kembara budaya : seni pembuatan gambus

18
1 Kembara Budaya : Seni Pembuatan Gambus Rasanya aku masih belum menulis tentang ini. Tentang tugasan Kembara Budaya di Batu Pahat, Johor pada bulan Januari yang lalu. Mercu tanda Batu Pahat, Batu dan Pahat.. Tugasan ini membawa aku ke Kampung Rahmat, Batu Pahat. Nak cari kampung ni memang mudah sebab jalan nak ke kampung tu memang ada batu penanda yang jelas. Ada replika gambus juga. Tapi masalahnya, jalan itu bukan jalan sebenar untuk ke Kampung Rahmat. Boleh lalu juga, tapi tanggung risiko lah kalau tayar kereta pancit. Sebenarnya jalan tu belum disiapkan, masih lagi jalan bertanah merah. Jalan sebenarnya terletak ke belakang sedikit dari jalan ini, di persimpangan jalan di mana terletaknya sebuah warung kopi.

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kembara Budaya : Seni Pembuatan Gambus

1

— Kembara Budaya : Seni Pembuatan Gambus —

Rasanya aku masih belum menulis tentang ini. Tentang tugasan Kembara Budaya di Batu

Pahat, Johor pada bulan Januari yang lalu.

Mercu tanda Batu Pahat, Batu dan Pahat..

Tugasan ini membawa aku ke Kampung Rahmat, Batu Pahat. Nak cari kampung ni memang

mudah sebab jalan nak ke kampung tu memang ada batu penanda yang jelas. Ada replika

gambus juga. Tapi masalahnya, jalan itu bukan jalan sebenar untuk ke Kampung Rahmat.

Boleh lalu juga, tapi tanggung risiko lah kalau tayar kereta pancit. Sebenarnya jalan tu belum

disiapkan, masih lagi jalan bertanah merah. Jalan sebenarnya terletak ke belakang sedikit dari

jalan ini, di persimpangan jalan di mana terletaknya sebuah warung kopi.

Page 2: Kembara Budaya : Seni Pembuatan Gambus

2

Jalan ke Kampung Rahmat...

Replika gambus dan gendang silat (belum siap)

Page 3: Kembara Budaya : Seni Pembuatan Gambus

3

Setelah bertanya kepada seorang pakcik di warung kopi, dan seterusnya bertanya lagi kepada

seorang pakcik keselamatan, dan selepas itu tersesat dan tersasar ke jalan yang pelik, kami

akhirnya mengalah. Pak Mat kami hubungi untuk meminta bantuan. Tak sampai lima minit,

kelihatan Pak Mat menunggang motosikalnya, lalu menghampiri kami dan menunjukkan

kami jalan ke rumah beliau.

Dari raut wajahnya, aku menganggarkan usia beliau tidak kurang dari separuh abad. Melihat

dia menggenggam gambus buatan tangannya, dapat aku rasakan perasaan bangga dengan

hasil kerjaan tangan dan jari-jemari beliau. Ternyata, tanpa ragu dia mencurahkan sepenuh

keringatnya demi meneruskan warisan budaya Melayu ini.

Pak Mat Gambus, nama gelaran diberi. Beliau merupakan salah seorang dari pembuat

gambus yang amat terkenal, malah hasil buatan gambusnya turut menjadi perhatian di luar

negara. Permintaan juga tidak pernah merosot, setiap bulan sentiasa ada tempahan, tidak

kiralah dari dalam atau luar negara.

Aku meneliti dengan jelas hasil buatan tangan Pak Mat. Sungguh berseni. Ukiran di tengah,

cukup halus. Pertama kali dalam hidupku memegang gambus, sesekali cuba memetik talinya.

Tapi sumbang.

“Ah.. aku ni. Main gitar pun tak pandai, apa lagi nak main gambus…,” bisik hati sendiri.

Page 4: Kembara Budaya : Seni Pembuatan Gambus

4

Gambus, tapi belum siap.

Tanpa melengahkan masa, Pak Mat terus bersedia untuk memulakan rakaman. Kali ini kami

memilih konsep santai, di luar rumah Pak Mat. Sebenarnya, sebelum masuk ke rumah Pak

Mat, aku sudah meninjau persekitaran rumah ini. Akhirnya kami bersepakat untuk

mengadakan wawancara di luar rumah beliau.

Page 5: Kembara Budaya : Seni Pembuatan Gambus

5

Proses Pembuatan Gambus – Pemilihan Kayu

Pembuatan gambus, bermula dari pemilihan kayu. Kayu diambil dari batang pokok yang

ditebuk di bahagian tengah. Kayu yang dipilih hendaklah berkualiti. Kalau bercakap tentang

kualiti, sudah tentulah Pak Mat yang lebih arif. Aku hanya melihat sahaja, kerana aku tidak

tahu bagaimana membezakan kayu yang berkualiti atau tidak. Sumber kayu Pak Mat perolehi

dari kawasan sekitar. Logik juga kerana sekeliling rumah Pak Mat memang dikelilingi

pokok-pokok kelapa sawit, durian, rambutan dan sebagainya. Ada juga batang pokok yang

dibeli oleh Pak Mat dari penduduk kampung.

Page 6: Kembara Budaya : Seni Pembuatan Gambus

6

Menurut Pak Mat, pada masa dahulu, gambus dibuat menggunakan batang kayu itu sendiri.

Maksudnya, batang kayu itu ditebuk di tengah dan terus dibentuk mengikut bentuk gambus.

Tetapi sekarang, disebabkan bekalan kayu semakin berkurangan, maka kerja pembuatan

gambus diubah suai. Walaubagaimanapun, kualiti gambus tetap tidak berubah.

Selepas kayu dipotong, Pak Mat menggunakan mesin untuk memotong nipis kayu-kayu

tersebut untuk dijadikan badan gambus.

Page 7: Kembara Budaya : Seni Pembuatan Gambus

7

Kemudian, kayu yang sudah menjadi kepingan papan yang nipis itu akan direndam dalam air

semalaman. Ini untuk memastikan kayu tersebut benar-benar kuat dan tahan lama.

Page 8: Kembara Budaya : Seni Pembuatan Gambus

8

Melayur papan

Setelah papan direndam, kerja-kerja melayurkan papan dilakukan. Melayurkan papan di atas

api ini bertujuan untuk membengkokkan papan. Kerja-kerja ini perlu dilakukan dengan

berhati-hati, silap langkah, papan yang lembut dan nipis ini akan patah. Papan yang patah

tidak boleh digunakan lagi dalam pembuatan gambus.

Page 9: Kembara Budaya : Seni Pembuatan Gambus

9

Proses Pembuatan Badan Gambus

Sesudah kerja-kerja melayur papan, Pak Mat akan mengikir papan tersebut hingga menjadi

tajam di bahagian hujungnya. Papan inilah yang akan menjadi badan gambus. Beberapa

keping papan diperlukan untuk membuat badan gambus.

Page 10: Kembara Budaya : Seni Pembuatan Gambus

10

Dengan menggunakan paku dan gam, setiap keping papan ini akan dicantumkan berpandukan

acuan (mould) yang telah tersedia. Bergantung kepada saiz yang ditempah, Pak Mat

mencantum setiap papan. Di sini kreativiti Pak Mat terserlah. Papan disusun 2 warna

berselang-seli bagi menambahkan kecantikan rupa bentuk gambus buatan Pak Mat.

Page 11: Kembara Budaya : Seni Pembuatan Gambus

11

Untuk menguatkan struktur binaan gambus, apit-G digunakan untuk menetapkan kedudukan

papan tersebut.

Page 12: Kembara Budaya : Seni Pembuatan Gambus

12

Gambus yang separuh siap ini akan dibiarkan sehari untuk memastikannya betul-betul kukuh.

Page 13: Kembara Budaya : Seni Pembuatan Gambus

13

Penutup Gambus

Kemudian, Pak Mat menunjukkan pula cara-cara membuat penutup gambus. Penutup gambus

ni ada motif kerawang yang diukir sendiri oleh Pak Mat.

Page 14: Kembara Budaya : Seni Pembuatan Gambus

14

Aku melihat jejari Pak Mat dengan kemas memotong kayu ini untuk dijadikan ukiran.

Ternyata pengalaman dan kepakarannya amat luas. Tak sampai 10 minit, ukiran yang nampak

rumit ini berjaya disiapkan.

Page 15: Kembara Budaya : Seni Pembuatan Gambus

15

Kebanyakan motif dibuat sendiri oleh Pak Mat. Ini menjadikan hasil kerja Pak Mat lebih unik

berbanding yang lain-lain.

Page 16: Kembara Budaya : Seni Pembuatan Gambus

16

Setelah motif kerawang selesai diukir, ianya akan ditampalkan pada penutup gambus. Di

bahagian dalamnya, Pak Mat mengemaskan lagi gambus buatannya dengan silangan tali dan

gam.

Kemasan

Akhir sekali, kerja-kerja kemasan gambus dilakukan. Ini termasuklah memasang tali pada

gambus. Bagi memastikan bunyinya tidak sumbang, sejenis alat digunakan untuk menguji tali

yang dipasang.

Page 17: Kembara Budaya : Seni Pembuatan Gambus

17

Aku yakin ramai antara anak muda zaman sekarang tak kenal dengan alat muzik tradisional

ni. Mungkin juga ada yang baru pertama kali mendengar namanya, apa lagi irama gambus,

mungkin langsung tak pernah dengar.

Usaha Pak Mat untuk terus menghidupkan warisan Melayu ini amat dikagumi. Beliau juga

telah menurunkan ilmu membuat gambus kepada anak-anak muda di sekitar kawasan itu.

Malah, yang lebih membanggakan, anak beliau juga mahir membuat gambus. InsyaAllah,

dengan kemahiran yang telah diwarisi dari ayahnya, alat muzik gambus akan terus kekal

untuk generasi akan datang.

Page 18: Kembara Budaya : Seni Pembuatan Gambus

18

Kepada sesiapa yang ingin mendalami lebih lagi tentang gambus, boleh hubungi Pak Mat

di nombor yang tertera di atas.

Sesiapa yang ingin menyaksikan persembahan Hamdolok yang menggunakan gambus

sebagai alat muzik utama juga boleh menghubungi beliau.

Nukilan: Maz Arifa

11 Ogos 2011