Kluang menggunakan

peruntukan KKLW telah dilaksanakan pada 23 Oktober 2007 dan siap pada

30 November 2010 manakala tempoh tanggungan kecacatan tamat pada 30 November

2011. Projek naik taraf jalan sepanjang 11 kilometer ini telah dipantau oleh JKR Daerah

Kluang dan telah didaftarkan di bawah MARRIS pada tahun 2011. Semakan Audit

terhadap kerja penyenggaraan bagi jalan Pekan Renggam ke Felda Ulu Belitong

mendapati sejumlah RM1.22 juta telah dibelanjakan dari tahun 2011 hingga 2012.

Perbelanjaan penyenggaraan yang besar ini tidak sepatutnya berlaku kerana jalan

tersebut baru 2 tahun siap dibina dan diserahkan kepada JKR Daerah Kluang. Butiran

lengkap kerja penyenggaraan yang telah dilaksanakan adalah seperti di Jadual 1.7.

Semakan Audit juga mendapati kebanyakan kerja tersebut telah dilaksanakan secara

Page 33: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

11

perolehan terus kecuali bagi kerja membaiki struktur jalan rosak yang berjumlah RM0.20

juta dan kerja membaiki semula jalan secara localized reconstruction, resurfacing dan

kerja-kerja berkaitan di KM 2.1 hingga KM 2.7 berjumlah RM0.45 juta telah dilaksanakan

secara sebut harga. Lawatan Audit ke jalan tersebut mendapati berlaku kerosakan jalan,

cerun tepi jalan terhakis, parit jalan dan longkang cerun dipenuhi tanah serta kekurangan

perabot jalan seperti di Gambar 1.1, Gambar 1.3, Gambar 1.5 dan Gambar 1.6. Selain

itu, berlaku pembaikan kerosakan yang berulang pada kebanyakan jalan sepanjang 11

kilometer. Berdasarkan maklum balas JKR bertarikh 26 Ogos 2013, menyatakan

bahawa pihaknya akan melaksanakan secara tender dan berperingkat kerja

membaik pulih jalan yang mengalami kerosakan teruk di Jalan Pekan Renggam ke

Felda Ulu Belitong, Kluang. Kerja menanam rumput di cerun yang mengalami

hakisan juga akan dilaksanakan pada tahun 2013. Selain itu, terdapat beberapa

kerosakan seperti pembaikan jalan dan pembersihan longkang jalan telah diambil

tindakan dan dilaksanakan oleh kakitangan Jabatan seperti di Gambar 1.2 dan

Gambar 1.4. Maklum balas JKR juga menyatakan, kerja membaiki kerosakan jalan

telah dilaksanakan secara perolehan terus kerana perlu tindakan segera seperti

lawatan orang kenamaan, aduan orang awam dan Mesyuarat Tindakan Daerah.

Jadual 1.7 Butiran Kerja Penyenggaraan Yang Telah Dilaksanakan Di Jalan Pekan Renggam Ke Felda Ulu Belitong

Bil. Butiran Kerja Jumlah

(RM Juta)

1. Membaiki kerosakan permukaan jalan di beberapa lokasi sepanjang Jalan Pekan Renggam - Ulu Belitong

0.10

2. Membaiki jalan rosak di KM 10.5 0.07

3. Membaiki struktur jalan rosak 0.20

4. Pemasangan guardrail lokasi beebo arch CH7900 0.07

5. Kerja membaiki jalan yang rosak 0.05

6. Kerja membaiki kerosakan permukaan jalan di beberapa lokasi sepanjang Jalan Pekan Renggam - Ulu Belitong

0.06

7. Kerja membaiki jalan yang rosak di Sec 6 - Sec 7 0.05

8. Kerja membaiki jalan yang rosak di Sec 2 - Sec 3 0.05

9. Kerja membaiki jalan yang rosak di Sec 1 - Sec 2 0.05

10. Kerja membaiki semula jalan secara localized reconstruction, resurfacing & kerja-kerja berkaitan di KM 2.1 hingga KM 2.7

0.45

11. Pemasangan guardrail lokasi beebo arch CH3500 0.07

Jumlah 1.22

Sumber: JKR Negeri Johor dan JKR Daerah Kluang

Page 34: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

12

Gambar 1.1 Kerosakan Jalan Belum Dibaiki

Gambar 1.2 Kerosakan Jalan Yang Telah Dibaiki

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Pekan Renggam Ke Felda Ulu

Belitong, Kluang Tarikh: 22 Mei 2013

Sumber: JKR Daerah Kluang Lokasi: Jalan Pekan Renggam Ke Felda Ulu

Belitong, Kluang Tarikh: 21 Ogos 2013

Gambar 1.3 Longkang Jalan Dipenuhi Tanah

Gambar 1.4 Longkang Jalan Telah Dibersihkan

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Pekan Renggam Ke Felda Ulu

Belitong, Kluang Tarikh: 22 Mei 2013

Sumber: JKR Daerah Kluang Lokasi: Jalan Pekan Renggam Ke Felda Ulu

Belitong, Kluang Tarikh: 21 Ogos 2013

Gambar 1.5

Cerun Terhakis Gambar 1.6

Tiada Guardrail Di Kawasan Cerun Melebihi 3 Meter

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Pekan Renggam Ke Felda Ulu

Belitong, Kluang Tarikh: 22 Mei 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Pekan Renggam Ke Felda Ulu

Belitong, Kluang Tarikh: 22 Mei 2013

Sebelum Selepas

Sebelum Selepas

Page 35: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

13

1.4.3.2. Jalan Kampung Raja, Bukit Kepong Ke Felda Moakil, Muar

Projek Membina Jalan Dan Jambatan Dari Kampung Raja, Bukit Kepong Ke Felda Moakil,

Muar menggunakan peruntukan daripada KKLW telah dilaksanakan mulai 20 Mei 2008

dan siap pada 23 November 2011. Tempoh tanggungan kecacatan bagi projek tersebut

telah tamat pada 22 November 2012. Projek pembinaan jalan sepanjang 22 kilometer ini

telah dipantau oleh JKR Negeri Johor dan telah didaftarkan di bawah MARRIS pada

tahun 2012. Lawatan Audit mendapati berlaku kerosakan berulang di beberapa bahagian

jalan walaupun jalan baru disiapkan dan kekurangan papan tanda jalan seperti di

Gambar 1.7 dan Gambar 1.8. Selain itu, pemerhatian Audit juga mendapati perbezaan

warna premix seperti di Gambar 1.9 akibat perolehan premix daripada 2 pembekal

berbeza. Perbandingan Audit mendapati jalan berturap premix dengan warna cerah lebih

banyak berlaku kerosakan berbanding premix dengan warna lebih gelap.

Gambar 1.7 Turapan Semula Jalan Telah Retak

Gambar 1.8 Kawasan Selekoh Tanpa Papan Tanda

Dan Guardrail

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Felda Moakil, Muar Tarikh: 30 Mei 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Felda Moakil, Muar Tarikh: 30 Mei 2013

Gambar 1.9 Perbezaan Warna Premix Akibat Daripada 2 Pembekal Berbeza Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Felda Moakil, Muar Tarikh: 30 Mei 2013

1.4.3.3. Kerosakan jalan yang berlaku pada kedua-dua projek tersebut adalah

disebabkan berlaku pengurangan skop kerja yang melibatkan kerja pavement iaitu kerja

turapan jalan. Mengikut lukisan asal sepatutnya Asphalt Concrete Binder Course (ACBC)

adalah setebal 70 mm dan Asphalt Concrete Wearing Course (ACWC) setebal 50 mm.

Kerja pavement bagi kedua-dua jalan tersebut adalah setakat ACBC setebal 50 mm

Page 36: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

14

hingga 75 mm manakala kerja ACWC yang sepatutnya dilaksanakan mengikut lukisan

asal tidak dibuat. Ketiadaan ACWC bagi melindungi ACBC dan pengurangan ketebalan

keseluruhan pavement telah memberi kesan kepada ketahanan permukaan jalan. Selain

itu, skop kerja bagi pemasangan pengadang jalan (guardrail) dan tanaman tutup bumi

untuk mengelakkan hakisan cerun bagi Jalan Pekan Renggam ke Felda Ulu Belitong,

Kluang juga telah dikeluarkan menyebabkan berlaku hakisan cerun yang teruk.

Penyerahan jalan yang kurang berkualiti kepada JKR telah menyebabkan tambahan kos

yang tinggi bagi menyenggara jalan tersebut walaupun jalan baru disiapkan. Selain itu, ia

juga membahayakan pengguna jalan raya dan boleh menjejaskan imej Jabatan.

Pada pendapat Audit, pembinaan jalan baharu yang mengalami pengecilan skop kerja

telah menjadi salah satu punca peningkatan kos penyenggaraan jalan.

1.4.4. Kualiti Kerja Penyenggaraan Kurang Memuaskan

JKR telah menetapkan kerja menyenggara jalan serta bahu jalan akan dilaksanakan oleh

kontraktor yang dilantik atau dilaksanakan oleh kakitangan JKR sendiri. Kekerapan pusingan

penyenggaraan berdasarkan perancangan yang ditetapkan seperti kerja tampal jalan akan

dilaksanakan sekali setahun manakala kerja menyenggara perabot jalan, kerja mengecat

tanda jalan dan mencuci longkang tepi jalan akan dilaksanakan 2 kali setahun. JKR juga

telah menyediakan APJ bagi merancang penyenggaraan yang perlu dilakukan pada setiap

tahun. Pelaksanaan kerja penyenggaraan yang dirancang setiap tahun berdasarkan APJ

perlu dipantau dengan teliti bagi memastikan spesifikasi kerja dipatuhi. Semakan Audit

mendapati kerja penyenggaraan yang dilaksanakan kurang berkualiti dan tidak mengikut

spesifikasi serta butiran kerja dalam Bill of Quantities (BQ) seperti berikut:

1.4.4.1. Kegagalan Turapan Jalan Yang Baru Diturap

Kegagalan turapan jalan dikategorikan kepada 6 jenis utama iaitu retak, ubah bentuk

permukaan, kecacatan permukaan, tampalan, lelubang dan kecacatan tepi jalan. Lawatan

Audit di Daerah Kluang, Batu Pahat dan Kulaijaya mendapati kualiti kerja bagi 16 kerja

penyenggaraan yang melibatkan 6 batang jalan adalah kurang memuaskan kerana

permukaan jalan yang baharu diturap pada tahun 2012 telah rosak dan mengalami

kecacatan tepi jalan. Keadaan kegagalan turapan jalan yang ditemui adalah seperti

berikut:

a. Retak

Keretakan adalah kerosakan yang sering terdapat pada permukaan jalan dan berlaku

dalam pelbagai bentuk daripada retakan terpencil sehingga meliputi seluruh turapan.

Keretakan pada permukaan pavement akan membenarkan air meresap ke dalam

lapisan pavement dan mengakibatkan kegagalan awalan pada permukaan jalan.

Lawatan Audit mendapati antara jenis retakan yang ditemui adalah seperti retak

buaya, retak bulan sabit dan retak tepi jalan seperti berikut:

Page 37: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

15 

i. Retak Buaya

Kerosakan permukaan jalan jenis retak buaya membentuk satu rangkaian

retakan sambungan yang menyerupai kulit buaya apabila terdapat retakan saling

bersambungan dan membentuk jaringan sisi yang bersaiz antara 100 mm hingga

300 mm. Antara penyebab retak ini berlaku adalah ketebalan turapan yang tidak

mencukupi dan sistem saliran yang kurang baik. Lawatan Audit mendapati

keretakan ini berlaku di Kampung Maju Jaya, Machap seperti di Gambar 1.10.

Maklum balas JKR bertarikh 26 Ogos 2013, menyatakan kerosakan yang

berlaku pada Jalan Kampung Maju Jaya, Machap, Kluang adalah

disebabkan jalan tersebut mengalami peningkatan bebanan trafik

pengangkutan buah sawit ke kilang yang terletak berhampiran kampung

tersebut. Tindakan bagi membaiki kerosakan jalan juga telah dilaksanakan

oleh kakitangan Jabatan seperti di Gambar 1.11.

Gambar 1.10 Kerosakan Jalan Jenis Retak Buaya

Gambar 1.11 Kerosakan Jalan Sedang Diambil

Tindakan

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Kampung Maju Jaya, Machap Tarikh: 22 Mei 2013

Sumber: JKR Daerah Kluang Lokasi: Jalan Kampung Maju Jaya, Machap Tarikh: 21 Ogos 2013

ii. Retak Bulan Sabit

Kerosakan jalan ini terbentuk seperti bulan sabit, meretak dalam arah trafik dan

hanya berlaku pada lapisan berbitumen sahaja. Keretakan ini berlaku

disebabkan ketidaksempurnaan ikatan antara lapisan permukaan dan lapisan

bawah, kurang pemadatan lapisan permukaan dan pemampatan semasa asfalt

sudah sejuk. Lawatan Audit mendapati terdapat kerosakan jalan berbentuk bulan

sabit di Jalan Pekan Renggam ke Felda Ulu Belitong seperti di Gambar 1.12.

Selepas teguran Audit, JKR Daerah Kluang telah mengambil tindakan dengan

membaiki jalan yang rosak seperti di Gambar 1.13.

   

Sebelum Selepas

Page 38: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

16

Gambar 1.12 Kerosakan Jalan Jenis Retak Bulan

Sabit

Gambar 1.13 Kerosakan Jalan Telah Diambil Tindakan

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Pekan Renggam Ke Felda Ulu

Belitong, Kluang Tarikh: 22 Mei 2013

Sumber: JKR Daerah Kluang Lokasi: Jalan Pekan Renggam Ke Felda Ulu

Belitong, Kluang Tarikh: 21 Ogos 2013

iii. Retak Tepi Jalan

Retak ini selalu terjadi pada bahu jalan yang tidak diturap, bersambungan antara

satu sama lain secara selari dan saiz retakan antara 300 mm hingga 600 mm.

Retak tepi jalan berlaku disebabkan pemendapan bahu jalan setelah parasnya

ditinggikan atau dilebarkan, saliran tepi jalan kurang memuaskan dan lebar jalan

yang tidak mencukupi memaksa kenderaan menghampiri tepi jalan. Contoh retak

tepi jalan yang ditemui semasa lawatan Audit di Jalan Bindu, Batu Pahat adalah

seperti di Gambar 1.14.

Gambar 1.14 Kerosakan Jalan Jenis Retak Tepi Jalan Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Bindu, Batu Pahat Tarikh: 27 Mei 2013

b. Ubah Bentuk Permukaan

Ubah bentuk permukaan terjadi apabila terdapat perubahan permukaan daripada

bentuk binaan asal. Keadaan ini berlaku selepas pembinaan yang disebabkan oleh

lalu lintas atau cuaca dan apabila turapan jalan tidak stabil. Contoh ubah bentuk

permukaan yang ditemui semasa lawatan Audit dilaksanakan adalah shoving.

Shoving terbentuk dengan penolakan permukaan jalan ke bahagian tepi dan bahu

jalan. Keadaan ini berlaku disebabkan ikatan yang kurang antara permukaan bitumen

Sebelum Selepas

Page 39: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

17

dan lapisan bawah dan kekuatan lapisan asas tidak cukup untuk menampung beban

trafik. Contoh shoving yang ditemui semasa lawatan Audit dilaksanakan adalah

seperti di Gambar 1.15 dan Gambar 1.16. Maklum balas MPKu bertarikh

16 Ogos 2013, menyatakan kerosakan jalan di Kampung Melayu Sedenak,

Kulaijaya adalah disebabkan berlaku pertambahan bebanan dan aliran trafik di

jalan tersebut.

Gambar 1.15 Kerosakan Jalan Jenis Shoving

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Pekan Renggam Ke Felda Ulu

Belitong, Kluang Tarikh: 22 Mei 2013

Gambar 1.16 Kerosakan Jalan Jenis Shoving Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kampung Melayu Sedenak, Kulaijaya Tarikh: 20 Mei 2013

c. Kecacatan Permukaan

Kerosakan kecacatan permukaan berlaku disebabkan kehilangan bahan lapisan

permukaan dan tekstur permukaan. Contoh kerosakan kecacatan permukaan yang

ditemui semasa lawatan Audit dilaksanakan adalah jenis pengikisan. Pengikisan

berlaku apabila lapisan asfalt tertanggal daripada permukaan jalan kerana ikatan

antara agregat dan bitumen adalah lemah. Keadaan ini terjadi disebabkan beberapa

faktor antaranya penggunaan kandungan pengikat yang terlalu rendah dan

pemadatan yang tidak sesuai. Contoh pengikisan yang ditemui pada jalan yang

baharu diturap adalah di jalan Kampung Melayu Sedenak, Kulaijaya seperti di

Gambar 1.17.

Page 40: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

18

Gambar 1.17 Kerosakan Jalan Jenis Pengikisan Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kampung Melayu Sedenak, Kulaijaya Tarikh: 20 Mei 2013

d. Lelubang

Lelubang adalah lubang yang terbentuk mangkuk dalam pelbagai saiz pada

permukaan turapan. Lelubang mula berlaku dengan keretakan halus yang tidak

dirawat dan membenarkan air memasuki turapan menyebabkan turapan menjadi

lembut. Keretakan ini menjadi bercambah sehingga ketulan bahan permukaan jalan

terbongkas membentuk lelubang. Contoh kerosakan jenis lelubang yang ditemui di

jalan Kampung Maju Jaya, Machap adalah seperti di Gambar 1.18. Selepas teguran

Audit, JKR Daerah Kluang telah mengambil tindakan dengan membaiki jalan yang

retak seperti di Gambar 1.19.

Gambar 1.18 Kerosakan Jalan Jenis Lelubang

Gambar 1.19 Kerosakan Jalan Telah Dibaiki

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Kampung Maju Jaya, Machap,

Kluang Tarikh: 22 Mei 2013

Sumber: JKR Daerah Kluang Lokasi: Jalan Kampung Maju Jaya, Machap,

Kluang Tarikh: 21 Ogos 2013

e. Kecacatan Tepi Jalan

Kecacatan tepi jalan berlaku di sepanjang permukaan antara turapan dan bahu jalan

dan banyak terjadi pada bahu jalan yang tidak berturap. Lawatan Audit di Daerah

Kulaijaya, Kluang dan Batu Pahat menemui 2 jenis kecacatan tepi jalan pada jalan

yang baru diturap iaitu pecahan tepi dan jatuhan tepi. Penjelasan lanjut seperti

berikut:

Sebelum Selepas

Page 41: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

19

i. Pecahan Tepi

Pecahan tepi berlaku apabila tepi permukaan bitumen pecah atau terkopek

disebabkan oleh lebar turapan dan sokongan tepi yang tidak mencukupi dan

kehilangan rekatan pada tapak jalan. Contoh kerosakan kecacatan tepi jalan

jenis pecahan tepi yang ditemui di Jalan Parit Besar, Batu Pahat adalah seperti

di Gambar 1.20. Berdasarkan maklum balas JKR bertarikh 26 Ogos 2013,

kerosakan yang berlaku adalah disebabkan kerja pengorekan yang dibuat

oleh pihak utiliti. JKR Daerah Batu Pahat telah mengeluarkan surat

bertarikh 29 Mac 2013 kepada pihak utiliti mengenai kerosakan jalan yang

perlu dibaiki mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Gambar 1.20 Kerosakan Jalan Jenis Pecahan Tepi Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Parit Besar, Batu Pahat Tarikh: 27 Mei 2013

ii. Jatuhan Tepi

Jatuhan tepi merupakan perbezaan aras di antara laluan trafik dan bahu jalan

yang disebabkan enapan atau hakisan bahu jalan. Ia dianggap jatuhan tepi

sekiranya jatuhan melebihi 25 mm dan biasanya berpunca daripada lebar

turapan yang tidak mencukupi dan turapan semula jalan tanpa hamparan semula

bahu jalan. Lawatan Audit mendapati aras permukaan jalan yang baru diturap

dengan bahu jalan berbeza sebanyak 165 mm di Jalan Kampung Maju Jaya,

Machap dan 215.9 mm di Jalan Suasa, Taman Gemilang, Kulaijaya seperti di

Gambar 1.21 dan Gambar 1.23. Selepas teguran Audit, JKR Daerah Kluang

telah mengambil tindakan dengan menambak bahu jalan di Jalan Kampung Maju

Jaya, Machap bagi mengurangkan perbezaan antara bahu jalan dan permukaan

jalan raya seperti di Gambar 1.22.

Page 42: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

20

Gambar 1.21 Permukaan Jalan Berbeza Sebanyak

165 mm Daripada Bahu Jalan

Gambar 1.22 Bahu Jalan Yang Telah Ditambak

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Kampung Maju Jaya, Machap Tarikh: 22 Mei 2013

Sumber: JKR Daerah Kluang Lokasi: Jalan Kampung Maju Jaya, Machap Tarikh: 21 Ogos 2013

Gambar 1.23 Permukaan Jalan Berbeza Sebanyak 215.9 mm Daripada Bahu Jalan

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Suasa, Taman Gemilang, Kulaijaya Tarikh: 3 April 2013

f. Kelemahan pemantauan oleh pegawai penguasa semasa memantau kerja-kerja yang

dilaksanakan oleh kontraktor menyebabkan jalan yang baharu diturap telah rosak

semula. Keadaan jalan yang rosak dan permukaan jalan yang terlalu tinggi

berbanding bahu jalan akan mengundang bahaya dan ketidakselesaan kepada

pengguna jalan raya.

1.4.4.2. Kerja Tidak Mengikut Spesifikasi Dan Kurang Berkualiti

Kerja pembinaan atau bekalan hendaklah dibuat mengikut butiran kerja dan spesifikasi

yang ditetapkan serta bayaran perlu dijelaskan terhadap kerja/bekalan yang telah

dilaksanakan. JKR dan MPKu juga perlu memastikan semua kerja dan bahan yang

digunakan bagi kerja penyenggaraan adalah berkualiti bagi memastikan kemudahan yang

disediakan dapat digunakan dalam tempoh yang lama. Semakan Audit mendapati kerja

yang dilaksanakan oleh kontraktor tidak mengikut spesifikasi kerja yang telah ditetapkan.

Butiran dan penjelasan lanjut adalah seperti di Jadual 1.8 dan perenggan a hingga

perenggan g.

Sebelum Selepas

Page 43: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

21

Jadual 1.8 Kerja Tidak Mengikut Spesifikasi

Bil. Jenis Kerja Spesifikasi Kerja Kuantiti

(Unit)

Harga Seunit

(RM)

Jumlah

(RM)

Fizikal

(Unit)

Kos Yang Tidak

Dibekalkan (RM)

Tarikh Siap Kerja

1. Menurap semula jalan serta kerja-kerja berkaitan di Taman Gunung Pulai, Kulaijaya

Memasang papan tanda nama jalan

20 400 8,000 0 8,000 08.10.2012

2. Kerja menurap jalan di Taman Mewah, Senai

Memasang log strip 126 m2 (140 unit)

18 2,268 0 2,268 19.12.2011

3. Kerja-kerja menurap jalan di Taman Bintang, Senai

Memasang log strip 72 m2 (80 unit)

80 5,760 20 3,982 07.12.2011

4. Penyenggaraan tahunan kerja-kerja membaiki, menampal dan menurap semula Jalan di Kawasan Indahpura, Bandar Putra dan Saleng, Kulaijaya

Memasang dan mengecat bonggol jalan dengan cat warna kuning dan putih serta garisan tepi di Jalan Kasawari

250 m2 22 5,500 Tidak sempurna

Tiada maklumat

30.11.2011

Memasang log strip di Jalan Kasawari

420 m2 (400 unit)

22 9,240 0 9,240

Mengecat dengan cat warna putih garisan tepi dan tengah jalan di Jalan Nuri

700m2 13 9,100 Tidak sempurna

Tiada maklumat

Memasang log strip di Jalan Nuri

420 m2 (400 unit)

22 9,240 40 8,402

5. Kerja-kerja membersih rizab jalan di sebelah kanan KM 0.05-0.50, Jalan Parit Karjo (J209), Senggarang Batu Pahat Johor

Membersihkan rizab jalan meliputi mengorek, membersihkan parit konkrit termasuk memotong, membersihkan pokok-pokok kecil, tunggul, struktur binaan yang menghalang dan membuang rumput

11,000 meter

11 121,000 Tidak sempurna

Tiada maklumat

17.10.2012

membekal dan memasang parit konkrit V 380 mm bagi menggantikan parit yang rosak

500m (830 unit)

42 21,000 Tidak sempurna

Tiada maklumat

Sumber: Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor, JKR Negeri Johor, JKR Daerah Batu Pahat dan MPKu

a. Kerja menurap semula jalan serta kerja berkaitan di Taman Gunung Pulai telah

dilaksanakan pada bulan Oktober 2012 dengan nilai kontrak berjumlah RM425,733

dan bayaran telah dijelaskan pada bulan Disember 2012. Antara kerja yang perlu

dilaksanakan oleh pihak kontraktor adalah memasang 20 unit papan tanda nama

jalan berjumlah RM8,000. Lawatan Audit pada bulan Mei 2013 mendapati papan

tanda nama jalan belum dipasang oleh pihak kontraktor.

b. Kerja menurap jalan di Taman Mewah Senai telah dilaksanakan pada bulan

Disember 2011 dengan nilai kontrak berjumlah RM189,576. Pihak kontraktor perlu

memasang log strip sebanyak 140 unit bernilai RM2,268. Lawatan Audit pada bulan

Mei 2013 mendapati log strip belum dipasang walaupun bayaran telah dijelaskan

pada bulan Disember 2011.

c. Kerja menurap semula jalan serta kerja berkaitan di Taman Bintang, Senai telah

dilaksanakan pada bulan Disember 2011 dengan nilai kontrak berjumlah RM89,483.

Antara kerja yang perlu dilaksanakan oleh pihak kontraktor adalah memasang log

strip sebanyak 80 unit dengan kos berjumlah RM5,760. Lawatan Audit mendapati

pihak kontraktor hanya memasang 20 unit log strip yang berjumlah RM1,600.

Page 44: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

22

Lawatan Audit juga mendapati bonggol dan log strip yang telah dipasang telah pudar

walaupun baru setahun penggunaannya seperti di Gambar 1.24.

Gambar 1.24 Cat Pada Bonggol Jalan Telah Pudar Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Taman Bintang, Senai Tarikh: 16 Mei 2013

d. Tender penyenggaraan tahunan bagi kerja membaiki, menampal dan menurap

semula jalan di kawasan Indahpura, Bandar Putra dan Saleng dengan nilai kontrak

berjumlah RM1,780,080 telah siap dilaksanakan pada bulan November 2011. Pihak

kontraktor bertanggungjawab memasang dan mengecat bonggol jalan dengan cat

warna kuning dan putih serta garisan tepi jalan dan log strip sebanyak 400 unit di

Jalan Kasawari. Selain itu, pihak kontraktor juga perlu mengecat garisan tepi dan

tengah jalan dengan cat warna putih di Jalan Nuri dan memasang log strip sebanyak

400 unit. Lawatan Audit mendapati garisan tepi jalan tidak dicat, bonggol yang dibina

hanya dicat dengan satu garisan warna putih dan log strip tidak dipasang di Jalan

Kasawari. Pihak kontraktor juga tidak mengecat garisan tepi dan tengah di

keseluruhan Jalan Nuri dan log strip hanya dipasang sebanyak 40 unit berbanding

400 unit.

e. Maklum balas MPKu bertarikh 16 Ogos 2013, menyatakan tindakan bagi

memasang papan tanda nama jalan di Taman Gunung Pulai dan log strip di

Taman Mewah dan Taman Bintang, Senai serta Jalan Kasawari dan Jalan Nuri

telah dilaksanakan oleh kontraktor pada bulan Julai 2013. Kerja memasang dan

mengecat bonggol jalan dengan warna kuning dan putih serta garisan tepi di

Jalan Kasawari dan Jalan Nuri juga telah dilaksanakan oleh kontraktor selepas

mendapat teguran Audit.

f. Kerja membersihkan rizab jalan di sebelah kanan KM 0.05 hingga KM 0.50, Jalan

Parit Karjo, Senggarang, Batu Pahat telah dilaksanakan pada bulan Oktober 2012

dengan nilai kontrak berjumlah RM163,100. Pihak kontraktor yang dilantik perlu

membersihkan rizab jalan meliputi mengorek, membersihkan parit konkrit termasuk

memotong, membersihkan pokok-pokok kecil, tunggul, struktur binaan yang

menghalang dan membuang rumput sepanjang 11 kilometer dengan kos berjumlah

RM121,000 dan membekal serta memasang parit konkrit V 380 mm sepanjang 500

meter (830 unit) bagi menggantikan parit yang rosak bernilai RM21,000. Lawatan

Audit pada bulan Mei 2013 mendapati kerja penyenggaraan longkang yang

Page 45: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

23

dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik tidak dilaksanakan dengan sempurna di

mana terdapat tanah dan rumput yang tidak dibersihkan dalam longkang dan sump

seperti di Gambar 1.25. Selain itu, pihak Audit mendapati kerja memasang longkang

tidak dilaksanakan dengan sempurna di mana penyambung antara longkang tidak

dilepa dengan simen seperti di Gambar 1.26. Pihak kontraktor sepatutnya

membuang serta membersihkan tanah dan tumbuhan dalam longkang dan sump

serta melepa longkang yang dipasang dengan simen. Maklum balas JKR bertarikh

20 Ogos 2013, menyatakan tindakan bagi mengganti longkang yang rosak dan

pemasangan longkang yang tidak sempurna telah dilaksanakan oleh pihak

kontraktor pada awal bulan Julai 2013 seperti di Gambar 1.27.

Gambar 1.25 Tanah Dan Rumput Yang Tidak Dibersihkan Dengan Sempurna Dalam Longkang Dan Sump Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: KM 21, Jalan Parit Karjo, Batu Pahat Tarikh: 28 Mei 2013

Gambar 1.26 Penyambung Antara Longkang Tidak

Dilepa Dengan Simen

Gambar 1.27 Penyambung Antara Longkang Telah

Dilepa Dengan Simen

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Parit Karjo, Batu Pahat Tarikh: 28 Mei 2013

Sumber: JKR Daerah Batu Pahat Lokasi: Jalan Parit Karjo, Batu Pahat Tarikh: 7 Julai 2013

g. Penyeliaan serta pemantauan yang tidak dibuat secara teliti oleh pegawai

bertanggungjawab menyebabkan kerja/bekalan yang tidak dilaksanakan telah dibayar

sepenuhnya oleh JKR dan MPKu. Keadaan ini menyebabkan Kerajaan menanggung

kerugian kerana pembayaran yang dibuat tidak setimpal dengan kerja/bekalan yang

diberikan serta boleh menjejaskan imej JKR dan MPKu.

Pada pendapat Audit, kualiti kerja penyenggaraan yang telah dilaksanakan oleh

kontraktor yang dilantik adalah tidak memuaskan kerana tiada pemantauan rapi

Sebelum Selepas

Page 46: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

24

oleh pegawai yang bertanggungjawab menyebabkan jalan yang baru diturap rosak

semula dalam tempoh setahun dan bayaran telah dijelaskan walaupun

kerja/bekalan tidak mengikut spesifikasi dan senarai kuantiti yang ditetapkan.

1.4.4.3. Penyenggaraan Biasa Kurang Memuaskan

Penyenggaraan biasa adalah kerja pembaikan ke atas kerosakan yang boleh dijangka

dan dikawal dari segi sifatnya dan penentuan masa pembaikan, serta tidak membabitkan

kelemahan struktur pavement jalan. Penyenggaraan ini terbahagi kepada beberapa jenis

iaitu penyenggaraan pavement, penyenggaraan bahu jalan, pemotongan rumput,

penyenggaraan perabot jalan, penyenggaraan pembetung dan jambatan serta

penyenggaraan longkang. Semakan Audit mendapati perkara-perkara seperti berikut:

a. Kerosakan Jalan Belum Dibaiki

Jalan raya sama ada yang baharu dibina atau telah lama dibina akan terdedah

kepada kerosakan akibat bebanan lalu lintas dan faktor alam sekitar. Permukaan

jalan hendaklah dirawat secara berkala bagi mengelak kerosakan berlaku. Tindakan

Jabatan/Agensi untuk memantau segala kerosakan dan mengambil tindakan

membaikinya dengan segera sangat penting bagi memastikan keselamatan

pengguna jalan raya. Lawatan Audit ke jalan yang dipilih di Daerah Muar, Kulaijaya

dan Batu Pahat mendapati berlaku kerosakan jalan yang belum dibaiki dan jalan tidak

disenggarakan menyebabkan rumput telah tumbuh di atas jalan seperti di

Gambar 1.28 hingga Gambar 1.31. Maklum balas JKR bertarikh 26 Ogos 2013,

menyatakan pihak ibu pejabat akan melaksanakan secara tender kerja

membaharui muka jalan yang mengalami kerosakan sepanjang 6 kilometer di

Jalan Muar – Labis pada tahun 2013. Pihak JKR Daerah Batu Pahat juga telah

mengambil tindakan dengan memotong besi penyokong tiang elektrik yang

terdapat di Jalan Bindu, Batu Pahat dan telah menampal semula jalan tersebut

seperti di Gambar 1.32.

Gambar 1.28 Jalan Retak

Gambar 1.29 Jalan Rosak Belum Dibaiki

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Muar – Labis, Muar Tarikh: 4 April 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Taman Wawasan, Kulaijaya Tarikh: 20 Mei 2013

Page 47: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

25

Gambar 1.30 Rumput Tumbuh Di Lorong Belakang Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Taman Manis, Kulaijaya Tarikh: 3 April 2013

Gambar 1.31

Besi Tertanam Dalam Jalan Gambar 1.32

Besi Telah Dipotong Dan Jalan Telah Ditampal Semula

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Bindu, Batu Pahat Tarikh: 27 Mei 2013

Sumber: JKR Daerah Batu Pahat Lokasi: Jalan Bindu, Batu Pahat Tarikh: 22 Ogos 2013

b. Penyenggaraan Bahu Jalan Dan Utiliti

Bahu jalan merupakan kawasan rizab di bahagian tepi jalan yang perlu dikosongkan

untuk kegunaan kes kecemasan supaya pemandu boleh beralih ke bahu jalan untuk

keluar dari aliran trafik dengan selamat. Mengikut Arahan Teknik Jalan 4/85 (Pindaan

1997) – Application For The Installation Of Public Utility Services Within Road

Reserve, Second Schedule, kerja penyenggaraan di bahu jalan yang dilaksanakan

oleh pihak utiliti perlu mendapat permit kerja daripada Jabatan. Lawatan Audit

mendapati kerja utiliti telah dilaksanakan di Kawasan Perindustrian Senai, Kulaijaya

dan tampalan semula pada bahagian yang digali telah dilaksanakan. Bagaimanapun,

tampalan tersebut tidak kemas dan terdapat bahagian yang tidak dibuat tampalan

semula seperti di Gambar 1.33 dan Gambar 1.34. Berdasarkan maklum balas

MPKu bertarikh 16 Ogos 2013, pihak utiliti tidak mematuhi syarat am

pengorekan dan laluan yang ditunjukkan semasa permohonan tidak sama

dengan kerja di tapak. MPKu juga telah mengeluarkan surat arahan bertarikh

13 Jun 2013 kepada pihak utiliti bagi membaiki kerosakan yang berlaku.

Sebelum Selepas

Page 48: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

26

Gambar 1.33 Kerja Tampalan Semula Tidak Kemas

Gambar 1.34 Tampalan Semula Tidak Dilakukan

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kawasan Perindustrian Senai, Kulaijaya Tarikh: 20 Mei 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kawasan Perindustrian Senai, Kulaijaya Tarikh: 20 Mei 2013

c. Penyenggaraan Longkang Dan Scupper Drain

Sistem perparitan yang sempurna dan disenggarakan dengan cekap dan berkesan

dapat meningkatkan kelancaran aliran air dari permukaan jalan ke longkang tepi jalan

dan seterusnya ke kawasan saliran berhampiran. Lawatan Audit mendapati perkara

seperti berikut:

i. Beberapa bahagian longkang di Jalan Kluang ke Chamek dipenuhi rumput dan

pasir seperti di Gambar 1.35 manakala di Jalan Minyak Beku, Batu Pahat pula

tanah telah menimbus parit jalan di beberapa tempat menyebabkan gangguan

kepada aliran air parit seperti di Gambar 1.37 dan Gambar 1.38. Lawatan Audit

ke Jalan Seri Medan, Batu Pahat juga mendapati rumput tumbuh dalam parit

konkrit selain terdapat mendakan pasir seperti di Gambar 1.39. Selepas teguran

Audit, JKR Daerah Kluang dan Batu Pahat telah mengambil tindakan dengan

menyenggara dan membersihkan longkang di Jalan Kluang ke Chamek, Kluang

dan Jalan Seri Medan, Batu Pahat seperti di Gambar 1.36 dan Gambar 1.40.

Gambar 1.35

Rumput Tumbuh Dalam Longkang Gambar 1.36

Longkang Telah Dibersihkan

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Kluang ke Chamek, Kluang Tarikh: 23 Mei 2013

Sumber: JKR Daerah Kluang Lokasi: Jalan Kluang ke Chamek, Kluang Tarikh: 21 Ogos 2013

Sebelum Selepas

Page 49: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

27

Gambar 1.37 Tanah Menimbus Parit Jalan

Gambar 1.38 Air Dalam Parit Bertakung

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Minyak Beku, Batu Pahat Tarikh: 28 Mei 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Minyak Beku, Batu Pahat Tarikh: 28 Mei 2013

Gambar 1.39 Rumput Dalam Parit

Gambar 1.40 Longkang Telah Dibersihkan

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Seri Medan, Batu Pahat Tarikh: 28 Mei 2013

Sumber: JKR Daerah Batu Pahat Lokasi: Jalan Seri Medan, Batu Pahat Tarikh: 22 Ogos 2013

ii. Lawatan Audit di Daerah Kulaijaya mendapati scupper drain tidak dibersihkan

dan terdapat tanah dan tumbuhan menutupi lubang aliran air dari permukaan

jalan ke longkang berhampiran seperti di Gambar 1.41 dan Gambar 1.42.

Lawatan Audit juga mendapati scupper drain di Kawasan Perindustrian Senai,

Kulaijaya tersumbat dan tidak disenggarakan menyebabkan air bertakung di tepi

jalan seperti di Gambar 1.43. Selepas teguran Audit, MPKu telah mengambil

tindakan dengan menyenggara dan membersihkan scupper drain yang

tersumbat di Kawasan Perindustrian Senai, Kulai seperti di Gambar 1.44.

Sebelum Selepas

Page 50: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

28

Gambar 1.41 Scupper Drain Dipenuhi Pasir Dan

Rumput

Gambar 1.42 Scupper Drain Dipenuhi Pasir

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Merak, Bandar Putra, Kulaijaya Tarikh: 16 Mei 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Taman Wawasan, Kulaijaya Tarikh: 20 Mei 2013

Gambar 1.43 Air Bertakung Di Tepi Jalan

Gambar 1.44 Scupper Drain Telah Dibersihkan

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kawasan Perindustrian Senai, Kulaijaya Tarikh: 16 Mei 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kawasan Perindustrian Senai, Kulaijaya Tarikh: 20 Ogos 2013

iii. Keadaan ini boleh menjejaskan imej JKR dan MPKu kerana melaksanakan kerja

penyenggaraan yang tidak bermutu dan mengganggu kelancaran pengaliran air

terutamanya ketika musim hujan yang boleh menyebabkan banjir dan menjadi

punca utama kerosakan jalan.

d. Penyenggaraan Garisan Jalan

Arahan Teknik (Jalan) 2D/85, Manual on Traffic Control Devices: Road Markings And

Delineation menyatakan kerja mengecat garisan jalan meliputi kerja membuat garisan

cat putih setebal 1.0 mm dan selebar 150 mm di bahagian tengah, kiri dan kanan

jalan. Keperluan untuk menyenggara garisan jalan adalah mengikut keperluan atau

sekurang-kurangnya sekali setahun. Garisan jalan adalah penting untuk memberi

amaran dan panduan kepada pengguna jalan raya supaya dapat memandu dalam

keadaan selesa dan selamat. Selain itu, semua garisan jalan hendaklah dicat dengan

jelas dan sentiasa disenggarakan dengan baik. Lawatan Audit di Daerah Muar dan

Sebelum Selepas

Page 51: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

29

Batu Pahat mendapati garisan jalan telah pudar dan tidak dicat semula seperti di

Gambar 1.45 dan Gambar 1.46. Selain itu, lawatan Audit di Daerah Batu Pahat juga

mendapati garisan jalan tidak dibuat selepas turapan semula dilakukan dan garisan

jalan lama tidak dipadamkan walaupun garisan jalan yang baharu telah dibuat seperti

di Gambar 1.47 dan Gambar 1.48. Berdasarkan maklum balas JKR bertarikh 26

Ogos 2013, menyatakan kerja bagi menurap semula jalan di Jalan Muar - Labis,

Jalan Minyak Beku dan Jalan Parit Botak, Batu Pahat akan dilaksanakan secara

tender pada tahun 2013 yang meliputi kerja mengecat garisan jalan.

Gambar 1.45 Gambar 1.46 Garisan Jalan Telah Pudar

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Muar – Labis, Muar Tarikh: 4 April 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Minyak Beku, Batu Pahat Tarikh: 28 Mei 2013

Gambar 1.47

Garisan Jalan Tidak Dibuat Selepas Turapan Semula

Gambar 1.48 Garisan Jalan Baharu Dan Lama Yang

Bertindih

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Parit Karjo, Batu Pahat Tarikh: 28 Mei 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Parit Botak, Batu Pahat Tarikh: 28 Mei 2013

e. Jalan yang rosak, parit tersumbat serta garisan jalan yang tidak disenggarakan

dengan sempurna adalah kerana JKR tidak mempunyai perancangan secara

menyeluruh bagi memantau jalan serta longkang yang perlu disenggarakan bagi

setiap tahun. Daftar jalan serta inventori jalan juga tidak disediakan bagi

memudahkan perancangan dilaksanakan bagi jalan yang telah dan perlu

disenggarakan.

Page 52: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

30

Pada pendapat Audit, penyenggaraan biasa yang dilaksanakan oleh JKR dan MPKu

adalah kurang memuaskan kerana jalan yang rosak belum dibaiki serta longkang dan

scupper drain tidak disenggarakan menyebabkan air bertakung di atas jalan. Kerja

penyenggaraan yang cekap dan berkesan akan meningkatkan daya tahan jalan kesan

daripada faktor alam semula jadi dan aliran trafik kenderaan.

1.4.5. Analisis Soal Selidik

1.4.5.1. Pihak Audit telah mengedarkan soal selidik kepada 600 responden bagi

mendapatkan maklum balas mengenai kepuasan pelanggan terhadap keselesaan, kualiti

dan keselamatan jalan raya. Sebanyak 494 borang soal selidik telah dikembalikan yang

terbahagi kepada 4 daerah iaitu Kulaijaya, Kluang, Batu Pahat dan Muar. Hasil analisis

daripada borang soal selidik yang diedarkan adalah seperti di Jadual 1.9.

Jadual 1.9 Maklum Balas Pengguna Mengikut Daerah Daripada Aspek Keselesaan Dan Keselamatan Menggunakan Jalan Raya

Bil. Daerah Aspek Keselesaan

(%) Aspek Keselamatan

(%) Ya Tidak Ya Tidak

1. Kulaijaya 32.6 67.4 43 57 2. Kluang 20.4 79.6 24.5 75.5 3. Batu Pahat 14.5 85.5 23 63.6 4. Muar 32.4 67.6 36.6 63.4

Sumber: Soal Selidik Jabatan Audit Negara

1.4.5.2. Berdasarkan Jadual 1.9, purata pengguna jalan raya tidak berpuas hati dengan

aspek keselesaan dan keselamatan jalan raya di daerah yang dilawati adalah antara

sebanyak 57% hingga 85.5%. Hasil soal selidik telah dibahagikan kepada 2 aspek iaitu

aspek keselesaan dan aspek keselamatan. Penjelasan lanjut seperti di bawah:

a. Aspek Keselesaan

i. Kebanyakan pengguna bagi 4 daerah yang dilawati melahirkan ketidakpuasan

hati dengan aspek keselesaan jalan raya yang menjadi penyumbang tertinggi

kerana jalan rosak/berlubang iaitu sebanyak 38.2% diikuti dengan keadaan jalan

raya yang sesak sebanyak 25.2%, jalan sempit sebanyak 23.5% manakala

ketidakselesaan akibat jalan yang dinaiki air apabila hujan adalah sebanyak

13%. Butiran lanjut seperti di Carta 1.1.

Page 53: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

31

Sumber: Soal Selidik Jabatan Audit Negara

ii. Maklum balas daripada pengguna jalan raya daripada aspek keselesaan

mendapati perkara seperti berikut:

Tindakan lambat diambil bagi menampal/menyenggara kerosakan

jalan/lubang

Jalan yang diturap lebih tinggi daripada jalan masuk ke rumah

Jalan terlalu hampir dengan parit dan bahu jalan tinggi

Garisan jalan tidak dibuat selepas kerja turap semula jalan dilaksanakan

Jalan yang diturap tidak berkualiti

Tiada kolaborasi antara agensi lain bagi penyenggaraan utiliti menyebabkan

jalan yang baru diturap digali/ditebuk

Papan tanda terlalu banyak dan pokok tepi jalan tidak disenggarakan hingga

menghalang papan tanda

b. Aspek Keselamatan

i. Hasil soal selidik mengenai tahap keselamatan jalan raya mendapati responden

tidak berpuas hati dengan simpang/selekoh berbahaya iaitu sebanyak 32.1%,

laluan pejalan kaki serta jejantas tidak disediakan sebanyak 25.9%, papan tanda

tidak jelas serta mengelirukan sebanyak 17.8%, lampu isyarat kerap rosak

sebanyak 14.8% dan tiada lampu isyarat disediakan sebanyak 9.5%. Butiran

lengkap seperti di Carta 1.2.

38.2%

25.2%

23.5%

13.0%

Carta 1.1Ketidakselesaan Responden Terhadap Jalan Di 4 Daerah Di Negeri Johor

Jalan rosak/berlubang

Jalan sesak

Jalan sempit

Jalan dinaiki air (banjir) apabila hujan

Page 54: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

32

Sumber: Soal Selidik Jabatan Audit Negara

ii. Pengguna jalan raya juga menyatakan antara penyebab jalan raya tidak selamat

digunakan adalah seperti berikut:

Jarak antara lampu isyarat ke lampu isyarat yang lain terlalu hampir

Double line tidak cukup panjang di kawasan berbahaya memotong dan

garisan jalan pudar

Terdapat pasir dan batu kecil di atas jalan yang boleh membahayakan

penunggang motosikal

Perabot jalan rosak/dicuri lewat diganti serta lampu jalan tidak

mencukupi/tiada

Jalan rosak disebabkan kerja utiliti serta tampalan yang dibuat tidak

kemas/sempurna

1.4.5.3. Responden juga telah memberi maklum balas mengenai cadangan

penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti jalan raya seperti di Carta 1.3. Berdasarkan

Carta 1.3, peratus tertinggi cadangan penambahbaikan adalah dengan meningkatkan

kualiti kerja penyenggaraan jalan dengan purata cadangan sebanyak 68.4% diikuti

dengan memperbaharui jalan mengikut kekerapan yang sepatutnya sebanyak 54.9%,

menyenggara longkang tepi jalan sebanyak 36.1% dan yang terendah menyediakan

kemudahan lampu isyarat sebanyak 17.2%.

17.8%

14.8%

9.5%32.1%

25.9%

Carta 1.2Maklum Balas Responden Mengenai Punca Jalan Raya Tidak Selamat Digunakan Bagi 4 Daerah Di Negeri Johor

Papan tanda tidak jelas/mengelirukan

Lampu isyarat kerap rosak

Tiada lampu isyarat disediakan

Simpang/selekoh berbahaya

Pejalan kaki melintas jalan kerana tiada laluan pejalan kaki/jejantas

Page 55: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

33

Sumber: Soal Selidik Jabatan Audit Negara

1.5. SYOR AUDIT

Secara keseluruhannya, penyenggaraan jalan bagi tujuan menyediakan kemudahan jalan

yang selesa dan selamat kepada pengguna kurang mencapai objektif yang ditetapkan. Bagi

memastikan kerja penyenggaraan jalan dibuat dengan lebih berkesan dan teratur, JKR dan

MPKu disyorkan supaya mengambil langkah-langkah berikut:

1.5.1. Memastikan peruntukan Akaun Amanah Penyelenggaraan Jalan MARRIS

digunakan sebagaimana maksud asal pemberian dan Arahan Amanah.

1.5.2. Pihak JKR perlu berbincang dengan Perbendaharaan Negeri untuk mengetahui baki

sebenar dan peruntukan yang akan diterima daripada Kerajaan Persekutuan setiap tahun

sebelum menyediakan perancangan bagi program penyenggaraan jalan negeri.

1.5.3. Rekod maklumat penyenggaraan jalan negeri berdasarkan nama jalan hendaklah

disediakan bagi tujuan memudahkan perancangan dan pemantauan.

1.5.4. Meningkatkan penyeliaan/pemantauan secara berterusan bagi memastikan

pematuhan terhadap kontrak kerja agar kerja yang dilaksanakan berkualiti dan Kerajaan

memperoleh value for money daripada perbelanjaan yang dilakukan.

1.5.5. Memastikan kerja yang dirancang di Aktiviti Penyenggaraan Jalan dilaksanakan

secara sebut harga agar perolehan yang dibuat berdasarkan harga yang kompetitif dan

membuat pelarasan harga terhadap kesilapan/ketidakpatuhan/kerja yang tidak dilaksanakan

sebelum pembayaran dijelaskan.

0

10

20

30

40

50

60

70

80

Kulai Kluang Batu Pahat Muar

75.6 79

.6

56.4

62.1

60 63.3

48.5

47.6

11.9

18.4

15.8

22.8

21.5

32.7

22.4

37.2

40

38.8

29.7

35.9Pe

ratu

s (%

)

Daerah

Carta 1.3Cadangan Penambahbaikan

Tingkatkan Kualiti Kerja Penyenggaraan Jalan

Perbaharui Muka Jalan Mengikut Kekerapan Yang Sepatutnya

Sediakan Kemudahan Lampu Isyarat

Sediakan Kemudahan Pejalan Kaki/Jejantas

Senggara Longkang Di Tepi Jalan

Page 56: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

34

PEJABAT DAERAH MERSING

2. PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN INFRASTRUKTUR DI PULAU-PULAU

DAERAH MERSING

2.1. LATAR BELAKANG

2.1.1. Berdasarkan piawaian perancangan pembangunan fizikal pulau-pulau di Malaysia,

terdapat 3 kategori utama pulau iaitu Pulau Pembangunan, Pulau Peranginan dan Pulau

Taman Laut/Pulau Yang Dilindungi. Pembahagian ini dilakukan bagi mengawal aktiviti

pembangunan di pulau-pulau. Negeri Johor terkenal di kalangan pelancong dalam dan luar

negara dengan pulau-pulau yang indah dan bersih untuk aktiviti percutian dan snorkeling.

Berdasarkan rekod, terdapat 45 buah pulau berada di persisiran pantai Daerah Mersing.

Bagaimanapun, hanya 5 buah pulau sahaja yang mempunyai penduduk dan dikunjungi oleh

pelancong iaitu Pulau Sibu, Pulau Aur, Pulau Besar, Pulau Tinggi dan Pulau Pemanggil

seperti di Gambar 2.1. Kelima-lima buah pulau tersebut telah dikategorikan sebagai Pulau

Peranginan dan Pulau Taman Laut, justeru itu pembangunan yang dilaksanakan adalah

amat terhad demi mengekalkan dan memelihara alam sekitar.

Gambar 2.1 Peta Daerah Mersing

Sumber: http://www.malaysia-trulyasia.com

2.1.2. Pembangunan infrastruktur di 5 buah pulau berkenaan yang mempunyai penduduk

berjumlah 915 orang dijalankan dengan tujuan untuk memberi kemudahan yang lebih selesa

kepada penduduk pulau. Pejabat Daerah Mersing (PDM) adalah agensi Kerajaan yang

terlibat secara langsung untuk membangun dan mengurus infrastruktur di pulau-pulau

Daerah Mersing. Antara kemudahan yang dibina adalah jeti, slab/jalan simen, bangunan,

jambatan, balai raya, sekolah, pondok polis, klinik kesihatan dan surau. Penyediaan

infrastruktur yang lebih selesa juga dapat menarik pelancong untuk mengunjungi pulau-pulau

serta mempromosikan tempat pelancongan di Malaysia. Secara tidak langsung ia dapat

membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak dan meningkatkan ekonomi para penduduk

di pulau. Berdasarkan rekod Pejabat Laut Mersing yang mengawal selia jeti Mersing dan

Damansara Assets Sdn. Bhd. yang mengawal selia jeti Tanjung Leman, seramai 285,283

Page 57: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

35

orang pelancong telah berkunjung ke pulau-pulau di Daerah Mersing antara tahun 2009

hingga 2012.

2.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini adalah untuk menilai sama ada projek pembangunan dan pengurusan

infrastruktur di Pulau Sibu, Pulau Aur, Pulau Besar, Pulau Tinggi dan Pulau Pemanggil telah

dirancang dengan teratur dan dilaksanakan dengan cekap serta berkesan bagi mencapai

matlamat yang ditetapkan.

2.3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

Skop pengauditan merangkumi proses perancangan, perolehan, pelaksanaan serta

pengurusan infrastruktur pulau yang dilaksanakan oleh PDM melalui peruntukan Kerajaan

Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi tahun 2009 hingga 2012. Kaedah pengauditan

adalah dengan menyemak, mengkaji dan menganalisis maklumat serta data projek

pembangunan dan pengurusan infrastruktur di pulau-pulau Daerah Mersing. Lawatan tapak

telah dijalankan di 5 buah pulau iaitu Pulau Pemanggil, Pulau Aur, Pulau Sibu, Pulau Tinggi

dan Pulau Besar untuk mendapatkan gambaran sebenar. Temu bual dengan ketua kampung

serta penduduk pulau turut dijalankan bagi mendapatkan maklum balas dan pengesahan.

2.4. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Jun hingga September 2012 mendapati pada

keseluruhannya pembangunan dan pengurusan infrastruktur di pulau-pulau Daerah Mersing

adalah kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan seperti yang dijelaskan

dalam perenggan berikut:

Kemudahan infrastruktur yang dibina jarang digunakan/terbiar.

Kemudahan infrastruktur yang dibina tidak disenggara.

Mutu pembinaan kurang memuaskan menyebabkan penyenggaraan dilaksanakan

secara berulang.

Perjanjian sewa gerai yang tidak diperbaharui dengan tempoh antara 3 hingga 30

bulan.

Kutipan hasil dari sewa yang tidak dipungut berjumlah RM9,150 dengan tempoh

tunggakan antara 3 hingga 48 bulan.

2.4.1. Prestasi Projek Pembangunan Dan Pengurusan Infrastruktur Di Pulau-Pulau

Daerah Mersing

2.4.1.1. Penyediaan infrastruktur yang sempurna dan lengkap menjadi satu keperluan

asas di dalam sesebuah kampung bagi kegunaan masyarakat untuk menjalankan

kegiatan dan fungsi sosial. Selain itu, ia juga memberi kemudahan yang selesa kepada

Page 58: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

36

para pelancong yang melawat ke pulau tersebut. Kemudahan asas yang utama adalah

seperti bekalan kuasa elektrik, air, telefon, pengangkutan, pendidikan, kesihatan dan lain-

lain. Semakan Audit mendapati 5 buah pulau di Daerah Mersing telah disediakan

kemudahan seperti di Jadual 2.1.

2.4.1.2. Berdasarkan maklum balas pada 5 Ogos 2013, PDM memaklumkan tiada

perancangan untuk membina sekolah, pondok polis dan klinik kesihatan di Pulau

Besar memandangkan bilangan penduduk yang sedikit iaitu hanya 28 orang. Pada

kebiasaannya, penduduk pulau akan ke Mersing untuk mendapatkan perkhidmatan

yang berkaitan.

2.4.1.3. PDM telah membuat perancangan tahunan berdasarkan aduan ketua kampung

atau wakilnya serta laporan daripada juruteknik pejabat. Bagi tempoh sepanjang tahun

2009 hingga 2012, peruntukan Kerajaan Negeri merangkumi peruntukan PDM (B48),

Jabatan Landskap Negeri Johor, Pejabat Menteri Besar (MB) dan Ahli Dewan Undangan

Negeri (ADUN). Manakala, peruntukan Kerajaan Persekutuan dipohon melalui Jabatan

Perdana Menteri dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah.

2.4.1.4. Secara keseluruhannya, sebanyak 147 projek telah dirancang untuk

dilaksanakan pada tahun 2010 hingga 2012 melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri dan

Persekutuan. Pecahan bilangan projek infrastruktur yang dirancang dan dilaksanakan

bagi tahun 2010 hingga 2012 adalah seperti Jadual 2.2.

Jadual 2.1 Infrastruktur Sedia Ada Di Pulau-Pulau Daerah Mersing

Pulau Penduduk

(Orang)

Jenis Infrastruktur

SekolahSurau/Masjid

Balai Raya

Balai/ Pondok

Polis

Wakil Pos

Klinik Kesihatan

Pulau Tinggi 242 Ada Ada Ada Ada Ada Ada Pulau Pemanggil 114 Ada Ada Ada Ada Ada Ada Pulau Besar 28 Tiada Ada Ada Tiada Ada Tiada Pulau Sibu 225 Ada Ada Ada Tiada Ada Ada Pulau Aur 306 Ada Ada Ada Ada Ada Ada

Sumber: Laman Web Majlis Daerah Mersing Dan Pejabat Daerah Mersing

Page 59: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

37

Jadual 2.2 Perancangan Dan Pelaksanaan Projek Infrastruktur Di Pulau-Pulau Daerah Mersing

Pulau Projek Dirancang Jumlah

Projek Dirancang

Projek Dilaksana Jumlah Projek

Dilaksana

% Laksana 2010 2011 2012 2010 2011 2012

Peruntukan Negeri Tinggi 0 20 14 34 2 2 1 5 14.7 Pemanggil 0 9 5 14 0 0 2 2 14.3 Besar 0 2 0 2 0 0 2 2 100 Sibu 0 5 5 10 0 0 0 0 0 Aur 6 8 21 35 1 0 2 3 8.6

Jumlah 6 44 45 95 3 2 7 12 13.7

Peruntukan Persekutuan Tinggi 0 4 12 16 1 0 1 2 12.5 Pemanggil 0 0 6 6 0 1 0 1 16.7 Besar 0 1 7 8 0 1 0 1 12.5 Sibu 0 0 7 7 0 1 1 2 28.6 Aur 1 2 12 15 1 1 0 2 13.3

Jumlah 1 7 44 52 2 4 2 8 15.4

Jumlah Keseluruhan

7 51 89 147 5 6 9 20 13.6

Sumber: Pejabat Daerah Mersing

2.4.1.5. Di peringkat pelaksanaan pula, hanya 20 projek yang dirancang dapat

dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Selain itu, pihak Audit mendapati sebanyak 17 projek yang tidak dirancang telah

dilaksana kerana terdapat keperluan mendesak. Antara contoh projek adalah pembaikan

jeti yang rosak akibat daripada bencana alam. Berdasarkan maklum balas pada

5 Ogos 2013, PDM memaklumkan tidak semua projek yang dirancang pada tahun

2010 hingga 2012 dapat dilaksanakan memandangkan terdapat kekangan dari segi

peruntukan kewangan. Bagaimanapun, PDM memaklumkan pejabat telah mendapat

peruntukan di bawah pelan induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau East Coast

Economic Region (ECER) sebanyak RM20 juta yang akan dibelanjakan untuk

pembinaan loji incinerator, menaik taraf jalan simen/slab di pulau, membina jeti

konkrit dan lain-lain.

2.4.1.6. Bagi tempoh 2009 hingga 2012, sejumlah RM2.55 juta telah diperuntukkan

untuk membangun dan menguruskan infrastruktur di Pulau Sibu, Pulau Aur, Pulau Besar,

Pulau Tinggi dan Pulau Pemanggil seperti di Jadual 2.3. Manakala Carta 2.1

menunjukkan pecahan perbelanjaan mengikut jenis infrastruktur yang dilaksanakan.

Page 60: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

38

Jadual 2.3 Jumlah Perbelanjaan Untuk Pembangunan Dan Pengurusan Infrastruktur Di Pulau-Pulau Daerah Mersing Bagi Tahun 2009 Hingga 2012

Pulau Kerajaan Negeri Kerajaan Persekutuan Jumlah

(RM)

2009 (RM)

2010 (RM)

2011 (RM)

2012 (RM)

2009(RM)

2010(RM)

2011 (RM)

2012 (RM)

Pulau Tinggi 35,000 35,000 40,000 20,000 220,000 20,000 - 60,000 430,000Pulau Pemanggil 15,000 - - 40,000 180,000 - 80,000 - 315,000Pulau Besar 15,000 - - 40,000 - - 30,000 - 85,000Pulau Sibu 15,000 - - - 820,131 - 80,000 40,000 955,131Pulau Aur 15,000 29,860 - 40,000 400,000 200,000 80,000 - 764,860

Jumlah 95,000 64,860 40,000 140,000 1,620,131 220,000 270,000 100,000 2,549,991

Sumber: Pejabat Daerah Mersing

Carta 2.1 Pecahan Perbelanjaan Mengikut Jenis Infrastruktur Bagi Tahun 2009 Hingga 2012

Sumber: Pejabat Daerah Mersing

2.4.1.7. Berdasarkan analisis perbelanjaan yang dilaksanakan oleh pihak Audit, didapati

sejumlah RM0.96 juta atau 38% telah diagihkan untuk membina dan membaik pulih

slab/jalan simen, RM0.82 juta atau 32% untuk membina dan membaik pulih bangunan

dan RM0.46 juta atau 18% untuk membina dan membaik pulih jeti. Manakala baki

sejumlah RM0.31 juta atau 12% telah dibelanjakan untuk tujuan membina dan membaik

pulih jambatan.

2.4.2. Tiada Perancangan Awal Sebelum Pembinaan

2.4.2.1. Kemudahan Infrastruktur Yang Dibina Jarang Digunakan/Terbiar

a. Projek pembinaan infrastruktur perlu dirancang, dilaksanakan dan digunakan atau

dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk kampung setempat dan juga para

pelancong. Matlamat pembinaan infrastruktur seperti bangunan dan slab/jalan simen

di pulau-pulau adalah untuk memberi kemudahan kepada penduduk pulau bagi

menjalankan kerja-kerja harian. Selain itu, keperluan sesuatu kemudahan dibina juga

perlu diambil kira agar pembinaannya tidak akan menjadi sia-sia.

0

200,000

400,000

600,000

800,000

1,000,000

955,000820,131

465,000

309,860

BINA/ BAIK PULIH SLAB/JALAN SIMEN BINA/BAIK PULIH BANGUNAN

BINA/BAIK PULIH JETI BINA/BAIK PULIH JAMBATAN

RM

Bina/Baik Pulih Slab/Jalan Simen

Bina/Baik Pulih Jeti

Bina/Baik Pulih Bangunan

Bina/Baik Pulih Jambatan

Page 61: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

39

b. Lawatan Audit ke Pulau Sibu dan Pulau Tinggi mendapati sebuah balai raya yang

telah siap dibina jarang digunakan/terbiar dan sebuah gerai pendaratan tangkapan

hasil laut tidak pernah digunakan. Keadaan ini mengakibatkan kerosakan terhadap

beberapa komponen pembinaan bangunan berkenaan dan pembaziran wang awam

kerana kos pembinaan dan pembaikan sebanyak RM0.12 juta tidak dimanfaatkan

sebagaimana maksud ia dibelanjakan.

c. Maklumat lanjut mengenai keadaan balai raya dan gerai pendaratan hasil tangkapan

laut yang jarang digunakan/terbiar adalah seperti di Gambar 2.2 dan Gambar 2.3.

Gambar 2.2 Balai Raya Yang Jarang

Digunakan/Terbiar

Gambar 2.3 Gerai Pendaratan Tangkapan Hasil

Laut Yang Tidak Digunakan

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kampung Duku, Pulau Sibu, Mersing Tarikh: 19 Jun 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi,

Mersing Tarikh: 19 Jun 2012

i. Balai Raya Kampung Duku, Pulau Sibu

Balai raya Kampung Duku, Pulau Sibu ini telah dibina pada tahun 1996

dengan kos sebanyak RM50,000. Pada tahun 2009, balai raya ini telah

dibaik pulih dengan kos sebanyak RM50,000. Kerja-kerja baik pulih meliputi

menggantikan atap sedia ada dengan atap medal deck, membina koridor,

membaiki pintu bilik air/tangki, membaiki kekunci tingkap/selak dan pintu

tingkap, mengecat binaan baru dan memasang meter bekalan elektrik.

Semasa lawatan dijalankan, pihak Audit mendapati beberapa kerosakan di

sebahagian komponen balai raya ini antaranya tingkap, pagar dawai besi

dan siling. Keadaan ini menunjukkan balai raya tersebut tidak dijaga dengan

baik oleh pihak yang bertanggungjawab. Temu bual dengan pegawai PDM

menyatakan balai raya ini jarang digunakan oleh penduduk kampung dan

belum diserahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan

Kampung (JKKK) Kampung Duku untuk dijaga. Butiran lanjut kerosakan

adalah seperti di Gambar 2.4 hingga Gambar 2.7.

Page 62: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

40

Berdasarkan maklum balas pada 5 Ogos 2013, PDM menyatakan balai

raya berkenaan hanya digunakan sebanyak 2 atau 3 kali setahun untuk

mesyuarat JKKK. Seterusnya, PDM memaklumkan kerosakan di

sebahagian balai raya disebabkan tiada pihak yang bertanggungjawab

untuk memantau/menjaga balai raya tersebut setelah ketua kampung

lama meninggal dunia.

ii. Gerai Pendaratan Tangkapan Hasil Laut Kampung Tanjung Balang, Pulau

Tinggi

Gerai pendaratan tangkapan hasil laut telah dibina pada tahun 2010 dengan

kos sebanyak RM20,000 di Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi di

bawah peruntukan Ahli Parlimen Mersing. Tujuan pembinaan gerai

Gambar 2.4 Gambar 2.5 Pagar Dawai Besi Yang Rosak Daun Tingkap Yang Rosak

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Balai Raya Kampung Duku, Pulau Sibu,

Mersing Tarikh: 19 Jun 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Balai Raya Kampung Duku, Pulau Sibu,

Mersing Tarikh: 19 Jun 2012

Gambar 2.6 Siling Yang Berlubang

Gambar 2.7 Balai Raya Tidak Terjaga/Bersepah

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Balai Raya Kampung Duku, Pulau Sibu,

Mersing Tarikh: 19 Jun 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Balai Raya Kampung Duku, Pulau Sibu,

Mersing Tarikh: 19 Jun 2012

Page 63: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

41

pendaratan tangkapan hasil laut ini adalah untuk meningkatkan ekonomi

penduduk pulau melalui aktiviti perniagaan.

Semasa lawatan pada Jun 2012, pihak Audit mendapati gerai ini kosong dan

tidak pernah digunakan sejak gerai ini siap dibina. Semakan Audit terhadap

premis ini mendapati beberapa kerosakan terhadap komponen binaannya

iaitu tingkap dan pintu masuk. Butiran lanjut adalah seperti di Gambar 2.8

hingga Gambar 2.10.

Gambar 2.8 Keadaan Dalam Gerai Pendaratan Tangkapan Hasil Laut Yang Terbiar Tidak Digunakan Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi,

Mersing Tarikh: 19 Jun 2012

Gambar 2.9 Kerosakan Tingkap

Gambar 2.10 Kerosakan Pada Tombol Pintu Masuk

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kampung Tanjung Balang, Pulau

Tinggi, Mersing Tarikh: 19 Jun 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi,

Mersing Tarikh: 19 Jun 2012

Selepas teguran Audit, gerai pendaratan tangkapan hasil laut ini telah

diaktifkan oleh penduduk asal kampung dengan menjual hasil tangkapan laut

seperti ikan, kerang, sotong dan lain-lain barangan. Gambar 2.11 dan

Gambar 2.12 adalah berkaitan.

Page 64: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

42

Gambar 2.11 Gerai Pendaratan Tangkapan Hasil Laut

Telah Diaktifkan

Gambar 2.12 Gerai Pendaratan Tangkapan Hasil Laut

Telah Diaktifkan

Sumber: Pejabat Daerah Mersing Lokasi: Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi,

Mersing Tarikh: 5 September 2013

Sumber: Pejabat Daerah Mersing Lokasi: Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi,

Mersing Tarikh: 5 September 2013

iii. Slab/Jalan Simen Di Kampung Pok, Pulau Tinggi

Tujuan utama pembinaan slab/jalan simen adalah untuk memudahkan

penduduk di Kampung Pok berulang alik dari rumah ke jeti utama Pulau

Tinggi. Namun begitu, lawatan Audit mendapati slab/jalan simen ini telah

diliputi dengan semak dan tidak dapat digunakan oleh penduduk kerana

terdapat sebahagian slab/jalan simen telah runtuh. Ia menyebabkan jalan

menuju ke jeti utama telah terputus. Butiran lanjut seperti di Gambar 2.13

hingga Gambar 2.14.

Gambar 2.13 Slab/Jalan Simen Tidak Digunakan, Semak Dan Terbiar

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kampung Pok, Pulau Tinggi, Mersing Tarikh: 20 Jun 2012

Page 65: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

43

PDM memaklumkan pada 5 September 2013, slab/ jalan simen tersebut

digunakan untuk laluan penduduk kampung ke tanah perkuburan

Islam. Laluan ini telah lama tidak digunakan kerana kebanyakan

penduduk pulau yang meninggal dunia akan dikebumikan di tanah

besar (Mersing). Seterusnya, PDM memaklumkan punca slab/jalan

simen ini runtuh adalah kerana aktiviti pembersihan kawasan oleh

pemilik tanah yang berhampiran bagi projek pembinaan chalet. Pemilik

tanah tersebut telah berjanji untuk membaikinya sebaik sahaja chalet

tersebut siap dibangunkan.

Pada pendapat Audit, PDM perlu membuat perancangan yang lebih teliti sebelum

projek dilaksanakan dengan mengambil kira keperluan pembinaan infrastruktur oleh

penduduk pulau.

2.4.2.2. Kemudahan Infrastruktur Tidak Disenggara

a. Kemudahan infrastruktur hendaklah disenggara apabila rosak, usang dan tidak

berfungsi agar penduduk dan masyarakat setempat dapat menggunakan kemudahan

yang disediakan dengan selamat. Lawatan Audit bersama pegawai PDM pada Jun

2012 di 5 buah pulau di Daerah Mersing mendapati beberapa kemudahan

infrastruktur yang telah dibina tidak disenggarakan oleh PDM. Perkara ini disebabkan

tiada pemantauan terhadap infrastruktur yang telah dibina. Kerosakan fizikal terhadap

kemudahan yang diperhatikan semasa lawatan Audit adalah seperti di Jadual 2.4.

Gambar 2.14 Slab/Jalan Simen Yang Telah Runtuh

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kampung Pok, Pulau Tinggi, Mersing Tarikh: 20 Jun 2012

Page 66: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

44

i. Jeti Awam Di Kampung Buau, Pulau Pemanggil

Jeti merupakan infrastruktur yang terpenting bagi penduduk pulau untuk

berhubung dengan penduduk antara pulau dan tanah besar Mersing. Selain

itu, jeti merupakan kemudahan utama untuk pelancong yang datang bercuti

di pulau-pulau. Lawatan Audit ke Kampung Buau, Pulau Pemanggil

mendapati jeti awam yang berstrukturkan kayu dan berbumbung telah

mengalami kerosakan yang teruk pada komponen bumbung. Kerosakan ini

boleh membahayakan penduduk dan pelancong yang menggunakan jeti

kerana terdapat risiko bumbung tercabut sewaktu angin kencang.

Temu bual bersama penduduk kampung berkenaan menyatakan kerosakan

itu disebabkan oleh angin monsun timur laut yang bertiup antara bulan

November hingga Mac. Angin monsun ini membawa hujan lebat

terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia

dan Barat Sarawak termasuklah Mersing. Gambar 2.15 adalah berkaitan.

Semakan Audit ke atas senarai projek yang dilaksanakan oleh PDM antara

tahun 2009 hingga 2012 mendapati jeti ini pernah dibaik pulih pada tahun

2009 dan November 2011 dengan kos RM17,000. Kos baik pulih pada tahun

Jadual 2.4 Kemudahan Infrastruktur Yang Tidak Disenggara Bil. Kemudahan Infrastruktur Jenis Kerosakan 1. Jeti awam di Kampung Buau, Pulau Pemanggil Bumbung rosak

2. Jambatan di Kampung Pontianak, Pulau Pemanggil Rosak dan runtuh

3. Jambatan di Kampung Teluk Berhala, Pulau Aur Senget dan kayu pemegang patah

4. Slab/Jalan Simen dari Twin Beach ke Kampung

Duku, Pulau Sibu

Pecah Dan Retak

Sumber: Inden Kerja Pejabat Daerah Mersing

Gambar 2.15 Bumbung Jeti Yang Rosak Dan Tercabut

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jeti Awam Pulau Pemanggil, Mersing Tarikh: 19 Jun 2012

Page 67: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

45

2009 adalah sebanyak RM15,000 untuk menggantikan kayu gelagar, kayu

rasuk, kayu alang, menukar atap getah kepada atap baru dan paku atap bold

nut, perabung atap dan paku atap. Manakala, pada November 2011 jeti ini

sekali lagi telah dibaik pulih dengan memasang bumbung atap outline

sebanyak 20 keping dengan kos sebanyak RM2,000. Pembaikan yang

dilaksanakan tidak bertahan lama dan perlu dilakukan setiap kali musim

angin monsun timur laut.

PDM memaklumkan pada 5 Ogos 2013, jeti awam di Kampung Buau,

Pulau Pemanggil ini telah disenaraikan di dalam senarai projek

pembinaan jeti konkrit baru yang akan dibiayai melalui peruntukan

ECER. Seterusnya PDM turut memaklumkan, kerosakan pada bumbung jeti

telah dibaiki dengan kos RM20,000 seperti di Gambar 2.16.

ii. Jambatan Di Kampung Pontianak, Pulau Pemanggil

Lawatan Audit selanjutnya mendapati jambatan yang dibina untuk

menghubungkan antara Kampung Pontianak dan Kampung Buau tidak boleh

digunakan. Ini kerana sebahagian daripada jambatan tersebut telah roboh

akibat ditiup angin monsun timur laut. Temu bual bersama wakil ketua

Kampung Buau menyatakan penduduk Kampung Pontianak menghadapi

kesukaran untuk berulang alik ke jeti utama Pulau Pemanggil ketika air laut

pasang kerana jambatan yang menjadi laluan penduduk telah rosak dan

tidak dapat digunakan. Butiran lanjut adalah seperti dalam Gambar 2.17 dan

Gambar 2.18.

Gambar 2.16 Bumbung Jeti Yang Rosak Dan Tercabut Telah Dibaiki

Sumber: Pejabat Daerah Mersing Lokasi: Jeti Awam Pulau Pemanggil, Mersing Tarikh: 5 September 2013

Sumber: Pejabat Daerah Mersing Lokasi: Jeti Awam Pulau Pemanggil, Mersing Tarikh: 5 September 2013

Page 68: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

46

PDM memaklumkan pada 5 Ogos 2013, kerosakan jambatan ini masih

belum dibaiki. Untuk sementara waktu, penduduk kampung

menggunakan jalan pantai atau menaiki bot untuk ke jeti utama.

Pembaikan jambatan ini telah disenaraikan dalam senarai projek yang

akan dibiayai melalui peruntukan ECER pada tahun 2014.

iii. Jambatan Di Kampung Teluk Berhala, Pulau Aur

Lawatan Audit ke Kampung Teluk Berhala, Pulau Aur mendapati jambatan

yang menghubungkan antara jeti awam ke pondok polis, surau dan klinik

desa telah senget serta kayu pemegang telah patah seperti di Gambar 2.19.

Dari pemerhatian Audit, jambatan yang turut menjadi laluan utama pelajar

untuk ke sekolah ini tidak selamat untuk digunakan. PDM dan Ketua

Kampung telah maklum dengan kerosakan jambatan ini dan dalam proses

untuk membuat pembaikan terhadap jambatan tersebut.

Gambar 2.19 Kayu Pemegang Jambatan Telah Patah Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kampung Teluk Berhala, Pulau Aur,

Mersing Tarikh: 19 Jun 2012

Berdasarkan maklum balas PDM pada 5 Ogos 2013, jambatan ini masih

belum dibaiki kerana kekurangan peruntukan kewangan.

Bagaimanapun, pembaikan jambatan ini juga telah disenaraikan dalam

Gambar 2.17 Gambar 2.18 Jambatan Yang Rosak Akibat Bencana Alam

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jambatan Kampung Pontianak, Pulau

Pemanggil, Mersing Tarikh: 19 Jun 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jambatan Kampung Pontianak, Pulau

Pemanggil, Mersing Tarikh: 19 Jun 2012

Page 69: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

47

senarai projek yang akan dibiayai melalui peruntukan ECER pada tahun

2014.

iv. Slab/Jalan Simen Di Kampung Duku, Pulau Sibu

Slab/Jalan simen sepanjang 270 meter dan selebar 10 kaki dari Pusat

Pelancongan Twin Beach ke Kampung Duku, Pulau Sibu telah dibina pada

tahun 2009 dengan kos sebanyak RM100,000. Slab/Jalan simen ini

merupakan laluan utama penduduk kampung untuk ke jeti utama Pulau Sibu

dan ke tempat kerja. Lawatan Audit mendapati slab/jalan simen ini telah

pecah di beberapa bahagian di sepanjang laluan menghala ke Kampung

Duku. Gambar 2.20 dan Gambar 2.21 adalah berkaitan.

Berdasarkan maklum balas pada 5 September 2013, PDM akan

memastikan kualiti binaan akan ditingkatkan dengan pemantauan lebih

serius ketika kerja pembinaan sedang dijalankan.

Pada pendapat Audit, program penyenggaraan terhadap kemudahan infrastruktur

adalah tidak memuaskan kerana ianya tidak bertahan lama dan akan rosak semula

setiap kali tibanya musim angin monsun timur laut yang bertiup dengan kencang.

Selain itu, terdapat juga kemudahan infrastruktur yang tidak disenggara seperti

jambatan untuk kegunaan penduduk, pelajar sekolah dan pelancong yang datang ke

pulau tersebut. Keadaan ini boleh mengancam keselamatan mereka.

2.4.2.3. Mutu Pembinaan Kurang Memuaskan

a. Untuk memastikan value for money diperoleh bagi setiap wang yang dibelanjakan,

pejabat hendaklah mengenal pasti kaedah dan bahan binaan yang terbaik patut

digunakan berdasarkan kepakaran dan pengalaman yang lepas. Spesifikasi kerja

Gambar 2.20 Gambar 2.21 Slab/Jalan Simen Yang Pecah

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Slab/Jalan Simen Kampung Duku, Pulau

Pemanggil, Mersing Tarikh: 19 Jun 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Slab/Jalan Simen Kampung Duku, Pulau

Pemanggil, Mersing Tarikh: 19 Jun 2012

Page 70: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

48

yang lengkap juga akan memudahkan pihak kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja

yang ditawarkan di samping menjadi panduan pihak PDM untuk memantau hasil

kerja kontraktor.

b. Lawatan Audit ke Pulau Besar, Mersing mendapati lantai jeti awam di Kampung

Busong, Pulau Besar berada di dalam keadaan sangat baik dan selamat untuk

digunakan. Ini kerana kayu yang digunakan untuk lantai jeti adalah dari saiz yang

sama dan dipasang dengan kemas seperti di Gambar 2.22.

Gambar 2.22 Lantai Jeti Di Pulau Besar, Mersing Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jeti Kampung Busong, Pulau Besar, Mersing Tarikh: 19 Jun 2012

c. Lawatan Audit ke jeti awam Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi mendapati lantai

jeti yang telah dibaiki adalah kurang memuaskan kerana tidak dipasang selari dengan

binaan yang asal dan kayu yang digunakan adalah tidak sama saiz. Perkara ini

berlaku kerana tiada garis panduan diguna pakai bagi menentukan spesifikasi yang

sesuai bagi setiap projek dan kurang pemantauan terhadap kerja yang telah

dilaksanakan. Gambar 2.23 dan Gambar 2.24 adalah berkaitan.

d. Seterusnya, semakan Audit terhadap maklumat jeti awam di Kampung Tanjung

Balang, Pulau Tinggi mendapati jeti ini telah dibaik pulih sebanyak 5 kali antara tahun

Gambar 2.23 Gambar 2.24 Pemasangan Lantai Jeti Yang Tidak

Seragam Pemasangan Lantai Jeti Yang Tidak

Kemas

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jeti Pulau Tinggi, Mersing Tarikh: 19 Jun 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jeti Pulau Tinggi, Mersing Tarikh: 19 Jun 2012

Page 71: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

49

2009 hingga 2012 dengan kos sebanyak RM0.13 juta. Daripada jumlah tersebut,

sebanyak RM0.10 juta telah digunakan untuk penukaran papan lantai di jeti. Butiran

lanjut kerja membaik pulih adalah seperti di Jadual 2.5.

Jadual 2.5 Kerja Membaik Pulih Jeti Di Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi, Mersing

Tahun Projek Kerja Nilai (RM)

2009 Kerja Membaiki Jeti Di Kg. Tanjung Balang, Pulau Tinggi, Mersing

Menukar Kayu Gelegar, Memasang Papan Lantai Termasuk Paku Dan Memasang Kayu Pelepar

20,000

2010 Kerja Membaik Pulih Jeti Kg. Tanjung Balang, Pulau Tinggi, Mersing

Ganti Papan Lantai Yang Rosak Sepanjang 100 Kaki

20,000

Kerja Membaik Pulih Jeti Dengan Memasang Tiang Labuhan Bot (Fender) Kg. Tg. Balang, Pulau Tinggi, Mersing

Memasang Tiang Labuhan Bot (Fender) 15,000

2011 Kerja Membaiki Jeti Di Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi, Mersing

Tiada Maklumat 20,000

2012 Kerja-Kerja Baik Pulih Jeti Kg. Tanjung Balang, Pulau Tinggi, Mersing

Memasang Baru Bahan Binaan Kayu, Membina Slab, Membina Tiang Konkrit, Menambak Tanah

60,000

Jumlah 135,000

Sumber: Inden Kerja PDM

e. PDM memaklumkan pada 5 Ogos 2013, keadaan jeti di Pulau Besar adalah lebih

baik kerana mendapat peruntukan yang lebih serta berada di bawah seliaan

Jabatan Kerja Raya Daerah Mersing. Bagaimanapun, mutu pembaikan

di jambatan Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi yang kurang memuaskan

adalah disebabkan kerja-kerja dilaksanakan oleh kontraktor Kelas F yang terdiri

daripada penduduk pulau tersebut. PDM turut memaklumkan terdapat

kekangan masa dan kos untuk pihak PDM membuat pemantauan terhadap

pembinaan yang dijalankan di pulau-pulau Daerah Mersing.

Pada pendapat Audit, mutu pembinaan adalah kurang memuaskan kerana pembinaan

yang tidak seragam antara satu pulau dengan pulau yang lain. Ia juga telah

menyebabkan penyenggaraan perlu dilaksanakan secara berulang. Justeru itu, PDM

perlu membuat perancangan pembaikan/penyenggaraan yang lebih teliti supaya

pembaikan yang dibuat bertahan lebih lama dengan menggunakan bahan binaan yang

lebih berkualiti.

2.4.3. Pengurusan Projek Premis Gerai Perniagaan Kementerian Kemajuan Luar

Bandar Dan Wilayah (KKLW) Yang Lemah

2.4.3.1. Pada tahun 2008 hingga 2012, KKLW telah memperuntukkan RM1.32 juta

untuk membina 15 premis perniagaan di pulau-pulau Daerah Mersing. Tujuan pembinaan

gerai perniagaan ini adalah supaya pengusaha Bumiputera luar bandar dapat

menjalankan perniagaan di premis yang lebih tersusun, teratur dan selesa di samping

memberi gambaran yang menarik kepada para pelancong. Selain itu, tujuan utama

pembinaan gerai ini adalah untuk menggantikan gerai yang sedia dibina oleh penduduk

Page 72: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

50

kampung di atas tanah rizab pantai yang tidak terurus sistem kumbahan air limpahnya.

Senarai premis gerai perniagaan yang dibina adalah seperti di Jadual 2.6.

2.4.3.2. Berdasarkan Jadual 2.6, sebanyak 5 buah gerai telah dibina pada tahun 2008,

5 buah pada tahun 2009, 4 buah pada tahun 2010 dan sebuah pada tahun 2012.

Gambar 2.25 hingga Gambar 2.29 adalah berkaitan.

Jadual 2.6 Pembinaan Gerai Di Pulau-Pulau Daerah Mersing Antara Tahun 2008 Hingga 2012

Bil. Lokasi Tahun Dibina

Bil. Gerai (Unit)

Kos (RM)

1. Kg. Pasir Panjang, Pulau Tinggi 2008

2 143,140.002. Kg. Tanjung Balang, Pulau Tinggi 1 74,999.553. Kg. Buau, Pulau Pemanggil 2 195,110.204. Kg. Duku, Pulau Sibu 2009 5 448,572.005. Kg. Teluk Berhala, Pulau Aur 2010 4 386,000.006. Kg. Tanjung Balang, Pulau Tinggi 2012 1 74,999.55

Jumlah 15 1,322,821.30

Sumber: Pejabat Daerah Mersing

Gambar 2.25 Gerai Di Kampung Duku,

Pulau Sibu, Mersing

Gambar 2.26 Gerai Di Kampung Buau, Pulau Pemanggil, Mersing

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kampung Duku, Pulau Sibu, Mersing Tarikh: 19 Jun 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kampung Buau, Pulau Pemanggil,

Mersing Tarikh: 19 Jun 2012

Page 73: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

51

Gambar 2.29 Gerai Di Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi, Mersing Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi, Mersing Tarikh: 20 Jun 2012

2.4.3.3. Semakan Audit ke atas dokumen perjanjian penyewaan gerai perniagaan ini

mendapati beberapa kelemahan seperti berikut:

a. Perjanjian Sewa Gerai Yang Tidak Diperbaharui

i. Menurut Surat Perjanjian Menyewa Gerai PDM, surat perjanjian yang baru

hendaklah diperbaharui selepas tamat tempoh 2 tahun. Semakan Audit

mendapati 15 penyewa yang menyewa gerai di pulau-pulau Daerah Mersing

tidak pernah memperbaharui surat perjanjian sejak tamat tempoh antara tahun

2010 hingga 2012 seperti di Jadual 2.7.

Gambar 2.27 Gerai Di Kampung Teluk Berhala,

Pulau Aur, Mersing

Gambar 2.28 Gerai Di Kampung Teluk Berhala,

Pulau Aur, Mersing

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kampung Teluk Berhala, Pulau Aur,

Mersing Tarikh: 19 Jun 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kampung Teluk Berhala, Pulau Aur,

Mersing Tarikh: 19 Jun 2012

Page 74: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

52

Jadual 2.7 Perjanjian Sewa Gerai Di Pulau Tinggi, Pemanggil, Sibu Dan Aur Yang Telah Tamat Tetapi Tidak Diperbaharui

Bil. No. Gerai Tarikh Mula

Menyewa Tarikh Tamat

Menyewa 1. Gerai No. 1, Kg. Pasir Panjang, Pulau Tinggi 1.6.2008 1.6.2010 2. Gerai No. 2, Kg. Pasir Panjang, Pulau Tinggi 1.6.2008 1.6.2010 3. Gerai No. 1, Kg. Tg Balang, Pulau Tinggi 1.6.2008 1.6.2010 4. Gerai No. 2, Kg. Tg Balang, Pulau Tinggi 1.6.2008 1.6.2010 5. Gerai No. 1, Kg. Buau, Pulau Pemanggil 1.6.2008 1.6.2010 6. Gerai No. 2, Kg. Buau, Pulau Pemanggil 1.6.2008 1.6.2010 7. Gerai No. 1, Kg. Duku, Pulau Sibu 1.8.2009 1.8.2011 8. Gerai No. 2, Kg. Duku, Pulau Sibu 1.8.2009 1.8.2011 9. Gerai No. 3, Kg. Duku, Pulau Sibu 1.8.2009 1.8.2011

10. Gerai No. 4, Kg. Duku, Pulau Sibu 1.8.2009 1.8.2011 11. Gerai No. 5, Kg. Duku, Pulau Sibu 1.8.2009 1.8.2011 12. Gerai No. 1, Kg. Teluk Berhala, Pulau Aur 1.9.2010 1.9.2012 13. Gerai No. 2, Kg. Teluk Berhala, Pulau Aur 1.9.2010 1.9.2012 14. Gerai No. 3, Kg. Teluk Berhala, Pulau Aur 1.9.2010 1.9.2012 15. Gerai No. 4, Kg. Teluk Berhala, Pulau Aur 1.9.2010 1.9.2012

Sumber: Pejabat Daerah Mersing

ii. Berdasarkan Jadual 2.7, perjanjian menyewa gerai bagi 4 buah gerai di Pulau

Tinggi dan 2 buah gerai di Pulau Pemanggil telah tamat tempoh selama

30 bulan. Manakala bagi 5 buah gerai di Pulau Sibu dan 4 buah gerai di Pulau

Aur pula, perjanjian menyewa gerai telah tamat sejak bulan Ogos 2011 dan

September 2012. Walaupun perjanjian sewa gerai tidak diperbaharui, pihak Audit

mendapati peniaga masih aktif menjalankan perniagaan di gerai terlibat.

Kelewatan dalam memperbaharui perjanjian sewa gerai ini adalah disebabkan

kurang pemantauan yang dilaksanakan oleh PDM. Kesannya, PDM tidak dapat

mengambil tindakan undang-undang sekiranya penyewa melanggar syarat

perjanjian.

iii. PDM memaklumkan pada 5 Ogos 2013, pejabat akan mengenal pasti

semula semua perjanjian sewa beli gerai berkenaan untuk diperbaharui.

b. Kutipan Hasil Dari Sewa Yang Tidak Dipungut

i. Gerai yang dibina perlu disewakan kepada penduduk pulau untuk menjalankan

perniagaan atau aktiviti yang dibenarkan oleh PDM. Penyewa-penyewa gerai ini

telah ditemu duga oleh Jawatankuasa Penemuduga dan keputusan dibuat

berdasarkan syarat di Buku Panduan Penemuduga Gerai-gerai Pejabat Daerah

Mersing. Kadar sewa yang dikenakan oleh PDM kepada penyewa adalah

RM50.00 sebulan selama 2 tahun bermula dari tarikh Perjanjian Menyewa Gerai

ditandatangani.

ii. Semakan Audit ke atas daftar bayaran sewa gerai mendapati sejumlah RM9,150

bayaran sewa gerai telah tertunggak antara 3 hingga 48 bulan. Penjelasan lanjut

adalah seperti di Jadual 2.8.

Page 75: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

53

iii. Sebagai langkah pemantauan, PDM telah mengeluarkan surat peringatan

kepada penyewa yang mempunyai sewa tertunggak. Semakan Audit ke atas fail

surat-menyurat PDM mendapati surat peringatan telah dikeluarkan pada bulan

November 2011 dan Mei 2012 yang mana ada menyatakan jika penyewa gagal

menjelaskan bayaran tertunggak dalam masa 14 hari, pihak PDM beranggapan

penyewa sudah tidak berminat untuk menyewa gerai tersebut dan tindakan

segera akan diambil.

iv. Merujuk kepada perenggan 1.6 Perjanjian Menyewa Gerai, PDM mempunyai hak

untuk menamatkan perjanjian apabila penyewa tidak menjalankan perniagaan

dalam tempoh 1 bulan dan perjanjian akan terbatal. Temu bual Audit bersama

pegawai PDM mendapati peniaga Gerai No. 1, Kampung Tanjung Balang, Pulau

Tinggi tidak pernah menjalankan sebarang perniagaan sejak dari gerai tersebut

disewakan. Kesannya, terdapat tunggakan sewa gerai berjumlah RM2,400 oleh

penyewa tersebut.

v. Bagaimanapun, semakan Audit selanjutnya mendapati tiada tindakan susulan

diambil oleh PDM terhadap penyewa gerai yang tidak menjalankan perniagaan

dan serta penyewa yang mempunyai tunggakan sewa.

vi. Berdasarkan maklum balas PDM pada 5 Ogos 2013, surat peringatan untuk

membayar sewa tertunggak ada dikeluarkan kepada penyewa. Namun

begitu, tidak semua penyewa yang membuat bayaran. Seterusnya, PDM

memaklumkan antara sebab gerai yang tidak menjalankan apa-apa

perniagaan tidak disewakan kepada penyewa lain adalah kerana terdapat

Jadual 2.8 Tunggakan Sewa Gerai Di Pulau Tinggi, Pemanggil, Sibu Dan Aur Sehingga Disember 2012

Bil. No. Gerai Yang Disewa Status Gerai Tempoh

Tertunggak (Bulan)

Jumlah Tertunggak

(RM)

1. Gerai No. 1, Kg. Pasir Panjang, Pulau Tinggi

Masih Berniaga - -

2. Gerai No. 2, Kg. Pasir Panjang, Pulau Tinggi

Tidak Berniaga 22 1,100

3. Gerai No. 1, Kg. Tg Balang, Pulau Tinggi Tidak Berniaga 48 2,400 4. Gerai No. 2, Kg. Tg Balang, Pulau Tinggi Tidak Berniaga 22 1,100 5. Gerai No. 1, Kg. Buau, Pulau Pemanggil Tidak Berniaga 40 2,000 6. Gerai No. 2, Kg. Buau, Pulau Pemanggil Masih Berniaga 3 150 7. Gerai No. 1, Kg. Duku, Pulau Sibu Masih Berniaga 6 300 8. Gerai No. 2, Kg. Duku, Pulau Sibu Masih Berniaga 7 350 9. Gerai No. 3, Kg. Duku, Pulau Sibu Masih Berniaga 6 300

10. Gerai No. 4, Kg. Duku, Pulau Sibu Masih Berniaga 6 300 11. Gerai No. 5, Kg. Duku, Pulau Sibu Masih Berniaga 7 350 12. Gerai No. 1, Kg. Teluk Berhala, Pulau Aur Masih Berniaga 7 350 13. Gerai No. 2, Kg. Teluk Berhala, Pulau Aur Masih Berniaga - - 14. Gerai No. 3, Kg. Teluk Berhala, Pulau Aur Masih Berniaga 5 250 15. Gerai No. 4, Kg. Teluk Berhala, Pulau Aur Masih Berniaga 4 200

Jumlah 9,150

Sumber: Daftar Pembayaran Sewa Gerai, Pejabat Daerah Mersing

Page 76: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

54

kerosakan pada pintu dan siling gerai bocor yang belum dibaiki. Pihak PDM

menyatakan terdapat peruntukan untuk membaik pulih kerosakan tetapi

pembaikan tidak dibuat kerana terdapat keperluan lain yang lebih

mendesak. Bagi gerai yang tidak aktif, pihak PDM akan mengeluarkan

surat/notis pembatalan penyewaan.

Pada pendapat Audit, penyelenggaraan surat perjanjian oleh PDM adalah kurang

memuaskan kerana tidak diperbaharui bagi melindungi kepentingan Kerajaan.

2.5. SYOR AUDIT

Bagi menambah baik pengurusan dan pembinaan infrastruktur di pulau-pulau Daerah

Mersing, disyorkan PDM melaksanakan perkara berikut:

2.5.1. Menyediakan justifikasi keperluan dan keutamaan sebelum pembinaan infrastruktur

dilaksanakan bagi mengelakkan ia tidak digunakan.

2.5.2. Memohon peruntukan kewangan yang secukupnya dengan Kerajaan Negeri bagi

membaiki infrastruktur yang rosak supaya dapat digunakan dengan selamat dan selesa oleh

penduduk pulau.

2.5.3. Menyediakan daftar kerja pembinaan/pembaikan infrastruktur yang telah

dilaksanakan di pulau-pulau Daerah Mersing. Sekiranya pembaikan telah dilaksanakan

secara berulang, PDM perlu mengkaji semula kaedah pembaikan yang lebih berkesan.

2.5.4. Menyemak semula status penyewa yang tidak aktif serta memastikan surat

perjanjian dikemas kini dari semasa ke semasa.

Page 77: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

55

MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI

3. PENGURUSAN PROJEK PEMBANGUNAN DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

3.1. LATAR BELAKANG

3.1.1. Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dan Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT)

merupakan 2 daripada 15 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Johor yang diwujudkan

di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Objektif penubuhan MPBP dan MDKT

adalah untuk mengurus, mentadbir, memberi perkhidmatan serta kemudahan kepada

penduduk dan merancang pembangunan yang teratur, seimbang serta berdaya maju. Setiap

PBT juga bertanggungjawab membangunkan kawasan pentadbiran masing-masing bagi

memastikan penduduk setempat dapat menikmati kemudahan prasarana yang mencukupi.

3.1.2. Projek pembangunan yang dilaksanakan di MPBP dan MDKT dibiayai melalui dana

Majlis dan peruntukan Kerajaan Persekutuan. Bagi tahun 2010 hingga 2012, sebanyak 954

projek pembangunan telah dilaksanakan oleh MPBP dan MDKT dengan menggunakan

peruntukan Kerajaan Persekutuan dan dana Majlis berjumlah RM87.06 juta di mana

sejumlah RM82.63 juta atau 94.9% telah dibelanjakan. Antara jenis projek yang

dilaksanakan adalah membina bangunan perniagaan, membina pasar awam, membina

gelanggang dan taman permainan, menaik taraf dewan orang ramai, menaik taraf kompleks

niaga, menaik taraf medan selera dan menaik taraf tandas awam. Maklumat projek

pembangunan yang dilaksanakan oleh MPBP dan MDKT sepanjang tahun 2010 hingga

2012 adalah seperti di Jadual 3.1.

Jadual 3.1 Projek Pembangunan MPBP Dan MDKT Bagi Tahun 2010 Hingga 2012

Bil. PBT Jumlah

Peruntukan (RM Juta)

Jumlah Perbelanjaan

(RM Juta)

Peratus Perbelanjaan

(%) Jumlah Projek

1. MPBP 65.85 62.78 95.3 609 2. MDKT 21.21 19.85 93.6 345

Jumlah 87.06 82.63 94.9 954

Sumber: Majlis Perbandaran Batu Pahat Dan Majlis Daerah Kota Tinggi

3.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan ini adalah untuk menilai sama ada pengurusan projek pembangunan

MPBP dan MDKT telah dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta mencapai

objektifnya.

Page 78: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

56

3.3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

Skop pengauditan meliputi pengurusan projek pembangunan MPBP dan MDKT bagi tahun

2010 hingga 2012 serta di mana perlu skop diperluaskan meliputi tahun sebelumnya.

Pengauditan dilaksanakan dengan menyemak fail, rekod dan dokumen berkaitan dengan

pengurusan projek pembangunan yang dilaksanakan oleh MPBP dan MDKT. Selain itu,

pemeriksaan Audit terhadap beberapa projek pembangunan yang dipilih turut dilakukan.

Temu bual serta perbincangan dengan pegawai yang terlibat juga diadakan bagi

mendapatkan maklum balas dan pengesahan.

3.4. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dilaksanakan pada bulan Januari hingga Mac 2013 mendapati secara

keseluruhannya pengurusan projek pembangunan di MPBP dan MDKT adalah kurang

memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan seperti yang dijelaskan dalam

perenggan-perenggan berikut. Secara ringkasnya kelemahan yang ditemui adalah seperti di

bawah:

Sebanyak 2 projek pembangunan di MPBP dan MDKT lewat disiapkan serta satu

projek pembinaan semula pasar awam belum dilaksanakan.

Sistem Penilaian Kadaran Automasi Berintegrasikan Sistem Maklumat Geografi yang

dibangunkan masih belum boleh digunakan.

Kerja tidak mengikut spesifikasi kerja dan Senarai Kuantiti ditetapkan.

Bangunan dan kompleks perniagaan terbiar.

Lot gerai dan kompleks niaga serta bangku pasar yang disediakan masih lagi kosong

dan belum disewa antara 1 hingga 11 tahun.

3.4.1. Prestasi Pencapaian Projek Pembangunan

3.4.1.1. Objektif pelaksanaan projek pembangunan akan tercapai sekiranya projek yang

dirancang dan diluluskan telah dilaksanakan dengan teratur dan cekap oleh PBT. Analisis

Audit terhadap prestasi pengurusan projek pembangunan yang dilaksanakan di MPBP

dan MDKT mendapati daripada 954 projek yang diluluskan, sebanyak 951 projek atau

99.7% telah siap, 2 projek sedang dilaksanakan dan satu projek belum dimulakan. Butiran

lanjut adalah seperti di Jadual 3.2.

Jadual 3.2 Prestasi Projek Pembangunan Bagi Tahun 2010 Hingga 2012

Bil. PBT Jumlah Projek Bilangan Projek

Siap Sedang Laksana

Belum Mula

1. MPBP 609 607 1 1 2. MDKT 345 344 1 0

Jumlah 954 951 2 1

Sumber: Majlis Perbandaran Batu Pahat Dan Majlis Daerah Kota Tinggi

Page 79: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

57

3.4.1.2. Projek Pembinaan Lewat Disiapkan

a. Kerja-kerja bagi sesuatu projek pembangunan hendaklah dilaksanakan mengikut

jadual pelaksanaan yang ditetapkan. Semakan Audit terhadap pengurusan projek

pembangunan di MPBP dan MDKT mendapati 2 projek masih belum disiapkan

sehingga bulan Mac 2013 seperti berikut:

i. Pasar Borong Batu Pahat, Taman Kota Murni

Projek yang bernilai RM3.46 juta ini sepatutnya disiapkan dalam tempoh

28 minggu bermula 28 Mei 2012 hingga 9 Disember 2012. Sehingga tarikh

akhir projek ini patut disiapkan, kontraktor masih gagal menyiapkan

keseluruhan kerja dan telah diluluskan satu lanjutan masa selama 110 hari

sehingga 30 Mac 2013. Antara sebab lanjutan masa diluluskan adalah

kerana terdapat kerja baik pulih tebing sungai berdekatan tapak projek

yang mengalami hakisan teruk serta kerja tambahan tiang di ruang niaga

sayur dan bangunan sambungan. Pihak MPBP memaklumkan anggaran

tambahan kos terlibat adalah berjumlah RM0.53 juta berdasarkan Arahan

Perubahan Kerja yang disediakan. Lawatan Audit ke tapak projek pada 18

Februari 2013 mendapati prestasi pembinaan adalah setakat 80% seperti

di Gambar 3.1 dan Gambar 3.2.

Gambar 3.1 Gambar 3.2 Projek Pembinaan Pasar Borong Batu Pahat Siap Setakat 80%

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Taman Kota Murni, Batu Pahat Tarikh: 18 Februari 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Taman Kota Murni, Batu Pahat Tarikh: 18 Februari 2013

Bagaimanapun, sehingga akhir tempoh lanjutan masa iaitu pada 30 Mac

2013, projek pembinaan pasar borong berkenaan masih belum dapat

disiapkan dan kontraktor terbabit telah diluluskan lanjutan masa kedua

selama 31 hari iaitu sehingga 30 April 2013 kerana terdapat perubahan

pada kedudukan tangki septik.

Page 80: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

58

Maklum balas MPBP bertarikh 21 Mei 2013 menjelaskan, perubahan

tangki septik berkait rapat dengan kerja baik pulih tebing sungai. Ini

kerana kedudukan tangki septik berdasarkan pelan adalah terletak di

atas tebing sungai berkenaan. Selain itu, kerja baik pulih tebing

sungai juga bergantung kepada faktor pasang surut air sungai dan

terpaksa dihentikan sekiranya air pasang besar berlaku. Keadaan ini

menyebabkan kerja pembinaan masih belum dapat disiapkan

walaupun tempoh siap kerja telah tamat. Prestasi pembinaan pada

21 Mei 2013 adalah 95% dan kontraktor telah diluluskan lanjutan masa

ketiga sehingga 30 Julai 2013 kerana mengalami masalah dengan

kerja penyambungan paip utama Syarikat Air Johor bagi bekalan air

ke tapak pasar borong.

ii. Pengindahan Tepian Sungai Johor, Kota Tinggi

Projek pengindahan tepian Sungai Johor, Kota Tinggi berjumlah RM0.94

juta perlu disiapkan dalam tempoh 24 minggu bermula 19 Disember 2011

hingga 7 Jun 2012. Sehingga tarikh akhir projek ini patut disiapkan,

kontraktor masih belum menyiapkan keseluruhan kerja dan telah diluluskan

satu lanjutan masa selama 56 hari sehingga 1 Ogos 2012. Bagaimanapun,

sehingga akhir tempoh lanjutan masa, kerja tersebut masih gagal disiapkan

disebabkan sub-kontraktor yang dilantik oleh kontraktor utama tidak

menyiapkan kerja sebagaimana diarahkan. Pada 13 Ogos 2012, MDKT

telah mengeluarkan Perakuan Kerja Tidak Siap dengan kadar denda

berjumlah RM143.53 setiap hari sepanjang tempoh kerja tidak dapat

disiapkan sepenuhnya.

Semakan Audit selanjutnya mendapati pihak MDKT telah menjelaskan

bayaran kemajuan kerja berjumlah RM0.71 juta atau 75.6% daripada kos

projek sehingga bulan Februari 2013 kepada kontraktor berkenaan.

Lawatan Audit ke tapak projek pada 27 Mac 2013 mendapati prestasi kerja

pembinaan siap adalah setakat 95% manakala kerja pembinaan tandas

awam serta tempat letak kereta dalam peringkat akhir disiapkan seperti di

Gambar 3.3 dan Gambar 3.4. Kesannya, kemudahan awam ini lewat

disiapkan untuk kegunaan orang awam.

Page 81: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

59

Gambar 3.3 Gambar 3.4 Pembinaan Tandas Awam Yang Sedang

Dilaksanakan Pembinaan Tempat Letak Kereta Yang

Sedang Dilaksanakan

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Tepian Sungai Johor, Kota Tinggi Tarikh: 27 Mac 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Tepian Sungai Johor, Kota Tinggi Tarikh: 27 Mac 2013

Berdasarkan maklum balas MDKT bertarikh 29 Mei 2013, kerja

pembinaan telah disiapkan pada 12 April 2013 dengan kelewatan 244

hari selepas lanjutan masa diberikan. Denda lewat dikenakan

berjumlah RM35,021 dan ditolak daripada bayaran interim yang

terakhir kontraktor berkenaan.

3.4.1.3. Projek Pembinaan Semula Pasar Awam Batu Pahat Belum Dilaksanakan

a. Projek membina semula Pasar Awam Batu Pahat bernilai RM6.32 juta melalui

peruntukan Kerajaan Persekutuan telah dipertanggungjawabkan kepada MPBP

sebagai agensi pelaksana dan dibina oleh kontraktor yang dilantik sebagaimana

keputusan Mesyuarat Lembaga Perolehan Persekutuan Peringkat Negeri Johor Bil.

2/2012 pada 9 April 2012. Berdasarkan dokumen kontrak, tempoh projek adalah

selama 68 minggu bermula pada 2 Mei 2012 dan dijangka siap pada 20 Ogos 2013.

b. Pihak Audit mendapati terdapat 2 kategori peniaga iaitu peniaga pasar awam dan

peniaga pasar borong yang berniaga sebelah menyebelah dalam bangunan Pasar

Awam Batu Pahat tersebut. Bagaimanapun, apabila siap kelak bangunan pasar

awam yang baru akan hanya menempatkan peniaga-peniaga pasar awam manakala

peniaga-peniaga pasar borong akan ditempatkan di bangunan Pasar Borong baru di

Taman Kota Murni. Bagi membolehkan projek pembinaan semula pasar awam

berkenaan dijalankan, pada dasarnya semua pihak terlibat khususnya di kalangan

peniaga bersetuju untuk dipindahkan ke tapak pasar sementara yang disediakan oleh

MPBP. Kesemua peniaga pasar awam telah diarahkan berpindah ke Pasar Awam

Sementara di Jalan Pasar, Jalan Penggaram dan Jalan Idrus mulai 1 Jun 2012.

Manakala peniaga pasar borong diarahkan berpindah ke Pasar Borong Sementara di

Jalan Shahbandar pada tarikh yang sama.

Page 82: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

60

c. Semakan Audit selanjutnya mendapati sehingga tahun 2012, MPBP telah

menjelaskan bayaran perunding berjumlah RM0.27 juta bagi pembinaan semula

Pasar Awam Batu Pahat. Bagaimanapun, lawatan Audit ke tapak projek pada 18

Februari 2013 mendapati kerja pembinaan belum dilaksanakan kerana para peniaga

masih tidak berpindah ke pasar sementara seperti di Gambar 3.5 hingga

Gambar 3.8.

Gambar 3.5 Gambar 3.6 Projek Pembinaan Semula Pasar Awam Batu Pahat Belum Dilaksanakan

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Pasar Awam Batu Pahat Tarikh: 18 Februari 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Pasar Awam Batu Pahat Tarikh: 18 Februari 2013

Gambar 3.7 Gambar 3.8 Peniaga Pasar Awam Batu Pahat Masih Tidak Berpindah

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Pasar Awam Batu Pahat Tarikh: 18 Februari 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Pasar Awam Batu Pahat Tarikh: 18 Februari 2013

d. Temu bual Audit mendapati peniaga pasar awam enggan berpindah ke tapak pasar

sementara kerana mendakwa ruang niaga yang disediakan terlalu kecil dan tidak

sesuai. Selain itu, peniaga pasar awam juga telah meminta supaya MPBP

memindahkan terlebih dahulu peniaga pasar borong yang berniaga bersebelahan ke

Pasar Borong Sementara Batu Pahat di Jalan Shahbandar. Namun begitu, peniaga

pasar borong berkenaan juga enggan berpindah ke tapak pasar sementara

disediakan dan akan berpindah selepas projek pembinaan Pasar Borong baru di

Taman Kota Murni siap bagi mengelak daripada menanggung kos perpindahan

Page 83: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

61

sebanyak 2 kali. Bagaimanapun, pembinaan Pasar Borong baru di Taman Kota Murni

mengalami kelewatan seperti dinyatakan dalam perenggan 3.4.1.1. sebelum ini.

e. Justeru itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor yang bermesyuarat pada 6 Jun 2012

memutuskan untuk menangguhkan pemindahan peniaga Pasar Awam Batu Pahat

sehingga peniaga pasar borong berpindah ke Pasar Borong baru di Taman Kota

Murni. Keputusan ini sekaligus menangguhkan projek pembinaan semula Pasar

Awam Batu Pahat sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Kesannya,

kemudahan pasar awam dan pasar borong sementara masing-masing berjumlah

RM0.31 juta dan RM0.43 juta tidak digunakan sejak ianya siap dibina dan telah

mengalami kerosakan serta dijadikan tempat letak kereta seperti di Gambar 3.9

hingga Gambar 3.12.

Gambar 3.9 Gambar 3.10 Pasar Awam Sementara Batu Pahat Yang Telah Rosak

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Penggaram, Batu Pahat Tarikh: 18 Februari 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Pasar, Batu Pahat Tarikh: 18 Februari 2013

Gambar 3.11 Gambar 3.12 Pasar Borong Sementara Batu Pahat Dijadikan Tempat Letak Kereta

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Shahbandar, Batu Pahat Tarikh: 18 Februari 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Shahbandar, Batu Pahat Tarikh: 18 Februari 2013

f. Menurut maklum balas MPBP bertarikh 21 Mei 2013, punca sebenar

penangguhan pemindahan peniaga pasar awam ini disebabkan rasa tidak puas

Page 84: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

62

hati mereka terhadap peniaga pasar borong yang tidak perlu berpindah

sewaktu kerja pembinaan dilakukan sehingga pasar borong siap dibina. Isu

berkaitan ruang yang kecil dan tidak sesuai adalah alasan peniaga untuk

menangguhkan pemindahan. Ini kerana pihak MPBP telah beberapa kali

mengadakan mesyuarat bersama peniaga pasar awam dan peniaga pasar

borong serta kaedah pelaksanaan yang dibuat adalah atas keputusan yang

dipersetujui bersama.

Pada pendapat Audit, pelaksanaan projek pembangunan di MPBP dan MDKT adalah

kurang memuaskan kerana terdapat 2 projek lewat disiapkan untuk kegunaan orang

awam. Selain itu, kemudahan pasar awam dan pasar borong sementara yang

disediakan oleh MPBP tidak digunakan sejak siap dibina kerana para peniaga enggan

berpindah.

3.4.2. Sistem Penilaian Kadaran Automasi Berintegrasikan Sistem Maklumat

Geografi Dibangunkan Tidak Boleh Digunakan

3.4.2.1. Mesyuarat Penuh MPBP pada 27 Julai 2006 meluluskan pembangunan Sistem

Penilaian Kadaran Automasi atau Automatic Valuation System (AVS) berintegrasikan

Sistem Maklumat Geografi (GIS). Matlamat pembangunan sistem AVS-GIS adalah untuk

membantu Jabatan Penilaian MPBP menjalankan penilaian kadaran, mempercepatkan

proses penilaian dan menghasilkan taksiran nilaian dengan lebih tepat. Pihak MPBP telah

menandatangani perjanjian dengan juru perunding yang dilantik pada 10 Ogos 2006. Kos

pembangunan sistem AVS-GIS berjumlah RM2.17 juta dan dijadualkan mengambil masa

4 tahun untuk disiapkan bermula pada bulan Ogos 2006 hingga Ogos 2010.

3.4.2.2. Semakan Audit mendapati kerja pembangunan sistem AVS-GIS ini telah

dihentikan selama 18 bulan mulai tahun 2007 sehingga bulan Jun 2008 disebabkan

masalah sumber peruntukan. Selain itu, MPBP juga telah meminta juru perunding

membuat perubahan sistem daripada single user kepada multiple user pada tahun 2010.

Bagaimanapun, sehingga tahun 2012, prestasi kerja pembangunan sistem AVS-GIS yang

disiapkan adalah 90% sahaja kerana terdapat 7,000 data nilaian masih tidak lengkap dan

perlu disemak semula oleh juru perunding. Semakan Audit selanjutnya mendapati MPBP

telah menjelaskan sejumlah RM0.98 juta bayaran kemajuan dan perkakasan komputer

setakat tahun 2012. Surat peringatan bertarikh 27 Disember 2012 telah dikeluarkan

kepada juru perunding meminta supaya sistem disiapkan dalam tempoh 3 minggu untuk

dibentangkan di dalam Mesyuarat MPBP. Namun begitu, lawatan Audit pada bulan

Februari 2013 mendapati sistem berkenaan masih belum boleh digunakan sehingga kini.

Kesannya, wujud unsur pembaziran kerana kos yang telah dikeluarkan untuk

membangunkan sistem AVS-GIS tidak dapat digunakan dalam tempoh masa ditetapkan.

Berdasarkan maklum balas MPBP bertarikh 22 Mei 2013, sebanyak 2 surat

peringatan telah dihantar kepada juru perunding tetapi tiada maklum balas diterima

sehingga kini. Perkara ini juga telah dirujuk kepada Bahagian Perundangan MPBP

untuk tindakan selanjutnya.

Page 85: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

63

3.4.2.3. Semakan Audit selanjutnya mendapati beberapa perkara penting tidak diliputi

dalam surat perjanjian pembangunan sistem AVS-GIS yang ditandatangani antara MPBP

dengan juru perunding seperti berikut:

a. Perkakasan komputer dan perkakas sokongan lain seperti kamera digital dan kamera

video digital berjumlah RM0.22 juta hanya dicatatkan bilangan unit yang akan

dibekalkan oleh juru perunding. Spesifikasi perkakasan seperti jenis, model,

keupayaan processor, random access memory (RAM), hardisk dan resolusi kamera

tidak diperincikan dengan jelas.

b. Kadar denda sekiranya juru perunding gagal menyiapkan kerja dalam tempoh

tertentu tidak dinyatakan.

Pada pendapat Audit, wujud unsur pembaziran kerana sistem yang dibangunkan di

MPBP masih belum boleh digunakan sehingga kini dan syarat kontrak yang kurang

kemas.

3.4.3. Pelaksanaan Projek Pembangunan

Kerja pembinaan dan bekalan hendaklah dibuat mengikut butiran kerja dan spesifikasi

ditetapkan serta bayaran perlu dijelaskan terhadap kerja yang telah dilaksanakan. Semakan

Audit terhadap pelaksanaan projek pembangunan di MPBP dan MKDT mendapati perkara

seperti berikut:

3.4.3.1. Kerja Tidak Mengikut Spesifikasi

a. Sebanyak 4 butiran kerja bagi 2 projek pembangunan di bawah seliaan MPBP tidak

dilaksanakan mengikut spesifikasi kerja yang ditetapkan seperti berikut:

i. Kerja Pembangunan Kawasan Landskap Di Taman Rengit Jaya

Kerja pembangunan kawasan landskap di Taman Rengit Jaya, Batu Pahat

dimulakan pada Ogos 2012 dan telah siap pada bulan Oktober 2012 dengan

kos berjumlah RM78,350. Kontraktor dikehendaki membuat kerja

penyenggaraan rumput, pokok dan keseluruhan kawasan lapang termasuk

siraman, pembajaan, sulaman dan pemotongan rumput selama tempoh 6

bulan mulai 4 Oktober 2012 hingga 5 April 2013. Lawatan Audit pada 18

Februari 2013 mendapati pelaksanaan kerja adalah tidak mengikut

spesifikasi yang ditetapkan seperti di Jadual 3.3.

Page 86: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

64

Jadual 3.3 Kerja Tidak Mengikut Spesifikasi

Bil. Spesifikasi Kerja Kuantiti Kadar (RM)

Harga (RM)

Keadaan Fizikal

1. Kerja menanam rumput secara close turfing

1,376 meter

persegi

8 11,008 Rumput tidak rata dan tidak subur (Gambar 3.13)

Terdapat kawasan landskap yang tidak ditumbuhi rumput (Gambar 3.14)

2. Membekal dan menanam pokok teduhan

10 batang

800 8,000 Sebatang pokok telah mati

Sumber: Majlis Perbandaran Batu Pahat

Gambar 3.13 Gambar 3.14 Rumput Ditanam Tidak Rata Kawasan Landskap Tidak

Ditumbuhi Rumput

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Taman Rengit Jaya, Batu Pahat Tarikh: 18 Februari 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Taman Rengit Jaya, Batu Pahat Tarikh: 18 Februari 2013

Menurut maklum balas MPBP bertarikh 21 Mei 2013, beberapa

kecacatan kerja yang tidak mematuhi spesifikasi dikenal pasti dan

teguran telah diberikan kepada kontraktor semasa pemantauan

dijalankan. Potongan ke atas bayaran kerja penyenggaraan sejumlah

RM910 telah dibuat terhadap butiran kerja yang tidak dilaksanakan oleh

kontraktor.

ii. Menaik Taraf Kawasan Lapang Di Jalan Kurnia 8, Taman Kurnia

Kerja naik taraf kawasan lapang di Jalan Kurnia 8, Taman Kurnia, Batu

Pahat dimulakan pada Mei 2012 dan telah siap pada bulan Ogos 2012

dengan kos berjumlah RM76,149. Kontraktor dilantik dikehendaki membuat

kerja penyenggaraan rumput, pokok dan keseluruhan kawasan lapang

termasuk siraman, pembajaan, sulaman dan pemotongan rumput selama

tempoh 6 bulan mulai 14 Ogos 2012 hingga 13 Februari 2013. Lawatan

Audit pada 19 Februari 2013 mendapati keadaan tanah tidak rata dan kerja

penyenggaraan tidak dijalankan dengan baik kerana kawasan lapang telah

ditumbuhi pokok semalu seperti di Jadual 3.4.

Page 87: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

65

Jadual 3.4 Kerja Tidak Mengikut Spesifikasi

Bil. Spesifikasi Kerja Kuantiti Kadar (RM)

Harga (RM)

Keadaan Fizikal

1. Kerja menanam rumput secara close turfing

1,185.7 meter

persegi

5 5,336 Kawasan lapang ditumbuhi pokok semalu (Gambar 3.15)

2. Membekal dan merata tanah

11.85 meter padu

137 1,618 Keadaan tanah tidak rata (Gambar 3.16)

Sumber: Majlis Perbandaran Batu Pahat

Gambar 3.15 Kawasan Lapang Ditumbuhi Pokok Semalu

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Kurnia 8, Taman Kurnia, Batu Pahat Tarikh: 19 Februari 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Kurnia 8, Taman Kurnia, Batu Pahat Tarikh: 19 Februari 2013

Gambar 3.16 Keadaan Tanah Tidak Rata

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Kurnia 8, Taman Kurnia, Batu Pahat Tarikh: 19 Februari 2013

Berdasarkan maklum balas MPBP bertarikh 21 Mei 2013, kerja

penyenggaraan telah dijalankan oleh kontraktor tetapi ia tidak dibuat

dengan sempurna. Potongan bayaran sejumlah RM1,876 telah dibuat

terhadap kerja penyenggaraan yang tidak dilaksanakan dengan

sempurna.

3.4.3.2. Kerja/Bekalan Tidak Mengikut Senarai Kuantiti

a. Pelaksanaan kontrak hendaklah mengikut Senarai Kuantiti yang telah ditetapkan

dalam dokumen kontrak dan sebarang perubahan kerja/bekalan perlu mendapat

kelulusan terlebih dahulu daripada pihak yang bertanggungjawab. Pemeriksaan Audit

Page 88: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

66

terhadap 3 projek pembangunan di MPBP dan MDKT mendapati 29 bekalan

berjumlah RM7,590 tidak dapat disahkan sama ada telah dibekalkan mengikut

Senarai Kuantiti sebagaimana ditetapkan dalam spesifikasi kerja. Maklumat lanjut

adalah seperti di Jadual 3.5.

Jadual 3.5 Projek Pembangunan Tidak Mengikut Senarai Kuantiti

Bil. PBT Projek

Pembangunan Spesifikasi

Bekalan/Kerja

Kuantiti

(Unit)

KadarSeunit

(RM)

Harga

(RM)

Bekalan Yang Tidak Dapat

Disahkan (Unit)

Kos Bekalan Tidak

Dibekalkan

(RM) 1. MPBP Kerja Naik Taraf

Kompleks Niaga Senggarang, Batu Pahat

Kipas siling Panasonic

26

380

9,880 7 2,660

Mata kipas siling, penyambung dan cangkuk penggantung

26

85

2,210 7

595

Lampu perangkap lalat

10

120

1,200 1

120

Mata lampu perangkap lalat

10

85 850 1 85

2. Kerja Naik Taraf Dewan Orang Ramai Taman Industri Sri Sulong, Batu Pahat

Kipas dinding Panasonic

2

250

500 2 500

Lampu tanda ‘KELUAR’

11 100 1,100 1 100

3. MDKT Kerja Naik Taraf Tandas Awam, Telok Sengat, Kota Tinggi (Gambar 3.17 dan Gambar 3.18)

Kipas angin siling

4

320

1,280 4 1,280

Tempat sabun 3 150

450 3 450

Mesin pengering tangan

3 600 1,800 3 1,800

Jumlah 29 7,590

Sumber: Lawatan Bersama Jabatan Audit Negara, Majlis Perbandaran Batu Pahat Dan Majlis Daerah Kota Tinggi

Gambar 3.17 Gambar 3.18 Kipas Angin Siling

Tidak Dipasang Tempat Sabun Dan Mesin Pengering

Tangan Tidak Dipasang

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Tandas Awam Telok Sengat, Kota Tinggi Tarikh: 27 Mac 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Tandas Awam Telok Sengat, Kota Tinggi Tarikh: 27 Mac 2013

Page 89: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

67

b. Berdasarkan maklum balas MPBP bertarikh 21 Mei 2013 dan 22 Mei 2013, bagi

kerja naik taraf Kompleks Niaga Senggarang di Batu Pahat, kekurangan

pemasangan kipas siling telah diganti dengan kerja pemasangan lampu

pendarfluor manakala satu unit daripada 10 unit lampu perangkap lalat yang

siap dipasang telah dicuri. Bagi kerja naik taraf Dewan Orang Ramai Taman

Industri Sri Sulong pula, semua alat kelengkapan seperti kipas dinding telah

siap dipasang oleh kontraktor. Bagaimanapun, kipas dinding berkenaan telah

hilang setelah dewan diserahkan kepada Jawatankuasa Penduduk di kawasan

tersebut. Lampu tanda ‘KELUAR’ pula hanya dipasang 10 unit sahaja kerana

didapati kuantiti tersebut adalah mencukupi. Baki satu unit lampu tanda

‘KELUAR’ telah disimpan dalam bengkel MPBP di bawah seliaan Unit Elektrik

sebagai alat ganti sekiranya berlaku sebarang kerosakan.

c. Menurut maklum balas MDKT bertarikh 29 Mei 2013, semua kelengkapan tandas

seperti kipas angin siling, tempat sabun dan mesin pengering tangan tidak

dipasang kerana dikhuatiri hilang memandangkan MDKT belum melantik

penjaga tandas pada ketika itu. Selepas teguran Audit, MDKT telah

mengarahkan pihak kontraktor supaya memasang semula kelengkapan tandas

seperti di Gambar 3.19 dan Gambar 3.20.

Gambar 3.19 Gambar 3.20 Mesin Pengering Tangan Telah Dipasang Tempat Sabun Telah Dipasang

Sumber: Majlis Daerah Kota Tinggi Lokasi: Tandas Awam Telok Sengat, Kota Tinggi Tarikh: 1 April 2013

Sumber: Majlis Daerah Kota Tinggi Lokasi: Tandas Awam Telok Sengat, Kota Tinggi Tarikh: 1 April 2013

Pada pendapat Audit, pengurusan projek pembangunan di MPBP dan MDKT adalah

kurang memuaskan kerana terdapat kerja yang tidak mengikut spesifikasi kerja dan

Senarai Kuantiti ditetapkan.

3.4.4. Bangunan Dan Kompleks Perniagaan Tidak Digunakan

Pegawai Pengawal perlu memastikan pengurusan projek pembangunan dikendalikan

berdasarkan sistem kawalan dalaman yang kukuh dan mengikut peraturan kewangan yang

ditetapkan serta digunakan secara optimum. Adalah menjadi amalan pengurusan yang baik

Selepas Selepas

Page 90: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

68

untuk memastikan projek pembangunan yang dibuat mempunyai value for money. Lawatan

Audit ke MPBP dan MDKT mendapati ada bangunan dan kompleks perniagaan tidak

digunakan. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

3.4.4.1. Kuarters Taman Bukit Flora, Batu Pahat Tidak Diduduki

a. MPBP telah membeli 20 unit rumah kos sederhana rendah di Taman Bukit Flora

dengan harga RM50,000 seunit untuk dijadikan kuarters bagi Pekerja Rendah Awam

pada tahun 2002. Kos keseluruhan berjumlah RM1.0 juta di mana RM0.10 juta

bayaran pendahuluan dibiayai menggunakan dana MPBP manakala baki RM0.90 juta

melalui pinjaman bank selama tempoh 15 tahun. Semakan Audit mendapati hanya 5

unit atau 25% daripada 20 unit kuarters berkenaan didiami oleh pekerja manakala

baki 15 unit kuarters terbiar kosong sejak tahun 2007 seperti di Gambar 3.21 hingga

Gambar 3.22. Antara sebab pekerja tidak mahu mendiami kuarters tersebut adalah

kerana telah membeli rumah sendiri melalui pinjaman perumahan kerajaan dan tidak

mahu gaji mereka ditolak Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) selain Elaun Bantuan

Sara Hidup (COLA) dipotong sebanyak 50%. Kesannya, wujud unsur pembaziran

kerana kemudahan kuarters yang disediakan tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Gambar 3.21 Gambar 3.22

Kuarters Terbiar Kosong

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Bukit Flora 5, Taman Bukit Flora, Batu Pahat Tarikh: 18 Februari 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Jalan Bukit Flora 13, Taman Bukit Flora, Batu Pahat Tarikh: 18 Februari 2013

b. Semakan Audit selanjutnya mendapati selepas tempoh 5 tahun kuarters ini terbiar

kosong, tindakan untuk menjual 15 unit kuarters berkenaan kepada warga MPBP

yang berminat dengan tawaran harga RM80,000 seunit telah diambil sebagaimana

keputusan Mesyuarat Penuh MPBP pada 27 Jun 2012. Surat tawaran telah

dikeluarkan pada akhir bulan Januari 2013 dan proses penentuan unit secara undian

sedang dijalankan.

c. Berdasarkan maklum balas MPBP bertarikh 21 Mei 2013, pihak MPBP sedang

dalam proses untuk menjual kesemua kuarters tersebut. Proses undian telah

selesai dijalankan pada pertengahan bulan Mei 2013 dan 19 unit daripada 20

Page 91: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

69

unit kuarters tersebut telah dipersetujui untuk dijual dengan anggaran nilai

berjumlah RM1.3 juta. Baki satu unit lagi akan kekal dijadikan sebagai kuarters

dan kini sedang didiami oleh pekerja MPBP. Proses jual beli dijangka akan

selesai dalam tempoh 3 hingga 6 bulan.

3.4.4.2. Bangunan Kompleks Perniagaan Kota Tinggi Terbiar Tiada Penyewaan

a. Kompleks Perniagaan Kota Tinggi telah dibina pada tahun 1989 dengan kos bernilai

RM3.75 juta dan bangunan ini mula disewakan pada tahun 1996. MDKT telah

menawarkan penyewaan baru kepada sebuah syarikat perniagaan dan surat

perjanjian ditandatangani pada bulan Jun 2010. Kadar sewa ditetapkan berjumlah

RM50,000 sebulan selama tempoh 2 tahun mulai 1 Jun 2010 hingga 31 Mei 2012.

Selain itu, satu perjanjian tambahan juga telah ditandatangani antara MDKT dengan

penyewa terbabit pada bulan September 2011. Antara syarat tambahan ditetapkan

penyewa dikehendaki menyiapkan set generator, lif dan kerja berkaitan serta

menanggung kosnya berjumlah RM1.11 juta manakala MDKT bersetuju untuk

menolak kos tersebut dari bayaran sewa bulanan selama 36 bulan dan tempoh

penyewaan disambung setahun lagi sehingga 31 Mei 2013.

b. Bagaimanapun, penyewa berkenaan telah melanggar syarat perjanjian kerana

menamatkan tempoh penyewaan pada 31 Mei 2012 dan menyerahkan semula

bangunan tersebut kepada MDKT pada 17 Ogos 2012. Melalui keputusan mesyuarat

Jawatankuasa Pengurusan Bil. 10/2012, pihak MDKT bersetuju mengembalikan

deposit sewa berjumlah RM0.33 juta kepada penyewa dengan syarat penyewa

hendaklah menjelaskan tunggakan sewa berjumlah RM0.23 juta serta menyiapkan

pembinaan lif. Namun begitu, kerja pemasangan lif yang sepatutnya disiapkan pada

14 Oktober 2012 telah terbengkalai seperti di Gambar 3.23.

Gambar 3.23

Kerja Menyiapkan Lif Terbengkalai

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kompleks Perniagaan MDKT, Kota Tinggi Tarikh: 27 Mac 2013

Page 92: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

70

c. Kelewatan menyiapkan lif ini adalah disebabkan kerja pembinaan telah dihentikan

pada 14 Januari 2012 selain ukuran ketebalan cermin lif yang tidak mematuhi syarat

ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan. Berdasarkan

maklum balas MDKT bertarikh 29 Mei 2013, pemasangan cermin lif dengan

ketebalan 10 milimeter telah dilaksanakan dan surat peringatan telah

dikeluarkan kepada kontraktor terlibat bagi kerja pemasangan lif. Keadaan ini

telah mengakibatkan bakal penyewa berpotensi kurang berminat untuk menyewa

bangunan kompleks berkenaan. Ini terbukti semasa lawatan Audit pada 27 Mac

2013, kompleks perniagaan tersebut masih terbiar kosong sehingga kini tanpa

penyewaan seperti di Gambar 3.24 dan Gambar 3.25.

Gambar 3.24 Gambar 3.25

Kompleks Perniagaan Kota Tinggi Terbiar Kosong Tanpa Penyewaan

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kompleks Perniagaan MDKT, Kota Tinggi Tarikh: 27 Mac 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kompleks Perniagaan MDKT, Kota Tinggi Tarikh: 27 Mac 2013

d. Semakan Audit selanjutnya mendapati MDKT telah meluluskan tawaran penyewaan

keseluruhan bangunan kompleks tersebut kepada sebuah syarikat pada bulan

November 2012 dengan kadar sewa berjumlah RM50,000 sebulan bagi tempoh 2

tahun serta perkhidmatan lif tidak disediakan. Surat tawaran sewa telah dikeluarkan

kepada penyewa terbabit pada bulan Disember 2012 tetapi sehingga kini pihak

MDKT tidak menerima sebarang maklum balas mengenainya. Menurut maklum

balas MDKT bertarikh 22 Mei 2013 dan 29 Mei 2013, surat permohonan

pembatalan penyewaan telah dikemukakan oleh syarikat perniagaan berkenaan

dan notis pembatalan sewa telah dikeluarkan. Pihak MDKT juga telah membuat

pengiklanan yang berterusan untuk penyewaan bangunan kompleks

perniagaan tersebut sama ada secara pecahan mengikut tingkat atau

keseluruhan bangunan. Bagaimanapun, sehingga kini belum ada penyewa yang

berminat untuk menyewa bangunan berkenaan.

3.4.4.3. Perhentian Bas Taman Kota Jaya, Kota Tinggi Tidak Digunakan

a. MDKT telah menerima aset berupa sebuah perhentian bas yang berkeluasan 1.30

ekar di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi daripada pemaju perumahan pada tahun 2004

Page 93: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

71

untuk disenggarakan dan digunakan. Lawatan Audit mendapati perhentian bas

tersebut terbiar dan tidak digunakan oleh MDKT sejak ia diserahkan seperti di

Gambar 3.26. Temu bual Audit dengan pegawai MDKT mendapati perhentian bas ini

tidak pernah digunakan setelah operasi bas henti-henti ke Taman Kota Jaya, Kota

Tinggi ditamatkan pada tahun 1990-an.

Gambar 3.26 Perhentian Bas Terbiar Tidak Digunakan Selama 8 Tahun

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Taman Kota Jaya, Kota Tinggi Tarikh: 4 Mac 2013

b. Semakan Audit selanjutnya mendapati tiada tindakan proaktif dilaksanakan oleh

MDKT untuk menguruskan perhentian bas tersebut selepas ia diserahkan. Ini kerana

pihak MDKT hanya membincangkan cadangan penyewaan 15 unit gerai terbuka

berkonsepkan gerai tolak semasa Mesyuarat Pembangunan Semula Perhentian Bas

Taman Kota Jaya yang diadakan pada 5 Julai 2012 iaitu selepas 8 tahun perhentian

bas tersebut diserahkan. Kesannya, perhentian bas yang diterima tidak dimanfaatkan

penggunaannya oleh orang awam.

c. Menurut maklum balas MDKT bertarikh 22 Mei 2013 dan 29 Mei 2013,

pelaksanaan gerai terbuka tersebut masih dalam pertimbangan kerana ia akan

melibatkan anggaran kos berjumlah RM0.20 juta dan dikhuatiri tidak mendapat

sambutan memandangkan di kawasan persekitaran perhentian bas tersebut

terdapat rumah kedai dan gerai yang juga kurang mendapat sambutan.

3.4.4.4. Ruang Perniagaan Di Terminal Tun Sri Lanang, Kota Tinggi Tidak

Digunakan

a. Terminal Tun Sri Lanang, Kota Tinggi yang bernilai RM25.0 juta telah siap

dibangunkan secara usaha sama antara MDKT dan sebuah syarikat pada tahun

2006. Bangunan terminal ini mempunyai kemudahan seperti tempat bas dan teksi,

pejabat, gerai makan, tandas serta pasar raya dan telah dibuka kepada orang awam

pada 15 Julai 2011.

b. Semakan Audit mendapati MDKT telah menawarkan penyewaan sebuah ruang niaga

berkeluasan 1,000 kaki persegi di terminal berkenaan kepada sebuah syarikat

perniagaan untuk menjual barangan keperluan harian pada bulan Jun 2012. Kadar

sewa yang dikenakan adalah sebanyak RM2,200 sebulan selama tempoh 2 tahun

Page 94: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

72

mulai bulan Julai 2012. Bagaimanapun, penyewa tersebut tidak memulakan operasi

perniagaan walaupun notis telah dikeluarkan pada bulan Disember 2012. Pada akhir

bulan Mac 2013, penyewa berkenaan telah mengemukakan surat pembatalan

penyewaan disebabkan kekurangan tenaga pekerja dan notis pembatalan

penyewaan dikeluarkan oleh MDKT. Kesannya, ruang niaga tersebut masih terbiar

kosong sehingga kini serta tidak dimanfaatkan untuk kegunaan orang awam di

Gambar 3.27.

Gambar 3.27

Ruang Perniagaan Terbiar Kosong

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Tingkat Bawah, Terminal Tun Sri Lanang, Kota Tinggi Tarikh: 27 Mac 2013

c. Menurut maklum balas MDKT bertarikh 29 Mei 2013, tawaran sewa telah

dikeluarkan kepada sebuah syarikat perniagaan lain dan dijangka mula

beroperasi pada awal bulan Jun 2013.

Pada pendapat Audit, pengurusan terhadap bangunan dan kompleks perniagaan di

MPBP dan MDKT adalah kurang memuaskan kerana bangunan dan kompleks

perniagaan tersebut didapati terbiar kosong dan tidak digunakan serta tidak

dimanfaatkan secara optimum.

3.4.5. Lot Gerai, Kompleks Niaga Dan Pasar Masih Belum Disewa

3.4.5.1. MPBP dan MDKT ada menyediakan lot gerai dan kompleks niaga serta bangku

pasar untuk disewa bagi memudahkan peniaga menjalankan aktiviti perniagaan.

Sehingga bulan Disember 2012, semakan Audit mendapati sebanyak 183 unit atau 52.9%

daripada 346 lot gerai dan kompleks perniagaan serta bangku pasar yang disediakan oleh

MPBP dan MDKT masih lagi kosong dan belum disewakan antara 1 hingga 11 tahun.

Mengikut perkiraan Audit, sehingga bulan Disember 2012, MPBP dan MDKT telah

kerugian hasil sewaan masing-masing berjumlah RM0.83 juta dan RM0.14 juta bagi

tempoh kekosongan antara tahun 2001 hingga 2012. Maklumat lanjut adalah seperti di

Jadual 3.6.

Page 95: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

73

Jadual 3.6 Lot Gerai Dan Kompleks Niaga Serta Bangku Pasar Di MPBP Dan MDKT Masih Belum Disewa Sehingga Bulan Disember 2012

Bil. PBT Premis Perniagaan Jumlah Unit Kadar Sewa

Bulanan (RM)

Tempoh Kosong (Tahun)

Kerugian Sewa (RM) Disediakan Kosong

1. MPBP Gerai Jalan Jenang 23 3 60 3 6,4802. Gerai Setara Taman Soga

– Melayu 14 12 150 7 151,200

3. Gerai Menara MPBP 72 62 60 11 491,0404. Kompleks Niaga Peserai

Hasil Kampung 25 22 100 2 52,800

5. Kompleks Niaga Rengit (Fasa I) – makanan dan minuman

26 4 80 9 34,560

6. Kompleks Niaga Rengit (Fasa III) – serbaneka

21 3 80 4 11,520

7. Kompleks Niaga Tongkang Pecah – gerai makan tingkat atas

17 17 100 4 81,600

Jumlah 198 123 829,2008. MDKT Pasar Awam Kota Jaya

- bangku ikan - bangku sayur

12 10

3 4

45 30

5 5

8,100 7,200

9. Pasar Awam Kota Tinggi - bangku daging khinzir - bangku daging khinzir

panggang

8 3

5 2

60 38

8 8

28,8007,296

10. Pasar Awam Telok Sengat - bangku sayur, ikan,

daging ayam dan daging khinzir

9

8

10

5

4,800

11. Pasar Awam Sungai Rengit - bangku sayur, ikan,

ayam/itik, daging kambing/lembu, daging khinzir, daging khinzir panggang, kuih muih dan tapak peti sejuk

52

25

10

5 15,000

12. Pasar Borong Jalan Johor - pusat sembelih

4

2

300

6 43,200

13. Terminal Tun Sri Lanang - kiosk makanan ringan - bazar - kedai makan

29 11 10

6 3 2

200 200 200

1 1 1

14,400 7,200 4,800

Jumlah 148 60 140,796

Jumlah Keseluruhan 346 183 969,996

Sumber: Majlis Perbandaran Batu Pahat Dan Majlis Daerah Kota Tinggi

3.4.5.2. Lawatan Audit mendapati terdapat beberapa faktor yang menyebabkan lot gerai

dan kompleks niaga serta bangku pasar yang disediakan oleh MPBP dan MDKT masih

kosong seperti berikut:

Page 96: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

74

a. Lokasi Kurang Strategik

i. Kajian kemungkinan hendaklah dijalankan sebelum projek pembangunan dibina

bagi memastikan ia mendatangkan faedah dan manfaat kepada PBT. Aspek

penting yang perlu diambil kira dalam kajian ini termasuk kesesuaian lokasi,

permintaan terhadap sewa, kesesuaian kadar sewa dan kos penyenggaraan.

Bagaimanapun, temu bual Audit dengan pegawai MPBP mendapati tiada kajian

kemungkinan dibuat sebelum sesuatu projek pembangunan gerai dan kompleks

niaga dibina bagi memastikan lokasi adalah strategik. Semasa lawatan Audit,

didapati gerai dan kompleks niaga MPBP dibina di lokasi yang kurang strategik

kerana kedudukan gerai yang jauh serta terdapat banyak gerai dan kedai makan

di kawasan persekitaran. Butiran lanjut adalah seperti di Jadual 3.7. Keadaan ini

menyebabkan sehingga kini gerai dan kompleks niaga tersebut tidak mendapat

sambutan daripada orang awam untuk disewa seperti di Gambar 3.28 dan

Gambar 3.29.

Jadual 3.7 Pembinaan Gerai Dan Kompleks Niaga MPBP Di Lokasi Kurang Strategik

Bil. PBT Premis Perniagaan Pemerhatian Lawatan Audit 1. MPBP Gerai Setara Taman Soga –

Melayu Gerai terletak di hujung kawasan

perumahan dan jalan mati 2. Gerai Makan Menara MPBP Gerai terletak di tingkat 2

Terdapat banyak gerai dan kedai makan di kawasan persekitaran

3. Kompleks Niaga Peserai Hasil Kampung

Gerai terletak bersebelahan sungai dan akan ditenggelami air apabila hujan lebat

4. Kompleks Niaga Tongkang Pecah - gerai makan tingkat atas

Terdapat banyak gerai dan kedai makan di kawasan persekitaran

Sumber: Lawatan Bersama Jabatan Audit Negara Dan Majlis Perbandaran Batu Pahat

Gambar 3.28 Gambar 3.29 Gerai Menara MPBP

Tiada Penyewa Gerai Makan Di Kompleks Niaga Tongkang Pecah Tiada Penyewa

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Gerai Menara MPBP, Batu Pahat Tarikh: 16 Januari 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Tingkat Atas, Kompleks Niaga Tongkang Pecah, Batu Pahat Tarikh: 19 Februari 2013

ii. Maklum balas MPBP bertarikh 22 Mei 2013 menjelaskan, Gerai Menara

MPBP tidak mendapat sambutan kerana terdapat kekosongan kedai serta

Page 97: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

75

ruang pejabat di dalam bangunan tersebut dan ini menyebabkan tidak

ramai pengunjung berkunjung ke menara tersebut. Selain itu, terdapat

cadangan daripada pihak Kementerian Pelancongan untuk membina Laman

Beriani di Kompleks Niaga Peserai Hasil Kampung berkenaan.

b. Promosi Tidak Mendapat Sambutan

i. Gerai, kompleks niaga dan pasar yang siap dibina atau telah kosong hendaklah

dipromosikan dengan segera dan meluas bagi memberitahu dan menarik minat

orang awam untuk menyewa. Temu bual Audit dengan pegawai MPBP

mendapati aktiviti promosi telah dilakukan dengan menampal notis tawaran di

premis perniagaan yang disita atau kosong. Pihak Audit difahamkan MPBP ada

memasang kain rentang pada tahun 2009 bagi mengiklankan tawaran

penyewaan Kompleks Niaga Tongkang Pecah, Batu Pahat secara pakej

keseluruhan dengan tawaran sewa separuh harga tetapi ia masih tidak

mendapat sambutan.

ii. Menurut maklum balas MPBP bertarikh 21 Mei 2013, pada dasarnya MPBP

pernah bersetuju untuk menyewakan Kompleks Niaga Tongkang Pecah

kepada sebuah syarikat bagi tujuan peniagaan pasar raya tetapi sehingga

kini tiada perkembangan lanjut. Sekiranya tingkat atas kompleks ini diubah

suai kepada bilik kecil seperti di tingkat bawah, dikhuatiri masih tidak

mendapat sambutan kerana penyewaan semasa bagi ruang niaga di tingkat

bawah juga tidak penuh pada satu-satu masa. MPBP akan terus

meningkatkan aktiviti promosi bagi memastikan ruang niaga yang kosong

dapat disewakan.

iii. Manakala di MDKT pula, aktiviti promosi telah diadakan dengan mengiklankan

kekosongan lot gerai dan kompleks niaga serta bangku pasar untuk disewa

melalui laman web, akhbar tempatan, memasang banner dan menampal notis

tawaran di kawasan awam. Bagaimanapun, promosi yang dilaksanakan tidak

mendapat sambutan terutamanya bagi penyewaan Pasar Awam Telok Sengat,

Pasar Awam Sungai Rengit serta ruang niaga Terminal Tun Sri Lanang, Kota

Tinggi. Ini kerana semasa lawatan Audit ke pasar awam berkenaan, terdapat

banyak kedai runcit dan pondok menjual ikan di sepanjang jalan dan

menyebabkan penduduk lebih memilih untuk mendapatkan keperluan harian di

kawasan berhampiran. Manakala bagi penyewaan ruang niaga di Terminal Tun

Sri Lanang pula tidak mendapat sambutan disebabkan kurangnya pembeli selain

faktor keluasan ruang niaga yang ditawarkan terlalu kecil iaitu antara 48 hingga

216 kaki persegi. Keadaan ini mengakibatkan bangku dan ruang niaga yang

disediakan masih lagi kosong sehingga kini seperti di Gambar 3.30 hingga

Gambar 3.33.

Page 98: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

76

Gambar 3.30 Gambar 3.31 Pasar Awam Telok Sengat

Tiada Penyewa Pasar Awam Sungai Rengit

Tiada Penyewa

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Pasar Awam Telok Sengat, Kota Tinggi Tarikh: 4 Mac 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Pasar Awam Sungai Rengit, Kota Tinggi Tarikh: 4 Mac 2013

Gambar 3.32 Gambar 3.33 Kedai Makan Terminal Tun Sri Lanang

Tiada Penyewa Kiosk Makanan Ringan Terminal Tun Sri

Lanang Tiada Penyewa

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Tingkat 1, Terminal Tun Sri Lanang, Kota Tinggi Tarikh: 27 Mac 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Tingkat Bawah, Terminal Tun Sri Lanang, Kota Tinggi Tarikh: 4 Mac 2013

iv. Berdasarkan maklum balas MDKT bertarikh 29 Mei 2013, Terminal Tun Sri

Lanang telah disewakan kepada penyewa tetapi mereka tidak beroperasi dan

menyebabkan lot gerai tersebut kelihatan kosong. Bagaimanapun, tindakan

undang-undang terhadap penyewa berkenaan sedang diambil dengan

mengeluarkan notis penamatan serta telah menawarkan lot berkenaan kepada

penyewa baru. Pihak MDKT juga sedang membuat penambahbaikan terminal

tersebut seperti mengadakan walk-way.

3.4.5.3. Kegagalan kedua-dua PBT bagi menarik minat orang awam untuk menyewa lot

gerai dan kompleks niaga serta bangku pasar yang masih kosong menyebabkan hasil

sewaan MPBP dan MDKT tidak meningkat.

Page 99: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

77

Pada pendapat Audit, prestasi penyewaan MPBP dan MDKT adalah kurang

memuaskan kerana lebih 50% daripada lot gerai dan kompleks niaga serta bangku

pasar masih lagi kosong dan belum disewa.

3.5. SYOR AUDIT

Bagi membaiki kelemahan yang dibangkitkan dalam laporan ini dan juga memastikan

perkara yang sama tidak berulang dalam pengurusan projek pembangunan yang lain, adalah

disyorkan supaya MPBP dan MDKT mengambil tindakan berikut:

3.5.1. Membuat pemantauan terhadap projek pembinaan secara berterusan supaya siap

mengikut jadual bagi mengelakkan kelewatan dan peningkatan kos.

3.5.2. Mempertimbangkan bantuan yang boleh diberi dalam membantu peniaga pasar

awam untuk berpindah ke pasar sementara bagi membolehkan projek pembinaan pasar

baru dimulakan.

3.5.3. Memastikan kemudahan dan bangunan yang dibina tidak terbiar dan boleh

dimanfaatkan oleh orang awam.

3.5.4. Meningkatkan pemantauan terhadap kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan oleh

kontraktor bagi memastikan spesifikasi kerja/Senarai Kuantiti dipatuhi.

3.5.5. Membuat kajian awal terhadap kesesuaian tapak sebelum projek pembangunan

dilaksanakan bagi mengelakkan gerai dan kompleks niaga yang dibina tidak mendapat

sambutan untuk disewa.

Page 100: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

78

MAJLIS DAERAH MERSING MAJLIS DAERAH TANGKAK

4. PENGURUSAN GERAI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

4.1. LATAR BELAKANG

4.1.1. Majlis Daerah Mersing (MDM) dan Majlis Daerah Tangkak (MDT) adalah Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT) yang ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan dengan

gabungan 7 dan 9 Penguasa Tempatan masing-masing pada 1977 dan 1976. Objektif

penubuhan PBT adalah untuk meningkatkan peranan PBT ke arah satu fungsi yang lebih arif

dalam penyediaan projek-projek infrastruktur yang berkualiti, kemudahan awam yang

menarik dan kawasan rekreasi yang indah. Selain itu, PBT juga bertindak sebagai

penggerak utama pembangunan sosio ekonomi ke arah peningkatan kualiti hidup rakyat dan

bertanggungjawab untuk merancang dan mengawal aktiviti perniagaan serta pembangunan

peniaga-peniaga kecil. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, PBT telah mengambil langkah

dengan membina dan menyediakan kemudahan gerai untuk membantu semua peniaga

terutamanya golongan bumiputera agar dapat menjalankan perniagaan di tempat yang

selesa dengan kadar yang berpatutan di lokasi terpilih.

4.1.2. Secara umumnya, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta kedua-dua PBT

diberikan tanggungjawab untuk menguruskan hal berkaitan pengurusan gerai seperti

pengurusan lesen, penyewaan gerai, pengeluaran bil sewaan dan aduan awam berkenaan

gerai. Bagi menjaga kepentingan kedua-dua PBT serta memastikan keselesaan dan

keselamatan penyewa serta pengunjung, beberapa aspek lain seperti pembaikan,

penyenggaraan dan kebersihan turut melibatkan kerjasama jabatan lain seperti Jabatan

Kejuruteraan dan Bangunan serta Jabatan Kesihatan di PBT.

4.1.3. Sehingga tahun 2012, MDM mempunyai 248 buah gerai yang tertumpu di sekitar

Bandar Mersing, Endau dan Jemaluang manakala MDT pula mempunyai 219 buah gerai

yang tertumpu di sekitar Bandar Tangkak, Bukit Gambir, Kesang, Serom, Kebun Baru dan

Kundang Ulu. Sewa gerai yang dikenakan MDM adalah antara RM70 sehingga RM510

sebulan manakala MDT pula mengenakan caj sewaan antara RM30 sehingga RM850

sebulan. Kutipan sewa MDM pada tahun 2010 hingga 2012 berjumlah RM0.27 juta,

RM0.28 juta dan RM0.22 juta masing-masing manakala tunggakan sewa sehingga Disember

2012 berjumlah RM0.63 juta. Kutipan sewa MDT pada tahun 2010 hingga 2012 adalah

berjumlah RM0.29 juta, RM0.27 juta dan RM0.26 juta masing-masing manakala tunggakan

sewa sehingga Disember 2012 berjumlah RM0.07 juta.

Page 101: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

79

4.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menilai sama ada gerai PBT telah diuruskan dengan

teratur, cekap dan berkesan serta mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

4.3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

4.3.1. Skop pengauditan tertumpu kepada aktiviti pengurusan gerai milik PBT meliputi

kerja-kerja pembinaan dan naik taraf gerai, pengurusan sewaan, penyenggaraan dan

penguatkuasaan bagi tahun 2010 hingga 2012. Pengauditan dijalankan terhadap gerai MDM

dan MDT yang berjumlah 467 buah gerai.

4.3.2. Pengauditan dilaksanakan dengan menyemak dokumen sebut harga, surat

perjanjian sewaan, daftar tunggakan sewa, jadual penyenggaraan bangunan dan dokumen

lain yang berkaitan. Perbincangan dengan pegawai serta lawatan ke tapak gerai kedua-dua

PBT juga dilakukan untuk mendapatkan maklum balas dan pengesahan mengenai projek

yang dipilih. Selain itu, borang soal selidik diedarkan dan temu bual dengan penyewa gerai

serta pelanggan juga dilakukan bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh

MDM dan MDT adalah memuaskan.

4.4. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan pada bulan September 2012 hingga Julai 2013 mendapati

secara keseluruhannya, pengurusan gerai PBT di MDM dan MDT kurang memuaskan

kerana terdapat beberapa kelemahan seperti yang dijelaskan dalam perenggan-perenggan

berikut. Secara ringkasnya kelemahan yang ditemui adalah seperti di bawah:

Prestasi pembinaan gerai baru dan naik taraf gerai kurang memuaskan.

Penyenggaraan gerai tidak dilaksanakan dengan baik.

Pengurusan rekod gerai kurang memuaskan.

Pelanggaran syarat perjanjian oleh penyewa gerai.

Proses penilaian semula gerai tidak dilaksanakan.

Pengurusan kutipan sewa yang tidak memuaskan.

4.4.1. Prestasi Pembinaan Gerai Baru Dan Naik Taraf Gerai Kurang Memuaskan

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kerajaan Negeri telah

memperuntukkan sejumlah RM0.38 juta kepada MDM untuk tahun 2010 sehingga 2012 bagi

tujuan menaik taraf dan membina gerai. Peruntukan tersebut telah digunakan sepenuhnya

oleh MDM untuk 1 projek pembinaan gerai baru dan 7 projek naik taraf gerai yang

dilaksanakan secara sebut harga. MDT pula telah membelanjakan sejumlah RM0.27 juta

daripada peruntukan Majlis bagi 8 projek naik taraf yang dilaksanakan sekitar tahun 2010

sehingga 2012. Projek naik taraf dan pembinaan gerai baru yang telah dilaksanakan bagi

Page 102: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

80

tahun 2010 hingga 2012 bagi kedua-dua PBT adalah seperti di Jadual 4.1. Semakan Audit

terhadap 15 projek naik taraf dan 1 pembinaan gerai baru di bawah seliaan MDM dan MDT

mendapati kelemahan-kelemahan seperti di perenggan berikut.

Jadual 4.1 Projek Naik Taraf Dan Pembinaan Gerai Baru Yang Dilaksanakan Oleh MDM Dan MDT Bagi Tahun 2010 Hingga 2012

Bil. Tahun Projek Tarikh Projek

Dimulakan

Tarikh Projek

Disiapkan

Kos Projek (RM)

Majlis Daerah Mersing

1.

2010

Naik Taraf Gerai Di Taman Nelayan, Mersing

18.11.2010 10.12.2010 20,000

Membekal Dan Memasang Tempat Duduk Di Gerai Makan Plaza D’Jeti, Mersing

8.12.2010 17.12.2010 69,472

2. 2011

Naik Taraf Gerai Di Pekan Jemaluang, Mersing

16.03.2011 27.04.2011 19,852

Naik Taraf Gerai Di Jalan Tun Dr Ismail, Mersing

17.10.2011 21.11.2011 19,900

Naik Taraf Gerai Di Taman Wawasan, Mersing

17.10.2011 21.11.2011 19,900

Naik Taraf Gerai Di Pasar Awam Endau, Mersing

17.10.2011 21.11.2011 19,900

Naik Taraf Gerai Di Kampung Sri Lalang, Mersing

17.10.2011 21.11.2011 19,800

3. 2012 Membina Dan Menyiapkan 6 Unit Gerai Di Pasar Awam Endau, Mersing

30.04.2012 31.07.2012 195,480

Jumlah 384,304

Majlis Daerah Tangkak

1.

2010

Naik Taraf Tapak Jaja Di Perhentian Bas dan Teksi, Tangkak

23.08.2010 11.10.2010 17,029

Naik Taraf Tapak Jaja Di Perhentian Bas dan Teksi, Tangkak

03.11.2010 29.11.2010 13,780

Membaiki Kerosakan Gerai Di Taman Serom Utama, Tangkak

11.03.2010 09.04.2010 20,000

Membaiki Bumbung Salur Hujan Dan Kerja Mengecat Luar Bangunan Di Bangunan Aked, Tangkak

07.06.2010 30.08.2010 78,000

2. 2011 Mengganti Atap Lutsinar yang Bocor Di Bangunan Aked, Tangkak

04.04.2011 15.04.2011 27,802

Membina Tembok Batu Bata Di Belakang Gerai Majlis di Perhentian Bas Dan Teksi Tangkak

06.06.2011 23.06.2011 27,595

Mengganti Salur Air Hujan (Gutter) Di Bangunan Aked, Tangkak

14.11.2011 19.12.2011 20,000

3. 2012 Membaik Pulih Bumbung Di Gerai Taman Tangkak Jaya, Tangkak

27.08.2012 03.09.2012 68,000

Jumlah 272,206

Sumber: Majlis Daerah Mersing Dan Majlis Daerah Tangkak

Page 103: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

81

4.4.1.1. Bayaran Dibuat Terhadap Kerja Yang Tidak Dilaksanakan

a. Mengikut peraturan kewangan, kerja pembinaan dan bekalan barang hendaklah

dibuat atau dibekalkan mengikut butiran sebut harga dan spesifikasi yang telah

ditetapkan serta bayaran perlu dijelaskan terhadap kerja yang telah dilaksanakan.

Hasil pemeriksaan dan temu bual Audit bagi 8 projek mendapati sebanyak 5 projek

tidak dilaksanakan mengikut butiran sebut harga yang telah ditetapkan. Keseluruhan

bayaran berjumlah RM0.38 juta telah dijelaskan oleh MDM selepas pengesahan siap

kerja dibuat. Bagaimanapun, daripada jumlah tersebut, sejumlah RM23,340

merupakan bayaran bagi kerja-kerja atau bekalan yang tidak dilaksanakan atau

dibekalkan dengan sepenuhnya. Butiran terlibat adalah seperti di Jadual 4.2.

Jadual 4.2 Kerja Atau Bekalan Yang Tidak Dilaksanakan/Dibekalkan Dengan Sepenuhnya

No. Baucar/ No. Inden/

Tarikh/

Nilai Kerja (RM)

Skop Kerja Yang Dibayar Semakan Audit

Taman Nelayan, Mersing MDMG

63/2010/ 18.11.2010

2,500 Membaik pulih pintu 5 unit di hadapan bangunan gerai

Kerja tidak dilakukan terhadap 3 unit gerai manakala 2 unit gerai lagi tidak wujud

3,000 Mengecat keseluruhan bangunan luar dan dalam dengan menggunakan cat anti cuaca wheatershield

Kerja mengecat bangunan tidak dilaksanakan dengan sempurna

Pekan Jemaluang, Mersing MDMG.K/58/11/

17.10.2011 540

Membekal dan memasang 3 unit kipas siling

3 unit kipas tidak dipasang

1,500

Membaik pulih kerusi dan meja makan (12 set)

Kerusi rosak walaupun kerja baik pulih baru 20 bulan

Jalan Tun Dr. Ismail, Mersing 684-12/2011/

MDMG.K/50/11/ 17.10.2011

4,000 Kerja membaik pulih dan menggantikan kerosakan jika perlu pada roller shutter sedia ada

Roller shutter tidak diganti hanya diletakkan dengan minyak pelincir

3,000 Kerja membekal dan memasang awning mengikut saiz yang ditentukan oleh Pegawai Penguasa

Hanya 2 unit awning yang dipasang dan 2 unit awning lagi tidak dipasang

2,000 Kerja menguji terima kesemua pendawaian elektrik bagi setiap gerai sedia ada dan menggantikan peralatan rosak jika perlu

Tiada kerja menguji terima pendawaian elektrik dilaksanakan

2,000 Kerja luar jangka Tiada kerja luar jangka dilaksanakan

Taman Wawasan, Mersing 695-12/2011/ 22.12.2011

3,000 Membekal dan memasang papan tanda ‘Medan Selera Taman Wawasan’ berkaki mengikut saiz, bentuk dan warna yang ditentukan Pegawai Penguasa

Kerja pemasangan papan tanda tidak dilaksanakan

Pasar Awam Endau, Mersing 691-12/2011/

MDMG.K/57/11/ 17.10.2011

1,800 Kerja luar jangka Tiada kerja luar jangka dilaksanakan

Jumlah 23,340

Sumber: Baucar Bayaran Dan Inden Kerja, Majlis Daerah Mersing

Page 104: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

82

b. Semakan Audit terhadap projek naik taraf di MDT pula mendapati projek telah

dilaksanakan dengan memuaskan. Bagaimanapun, semakan lanjut mendapati 2

projek naik taraf tidak dilaksanakan mengikut butiran sebut harga yang telah

disediakan. Butiran terlibat adalah seperti di Jadual 4.3.

Jadual 4.3 Kerja Atau Bekalan Yang Tidak Dilaksanakan Mengikut Butiran Sebut Harga

No. Baucar/No. Inden/Tarikh

Nilai Kerja (RM)

Skop Kerja Yang Dibayar Semakan Audit

Gerai Taman Rekreasi Chohong, Tangkak

1274/8/12/ 500-080/2012/

11.06.2012

4,000 Kerja membaiki dan mengganti di tandas gerai untuk 2 tombol pintu, 2 flush, 2 jenang, 2 pintu PVC, mengganti siling dan mengecat di kawasan yang terlibat

Satu jenang pintu dan satu pintu PVC tidak diganti

Gerai Taman Serom Utama, Tangkak

587/5/10/ P-37/10/

03.05.2010

150

Mengganti 3 unit plug(soket) di tandas lelaki

3 unit plug(soket) sebenarnya merujuk kepada 3 unit flush di tandas

100

Mengganti 2 unit plug(soket) di tandas perempuan

2 unit plug(soket) sebenarnya merujuk kepada 2 unit flush di tandas

Jumlah 4,250

Sumber: Baucar Bayaran dan Inden Kerja, Majlis Daerah Tangkak

c. Maklum balas MDT bertarikh 16 Ogos 2013, menyatakan kerja mengganti

satu jenang pintu dan satu pintu PVC di tandas Taman Rekreasi Chohong telah

digantikan dengan kerja mengganti satu unit pintu panel gerai di kawasan yang

sama. Manakala berlaku kesilapan terhadap kenyataan MDT di dalam butiran

sebut harga bagi skop kerja mengganti 5 unit plug(soket) di tandas Gerai

Taman Serom Utama kerana kerja sebenarnya merujuk kepada skop kerja

mengganti 5 unit flush di tandas.

d. Semakan Audit juga mendapati bayaran dibuat oleh MDM dan MDT berdasarkan

butiran kerja dan bekalan yang asal sedangkan pengesahan siap kerja atau

penerimaan barang tidak mengikut butiran kerja atau bekalan tersebut. Butiran lanjut

terhadap kerja-kerja yang tidak dilaksanakan di MDM adalah seperti berikut:

i. Naik Taraf Gerai Taman Nelayan, Mersing

Lawatan Audit yang dijalankan pada bulan Disember 2012 mendapati gerai

Taman Nelayan, Mersing terdiri daripada 3 unit gerai. Bagaimanapun, kerja

yang dinyatakan bagi membaik pulih pintu di hadapan bangunan gerai

adalah sebanyak 5 unit dengan kos berjumlah RM2,500. Temu bual Audit

dengan penyewa gerai dan pegawai MDM mendapati kerja membaik pulih

pintu tidak dilakukan bagi 3 unit gerai tersebut. Selain itu, pihak Audit juga

mendapati dinding gerai yang sepatutnya dicat tidak dicat dengan sempurna

Page 105: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

83

mengikut butiran kerja pada akhir tahun 2010. Gambar 4.1 hingga

Gambar 4.4 menunjukkan keadaan 3 unit gerai tersebut.

Gambar 4.1 Pandangan Hadapan 3 Unit Gerai

Gambar 4.2 Dinding Yang Tidak Dicat Semula Dengan

Sempurna

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Gerai Taman Nelayan, Mersing Tarikh: 13 Disember 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Gerai Taman Nelayan, Mersing Tarikh: 13 Disember 2012

Gambar 4.3 Gambar 4.4 Pintu Gerai Yang Tidak Dibaik Pulih Dan Masih Berkarat

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Gerai Taman Nelayan, Mersing Tarikh: 13 Disember 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Gerai Taman Nelayan, Mersing Tarikh: 13 Disember 2012

Berdasarkan maklum balas MDM bertarikh 19 Ogos 2013, bayaran bagi

kerja-kerja yang tidak dilaksanakan telah dikontrakan dengan kerja

membaik pulih bumbung sedia ada kerana kos sebenar membaiki

bumbung melebihi kos yang dinyatakan dalam sebut harga tersebut.

ii. Naik Taraf Gerai Pekan Jemaluang, Mersing

Mengikut dokumen ringkasan sebut harga, kontraktor yang dilantik perlu

membekalkan dan memasang 3 unit kipas siling berjumlah RM540 pada bulan

April 2011. Bagaimanapun, lawatan Audit pada bulan Disember 2012 bersama

pegawai MDM mendapati kerja membekal dan memasang 3 unit kipas tersebut

tidak dilaksanakan. Selain itu, pihak Audit tidak dapat mengesahkan sama ada

Page 106: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

84

kerja membaik pulih kerusi dan meja makan telah dilaksanakan kerana terdapat

kerusi yang rosak walaupun baru 20 bulan kerja membaik pulih dibuat.

Gambar 4.5 menunjukkan tiada kipas siling dipasang di gerai tersebut dan

Gambar 4.6 menunjukkan beberapa unit kerusi yang telah rosak. Berdasarkan

maklum balas MDM bertarikh 26 Ogos 2013, kerja membaik pulih kerusi dan

meja telah dilaksanakan tetapi mengalami kerosakan akibat vandalisme.

Gambar 4.5 Kipas Siling Tidak Dipasang

Gambar 4.6 Kerusi Yang Telah Rosak

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Gerai Jalan Kota Tinggi, Mersing Tarikh: 13 Disember 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Gerai Jalan Kota Tinggi, Mersing Tarikh: 13 Disember 2012

iii. Naik Taraf Gerai Jalan Tun Dr. Ismail, Mersing

Mengikut butiran ringkasan sebut harga, sejumlah RM14,000 telah dibayar oleh

MDM untuk kerja-kerja membaik pulih dan menggantikan kerosakan roller

shutter, membekal dan memasang awning, menguji pendawaian elektrik gerai

dan kerja luar jangka. Lawatan Audit bersama pegawai MDM serta temu bual

dengan penyewa mengesahkan tiada kerja penggantian roller shutter

dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik walaupun bayaran telah dibuat.

Penyewa turut menyatakan roller shutter sedia ada hanya diletakkan minyak

pelincir dan tiada kerja-kerja pembaikan lain dibuat. Kerja membekal dan

memasang awning hanya dilakukan di 2 gerai sahaja. Manakala 2 gerai yang lain

tidak dipasang awning kerana gerai nombor 1 tidak beroperasi dan gerai nombor

4 telah memasang awning yang ditanggung sendiri oleh penyewa. Selain itu,

penyewa gerai turut menyatakan tiada sebarang kerja pendawaian/uji terima

elektrik dilaksanakan di gerai mereka. Semakan Audit juga mendapati tiada kerja

luar jangka berjumlah RM2,000 terlibat semasa kerja naik taraf dilaksanakan.

Gambar 4.7 menunjukkan awning yang dibekalkan oleh kontraktor.

Berdasarkan maklum balas MDM bertarikh 26 Ogos 2013, kerja-kerja yang

tidak dilaksanakan telah digantikan dengan kerja membaik pulih kerusi

duduk kekal berbatu di hadapan gerai.

Page 107: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

85

Gambar 4.7 Awning 5’x 6’ Yang Dibekalkan Dengan Harga RM1,500 Seunit

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Gerai Jalan Tun Dr. Ismail, Mersing Tarikh: 13 Disember 2012

iv. Naik Taraf Gerai Taman Wawasan, Mersing

Mengikut butiran sebut harga, kontraktor perlu membekal serta memasang

papan tanda ‘Medan Selera Taman Wawasan’ bernilai RM3,000 pada bulan

November 2011. Bagaimanapun, lawatan Audit bersama pegawai MDM pada

bulan Disember 2012 mendapati papan tanda tersebut tidak dipasang

sedangkan bayaran telah dijelaskan. Maklum balas MDM bertarikh

26 Ogos 2013, menyatakan papan tanda tersebut telah dipasang di lokasi

simpang masuk jalan utama ke Taman Wawasan.

v. Naik Taraf Gerai Pasar Awam Endau, Mersing

Mengikut butiran sebut harga, kontraktor perlu melaksanakan kerja-kerja luar

jangka sekiranya diperlukan. Semakan Audit mendapati tiada kerja-kerja luar

jangka dilaksanakan pada tempoh tersebut sedangkan bayaran berjumlah

RM1,800 telah dilakukan. Maklum balas MDM bertarikh 26 Ogos 2013,

menyatakan kerja luar jangka yang dilaksanakan oleh kontraktor dikenal

pasti sebagai kerja-kerja kecil membaiki dinding yang mengalami

keretakan.

4.4.1.2. Spesifikasi Kerja Bagi Sebut Harga Tidak Dinyatakan Dengan Jelas

a. Arahan Perbendaharaan 174.1(a) menyatakan apabila tender atau sebut harga

dipelawa, spesifikasinya hendaklah jelas supaya penender mendapat gambaran

mengenai kehendak Kerajaan. Spesifikasi kerja yang lengkap juga akan

memudahkan pihak kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja yang ditawarkan di

samping menjadi panduan MDM untuk memantau hasil kerja kontraktor. Semakan

Audit mendapati butiran kerja yang disediakan oleh MDM bagi sebut harga projek

naik taraf dan pembinaan gerai adalah terlalu umum dan ringkas di mana bilangan,

jenis sesuatu barangan, keluasan atau lebar bahagian (ketebalan bahan binaan

seperti zink, jenis papan, atap dan pintu) yang digunakan tidak dinyatakan. Pihak

Audit mendapati tiada satu garis panduan atau standard yang diguna pakai oleh

MDM dalam menyediakan spesifikasi sebut harga menyebabkan butiran kerja yang

Page 108: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

86

dinyatakan di dalam sebut harga tidak lengkap dan terperinci. Ini menyebabkan

keberkesanan projek yang dilaksanakan oleh kontraktor tidak dapat diukur.

Pemeriksaan Audit mendapati butiran sebut harga bagi 6 projek atau perolehan

bernilai RM73,100 tidak disediakan dengan spesifikasi yang jelas seperti di

Jadual 4.4.

Jadual 4.4 Butiran Sebut Harga Yang Tidak Dinyatakan Dengan Jelas

Bil. Butiran Kerja Spesifikasi Kerja Yang Tidak

Jelas Nilai Kerja

(RM) 1. Naik Taraf Gerai Taman Nelayan, Mersing a.Kerja-kerja membaik pulih pintu 5 unit di

hadapan bangunan gerai. Jenis, ketinggian dan kelebaran pintu tidak dinyatakan.

2,500

b.Kerja-kerja membaik pulih bumbung bangunan asal gerai yang bocor dengan menggunakan metal deck roofing serta membaik pulih kekuda sedia ada.

Ukuran dan bilangan bumbung tidak dinyatakan.

10,250

2. Membekal Dan Memasang Tempat Duduk Di Gerai Makan Plaza D’Jeti, Mersing a.Butiran jenis, warna dan bentuk papan tanda

gerai perlulah dimajukan kepada Pegawai Penguasa untuk kelulusan.

Jenis, warna, bentuk dan saiz papan tanda tidak dikenal pasti terlebih dahulu.

9,600

3. Naik Taraf Gerai Pekan Jemaluang, Mersing a.Kerja-kerja membaik pulih bumbung

bangunan asal gerai yang bocor dengan menggunakan metal deck roofing serta membaik pulih siling yang telah pecah.

Ukuran dan bilangan bumbung tidak dinyatakan.

9,250

b.Kerja-kerja membaik pulih kerusi dan meja makan sedia ada dengan menggantikan jika perlu struktur yang telah rosak termasuk bolt dan nut.

Jenis dan bilangan kerusi serta meja yang perlu diganti tidak dinyatakan dengan jelas.

1,500

c.Membekal dan memasang pintu besi(grill) di Pasar Endau.

Ukuran dan bilangan pintu besi tidak dinyatakan.

700

4. Naik Taraf Gerai Jalan Tun Dr. Ismail, Mersing a.Kerja-kerja membaik pulih dan

menggantikan jika perlu kerosakan pada roller shutter sedia ada.

Kerja membaik pulih tidak dikenal pasti terlebih dahulu.

4,000

b.Kerja-kerja membekal dan memasang awning mengikut saiz yang ditentukan oleh Pegawai Penguasa.

Ukuran awning tidak ditentukan terlebih dahulu.

6,000

c.Kerja-kerja membaik pulih struktur kekuda bumbung dan menggantikannya jika perlu.

Kerja membaik pulih tidak dikenal pasti terlebih dahulu.

1,500

d.Kerja-kerja menguji terima kesemua pendawaian elektrik bagi setiap gerai dan menggantikan peralatan yang rosak jika perlu.

Kerja menguji terima pendawaian elektrik tidak dikenal pasti terlebih dahulu.

2,000

e.Kerja-kerja luar jangka yang dijangkakan perlu semasa kerja-kerja dilaksanakan sebagaimana arahan Pegawai Penguasa.

Kerja-kerja luar jangka tidak diperincikan.

2,000

5. Naik Taraf Gerai Taman Wawasan, Mersing a.Kerja-kerja membekal dan memasang papan

tanda 'Medan Selera Taman Wawasan' berkaki mengikut saiz, bentuk dan warna yang akan ditentukan oleh Pegawai Penguasa.

Jenis, warna, bentuk dan saiz papan tanda tidak dikenal pasti terlebih dahulu.

3,000

Page 109: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

87

Bil. Butiran Kerja Spesifikasi Kerja Yang Tidak

Jelas Nilai Kerja

(RM) 6. Pembinaan Gerai Di Pasar Awam Endau, Mersing

a.Kerja-kerja membina dan menyiapkan kaunter gerai bersaiz 600mm lebar dan 75 mm tebal termasuk kerja-kerja konkrit dengan kemasan lepa.

Saiz dan bilangan kaunter yang dibina tidak dinyatakan dengan jelas.

10,000

b.Kerja-kerja membekal dan memasang atap bumbung dari jenis metal deck.

Ukuran dan bilangan atap bumbung tidak dinyatakan.

10,800

Jumlah 73,100

Sumber: Inden Kerja Sebut Harga, Majlis Daerah Mersing

b. Berdasarkan maklum balas MDM bertarikh 19 Ogos 2013, wujudnya kelemahan

dalam menyediakan butiran sebut harga di pihak mereka adalah kerana kerja-

kerja terlibat menggunakan peruntukan kerja-kerja kurnia di mana spesifikasi

kerja yang disediakan hanya sekadar garis panduan kepada kontraktor.

Bagaimanapun, langkah penambahbaikan akan dilaksanakan dari semasa ke

semasa.

4.4.1.3. Pembinaan Gerai Baru Di Atas Tapak Gerai Yang Baru Dinaik Taraf

a. Pelaksanaan sesuatu projek hendaklah dirancang dengan teliti bagi mengelakkan

pembaziran dan memberi manfaat yang maksimum. Perancangan yang teliti perlu

dilaksanakan bagi memastikan value for money diperoleh terhadap setiap wang yang

dibelanjakan. Pada bulan November 2011, kerja-kerja menaik taraf bagi memasang

longkang konkrit dan jubin lantai telah dilaksanakan oleh MDM di Gerai Pasar Awam

Endau dengan kos berjumlah RM19,900. Bagaimanapun, pada bulan April 2012 iaitu

5 bulan selepas kerja naik taraf dilaksanakan, MDM telah membuka sebut harga bagi

membina gerai baru bernilai RM195,480 di tapak yang sama dengan meruntuhkan

gerai sedia ada. Sekiranya perancangan dilaksanakan dengan teliti, peruntukan yang

disalurkan oleh KPKT bagi kerja-kerja menaik taraf gerai dapat digunakan untuk

projek yang lain.

b. Lawatan Audit bersama pegawai MDM ke tapak gerai baru tersebut pada Disember

2012 mendapati hanya 2 daripada 6 gerai yang menjalankan perniagaan. Melalui

temu bual bersama penyewa Gerai Pasar Awam Endau, pihak Audit dimaklumkan

bahawa rupa bentuk bangunan yang kurang sesuai menyebabkan mereka

menghadapi masalah ketika hari hujan di mana air hujan memasuki ruangan gerai

dan terkena suis elektrik. Ini boleh membahayakan keselamatan penyewa dan

pengunjung gerai berkenaan. Selain itu, tekanan pili air yang sangat rendah juga

mengganggu peniaga untuk menjalankan perniagaan harian mereka. Gambar 4.8

menunjukkan peniaga memasang kanvas untuk mengurangkan kesan air hujan

daripada memasuki ruangan dalam gerai.

Page 110: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

88

Gambar 4.8 Peniaga Memasang Kanvas Bagi Mengelakkan Air Hujan Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Gerai Pasar Awam Endau, Mersing Tarikh: 13 Disember 2012

c. Berdasarkan maklum balas MDM bertarikh 19 Ogos 2013, pembinaan gerai baru

terpaksa dilaksanakan ke atas gerai yang baru dinaik taraf atas desakan dan

aduan penyewa mengenai keadaan gerai yang masih lagi uzur walaupun projek

naik taraf telah dilaksanakan. Pihak MDM turut bercadang mendirikan satu

tembok penghadang bagi mengatasi masalah air hujan yang memasuki

ruangan dalam gerai.

Pada pendapat Audit, MDM perlu menjalankan penyeliaan rapi terhadap kerja yang

dilaksanakan oleh kontraktor dan memastikan tuntutan bayaran selaras dengan

pelaksanaan kerja sebenar bagi mengelakkan berlakunya bayaran yang tidak teratur

atau improper payments. Di samping itu, PBT perlu memastikan butiran sebut harga

yang dikeluarkan adalah jelas dan terperinci bagi memudahkan kerja pemantauan

dilaksanakan.

4.4.2. Penyenggaraan Gerai Tidak Dilaksanakan Dengan Baik

4.4.2.1. Penyenggaraan Gerai Secara Berkala Tidak Dilaksanakan

a. Penyenggaraan aset merupakan aspek penting bagi memastikan operasi berjalan

dengan lancar dan berterusan. Penyenggaraan gerai merangkumi kerja-kerja

pembersihan, membaik pulih peralatan rosak dan tidak berfungsi serta membaik pulih

sistem saliran. Perancangan penyenggaraan perlu disediakan dan dilaksanakan

secara berkala bagi memelihara dan memanjangkan jangka hayat infrastruktur,

mengurangkan kerosakan dan menjimatkan perbelanjaan. Standard Penyenggaraan

Bangunan MDM menetapkan pemeriksaan terhadap komponen bangunan perlu

dilaksanakan sekurang-kurangnya 3 bulan hingga 5 tahun sekali manakala tiada

standard penyenggaraan disediakan untuk MDT. Laporan pemeriksaan mengenai

sebarang kerosakan disediakan dan tindakan sewajarnya perlu diambil oleh

Bahagian Kejuruteraan dan Bangunan. Jadual pemeriksaan mengikut Standard

Penyenggaraan Bangunan MDM adalah seperti di Jadual 4.5.

Page 111: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

89

Jadual 4.5 Jadual Pemeriksaan Bangunan MDM

Bil. Komponen Standard

1. Struktur/ Asas/ Dinding/ Lantai/ Bumbung/ Siling/ Kerangka/ Pemeriksaan Anai-Anai

Pemeriksaan Dilakukan Setiap Tahun

2. Tandas Pemeriksaan Dilakukan Setiap 3 Bulan

3. Cat Pemeriksaan Dilakukan Setiap 5 Tahun Sumber: Majlis Daerah Mersing b. Bagi tahun 2010 hingga 2012, sebanyak RM32,000 telah diperuntukkan bagi kerja-

kerja penyenggaraan gerai di MDM. Sehingga Disember 2012, MDM telah

membelanjakan sejumlah RM15,860 atau 49.6% daripada keseluruhan peruntukan

tersebut. MDT pula telah memperuntukkan sejumlah RM136,611 terhadap kerja-kerja

penyenggaraan dan pembaikan gerai bagi tahun 2010 hingga 2012 dan sejumlah

RM102,552 telah dibelanjakan bagi maksud perbelanjaan tersebut. Butiran

peruntukan penyenggaraan gerai MDM dan MDT adalah seperti di Jadual 4.6.

Jadual 4.6 Peruntukan Penyenggaraan Gerai MDM Dan MDT

Tahun Peruntukan

(RM) Perbelanjaan

(RM) Peratus

(%)

Majlis Daerah Mersing

2010 10,000 5,360 54.0

2011 10,000 2,565 26.0

2012 12,000 7,935 66.0

Jumlah 32,000 15,860 49.6

Majlis Daerah Tangkak

2010 13,444 30,416 226.0

2011 60,673 19,088 31.0

2012 62,494 53,048 85.0

Jumlah 136,611 102,552 75.0

Sumber: Majlis Daerah Mersing Dan Majlis Daerah Tangkak

c. Lawatan Audit bersama pegawai MDM pada bulan Oktober dan Disember 2012 di

16 lokasi yang terdiri daripada 162 buah gerai mendapati tahap penyenggaraan

daripada segi kebolehgunaan, keselamatan dan kebersihan adalah kurang

memuaskan. Sebanyak 8 daripada 16 lokasi gerai di Daerah Mersing yang dilawati

menunjukkan ianya tidak disenggara mengikut jadual dan memerlukan

penyenggaraan bagi membaiki kerosakan yang berlaku.

d. Lawatan Audit di Daerah Tangkak bersama pegawai MDT yang dijalankan pada

bulan April dan Jun 2013 di 26 lokasi yang terdiri daripada 219 buah gerai mendapati

tahap penyenggaraan daripada segi kebolehgunaan, keselamatan dan kebersihan

adalah memuaskan. Bagaimanapun, sebanyak 7 daripada 26 lokasi gerai yang

dilawati menunjukkan ianya memerlukan penyenggaraan bagi membaiki kerosakan

yang berlaku. Pihak Audit mendapati keadaan ini disebabkan MDT tidak

menyediakan jadual penyenggaraan berkala terhadap aset dan bangunan miliknya.

Page 112: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

90

Secara ringkasnya, kerosakan gerai kerana tidak disenggara dengan baik di MDM

dan MDT adalah seperti di Jadual 4.7.

Jadual 4.7 Kerosakan Gerai Kerana Tidak Disenggara Dengan Baik

Bil. Lokasi Gerai Bilangan Gerai Jenis Kerosakan

Majlis Daerah Mersing

1. Persimpangan Jln. Dato Md. Ali

11 Kerusi/meja rosak Siling/bumbung pecah/bocor Longkang tersumbat/kotor

2. Jln. Kota Tinggi 4 Kerusi/meja rosak Tandas tersumbat

3. Medan Selera Seri Panchor 10 Longkang tersumbat/kotor

4. Jln. Dato Onn 5 Siling/bumbung pecah/bocor Tandas tersumbat Sinki pecah/tidak berfungsi

5. Medan Niaga Seri Tanjung 7 Siling/bumbung pecah/bocor

6. Air Papan 7 Kerusi/meja rosak Siling/bumbung pecah/bocor Longkang tersumbat/kotor Struktur bangunan rosak

7. Plaza D’Jeti 31 Penyedut haba tidak berfungsi dengan baik

Siling/bumbung pecah/bocor Sinki pecah/tidak berfungsi

8. Kompleks Md. Aris 40 Longkang tersumbat/kotor

Majlis Daerah Tangkak

1. Pusat Jaja Lot 8926, Bukit Gambir

12 Siling/bumbung pecah/bocor Tangki air rosak Pintu tandas hilang

2. Sri Kundang Ulu 3 Longkang tersumbat/kotor Tandas/pintu rosak/ kotor Siling/tangki air pecah/bocor

3. Tepian Sungai Kundang Ulu

3 Siling bocor Longkang tidak berfungsi

4. Gerai Bumiputera Parit Hj Othman

10 Longkang tidak mengalir/ kotor Tandas tersumbat

5. Taman Rekreasi Chohong 4 Tangki air rosak Siling bocor Pam tandas hilang

6. Aked Bandar Tangkak 28 Siling bocor

7. Taman Sri Jaya, Bukit Gambir

18 Siling/bumbung rosak/pecah Paip air tandas bocor

Sumber: Jabatan Audit Negara

e. Pihak MDM dan MDT memaklumkan bahawa kerja-kerja penyenggaraan hanya

dilaksanakan apabila aduan diterima daripada penyewa dan orang awam serta

bergantung kepada keperluan, keadaan dan kedudukan kewangan PBT. Ini

menunjukkan bahawa MDM tidak mengikut standard penyenggaraan yang

Page 113: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

91

menetapkan pemeriksaan dibuat secara berkala. Berdasarkan maklum balas MDM

bertarikh 19 Ogos 2013, penyenggaraan tidak dapat dilaksanakan mengikut

perancangan disebabkan MDM menghadapi kekangan kewangan dan aliran

tunai yang tidak kukuh.

f. Manakala bagi MDT, ketiadaan standard penyenggaraan secara berkala

menyebabkan kerja-kerja penyenggaraan dilaksanakan berdasarkan aduan.

Akibatnya, penyewa gerai tidak dapat menjalankan perniagaan dengan lancar serta

menimbulkan rasa tidak selesa kepada pengunjung gerai. Bagaimanapun, melalui

maklum balas bertarikh 16 Ogos 2013, sebagai langkah penambahbaikan MDT

akan menyediakan jadual penyenggaraan secara berkala bagi meminimumkan

kerosakan yang berlaku.

g. Butiran lanjut terhadap kerosakan yang ditemui di MDM dan MDT adalah seperti

berikut:

i. Peralatan Rosak Di Gerai Tidak Dibaiki

Lawatan Audit ke MDM mendapati peralatan rosak dan tidak berfungsi

seperti kerusi, meja, pintu, sinki dan penyedut haba tidak dibaiki dan

disenggara di 8 lokasi gerai. Kerusi dan meja tersebut dibiarkan di tepi

bangunan gerai. Kerusi rehat yang pecah juga dibiarkan tanpa sebarang

tindakan seperti di Gambar 4.9 dan Gambar 4.10.

Lawatan ke MDT juga mendapati berlaku kerosakan pada komponen gerai

seperti tangki air, pintu, roller shutter dan paip air di 6 lokasi gerai. Selain itu,

siling dan bumbung yang rosak di gerai MDM dan MDT masih belum dibaiki

oleh PBT walaupun aduan telah dibuat. Kerosakan bumbung di gerai MDT

disebabkan oleh keadaan gerai yang telah uzur tanpa penyenggaraan dan

dimakan anai-anai. Pihak Audit dimaklumkan oleh penyewa gerai di MDM

bahawa bumbung gerai yang rosak telah menyebabkan resapan air berlaku

di siling bangunan dan menimbulkan keadaan yang tidak selesa kepada

penyewa. Gambar 4.11 hingga Gambar 4.15 menunjukkan kerosakan yang

berlaku di gerai MDM dan MDT.

Berdasarkan maklum balas MDT bertarikh 16 Ogos 2013, kerosakan

kecil yang berlaku akan dikumpulkan dan kontraktor yang dilantik

untuk menjalankan kerja penyenggaraan tersebut akan

melaksanakannya secara berperingkat.

Page 114: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

92

Gambar 4.9 Kerusi Dan Meja Rosak

Gambar 4.10 Kerusi Rehat Pecah

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Gerai Air Papan, Mersing Tarikh: 17 Oktober 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Gerai Persimpangan Jalan Dato Md Ali,

Endau, Mersing Tarikh: 17 Oktober 2012

Gambar 4.11 Bumbung Yang Rosak Tidak Dibaiki

Gambar 4.12 Siling Pecah

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Plaza D’Jeti, Mersing Tarikh: 17 Oktober 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Gerai Jalan Dato Onn, Mersing Tarikh: 13 Disember 2012

Gambar 4.13 Pintu Dan Roller Shutter Rosak

Gambar 4.14 Sinki Rosak

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Gerai Tepian Sungai Kundang Ulu, Tangkak Tarikh: 24 April 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Gerai Taman Sri Jaya, Bukit Gambir,

Tangkak Tarikh: 24 April 2013

Page 115: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

93

Gambar 4.15 Siling Pecah Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Gerai Sri Kundang Ulu, Tangkak Tarikh: 24 April 2013

ii. Longkang Gerai Tersumbat Dan Kotor

Penyenggaraan parit di gerai PBT perlu dilaksanakan secara teratur agar

sistem pengaliran air ke longkang dapat berfungsi dengan baik dan secara

berterusan. Temu bual Audit bersama penyewa Gerai Kompleks Niaga Mohd

Aris, Mersing mendapati ketika hari hujan, pasir dari kawasan letak kereta

berhampiran akan dihanyutkan dan akhirnya mendap ke dalam longkang di

tepi gerai. Ini menyebabkan laluan air longkang tidak teratur seperti di

Gambar 4.16. Lawatan dan temu bual bersama penyewa di Gerai

Persimpangan Jalan Dato Md. Ali, Mersing pula menyatakan longkang

tersumbat dan tiada tindakan diambil bagi mengatasi masalah tersebut

seperti di Gambar 4.17.

Selain itu, pihak Audit juga mendapati pemantauan terhadap kebersihan

tidak dibuat secara berkala di Gerai Air Papan dan Medan Selera Seri

Panchor, Mersing sehingga menyebabkan rumput tumbuh menutupi parit.

Keadaan ini mengakibatkan pengaliran air yang tidak sempurna dan

bertakung serta mengundang pelbagai jenis penyakit. Gambar 4.18 dan

Gambar 4.19 adalah berkaitan.

Lawatan Audit bersama pegawai MDT di Gerai Sri Kundang Ulu, Parit Hj.

Othman dan Sungai Gersik, Tangkak mendapati keadaan longkang gerai

yang tidak bersih mencacatkan pemandangan dan memberikan imej yang

tidak baik kepada pengunjung yang hadir. Gambar 4.20 hingga

Gambar 4.21 menunjukkan keadaan longkang yang tersumbat dan

persekitaran gerai yang kotor.

Maklum balas MDT bertarikh 16 Ogos 2013, menjelaskan pembersihan

longkang gerai MDT telah dipertanggungjawabkan kepada Perbadanan

Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA).

Bagaimanapun, pihak PPSPPA telah melantik sebuah Syarikat Konsesi

Swasta yang akan menjalankan kerja-kerja tersebut bagi pihak

PPSPPA.

Page 116: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

94

Gambar 4.16 Air Tidak Dapat Mengalir Dengan

Sempurna Kerana Mendapan Pasir

Gambar 4.17 Longkang Tersumbat

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Kompleks Niaga Md Aris, Mersing Tarikh: 17 Oktober 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Persimpangan Jln. Dato Md. Ali, Mersing Tarikh: 17 Oktober 2012

Gambar 4.18 Gambar 4.19

Rumput Yang Menutupi Longkang

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Gerai Air Papan, Mersing Tarikh: 17 Oktober 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Medan Selera Seri Panchor, Mersing Tarikh: 17 Oktober 2012

Gambar 4.20 Gambar 4.21 Longkang Tersumbat Dan Berbau Busuk

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Gerai Sri Kundang Ulu, Tangkak Tarikh: 24 April 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Gerai Pt. Hj. Othman, Tangkak Tarikh: 24 April 2013

Page 117: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

95

Gambar 4.22Sampah Dan Puntung Rokok Tidak Dibersihkan

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Gerai Sungai Gersik, Tangkak Tarikh: 24 April 2013

iii. Gerai Air Papan, Mersing Diserang Anai-anai

Garis panduan penyenggaraan MDM menetapkan pemeriksaan struktur

bangunan perlu dijalankan setiap tahun. Ini bertujuan bagi mengelakkan berlaku

retakan, pecahan dan runtuhan pada bangunan tersebut. Pemeriksaan anai-anai

juga perlu dilakukan setiap tahun ke atas struktur, rangka dan kemasan yang

diperbuat daripada kayu dan rawatan dijalankan sekiranya perlu bagi

memastikan ketahanan kayu dan bahan binaan gerai dalam keadaan yang baik.

Oleh kerana tiada penyenggaraan berkala dilakukan, maka Gerai Air Papan,

Mersing telah diserang anai-anai hingga menyebabkan struktur bangunan hampir

roboh. Semakan Audit ke atas Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan

Perkara Am Bilangan 12A/2009 bertarikh 21 Disember 2009 menyatakan MDM

bercadang untuk membaik pulih gerai berkenaan. Bagaimanapun, sehingga

lawatan Audit pada Oktober 2012 mendapati gerai tersebut masih belum dibaiki.

Gambar 4.23 dan Gambar 4.24 menunjukkan keadaan bangunan gerai di Air

Papan, Mersing.

Gambar 4.23 Struktur Bangunan Yang Hampir Roboh

Gambar 4.24 Serangan Anai-Anai Yang Merosakkan

Struktur Bangunan

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Gerai Air Papan, Mersing Tarikh: 17 Oktober 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Gerai Air Papan, Mersing Tarikh: 17 Oktober 2012

Page 118: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

96

Maklum balas MDM bertarikh 19 Ogos 2013, menyatakan bumbung

bangunan yang diserang anai-anai telah dirobohkan dan akan digantikan

dengan bumbung yang baru.

h. Perkhidmatan Kebersihan Terhadap Gerai Kosong

Kontrak pembersihan terhadap gerai di Taman Rekreasi Kesang, Tangkak

telah ditandatangani antara pihak MDT dengan sebuah syarikat kontraktor

pada 1 Januari 2010 dan akan terus berkuatkuasa dari bulan ke bulan.

Kerja-kerja yang perlu dijalankan oleh kontraktor di bawah perjanjian

tersebut adalah seperti memungut dan membuang sampah, membersihkan

parit dan longkang, memotong rumput, membersihkan bangunan dan

landskap dengan bayaran berjumlah RM3,600 sebulan ataupun RM43,200

setahun.

Semakan Audit mendapati hanya 2 penyewa yang aktif beroperasi di Gerai

Taman Rekreasi Kesang, Tangkak dengan kadar sewa RM80 sebulan.

Lawatan Audit pula mendapati hanya seorang penyewa yang menjalankan

perniagaan makanan dan minuman manakala seorang lagi penyewa

merupakan kontraktor pembersihan bagi gerai tersebut. Majlis telah

membelanjakan kos yang tinggi berjumlah RM43,200 setahun untuk kerja

pembersihan berbanding pulangan hasil yang diterima. MDT seharusnya

meningkatkan usaha untuk memajukan kawasan rekreasi tersebut kerana

ianya berpotensi untuk dimajukan.

Maklum balas MDT bertarikh 19 Ogos 2013, menyatakan Taman

Rekreasi Kesang merupakan milik Majlis Perbandaran Muar yang telah

diserahkan kepada MDT selepas persempadanan semula di antara

Daerah Muar dan Daerah Ledang dilakukan. Ketika serahan dibuat,

keadaan taman rekreasi tersebut adalah terlalu uzur dan pihak MDT

terpaksa menanggung kos penyenggaraan yang tinggi bagi membaiki

kerosakan yang berlaku. Kontraktor pembersihan dilantik bagi

meminimumkan kos penyenggaraan Taman Rekreasi Kesang di masa

akan datang. Bagaimanapun, memandangkan gerai di kawasan

tersebut kurang mendapat sambutan, pihak MDT bercadang untuk

menswastakan Taman Rekreasi tersebut bagi mengurangkan bebanan

perbelanjaan yang ditanggung.

4.4.2.2. Kajian Tahap Kepuasan Penyewa Dan Pelanggan Gerai

Pihak Audit telah menerima kembali 84 maklum balas borang soal selidik daripada

penyewa dan pelanggan gerai di Daerah Mersing dan 70 borang soal selidik di Daerah

Tangkak untuk menilai respons mengenai kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh PBT

Page 119: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

97

dalam menguruskan gerai mereka. Bagi Daerah Mersing, 49 responden merupakan

penyewa gerai dan baki 35 responden merupakan pelanggan gerai manakala di Tangkak,

48 responden merupakan penyewa gerai dan baki 22 responden merupakan pelanggan

gerai Majlis. Hasil maklum balas responden adalah seperti berikut:

a. Seramai 44% atau 37 responden pelanggan dan penyewa gerai di Daerah Mersing

menyatakan kemudahan asas seperti tandas, tempat letak kereta, surau, sinki,

lampu, kipas dan tong sampah tidak mencukupi. Di Tangkak pula, seramai 10% atau

7 responden pelanggan dan penyewa gerai menyatakan kemudahan asas seperti

tandas, tempat letak kereta, surau, sinki, lampu, kipas dan tong sampah tidak

mencukupi.

b. Seramai 40% atau 14 responden pelanggan menyatakan kawasan persekitaran gerai

kurang terjaga kebersihannya bagi Daerah Mersing.

c. Seramai 45% atau 22 dan 50% atau 24 responden penyewa gerai menyatakan tiada

pemantauan secara berkala dibuat oleh PBT.

d. Seramai 47% atau 23 responden penyewa gerai pernah membuat aduan kerosakan

kepada MDM. Seramai 30% responden menyatakan tempoh tindakan yang diambil

mengambil masa kurang 3 hari, 4% responden menyatakan antara 3 hari hingga 7

hari, 22% responden menyatakan melebihi 7 hari dan 52% responden menyatakan

tiada tindakan yang diambil terhadap aduan yang dibuat.

e. Seramai 50% atau 24 responden penyewa gerai pernah membuat aduan kerosakan

kepada MDT. Seramai 50% responden menyatakan tempoh tindakan yang diambil

mengambil masa kurang 3 hari, 25% responden menyatakan antara 3 hari hingga 7

hari, 19% responden menyatakan melebihi 7 hari dan 6% responden menyatakan

tiada tindakan yang diambil terhadap aduan yang dibuat.

f. Menurut maklum balas MDM bertarikh 19 Ogos 2013, aduan yang dapat

diselesaikan dalam tempoh 7 hari merupakan kerosakan kecil yang boleh

dibaiki segera dengan sumber kewangan yang ada. Manakala 52% kes yang

tidak diambil tindakan, melibatkan penyenggaraan yang besar dan perlu dibawa

ke Mesyuarat Penuh Majlis sebelum permohonan peruntukan dibuat. Maklum

balas MDT bertarikh 19 Ogos 2013, pula menyatakan aduan yang diterima akan

diambil tindakan dalam tempoh 7 hari dengan mengambil kira kedudukan

kewangan MDT.

Pada pendapat Audit, kerja penyenggaraan secara berjadual hendaklah dirancang dan

dilaksanakan untuk meminimumkan risiko kerosakan. Di samping itu, pemantauan

secara konsisten perlu dilaksanakan bagi memastikan peruntukan yang dibelanjakan

untuk kerja-kerja penyenggaraan mencapai matlamat dan memberi kepuasan serta

manfaat kepada penyewa dan pengguna.

Page 120: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

98

4.4.3. Pengurusan Rekod Gerai Dan Kutipan Sewa Kurang Memuaskan

4.4.3.1. Penyelenggaraan Rekod Yang Lemah

a. Surat Perjanjian merupakan satu dokumen perundangan yang sah dan penyewa

gerai perlu menandatangani surat perjanjian sewa gerai sebelum memulakan

perniagaan untuk menjaga kepentingan Majlis. Tempoh perjanjian penyewaan adalah

selama 2 tahun bagi MDM dan 3 tahun di MDT. Perjanjian akan diperbaharui setelah

tamat tempoh perjanjian yang lama. Semakan Audit terhadap 219 fail penyewa MDM

dan 196 fail penyewa MDT mendapati:

i. Sebanyak 46 atau 21% penyewa MDM mempunyai surat perjanjian yang masih

sah tempoh kuat kuasa, 142 atau 65% perjanjian sewa telah tamat tempoh

antara 6 bulan hingga 19 tahun dan tidak diperbaharui serta 31 atau 14% tidak

mempunyai surat perjanjian penyewaan. Semakan lanjut mendapati sebanyak

173 atau 79% peniaga yang telah tamat tempoh perjanjian atau tiada perjanjian

sewa masih lagi aktif menjalankan operasi perniagaan di gerai MDM. Kedudukan

perjanjian penyewaan gerai MDM sehingga bulan Disember 2012 adalah seperti

di Jadual 4.8.

Jadual 4.8 Kedudukan Perjanjian Sewa Gerai MDM Sehingga Bulan Disember 2012

Bil. Butiran Jumlah Peratus

(%)

1. Perjanjian Masih Berkuatkuasa 46 21

2. Perjanjian Tamat Tempoh 142 65

3. Tiada Perjanjian Sewa 31 14

Jumlah 219 100

4. Gerai Kosong 24 10

Jumlah Keseluruhan 243

Sumber: Fail Individu Sewa Gerai, Majlis Daerah Mersing

ii. Manakala di MDT, sebanyak 113 atau 58% penyewa mempunyai surat perjanjian

yang masih sah tempoh kuat kuasa, 77 atau 39% perjanjian sewa telah tamat

tempoh antara 6 bulan hingga 6 tahun dan tidak diperbaharui serta 6 atau 3%

tidak mempunyai surat perjanjian penyewaan. Semakan lanjut mendapati

sebanyak 83 atau 42% peniaga yang telah tamat tempoh perjanjian atau tiada

perjanjian sewa masih lagi menyewa di gerai MDT. Kedudukan perjanjian

penyewaan gerai MDT sehingga bulan Disember 2012 adalah seperti di

Jadual 4.9.

Page 121: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

99

Jadual 4.9 Kedudukan Perjanjian Sewa Gerai MDT Sehingga Bulan Disember 2012

Bil. Butiran Jumlah Peratus

(%)

1. Perjanjian Masih Berkuatkuasa 113 58

2. Perjanjian Tamat Tempoh 77 39

3. Tiada Perjanjian Sewa 6 3

Jumlah 196 100

4. Gerai Kosong 23 11

Jumlah Keseluruhan 219

Sumber: Fail Individu Sewa Gerai, Majlis Daerah Tangkak

iii. Ketiadaan dokumen surat perjanjian sewa gerai menyebabkan kepentingan PBT

tidak dilindungi sekiranya berlaku pelanggaran syarat sewaan oleh penyewa dan

tindakan undang-undang tidak dapat diambil ke atas penyewa terbabit.

iv. Maklum balas MDT bertarikh 16 Ogos 2013, menjelaskan terdapat segelintir

penyewa yang tidak mengambil berat dalam memperbaharui perjanjian

sewa walaupun notis telah dikemukakan kepada mereka. Bagaimanapun,

MDT akan mengambil tindakan tegas ke atas penyewa-penyewa tersebut

dengan menamatkan perjanjian setelah tempoh penyewaan yang sah tamat.

4.4.3.2. Syarat Penyewaan Gerai Tidak Dipatuhi

a. Pengubahsuaian Premis Tanpa Kebenaran

Para 19, Perjanjian Sewa Gerai MDM dengan jelas menyatakan penyewa tidak

dibenarkan membuat kerja tambahan dan pengubahsuaian ke atas atau sebahagian

premis sama ada berbentuk sementara atau kekal tanpa kebenaran Majlis. Para 3.5

Perjanjian Sewa MDT pula menyatakan kebenaran bertulis mestilah diperoleh

terlebih dahulu oleh penyewa daripada MDT sebelum membuat pengubahsuaian dan

tambahan kepada gerai tanpa menghapuskan bentuk gerai asal. Lawatan Audit pada

bulan Oktober dan Disember 2012 ke 16 lokasi gerai MDM dan lawatan Audit pada

bulan April dan Jun 2013 ke 26 lokasi gerai MDT mendapati perkara berikut:

i. 35 penyewa gerai di 9 lokasi di Mersing telah membuat binaan tambahan dan

pengubahsuaian gerai tanpa kelulusan MDM. Antara binaan tambahan yang

dibuat adalah tambahan struktur gerai sama ada di bahagian hadapan, belakang

dan tepi gerai serta bilik persalinan pakaian.

ii. 50 penyewa gerai di 8 lokasi di Tangkak telah membuat binaan tambahan dan

pengubahsuaian gerai tanpa kelulusan MDT. Binaan tambahan yang dibuat

adalah tambahan ruang belakang gerai, ruang memasak dan struktur binaan.

Page 122: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

100

iii. Walaupun pengubahsuaian gerai memberi manfaat kepada penyewa kerana ia

menambah ruang perniagaan, namun ianya mengubah identiti gerai PBT kerana

bentuk yang tidak seragam dan menjadi ikutan kepada penyewa yang lain.

Senarai tambahan dan ubahsuai gerai oleh penyewa tanpa kelulusan pihak MDM

dan MDT adalah seperti di Jadual 4.10 dan Gambar 4.25 hingga Gambar 4.33.

Jadual 4.10 Tambahan Dan Ubahsuai Gerai oleh Penyewa Tanpa Kelulusan PBT

Bil. Lokasi Gerai Jumlah Gerai

Bil. Gerai Yang

Diubahsuai Jenis Tambahan/Ubahsuai

Majlis Daerah Mersing 1. Persimpangan Jalan

Dato Md. Ali, Endau 11 11 Tambahan bilik belakang, ruang

masak di tepi gerai, bilik persalinan pakaian dan ubahsuai ruang hadapan sementara kekal

2. Jalan Kota Tinggi 4 2 Tambahan bilik/ ruang belakang

3. Medan Selera Seri Panchor

10 1 Tambahan tepi gerai sementara kekal

4. Kg. Sri Lalang Laut 4 4 Tambahan hadapan dan tepi gerai sementara kekal

5. Jalan Dato’ Onn 5 4 Tambahan gerai makan dan tepi gerai sementara kekal

6. Medan Niaga Seri Tanjung

7 2 Tambahan tepi gerai sementara kekal, tambahan bangunan di belakang gerai

7. Air Papan 7 6 Tambahan hadapan dan tepi gerai sementara kekal

8. Taman Nelayan 3 3 Tambahan bangunan di belakang gerai

9. Plaza D’Jeti 31 2 2 buah gerai dipecahkan menjadi sebuah gerai

Jumlah 82 35

Majlis Daerah Tangkak 1. Taman Rekreasi Sg.

Chohong 4 2 Tambahan bilik belakang

2. Bumiputera Perhentian Bas & Teksi

11 11 Tambahan bilik/ ruang belakang

3. Pusat Jaja Lot 8296, Bukit Gambir

12 12 Tambahan struktur binaan

4. Medan Selera Taman Serom Utama

8 6 Tambahan ruang belakang dan table top

5. Taman Sri Jaya, Bukit Gambir

18 6 Tambahan belakang gerai

6. Parit Hj. Othman 10 4 Tambahan belakang gerai

7. Sebelah Pasar Awam Serom

4 4 Tambahan belakang gerai

8. KM 1 Tanjung Agas, Kesang

6 5 Tambahan belakang gerai

Jumlah 73 50

Sumber: Jabatan Audit Negara

Page 123: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

101

Gambar 4.25 Ruang Rehat Yang Ditambah

Gambar 4.26 Gerai Yang Diubahsuai

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Gerai Jln. Kota Tinggi, Mersing Tarikh: 13 Disember 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Gerai Kg. Sri Lalang Laut, Mersing Tarikh: 13 Disember 2012

Gambar 4.27 Tambahan Bumbung Di Tepi Gerai

Gambar 4.28 Tambahan Bumbung

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Medan Selera Seri Panchor, Mersing Tarikh: 17 Oktober 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Medan Niaga Seri Tanjung, Mersing Tarikh: 13 Disember 2012

Gambar 4.29

Kerja Pemecahan Dinding Telah Dilakukan

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Plaza D’Jeti, Mersing Tarikh: 17 Oktober 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Plaza D’Jeti, Mersing Tarikh: 17 Oktober 2012

Page 124: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

102

Gambar 4.30 Gambar 4.31 Tambahan Ruang Belakang Tambahan Ruang Di Tepi Gerai

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Gerai Taman Rekreasi Sg. Chohong, Tangkak Tarikh: 11 Jun 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Gerai Bumiputera Perhentian Bas & Teksi

Tangkak Tarikh: 11 Jun 2013

Gambar 4.32

Tambahan Ruang Belakang Gambar 4.33

Tambahan Ruang Memasak

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Medan Selera Taman Serom Utama,

Tangkak Tarikh: 24 April 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Medan Selera Kebun Baru, Tangkak Tarikh: 24 April 2013

iv. Berdasarkan maklum balas MDM bertarikh 19 Ogos 2013, kerja-kerja

meroboh beberapa bangunan tambahan gerai yang dibuat tanpa kelulusan

MDM telah dilaksanakan. Maklum balas MDT bertarikh 16 Ogos 2013,

menyatakan MDT akan mengambil tindakan dengan meningkatkan kadar

sewa gerai terhadap penyewa yang telah mengubahsuai gerai dengan

syarat penambahan yang dibuat tidak mencacatkan pemandangan.

b. Sewaan Gerai Kepada Pihak Ketiga Tanpa Kebenaran

Para 21, Perjanjian Sewa Gerai MDM menyatakan penyewa tidak dibenarkan

memindah milik, memberi sewa, menyerahkan hak menyewa dan memberi milik

sebenar premis atau mana-mana bahagian premis kepada pihak lain tanpa

kebenaran bertulis daripada MDM. Semakan dan temu bual Audit dengan peniaga di

16 lokasi gerai MDM mendapati seramai 5 peniaga sedia ada di 5 lokasi gerai yang

berbeza telah menyewa daripada penyewa asal gerai Majlis dengan kadar sewa

Page 125: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

103

antara RM70 hingga RM800 sebulan. Pihak Audit mendapati hak milik gerai yang

diusahakan oleh pihak ketiga itu masih di bawah nama penyewa asal. Sekiranya

tindakan tidak diambil, dikhuatiri budaya sewa atas sewa ini akan terus berlarutan

dan memberi imej yang tidak baik kepada majlis. Jadual 4.11 menunjukkan peniaga

yang menyewakan gerai mereka kepada pihak ketiga tanpa kebenaran MDM.

Jadual 4.11 Peniaga Yang Memberi Sewa Kepada Pihak Ketiga Tanpa Kebenaran MDM

Bil. Lokasi Gerai Kadar Sewa

Majlis (RM)

Kadar Sewa Kepada Pihak Ketiga

(RM)

Perbezaan Sewa (RM)

1. Jalan Dato’ Onn 100 800 700

2. Jalan Tun Dr. Ismail 150 450 300

3. Plaza D’Jeti 350 350 0

4. Taman Wawasan 50 200 150

5. Jln. Kota Tinggi 70 70 0Sumber: Jabatan Audit Negara

Melalui maklum balas MDM bertarikh 19 Ogos 2013, pihak ketiga yang menyewa

daripada penyewa asal telah diberikan gerai baru bagi membolehkan mereka

berniaga secara sah. Manakala peniaga yang memberi sewa kepada pihak

ketiga telah dibatalkan lesen penyewaannya oleh pihak MDM.

c. Larangan Menjadikan Gerai Sebagai Tempat Kediaman

Penyewa dilarang menjadikan unit gerai majlis sebagai tempat kediaman.

Bagaimanapun, lawatan Audit bersama pegawai MDM pada bulan Disember 2102 ke

gerai Persimpangan Jalan Dato Md Ali, Medan Niaga Seri Tanjung dan Taman

Nelayan, Mersing mendapati penyewa gerai menjadikan gerai sebagai tempat

kediaman. Pihak Audit dimaklumkan oleh penyewa bahawa gerai dijadikan sebagai

tempat kediaman atas alasan keselamatan gerai. Tindakan amaran oleh MDM

supaya tidak menjadikan gerai sebagai tempat kediaman telah dikeluarkan

bagaimanapun, perkara yang sama masih berlaku.

4.4.3.3. Penilaian Semula Kadar Sewa Tidak Dibuat

a. Penilaian semula oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MDM ke atas kadar

sewa perlu dilaksanakan terhadap gerai yang terlibat dengan pengubahsuaian dan

naik taraf. Semakan Audit di MDM mendapati bagi tahun 2009 hingga 2012,

sebanyak 3 gerai telah dinilai semula berdasarkan keputusan Mesyuarat

Jawatankuasa dan Perkara Am pada tahun 2009 dan 2012. Gerai terlibat ialah gerai

di Pasar Awam Endau, Medan Selera Sri Panchor dan Kompleks Niaga Mohd Aris,

Mersing. Manakala 6 gerai lain yang telah dinaik taraf tidak dinilai semula oleh MDM.

b. Temu bual pihak Audit bersama pegawai MDM dan MDT mengesahkan bahawa

kadar sewa tidak pernah dikaji semula bagi semua gerai di bawah seliaan masing-

Page 126: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

104

masing sehingga kini. Pihak MDM dan MDT memaklumkan bahawa penilaian semula

kadar sewa gerai tersebut tidak dilakukan kerana dikhuatiri akan membebankan

penyewa. Berdasarkan analisis Audit, sekiranya kadar sewa dinaikkan sekurang-

kurangnya 5% daripada kadar sewa semasa, kedua-dua Majlis dijangka dapat

meningkatkan hasil sewaan sekurang-kurangnya RM0.21 juta dan RM0.16 juta

setahun. Analisis kenaikan kadar sewa adalah seperti di Jadual 4.12.

Jadual 4.12 Analisis Audit Terhadap Anggaran Kenaikan Kadar Sewa

Bil. Lokasi Gerai

Kadar Sewa Bulanan Semasa

(RM)

Bilangan Gerai

5% Jangkaan Kenaikan

Kadar (RM)

Anggaran Kutipan Sebulan

(RM)

Anggaran Kutipan Setahun

(RM)

Majlis Daerah Mersing

1. Taman Nelayan 75 3 3.75 236.25 2,835.00

2. Plaza D’Jeti 216 350 400

1500

4 22 4 1

10.80 17.50 20.00 75.00

907.20 8,085.00 1,680.00 1,575.00

10,886.40 97,020.00 20,160.00 18,900.00

3. Jalan Kota Tinggi 70 4 3.50 294.00 3,528.00

4. Jalan Tun Dr. Ismail 150 4 7.50 630.00 7,560.00

5. Taman Wawasan 150 18 7.50 2,835.00 34,020.00

6. Kg. Seri Lalang Laut 250 4 12.50 1,050.00 12,600.00

Jumlah 17,292.45 207,509.40

Majlis Daerah Tangkak

1. Taman Tangkak Jaya 80 20 4.00 1,680.00 20,160.00

2. Tapak Jaja Perhentian Bas & Teksi

100 5 5.00 525.00 6,300.00

3. Taman Serom Utama 150 8 7.50 1,260.00 15,120.00

4. Aked Tangkak 150 1 7.50 157.50 1,890.00

200 7 10.00 1,470.00 17,640.00

220 10 11.00 2,310.00 27,720.00

300 1 15.00 315.00 3,780.00

325 4 16.25 1,365.00 16,380.00

480 2 24.00 1,008.00 12,096.00

550 1 27.50 577.50 6,930.00

850 1 42.50 892.50 10,710.00

5. Bumiputera Perhentian Bas & Teksi

150 11 7.50 1,732.50 20,790.00

Jumlah 13,293.00 159,516.00

Sumber: Jabatan Audit Negara

c. Maklum balas MDM bertarikh 19 Ogos 2013, menyatakan semakan terperinci

perlu dilaksanakan terhadap gerai yang telah dinaik taraf sebelum dinilai

semula. Maklum balas MDT bertarikh 16 Ogos 2013, pula menyatakan proses

penilaian semula kadar sewa gerai masih di peringkat perbincangan

memandangkan MDT tidak pernah melaksanakan penilaian tersebut.

Page 127: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

105

4.4.3.4. Pengurusan Kutipan Sewaan Kurang Memuaskan

a. Mengikut Para 1 surat perjanjian di antara penyewa dan MDM, sewa perlu dijelaskan

pada atau sebelum 7 hari bulan pada setiap bulan. Semakan Audit terhadap kutipan

sewa MDM mendapati peratus kutipan sewa gerai bagi tahun 2010 hingga 2012

adalah kurang memuaskan iaitu antara 46.7% hingga 61.7%. Jumlah kutipan dan

tunggakan sewa gerai MDM bagi tahun 2010 hingga 2012 adalah seperti di

Jadual 4.13.

Jadual 4.13 Kutipan Dan Tunggakan Sewa Gerai MDM Bagi Tahun 2010 Hingga 2012

Tahun Sewa Sepatutnya

Diterima (RM)

Sewa Yang Diterima

(RM)

Peratus Terimaan

(%) 2010 481,513 277,408 58.0 2011 458,131 282,941 61.7 2012 476,743 222,440 46.7

Jumlah 1,416,387 782,789 55.0

Sumber: Penyata Penyesuaian Hasil, Majlis Daerah Mersing

b. Semakan lanjut mendapati sehingga Disember 2012, sewa gerai MDM yang

tertunggak adalah berjumlah RM0.26 juta. Daripada jumlah tersebut, 66 akaun

merupakan penyewa yang tidak aktif serta masih mempunyai tunggakan berjumlah

RM0.18 juta. Selain itu, sebanyak 14 akaun penyewa tidak aktif tersebut telah

tertunggak melebihi 2 tahun dan tidak menunjukkan sebarang pergerakan.

c. Pihak Audit mendapati tiada tindakan lanjutan diambil oleh MDM selepas notis

tunggakan dan surat peringatan terakhir dikeluarkan menyebabkan tunggakan sewa

terus meningkat dari tahun ke tahun.

d. Semakan Audit terhadap Senarai Kutipan Sewa Gerai MDT bagi tempoh tahun 2010

hingga 2012 pula mendapati kutipan sewa yang dipungut MDT adalah baik dengan

kutipan berjumlah RM0.83 juta atau 92% daripada jumlah sewa sepatutnya diterima

telah dapat dikutip oleh Majlis.

Pada pendapat Audit, perjanjian penyewaan perlu diperbaharui apabila telah tamat

tempoh supaya tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada penyewa yang

melanggar syarat perjanjian. Majlis perlu menjalankan pemantauan secara berkala

bagi memastikan penyewa mematuhi terma perjanjian yang dipersetujui dan tindakan

penguatkuasaan terhadap pengubahsuaian gerai tanpa kebenaran perlu dilaksanakan.

Selain itu, pada pendapat Audit, prestasi kutipan dan tunggakan sewa bagi MDM

adalah kurang memuaskan kerana tunggakan sewa meningkat setiap tahun.

Page 128: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

106

4.5. SYOR AUDIT

Bagi memastikan kelemahan yang dibangkitkan dalam laporan Audit ini tidak berulang dalam

pelaksanaan dan pengurusan gerai yang lain, adalah disyorkan agar Majlis

mempertimbangkan perkara-perkara berikut:

4.5.1. Memastikan pembayaran dibuat terhadap kerja sebenar yang dilaksanakan

mengikut skop kerja yang ditetapkan.

4.5.2. Memastikan kemudahan infrastruktur/prasarana yang disediakan perlu disenggara

secara berkala bagi memberi keselesaan kepada penyewa dan pengguna gerai Majlis.

4.5.3. Memastikan perjanjian antara Majlis dan penyewa gerai yang telah tamat tempoh

perlu diperbaharui segera bagi menjamin kepentingan Majlis serta memudahkan tindakan

undang-undang dikenakan kepada penyewa yang gagal mematuhi syarat penyewaan.

4.5.4. Memastikan tindakan penguatkuasaan berterusan diambil terhadap penyewa-

penyewa gerai yang gagal menjelaskan sewa gerai mereka.

Page 129: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

107

KUMPULAN PRASARANA RAKYAT JOHOR SDN. BHD.

5. JULUNG CIPTA SDN. BHD.

5.1. LATAR BELAKANG

5.1.1. Syarikat Julung Cipta Sdn. Bhd. (JCSB) telah ditubuhkan pada 28 Oktober 1996 di

bawah Seksyen 16(4) Akta Syarikat 1965 dengan modal dibenarkan RM5 juta dan modal

dibayar RM1.5 juta. JCSB adalah sebuah syarikat yang dimiliki 100% oleh Kumpulan

Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) di mana KPRJ merupakan sebuah syarikat yang

dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Johor. Pada awal penubuhannya JCSB terlibat

dalam projek membina semula dan membaik pulih masjid di 8 daerah Negeri Johor. Selain

itu, JCSB juga telah dilantik sebagai kontraktor bagi Projek Perumahan Sri Setanggi, Kg.

Setanggi, Johor Bahru dan Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Negeri Johor (JSNAC) di Kota

Iskandar, Nusajaya pada Mac 2004.

5.1.2. Sebagai sebuah syarikat sendirian berhad yang dimiliki oleh KPRJ, JCSB perlu

mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan

peraturan lain yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian Kewangan

berkaitan syarikat dari semasa ke semasa serta arahan dan peraturan yang diluluskan oleh

Ahli Lembaga Pengarah JCSB.

5.1.3. JCSB mempunyai 4 Ahli Lembaga Pengarah yang terdiri daripada Ketua Eksekutif

KPRJ sebagai Pengerusi dan 3 orang wakil syarikat KPRJ. Pengurusan syarikat diketuai

oleh Pengerusi Eksekutif dan dibantu oleh 23 orang kakitangan eksekutif dan bukan

eksekutif.

5.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada prestasi kewangan JCSB adalah

memuaskan, pengurusan aktiviti dan kewangan serta tadbir urus korporat telah dilaksanakan

dengan teratur selaras dengan objektif penubuhannya.

5.3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

Skop pengauditan meliputi aspek prestasi kewangan, aktiviti utama dan tadbir urus JCSB.

Semakan terhadap dokumen, fail, rekod yang berkaitan bagi tahun 2010 hingga 2012 serta

pemeriksaan fizikal peralatan dan aset turut dilakukan. Analisis prestasi kewangan dibuat

berdasarkan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2010,

2011 dan 2012. Selain itu, temu bual dan perbincangan juga telah diadakan dengan pegawai

Page 130: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

108

yang berkaitan. Analisis kewangan merangkumi analisis trend dan nisbah yang dilaksanakan

ke atas maklumat kewangan dan bukan kewangan syarikat untuk tempoh 3 tahun.

5.4. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara Disember 2012 hingga Februari 2013 mendapati secara

keseluruhannya, prestasi kewangan JCSB adalah baik di mana JCSB memperoleh

keuntungan sebelum cukai bagi tahun 2010 hingga 2012. Keuntungan terkumpul JCSB pada

akhir tahun 2012 adalah berjumlah RM10.67 juta. Pengurusan aktiviti utama dan tadbir urus

korporat JCSB bagi tahun 2010 hingga 2012 adalah memuaskan. Bagaimanapun masih

terdapat beberapa kelemahan seperti yang dijelaskan dalam perenggan-perenggan berikut.

Secara ringkasnya kelemahan yang ditemui adalah seperti di bawah:

3 projek bangunan Kerajaan Negeri di Kota Iskandar belum mendapat Sijil Siap Kerja/Certificate of Practical Completion (CPC)/Taking Over Certificate (TOC).

JCSB tidak mengguna pakai pekeliling kerajaan berkaitan syarikat.

Mesyuarat Lembaga Pengarah tidak diadakan bagi tempoh 2010 hingga 2012.

JCSB tidak menubuhkan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan dan Unit Audit

Dalam.

Perancangan Korporat dan Key Performance Indicator syarikat tidak disediakan.

Bayaran dividen kepada KPRJ atas saham biasa tidak dibayar.

Kelemahan dalam pengurusan aset.

5.4.1. Prestasi Kewangan

5.4.1.1. Analisis Trend

a. Bagi tempoh 2010 hingga 2012, prestasi kewangan JCSB adalah baik di mana

syarikat memperoleh keuntungan sebelum cukai bagi 3 tahun berturut-turut.

Keuntungan terkumpul JCSB bagi tahun 2010 adalah berjumlah RM7.51 juta, tahun

2011 berjumlah RM9.25 juta dan bagi tahun 2012 berjumlah RM10.67 juta.

Berdasarkan kepada penyata kewangan beraudit JCSB bagi tahun kewangan 2010

hingga 2012, keuntungan sebelum cukai JCSB pada tahun 2010 berjumlah

RM1.14 juta dan meningkat sebanyak 107% kepada RM2.36 juta pada tahun 2011.

Keuntungan sebelum cukai yang meningkat dengan ketara pada tahun 2011 adalah

disebabkan pertambahan terimaan 5 projek baru. Bagaimanapun, keuntungan

kembali menurun pada tahun 2012 sebanyak 17.8% kepada RM1.94 juta di mana

penurunan ini adalah disebabkan pertambahan kos penalti lewat serah berjumlah

RM1.92 juta berbanding RM0.12 juta pada tahun 2011.

Page 131: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

109

b. Pendapatan JCSB terdiri daripada dua sumber iaitu perolehan dan lain-lain

pendapatan. Perolehan merangkumi pendapatan utama syarikat iaitu pendapatan

yang diterima daripada projek-projek pembinaan (kontrak). Secara keseluruhan,

prestasi keuntungan JCSB pada tahun 2010 hingga 2012 adalah bergantung kepada

pendapatan daripada terimaan kontrak. Perolehan JCSB yang utama adalah

terimaan kontrak yang menyumbang 97.3% pada tahun 2010, 98.8% pada tahun

2011 dan 95.8% pada tahun 2012 daripada keseluruhan pendapatan JCSB.

Perolehan JCSB telah meningkat kepada RM33.03 juta pada tahun 2011 iaitu

berjumlah RM21.52 juta atau 187% berbanding RM11.51 juta pada tahun 2010 dan

semakin meningkat pada tahun 2012 kepada RM43.02 juta iaitu berjumlah RM9.99

juta atau 30.2% berbanding tahun 2011. Peningkatan pada tahun 2011 adalah

disebabkan pertambahan terimaan 5 projek baru iaitu Projek Pembinaan Rumah di

East Ledang, Nusajaya, Kampus Induk Yayasan Pelajaran Johor, Southern Industrial

and Logistic Clusters di Nusajaya, Balai Raya Kg. Dato’ Onn, Johor Bahru dan Pintu

Gerbang di Kota Iskandar, Nusajaya. Manakala pada tahun 2012, jumlah perolehan

semakin meningkat disebabkan pertambahan terimaan 2 projek baru iaitu Projek

Rumah Taman Pelangi Indah, Johor Bahru dan Projek Kedai Pejabat Taman Perling,

Johor Bahru.

c. Perbelanjaan JCSB terdiri daripada belanja pentadbiran dan belanja operasi.

Perbelanjaan pentadbiran dan operasi bagi tempoh 2010 hingga 2012 menunjukkan

peningkatan di mana pada tahun 2011, meningkat sejumlah RM20.39 juta atau

190.7% berbanding tahun 2010 dan pada tahun 2012 semakin meningkat sejumlah

RM11.89 juta atau 38.3% berbanding tahun 2011. Peningkatan pada tahun 2011

disebabkan peningkatan dalam penalti lewat serah, kos pekerja, perkongsian

keuntungan dengan syarikat induk dan lain-lain perbelanjaan pentadbiran. Manakala

pada tahun 2012, jumlah perbelanjaan semakin meningkat disebabkan peningkatan

dalam penalti lewat serah, kos pekerja dan lain-lain perbelanjaan pentadbiran.

d. Kedudukan pendapatan, perbelanjaan dan keuntungan JCSB bagi tahun kewangan

berakhir 31 Disember 2010, 2011 dan 2012 adalah seperti di Jadual 5.1 dan

Carta 5.1.

Page 132: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

110

Jadual 5.1 Pendapatan, Perbelanjaan Dan Keuntungan JCSB Bagi Tahun Kewangan 2010 Hingga 2012

Butiran Tahun Kewangan

2010 (RM Juta)

2011 (RM Juta)

2012 (RM Juta)

Hasil 11.51 33.03 43.02 Kos Pembinaan -9.58 -29.88 -39.81

Untung Kasar 1.93 3.15 3.21

Lain-Lain Pendapatan 0.32 0.41 1.89

Jumlah Pendapatan 2.25 3.56 5.10

Belanja Pentadbiran Dan Kewangan -1.11 -1.20 -3.16

Keuntungan Sebelum Cukai 1.14 2.36 1.94

Cukai -0.23 -0.62 -0.52

Keuntungan Selepas Cukai 0.91 1.74 1.42

Keuntungan Terkumpul 7.51 9.25 10.67

Sumber: Penyata Kewangan JCSB

Carta 5.1 Trend Pendapatan, Perbelanjaan Dan Keuntungan Bagi Tahun Kewangan 2010 Hingga 2012

Sumber: Penyata Kewangan JCSB

5.4.1.2. Analisis Nisbah Kewangan

Bagi menilai prestasi kewangan JCSB, analisis nisbah kewangan telah dibuat terhadap

butiran yang ditunjukkan dalam Lembaran Imbangan serta Penyata Pendapatan JCSB

bagi tahun kewangan 2010 hingga 2012. Hasil analisis nisbah kewangan adalah seperti di

Jadual 5.2.

1.14

2.36

1.94

0

0.5

1

1.5

2

2.5

2010 2011 2012

RM Ju

ta

Keuntungan Sebelum Cukai 0.00

2.00

4.00

6.00

2010 2011 2012

2.25

3.56

5.10

1.11 1.20

3.16

RM

Ju

ta

Pendapatan Perbelanjaan

Page 133: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

111

Jadual 5.2 Analisis Nisbah Kewangan JCSB Bagi Tahun Kewangan 2010 Hingga 2012

Butiran Tahun Kewangan

2010 2011 2012

Nisbah Semasa 1.54:1 1.55:1 1.57:1 Margin Untung Bersih 9.9% 7.1% 4.5% Nisbah Pulangan Ke Atas Aset 0.05:1 0.08:1 0.06:1 Nisbah Pulangan Ke Atas Ekuiti 0.13:1 0.22:1 0.16:1

Sumber: Penyata Kewangan JCSB

a. Nisbah Semasa digunakan untuk mengukur kecairan syarikat iaitu sejauh mana aset

semasa yang ada dapat menampung liabiliti semasa. Nisbah semasa pada kadar 2:1

dan ke atas menunjukkan syarikat mempunyai kecairan kewangan yang baik dan

berupaya menampung liabiliti semasa. Analisis Audit mendapati kadar nisbah

semasa JCSB bagi tahun kewangan 2010 hingga 2012 adalah di bawah kadar 2 iaitu

antara 1.54 hingga 1.57. Tahap kecairan yang semakin meningkat ini adalah

disebabkan oleh pengurangan pemiutang perdagangan dan peningkatan baki di

bank. Ini menunjukkan JCSB berkemampuan untuk membayar liabiliti jangka pendek

dengan menggunakan aset mudah tunainya. Walaupun tahap kecairan JCSB

meningkat setiap tahun tetapi ia masih di bawah kadar 2 yang menyebabkan JCSB

terpaksa berdepan dengan risiko untuk menyelesaikan liabiliti semasa.

b. Margin Untung Bersih digunakan untuk mengukur keupayaan syarikat dalam

memperoleh untung bersih daripada setiap ringgit hasil daripada aktiviti utama

syarikat. Peningkatan margin ini menunjukkan meningkatnya kecekapan syarikat di

mana bagi setiap kenaikan hasil ia memberi nilai tambah terhadap peningkatan kadar

keuntungan syarikat. Analisis Audit mendapati margin keuntungan JCSB menurun

pada tahun 2011 berbanding 2010 iaitu daripada 99 sen kepada 71 sen dan semakin

menurun pada tahun 2012 pada kadar 45 sen. Penurunan margin keuntungan pada

tahun 2011 adalah disebabkan oleh peningkatan peratusan kos pembinaan sebanyak

90.5%. Manakala penurunan yang semakin ketara pada tahun 2012 adalah

disebabkan oleh peningkatan peratusan belanja pentadbiran dan kewangan

sebanyak 163.3%.

c. Nisbah Pulangan Ke Atas Aset bertujuan mengukur kecekapan syarikat

menggunakan aset yang dimiliki untuk menjana keuntungan. Kadar peratusan yang

tinggi menunjukkan aset syarikat telah digunakan secara optimum dan berkesan bagi

menjana pendapatan. Analisis Audit mendapati bagi tahun kewangan 2010 hingga

2012, kadar pulangan atas aset yang diperoleh JCSB menunjukkan turun naik di

mana ia meningkat daripada 5 sen pada tahun 2010 kepada 8 sen pada tahun 2011

dan menurun semula pada tahun 2012 pada kadar 6 sen. Peningkatan pada tahun

2011 disebabkan oleh pertambahan pendapatan yang mempengaruhi keuntungan

sebelum cukai JCSB dan menyebabkan peningkatan kadar pulangan atas aset

JCSB. Manakala penurunan kadar pulangan atas aset JCSB pada tahun 2012

disebabkan oleh pertambahan perbelanjaan yang mempengaruhi penurunan

Page 134: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

112

keuntungan sebelum cukai JCSB. Walaupun kadar pulangan ke atas aset JCSB

menunjukkan prestasi turun naik bagi tempoh 3 tahun ianya masih positif.

d. Nisbah Pulangan Ke Atas Ekuiti bertujuan mengukur pulangan ke atas modal

syarikat yang dilaburkan iaitu pulangan bersih yang diperoleh bagi setiap ringgit

modal yang digunakan. Semakin tinggi kadar peratusan yang diperoleh semakin

tinggi kemampuan syarikat memberi keuntungan kepada pemegang saham. Analisis

Audit mendapati kadar pulangan ekuiti JCSB menunjukkan peningkatan pada tahun

2011 iaitu 22 sen berbanding pada tahun 2010 iaitu 13 sen dan menurun semula

pada tahun 2012 kepada 16 sen. Walaupun terdapat penurunan kadar pulangan ke

atas ekuiti pada tahun 2012 ia masih menunjukkan keupayaan JCSB memberi

pulangan kepada KPRJ sebagai pemegang saham.

Pada pendapat Audit, secara keseluruhannya prestasi kewangan JCSB pada tahun

2010 hingga 2012 adalah baik.

5.4.2. Pengurusan Aktiviti

Kebanyakan projek yang dilaksanakan oleh JCSB adalah merupakan projek-projek yang

diterima daripada Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ). Ini kerana JCSB

adalah sebuah syarikat pembinaan milik penuh KPRJ dan mempunyai Lesen Kelas A

Bumiputera Pusat Khidmat Kontraktor, Kontraktor Gred G7 Lembaga Pembangunan Industri

Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mendapat pensijilan MS ISO 9001:2008 yang diiktiraf oleh

Lloyd’s Register Quality Assurance. Mesyuarat Lembaga Pengarah JCSB telah bersetuju

keuntungan yang diperoleh daripada setiap projek KPRJ yang dilaksanakan oleh JCSB akan

dibahagikan sama rata antara KPRJ dan JCSB. Selain mewakili KPRJ, JCSB juga ada

menerima tender bagi pihaknya sendiri. Semakan Audit telah mendapati perkara-perkara

seperti berikut:

5.4.2.1. Prestasi Pembangunan Projek JCSB

a. JCSB telah dilantik sebagai kontraktor utama bagi projek yang diterima sama ada

bagi pihak KPRJ atau JCSB sendiri. JCSB akan melantik subkontraktor bagi

melaksanakan projek yang diterima disebabkan JCSB tidak mempunyai tenaga buruh

sendiri. Antara projek yang sedang dalam proses pembinaan adalah projek

perumahan, kedai pejabat dan Kampus Induk Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).

Maklumat lanjut berkaitan projek tersebut adalah seperti di Jadual 5.3.

Page 135: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

113

Jadual 5.3 Projek Yang Sedang Dilaksanakan Oleh JCSB Sehingga Tahun 2012

Bil. Nama Projek Peratusan Siap (%) Tarikh

Laporan Siap Nilai Kontrak

(RM Juta) Rancangan Sebenar 1. East Ledang, Nusajaya 100 100 31.12.2012 28.56 2. Taman Pelangi Indah, Johor Bahru 46.9 45.4 7.1.2013 8.99 3. Kedai Pejabat, Taman Perling, Johor 40.4 34.1 14.1.2013 32.84 4. Kampus Induk YPJ, Kota Tinggi, Johor 27.8 29.0 1.1.2013 63.50

Jumlah 133.89

Sumber: Julung Cipta Sdn. Bhd.

b. Berdasarkan Jadual 5.3, projek East Ledang telah mencapai 100% siap pada

31 Disember 2012. Bagaimanapun projek tersebut yang sepatutnya disiapkan pada

17 November 2011 telah mengalami kelewatan selama 372 hari. Lanjutan masa telah

diluluskan sehingga 14 Disember 2011. Certificate of Practical Completion (CPC)

telah dikeluarkan oleh syarikat Arkitek yang dilantik pada 2 Januari 2013 dengan

tarikh kerja diperakui siap pada 20 Disember 2012. JCSB telah dikenakan penalti

lewat serah atau Liquidated and Ascertained Damages (LAD) sebanyak RM1.75 juta

iaitu bagi tempoh 15 Disember 2011 hingga 20 Disember 2012. JCSB juga telah

mengenakan LAD kepada subkontraktor disebabkan kelewatan tersebut. Kelewatan

projek adalah disebabkan kelewatan penentuan batas pemisah unit rumah dan aras

bangunan, perubahan reka bentuk bangunan dan perubahan reka bentuk tembok

penahan bangunan. Menurut maklum balas JCSB bertarikh 23 Julai 2013, JCSB

tidak menanggung kos atas LAD yang dikenakan kerana jumlah LAD yang

sama dikenakan kepada pihak subkontraktor. Perkembangan kerja bagi projek

taman perumahan dan kedai pejabat pula berjalan mengikut perancangan tetapi

terdapat sedikit kelewatan. Manakala pembinaan Kampus Induk YPJ dilaksanakan

mengikut jadual walaupun pernah memohon lanjutan masa atau Extension of Time

(EOT). Pihak Audit telah membuat lawatan ke tapak projek berkenaan dan

keadaannya adalah seperti di Gambar 5.1 hingga Gambar 5.4.

Gambar 5.1 Perumahan East Ledang Yang Telah Siap

Gambar 5.2 Kerja Pembinaan Di Tapak Projek

Taman Pelangi Indah

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: East Ledang, Nusajaya Tarikh: 17 Januari 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Taman Pelangi Indah, Johor Bahru Tarikh: 17 Januari 2013

Page 136: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

114

Gambar 5.3 Kerja Pembinaan Di Tapak Projek

Kedai Pejabat Taman Perling

Gambar 5.4 Kerja Pembinaan Di Tapak Projek

Kampus Induk YPJ

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Tapak Kedai Pejabat Taman Perling, Johor

Bahru Tarikh: 17 Januari 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Tapak Kampus Induk YPJ, Kota Tinggi Tarikh:17 Januari 2013

c. Satu perjanjian telah ditandatangani antara Syarikat Cahaya Jauhar Sdn. Bhd.

(CJSB) dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Diperbadankan (SSI) bagi

melaksanakan pembinaan Projek Kota Iskandar di Nusajaya. Projek Kota Iskandar

terbahagi kepada 5 Fasa dan CJSB telah melantik JCSB sebagai kontraktor utama

bagi pelaksanaan Fasa 1 iaitu pembinaan Kompleks Pejabat Menteri Besar dan

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor serta pembinaan kemudahan Park &

Ride. Selain itu JCSB juga terlibat dengan kerja-kerja meratakan tanah, jalan dan

perparitan di tapak Bangunan Persekutuan di Fasa 3. Di samping itu JCSB juga

bertanggungjawab membina 2 buah pintu gerbang dan 2 buah pondok pengawal

yang mana ia merupakan projek tambahan kepada kontrak asal. Keseluruhan kos

projek ini termasuk projek tambahan berjumlah RM193.07 juta. Maklumat lanjut

berkenaan Projek Kota Iskandar yang telah siap dilaksanakan oleh JCSB sehingga

bulan Disember 2012 adalah seperti di Jadual 5.4.

Page 137: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

115

Jadual 5.4 Projek Kota Iskandar Yang Telah Siap Dilaksanakan Oleh JCSB

Bil. Nama Projek Fasa Tahun Siap Nilai Kontrak

(RM Juta)

1. Kompleks Menteri Besar Dan Setiausaha Negeri

1 2009 89.51

2. Kompleks Kerajaan Negeri 1 2009 48.74 3. Kemudahan Park & Ride Di Nusajaya 1 2009 5.17 4. Infra 01, 02, 04, 05 Dan 06 1 2004-2009 35.87 5. Kerja Tanah, Jalan Dan Perparitan Di

Tapak Bangunan Persekutuan, Nusajaya (Infra 03)

3 2008 6.52

6. Membekalkan, Menanam Dan Menyenggara Kerja-kerja Menanam Rumput

1 2009 1.46

7. Back-up Domestic 1 - 0.18 8. Pintu Gerbang Dan Pondok Pengawal Projek Tambahan 2011 5.62

Jumlah 193.07

Sumber: Julung Cipta Sdn. Bhd.

5.4.2.2. Sebanyak 3 Projek Bangunan Kerajaan Negeri Di Kota Iskandar Belum

Mendapat Sijil Siap Kerja/Certificate Of Practical Completion (CPC)/Taking

Over Certificate (TOC)

a. Apabila sesuatu projek yang sedang dilaksanakan itu telah siap atau telah mencapai

keperluan untuk bangunan tersebut berfungsi Pegawai Penguasa berkenaan boleh

memperakukan kontraktor tersebut untuk diberi Sijil Perakuan Siap Kerja atau

Certificate Of Practical Completion (CPC). Perkara ini ada dinyatakan dalam

Dokumen Kontrak Federation Internationale des Ingenieurs-Conseils (FIDIC)

Condition of Contract pada Klausa 10.1 dan 10.2 yang telah ditandatangani di antara

JCSB dan CJSB iaitu pengambilalihan kerja atau sebahagian kerja yang telah siap

oleh pelanggan daripada kontraktor.

b. Semakan Audit mendapati 3 projek di Kota Iskandar yang dilaksanakan oleh JCSB

bernilai RM46.79 juta masih belum menerima Sijil Perakuan Siap Kerja daripada

pihak CJSB. Ketiga-tiga projek tersebut telah siap dilaksanakan oleh JCSB antara

tahun 2009 hingga 2011. Pihak Audit difahamkan kontraktor induk CJSB mendakwa

Sijil Perakuan Siap Kerja tidak dapat dikeluarkan kerana mereka masih belum

menerima beberapa pengesahan kerja daripada konsultan mereka terutamanya

pengesahan kerja bagi Arahan Perubahan Kerja atau Variation Orders (VO) yang

berlaku selepas kerja asal siap. Bagaimanapun pihak JCSB memaklumkan bahawa

mereka telah mengemukakan semua butiran yang diperlukan bagi pengesahan kerja

termasuk VO kepada pihak konsultan. Kesan daripada ini, selagi JCSB tidak

memperoleh Sijil Perakuan Siap Kerja, tempoh permulaan masa bagi membaiki

kecacatan atau making of goods defect tidak dapat dimuktamadkan. Dalam tempoh

tersebut, JCSB perlu menanggung dan bertanggungjawab terhadap setiap kerosakan

atau kecacatan yang berlaku. JCSB juga dianggap lewat menyiapkan kerja

pembinaan Kota Iskandar dan dikenakan denda berjumlah RM0.68 juta sedangkan

Page 138: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

116

kerja telah pun siap dilaksanakan. Maklumat lanjut mengenai projek Kota Iskandar

yang masih belum mendapat Sijil Perakuan Siap Kerja adalah seperti di Jadual 5.5.

Jadual 5.5 Projek Kota Iskandar Yang Masih Belum Mendapat Sijil Perakuan Siap Kerja

Bil. Nama Projek/Kerja Bangunan Tahun Siap Nilai

Kontrak (RM Juta)

1. Interior Design,Landscape & M&E Kompleks Menteri Besar Dan Setiausaha Negeri

2009 34.65

2. Kerja Tanah, Jalan Dan Perparitan Di Tapak Bangunan Persekutuan, Nusajaya

Tapak Bangunan Persekutuan Di Kota Iskandar

2009 6.52

3. 2 pintu gerbang dan 2 pondok pengawal

Pintu Gerbang Dan Pondok Pengawal

2011 5.62

Jumlah 46.79

Sumber: Julung Cipta Sdn. Bhd.

c. Selain itu, sehingga Disember 2012 JCSB belum menerima tunggakan bayaran

berjumlah RM15.83 juta bagi kerja-kerja yang telah disiapkan. Syarikat Cahaya

Jauhar Sdn. Bhd. (CJSB) memaklumkan dokumen sokongan yang lengkap tidak

dikemukakan bersama semasa tuntutan dibuat. Bagaimanapun, JCSB memaklumkan

mereka telah mengemukakan semua dokumen sokongan kepada pihak konsultan

untuk proses pembayaran. Selain itu, pihak JCSB juga menerima tuntutan notice of

demand daripada subkontraktor mereka berjumlah RM1.51 juta kerana kelewatan

menerima bayaran. Menurut maklum balas JCSB bertarikh 23 Julai 2013, CJSB

telah mengeluarkan TOC untuk Projek Interior Design, Landscape & M&E di

Kompleks Menteri Besar dan Setiausaha Negeri bertarikh 1 Ogos 2009. Bagi

Projek Pintu Gerbang pula, CPC telah dikeluarkan bertarikh 10 April 2012.

Bagaimanapun, JCSB memaklumkan mereka hanya menerima TOC dan CPC

tersebut pada bulan April 2013. Kelewatan penghantaran adalah berpunca di

pihak CJSB. Manakala bagi pakej Kerja Tanah, Jalan Dan Perparitan di Tapak

Bangunan Persekutuan, Nusajaya pula surat permohonan CPC dipohon kepada

pihak konsultan pada 10 Mac 2009 tetapi sehingga kini masih tiada maklum

balas diterima.

Pada pendapat Audit, ketiadaan Sijil Perakuan Siap Kerja menyebabkan tempoh kerja

membaiki kecacatan tidak dapat dimuktamadkan dan JCSB terpaksa berterusan

menanggung kos pembaikan. Selain itu, ianya juga menyebabkan tunggakan bayaran

berjumlah RM15.83 juta masih belum dijelaskan oleh CJSB dan ini akan menjejaskan

kedudukan kewangan dan reputasi JCSB.

5.4.3. Tadbir Urus Korporat

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah memperkenalkan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia

pada tahun 2000 dan telah disemak semula pada tahun 2007 yang menekankan elemen

penting seperti pematuhan undang-undang dan peraturan, struktur organisasi, keanggotaan,

Page 139: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

117

peranan dan tanggungjawab lembaga pengarah kepada pemegang saham, penetapan dan

pendedahan ganjaran yang diterima oleh lembaga pengarah, polisi dan prosedur,

penubuhan jawatankuasa lain dan peranan Jawatankuasa Audit terhadap akauntabiliti

syarikat. Tadbir urus korporat merujuk kepada proses yang digunakan untuk mengurus dan

mengawal aktiviti/program dan kebajikan syarikat ke arah meningkatkan prestasi dan

akauntabiliti korporat dengan objektif utama memastikan kepentingan stakeholders

dipertahankan. Tadbir urus korporat penting sebagai peraturan yang berkesan bagi

menyumbang kepada perkembangan perniagaan. Semakan Audit terhadap tadbir urus

korporat JCSB mendapati perkara seperti berikut:

5.4.3.1. Undang-Undang Dan Peraturan

Sebagai sebuah syarikat milik Kerajaan Negeri Johor, JCSB adalah tertakluk kepada

peraturan Kementerian Kewangan dan Kerajaan Negeri Johor yang bertujuan memelihara

kepentingan agensi Kerajaan Negeri yang menjadi pemegang utama saham syarikat.

Melalui Persidangan Menteri-Menteri Besar Dan Ketua Menteri Ke-69 pada 10 Jun 1993,

semua Kerajaan Negeri bersetuju mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh

Jawatankuasa Jemaah Menteri Mengenai Perusahaan Awam Bukan Kewangan terhadap

syarikat Kerajaan. Pihak Audit dimaklumkan JCSB tidak mengguna pakai pekeliling-

pekeliling kerajaan berkaitan pengurusan syarikat kerajaan. Sebaliknya, JCSB mengguna

pakai Standard Operating Procedures (SOP) dan Polisi Kumpulan Prasarana Rakyat

Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) dalam menguruskan kewangan syarikat.

5.4.3.2. Mesyuarat Lembaga Pengarah

Berdasarkan Memorandum dan Artikel penubuhan syarikat JCSB Perenggan 86

menetapkan Mesyuarat Lembaga Pengarah perlu diadakan sekurang-kurangnya 4 kali

setahun. Mengikut Garis Panduan Buku Hijau, mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah

hendaklah diadakan sebanyak 6 hingga 8 kali dalam setahun. Bagaimanapun, Lembaga

Pengarah JCSB bagi tahun 2010 hingga 2012 tidak pernah bermesyuarat bagi

membincangkan keputusan perniagaan dan aktiviti syarikat selaras dengan dasar

kerajaan dan objektif yang ditetapkan. Keputusan perniagaan dibuat melalui ketetapan

beredar yang ditandatangani oleh semua Ahli Lembaga Pengarah.

5.4.3.3. Unit Audit Dalam Serta Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 1993 menggariskan keperluan penubuhan

Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan untuk meningkatkan kawalan terhadap syarikat

Kerajaan bagi menjaga kepentingan Kerajaan sebagai pemegang saham utama. Antara

fungsi utama Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan adalah menilai pencapaian audit

dalaman, mengadakan kajian audit dan pemeriksaan khas, mengkaji dan mengawasi

rancangan korporat, menilai kawalan dalaman terhadap pengurusan kewangan,

memastikan dasar Kerajaan dipatuhi, mengkaji perbelanjaan syarikat dibuat dengan

berpatutan, mengkaji penggunaan sistem perakaunan efektif serta mengkaji dan

Page 140: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

118

memeriksa penyata kewangan syarikat. Semakan Audit mendapati JCSB tidak

menubuhkan Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan tetapi mengguna pakai

Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan yang ditubuhkan oleh KPRJ mulai 7 April 2011.

Bagaimanapun, sehingga tahun 2012 Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan KPRJ belum

bermesyuarat bagi menjalankan fungsi penubuhannya. Bagi Unit Audit Dalam (UAD) pula,

KPRJ telah melantik firma audit swasta iaitu syarikat Aftaas Corporate Advisory Services

Sdn Bhd (ACAS) sebagai juruaudit bagi Unit Audit Dalaman Syarikat dan Kumpulannya

bagi tempoh bulan Mei 2011 hingga Disember 2013 dengan kos berjumlah RM0.14 juta.

ACAS akan menjalankan 1 Enterprise Risk Management dan 7 pusingan audit di

Kumpulan KPRJ. Di samping itu, JCSB juga mewujudkan Audit Dalaman Kualiti (ADK)

bagi memenuhi salah satu daripada keperluan standard MS ISO 9001:2008. Fungsi ADK

adalah untuk memastikan syarikat mematuhi prosedur kerja sebagaimana didokumenkan

dalam manual prosedur dan mengusulkan cadangan penambahbaikan bagi peningkatan

kualiti syarikat. Mengikut prosedur ADK, pengauditan akan dijalankan sekurang-

kurangnya sekali setahun. Laporan Audit akan diserahkan kepada pihak Pengurusan

untuk semakan.

5.4.3.4. Rancangan Korporat

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 12 Tahun 1993 menetapkan syarikat Kerajaan perlu

menyediakan atau mengemaskini strategi dan rancangan korporat sebagai wawasan

syarikat mencapai matlamat jangka pendek (tahunan) dan jangka panjang. Rancangan

korporat yang disediakan hendaklah diluluskan oleh Lembaga Pengarah syarikat dan

Lembaga Pengarah Agensi Kerajaan. Rancangan korporat penting disediakan bagi

merangka strategi pelaksanaannya bagi membentuk objektif dan matlamat yang realistik

selaras dengan misi dan keupayaan organisasi. Ia juga dapat membantu syarikat

memastikan penggunaan sumber yang lebih efektif dan hubungan yang baik dan hala tuju

yang jelas antara kakitangan dan pihak pengurusan. Semakan Audit mendapati JCSB

tidak menyediakan rancangan strategik setiap tahun bagi tahun 2010 hingga 2012.

Bagaimanapun, JCSB mengguna pakai Rancangan Niaga KPRJ dan syarikat subsidiari

yang disediakan mulai tahun 2012 dan diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah

KPRJ ke 33 pada 20 Disember 2011. Menurut maklum balas JCSB bertarikh 23 Julai

2013, rancangan strategik JCSB disediakan bersama atau termasuk di dalam

rancangan strategik Kumpulan KPRJ kerana setiap anak syarikat dianggap sebagai

divisyen kepada KPRJ. Rancangan strategik Kumpulan KPRJ akan dibentangkan

dalam mesyuarat Lembaga Pengarah yang akan datang.

5.4.3.5. Key Performance Indicator (KPI)

Mengikut Intensifying Performance Management, Buku Biru Versi 2, syarikat kerajaan

perlu menyediakan Key Performance Indicator (KPI) bagi mengukur prestasi syarikat. KPI

yang disediakan perlulah berkait rapat dengan strategi syarikat yang melibatkan semua

peringkat dalam organisasi iaitu KPI bagi Ketua Eksekutif dan syarikat keseluruhannya

dan KPI bagi seksyen/unit perniagaan. KPI yang baik perlulah boleh dicapai, membuat

Page 141: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

119

perbandingan dengan benchmark yang bersesuaian, mengandungi jangkaan, halangan

dan situasi terhadap pencapaian KPI, mengambil kira rancangan jangka pendek dan

sederhana serta indikator operasi dan kewangan dan KPI hendaklah disampaikan kepada

semua peringkat dari kakitangan sehinggalah Ahli Lembaga Pengarah. Semakan Audit

mendapati JCSB tidak menyediakan Key Performance Indicator (KPI) untuk menilai

prestasi syarikat bagi tahun 2010 hingga 2012. Bagaimanapun, pada tahun 2011, KPRJ

telah melantik sebuah syarikat untuk menyediakan KPI bagi KPRJ dan Kumpulannya.

tetapi KPI berkenaan masih belum dimuktamadkan. Menurut maklum balas JCSB

bertarikh 23 Julai 2013, KPI Kumpulan KPRJ yang baru akan disediakan setelah

mengambil kira pandangan oleh pengurusan baru dan akan dibentangkan dalam

mesyuarat Lembaga Pengarah yang akan datang.

5.4.3.6. Pembayaran Dividen

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 11 Tahun 1993 menetapkan dasar dan garis

panduan mengenai bayaran dividen oleh syarikat kerajaan. Syarikat kerajaan dikehendaki

membayar dividen sekurang-kurangnya 10% setahun sebagai pulangan modal kepada

kerajaan sebagai pemegang saham. Sekiranya keuntungan tahun semasa melebihi

daripada dijangka, peratusan dividen kepada pemegang saham perlu ditingkatkan tanpa

menjejaskan kedudukan kewangan syarikat. Cadangan bayaran dividen perlu

dikemukakan secara serentak dengan cadangan bayaran bonus untuk kelulusan

Lembaga Pengarah Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Negeri. Semakan Audit

mendapati JCSB tidak membuat bayaran dividen kepada KPRJ pada tahun 2010 hingga

2012 kerana JCSB telah membayar perkongsian keuntungan atas projek yang

dilaksanakan iaitu berjumlah RM0.46 juta bagi tahun 2010 dan 2011. Menurut maklum

balas JCSB bertarikh 23 Julai 2013, tiada perkongsian keuntungan dibayar bagi

tahun 2012 kerana pengiraan adalah berasaskan projek yang disiapkan dalam

tahun semasa.

5.4.3.7. Pembayaran Bonus

Akta Syarikat 1965 memperuntukkan bonus boleh dibayar kepada kakitangan sekiranya

syarikat memperoleh keuntungan. Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 10 Tahun 1993

telah menetapkan dasar dan garis panduan mengenai bayaran bonus bagi syarikat

Kerajaan yang memperoleh keuntungan operasi sebelum cukai yang munasabah.

Pekeliling ini juga menetapkan cadangan bayaran bonus kumpulan syarikat subsidiari

Kerajaan perlu diluluskan oleh Lembaga Pengarah syarikat dan Lembaga Pengarah

Agensi Kerajaan sebelum dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh

sebulan selepas akaun tahunan ditutup. Semakan Audit mendapati JCSB telah

membayar bonus kepada kakitangannya bagi tahun 2010 hingga 2012. Pembayaran

bonus bagi tahun 2010 telah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri tetapi tiada

kelulusan Lembaga Pengarah KPRJ. Bagaimanapun, pembayaran bonus bagi tahun

2011 telah mendapat kelulusan kedua-dua pihak. Menurut maklum balas JCSB

bertarikh 23 Julai 2013, sebelum tahun 2010, Kumpulan KPRJ tidak dimaklumkan

Page 142: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

120

bahawa bayaran bonus perlu dibawa atau diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Bagaimanapun, mulai tahun 2011 kelulusan pembayaran bonus telah diperoleh

daripada Pihak Berkuasa Negeri dan Lembaga Pengarah KPRJ.

5.4.3.8. Pengurusan Aset

JCSB mengguna pakai prosedur pengurusan aset KPRJ yang berkuatkuasa mulai

5 November 2012 dalam menguruskan aset. Pemeriksaan Audit terhadap pengurusan

aset JCSB mendapati perkara seperti berikut:

a. Bayaran deposit pembelian kereta jenis Volkswagen Touareg untuk kegunaan

Pengerusi Eksekutif dilakukan sebelum kelulusan Lembaga Pengarah. Menurut

maklum balas JCSB bertarikh 23 Julai 2013, bayaran tempahan (booking fees)

dan pendahuluan boleh dikembalikan (refundable) sekiranya pembelian

dibatalkan. Pembayaran tersebut dibuat sebelum kelulusan bagi mengelakkan

tempoh menunggu yang lama.

b. Senarai aset dan inventori bagi tahun 2010 hingga 2012 yang disediakan oleh

Jabatan Pentadbiran terdiri daripada aset peralatan pejabat dan komputer sahaja.

Senarai tersebut tidak lengkap dengan tarikh pembelian aset dan tidak diselaraskan

dengan senarai aset di Jabatan Akaun. Selain itu, senarai aset yang disediakan oleh

Jabatan Akaun tidak dilengkapi dengan maklumat penting mengenai aset seperti

nombor pendaftaran aset, lokasi penempatan, penyenggaraan, pergerakan aset dan

pemeriksaan aset. Menurut maklum balas JCSB bertarikh 23 Julai 2013,

perbandingan senarai aset dengan Jabatan Akaun akan dibuat dan

diselaraskan dalam sistem yang ada. Nombor aset, lokasi penempatan,

penyenggaraan, pergerakan aset dan pemeriksaan aset akan direkodkan.

c. Pemeriksaan fizikal aset tidak dijalankan oleh Bahagian Pentadbiran.

d. Tiada jadual penyenggaraan disediakan untuk semua kenderaan JCSB dan aset lain

yang memerlukan penyenggaraan serta tiada buku log bagi setiap kenderaan

disediakan bagi merekodkan destinasi/tujuan penggunaan kenderaan. Menurut

maklum balas JCSB bertarikh 23 Julai 2013, JCSB telah menyediakan borang

penyenggaraan kenderaan dan komputer.

e. Semua aset komputer, mesin pencetak, peralatan pejabat, kerusi dan meja tidak

diembossed “Hak Milik JCSB” dan sebahagian aset tidak dilabel dengan nombor siri

pendaftaran yang telah didaftarkan. Menurut maklum balas JCSB bertarikh

23 Julai 2013, pihak pengurusan bersetuju supaya setiap aset diletakkan

nombor siri sahaja.

f. Fail pelupusan aset tidak diselenggarakan.

Page 143: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

121

Pada pendapat Audit, secara keseluruhannya Tadbir Urus Korporat JCSB adalah baik

namun boleh dipertingkatkan lagi terutamanya perkara yang berkaitan mengguna

pakai pekeliling kerajaan berkaitan syarikat kerajaan, menjalankan mesyuarat

Lembaga Pengarah dan pengurusan aset.

5.5. SYOR AUDIT

Bagi memastikan objektif penubuhan JCSB dapat dicapai sepenuhnya dan Kumpulan

Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. sebagai pemegang ekuiti mendapat value for money,

adalah disyorkan JCSB mengambil tindakan seperti berikut:

5.5.1. Menentukan Sijil Perakuan Siap Kerja diperoleh bagi setiap projek yang

dilaksanakan bagi menjaga imej JCSB sebagai kontraktor yang berwibawa dan

mengelakkan daripada menanggung kos membaiki yang tinggi akibat daripada kelewatan

memperoleh sijil perakuan tersebut.

5.5.2. Menentukan dokumen sokongan yang lengkap dikemukakan bagi tuntutan

penyerahan Sijil Bayaran bagi memastikan tiada kelewatan dalam proses pembayaran.

5.5.3. Memperkemaskan dan mengamalkan tadbir urus korporat syarikat dengan

menjadikan Pekeliling Kerajaan dan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia sebagai amalan

terbaik bagi memelihara kepentingan Kerajaan Negeri Johor.

5.5.4. Mempertingkatkan pematuhan terhadap prosedur pengurusan aset bagi

memastikan semua aset milik syarikat dapat dikawal dengan sempurna.

Page 144: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

122

PERBADANAN JOHOR

6. JOHOR FRANCHISE DEVELOPMENT SDN. BHD.

6.1. LATAR BELAKANG

6.1.1. Johor Franchise Development Sdn. Bhd. (JFDSB) atau pada awal penubuhannya

dikenali sebagai Ubi Johor Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 9 Februari 1973 di bawah

Seksyen 16(4) Akta Syarikat 1965 dan merupakan anak syarikat 100% milik Perbadanan

Johor. Aktiviti utama syarikat JFDSB adalah di dalam bidang penanaman kelapa sawit,

perniagaan pemilikan pelaburan dan pengurusan francais. Sehingga 31 Disember 2012,

modal saham dibenarkan JFDSB ialah RM50 juta dan modal saham berbayar berjumlah

RM42.1 juta.

6.1.2. JFDSB mempunyai 4 orang Ahli Lembaga Pengarah yang terdiri daripada Naib

Presiden Divisyen Kewangan dan Undang-undang Perbadanan Johor sebagai Pengerusi,

Pengurus Besar Jabatan Khidmat Hartanah Perbadanan Johor, Timbalan Pengurus Besar

Jabatan Undang-undang Perbadanan Johor, Pengurus Jabatan Pembangunan Modal Insan

dan Pentadbiran Perbadanan Johor. JFDSB tidak mempunyai kakitangan sokongan lain

kerana aktiviti ladang kelapa sawit diuruskan sepenuhnya oleh pihak agen yang dilantik.

6.1.3. Sebagai syarikat yang dimiliki oleh Perbadanan Johor, JFDSB perlu mematuhi

undang–undang dan peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan peraturan

lain yang dikeluarkan oleh Kerajaan berkaitan syarikat dari semasa ke semasa serta

peraturan yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah JFDSB.

6.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan ini dijalankan adalah untuk menilai sama ada prestasi kewangan JFDSB adalah

memuaskan, pengurusan aktiviti dan kewangan syarikat serta tadbir urus korporat telah

dilaksanakan dengan teratur selaras dengan objektif penubuhannya.

6.3. SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

Skop pengauditan meliputi aspek kewangan dan aktiviti utama syarikat dengan tujuan untuk

menentukan sama ada wang yang disumbangkan oleh Kerajaan/Agensi Kerajaan sekiranya

ada telah diurus dan digunakan dengan teratur selaras dengan objektif yang ditetapkan.

Aspek yang ditekankan ialah Prestasi Kewangan, Pengurusan Aktiviti dan Tadbir Urus

Korporat. Semakan terhadap dokumen, fail dan rekod yang berkaitan turut dilakukan bagi

tahun 2010 hingga 2012 dibuat di pejabat JFDSB. Temu bual dan perbincangan juga telah

diadakan dengan pelbagai pegawai daripada syarikat berkaitan seperti Effective Corporate

Page 145: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

123

Resources Sdn. Bhd. (ECR) yang telah dilantik untuk menyediakan penyata kewangan, EPA

Management Sdn. Bhd. (EPA) yang menguruskan ladang kelapa sawit dan Pro Corporate

Management Services Sdn. Bhd. (Pro Corp) yang memberi perkhidmatan kesetiausahaan

bagi JFDSB. Pemeriksaan fizikal peralatan dan aset turut dilakukan. Analisis kewangan

merangkumi nisbah dan trend yang dilakukan secara perbandingan dengan indeks prestasi

syarikat. Selain itu, lawatan Audit turut dijalankan ke ladang kelapa sawit di Ladang Pasir

Logok K.B. 504, Ladang Bukit Kelompok K.B 512 di Kota Tinggi Johor dan Tanah Kota Air

Pasir Putih di Mukim Plentong PTD No. 154283, 154284 serta 154285 yang telah diiktiraf

sebagai pelaburan hartanah (investment property) dalam penyata kewangan mulai tahun

2011.

6.4. PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara Oktober hingga Disember 2012 mendapati prestasi

kewangan JFDSB adalah memuaskan. Pada tahun 2011, JFDSB mencatat keuntungan

sebelum cukai berjumlah RM13.90 juta iaitu peningkatan sebanyak 387.8% berbanding

dengan kerugian sebelum cukai berjumlah RM4.83 juta yang dialami pada tahun 2010.

JFDSB terus mencatat keuntungan sebelum cukai berjumlah RM10.51 juta pada tahun 2012

sungguhpun keuntungan yang diperoleh menurun 24.4% berbanding dengan tahun 2011.

Keuntungan terkumpul JFDSB pada akhir tahun 2012 adalah berjumlah RM43.30 juta.

Pengurusan aktiviti utama iaitu perladangan kelapa sawit secara amnya adalah memuaskan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan tadbir urus korporat bagi tahun 2010

hingga 2012. Kelemahan yang ditemui dalam pengurusan aktiviti dan tadbir urus korporat

adalah seperti berikut:

Hak milik tanah ladang kelapa sawit belum didaftarkan atas nama JFDSB.

Penanaman kelapa sawit melebihi kawasan milikan JFDSB.

Tiada rancangan jangka pendek dan panjang untuk memajukan Tanah Kota Air Pasir

Putih berukuran 153.39 ekar yang diambil alih pada September 2008.

Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah tidak diadakan pada tahun 2010 hingga 2012 dan

segala urusan diputuskan di peringkat syarikat induk.

6.4.1. Prestasi Kewangan

6.4.1.1. Analisis Trend

a. Bagi tahun 2010 hingga 2012, prestasi kewangan JFDSB adalah memuaskan.

JFDSB yang mengalami kerugian sebelum cukai berjumlah RM4.83 juta pada tahun

2010, berjaya meningkatkan prestasinya dengan mencatat keuntungan sebelum

cukai berjumlah RM13.90 juta pada tahun 2011, iaitu peningkatan sebanyak 387.8%.

Bagi tahun 2012 pula, JFDSB terus berjaya mencatat keuntungan sebelum cukai

Page 146: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

124

berjumlah RM10.51 juta sungguhpun keuntungan yang diperoleh menurun sebanyak

24.4% berbanding dengan tahun 2011.

b. Pendapatan JFDSB terbahagi kepada 2 komponen iaitu perolehan operasi dan lain-

lain pendapatan operasi. Perolehan operasi merangkumi pendapatan utama syarikat

iaitu operasi ladang kelapa sawit bagi jualan Buah Tandan Segar (BTS) di mana

perolehan pada tahun 2011 telah meningkat kepada RM36.08 juta atau 27.0%

berbanding RM28.40 juta pada tahun 2010. Bagi tahun 2012 pula, perolehan JFDSB

menurun kepada RM30.10 juta berbanding tahun 2011 iaitu penurunan sebanyak

RM5.98 juta atau 16.6% disebabkan purata harga pasaran BTS yang rendah.

Manakala lain-lain pendapatan operasi adalah terutamanya daripada dividen

diterima, keuntungan atas pelupusan kerja dalam pelaksanaan, peruntukan hutang

ragu syarikat subsidiari ditulis semula, novasi penghutang syarikat subsidiari, hutang

lapuk berjaya dipungut, jualan syarikat bersekutu, sewa tanah dan pelbagai

pendapatan. Pada tahun 2010, lain-lain pendapatan operasi JFDSB adalah berjumlah

RM0.48 juta dan meningkat sebanyak RM5.14 juta atau 1,070.8% kepada RM5.62

juta pada tahun 2011. Peningkatan signifikan lain-lain pendapatan operasi adalah

disebabkan peningkatan dalam dividen diterima, peruntukan hutang ragu am yang

ditulis semula, hutang lapuk yang dapat dipungut dan perolehan menerusi sewa dan

novasi siberhutang syarikat subsidiari. Manakala bagi tahun 2012, jumlah lain-lain

pendapatan operasi menurun sebanyak RM4.75 juta atau 84.5% kepada RM0.87 juta

disebabkan oleh penurunan dividen diterima, peruntukan hutang ragu am yang ditulis

semula dan pemulihan hutang lapuk.

c. Perbelanjaan JFDSB adalah terdiri daripada kos jualan, belanja pentadbiran, lain-lain

belanja operasi serta kos kewangan. Pada tahun 2011 jumlah perbelanjaan telah

menurun daripada RM33.71 juta pada tahun 2010 kepada RM27.80 juta atau 17.5%.

Penurunan perbelanjaan pada tahun 2011 adalah terutamanya disebabkan

penurunan peruntukan hutang ragu syarikat subsidiari, perbelanjaan terus ladang

kelapa sawit dan kos kewangan. Pada tahun 2012 jumlah perbelanjaan terus

menurun kepada RM20.46 juta atau 26.4% berbanding tahun 2011 terutamanya

disebabkan tiada peruntukan hutang ragu serta kemerosotan nilai pelaburan syarikat

subsidiari dan penurunan kos kewangan serta novasi sipiutang syarikat subsidiari.

d. Kedudukan kewangan JFDSB bagi tahun 2010 hingga 2012 adalah seperti di

Jadual 6.1 dan Carta 6.1.

Page 147: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

125

Jadual 6.1 Kedudukan Penyata Pendapatan Komprehensif JFDSB Bagi Tahun Kewangan 2010 Hingga 2012

Butiran Tahun Kewangan

2010 (RM Juta)

2011 (RM Juta)

2012 (RM Juta)

Perolehan 28.40 36.08 30.10 Lain-lain Pendapatan 0.48 5.62 0.87 Jumlah Pendapatan 28.88 41.70 30.97 Perbelanjaan -33.71 -27.80 -20.46 Keuntungan/Kerugian Sebelum Cukai -4.83 13.90 10.51 Cukai -3.57 -5.74 -0.57

Keuntungan/Kerugian Selepas Cukai -8.40 8.16 9.94

Lain-lain Pendapatan Komprehensif Keuntungan Dari Penilaian Semula Hartanah Pelaburan

0.00 1.33 0.00

Keuntungan Terkumpul 23.87 33.36 43.30

Sumber: Penyata Kewangan JFDSB

Carta 6.1 Pendapatan, Perbelanjaan Dan Keuntungan JFDSB Bagi Tahun Kewangan 2010 Hingga 2012

Sumber: Penyata Kewangan JFDSB

6.4.1.2. Analisis Nisbah Kewangan

Bagi menilai prestasi kewangan JFDSB, analisis nisbah kewangan telah dibuat terhadap

butiran yang ditunjukkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan serta Penyata

Pendapatan Komprehensif JFDSB bagi tahun 2010 hingga 2012. Hasil analisis nisbah

kewangan adalah seperti di Jadual 6.2.

Jadual 6.2 Analisis Nisbah Kewangan JFDSB Bagi Tahun Kewangan 2010 Hingga 2012

Butiran Tahun Kewangan

2010 2011 2012 Nisbah Semasa 0.79:1 0.72:1 0.51:1

Margin Untung Bersih -17.0% 38.5% 34.9%

Nisbah Pulangan Ke Atas Aset -0.04:1 0.12:1 0.09:1

Nisbah Pulangan Ke Atas Ekuiti -0.07:1 0.18:1 0.12:1 Sumber: Penyata Kewangan JFDSB

28.88

41.70

30.9733.71

27.80

20.46

0

5

10

15

20

25

30

35

40

45

2010 2011 2012

(RM

Ju

ta)

Pendapatan Perbelanjaan

-4.83

13.90 10.51

-10

-5

0

5

10

15

(RM

Ju

ta)

Untung/(Rugi) Sebelum Cukai

2010 2011 2012

Page 148: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

126

a. Nisbah Semasa digunakan untuk mengukur kecairan syarikat iaitu sejauh mana aset

semasa yang ada dapat menampung liabiliti semasa. Nisbah semasa pada kadar 2:1

dan ke atas menunjukkan syarikat mempunyai kecairan kewangan yang baik dan

berupaya menampung liabiliti semasa. Analisis Audit mendapati kadar nisbah

semasa JFDSB bagi tahun kewangan 2010 hingga 2012 adalah di bawah kadar 2

iaitu dari 0.79 hingga 0.51. Tahap kecairan yang semakin menurun ini menunjukkan

kedudukan kewangan JFDSB tidak mempunyai kecairan yang tinggi iaitu setiap

ringgit tanggungan semasa adalah dibiayai oleh aset semasa.

b. Margin Untung Bersih digunakan untuk mengukur keupayaan syarikat dalam

memperoleh untung bersih daripada setiap ringgit hasil yang dikutip. Peningkatan

margin ini menunjukkan meningkatnya kecekapan syarikat di mana bagi setiap

kenaikan hasil ia memberi nilai tambah terhadap peningkatan kadar keuntungan

syarikat. Analisis Audit mendapati bagi tahun kewangan 2010 hingga 2012, margin

untung bersih JFDSB telah menunjukkan negatif 17.0% pada tahun 2010, meningkat

kepada 38.5% pada tahun 2011 dan menurun sedikit kepada 34.9% pada tahun

2012. Penurunan margin untung bersih ini disebabkan penurunan pendapatan dan

pada masa yang sama terdapat peningkatan perbelanjaan secara langsung operasi

ladang.

c. Nisbah Pulangan Ke Atas Aset bertujuan mengukur kecekapan syarikat dalam

menggunakan aset yang dimiliki untuk menghasilkan keuntungan. Semakin tinggi

pendapatan yang diperoleh daripada setiap ringgit yang digunakan, semakin cekap

syarikat menguruskan asetnya. Analisis Audit mendapati bagi tahun kewangan 2010

hingga 2012, nisbah pulangan ke atas aset JFDSB adalah rendah di mana mencatat

negatif 0.04 sen pada tahun 2010, 0.12 sen pada tahun 2011 dan 0.09 sen pada

tahun 2012. Nisbah pulangan atas aset menurun pada tahun 2012 disebabkan

pertambahan aset yang tidak diiringi dengan peningkatan pendapatan.

d. Nisbah Pulangan Ke Atas Ekuiti bertujuan mengukur pulangan ke atas jumlah

modal syarikat yang dilaburkan iaitu pulangan bersih yang diperoleh bagi setiap

ringgit modal yang digunakan. Semakin tinggi pendapatan yang diperoleh daripada

setiap ringgit modal yang digunakan, semakin cekap syarikat menguruskan

modalnya. Analisis Audit mendapati nisbah pulangan atas ekuiti JFDSB memberi

pulangan kepada pemegang saham iaitu sejumlah 0.18 sen pada tahun 2011 dan

0.12 sen pada tahun 2012. Manakala pada tahun 2010 JFDSB tidak memberi

pulangan kepada pemegang saham di mana pulangan atas ekuitinya adalah

sejumlah negatif 0.07 sen. Ini menunjukkan JFDSB tidak berupaya menghasilkan

keuntungan yang tinggi kepada pemegang saham.

Pada pendapat Audit, prestasi kewangan JFDSB adalah memuaskan. Sungguhpun

JFDSB telah mengalami kerugian sebelum cukai dalam tahun 2010, ianya telah berjaya

meningkatkan prestasi dengan mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah

RM13.90 juta dan RM10.51 juta masing-masing pada tahun 2011 dan 2012.

Page 149: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

127

Bagaimanapun analisis nisbah kewangan, JFDSB didapati menghadapi masalah tahap

kecairan serta pulangan ke atas aset yang rendah.

6.4.2. Pengurusan Aktiviti

Aktiviti utama syarikat JFDSB adalah di dalam bidang penanaman kelapa sawit, perniagaan

pemilikan pelaburan dan pengurusan francais. Secara amnya aktiviti dalam mengusahakan

ladang kelapa sawit JFDSB adalah memuaskan dan menjadi penyumbang utama kepada

keuntungan yang diperoleh bagi tahun 2010 hingga sekarang. Dalam perniagaan pemilikan

pelaburan pula tidak ada sumbangan material kepada keuntungan sebelum cukai

sungguhpun JFDSB memegang ekuiti dalam 7 hingga 14 syarikat subsidiari bagi tahun 2010

hingga 2012. Manakala dari sudut aktiviti pengurusan francais, tiada sumbangan ketara

kepada JFDSB sepanjang tempoh 2010 hingga 2012.

6.4.2.1. Aktiviti Perladangan Kelapa Sawit

a. Tanah JFDSB, PTD 401-403 di Kota Tinggi telah dibahagikan kepada Ladang Pasir

Logok dan Ladang Bukit Kelompok bagi memudahkan ianya ditadbir. JFDSB melantik

EPA Management Sdn. Bhd., sebagai agen untuk menguruskan kedua-dua ladang

sebagaimana perjanjian yang telah ditandatangani pada bulan Mei 2000. Kedudukan

statistik ladang kelapa sawit di Ladang Pasir Logok dan Ladang Bukit Kelompok bagi

tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010 hingga 2012 adalah seperti di

Jadual 6.3 dan Jadual 6.4.

Jadual 6.3 Statistik Ladang Pasir Logok, JFDSB Bagi Tahun Kewangan 2010 Hingga 2012

Butiran 2010 2011 2012

Purata Kawasan Dalam Pengeluaran (Hektar) 1,124.89 1,067.06 1,236.74 Pengeluaran Buah Tandan Segar (Tan) 23,796.39 26,786.01 25,534.18 Pengeluaran BTS Purata Sehektar Kawasan Matang 21.15 25.10 20.65 Harga Purata Diperoleh (RM Setan BTS) 599.99 712.52 614.68

Penyata Kawasan (Area Statement) Pada 31 Disember Kelapa Sawit - Matang 1,124.89 1,067.06 1,236.74 - Belum Matang (Dalam Penuaian) 202.45 - - - Belum Matang 742.13 870.89 754.82 Tanah Kosong Boleh/Tidak Boleh Menanam Dan Jalan Raya

72.68 151.51 134.67

Luas Kawasan Hektar Di Tanam (Penuaian) 2,142.15 2,089.46 2,126.23

Nursery, VL Unplantable, Tanah Rizab, Bangunan Dan Lain-lain

72.95 72.95 72.95

Luas Kawasan (Hektar) 2,215.10 2,162.41 2,199.18

Sumber: EPA Management Sdn. Bhd./Laporan Kemajuan Ladang Pasir Logok

Page 150: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

128

Jadual 6.4 Statistik Ladang Bukit Kelompok, JFDSB Bagi Tahun Kewangan 2010 Hingga 2012

Butiran 2010 2011 2012

Purata Kawasan Dalam Pengeluaran (Hektar) 1,301.81 1,078.11 1,300.05 Pengeluaran Buah Tandan Segar (Tan) 23,416.28 23,901.39 23,197.82 Pengeluaran BTS Purata Sehektar Kawasan Matang 17.99 22.17 17.84 Harga Purata Diperoleh (RM Setan BTS) 603.11 710.92 621.24

Penyata Kawasan (Area Statement) Pada 31 Disember Kelapa Sawit - Matang 1,301.81 1,078.11 1,300.05 - Belum Matang (Dalam Penuaian) 305.98 495.99 - - Belum Matang 854.86 846.74 1,122.49 Tanah Kosong Boleh/Tidak Boleh Menanam Dan Jalan Raya

104.07 68.60 104.07

Luas Kawasan Hektar Di Tanam (Penuaian) 2,566.72 2,489.44 2,526.61

Nursery, VL Unplantable, Tanah Rizab, Bangunan Dan Lain-lain

21.74 21.74 21.74

Luas Kawasan (Hektar) 2,588.46 2,511.18 2,548.35

Sumber: EPA Management Sdn. Bhd./Laporan Kemajuan Ladang Bukit Kelompok

b. Ringkasan kategori tahun penanaman kelapa sawit di Ladang Pasir Logok dan

Ladang Bukit Kelompok adalah seperti di Jadual 6.5 dan Jadual 6.6.

Jadual 6.5 Ringkasan Kategori Tahun Penanaman Kelapa Sawit Di Ladang Pasir Logok

Tahun Penanaman Kawasan Luas

(Hektar) 1992 P92/01, P92/02 dan P92/03 141.74 2003 P03/01, P03/02 dan P03/03 161.93 2004 P04/01, P04/02 dan P04/03 169.03 2005 P05/01 dan P05/02 136.12 2006 P06/01, P06/02 dan P06/03 177.84 2007 P07/01, P07/02 dan P07/03 202.27 2008 P08/01, P08/02 dan P08/03 228.65 2009 P09/01, P09/02 dan P09/03 228.54 2010 P10/01, P10/02, P10/03 dan P10/05 278.94 2011 P11/01, P11/02, P11/03 dan P11/04 217.52

Jumlah 1,942.58

Sumber: Hektar Kawasan Penanaman Ladang Pasir Logok, JFDSB – Peta Terkini April 2012 7

Jadual 6.6 Ringkasan Kategori Tahun Penanaman Kelapa Sawit Di Ladang Bukit Kelompok

Tahun Penanaman Kawasan Luas

(Hektar)

1984 P84/01, P84/02, P84/03, P84/04, P84/05, P84/06, P84/07 dan P84/08

478.15

1988 P88/01 dan P88/02 108.96 2005 P05/01, P05/02 dan P05/03 251.25 2006 P06/01, P06/02, P06/03 dan P06/04 211.14 2007 P07/01, P07/02, P07/03 dan P07/04 300.28 2008 P08/01, P08/02 dan P08/03 190.08 2009 P09/01, P09/02, P09/03, P09/04 dan P09/05 317.06 2010 P10/01, P10/02, P10/03, P10/04, P10/05 dan P10/06 328.56 2011 P11/01, P11/02 dan P11/03 182.50

Jumlah 2,367.98

Sumber: Hektar Kawasan Penanaman Ladang Bukit Kelompok, JFDSB – Peta Terkini Jun 2012

Page 151: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

129

c. Lawatan Audit telah dibuat pada bulan Oktober dan November 2012 ke kawasan

tapak Ladang Pasir Logok dan Ladang Bukit Kelompok, JFDSB. Penanaman kelapa

sawit dibuat berperingkat mengikut tahun penanaman. Keadaan kedudukan Ladang

Pasir Logok dan Ladang Bukit Kelompok di Kota Tinggi adalah seperti di Gambar 6.1

hingga Gambar 6.4.

d. Penyediaan kawasan Nursery juga telah diadakan di Ladang Bukit Kelompok untuk

keperluan penanaman semula yang giat dijalankan berperingkat di ladang

berkenaan. Keadaan kedudukan Nursery di Ladang Bukit Kelompok, Kota Tinggi

adalah seperti di Gambar 6.5 dan Gambar 6.6.

Gambar 6.1 Gambar 6.2 Ladang Pasir Logok JFDSB, Kota Tinggi

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Ladang Pasir Logok, JFDSB Kota Tinggi Tarikh: 20 November 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Ladang Pasir Logok, JFDSB Kota Tinggi Tarikh: 31 Oktober 2012

Gambar 6.3

Gambar 6.4

Ladang Bukit Kelompok JFDSB, Kota Tinggi

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Ladang Bukit Kelompok, JFDSB Kota Tinggi Tarikh: 29 November 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Ladang Bukit Kelompok, JFDSB Kota Tinggi Tarikh: 29 November 2012

Page 152: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

130

Gambar 6.5 Gambar 6.6 Ladang Bukit Kelompok JFDSB, Kota Tinggi

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Ladang Bukit Kelompok, JFDSB Kota Tinggi Tarikh: 31 Oktober 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Ladang Bukit Kelompok, JFDSB Kota Tinggi Tarikh: 31 Oktober 2012

e. Semakan Audit mendapati perkara berikut:

i. Hak Milik Tanah Tidak Didaftarkan

Hak milik tanah (PTD 401-403) bagi Ladang Bukit Kelompok dan Ladang Pasir

Logok JFDSB masih belum didaftarkan atas nama syarikat JFDSB, sedangkan

sejumlah RM3.42 juta telah diiktiraf dalam akaunnya sebagai kos tanah.

Semakan Audit mendapati hak milik tanah tersebut masih didaftarkan atas nama

Perbadanan Johor disebabkan JFDSB belum menukar tarafnya sebagai syarikat

Melayu menurut Enakmen Rizab Melayu 1936. Bagaimanapun, JFDSB kini telah

diiktiraf sebagai syarikat Melayu di bawah Jadual Kedua Enakmen Rizab Melayu

Johor 1936 sebagaimana J.P.U. 63 bertarikh 23 Jun 2011. Berdasarkan

maklum balas bertarikh 26 Julai 2013, pihak JFDSB memaklumkan

kepentingannya sebagai pemilik benefisial tidak akan terjejas walaupun

proses pindahmilik belum dilaksanakan. Pendaftaran hakmilik atas nama

syarikat JFDSB akan dilaksanakan sejurus selepas permohanan yang telah

dikemukakan untuk pengecualian cukai setem diperoleh.

ii. Pengeluaran Buah Tandan Segar Di Bawah Purata Negara

Purata Pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS) sehektar kawasan matang bagi

Malaysia untuk tahun 2010, 2011 dan 2012 adalah masing-masing 18.03, 19.69

dan 18.89 (tan/hektar) berdasarkan statistik Lembaga Minyak Sawit Malaysia

(MPOB). Pengeluaran BTS kedua-dua ladang bagi tahun 2011 dan Ladang Pasir

Logok untuk tahun 2010 dan 2012 adalah melebihi tahap purata pengeluaran

negara. Bagaimanapun pengeluaran Ladang Bukit Kelompok bagi tahun 2010

dan 2012 adalah kurang memuaskan dan pencapaiannya adalah di bawah

purata pengeluaran negara. Memandangkan ladang diuruskan oleh agensi,

JFDSB sepatutnya bukan sahaja dapat mencapai tahap purata pengeluaran

Page 153: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

131

negara bahkan berpotensi mencatat tahap yang lebih tinggi. Kedudukan statistik

purata pengeluaran BTS sehektar kawasan matang (tan/hektar) bagi Malaysia

berbanding dengan ladang kelapa sawit JFDSB serta lain-lain syarikat-syarikat

terlibat dalam penanaman kelapa sawit bagi tahun kewangan 2010 hingga 2012

adalah seperti di Jadual 6.7. Berdasarkan maklum balas bertarikh 26 Julai

2013, pihak JFDSB memaklumkan pengeluaran BTS tidak mencapai tahap

purata pengeluaran negara berdasarkan statistik MPOB kerana

penangguhan program tanaman semula bagi 27% tanaman yang melebihi

umur 25 tahun.

Jadual 6.7 Statistik Pengeluaran BTS Purata Sehektar Kawasan Matang (Tan/Hektar) Bagi Tahun Kewangan 2010 Hingga 2012

Pengeluaran BTS Purata Sehektar Kawasan Matang

Tahun Berakhir

Tan/Hektar 2010 2011 2012

* Malaysia 31 Dis 18.03 19.69 18.89 * Semenanjung Malaysia 31 Dis 17.91 19.24 19.05

Ladang Kelapa Sawit JFDSB Pasir Logok 31 Dis 21.15 25.10 20.65 Bukit Kelompok 31 Dis 17.99 22.17 17.84

**Ladang Kelapa Sawit Kulim (Estet Malaysia Sahaja)

31 Dis 19.01 21.89 20.68

**Riverview Rubber Estates Bhd. 31 Dis 25.92 24.78 26.71 **United Plantations Bhd. 31 Dis 24.61 25.16 25.05 **Oriental Holdings Bhd. 31 Dis 23.03 24.12 24.84 **Kluang Rubber Company (Malaya) Bhd. 30 Jun 20.25 17.07 18.24 **Sungai Bagan Rubber Company (Malaya) Bhd. 30 Jun 14.42 16.60 14.83 **United Malacca Bhd. 30 April 20.33 17.70 18.33 **Unico-Desa Plantations Bhd. 31 Mac 19.89 21.10 24.97

Sumber: * Lembaga Minyak Sawit Malaysia ** Plantation Statistics Penyata Kewangan Beraudit Syarikat Bagi Tahun Kewangan 2012 Daripada Bursa Malaysia

iii. Jualan Buah Tandan Segar

Semua pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS) Ladang Pasir Logok dan Ladang

Bukit Kelompok dijual kepada Kilang Kelapa Sawit Tunjuk Laut milik Perbadanan

Johor yang terletak berdekatan dengan kedua-dua ladang tersebut. Nilai jualan

BTS ditetapkan berpandu kepada harga purata bulanan minyak sawit mentah

dan isirung kelapa sawit bagi Semenanjung Malaysia yang dikeluarkan oleh

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan mengambil kira kadar

pengeluaran minyak (Oil Extraction Rate). Di samping itu caj memproses RM35

juga ditolak bagi setiap tan.

Kadar Purata Peratus Pengeluaran Minyak Yang Berbeza

Semakan Audit mendapati, kadar purata peratus pengeluaran minyak sawit

mentah (Oil Extraction Rate) yang digunakan dalam perkiraan jualan BTS

berbeza bagi kedua-dua ladang untuk bulan yang sama. Mekanisme

penetapan kadar purata peratus pengeluaran minyak setiap bulan secara

Page 154: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

132

berasingan terhadap perolehan BTS daripada Ladang Pasir Logok dan

Ladang Bukit Kelompok adalah kurang jelas. Selain sumber BTS daripada

kedua-dua ladang, kilang tersebut juga memperoleh BTS daripada sumber

lain. Kedudukan sampel kadar pengeluaran minyak purata BTS bagi Ladang

Pasir Logok dan Ladang Bukit Kelompok JFDSB adalah seperti di

Jadual 6.8.

Jadual 6.8 Kadar Pengeluaran Minyak Purata BTS Mengikut Nota Kredit Kilang Kelapa Sawit Tunjuk Laut

Tahun Bulan Kadar Purata Pengeluaran Minyak (%)

Ladang Pasir Logok

Ladang Bukit Kelompok

2012

April 20.40 20.35 Jun 21.40 21.15 Ogos 20.40 20.35 Oktober 20.85 20.75

2011

Mac 19.35 19.30 Jun 19.50 19.40 September 18.80 18.90 Disember 19.50 19.45

2010

Februari 21.60 21.50 Mei 20.45 20.35 Ogos 19.65 19.70 November 19.70 19.75

Sumber: Nota Kredit Kilang Kelapa Sawit Tunjuk Laut

Harga Purata Yang Kompetitif

Kedudukan harga purata BTS Ladang Pasir Logok dan Ladang Bukit

Kelompok JFDSB dengan syarikat lain yang diperoleh daripada penyata

kewangannya adalah seperti di Jadual 6.9. Harga BTS yang diperoleh oleh

Ladang Pasir Logok dan Ladang Bukit Kelompok JFDSB adalah secara

amnya kompetitif berbanding dengan harga BTS beberapa syarikat lain bagi

tahun berkenaan. Bagaimanapun sekiranya mekanisme penetapan tahap

kadar purata peratus pengeluaran minyak sawit mentah (Oil Extraction Rate)

dilakukan secara lebih jelas bagi pengeluaran BTS kedua-dua ladang ia

boleh memberi impak yang lebih positif kepada harga jualan BTS.

Jadual 6.9 Harga Purata BTS Ladang Kelapa Sawit JFDSB Berbanding 4 Syarikat Lain Bagi Tahun 2010 Hingga 2012

Harga Purata BTS Tahun

Berakhir RM/Tan

2010 2011 2012 Ladang Kelapa Sawit JFDSB

Pasir Logok 31 Dis 599.99 712.52 614.68 Bukit Kelompok 31 Dis 603.11 710.92 621.24

Riverview Rubber Estates Bhd. 31 Dis 569.98 698.15 581.12 Kluang Rubber Company (Malaya) Bhd. 30 Jun 483.00 700.00 655.00 Sungai Bagan Rubber Company (Malaya) Bhd. 30 Jun 495.00 713.00 651.00 United Malacca Bhd. 30 Apr 477.00 640.00 657.00

Sumber: Penyata Kewangan Syarikat

Page 155: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

133

iv. Penanaman Di Luar Kawasan Tanah Hak Milik JFDSB (Overplanted Areas)

JFDSB melantik EPA Management Sdn. Bhd. (EPA) untuk menguruskan Ladang

Pasir Logok dan Ladang Bukit Kelompok mengikut perjanjian pengurusan yang

telah ditandatangani. Penanaman pokok kelapa sawit yang diuruskan oleh EPA

telah melangkaui kawasan pihak lain bersebelahan Ladang Pasir Logok dan

Ladang Bukit Kelompok. Semakan Audit mendapati beberapa penanaman

termasuk di kawasan pihak lain (Overplanted Areas) adalah seperti berikut:

Penanaman pokok kelapa sawit yang telah melangkaui sempadan ke

kawasan tanah Kerajaan Negeri adalah seluas lebih kurang 79.58 hektar

(PTD 6188, mukim Mersing dan PTD 10 mukim Tenggaroh). Apabila

menyedari perkara ini, JFDSB telah memohon kawasan yang dilangkaui

(overplanted areas) daripada Kerajaan Negeri. Bagaimanapun, Kerajaan

Negeri menolak permohonan tersebut dan sebaliknya mengurniakan

kawasan itu kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ). Kawasan yang

dikurniakan kepada MAIJ ini juga turut di uruskan oleh EPA. Peta Ladang

Pasir Logok dan Ladang Bukit Kelompok yang menunjukkan kawasan yang

dilangkaui seluas lebih kurang 79.58 hektar adalah seperti di Gambar 6.7

dan Gambar 6.8.

Gambar 6.7 Gambar 6.8 Penanaman Pokok Kelapa Sawit Yang Melangkaui Kawasan Pihak Lain Bersebelahan

Ladang Pasir Logok Dan Ladang Bukit Kelompok JFDSB, Kota Tinggi

Sumber: Peta Ladang Bukit Kelompok Sumber: Peta Ladang Pasir Logok

Permohonan tanah Kerajaan Negeri yang lain melibatkan kawasan yang

dilangkaui (overplanted areas) bersebelahan Ladang Pasir Logok juga telah

dibuat melalui Pejabat Tanah Kota Tinggi. Bagaimanapun, Pejabat Tanah

Kota Tinggi menolak permohonan dan sebaliknya meminta JFDSB

mengosongkan kawasan yang dilangkaui dan telah mengambil tindakan bagi

memanggil tender untuk hak penuaian hasil kelapa sawit (harvesting right).

Selain kawasan di atas terdapat juga beberapa kawasan lain seperti berikut

di mana penanaman pokok kelapa sawit telah melebihi luas kawasan tanah

Page 156: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

134

dan seterusnya melangkaui ke dalam kawasan pihak lain. Peta Ladang Pasir

Logok dan Ladang Bukit Kelompok yang menunjukkan kawasan-kawasan

hektar yang dilangkaui adalah seperti di Gambar 6.9 hingga Gambar 6.12.

Gambar 6.9 Gambar 6.10 Kawasan Yang Dilangkaui Di Ladang Pasir Logok JFDSB, Kota Tinggi

Sumber: Peta Ladang Pasir Logok Sumber: Peta Ladang Pasir Logok

Gambar 6.11

Gambar 6.12

Kawasan Yang Dilangkaui Di Ladang Bukit Kelompok JFDSB, Kota Tinggi

Sumber: Peta Ladang Bukit Kelompok Sumber: Peta Ladang Bukit Kelompok

Kawasan-kawasan yang diusahakan sehingga melangkaui ke kawasan

tanah bersebelahan di Ladang Pasir Logok dan Ladang Bukit Kelompok

adalah agak luas. Kesan daripada ini JFDSB tidak dapat menuai hasil

tanaman daripada beberapa kawasan yang melangkaui kawasan tanah lain

kerana permohonan bagi mendapatkan hakmilik beberapa kawasan tersebut

ditolak oleh Kerajaan Negeri sedangkan perbelanjaan bagi tanaman tersebut

telah ditanggung oleh JFDSB.

Berdasarkan maklum balas bertarikh 26 Julai 2013, pihak JFDSB

memaklumkan penanaman yang melangkaui sempadan berlaku bukan

disengajakan tetapi pada peringkat awal kurniaan tanah bagi kedua-dua

kawasan tersebut masih berpegang pada hak milik sementara. Ukur

halus hanya dilakukan pada 1980an dan baru dikenal pasti berlaku

penanaman lebih kawasan yang tidak disengajakan. Walau

Page 157: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

135

bagaimanapun permohonan telah dibuat kepada Kerajaan Negeri. Bagi

kes MAIJ pula, satu perjanjian untuk melantik EPA sebagai Agen

Pengurusan telah dimeterai dan pemilihannya sebagai agen adalah

bagi menjaga dan menjamin keselamatan harta benda ladang.

v. Tanggungjawab Sosial Korporat Perlu Dipertingkatkan

JFDSB selain komitmennya meningkatkan keuntungan bagi menambah nilai

saham pemegang ekuiti, hendaklah turut melaksanakan tanggungjawab sosial

korporat (Corporate Social Responsibility) lebih-lebih lagi apabila ianya

melibatkan sektor pertanian. Selaras dengan tanggungjawab sosial korporat

serta sebagai motivasi kepada pekerja, kemudahan perumahan serta

kemudahan-kemudahan lain seperti klinik, masjid, taska, dewan telah disediakan

oleh JFDSB di Ladang Pasir Logok dan Ladang Bukit Kelompok. Lawatan Audit

ke Ladang Pasir Logok dan Ladang Bukit Kelompok JFDSB, Kota Tinggi pada

bulan Oktober dan November 2012 mendapati:

Tempat kediaman yang disediakan untuk pekerja bagi pengurusan tinggi dan

kakitangan pejabat (seconded personnel) berada dalam keadaan

memuaskan. Bagaimanapun, keadaan perumahan bagi pekerja ladang

didapati kurang memuaskan di mana tingkap kaca telah pecah dan perlu

diperbaiki. Di samping itu juga terdapat beberapa buah rumah lain terbiar

dan tidak didiami. Keadaan rumah pekerja di Ladang Pasir Logok dan

Ladang Bukit Kelompok adalah seperti di Gambar 6.13 hingga

Gambar 6.20.

Gambar 6.13 Gambar 6.14 Perumahan Pekerja Ladang Yang Didiami

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Ladang Pasir Logok JFDSB, Kota Tinggi Tarikh: 21 November 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Ladang Pasir Logok JFDSB, Kota Tinggi Tarikh: 21 November 2012

Page 158: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

136

Gambar 6.15 Gambar 6.16 Perumahan Pekerja Ladang Yang Tidak Didiami

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Ladang Pasir Logok JFDSB, Kota Tinggi Tarikh: 21 November 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Ladang Pasir Logok JFDSB, Kota Tinggi Tarikh: 21 November 2012

Gambar 6.17 Gambar 6.18

Perumahan Pekerja Ladang Yang Didiami

Sumber: Jabatan Audit Negara

Lokasi: Ladang Bukit Kelompok JFDSB, Kota Tinggi Tarikh: 29 November 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Ladang Bukit Kelompok JFDSB, Kota Tinggi Tarikh: 29 November 2012

Gambar 6.19 Gambar 6.20

Perumahan Pekerja Ladang Yang Tidak Didiami

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Ladang Bukit Kelompok JFDSB, Kota Tinggi Tarikh: 29 November 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Ladang Bukit Kelompok JFDSB, Kota Tinggi Tarikh: 29 November 2012

Page 159: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

137

Kemudahan bangunan taska telah disediakan oleh JFDSB di Ladang Pasir

Logok dan Ladang Bukit Kelompok. Semasa lawatan ke Ladang Pasir Logok,

dimaklumkan tidak ada keperluan taska pada ketika itu dan diperhatikan

bangunan tersebut telah dibiarkan tanpa disenggarakan. Keadaan taska di

Ladang Pasir Logok adalah seperti di Gambar 6.21 dan Gambar 6.22.

Gambar 6.21 Gambar 6.22 Bangunan Taska Yang Tidak Diguna Pakai

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Ladang Pasir Logok JFDSB, Kota Tinggi Tarikh: 20 November 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Ladang Pasir Logok JFDSB, Kota Tinggi Tarikh: 20 November 2012

JFDSB telah memainkan peranannya dalam menyumbang kepada

melaksanakan tanggungjawab sosial korporat khususnya kepada pekerja

dan pada amnya kepada pihak awam. Bagaimanapun, peranannya masih

boleh dipertingkatkan lagi terutamanya dari sudut kemudahan perumahan

yang disediakan dan memberi fokus memelihara bangunan yang sedia ada

yang tidak diguna pakai.

Berdasarkan maklum balas bertarikh 26 Julai 2013, pihak JFDSB

memaklumkan pihak ladang telah membaiki cermin tingkap yang pecah

dan lain-lain kerosakan di rumah pekerja. Selain itu, rumah pekerja

turut dicat semula secara berperingkat setiap 5 tahun. Bagi rumah yang

kosong, cermin tingkap akan ditanggalkan dan disimpan oleh pihak

ladang untuk mengelakkan kejadian vandalisme dan hanya akan

dipasang semula jika rumah tersebut diduduki. Taska di Ladang Pasir

Logok tidak beroperasi buat sementara waktu kerana hanya 2 orang

kanak-kanak yang tinggal buat masa ini dan mereka dijaga oleh

penjaga mereka di rumah pekerja. Pihak ladang akan menyelenggara

taska tersebut dan buat masa kini bangunan taska turut dikunci. Ia

akan dibuka semula untuk operasi jika bilangan kanak-kanak

mencukupi.

Page 160: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

138

vi. Penternakan Lembu Di Ladang Pasir Logok Tanpa Persetujuan JFDSB

Lawatan Audit ke Ladang Pasir Logok pada bulan Oktober dan November

2012 mendapati penternakan lembu sedang diusahakan oleh syarikat Ihsan

Permata Sdn. Bhd. (IPSB) iaitu subsidiari Perbadanan Johor. Selain

membenarkan kawasan ladang untuk ternakan lembu, pihak ladang juga

telah menyediakan 2 buah rumah khusus untuk kakitangan dan pekerja

tanpa mengenakan bayaran kepada pengusaha. Gambar 6.23 dan

Gambar 6.24 menunjukkan penternakan lembu oleh syarikat IPSB di

Ladang Pasir Logok.

Gambar 6.23 Gambar 6.24 Penternakan Lembu Di Ladang Pasir Logok JFDSB, Kota Tinggi

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Ladang Pasir Logok JFDSB, Kota Tinggi Tarikh: 20 November 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Ladang Pasir Logok JFDSB, Kota Tinggi Tarikh: 20 November 2012

Semakan Audit mendapati tidak ada surat permohonan atau perjanjian

ditandatangani antara JFDSB dengan pengusaha untuk membenarkan

ternakan lembu di kawasan ladang. Kertas kerja untuk meninjau manfaat

serta implikasi kewangan kepada JFDSB juga tidak dibuat. Di samping itu,

langkah membenarkan penternakan lembu juga tidak dibangkitkan dalam

mesyuarat JFDSB. Perjanjian pengurusan ladang antara EPA dan JFDSB

juga tidak memberi kuasa mutlak kepada EPA untuk membenarkan ternakan

lembu di kawasan ladang.

Berdasarkan maklum balas bertarikh 26 Julai 2013, pihak JFDSB

memaklumkan Jabatan Agrofood yang menyelaraskan projek ternakan

lembu telah mengambil maklum hasil penemuan Audit. Jabatan

tersebut akan membawa perkara ini untuk perhatian syarikat IPSB yang

menjadi agen pengurusan projek ternakan lembu dan melaksanakan

tindakan-tindakan yang perlu.

Page 161: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

139

vii. Stor Ladang Kurang Memuaskan

Stor disediakan untuk menampung keperluan penyimpanan baja di ladang.

Pemeriksaan di Ladang Bukit Kelompok mendapati keadaan dalam kedua-dua

stor baja kurang memuaskan. Bekas kilang ubi kayu masih digunakan untuk

menyimpan baja dan tiada rancangan untuk meningkatkannya. Kedudukan

keadaan dalam stor baja Ladang Bukit Kelompok adalah seperti di Gambar 6.25

hingga Gambar 6.28. Berdasarkan maklum balas bertarikh 26 Julai 2013,

pihak JFDSB memaklumkan pihak ladang telah menyusun dan

mengemaskini stor baja dengan menyediakan ‘wooden pallet’ sebagai alas

simpanan baja bagi mengelakkan kerosakan pada baja yang disimpan.

Gambar 6.25 Gambar 6.26 Stor Baja Ladang Bukit Kelompok JFDSB, Kota Tinggi

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Ladang Bukit Kelompok JFDSB, Kota Tinggi Tarikh: 29 November 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Ladang Bukit Kelompok JFDSB, Kota Tinggi

Tarikh: 29 November 2012

Gambar 6.27 Gambar 6.28 Stor Baja Ladang Bukit Kelompok JFDSB, Kota Tinggi

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Ladang Bukit Kelompok JFDSB, Kota Tinggi Tarikh: 29 November 2012

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Ladang Bukit Kelompok JFDSB, Kota Tinggi

Tarikh: 29 November 2012

Pada pendapat Audit secara keseluruhan, aktiviti perladangan kelapa sawit adalah

memuaskan dan telah menjadi penyumbang utama kepada perolehan JFDSB.

Bagaimanapun, berlaku penanaman pokok kelapa sawit di kawasan pihak lain yang

bersebelahan kedua-dua ladang JFDSB. JFDSB kerugian dari segi perbelanjaan modal

Page 162: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

140

bagi membangunkan kawasan tersebut kerana permohonan JFDSB untuk memiliki

tanah tersebut tidak diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

6.4.2.2. Aktiviti Pemilikan Pelaburan

Dalam bidang perniagaan pemilikan pelaburan JFSDB memegang ekuiti dalam beberapa

syarikat subsidiari, bersekutu, saham tersiar harga/tak tersiar harga dan hartanah

pelaburan sepanjang tahun 2010 hingga 2012.

a. Syarikat Subsidiari

i. JFDSB memegang ekuiti dalam 14 syarikat subsidiari pada akhir tahun 2010

setelah menjual 3 syarikat terdiri dari Malaysia Pharmacy (Retail) Sdn. Bhd.,

Pharmacare Medicine Shoppe Sdn. Bhd. dan Quality Heights Sdn. Bhd. dan

dalam masa yang sama memperoleh kepentingan dalam Pro-Communication

Services Sdn. Bhd. Pegangan ekuitinya menurun kepada 9 subsidiari pada tahun

2011 dengan penjualan 5 syarikat yang terdiri dari Pro Office Shoppe Sdn. Bhd.,

Warren Plantation (MT. Hagen) Ltd., Ventures Poultry Farm Sdn. Bhd., Synergy

Poultry Farming Sdn. Bhd. dan Southern Poultry Farming Sdn. Bhd. Seterusnya

dalam tahun 2012, dengan penjualan kepentingan dalam Pro-Communication

Services Sdn. Bhd. dan pembatalan Pharmacare (S) Pte. Ltd., pegangan ekuiti

JFDSB adalah tertumpu hanya kepada 7 subsidiari pada akhir tahun 2012.

Kedudukan pegangan ekuiti dalam syarikat subsidiari dalam tahun 2010 hingga

2012 adalah seperti di Jadual 6.10.

Jadual 6.10 Pegangan Ekuiti Dalam Syarikat Subsidiari Bagi Tahun 2010 Hingga 2012

Bil. Syarikat Subsidiari JFDSB Tahun/(%)

Aktiviti Utama 2010 2011 2012

1. The World Of Secret Garden Sdn. Bhd. 100 100 100 Perniagaan barangan penjagaan diri 2. Permodalan Teras Sdn. Bhd. 100 100 100 Pemilikan pelaburan 3. Pro-Office Services Sdn. Bhd. 100 100 100 Penyewaan mesin dan bangunan 4. Jking Sdn. Bhd. 94 99 99 Pemasaran barangan sukan 5. Johor Tea Sdn. Bhd. 100 100 100 Berhenti Operasi 6. Johor Hotels International Sdn.Bhd. 100 100 100 Berhenti Operasi 7. Yakin Tea Sdn. Bhd. 62 62 62 Berhenti Operasi 8. Pharmacare (S) Pte Ltd. 100 100 - Sedang dibatalkan 9. Pro-Communication Services Sdn. Bhd. 75 75 - Servis perhubungan

10. Pro Office Shoppe Sdn. Bhd. 95 - - Perkhidmatan percetakan, fotokopi, sewa mesin fotokopi dan lain-lain

11. Ventures Poultry Farm Sdn. Bhd. 90 - - Poultry Broiler Farm 12. Synergy Poultry Farming Sdn. Bhd. 85 - - Poultry Broiler Farm 13. Southern Poultry Farming Sdn. Bhd. 90 - - Poultry Broiler Farm 14. Warren Plantation (MT. Hagen) Ltd. 100 - - Berhenti Operasi 15. Malaysia Pharmacy (Retail) Sdn.Bhd. - - - Francais Farmasi runcit dan menjual

borong produk pharmaceutical 16. Pharmcare Medicine Shoppe Sdn. Bhd. - - - Berhenti Operasi 17. Quality Heights Sdn. Bhd. - - - Berhenti Operasi

Jumlah Syarikat Yang Ada Kepentingan

14 9 7

Sumber: Penyata Kewangan JFDSB

Page 163: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

141

ii. Kepentingan JFDSB dalam 14 syarikat subsidiari bernilai RM31.22 juta pada

tahun 2010. Pada akhir tahun 2012, kepentingan JFDSB telah menurun kepada

hanya RM14.10 juta dalam 7 syarikat subsidiari. Kepentingan dalam subsidiari

bagi tahun 2010 hingga 2012 adalah seperti di Jadual 6.11.

Jadual 6.11 Kepentingan Dalam Syarikat Subsidiari Bagi Tahun 2010 Hingga 2012

Kepentingan Dalam Syarikat Subsidiari Tahun Kewangan

2010 (RM Juta)

2011 (RM Juta)

2012 (RM Juta)

Saham Biasa/ 8% Bukan Kumulatif Saham Keutamaan

31.22 29.97 29.82

(Kemerosotan Nilai ) (16.64) (15.72) (15.72) 14.58 14.25 14.10

Hutang Subsidiari 23.60 20.85 20.85 (Peruntukan Hutang Ragu) (21.13) (20.85) (20.85)

2.47 0.00 0.00

Jumlah Kepentingan 17.05 14.25 14.10

Sumber: Penyata Kewangan JFDSB

iii. Laporan Juruaudit Bertauliah JFDSB bagi tahun 2012 memberi penekanan

(emphasis of matter) terhadap 3 syarikat subsidiari JFDSB iaitu, The World of

Secret Garden Sdn. Bhd., Jking Sdn. Bhd. dan Yakin Tea Sdn. Bhd.

Sungguhpun syarikat-syarikat subsidiari tersebut telah menyediakan penyata

kewangan secara berterusan (going concern), ia telah mengalami jumlah aset

semasa negatif terkumpul, kerugian terkumpul dan defisit dana pemegang

saham masing-masing berjumlah RM5.78 juta, RM28.5 juta dan RM5.58 juta.

Berdasarkan maklum balas bertarikh 26 Julai 2013, pihak JFDSB

memaklumkan Perbadanan Johor telah menubuhkan “Special

Administration Division” bagi mengkaji prestasi syarikat-syarikat yang

memerlukan perhatian bagi tindakan selanjutnya termasuk syarikat-syarikat

yang dinyatakan.

iv. Prestasi Kewangan Syarikat Subsidiari JFDSB

Analisis Audit mendapati pada tahun 2010 hingga 2012, prestasi kewangan

syarikat subsidiari JFDSB adalah kurang memuaskan. Mengikut penyata

kewangan tahun 2012, daripada 7 syarikat di mana JFDSB masih mempunyai

kepentingan, hanya 4 syarikat masih beroperasi dan 3 sudah berhenti operasi.

Sepanjang tempoh 2010 hingga 2012, hanya Pro-Office Services Sdn. Bhd. yang

dimiliki sepenuhnya oleh JFDSB dengan memegang 2 juta saham biasa dan 2

juta lagi 8% saham keutamaan bukan kumulatif (Non cumulative preference

share) telah mengisytiharkan dividen dalam tahun 2011 dan 2012. Prestasi

kewangan syarikat subsidiari JFDSB bagi tahun kewangan 2010 hingga 2012

adalah seperti di Jadual 6.12. Daripada 4 syarikat subsidiari yang masih

beroperasi pada akhir tahun 2012, 2 syarikat memperoleh keuntungan semasa

Page 164: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

142

bagi tahun 2012. Bagaimanapun, hanya 1 syarikat iaitu Pro-Office Services Sdn.

Bhd. memperoleh keuntungan terkumpul pada akhir tahun 2012.

Jadual 6.12 Prestasi Kewangan Syarikat Subsidiari JFDSB Bagi Tahun Kewangan 2010 Hingga 2012

Bil. Syarikat Subsidiari

Tahun Kewangan 2010 2011 2012

Untung/Rugi Semasa Terkumpul Semasa Terkumpul Semasa Terkumpul

(RM)

1. The World of Secret Garden Sdn. Bhd.

-936,688 -15,595,754 -153,216 -15,748,970 -3,825,758 -19,574,728

2. Permodalan Teras Sdn. Bhd.

-2,056,057 -2,171,213 1,813,481 -357,732 -832,013 -1,189,745

3. Jking Sdn. Bhd. -508,012 -2,868,795 789,953 -2,078,842 250,559 -1,828,283

4. Pro-Office Services Sdn. Bhd.

45,739 1,006,854 15,958 272,812 354,204 127,016

5. Johor Hotels International Sdn. Bhd.

-3,186 -747,841 -3,328 -751,169 -2,861 -754,030

6. Yakin Tea Sdn. Bhd. -198,122 -6,598,240 -556,129 -7,154,369 60,844 -7,093,5257. Johor Tea Sdn. Bhd. 22,607 -1,806,219 23,553 -1,782,666 24,238 -1,758,428

8. Pro Communication Services Sdn. Bhd.

-264,984 -58,487 10,218 -48,269 - -

9. Pharmacare (S) Pte. Ltd.

Tiada Disertakan Penyata Kewangan (Syarikat Berdaftar Di Singapura)

Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Syarikat Subsidiari JFDSB

b. Hartanah Pelaburan Belum Dimajukan

JFDSB telah menandatangani satu perjanjian dengan Kumpulan Prasarana Rakyat

Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) pada September 2008 untuk membeli 3 bidang tanah

(PTD 15283, 15284 dan 15285) di mukim Plentong. Tujuan pembelian adalah untuk

membangun semula kawasan Kampung Pasir Putih dan kawasan sekitar sebagai

kawasan komersil (Projek Kota Air Pasir Putih) yang berasaskan pelancongan. Tanah

Kota Air Pasir Putih berukuran 153.39 ekar masih mempunyai baki tempoh pajakan

selama 86 tahun. JFDSB bersetuju membayar RM36 juta yang merupakan baki

gadaian tanah tersebut kepada bank yang perlu diselesaikan oleh KPRJ. Semakan

Audit mendapati:

i. Tanah Kota Air Pasir Putih dinyatakan sebagai aset tetap dalam penyata

kewangan 2010 dan telah dikelaskan semula sebagai hartanah pelaburan dalam

Penyata Kewangan JFDSB tahun 2011 dan 2012. Kedudukan 3 bidang Tanah

Kota Air Pasir Putih secara amnya adalah seperti berikut:

PTD 154283 - 16.95 hektar (Diduduki oleh penghuni rumah setinggan)

PTD 154284 - 11.67 hektar (Digunakan untuk ternakan udang)

PTD 154285 - 33.44 hektar (Seluas 22.52 hektar berada di bawah paras

laut)

Page 165: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

143

ii. Lawatan yang dibuat pada 20 Februari 2013 ke Tanah Kota Air Pasir Putih,

mendapati tiada rancangan jangka pendek dan panjang untuk tanah pajakan

yang di ambil alih daripada KPRJ. Kawasan tersebut masih kekal dengan rumah

setinggan, penternakan udang, gerai-gerai dan restoran. Tiga bidang tanah

tersebut terletak di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG)

yang dahulunya diurus dan ditadbir oleh Perbadanan Johor, iaitu syarikat induk

JFDSB. Perbadanan Johor kini tidak lagi diberi tanggungjawab tersebut.

Gambar 6.29 hingga Gambar 6.34 menunjukkan keadaan tapak Tanah Kota Air

Pasir Putih.

Gambar 6.29 Gambar 6.30

Penternakan Udang Di Tanah Kota Air Pasir Putih, PTD 154284, Mukim Plentong

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Tanah Kota Air Pasir Putih, Mukim Plentong

Tarikh: 20 Februari 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Tanah Kota Air Pasir Putih, Mukim Plentong Tarikh: 20 Februari 2013

Gambar 6.31 Gambar 6.32

Rumah Setinggan Di Tanah Kota Air Pasir Putih, PTD 154285, Mukim Plentong

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Tanah Kota Air Pasir Putih, Mukim Plentong

Tarikh: 20 Februari 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Tanah Kota Air Pasir Putih, Mukim Plentong

Tarikh: 20 Februari 2013

Page 166: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

144

Gambar 6.33 Gambar 6.34 Gerai Di Tanah Kota Air Pasir Putih, PTD 154285, Mukim Plentong

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Tanah Kota Air Pasir Putih, Mukim Plentong Tarikh: 20 Februari 2013

Sumber: Jabatan Audit Negara Lokasi: Tanah Kota Air Pasir Putih, Mukim Plentong Tarikh: 20 Februari 2013

Pada pendapat Audit, pembangunan semula kawasan Kampung Pasir Putih dan

kawasan sekitar sebagai kawasan komersil (Projek Kota Air Pasir Putih) yang

berasaskan pelancongan adalah kurang memuaskan. Sungguhpun perolehan

hartanah dilaksanakan pada tahun 2008 usaha masih belum diambil untuk

membangunkan kawasan tersebut. Dari segi pemilikan pelaburan pula, walaupun

Perbadanan Johor telah menubuhkan bahagian pentadbiran khas khususnya bagi

mengkaji prestasi syarikat-syarikat yang memerlukan perhatian bagi tindakan

selanjutnya, impaknya masih belum dapat dilihat lagi.

6.4.3. Tadbir Urus Korporat

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah memperkenalkan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia

(2007) yang menekankan elemen penting seperti pematuhan undang-undang dan peraturan,

struktur organisasi, keanggotaan, peranan dan tanggungjawab Lembaga Pengarah kepada

pemegang saham, penetapan dan pendedahan ganjaran yang diterima oleh Lembaga

Pengarah, polisi dan prosedur, penubuhan jawatankuasa lain dan peranan Jawatankuasa

Audit terhadap akauntabiliti syarikat. Tadbir urus korporat merujuk kepada proses yang

digunakan untuk mengurus dan mengawal aktiviti/program dan kebajikan syarikat ke arah

meningkatkan prestasi dan akauntabiliti korporat dengan objektif utama memastikan

kepentingan stakeholders dipertahankan. Tadbir urus korporat penting sebagai peraturan

yang berkesan bagi menyumbang kepada perkembangan perniagaan. Penemuan Audit

terhadap tadbir urus korporat JFDSB adalah seperti berikut:

6.4.3.1. Undang-Undang Dan Peraturan

Sebagai sebuah syarikat milik Perbadanan Johor adalah tertakluk kepada peraturan

Kementerian Kewangan dan Kerajaan Negeri Johor serta Surat/Pekeliling Berkaitan

Syarikat Kerajaan yang bertujuan memelihara kepentingan agensi Kerajaan Negeri yang

menjadi pemegang utama saham syarikat. Melalui Persidangan Menteri-menteri Besar

Page 167: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

145

Dan Ketua Menteri Ke-69 pada 10 Jun 1993, semua Kerajaan Negeri bersetuju mematuhi

peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Jemaah Menteri Mengenai Perusahaan

Awam Bukan Kewangan terhadap syarikat kerajaan. Semakan Audit mendapati, JFDSB

tidak mengguna pakai pekeliling-pekeliling kerajaan berkaitan pengurusan syarikat

kerajaan dalam pembayaran bonus, dividen, arahan-arahan bagi meningkatkan kualiti

perancangan dan kawalan ke atas pengurusan syarikat Kerajaan dan garis panduan

mengenai penubuhan Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan bagi syarikat Kerajaan.

Sebaliknya JFDSB mengguna pakai Tatacara Peraturan Kewangan Perbadanan Johor

dalam menguruskan kewangan syarikat.

6.4.3.2. Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah

Merujuk Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia, ahli lembaga pengarah digalakkan kerap

bermesyuarat dan segala isu yang dibincangkan direkodkan dengan lengkap supaya ia

boleh dirujuk semula bagi memahami keputusan yang telah diambil. Seksyen 156 dan

157 Akta Syarikat menyatakan semua minit mesyuarat perlu disimpan oleh syarikat di

pejabat pendaftar, ditandatangani dan dibukukan bagi tujuan pemeriksaan. Semakan

Audit mendapati tiada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah diadakan pada tahun 2010

hingga 2012. Segala urusan yang dilaksanakan oleh JFDSB dibangkit, dibincang dan

diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertentu syarikat induk, Perbadanan Johor.

6.4.3.3. Unit Audit Dalam Serta Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 1993 menetapkan bahawa Jawatankuasa Audit

perlu diwujudkan untuk memelihara kepentingan Kerajaan sebagai pemegang saham

melalui kawalan dan pengawasan ke atas pengurusan syarikat serta mengawasi semua

fungsi Unit Audit Dalam. Jawatankuasa ini juga perlu bermesyuarat sekali dalam tempoh

3 bulan atau 4 kali setahun. JFDSB tidak menubuhkan Unit Audit Dalam Serta

Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan kerana akaun ladang telah diaudit oleh Audit

Dalam syarikat EPA. Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan ditubuhkan di peringkat

Perbadanan Johor.

6.4.3.4. Perancangan Strategik Rancangan Korporat Dan Key Performance

Indicator

Syarikat Kerajaan perlu menyediakan Key Performance Indicator (KPI) selaras dengan

strategi syarikat dan sasaran yang ditetapkan bagi Syarikat dan KPI untuk Unit

Perniagaan setiap 6 bulan/setahun sekali. Mengikut Intensifying Performance

Management, Buku Biru Versi 2, syarikat Kerajaan perlu menyediakan Key Performance

Indicator (KPI) bagi mengukur prestasi syarikat. KPI yang disediakan perlulah berkait

rapat dengan strategi syarikat yang melibatkan semua peringkat dalam organisasi iaitu

KPI bagi Ketua Eksekutif dan syarikat keseluruhannya dan KPI untuk seksyen/unit

perniagaan. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 12 Tahun 1993 menyatakan bahawa setiap

syarikat perlu menyediakan rancangan korporat dan menetapkan strateginya bagi

Page 168: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

146

menentukan hala tuju syarikat dan merangka strategi pelaksanaannya. Rancangan

korporat dan KPI perlu dibentangkan dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah Syarikat

Induk selaras dengan objektif penubuhan syarikat, menjurus kepada misi, objektif dan

strategi serta diikuti dengan analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman.

Semakan Audit mendapati JFDSB tidak menyediakan perancangan strategik dan KPI

syarikat. Perancangan strategik bagi aktiviti perladangan kelapa sawit disediakan oleh

syarikat EPA dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Perancangan Strategik

Perbadanan Johor pada setiap tahun untuk kelulusan.

6.4.3.5. Pembayaran Dividen

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 11 Tahun 1993 menetapkan dasar dan garis panduan

mengenai bayaran dividen oleh syarikat kerajaan. Syarikat kerajaan dikehendaki

membayar dividen sekurang-kurangnya 10% setahun sebagai pulangan modal kepada

Kerajaan/Agensi sebagai pemegang saham. Sekiranya keuntungan tahun semasa

melebihi daripada dijangka, peratusan dividen kepada pemegang saham perlu

ditingkatkan tanpa menjejaskan kedudukan kewangan syarikat. Semakan Audit

mendapati JFDSB tidak mengisytiharkan dividen walaupun memperoleh keuntungan

selepas cukai berjumlah RM8.16 juta dan RM9.94 juta masing-masing pada tahun 2011

dan 2012.

6.4.3.6. Kawalan Bajet

Bajet merupakan alat perancangan kewangan yang merupakan satu pernyataan formal

mengenai anggaran pendapatan dan perbelanjaan sesebuah organisasi bagi sesuatu

tahun kewangan. Pengurusan bajet adalah satu aspek penting dalam pengurusan

kewangan untuk memastikan sumber yang terhad dirancang dan diagih secara teratur

mengikut kepentingan, mengawal operasi dan mengurus prestasi sesuatu organisasi bagi

mencapai objektifnya. Anggaran bajet perlu disediakan sebelum bermulanya tahun

kewangan yang berikutnya serta perlu mendapat kelulusan daripada Ahli Lembaga

Pengarah dan Jawatankuasa Perancangan Strategik Perbadanan. Semakan Audit

mendapati JFDSB tidak menyediakan bajet tahunan bagi tahun 2010 hingga 2012. Bajet

tahunan dibuat hanya untuk aktiviti perladangan yang disediakan oleh syarikat EPA dan di

bentang serta diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bajet EPA Management Sdn.

Bhd.

Pada pendapat Audit, secara keseluruhan Tadbir Urus Korporat JFDSB adalah kurang

memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan seperti mesyuarat ahli lembaga

pengarah tidak diadakan mengikut kekerapan, dividen tidak diisytiharkan dan bajet

tahunan tidak disediakan bagi JFDSB.

Page 169: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

147

6.5. SYOR AUDIT

Bagi memastikan objektif penubuhan JFDSB dan Perbadanan Johor sebagai pemegang

ekuiti mendapat value for money beberapa aspek pengurusan syarikat perlu dikemaskan

dengan memberi pertimbangan kepada syor-syor berikut:

6.5.1. Meningkatkan lagi pengeluaran Buah Tandan Segar Ladang Kelapa Sawit supaya

setanding atau lebih tinggi daripada prestasi pengeluaran negara.

6.5.2. Memastikan prestasi syarikat subsidiari yang mengalami masalah dan mengambil

tindakan penyelesaian yang segera.

6.5.3. Mengadakan mesyuarat ahli lembaga pengarah bagi memantau perjalanan JFDSB.

6.5.4. Mengambil langkah sewajarnya untuk membangun semula kawasan Kampung Pasir Putih dan kawasan sekitarnya sebagai kawasan komersial sejajar dengan tujuan pemilikan hartanah.

Page 170: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak
Page 171: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

PENUTUP

Page 172: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak
Page 173: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

151

Secara keseluruhannya, pengauditan yang dijalankan mendapati wujud beberapa

kelemahan dalam pelaksanaan aktiviti dari segi perancangan, pelaksanaan dan

pemantauan. Antara faktor utama yang menyebabkan wujudnya kelemahan adalah

kurangnya latihan kepada pegawai terlibat serta penyeliaan yang kurang berkesan terhadap

kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kakitangan bawahan, kontraktor dan vendor. Jika

kelemahan tersebut tidak diberi perhatian yang serius dan tidak diperbetulkan, ia boleh

menjejaskan pencapaian objektif aktiviti/program berkenaan serta menjejaskan imej

Kerajaan Negeri dan perkhidmatan awam.

Beberapa Jabatan/Agensi Negeri yang terlibat telah mengambil tindakan pembetulan

selepas mendapat teguran daripada pihak Audit, namun bagi mengelakkan kelemahan yang

sama daripada berulang, langkah pembetulan perlu dibuat secara berterusan. Pegawai

Pengawal yang terlibat juga perlu mengatur supaya pemeriksaan secara menyeluruh

dijalankan untuk menentukan sama ada kelemahan yang sama juga berlaku di

aktiviti/program lain yang tidak diaudit dan seterusnya mengambil tindakan pembetulan yang

sewajarnya.

Kerajaan Negeri juga perlu memantau aktiviti syarikat miliknya untuk memastikan syarikat

mewujudkan tadbir urus korporat yang baik, mematuhi undang-undang dan peraturan

Kerajaan, berdaya saing dan memperoleh keuntungan seterusnya berupaya membayar

dividen kepada Kerajaan Negeri.

Jabatan Audit Negara

Putrajaya

25 September 2013

PENUTUP

Page 174: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak
Page 175: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak
Page 176: LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/lkan2012_siri3/aktiviti_negeri/JOHOR - Laporan... · Perbendaharaan Negeri Johor sebelum disalurkan kepada pihak

JABATAN AUDIT NEGARA MALAYSIANO. 15, ARAS 1–5

PERSIARAN PERDANA, PRESINT 2PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62518 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

www.audit.gov.my