tajuk 6_fisiologi peredaran darah

10
Fisiologi Peredaran Darah Peredahan Kadiak / Koronari / Peredaran Pulmonari Peredaran Sistemik

Upload: janetthy-lurve-chai

Post on 07-Dec-2015

236 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

peredaran darah

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 6_Fisiologi Peredaran Darah

Fisiologi Peredaran Darah

Peredahan Kadiak / Koronari / Peredaran Pulmonari Peredaran Sistemik

Page 2: Tajuk 6_Fisiologi Peredaran Darah

Regulasi Kardiovaskular

•Bekalan saraf ke jantung adalah saraf parasimpatetik dan simpatetik dari pusat kardiovaskular di Medulla Oblangata).•Saraf vagus parasimpatetik membekalkan impuls ke SA dan AV node dan menyebabkan kadar denyutan jantung. •Saraf simpatetik pula membekalkan impuls ke SA dan AV node dan otot myokardium di atrium dan ventriker menyebabkan kadar denyutan jantung meningkat.

Page 3: Tajuk 6_Fisiologi Peredaran Darah

Regulasi Kardiovaskular

•Output kardiak (CO) adalah jumlah darah dalam liter yang dipam keluar dari ventriker dalam masa 1 minit dan dikira dengan formula: CO = Isipadu strok x kadar denyutan jantung = SV x HR •Kawalan output kardiak ‘Isipadu Strok’ (SV) adalah jumlah darah yang dipam keluar dari ventrikel dalam setiap denyutan jantung. •Denyutan jantung normal semasa rehat (dewasa) adalah 60-80 denyutan/min.•Untuk seorang dewasa yang sihat dalam keadaan rehat isipadu strok adalah lebih kurang 70ml dan kadar denyutan jantung adalah 72 kali/min. Jadi output kardiak, CO = SV x HR = 70 x 72 = 5040 ml/min = 5.04 L/min. •Output kardiak dalam keadaan rehat = 5L/min. Semasa senaman CO bertambah. Untuk seorang atlet, CO lebih tinggi. Jadi perubahan pada CO dipengaruhi oleh isipadu strok dan kadar denyutan jantung.

Page 4: Tajuk 6_Fisiologi Peredaran Darah

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar denyutan jantung

a. Bekalan sistem saraf autonomi merupakan faktor utama dalam merangsangkan kadar denyutan jantung. Saraf simpatetik meningkatkan kadar denyutan jantung manakala saraf simpatetik menurukan kadar denyutan jantung.b. Bahan kimia dalam sistem peredaran seperti catecholamines, adrenaline dan noradrenalin merupakan hormon yang dihasilkan oleh kelenjar medulari dan adrenal mempunyai kesan rangsangan seperti saraf simpatetik. Hormon tirosin meningkatkan kadar denyutan jantung akibat kesan metabolik. Kesan sesetengah ubatan boleh melambatkan atau mencepatkan kadar denyutan jantung. Contohnya dopamine mempercepatkan denyutan jantung manakala digoxin melambatkan denyutan jantung.

Page 5: Tajuk 6_Fisiologi Peredaran Darah

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar denyutan jantung

c. Senaman menyebabkan otot menjadi aktif dan memerlukan bekalan darah yang lebih. Jantung mengepam dengan lebih laju untuk memenuhi keperluan ini. d. Status emosi seperti excitement/keghairahan, ketakutan dan kerisauan.e. Jantina, wanita mempunyai kadar denyutan yang lebih cepat dari lelaki. f. Umur, bayi mempunyai kadar denyutan yang lebih daripada kanak-kanak dan orang dewasa. g. Suhu, kadar denyutan berubah mengikut perubahan suhu badan.

Page 6: Tajuk 6_Fisiologi Peredaran Darah

Tekanan darahTekanan darah merupakan kuasa untuk menolak darah melalui semua salurannya. Apabila darah mengalir dan

menegangkan salurannya dan ketegangan ini boleh disukat dengan jangka tekanan darah

(sphygmomanometer) dalam bacaan mmHg (milimeter of mercury).

Dua bacaan iaitu diastolik dan sistolik digunakan. Sistolik ialah bacaan tertinggi semasa penguncupan ventrikel

(dewasa lebih kurang 120mmHg). Diastolik ialah bacaan terendah semasa relaksasi ventrikel (dewasa lebih kurang

80mmHg).

Page 7: Tajuk 6_Fisiologi Peredaran Darah

Tekanan darah

Tekanan darah yang tinggi secara berterusan dikatakan mengalami masalaha darah tinggi (Hypertension) dan boleh mendatangkan komplikasi seperti:

serangan jantung strok kegagalan jantung kerosakan buah ginjal

Page 8: Tajuk 6_Fisiologi Peredaran Darah

Sistem kardiovaskular dan umur

•Saiz jantung biasanya meningkat mengikut umur akibat pengumpulan lemak di epikardium dan myokardium. •Kuasa penguncupan dan relaksasi myokardium merosot, kadar nadi rehat dan keupayaan kadar nadi maksimum turut menurun apabila umur meningkat. Kapasiti kekuatan penguncupan jantung merosot 1% setiap tahun selepas umur 30.

Page 9: Tajuk 6_Fisiologi Peredaran Darah

Sistem kardiovaskular dan umur

•Ketebalan dinding arteri meningkat dan menyebabkannya kurang elastik. Hipertensi (tekanan darah tinggi) akibat sakit pinggang dan atherosclerosis meningkatkan peluang thrombosis kononari dan sakit jantung dalam kalangan warga tua.•Kehadiran vena varikos meningkat dengan umur, terutamanya pekerja yang berdiri lama. Vena varikos akibat thromboembolisme statik di cabang arteri pulmonari boleh membawa maut.

Page 10: Tajuk 6_Fisiologi Peredaran Darah

Habis darah.....

Kita belajoSistem endokrina pulok