bersama membangun negara - hasil.gov.my · contoh: pendapatan berkanun perniagaan 1 (ruang b1)...

16
Cukai Pendapatan Keluarga Sekutu Hindu NOTA PENERANGAN TJ 2017 2017 2017 BERSAMA MEMBANGUN NEGARA TAMBAHAN / PINDAAN Ruang Perkara Muka Surat A6 Layak menuntut insentif di bawah seksyen 127 3 B11 Takrifan Royalti 5 B21 Derma / hadiah / sumbangan yang diluluskan 6 - Hadiah wang kepada tabung yang diluluskan - Hadiah wang bagi aktiviti sukan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan

Upload: phungdung

Post on 18-Mar-2019

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

- 0 -

Cukai

Pendapatan

Keluarga

Sekutu Hindu

NOTA PENERANGAN TJ 2017 2017 2017

BERSAMA MEMBANGUN NEGARA

TAMBAHAN / PINDAAN

Ruang Perkara Muka Surat

A6 Layak menuntut insentif di bawah seksyen 127 3

B11 Takrifan Royalti 5

B21 Derma / hadiah / sumbangan yang diluluskan 6

- Hadiah wang kepada tabung yang diluluskan - Hadiah wang bagi aktiviti sukan yang diluluskan

oleh Menteri Kewangan

- 1 -

SIAPA YANG PERLU MELAPOR DAN MENGISI BORANG TJ Keluarga sekutu Hindu membawa maksud perwarisan bersama dalam sesuatu sistem undang-undang yang terdapat di India. Pengurus keluarga sekutu Hindu ini atau karta perlu melapor semua punca pendapatan dalam Borang TJ setiap tahun.

MAKLUMAT ASAS

1 - 2 Nama keluarga sekutu Hindu sebagaimana yang telah didaftarkan dengan LHDNM. Contoh:

Nombor cukai pendapatan pertubuhan seperti didaftarkan dengan LHDNM. Contoh:

1 Nama Keluarga Sekutu Hindu <>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>?

G O P A L C H E T T I A R F A M I L Y

Nota ini disediakan bagi membantu pengurus keluarga sekutu Hindu atau karta melengkapkan Borang TJ bagi Tahun Taksiran 2017. Sila baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun Taksiran 2017 adalah benar, betul dan lengkap.

Sekiranya layak menuntut bayaran balik seperti di ruang D6 borang nyata ini, tuan adalah dikehendaki mengemukakan helaian kerja berikut yang boleh diperoleh dari Portal Rasmi LHDNM:-

(a) Helaian Kerja HK-6 mengenai tolakan cukai di bawah seksyen 110 (lain-lain) dan

(b) Helaian Kerja HK-8 / HK-9 (jika berkenaan) berhubung dengan potongan cukai yang telah dibuat di negara asing.

Rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan hendaklah disimpan selama tujuh (7) tahun bermula daripada akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.

Sila isi semua ruangan yang berkaitan dengan HURUF BESAR dan gunakan pen mata bulat berdakwat hitam. Biarkan kosong sekiranya ruangan yang disediakan adalah tidak berkenaan.

Laporkan dalam mata wang Ringgit Malaysia (RM). Amaun di ruangan B32a hingga B33, C32a hingga C33, Bahagian D dan Bahagian E perlu dimasukkan nilai sen. Manakala bahagian lain yang melibatkan amaun hanya perlu mengambil kira nilai ringgit sahaja.

Contoh: Pendapatan Berkanun Perniagaan 1 (ruang B1) RM125,955.67 Jumlah Cukai Yang Dikenakan (ruang C33) RM19,322.85

<>_>>_>>_>>?

B1 , , , Perniagaan 1

C33 JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN ( C32a hingga C32g ) ->>_>>_>>_>?

, , , . C33

1 2 5 9 5 5

1 9 3 2 2 8 5

<>>>>>>>>?

J 0 1 2 3 4 5 6 7 0 9 2 No. Cukai Pendapatan

- 2 -

KEDUDUKAN CUKAI: Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata cukai pendapatan, bahagian ini perlu diisi dengan betul berdasarkan pengiraan cukai yang telah dibuat sehingga Bahagian E di muka surat 7 Borang TJ 2017. Isikan satu petak sahaja dengan menandakan ‘X’ dalam petak yang berkenaan

BAHAGIAN A: MAKLUMAT KELUARGA SEKUTU HINDU

A1

Karta Bermastautin Di Malaysia

Isi ‘1’ dalam petak yang disediakan sekiranya karta bermastautin di Malaysia atau ‘2’ sekiranya tidak bermastautin di Malaysia.

Karta ialah pengurus atau ketua keluarga sekutu Hindu. Taraf mastautin bagi keluarga sekutu Hindu bergantung kepada taraf mastautin karta.

Sekiranya karta adalah bermastautin di Malaysia, keluarga sekutu Hindu juga dianggap bermastautin di Malaysia. Begitu juga sebaliknya. Sila rujuk seksyen 8 ACP 1967 berkaitan cara penentuan taraf mastautin kumpulan orang (‘body of persons’) untuk menentukan taraf mastautin karta.

A2 Negara Di Mana Karta Bermastautin

Masukkan kod negara ‘MY’ jika ruang A1 = ‘1’. Sekiranya karta tidak bermastautin di Malaysia, sila rujuk kod negara di muka surat 13 nota ini atau senarai terperinci di Lampiran E.

A3 Penyimpanan Rekod

Ini merujuk kepada penyimpanan rekod yang mencukupi seperti dikehendaki mengikut peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967. Isikan ‘1’ jika mematuhi atau ‘2’ jika tidak.

A4a Menjalankan Perniagaan e-Dagang

Isi ‘1’ (‘Ya’) jika karta berkenaan ada menjual apa-apa barang atau memberi perkhidmatan secara dalam talian.

Jika ‘Ya’, isi juga ruang A4b.

Karta dianggap menjalankan perniagaan e-dagang sekiranya dalam menghasilkan pendapatan, internet digunakan untuk:

i) menerima tempahan barang atau perkhidmatan.

Contoh:

Karta berkenaan menerima tempahan melalui e-mel, laman sesawang atau media sosial dan bukan melalui pos biasa, telefon atau faksimili.

ii) menerima bayaran untuk barangan atau perkhidmatan.

Contoh:

Karta berkenaan menerima bayaran tunai digital dengan kredit kad atau kad caj melalui e-mel atau laman sesawang dan bukan melalui pos biasa, telefon atau faksimili.

iii) membekalkan barangan atau perkhidmatan.

Contoh:

Karta berkenaan menggunakan e-mel, internet atau protokal pindahan fail untuk membekalkan muzik digital, artikel atau perisian, dan bukannya kaedah konvensional untuk menyampaikan perisian dalam bentuk cakera.

Karta berkenaan menggunakan e-mel berserta laman sesawang untuk memberi nasihat dan menerima bayaran bagi nasihat tersebut.

Karta berkenaan menerima bayaran bagi mengiklankan barangan atau perkhidmatan di internet untuk entiti lain.

Karta berkenaan adalah pemilik laman sesawang.

Karta berkenaan menyediakan perkhidmatan akses ke

- 3 -

internet.

Isi ‘2’ untuk ‘Tidak’ jika karta berkenaan tidak menjalankan perniagaan e-dagang atau tidak berkenaan.

A4b Alamat Laman Sesawang / Blog

Alamat laman web / blog (jika ada).

A5a Layak Menuntut Cukai Input Daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Isi ‘1’ (‘Ya’) sekiranya karta berkenaan layak menuntut cukai input daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Isikan ‘2’ (‘Tidak’) jika karta berkenaan tidak layak menuntut, tidak menuntut atau tidak berkenaan.

A5b No. Pendaftaran Cukai Barang & Perkhidmatan

Isikan nombor pendaftaran Cukai Barang & Perkhidmatan seperti didaftarkan dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

A6 Layak Menuntut Insentif Di Bawah Seksyen 127

Merujuk kepada insentif (contohnya pengecualian) di bawah peruntukan perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) ACP 1967 yang layak dituntut mengikut warta Kerajaan atau surat kelulusan Menteri.

(i) Tandakan ‘X’ dalam petak bagi jenis / jenis-jenis insentif yang:-

layak dinikmati dan tuntutan dibuat bagi tahun semasa; atau

layak dinikmati tetapi tuntutan tidak dapat dibuat bagi tahun semasa atas sebab seperti kerugian perniagaan.

(ii) Tandakan ‘X’ dalam petak ‘Tidak berkenaan’ sekiranya:-

tidak layak menuntut insentif; atau

permohonan insentif tidak diluluskan oleh Menteri.

Warta Kerajaan / surat kelulusan Menteri hendaklah disimpan untuk rujukan / semakan LHDNM sekiranya diperlukan kelak.

A7 Alamat Surat-Menyurat Karta

Alamat yang digunakan untuk berurusan dengan LHDNM.

A7A Alamat Premis Perniagaan Keluarga Sekutu Hindu

Nyatakan alamat premis di mana aktiviti perniagaan utama keluarga sekutu Hindu, jika ada.

A8

Alamat Di Mana Rekod Keluarga Sekutu Hindu

Disimpan

Isikan ‘1’ sekiranya rekod keluarga sekutu Hindu disimpan di alamat surat-menyurat di ruang A7; atau ‘2’ jika disimpan di alamat premis perniagaan seperti di ruang A7A. Isikan ‘3’ jika tidak disimpan di alamat seperti di ruang A7 dan A7A.

A9 Alamat Lain

Nyatakan alamat di mana rekod karta disimpan sekiranya ruang A8 = ‘3’.

A10 Maklumat Karta Isikan maklumat karta yang mana berkenaan.

A10a Nama

Nyatakan nama penuh karta seperti yang tertera di dokumen pengenalan atau pasport di ruangan ini.

A10b No. Pengenalan Isi nombor pengenalan (nombor kad pengenalan / polis / tentera) yang mana berkenaan.

A10c No. Pasport Isikan nombor pasport terkini seperti di buku pasport.

A10d No. Cukai Pendapatan

Isi nombor cukai pendapatan karta, sekiranya ada. Contoh: No. Cukai Pendapatan ialah SG 00123456090

<?

<>>>>>>>>>?

S G 0 0 1 2 3 4 5 6 0 9 0 SG/OG

- 4 -

A10e No. Telefon

Isikan nombor telefon karta. Sila pastikan maklumat ini adalah betul dan tepat. Maklumat ini akan digunakan untuk tujuan rasmi LDHNM.

A11a Nama Bank Untuk tujuan pembayaran balik kredit (jika ada) oleh LHDNM, nyatakan nama bank dan nombor akaun bank karta di bank berkenaan. A11b No. Akaun Bank

BAHAGIAN B: PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

JIKA A1 = 1, ISI BAHAGIAN B BAGI KARTA YANG BERMASTAUTIN DI MALAYSIA

B1 –

B3

PENDAPATAN BERKANUN PERNIAGAAN

Keuntungan yang diperoleh dari menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian, profesion dan setiap pengilangan, duga niaga atau usaha bercorak perdagangan dikenakan cukai.

Perolehan dan keuntungan termasuk terimaan kasar daripada penjualan barang-barang dan terimaan dari pemberian perkhidmatan.

Sekiranya mempunyai lebih daripada tiga (3) perniagaan, sila jumlahkan pendapatan berkanun perniagaan 3 dan seterusnya dan masukkan ke ruang B3. Sila senaraikan mengikut format B1 dan B2 bagi setiap perniagaan dan kemukakan lampiran bersama Borang TJ.

Amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun L dari Helaian Kerja HK-1D

B4 –

B6

PENDAPATAN BERKANUN PERKONGSIAN

Pembahagian keuntungan / kerugian yang diperoleh dari menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian profesion dan setiap pengilangan, duga niaga atau usaha bercorak perdagangan dikenakan cukai.

Sekiranya mempunyai lebih daripada tiga (3) perkongsian, sila jumlahkan pendapatan berkanun perkongsian 3 dan seterusnya dan masukkan ke ruang B6. Sila senaraikan mengikut format B4 dan B5 bagi setiap perniagaan dan kemukakan lampiran bersama Borang TJ. Amaun E / G dari Helaian Kerja HK-1B

ELAUN MODAL

Tuntutan susut nilai atas aset-aset yang digunakan untuk tujuan perniagaan adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, ia dibenarkan sebagai elaun modal yang boleh ditolak daripada pendapatan larasan perniagaan / perkongsian. Kadar elaun bergantung kepada jenis aset. Rujuk Helaian Kerja HK-1.2 hingga HK-1.2A untuk pengiraan.

B8 RUGI PERNIAGAAN BAWA HADAPAN

Kerugian perniagaan / perkongsian dari tahun / tahun-tahun taksiran terdahulu yang belum ditolak dan dibawa ke tahun semasa untuk ditolak daripada punca perniagaan / perkongsian.

Amaun B dari Helaian Kerja HK-1.3. Jika amaun B8 melebihi amaun B7, isikan amaun B7 dalam ruang ini.

B10 FAEDAH

Faedah ialah wang yang dibayar bagi penggunaan wang atau pembahagian keuntungan kepada pemiutang yang dianggap diterima oleh peminjam atau penghutang dari penggunaan wang tersebut. Pendapatan dari faedah hendaklah dimasukkan sebagai pendapatan kasar apabila diterima bagi tempoh asas di mana pendapatan itu pertama kali boleh diterima. Amaun E dari Helaian Kerja HK-5

- 5 -

DISKAUN

Pendapatan ini berpunca daripada pelaburan seperti bil perbendaharaan, bil pertukaran dan nota janji.

B11 SEWA Penerimaan dari sewaan rumah, rumah kedai, tanah, loji, mesin, perabot dan lain-lain yang serupa.

Amaun E dari Helaian Kerja HK-4B

ROYALTI

‘Royalty’ includes any sums paid as consideration for, or derived from:

a) the use of, or the right to use in respect of, any copyrights, software, artistic or scientific works, patents, designs or models, plans, secret processes or formulae, trademarks or other like property or rights;

b) the use of, or the right to use, tapes for radio or television broadcasting, motion picture films, films or video tapes or other means of reproduction where such films or tapes have been or to be used or reproduced in Malaysia, or other like property or right;

c) the use of, or the right to use, know-how or information concerning technical, industrial, commercial or scientific knowledge, experience or skill;

d) the reception of, or the right to receive, visual images or sounds, or both, transmitted to the public by satellite, cable, fibre optic or similar technology.

e) the use of, or the right to use, visual images or sounds, or both, in connection with television broadcasting or radio broadcasting transmitted by satellite, cable, fibre optic or similar technology.

f) the use of, or the right to use, some or all of the part of the radio frequency spectrum specified in a relevant licence;

g) a total or partial forbearance in respect of:

(i) the use of, or the granting of the right to use, any such property or right as is mentioned in paragraph (a) or (b) or any such knowledge, experience or skill as is mentioned in paragraph (c);

(ii) the reception of, or the granting of the right to receive, any such visual images or sounds as are mentioned in paragrapha (d);

(iii) the use of, or the granting of the right to use, any such visual images or sounds as are mentioned in paragraph (e); or

(iv) the use of, or the granting of the right to use, some or all such part of the spectrum specified in a spectrum licence as is mentioned in paragraph (f); or

h) the alienation of any property, know-how or information as mentioned in paragraph (a), (b) or (c).

Amaun H dari Helaian Kerja HK-5.

B12 ANUITI

Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat atau badan amanah. Anuiti juga boleh diperoleh dari pelaburan yang melayakkan pelabur menerima bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu tempoh. Pendapatan berkanun anuiti juga antara lain adalah anuiti yang disyaratkan di bawah surat ikatan sesebuah badan amanah.

- 6 -

BAYARAN BERKALA LAIN

Bayaran yang dibuat berulang kali pada masa-masa tertentu.

B13 APA-APA PEROLEHAN ATAU KEUNTUNGAN LAIN

Pendapatan lain yang tidak termasuk dalam kategori di atas.

B14 TAMBAHAN MENGIKUT PERUNTUKAN PERENGGAN 43(1)(c)

Perolehan-perolehan berikut dianggap pendapatan dan diambil kira di peringkat pendapatan agregat.

Perolehan berkaitan dengan perbelanjaan operasi mencari gali di bawah Jadual 4 ACP 1967.

Perolehan boleh diambil kira dalam pengiraan cukai jika tuntutan-tuntutan perbelanjaan telah dibuat.

Rujuk kepada perenggan 43(1)(c) dan perenggan 16 Jadual 4 ACP 1967 untuk membuat pengiraan pendapatan yang perlu diambil kira dalam menentukan pendapatan agregat.

Simpan pengiraan dengan teratur untuk semakan.

Masukkan amaun hasil pengiraan ke dalam ruang ini

B17 RUGI PERNIAGAAN TAHUN SEMASA

Kerugian perniagaan / perkongsian tahun semasa boleh ditolak daripada pendapatan agregat.

Contoh:

Kerugian perniagaan pada tahun 2017 ditolak daripada pendapatan agregat bagi tahun 2017.

Amaun E dari Helaian Kerja HK-1.3.

Amaun B17 terhad kepada amaun B16. Jika amaun di ruang B17 melebihi amaun di ruang B16, masukkan amaun B16 ke ruang ini.

B19 PERBELANJAAN MENCARIGALI

Perbelanjaan yang ditanggung dalam mencari atau mendapat akses kepada simpanan galian dalam suatu kawasan yang layak atau dalam menguji simpanan tersebut, boleh dituntut sebagai potongan.

Amaun ini terhad kepada B18. Baki yang tidak diserap (jika ada) dimasukkan ke ruang K2.

Jadual 4 dan perenggan 44(1)(b) ACP 1967

B21 – B27 DERMA / HADIAH / SUMBANGAN / ZAKAT

Hadiah Wang Kepada Kerajaan / Kerajaan Tempatan / pihak berkuasa tempatan

Hadiah wang tunai kepada Kerajaan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan atau pihak berkuasa tempatan.

Subseksyen 44(6) ACP 1967.

Hadiah Wang Kepada Institusi / Organisasi / Tabung Yang Diluluskan Hadiah wang kepada institusi / organisasi / tabung yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri. Subseksyen 44(6) dan proviso, ACP 1967. Hadiah Wang Bagi Aktiviti Sukan Yang Diluluskan Oleh Menteri Kewangan

Subseksyen 44(11B) dan proviso, ACP 1967. Hadiah Wang Atau Kos Sumbangan Manfaat Bagi Projek Berkepentingan Negara Yang Diluluskan Oleh Menteri Kewangan

Subseksyen 44(11C) dan proviso, ACP 1967.

Terhad

kepada 7% daripada pendapatan agregat di ruang B16

- 7 -

Hadiah Artifak, Manuskrip Atau Lukisan Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Muzium Malaysia atau Ketua Pengarah Arkib Negara. Subseksyen 44(6A) ACP 1967. Hadiah Wang Untuk Kemudahan Perpustakaan Atau Kepada Perpustakaan

Sumbangan wang yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan awam, perpustakaan sekolah / institusi pendidikan tinggi. Subseksyen 44(8) ACP 1967. Hadiah Lukisan Kepada Balai Seni Lukis Negara Atau Balai Seni Lukis Negeri

Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana balai seni lukis negeri berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri.

Subseksyen 44(11) ACP 1967.

ZAKAT PERNIAGAAN

Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di B16. Subseksyen 44(11A) ACP 1967.

B30 PELEPASAN DIRI Pelepasan diri layak diberikan kepada karta sekiranya sesebuah keluarga sekutu Hindu berkenaan adalah bermastautin di Malaysia untuk tahun semasa. Amaun potongan adalah sama dengan amaun yang layak diberi dalam pelepasan diri untuk kes individu iaitu RM9,000.

B32a

CUKAI KE ATAS YANG PERTAMA

Padankan amaun di B31 (pendapatan bercukai) dengan banjaran pendapatan bercukai dalam jadual cukai di muka surat 13 nota penerangan ini. Contoh:

Pendapatan bercukai di B31: RM35,500

Guna pengiraan di kategori D jadual cukai seperti berikut:

Cukai ke atas RM35,000 yang pertama RM 900.00

Cukai ke atas baki RM 500 @ 10% RM 50.00

Jumlah cukai pendapatan RM 950.00

Masukkan di ruang B32a, B32b dan B33 dalam Borang TJ seperti berikut:

B32b CUKAI KE ATAS BAKI

B33 JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

BAHAGIAN C PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

JIKA A1 = 2, ISI BAHAGIAN C BAGI KARTA YANG TIDAK BERMASTAUTIN DI MALAYSIA

C1 –

C27

Sila rujuk penerangan di ruangan B1 hingga B27, Bahagian B (kecuali faedah dan royalti) dari muka surat 4 hingga 6 nota penerangan ini.

B32b Cukai ke atas baki

B33 JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN ( B32a + B32b )

Cukai ke atas yang pertama

B32a

Atas Kadar (%)

->>_>>_>>_>?

, , , .

<?

->>_>>_>>?

, , ,

->>_>>_>>?

, , ,

->>_>>_>>_>?

, , , .

->>_>>_>>_>?

, , , .

B33

9 5 0 0 0

3 5 0 0 0 9 0 0 0 0

5 0 0 1 0 5 0 0 0

- 8 -

C30 PENDAPATAN KASAR YANG TERTAKLUK KEPADA KADAR CUKAI LAIN

Bagi keluarga sekutu Hindu yang tidak bermastautin di Malaysia, pendapatan faedah, royalti, pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A dan pendapatan lain yang berkenaan adalah dikenakan cukai atas jumlah kasar pada kadar selain daripada 28%.

Jenis pendapatan ini dikenakan cukai atas jumlah kasar pada kadar yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK - Sila rujuk Lampiran F) atau Akta Cukai Pendapatan 1967 jika tiada PPPDK.

C30a FAEDAH Isikan jumlah pendapatan kasar faedah yang dikenakan cukai.

C30b ROYALTI Masukkan jumlah pendapatan kasar royalti yang dikenakan cukai.

C30c PENDAPATAN KELAS KHAS DI BAWAH SEKSYEN 4A

Pendapatan kelas khas terdiri daripada amaun yang diterima sebagai:

balasan bagi perkhidmatan yang diberi berkaitan dengan penggunaan harta atau hak-hak yang dipunyai oleh, atau pemasangan atau pengendalian apa-apa loji, mesin-mesin atau alat-alat lain yang dibeli daripada seseorang bukan pemastautin;

balasan bagi nasihat, bantuan atau perkhidmatan-perkhidmatan teknikal yang diberi berkaitan dengan pengurusan teknikal atau pentadbiran bagi apa-apa duga niaga, usaha, projek atau skim yang bercorak saintifik, perindustrian atau komersial; atau

sewa atau bayaran-bayaran lain yang dibuat di bawah apa-apa perjanjian atau persetujuan bagi penggunaan apa-apa harta alih.

C30d PENDAPATAN LAIN

Pendapatan lain yang tidak dinyatakan di atas.

Masukkan jumlah kasar pendapatan lain yang dikenakan cukai pada kadar selain daripada 28%.

C32–

C33

PENGIRAAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

Pembahagian pendapatan bercukai mengikut kadar cukai masing-masing.

Rujuk Lampiran F atau Akta Cukai Pendapatan 1967 jika tiada PPPDK.

Contoh:

Karta bermastautin di India dan keluarga sekutu Hindu ini menerima pendapatan faedah dan royalti.

Jumlah pendapatan yang tertakluk kepada kadar cukai 28% di C29: RM50,500

Pendapatan faedah yang tertakluk kepada kadar cukai 15% di C30a: RM10,000

Pendapatan royalti yang tertakluk kepada kadar cukai 10% di C30b: RM25,000

Masukkan di ruang C32a, C32d, C32f dan C33 dalam Borang TJ seperti berikut:

->>_>>_>>_>?

->>_>>_>>_>?

1 4 1 4 0 0 0 5 0 5 0 0

2 5 0 0 0

1 0 0 0 0

2 5 0 0 0 0

1 5 0 0 0 0

1 8 1 4 0 0 0

C32a

C32f

C32d

Pendapatan kasar tertakluk kepada kadar cukai lain

Pendapatan Bercukai

Kadar (%)

Cukai Yang Dikenakan

28

10

15

<>_>>_>>_>>? <>_>>_>>_>>?

->>_>>_>>_>? ->>_>>_>>_>?

, , ,

, , , , , ,

, , ,

.

.

<>_>>_>>_>>?

, , , , , , .

C33 JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN ( C32a hingga C32g )

C33

, , , .

- 9 -

BAHAGIAN D: CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK

D1 JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

Jumlah cukai yang dikenakan adalah daripada ruang B33 di Bahagian B bagi keluarga sekutu Hindu yang BERMASTAUTIN di Malaysia atau C33 di Bahagian C jika TIDAK BERMASTAUTIN.

D2 TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110 (LAIN-LAIN)

Tolakan ini TIDAK termasuk bayaran cukai pegangan yang tertakluk di bawah Seksyen 107A.

Sila buat pengiraan di Helaian Kerja HK-6 untuk tolakan cukai seksyen 110 ke atas lain-lain pendapatan seperti faedah, royalti, pendapatan seksyen 4A dan pendapatan daripada amanah.

Sertakan dokumen berkenaan bersama Helaian Kerja HK-6 sekiranya karta berkenaan layak menuntut pembayaran balik. Amaun B dari Helaian Kerja HK-6

D3 PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 132

Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang telah memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali (PPPDK) dengan Malaysia.

Rujuk Lampiran F untuk senarai negara-negara yang telah memeterai PPPDK dengan Malaysia.

Rujuk Jadual 7 ACP 1967 dan Helaian Kerja HK-8 untuk membuat pengiraan kredit

D4 PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 133

Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang TIDAK memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali (PPPDK) dengan Malaysia.

Rujuk Jadual 7 ACP 1967 dan Helaian Kerja HK-9 untuk membuat pengiraan kredit.

BAHAGIAN E: KEDUDUKAN CUKAI

E1 CUKAI KENA DIBAYAR Amaun daripada ruang D5.

E2 ANSURAN YANG TELAH DIBAYAR

Bayaran ini tidak termasuk amaun tunggakan yang diambil kira untuk cukai tahun taksiran kebelakangan.

E3 E1 tolak E2

Jika amaun E2 melebihi amaun E1, isikan ‘0’ di ruang ini. (a) Bank - kaunter CIMB Bank Berhad (CIMB), Public Bank Berhad (PBB), Malayan

Banking Berhad (Maybank), Affin Bank Berhad (ABB), RHB Bank Berhad (RHB), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat dengan menggunakan slip bayaran yang disediakan oleh bank.

- perbankan internet CIMB, PBB, Maybank, Hong Leong Bank, RHB & Alliance Bank, Perbankan Mudah Alih-i TAP Bank Islam dan perbankan telefon Maybank.

- Auto Teller Machine (ATM) PBB, Maybank & CIMB, Mesin Deposit Cek PBB dan Mesin Deposit Tunai CIMB.

(b) LHDNM - ByrHASiL melalui FPX (Financial Process Exchange) di Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my.

- ByrHASiL melalui kad kredit Visa, Mastercard & American Express di https://byrhasil.hasil.gov.my/creditcard.

- kaunter bayaran LHDNM atau melalui pos dengan menggunakan Slip Pengiriman Bayaran (CP501) yang boleh diperolehi di Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my.

(c) Pos Malaysia Berhad - Kaunter dan Pos Online.

- 10 -

Selepas selesai pengiraan cukai sehingga Bahagian E, tuan dinasihatkan supaya mengisi Bahagian ‘Kedudukan Cukai’ di muka surat 1 Borang TJ.

BAHAGIAN F: PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM DILAPORKAN

F1

F3

Masukkan jumlah pendapatan yang diterima berkenaan sesuatu tahun terdahulu yang belum dilaporkan.

Contoh: Pendapatan faedah bagi tahun 2016 yang diterima pada tahun 2017.

Gunakan lampiran berasingan sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi.

BAHAGIAN G: PELUPUSAN ASET DI BAWAH AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976

G1

MELUPUSKAN ASET DI BAWAH AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976

Merujuk kepada aset yang boleh dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

Isikan ‘1’ untuk ‘Ya’ sekiranya ada melupuskan aset, dan isi juga ruang G2.

Isi ‘2’ untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.

G2 MELAPORKAN PELUPUSAN TERSEBUT KEPADA LHDNM

Isikan ‘1’ (‘Ya’) jika telah melaporkan pelupusan berkenaan kepada LHDNM atau ‘2’ (‘Tidak’) jika belum. Sekiranya belum dilaporkan, sila hubungi cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan pelupus. Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my.

BAHAGIAN H: MAKLUMAT PENDAPATAN PERNIAGAAN

H1a BAKI KERUGIAN TAHUN SEMASA

Kerugian perniagaan / perkongsian tahun semasa yang tidak diserap.

Amaun F dari Helaian Kerja HK-1.3

H1b BAKI KERUGIAN TAHUN KEBELAKANGAN

Baki kerugian tahun sebelum yang tidak diserap dalam tahun semasa. Amaun C dari Helaian Kerja HK-1.3

H1c KERUGIAN HANTAR HADAPAN

H1a campur H1b Amaun G dari Helaian Kerja HK-1.3

H2a –

H2f

ELAUN MODAL Elaun modal yang dituntut dalam pengiraan pendapatan berkanun perniagaan dan perkongsian.

Elaun diserap Elaun modal yang diserap dalam tahun semasa. Amaun K5 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun J4 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun N5 dari Helaian Kerja HK-1D

Baki hantar hadapan Amaun K6 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun N6 dari Helaian Kerja HK-1D

- 11 -

H3a – H3e MAKLUMAT CUKAI PEGANGAN

Seksyen 107A

Bayaran kontrak dalam tempoh asas kepada kontraktor bukan pemastautin. Kadar cukai pegangan mengikut ACP 1967:

10% atas jumlah kasar berhubung cukai yang kena atau boleh dibayar oleh kontraktor tersebut [Perenggan 107A(1)(a)]

Campur

3% atas jumlah kasar berhubung cukai yang kena atau boleh dibayar oleh pekerja-pekerja kontraktor tersebut. [Perenggan 107A(1)(b)]

Seksyen 109

Bayaran faedah / royalti dalam tempoh asas kepada seseorang bukan pemastautin. Kadar cukai adalah seperti yang ditetapkan dalam Bahagian II, Jadual 1 ACP 1967 kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali. (Rujuk Lampiran F).

Seksyen 109A

Bayaran dalam tempoh asas yang berkenaan dengan perkhidmatan yang dilaksanakan di Malaysia oleh seseorang penghibur awam. Kadar cukai pegangan adalah 15% atas jumlah kasar (Bahagian II Jadual 1 ACP 1967).

Seksyen 109B

Bayaran jenis kelas khas di bawah seksyen 4A ACP 1967 kepada seseorang bukan pemastautin dalam tempoh asas. Kadar cukai pegangan seperti yang ditetapkan dalam Bahagian V, Jadual 1 ACP 1967 kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali. (Rujuk Lampiran F).

Seksyen 109F

Bayaran berhubung pendapatan di bawah perenggan 4(f) ACP 1967 kepada seseorang bukan pemastautin dalam tempoh asas, adalah tertakluk kepada cukai pegangan pada kadar 10% atas jumlah kasar seperti ditetapkan dalam Bahagian XIII Jadual 1 ACP 1967.

JUMLAH KASAR DIBAYAR

Jumlah bayaran kasar yang dibuat sebelum apa-apa tolakan.

JUMLAH CUKAI YANG DIPEGANG DAN DIREMIT KEPADA LHDNM

Peraturan dan prosedur membuat bayaran kepada Cawangan Pungutan LHDNM hendaklah dipatuhi.

BAHAGIAN J: PERBELANJAAN KHAS, POTONGAN SELANJUTNYA DAN POTONGAN DUA KALI

J1 – J5

Gunakan kod tuntutan yang disediakan di muka surat 14 nota penerangan ini.

BAHAGIAN K: TUNTUTAN INSENTIF

K1 ELAUN PENINGKATAN EKSPORT PERKHIDMATAN

Rujuk kepada perkara 2, 3 dan 6 Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 9) 2002 [P.U. (A) 57] dan Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (Pindaan) 2006 [P.U. (A) 275] untuk menentukan kelayakan serta Helaian Kerja HK-1B / HK-1D untuk membuat pengiraan.

- 12 -

Amaun Diserap Elaun yang diserap dalam tahun semasa.

Amaun J4 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun M7 dari Helaian Kerja HK-1D.

Baki Hantar Hadapan Baki elaun yang belum diserap (baki hantar hadapan).

Amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun M8 dari Helaian Kerja HK-1D.

K2 PERBELANJAAN JADUAL 4

Baki perbelanjaan yang tidak dapat diserap sepenuhnya dalam tahun semasa (baki hantar hadapan) hendaklah dimasukkan ke ruang ini.

BAHAGIAN L: MAKLUMAT KEWANGAN KELUARGA SEKUTU HINDU

L1

– L50

Masukkan butiran seperti dalam Akaun Perdagangan, Untung dan Rugi serta Kunci Kira-Kira keluarga sekutu Hindu bagi tahun semasa di ruangan yang berkenaan sahaja.

L21A: Cukai input yang tidak boleh dituntut daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Ini merujuk kepada amaun cukai input yang telah ditentusahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia selepas pengauditan sebagai tidak layak dituntut daripadanya. Amaun cukai input yang telah ditentusahkan sebagai tidak layak dituntut ini boleh dibenarkan sebagai perbelanjaan di bawah ACP 1967. Masukkan amaun / bahagian amaun cukai input tersebut yang berkaitan dengan perbelanjaan bagi tahun taksiran semasa.

Subseksyen 91(6) ACP 1967.

BAHAGIAN M: MAKLUMAT PENDAPATAN YANG DIKECUALIKAN

M1 –

M5

Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya keluarga sekutu Hindu ini mempunyai punca pendapatan yang dikecualikan cukai pendapatan bagi tahun semasa.

AKUAN KARTA

Isikan nama tuan selaku karta kepada keluarga sekutu Hindu ini. Karta atau pengurus keluarga sekutu Hindu adalah bertanggungjawab secara individu ke atas segala urusan percukaian ke atas keluarga sekutu Hindu ini.

Borang nyata yang tidak ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses dan Surat Pemberitahuan Borang Nyata Tidak Lengkap akan dikeluarkan kepada tuan sebagai makluman. Penggunaan cap tandatangan tidak dibenarkan. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengemukakan semula borang nyata kepada LHDNM.

MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI

No. Kelulusan Ejen Cukai adalah nombor kelulusan yang diberikan kepada ejen cukai yang diluluskan di bawah subseksyen 153(3) ACP1967

Bahagian ini perlu diisi, ditandatangani oleh ejen / wakil cukai yang menyediakan borang nyata ini.

- 13 -

JADUAL CUKAI

KATEGORI BANJARAN PENDAPATAN

BERCUKAI

(a)

PENGIRAAN

RM

(b)

KADAR

%

(c)

CUKAI

RM

(d)

A 0 - 5,000 5,000

pertama 0 0

B 5,001 - 20,000 5,000

15,000 pertama

berikutnya 1

0 150

C 20,001 - 35,000 20,000 15,000

pertama berikutnya

5

150 750

D 35,001 - 50,000 35,000 15,000

pertama berikutnya

10

900 1,500

E 50,001 - 70,000 50,000 20,000

pertama berikutnya

16

2,400 3,200

F 70,001 - 100,000 70,000 30,000

pertama berikutnya

21

5,600 6,300

G 100,001 - 250,000 100,000 150,000

pertama berikutnya

24

11,900 36,000

H 250,001 - 400,000 250,000 150,000

pertama berikutnya

24.5

47,900 36,750

I 400,001 - 600,000 400,000 200,000

pertama berikutnya

25

84,650 50,000

J 600,001 - 1,000,000 600,000 400,000

pertama berikutnya

26 134,650 104,000

K Melebihi 1,000,000 1,000,000 pertama Setiap ringgit berikutnya

28 238,650

...............

KOD NEGARA

Sebahagian negara-negara yang dikenal pasti atau rujuk Lampiran E untuk senarai lengkap.

Nama Negara Kod

Negara Nama Negara

Kod

Negara Nama Negara

Kod

Negara

Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH

Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA

Brunei BN Japan JP Singapore SG

Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA

Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK

China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW

Denmark DK Malaysia MY Thailand TH

Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB

India IN New Zealand NZ United States US

Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN

Nota: R.O. = Republic of; D.P.R. = Democratic People’s Republic of

- 14 -

KOD TUNTUTAN

TUNTUTAN / PERBELANJAAN KHAS

Kod Tuntutan

101 Peralatan untuk pekerja kurang upaya, atau belanja pengubahsuaian / penambahbaikan

premis perniagaan bagi kemudahan pekerja kurang upaya

102 Terjemahan atau penerbitan buku yang diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

103 Perbelanjaan perpustakaan (maksimum RM100,000)

104 Perbelanjaan kebajikan

105 Perbelanjaan pusat penjagaan kanak-kanak untuk pekerja sendiri

106 Penubuhan kumpulan kesenian yang diluluskan

107 Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian, kebudayaan / atau warisan tempatan serta negara-negara asing:

terhad RM300,000 bagi penajaan kesenian, kebudayaan atau warisan negara asing

terhad RM700,000 bagi keseluruhan perbelanjaan

110 Perbelanjaan penyelidikan saintifik

114 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan teknologi maklumat

116 Sumbangan bagi membiayai perubatan atau rawatan penyakit serius

117 Latihan amali kepada individu bukan pekerja

121 Potongan bagi Hadiah komputer peribadi baru dan / atau fi langganan jalur lebar bulanan kepada pekerja (Tahun Taksiran 2008 hingga 2010)

122 Kos membangunkan laman jaring

140 Potongan bagi perbelanjaan sebelum memulakan perniagaan yang berhubungan dengan pengambilan pekerja

141 Potongan bagi manfaat dan pemberian daripada majikan kepada pekerja

144 Perbelanjaan pendaftaran cap dagangan dan paten (Tahun Taksiran 2010 hingga 2014)

148 Potongan bagi perbelanjaan fi francais

149 Potongan bagi perbelanjaan untuk mendapatkan pensijilan 1-InnoCERT

154 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan faedah dan kos sampingan dalam memperoleh pinjaman bagi projek terbengkalai

157 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan yuran kesetiausahaan dan yuran pemfailan cukai

POTONGAN SELANJUTNYA

Kod Tuntutan

201 Premium insurans bagi pengimportan kargo yang diinsuranskan dengan syarikat insurans yang diperbadankan di Malaysia [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U.(A) 220 / 2012]

202 Penggajian bagi pekerja kurang upaya

204 Premium insurans bagi pengeksportan kargo yang diinsuranskan dengan syarikat insurans yang diperbadankan di Malaysia [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U.(A) 219 / 2012]

205 Bayaran pengangkutan bagi eksport keluaran berasaskan rotan dan kayu (tidak termasuk kayu gergaji dan veneer) [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U.(A) 218 / 2012]

208 Premium insurans bagi kredit eksport

212 Potongan bagi bayaran pengangkutan dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung Malaysia

216 Potongan bagi promosi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (Tahun Taksiran 2008 hingga 2015)

217 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan saraan pekerja

218 Potongan bagi kos latihan kepada pekerja (Tahun Taksiran 2009 hingga 2012)

219 Potongan premium bagi insurans kredit eksport berasaskan konsep takaful

221 Potongan bagi penyediaan taman asuhan kanak-kanak

224 Potongan bagi kos yang berhubungan dengan latihan untuk pekerja bagi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (Tahun Taksiran 2014 dan 2015)

- 15 -

POTONGAN DUA KALI

Kod Tuntutan

301 Perbelanjaan hasil untuk penyelidikan yang diluluskan

302 Sumbangan wang tunai kepada penyelidikan yang diluluskan atau bayaran bagi penggunaan perkhidmatan institut atau syarikat penyelidikan dan kemajuan atau syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak

306 Perbelanjaan untuk menggalakkan eksport perkhidmatan profesional

317 Potongan bagi sumbangan tunai kepada Dana Bantuan Pelajar Miskin 1Malaysia (Tahun Taksiran 2012 hingga 2017)