tajuk: manual pengguna sistem e-vetting · pdf filelog keluar dari sistem dengan klik butang...

14
TAJUK: MANUAL PENGGUNA SISTEM E-VETTING – PERMOHONAN TAPISAN KESELAMATAN (SPA) JABATAN: PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA

Upload: trinhthu

Post on 04-Feb-2018

282 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK: MANUAL PENGGUNA SISTEM E-VETTING · PDF fileLog keluar dari sistem dengan klik butang ˝Log Keluar ... Log masuk semula ke dalam sistem dengan menggunakan ID ... • Borang

TAJUK:

MANUAL PENGGUNA SISTEM E-VETTING – PERMOHONAN TAPISAN KESELAMATAN (SPA)

JABATAN:

PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA

Page 2: TAJUK: MANUAL PENGGUNA SISTEM E-VETTING · PDF fileLog keluar dari sistem dengan klik butang ˝Log Keluar ... Log masuk semula ke dalam sistem dengan menggunakan ID ... • Borang

MANUAL PENGGUNA SISTEM E-VETTING – PERMOHONAN TAPISAN KESELAMATAN (SPA)

PANDANGAN PEMOHON.

Muka hadapan sistem e-Vetting.

• Klik pada “Daftar baru” untuk mendaftar sebagai pengguna sistem.

Daftar sebagai pengguna sistem.

• Masukkan No KP sebagai ID Pengguna. • Masukkan juga Katalaluan, Katalaluan semula, dan Emel. • Seterusnya, klik butang “Simpan”.

Setelah butang “Simpan” diklik, paparan Maklumat Berjaya dihantar akan terpapar.

Log keluar dari sistem dengan klik butang “Log Keluar” di atas penjuru kanan antaramuka. Popup “Anda pasti untuk log keluar” akan muncul. Klik “OK”.

Page 3: TAJUK: MANUAL PENGGUNA SISTEM E-VETTING · PDF fileLog keluar dari sistem dengan klik butang ˝Log Keluar ... Log masuk semula ke dalam sistem dengan menggunakan ID ... • Borang

Log masuk semula ke dalam sistem dengan menggunakan ID Pengguna dan Katalaluan yang telah didaftarkan tadi, dan klik butang “Log Masuk”.

• Seterusnya, paparan pilihan jenis permohonan akan terpapar. Untuk tapisan halus, klik pada “Lantikan SPA”.

• Borang permohonan untuk tapisan halus akan terpapar. • Terdapat 11 halaman yang perlu diisi.

Halaman 1: Profil Pemohon

• Isi kesemua ruangan, terutamanya ruangan yang wajib diisi bertanda *: Nama Pemohon, Jawatan, Gred Perkhidmatan, Bahagian/Unit, Kementerian, Jabatan, dan Tarikh Lantikan.

• Jika ruangan wajib tidak diisi, satu popup akan keluar dan pemohon tidak boleh meneruskan permohonan selagi ruangan tidak diisi.

• Setelah kesemua ruangan diisi, klik butang “Seterusnya”.

Page 4: TAJUK: MANUAL PENGGUNA SISTEM E-VETTING · PDF fileLog keluar dari sistem dengan klik butang ˝Log Keluar ... Log masuk semula ke dalam sistem dengan menggunakan ID ... • Borang
Page 5: TAJUK: MANUAL PENGGUNA SISTEM E-VETTING · PDF fileLog keluar dari sistem dengan klik butang ˝Log Keluar ... Log masuk semula ke dalam sistem dengan menggunakan ID ... • Borang

Halaman 2: Maklumat Pendidikan

• Isikan kesemua ruangan di bahagian Maklumat Pendidikan.

• Klik butang “Simpan”.

• Maklumat pendidikan yang diisi tadi akan terpapar di bahagian Senarai Pendidikan.

• Isi semula ruangan di bahagian Maklumat Pendidikan sekiranya terdapat sejarah pendidikan yang lain, dan “Simpan”.

• Klik butang “Seterusnya” untuk ke halaman seterusnya.

Halaman 3: Pekerjaan Terdahulu

• Isikan kesemua ruangan di bahagian Maklumat Pekerjaan.

• Klik butang “Simpan”.

• Maklumat pekerjaan yang diisi tadi akan terpapar di bahagian Senarai Pekerjaan.

• Isi semula ruangan di bahagian Maklumat Pekerjaan sekiranya terdapat sejarah pekerjaan yang lain, dan “Simpan”.

• Klik butang “Seterusnya” untuk ke halaman seterusnya.

Page 6: TAJUK: MANUAL PENGGUNA SISTEM E-VETTING · PDF fileLog keluar dari sistem dengan klik butang ˝Log Keluar ... Log masuk semula ke dalam sistem dengan menggunakan ID ... • Borang

Halaman 4: Maklumat Ibu/Bapa/Penjaga

• Pilih Hubungan. Contoh: Bapa.

• Isikan kesemua ruangan yang berkaitan dengan bapa.

• Klik butang “Simpan”.

• Maklumat bapa yang diisi tadi akan terpapar di bahagian Senarai Ibu/Bapa/Penjaga.

• Teruskan mengisi maklumat Ibu pula, serta Penjaga sekiranya ada.

• Klik butang “Seterusnya” untuk ke halaman seterusnya.

Halaman 5: Maklumat Suami/Isteri/Tunang

• Pilih Hubungan. Contoh: Suami.

• Isikan kesemua ruangan yang berkaitan dengan suami.

• Klik butang “Simpan”.

• Maklumat suami yang diisi tadi akan terpapar di bahagian Senarai Suami/Isteri/Tunang.

• Klik butang “Seterusnya” untuk ke halaman seterusnya.

Page 7: TAJUK: MANUAL PENGGUNA SISTEM E-VETTING · PDF fileLog keluar dari sistem dengan klik butang ˝Log Keluar ... Log masuk semula ke dalam sistem dengan menggunakan ID ... • Borang

Halaman 6: Maklumat Adik Beradik

• Pilih Hubungan. Contoh: Bapa.

• Isikan kesemua ruangan yang berkaitan dengan bapa.

• Klik butang “Simpan”.

• Maklumat bapa yang diisi tadi akan terpapar di bahagian Senarai Ibu/Bapa/Penjaga.

• Teruskan mengisi maklumat Ibu pula, serta Penjaga sekiranya ada.

• Klik butang “Seterusnya” untuk ke halaman seterusnya.

Halaman 7: Maklumat Persatuan

Page 8: TAJUK: MANUAL PENGGUNA SISTEM E-VETTING · PDF fileLog keluar dari sistem dengan klik butang ˝Log Keluar ... Log masuk semula ke dalam sistem dengan menggunakan ID ... • Borang

• Isikan kesemua ruangan di bahagian Badan, Persatuan, NGO, Pertubuhan, Kesatuan yang pernah disertai sejak 10 tahun yang lalu. .

• Klik butang “Simpan”.

• Maklumat persatuan yang diisi tadi akan terpapar di bahagian Senarai Persatuan.

• Isi semula ruangan di bahagian Badan, Persatuan, NGO, Pertubuhan, Kesatuan yang pernah disertai sejak 10 tahun yang lalu sekiranya terdapat sejarah persatuan yang lain, dan “Simpan”.

• Klik butang “Seterusnya” untuk ke halaman seterusnya.

Halaman 8: Kesalahan Yang Menyalahi Undang-undang

• Pilih radio button “Tidak” jika pemohon tidak pernah melakukan sebarang kesalahan jenayah atau sivil atau syariah.

• Pilih radio button “Ya” dan isikan ruangan yang disediakan untuk menerangkan secara ringkas kesalahan tersebut.

• Klik butang “Simpan” dan “Seterusnya” untuk ke halaman seterusnya.

Halaman 9: Lawatan Luar Negara

• Isikan kesemua ruangan di bahagian Negara-Negara Yang Pernah Dilawati Sejak 10 Tahun Yang Lalu.

• Klik butang “Simpan”.

• Maklumat negara yang diisi tadi akan terpapar di bahagian Senarai Negara-negara Dilawati.

Page 9: TAJUK: MANUAL PENGGUNA SISTEM E-VETTING · PDF fileLog keluar dari sistem dengan klik butang ˝Log Keluar ... Log masuk semula ke dalam sistem dengan menggunakan ID ... • Borang

• Isi semula ruangan di bahagian Negara-Negara Yang Pernah Dilawati Sejak 10 Tahun Yang Lalu sekiranya terdapat sejarah lawatan yang lain, dan “Simpan”.

• Klik butang “Seterusnya” untuk ke halaman seterusnya.

Halaman 10: Latihan Ala Ketenteraan Di Dalam/Luar Negara

• Isikan kesemua ruangan di bahagian Rekod Latihan.

• Klik butang “Simpan”.

• Maklumat negara yang diisi tadi akan terpapar di bahagian Senarai Latihan.

• Isi semula ruangan di bahagian Rekod Latihan sekiranya terdapat sejarah latihan yang lain, dan “Simpan”.

• Klik butang “Seterusnya” untuk ke halaman seterusnya.

Halaman 11: Pengadil Peribadi

• Terdapat 2 orang pengadil yang perlu diisi, Pengadil 1 dan Pengadil 2.

• Isi kesemua ruangan.

• Klik butang “Seterusnya” untuk ke halaman seterusnya. Paparan Perakuan Pemohon akan terpapar.

Page 10: TAJUK: MANUAL PENGGUNA SISTEM E-VETTING · PDF fileLog keluar dari sistem dengan klik butang ˝Log Keluar ... Log masuk semula ke dalam sistem dengan menggunakan ID ... • Borang

Halaman 12: Perakuan Pemohon

• Sila baca Perakuan sebelum menghantar permohonan.

• Klik butang “Hantar”.

* Permohonan hanya boleh dikemaskini selagi belum dihantar, di menu Pengguna – Permohonan – Lantikan SPA.

* Pemohon dinasihatkan supaya menyemak dahulu kesemua maklumat yang telah diisi sebelum menghantar permohonan.

* Sekiranya permohonan telah dihantar, sudah tidak boleh dikemaskini lagi. Pemohon hanya boleh semak status permohonan di menu Pengguna – Pertanyaan Status - <ID Permohonan>.

Page 11: TAJUK: MANUAL PENGGUNA SISTEM E-VETTING · PDF fileLog keluar dari sistem dengan klik butang ˝Log Keluar ... Log masuk semula ke dalam sistem dengan menggunakan ID ... • Borang

PANDANGAN PENGESAH JABATAN.

Log masuk menggunakan ID Pengguna yang diberi.

• Senarai permohonan dari jabatan pengesah tersebut yang perlu disahkan akan terpapar. Klik pada No KP pemohon yang ingin disahkan.

• Sekiranya senarai tidak terpapar, pergi ke menu Pengesah Jabatan – Senarai Permohonan Baru.

• Maklumat permohonan akan terpapar.

• Baca dengan teliti kesemua maklumat yang dihantar.

• Sekiranya kesemua maklumat tersebut betul dan sah, sila buat pengesahan di ruangan Keputusan di bahagian paling bawah halaman, bahagian Pengesahan Permohonan.

• Jika sah, pilih dropdown “Sah”.

• Jika tidak sah, pilih dropdown “Tidak Sah”.

Page 12: TAJUK: MANUAL PENGGUNA SISTEM E-VETTING · PDF fileLog keluar dari sistem dengan klik butang ˝Log Keluar ... Log masuk semula ke dalam sistem dengan menggunakan ID ... • Borang

• Seterusnya, klik butang Sah Jabatan.

Page 13: TAJUK: MANUAL PENGGUNA SISTEM E-VETTING · PDF fileLog keluar dari sistem dengan klik butang ˝Log Keluar ... Log masuk semula ke dalam sistem dengan menggunakan ID ... • Borang
Page 14: TAJUK: MANUAL PENGGUNA SISTEM E-VETTING · PDF fileLog keluar dari sistem dengan klik butang ˝Log Keluar ... Log masuk semula ke dalam sistem dengan menggunakan ID ... • Borang

• Setelah mengesahkan permohonan, log keluar dari sistem.

• Pengesahan pengesah jabatan selesai.

_____________________________________________________________________________________

No. telefon pegawai untuk dihubungi:

1. En. Khairul Anwar bin Hj. Zakaria: (03) 88726007

2. En. Roselan bin Mohamed: (03) 88726008

3. En. Ahmad Tarmizi b Abd Shukor: (03) 88726023

4. Pn. Norlaili Bt Abdul Hamid: (03) 88726132