tajuk · web viewbab 1: keusahawanan 1.1 skop keusahawanan takrif usahawan individu yang...

28
1 BAB 1: KEUSAHAWANAN 1.1 SKOP KEUSAHAWANAN Takrif usahawan Individu yang mengenalpasti dan merebut peluang, berani mengambil risiko seterusnya mengambil inisiatif bagi memulakan perniagaan atau usaha teroka baharu, dengan mengurus sumber-sumber (faktor pengeluaran) dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut bagi mendapatkan keuntungan. Takrif keusahawanan Satu proses merebut peluang perniagaan di dalam situasi yang berisiko. Melibatkan perubahan, revolusi, perpindahan dan pengenalan pendekatan baharu. Perbezaan antara usahawan, peniaga dan pengurus. Dimensi Usahawan Peniaga Definisi Manusia yang mengenalpasti dan merebut peluang, berani mengambil risiko seterusnya mengambil inisiatif bagi memulakan perniagaan atau usaha teroka baharu, dengan mengurus sumber-sumber (faktor pengeluaran) dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut bagi mendapatkan keuntungan. Menjalankan aktiviti perniagaan untuk mendapat keuntungan bagi saraan diri sendiri dan keluarga sahaja. Pengam- bilan risiko Mengambil risiko sederhana dan terhitung Mengambil risiko yang rendah Pengurusan dan kepimpinan Kaedah pengurusan yang cekap, sistematik dan terkini serta mempunyai gaya kepimpinan yang tinggi. Kaedah pengurusan yang statik dan mempunyai tahap kepimpinan yang rendah.

Upload: trannhu

Post on 13-Mar-2018

257 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

TAJUK

BAB 1: KEUSAHAWANAN

1.1 SKOP KEUSAHAWANAN

Takrif usahawan

Individu yang mengenalpasti dan merebut peluang, berani mengambil risiko seterusnya mengambil inisiatif bagi memulakan perniagaan atau usaha teroka baharu, dengan mengurus sumber-sumber (faktor pengeluaran) dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut bagi mendapatkan keuntungan.

Takrif keusahawanan

Satu proses merebut peluang perniagaan di dalam situasi yang berisiko.

Melibatkan perubahan, revolusi, perpindahan dan pengenalan pendekatan baharu.

Perbezaan antara usahawan, peniaga dan pengurus.

Dimensi

Usahawan

Peniaga

Definisi

Manusia yang mengenalpasti dan merebut peluang, berani mengambil risiko seterusnya mengambil inisiatif bagi memulakan perniagaan atau usaha teroka baharu, dengan mengurus sumber-sumber (faktor pengeluaran) dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut bagi mendapatkan keuntungan.

Menjalankan aktiviti perniagaan untuk mendapat keuntungan bagi saraan diri sendiri dan keluarga sahaja.

Pengam-

bilan risiko

Mengambil risiko sederhana dan terhitung

Mengambil risiko yang rendah

Pengurusan dan kepimpinan

Kaedah pengurusan yang cekap, sistematik dan terkini serta mempunyai gaya kepimpinan yang tinggi.

Kaedah pengurusan yang statik dan mempunyai tahap kepimpinan yang rendah.

Menggemb-

leng sumber

Berupaya menggemblengkan sumber secara kreatif dan inovatif bagi perkembangan perniagaan.

Menggemblengkan sumber untuk penerusan perniagaan.

Orientasi terhadap peluang

Sentiasa mencari, melihat dan merebut peluang yang ada untuk mengembangkan perniagaannya.

Sukar mengembangkan perniagaan kerana tidak berupaya untuk mengenalpasti peluang perniagaan.

Dimensi

Usahawan

Pengurus

Definisi

Manusia yang mengenalpasti dan merebut peluang, berani mengambil risiko seterusnya mengambil inisiatif bagi memulakan perniagaan atau usaha teroka baharu, dengan mengurus sumber-sumber (faktor pengeluaran) dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut bagi mendapatkan keuntungan.

Seorang yang bekerja dan menguruskan sumber-sumber organisasi bagi pihak lain sama ada untuk organisasi awam atau swasta.

Objektif

Memenuhi impian dan pencapaian diri melalui kebebasan mencari peluang perniagaan atau mencipta produk yang dapat memanfaatkan masyarakat di samping mendapatkan keuntungan.

Menurut arahan pihak atasan bagi mengembangkan organisasi dan menginginkan kenaikan pangkat, ganjaran dan kuasa.

Orientasi terhadap masa

Mempunyai orientasi jangka masa terhadap matlamat yang agak panjang iaitu antara 5 hingga 10 tahun untuk mengembangkan perniagaan.

Respon terhadap rancangan jangka pendek yang bermatlamat untuk memenuhi kuota dan bajet berdasarkan mingguan dan bulanan.

Kecenderungan bertindak

Penglibatan sepenuhnya terhadap aktiviti dan operasi perniagaan yang dijalankan.

Lebih kepada penyeliaan dan delegasi kerja.

Kemahiran dan kelulusan

Mempunyai kelebihan dari segi pengurusan dan kemahiran perniagaan khususnya kemahiran teknikal.

Mempunyai kelulusan akademik yang profesional terutama dalam bidang pengurusan.

Nilai kendiri

Mempunyai ciri-ciri keusahawanan.

Ciri-ciri pada diri adalah berdasarkan matlamat organisasi.

Fokus utama

Fokus utama terhadap perancangan yang dibuat sendiri di samping memberi tumpuan terhadap permintaan pasaran (masyarakat dan perubahan teknologi)

Fokus utama terhadap perancangan yang ditetapkan oleh pihak atasan.

Sikap terhadap risiko

Berupaya mengambil risiko sederhana dan terhitung.

Berhati-hati dengan risiko kerana takut dipersalahkan dan dipecat.

Peranan usahawan dalam masyarakat usahawan secara mikro dan makro

Sudut Mikro

Menyumbangkan idea dan pembaharuan

Merancang dan melaksanakan perancangan strategik

Menggemblengkan faktor-faktor pengeluaran

Mengurus, mengeluar dan mengedar barangan ke pasaran

Menangani kekaburan dan ketidakpastian atau sebarang risiko kegagalan

Sudut Makro

Mewujudkan peluang pekerjaan

Meningkatkan taraf hidup rakyat

Membangunkan industri sokongan

Mempelbagaikan barangan di pasaran

Menggunakan sumber tempatan dengan cekap

Menjadi role model dalam masyarakat

Menjalankan tanggungjawab sosial

1.2 TEORI KEUSAHAWANAN

Pendekatan Ekonomi

Bagi seorang usahawan kosnya (nilai atau perolehan) ialah keuntungan.

Keuntungan adalah harga yang dibayar kerana risiko yang diambil oleh seseorang usahawan.

Pendekatan Psikologi

Sifat keusahawanan dikaitkan dengan gelagat diri yang lebih cenderung kepada fokus dalaman ( kejayaan dicapai adalah hasil kekuatan dan keupayaan diri bukannya kerana faktor nasib).

Ini termasuklah sifat-sifat peribadi seperti tekun, usaha, inovatif, kreatif dan semangat yang berterusan.

Pendekatan Sosiologi

Usahawan bagi pengkaji sosial ialah seorang oportunis yang pandai mengambil peluang dan kesempatan daripada persekitaran.

Seorang usahawan adalah orang yang pandai bergaul, mempengaruhi masyarakat untuk meyakinkan mereka bahawa apa yang usahawan itu bawa adalah mempunyai kepentingan ramai.

Pelopor Teori Ekonomi

Intipati Teori

Richard Cantillon (1725)

Usahawan sebagai individu yang bersedia untuk memikul risiko dan amat berbeza daripada mereka yang hanya menawarkan modal dengan mengharapkan pulangan tetap.

Adam Smith (1776)

Usahawan sebagai individu yang membentuk organisasi untuk tujuan komersial.

Jean Babtiste Say (1830)

Usahawan ialah pengusaha (organizer) bagi sesebuah firma perniagaan dan usahawan memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pengeluaran dan pengedaran.

John Struat Mill (1848)

Usahawan dianggap sebagai faktor pengeluaran yang keempat dalam teori ekonomi.

Carl Menger (1871)

Usahawan dianggap sebagai agen ekonomi yang mengubah sumber menjadi barangan dan perkhidmatan yang berguna dan membawa kepada perkembangan perusahaan.

Joseph A. Schumpeter (1934)

Inovasi sebagai intipati keusahawanan.

Usahawan sebagai seorang pengubahsuai atau innovator tidak akan membiarkan sistem ekonomi berada di dalam suasana yang beku.

Usahawan juga memajukan teknologi yang belum pernah dicuba.

Alfred Marshall (1946)

Usahawan berkembang melalui proses evolusi iaitu hayat sesebuah perniagaan dari peringkat awal hingga terus luput dari pasaran.

Israel Kirzner (1973)

Usahawan berperanan sebagai orang tengah atau arbitrageur iaitu segala peluang yang dilihatnya akan diambil kesempatan sepenuhnya.

Pelopor Teori Psikologi

Intipati Teori

David McClelland (1961)

Teori Kehendak Pada Pencapaian

(merupakan cabang daripada model Baka)

Individu-individu yang mempunyai kehendak pencapaian yang tinggi merupakan golongan yang lebih suka mengambil tanggungjawab ke arah mencapai sesuatu matlamat dengan usaha sendiri.

Usahawan juga melakukan pengambilan risiko sederhana bertepatan dengan kemahiran yang ada padanya.

De Vries dalam Dollinger (1995)

Model Psikodinamik

Usahawan merupakan individu yang semasa kecilnya tidak berpeluang untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan tertentu menyebabkan mereka memberontak dengan mencari satu alternatif baru bagi mengubah kehidupan mereka supaya lebih terjamin.

Pelopor Teori Sosiologi

Intipati Teori

Max Weber (1958)

Elemen agama sebagai asas kejayaan usahawan yang ketika itu merujuk kejayaan golongan Protestant di dalam ekonomi adalah disebabkan oleh etika agama Protestant.

Everett Hagen (1962)

Usahawan wujud di kalangan kumpulan yang tidak berpuas hati dalam masyarakat.

Rasa tidak puas hati timbul kerana layanan atau tekanan yang mereka terima dan mendorong mereka untuk berusaha mengatasi kepincangan ini.

Gibb dan Ritchie (1981)

Model Pembangunan Sosial

Peranan sosialisasi dalam memberi anjakan ke arah melahirkan usahawan-usahawan baharu.

Terdapat interaksi atau tindak balas di antara individu-individu yang belum berniaga dengan suasana di alam perniagaan.

Shapero & Sokol (1982)

Shapero dan Sokol mengaitkan keadaan sosial dan dua faktor yang mempengaruhi seseorang membuat keputusan untuk menjadi usahawan, iaitu faktor dorongan keusahawanan dan faktor situasi.

1.3 CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

Sifat Peribadi

Huraian

Inisiatif yang tinggi

Mempunyai semangat atau tabiat untuk melaksanakan tanggungjawab tanpa diarah atau dipaksa.

Berani mengambil risiko

Membuat penilaian dan pertimbangan terhadap risiko, ini kerana risiko yang terhitung akan menjamin pulangan yang selamat.

Kreatif

Mempunyai banyak idea, panjang akal dan berupaya menghasilkan produk baharu dan canggih serta unik.

Inovatif

Sentiasa ingin membuat pembaharuan.

Dorongan ke arah kejayaan

Mempunyai semangat dan keupayaan untuk maju.

Lokus kawalan dalaman

Kepercayaan seseorang individu terhadap kebolehan dirinya tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran.

Mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi adalah orang yang yakin keputusan yang dibuatnya itu merupakan keputusan yang terbaik untuk kepentingan semua pihak.

Dapat melihat dan mengambil peluang

Dapat meramal dan menganalisis peluang yang boleh membawa keuntungan.

Optimistik

Sentiasa berfikiran positif terhadap tindakan yang akan diambil