tajuk 3 makna leksikal

Upload: syahieda-salleh

Post on 30-Oct-2015

56 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

tajuk tiga

TRANSCRIPT

Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu

Makna Leksikal dalam Bahasa MelayuMakna LeksikalMakna leksikal ialah makna sesuatu kata itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dalam ayat).Makna leksikal boleh dianggap sebagai makna kamus; makna kata yang diperolehi daripada kamus. Terdapat beberapa bahagian makna leksikal dalam tajuk ini untuk subjek BMM3111 iaitu:

sinonim dan antonimhiponim dan homonimpolisem

Sinonim Sinonim membawa maksud kesamaan makna perkataan iaitu kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama bentuk kata tersebut berbeza.Terdapat empat jenis sinonim iaitu:

Sinonim Pinjaman- contohnya kata [batas] dalam dialek kedah ialah timbunan tanah yang dijadikan sempadan petak-petak sawah manakala maksud kata ini dalam bahasa melayu boleh juga diertikan sebagai 'had' seperti frasa 'batas pergaulan'.

Sinonim Konteks- perkataan yang sama maknanya tetapi dalam konteks yang berbeza bentuk kata yang berbeza digunakan. contohnya [undang] digunakan dalam konteks tulisan manakala [jemput] digunakan dalam konteks lisan.

Sinonim Laras Sosial -perkataan yang mempunyai maksud yang sama tetapi berbeza mengikut peringkat atau status. contohnya perkataan [penyanyi] dan [biduan] mempunyai maksud yang sama tetapi [biduan] bermaksud penyanyi yang mempunya 'status' yang lebih tinggi dalam profesion seni suara.

Sinonim Kolokasi- maksud yang hampir sama maknanya.contohnya [ramai] dan [banyak].

AntonimAntonim bererti pertentangan makna kata atau kata-kata yang mempunyai makna yang berlawanan.Terdapat tiga jenis antonim iaitu:

Antonim Pasangan Komplemen -pasangan yang melengkapi satu sama lain.contohnya tidur-jaga, hidup-mati, sihat-sakit.Antonim Hubungan Darjat/Antonim Berperingkat - contohnya seperti besar-kecil,tebal-nipis,panjang-pendek.Antonim Berhubungan - kata berlawanan yang mempunyai makna setara.contohnya seperti beri-terima,jual-beli,majikan-pekerja.

HiponimHiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Hiponim juga bermaksud kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus.Contohnya:bunga - melur - orkid- kekwa- anggerik

HomonimHomonim pula merujuk kepada hubungan antara kata. Hiponim juga bererti dua kata atau lebih yang mempunyai bunyi atau ejaan yang sama tetapi berlainan makna.

Terdapat dua jenis hiponim iaitu:

Homofon- kata yang sebutannya/bunyinya sama tetapi berlainan maksud. contohnya [mereka] boleh membawa erti bagi kata ganti nama orang dan juga boleh bererti kata perbuatan/kerja mencipa sesuatu.

Homograf- kata yang ejaannya sama tetapi berlainan maksud. contohnya [sepak] boleh bererti tendang dan juga tampar.

PolisemPolisem ialah kata yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual ataupun sedarjah.

Faktor kata mempunyaibanyak makna ialah:Keadaan semula jadi (polisem tulen)Konteks (polisem konteks)

contohnya polisem ialah seperti kata [bisa]- memberi makna boleh atau sakit sangatcontoh seterusnya kata [tentang] lawan /kata bantu yang membawa maksud berkaitan sesuatu perkara

RumusanRujukan