fungsi leksikal perkataan arab dalam terjemahan hadith arab – melayu-2

23
Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-15 (PPA15), Kuala Lumpur, 25-27 Ogos 2015 FUNGSI LEKSIKAL PERKATAAN ARAB DALAM TERJEMAHAN HADITH ARAB – MELAYU Salinah Jaafar Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur Malaysia [email protected] Siti Ruhaizah Che Mat Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur Malaysia [email protected] Abstrak Bahasa Arab merupakan bahasa teras yang digunakan oleh ilmuan Islam dalam pelbagai disiplin ilmu terutamanya ilmu agama. Penggunaan bahasa ini adalah bersesuaian dengan bahasa yang digunakan dalam rujukan utama segala ilmu Islam, iaitu Al-Quran dan Hadith. Ulama' fikah serta ulama’ hdith turut menggunakan bahasa Arab dalam membahas dan membentangkan hukum-hukum serta penerangan yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadith melalui karya-karya mereka. Oleh itu 1

Upload: salinah-jaafar

Post on 08-Dec-2015

52 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

Bahasa Arab merupakan bahasa teras yang digunakan oleh ilmuan Islam dalam pelbagai disiplin ilmu terutamanya ilmu agama. Penggunaan bahasa ini adalah bersesuaian dengan bahasa yang digunakan dalam rujukan utama segala ilmu Islam, iaitu Al-Quran dan Hadith. Ulama' fikah serta ulama’ hdith turut menggunakan bahasa Arab dalam membahas dan membentangkan hukum-hukum serta penerangan yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadith melalui karya-karya mereka. Oleh itu penguasaan ilmu-ilmu agama memerlukan kepada penguasaan bahasa Arab.Walaupun ilmu tersebut boleh difahami dengan membaca sumber rujukan bahasa ibunda, namun ia belum pasti dapat menjamin kefahaman yang sebenar. Apatah lagi, istilah-istilah yang digunakan dalam penerangan dan penterjemahan hadith dalam penulisan bahasa Melayu pada masa kini sentiasa dikekalkan dengan penggunaan bahasa asal. Pengekalan ini mungkin kerana istilah-istilah itu telah menjadi kelaziman pertuturan masyarakat Melayu atau pun kerana sukar diterjemahkan kepada bahasa Melayu. Istilah dalam ilmu hadith ini jarang dialih bahasa kepada bahasa Melayu oleh penulis-penulis. Salah faham terhadap makna istilah berkenaan adalah sesuatu yang mesti diberi perhatian, dan pengetahuan serta kefahaman terhadap istilah ini juga perlu ditingkatkan terutamanya apabila istilah bahasa Arab ini memainkan peranan penting dalam konteks pengamalan ibadah harian Muslim. Kertas ini akan meneliti fungsi leksikal perkataan bahasa Arab yang digunakan dalam terjemahan hadith sahih Arab-Melayu. Analisis hanya berfokus kepada konsep “solat” yang diteliti berdasarkan hadith Jami’ Tirmizi di bawah topik solat.

TRANSCRIPT

Page 1: Fungsi Leksikal Perkataan Arab Dalam Terjemahan Hadith Arab – Melayu-2

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-15 (PPA15), Kuala Lumpur, 25-27 Ogos 2015

FUNGSI LEKSIKAL PERKATAAN ARAB DALAM TERJEMAHAN HADITH

ARAB – MELAYU

Salinah Jaafar

Akademi Pengajian Melayu

Universiti Malaya

50603 Kuala Lumpur

Malaysia

[email protected]

Siti Ruhaizah Che Mat

Akademi Pengajian Melayu

Universiti Malaya

50603 Kuala Lumpur

Malaysia

[email protected]

Abstrak

Bahasa Arab merupakan bahasa teras yang digunakan oleh ilmuan Islam dalam pelbagai

disiplin ilmu terutamanya ilmu agama. Penggunaan bahasa ini adalah bersesuaian dengan

bahasa yang digunakan dalam rujukan utama segala ilmu Islam, iaitu Al-Quran dan Hadith.

Ulama' fikah serta ulama’ hdith turut menggunakan bahasa Arab dalam membahas dan

membentangkan hukum-hukum serta penerangan yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadith

melalui karya-karya mereka. Oleh itu penguasaan ilmu-ilmu agama memerlukan kepada

penguasaan bahasa Arab.Walaupun ilmu tersebut boleh difahami dengan membaca sumber

rujukan bahasa ibunda, namun ia belum pasti dapat menjamin kefahaman yang sebenar. Apatah

lagi, istilah-istilah yang digunakan dalam penerangan dan penterjemahan hadith dalam

penulisan bahasa Melayu pada masa kini sentiasa dikekalkan dengan penggunaan bahasa asal.

Pengekalan ini mungkin kerana istilah-istilah itu telah menjadi kelaziman pertuturan

1

Page 2: Fungsi Leksikal Perkataan Arab Dalam Terjemahan Hadith Arab – Melayu-2

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-15 (PPA15), Kuala Lumpur, 25-27 Ogos 2015

masyarakat Melayu atau pun kerana sukar diterjemahkan kepada bahasa Melayu. Istilah dalam

ilmu hadith ini jarang dialih bahasa kepada bahasa Melayu oleh penulis-penulis. Salah faham

terhadap makna istilah berkenaan adalah sesuatu yang mesti diberi perhatian, dan pengetahuan

serta kefahaman terhadap istilah ini juga perlu ditingkatkan terutamanya apabila istilah bahasa

Arab ini memainkan peranan penting dalam konteks pengamalan ibadah harian Muslim. Kertas

ini akan meneliti fungsi leksikal perkataan bahasa Arab yang digunakan dalam terjemahan

hadith sahih Arab-Melayu. Analisis hanya berfokus kepada konsep “solat” yang diteliti

berdasarkan hadith Jami’ Tirmizi di bawah topik solat.

Kata kunci: hadith, fungsi leksikal, terjemahan, bahasa Arab.

2

Page 3: Fungsi Leksikal Perkataan Arab Dalam Terjemahan Hadith Arab – Melayu-2

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-15 (PPA15), Kuala Lumpur, 25-27 Ogos 2015

PENGENALAN

Leksikal atau kosa kata Arab telah meresap masuk ke dalam bahasa dan jiwa orang Melayu sejak

ratusan tahun dahulu dan ia mula tersebar secara meluas setelah Islam tersebar di Nusantara,

iaitu di Pasai pada abad ke-13 Masihi lagi. Sejarah kegemilangan Islam di Melaka pada abad ke-

15 hingga abad ke-17 pula telah menyebabkan banyak leksikal-leksikal bahasa Arab yang

digunakan dalam penulisan karya agama yang diusahakan oleh ramai ulama-ulama seperti

Hamzah Sumatrani, Abdul Rauf Singkel serta Syeikh Daud Fatani. Hasilnya, perkataan Arab

telah menjadi salah satu penyumbang kepada pengayaan serta kelestarian bahasa Melayu itu

sendiri. Proses dan usaha peminjaman dan penyerapan kosa kata Arab ini adalah penting kerana

perkara-perkara berikut, khususnya dalam pembinaan negara bangsa mengikut kerangka konsep

Islam Hadhari. Antaranya adalah seperti berikut:

i. Islam ialah teras kepada kebudayaan Melayu selain menjadi personaliti yang

mencorakkan seluruh hati budi bangsa Melayu. Justeru, penyerapan nilai-nilai Islam,

khususnya dalam konsep Islam Hadhari, dalam mana-mana aspek sosio-budaya Melayu

termasuk bahasa, boleh menjadi teras kebudayaan kebangsaan.

ii. Istilah dan perkataan dalam al-Quran dan al-Hadith yang berbahasa Arab mempunyai

intisari nilai-nilai Islam. Oleh itu, penyerapan istilah dan kosa kata Arab akan

mengukuhkan jati diri dan sahsiah kebangsaan warga Melayu.

iii. Mengimbangi arus sekularisme bahasa yang merupakan salah satu agenda Orientalis,

Zionis dan aliran pemikiran anti agama seperti Komunisme. Arus ini perlu diimbangi

dengan usaha menerapkan nilai dan bahasa Islam (bahasa Arab) ke dalam bahasa

Melayu.

PENGAJIAN HADITH

Pengajian hadith merupakan satu bidang yang semakin berkembang dan mendapat perhatian

serius dari banyak pihak. Boleh dikatakan bahawa rata-rata universiti yang menawarkan

program Pengajian Islam mempunyai kursus dan jabatan yang berkaitan dengan Pengajian

hadith. Disiplin tentang pengajian hadith ini boleh dikategorikan seperti berikut:

1. ‘Ulum Al-Hadith

3

Page 4: Fungsi Leksikal Perkataan Arab Dalam Terjemahan Hadith Arab – Melayu-2

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-15 (PPA15), Kuala Lumpur, 25-27 Ogos 2015

Ulum Al-Hadith merupakan satu disiplin pengajian ilmu yang terpenting kerana ia melibatkan

pengajian hadith yang merupakan sumber kedua kepada syariat Islam. Ulum Al-Hadith

merupakan suatu ilmu yang mengkaji tentang metode-metode bagi mengenal pasti penerimaan

aau penolakan sesebuah hadith sama ada saripada aspek sanad ataupun matannya.

2. Ilmu Hadith Riwayah : Ilmu Hadith Riwayah ialah suatu ilmu yang mengkaji tentang

periwayatan hadith-hadith Rasulullah SAW, sama ada dari aspek perkataan, perbuatan,

pengakuan dan sifatnya. Perkara yang dimaksudkan dengan riwayat di sini bukan sahaja sekadar

memindah atau meriwayatkan hadith sehingga sampai kepada kita. Tetapi riwayat yang penuh

teliti, tepat dan amanah. Ini termasuk pengertian lafaz-lafaz hadith tersebut.

3. Ilmu Hadith Dirayah : Ilmu Hadith Dirayah ialah suatu ilmu yang mengkaji tentang hakikat

riwayat, syarat-syarat, jenis-jenis, hukum-hukumnya serta rijal atau perawi hadith. Ia juga

termasuk kajian tentang hadith daripada aspek penerimaan dan juga penolakannya serta

kefahaman tentang nas atau teks hadith.

Berdasarkan definisi di atas, jelas menggambarkan bahawa Ilmu Hadith Riwayah lebih

menekankan soal periwayatan hadith semata-mata, sama ada daripada sudut tulisan, hafalan atau

huraian. Antara faedah ilmu ialah dapat memelihara hadith-hadith Rasulullah SAW daripada

tersilap atau tersalah.

Antara ulama yang menghasilkan karya dalam ilmu ini ialah Imam al-Bukhari dan

Muslim melalui sahihnya. Namun, ulama yang pertama menulis dalam ilmu ini ialah

Muhammad Ibn Syihab al-Zuhri iaitu seorang Tabi’in yang terkenal. Sementara Ilmu Hadith

Dirayah pula lebih menekankan soal metode menentukan hukum sesebuah sanad hadith sama

ada Sahih atau Da’if yang sekali gus menekankan kesahiha sesebuah matan hadith.

Antara faedah Ilmu Hadith Dirayah atau lebih dikenali dengan nama Mustalah al-Hadith

ialah dapat mengetahui hadith ang diterima dan yang ditolak oleh ulama. Ulama yang pertama

menulis dalam ilmu ini ialah al-Qadi Abu Muhammad al-Hasan ibn ‘Abd al-Rahman ibn Khallad

al- Ramahurmuzi melalui kitabnya al-Muhaddith al-Fasil Bayna al-Rawi wa al-Wa’i. Daripada

gambaran tersebut juga menjelaskan bahawa objek kepada Ilmu Hadith Dirayah ialah sanad dan

matan hadith. Sementara objek kepada Ilmu Hadith Riwayah ialah diri Rasulullah SAW.

4

Page 5: Fungsi Leksikal Perkataan Arab Dalam Terjemahan Hadith Arab – Melayu-2

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-15 (PPA15), Kuala Lumpur, 25-27 Ogos 2015

KEPENTINGAN ISTILAH BAHASA ARAB DALAM IBADAH HARIAN

Di dalam disiplin ilmu terutamanya ilmu agama Islam, pengetahuan, kefahaman, dan bahasa

memainkan peranan penting. Ini kerana ilmu agama mempunyai hubung kait yang progresif

antara pengetahuan bahasa, pemahaman ilmu dan kesempurnaan pengamalan. Relatif dengan itu

istilah-istilah tertentu dalam sesuatu bahasa mempunyai keperluan khusus dalam menyampaikan

maksud. Pada umumnya, pembentukan istilah terhasil melalui dua cara, iaitu dengan

menggunakan bahasa asal dan meminjam istilah atau perkataan daripada bahasa lain (Zuraini

Hamisan, 2002: 24). Penggunaan istilah adalah penting bukan sahaja untuk menggambarkan

sesebuah konsep dengan jelas, malah menjadi teras untuk membina pemahaman yang tepat dan

mendirikan hujah ilmiah. Istilah-istilah agama yang berkaitan ilmu hadith juga memainkan

peranan penting dalam kehidupan harian Muslim. Istilah-istilah ini berasal dari terminologi

bahasa Arab sama ada ianya berasal daripada dalil-dalil Al-Quran, Hadith ataupun ijtihad

sahabat r.a, para tabi'in dan ulama-ulama fikah. Selain dari itu, para ilmuan Islam telah

membincangkan perihal peranan bahasa Arab dalam memahami persoalan ilmu hadith. Oleh

yang demikian, ketidakfahaman atau pengabaian terhadap erti istilah yang sebenar yang

dimaksudkan akan membawa kepada kerosakan pengamalan yang sebenarnya

FAKTOR PEMINJAMAN ISTILAH DARI BAHASA ARAB

Kekurangan istilah dalam bahasa Melayu merupakan faktor mengapa peminjaman berlaku untuk

menyampaikan makna dan konsep yang dikehendaki. Perkembangan istilah bahasa Melayu

banyak dipengaruhi oleh kata pinjaman dari bahasa asing seperti Sanskrit, Arab, Latin, Inggeris

dan Belanda. Pengkhususan di dalam bidang fikah banyak menggunakan kata pinjaman atau

istilah daripada bahasa Arab kerana kaitan bahasa dengan agama yang dianuti dan kedudukan

bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran. Dengan adanya istilah pinjaman dari bahasa asing, maka

bahasa Melayu menjadi makin mudah untuk membincangkan sesuatu perkara ataupun ilmu

pengetahuan (Zuraini Hamisan, 2002: 24).

Selain itu, peminjaman istilah juga terjadi antaranya kerana apabila sesuatu perkataan

diterjemahkan, maksudnya menjadi terlalu panjang. Contohnya istilah qasar ialah ‘kelonggaran

yang dibenarkan bagi musafir untuk memendekkan solat fardu empat rakaat kepada dua rakaat’

(Kamus Dewan, 2005: 1261) dan perkataan sembahyang diertikan di dalam kamus dewan

5

Page 6: Fungsi Leksikal Perkataan Arab Dalam Terjemahan Hadith Arab – Melayu-2

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-15 (PPA15), Kuala Lumpur, 25-27 Ogos 2015

sebagai ‘perbuatan menyembah Allah s.w.t’ (Kamus Dewan, 2005: 1435). Jelas bahawa

penggunaan istilah-istilah daripada bahasa Arab lebih menepati maksud dalam pengurusan

keagamaan. Perkembangan ini juga telah wujud seiring dengan faktor masa dan sejarah

semenjak kedatangan Islam ke Tanah Melayu dan hubungan langsung yang dijalankan di antara

penduduk khususnya di Melaka dengan pedagang dari India dan Arab melalui sistem

perdagangan (Zuraini Hamisan, 2002: 24).

Kepentingan memahami istilah pinjaman daripada bahasa Arab terutamanya yang

mencakupi bidang fikah tidak dapat dinafikan demi untuk memastikan kesempurnaan

pelaksanaan dan pengamalan ibadah seseorang Muslim (Yahya Murad, 2004: 3). Malahan

menjadi satu keutamaan untuk memahami istilah-istilah bahasa Arab dalam bab solat dalam ilmu

hadith kerana ia berkait rapat dengan hukum hakam dan pengamalan seharian.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan permasalahan dan persepsi seperti itu, kajian ini Menganalisis fungsi

leksikal bahasa Melayu dalam terjemahan hadith Jami’Tirmizi – Topik Solat dalam 117 teks

hadith. Unit leksikal yang dianalisis merupakan unit leksikal yang dipinjam daripada bahasa

Arab serta istilah-istilah bahasa Arab yang digunakan dalam penerangan hadith Jami' Tirmizi-

TOPIK SOLAT (117 TEKS HADITH). Kajian ini juga melihat ketepatan makna asal bahasa

Arab yang sudah menjadi kosa kata dalam bahasa Melayu yang telah terserap sepenuhnya dalam

jiwa orang Melayu sehinggakan mereka tidak sedar bahawa perkataan itu daripada bahasa

sumbernya adalah bahasa Arab.

FUNGSIL LEKSIKAL

Igor Melcuk (1996:38) mengatakan bahawa fungsi leksikal sebagai:

“...satu kaedah analisis formal yang direka bagi menghuraikan setiap jenis hubungan leksikal

yang wujud antara setiap unit leksikal yang hadir dalam sesebuah teks, yang terkandung

dalam bahasa secara sistematik, padat dan tepat”.

6

Page 7: Fungsi Leksikal Perkataan Arab Dalam Terjemahan Hadith Arab – Melayu-2

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-15 (PPA15), Kuala Lumpur, 25-27 Ogos 2015

Berdasarkan definisi leksikal dan hubungannya dengan makna, fungsi leksikal dalam bahasa

Melayu boleh ditakrifkan sebagai fungsi atau peranan sesuatu bentuk kata yang boleh dilihat

melalui penggunaan sebenar kata tersebut dalam bahasa tanpa menghiraukan kekangan peraturan

atau sistem yang telah disusun oleh ahli bahasa mengenai bahasa tersebut.

Fungsi leksikal ialah satu konsep yang digunakan bagi menghuraikan makna yang

terkandung dalam sesebuah bentuk kata atau unit leksikal berdasarkan kewujudannya dalam ayat

dan frasa. Melalui fungsi leksikal ini makna dan penggunaan sesuatu bentuk kata akan difahami

dengan lebih mudah oleh pengguna-pengguna bahasa. Istilah-istilah seperti kolokasi,

konkordans, lema dan data korpus mempunyai kaitan yang rapat dalam analisis fungsi leksikal

sesuatu bentuk kata. Fungsi leksikal akan memperlihatkan kewujudan leksikal lain yang telah

ditetapkan bagi sesuatu unit leksikal atau leksem. Huraian terhadap kewujudan unit leksikal lain

yang telah ditetapkan adalah boleh diubahsuaikan dalam definisi leksem dan dengan mengikut

peraturan tatabahasa. (Salinah Jaafar: 2005). Namun begitu, dalam konteks penulisan artikel ini,

konsep fungsi leksikal hanya dibincang dengan memberi fokus kepada kewujudan unit leksikal

bahasa Arab yang digunakan dalam terjemahan hadith Jami’Tirmizi – Topik Solat dalam 117

teks hadith.

ANALISIS FUNGSI LEKSIKAL PERKATAAN ARAB DALAM TERJEMAHAN

HADITH ARAB-MELAYU

Berdasarkan hadith yang dikaji, bentuk-bentuk leksikal bahasa Arab yang digunakan dalam

terjemahan hadith ini merupakan unit leksikal yang banyak menghuraikan tentang konsep ibadah

solat. Unit-unit leksikal tersebut adalah seperti rukuk, sujud, iktidal, makmum dan banyak lagi

(seperti yang tersenarai dalam jadual analisis).

rukuk

7

Page 8: Fungsi Leksikal Perkataan Arab Dalam Terjemahan Hadith Arab – Melayu-2

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-15 (PPA15), Kuala Lumpur, 25-27 Ogos 2015

ENTRI DEFINISI RUJUKAN

rukuk

�وع ُك الُّر�

1. membongkokkan badan dalam

sembahyang (dengan tangan

ditekankan ke lutut sehingga

paras belakang dan kepala sama

rata);

2. membongkok; merukuk =

duduk ~ (duduk) membongkok

(menunduk) dlm keadaan rukuk

Kamus Dewan Edisi

Keempat (2007:1349)

rukuk 1. rukuk membongkok,

2.Isl (Islam) perbuatan

membongkok pada waktu solat,

dengan tangan ditekankan ke

lutut sehingga belakang

(punggung) dan kepala sama

rata, 3. Isl melakukan rukuk.

Kamus Nusantara Edisi

Pertama (2003: 2306)

rukuk Membungkukkan Kamus Arab

Melayu-Inggeris

1996:126

rukuk Menundukkan kepala Kamus Marbawi

1929 : 248

Perkataan “rukuk” dalam bahasa Arab bermaksud membongkok, tunduk atau patuh. Dalam

bahasa Melayu rukuk digunakan sebagai merujuk kepada satu pergerakan dalam sembahyang

yang ditafsir sebagai “membongkokkan badan dalam sembahyang (dengan tangan ditekankan ke

lutut sehingga paras belakang dan kepala sama rata). Berdasarkan hadith, perkataan rukuk

membawa fungsi leksikal yang mempunyai maksud yang bukan sekadar menundukkan kepala

sahaja tetapi lebih kepada

makmum

makmum 1. Ar. (Arab) 1. Pengikut imam dalam

sembahyang : sembahyang berjemaah itu

Kamus Dewan Edisi

Keempat (2007:983)

8

Page 9: Fungsi Leksikal Perkataan Arab Dalam Terjemahan Hadith Arab – Melayu-2

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-15 (PPA15), Kuala Lumpur, 25-27 Ogos 2015

ialah sembahyang yang mempunyai

perhubungan antara ~ dengan imam;

2.bp (bahasa percakapan) menurut,

mengikut : dia hendak ~ sahaja.

Makmum merujuk (معموم) merujuk pada mereka yang

melaksanakan salat secara berjama'ah dan bertindak sebagai anggota atau ahli yang solat di

belakang imam (pemimpin). Penggunaan perkataan makmum dalam terjemahan hadith sebagai

huraian kepada solat berjemaah secara umum menepati fungsi leksikal makmum dalam bahasa

Melayu.

al buruk

al-buruk

مجموعة : / الصدر البُّرك

اإلبل من

صدره والتصق ناخ

باألرض

dada kumpulan unta

merebahkan diri dan melekatkan dada ke

bumi.

( 2011الطالب 41-

42(

بُّروُكا duduk atas dadanya Kamus Khalil

(2012:164)

بُّرك dada unta yang tersentuh dengan tanah

ketika duduk/kelompok unta

kamus Khalil

(2012 : 164)

Perkataan al-buruk dalam bahasa Arab merujuk kepada cara unta duduk. Penggunaan perkataan

buruk dalam terjemahan ini tidak menepati fungsi leksikal buruk itu sendiri dalam bahasa

Melayu. Penterjemah menterjemah buruk kepada untuk duduk, namun begitu konsep unta duduk

tidak ada dalam budaya bahasa Melayu. Penggunaan perkataan al buruk dalam hadith yang

dikaji adalah seperti berikut:

1. Dilarang bagi orang yang sujud dalam solat menyerupai unta ketika duduk. Maksud lafaz

al-buruk ialah mendahulukan dua-dua tangannya sebelum dua kakinya. Justeru hadith

ini melarang mendahulukan dua tangan sebelum lutut ketika sujud supaya tidak

menyerupai cara unta ketika duduk.

9

Page 10: Fungsi Leksikal Perkataan Arab Dalam Terjemahan Hadith Arab – Melayu-2

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-15 (PPA15), Kuala Lumpur, 25-27 Ogos 2015

Fungsi leksikal al-buruk dalam hadith tersebut merujuk kepada pergerakan atau perlakuan yang

dibuat oleh unta ketika duduk. Dalam bahasa Melayu, konsep al-buruk adalah sesuatu yang

tidak lazim dilihat kerana unta merupakan haiwan yang jarang ditemui di alam Melayu. Adalah

sukar untuk mendapatkan padanan unta duduk dalam bahasa Melayu kerana cara unta duduk

tidak sama dengan cara haiwan lain yang biasa dilihat dalam alam Melayu duduk. Fungsi

leksikal al-buruk akan lebih mudah difahami jika disertakan dengan illustrasi pergerakan unta

ketika duduk.

sujud

sujud Ar. (Arab) 1. Berlutut sambil meletakkan

dahi ke lantai dalam bersembahyang dan

lan-lain : perbuatan rukuk dan dan ~ itu

merupakan penghormatan daripada

seseorang hamba kepada Allah;

2. sembah ~ memberi hormat dengan

bertelut sambil menundukkan kepala ke

tanah (kepada raja, orang yang ditakuti, dan

lain-lain : ia ~ pada kaki baginda dengan

takutnya.

3. ki (kiasan) menghormati akan, patuh

kepada : habis dia tak ~ pada agama Islam

sebelum mati?

~ sahwi sujud sebanyak dua kali yang sunat

dilakukan selepas tahiyat akhir sebelum

salam kerana terlupa melakukan sesuatu

seperti membaca doa qunut, tahiyat awal

dan ragu tentang bilangan rakaat.

Kamus Dewan

Edisi Keempat

(2007:1535)

Perkataaan sujud berasal dari bahasa Arab yang membawa maksud menyembah Allah dengan

meletakkan dahi ke atas tikar sembahyang yang mengadap kiblat. Fungsi leksikal sujud dalam

bahasa Melayu telah berkembang kepada aktiviti menyembah raja atau sebagai tanda

10

Page 11: Fungsi Leksikal Perkataan Arab Dalam Terjemahan Hadith Arab – Melayu-2

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-15 (PPA15), Kuala Lumpur, 25-27 Ogos 2015

menghormati atau patuh kepada orang yang lebih tua atau lebih berkuasa. Pengajaran tentang

sujud yang dinyatakan dalam hadith yang dikaji menerangkan tentang cara sujud yang betul

yang perlu diikuti oleh orang Islam. Contohnya:

Daripada Abu Humayd As Sa'idi berkata: Nabi SAW ketika sujud akan menekapkan hidung dan

dahinya ke bumi, menjauhkan dua tangan daripada rusuknya dan meletakkan dua tapak

tangannya sejajar dengan dua bahu.

Al-kalb

al-kalb bermaksud meletakkan dua lengannya di

bumi seperti anjing.

Penggunaan al kalb dalam hadith dihuraikan sebagai cara anjing meletakkan dua tangan di bumi.

Keadaan anjing duduk ini dikaitkan dengan cara sujud yang digambarkan seperti anjing. Cara

duduk seperti ini merupakan cara salah dalam bersujud. Fungsi leksikal al kalb ini tidak jelas,

huraian yang merujuk kepada cara sujud ini juga memerlukan justifikasi dalam bahasa Melayu.

Iftirash

iftirash Ar. (Arab) = duduk (dalam solat) dengan

telapak kaki kiri dijadikan alas untuk duduk

sementara telapak kaki kanan ditegakkan

dengan jari-jari kaki kanan menghadap

kiblat (ketika duduk antara dua sujud dan

duduk membaca tahiyat awal.

Kamus Dewan

Edisi keempat

(2007:560)

iftirasy Ar, duduk ~ duduk (dalam solat) dengan

telapak kaki kiri dijadikan alas untuk duduk

sementara telapak kaki kanan ditegakkan

dengan jari-jari kaki kanan menghadap

kiblat (ketika duduk antara dua sujud dan

duduk membaca tahiyat awal).

Kamus Dewan

Edisi keempat

(2007:560)

Fungsi leksikal iftirash dalam terjemahan hadith yang dikaji merujuk melipatkan kiri dan

meletakkan tangan kiri di atas peha kiri serta menegakkan kaki kanan. Namun begitu huraian

terhadap iftirash dalam Kamus Dewan adalah lebih jelas.

11

Page 12: Fungsi Leksikal Perkataan Arab Dalam Terjemahan Hadith Arab – Melayu-2

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-15 (PPA15), Kuala Lumpur, 25-27 Ogos 2015

Iq’a’

iq’a’

جلس الكلب،إذا أقعى

مفتُّرشا استه على

يديه وناصبا رجليه

Cara anjing duduk اللغة في : الصحاح

p.m.2.57 /

12.2.2015

Perkataan iq’a’ ditemui dalam hadith yang diterjemah, namun dalam bahasa Melayu konsep

iq’a’ tidak ditemui. Dalam hadith menghuraikan tentang larangan duduk secara iq’a’ ketika

dalam sujud. Berdasarkan konsep iq’a’ dalam bahasa Arab, iq’a’ merujuk kepada cara anjing

duduk yang melunjurkan kedua tangannya. Fungsi leksikal iq’a’ yang digunakan dalam hadith

ini menjadi kabur dan tidak jelas tanpa huraian yang terperinci dan sepatutnya disokong dengan

ilustrasi bagi memudahkan pembaca hadith dalam bahasa Melayu memahami fungsi leksikal

iq’a’ dengan tepat.

zikir

zikir Ar. (Arab) perbuatan mengingati Allah

dengan menyebut kalimah seperti

astaghfitullah, Allahuakbar, sama ada

dengan lidah (zikir jail/jahri), atau dalam

hati (zikir sirri/khafi).

Kamus Dewan

Edisi Keempat

(2007:1816)

Zikir merujuk kepada doa atau bacaan memuji dan memuja Allah yang dibuat selesai

sembahyang. Secara umumnya, zikir telah meresap masuk dalam bahasa Melayu dan fungsi

leksikal zikir juga boleh difahami oleh pengguna bahasa Melayu dengan tepat.

Tama’ninah

tama’ninah/ tamakninah Ar. (Arab) 1. tetap atau kekal (pendirian dan

lain-lain);

2. (dalam sembahyang) berhenti sebentar

antara dua rukun sekadar tetap semua

anggota pada tempatnya, mis antara dua

Kamus Dewan

Edisi keempat

(2007:1583)

12

Page 13: Fungsi Leksikal Perkataan Arab Dalam Terjemahan Hadith Arab – Melayu-2

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-15 (PPA15), Kuala Lumpur, 25-27 Ogos 2015

sujud: rukuk dan ~.

Tama’ninah dalam hadith merujuk kepada berada dalam keadaan tenang dengan kadar zikir

yang wajib. Merujuk hadith dalam solat tama’ninah adalah wajib dilaksanakan. Makna

tama’ninah dalam Kamus Dewan merujuk kepada Ar. (Arab) 1. tetap atau kekal (pendirian dan

lain-lain); 2. (dalam sembahyang) berhenti sebentar antara dua rukun sekadar tetap semua

anggota pada tempatnya, mis antara dua sujud: rukuk dan ~. Fungsi leksikal yang dibawa oleh

perkataan tama’ninah merujuk kepada rukun sembahyang yang wajib dilaksanakan oleh orang

yang bersolat.

Penterjemahan memainkan peranan penting dalam memindahkan sesuatu ilmu.

Terjemahan hadith Arab-Melayu telah banyak dihasilkan oleh penterjemah di Malaysia mahupun

Indonesia. Namun begitu penyelidikan terhadap kesahihan dan ketepatan fungsi leksikal

perkataan yang digunakan dalam terjemahan masih belum ada dibuat oleh pengkaji bahasa.

Fungsi leksikal sesuatu bentuk perkataan yang jelas amat penting bagi memastikan setiap konsep

yang digunakan dalam terjemahan tersebut menepati konsep dan konteks yang ada dalam bahasa

asal. Kesilapan dalam meletakkan fungsi leksikal pada tempat yang betul boleh menyebabkan

berlakunya kesilapan dalam melakukan ibadat, dan ini tentunya boleh mendatangkan dosa.

KESIMPULAN

Hadith yang merupakan pegangan dalam amal ibadat seharusnya diterjemah menggunakan

pendekatan yang sesuai dengan bentuk dan fungsi bahasa Melayu. Pemilihan perkataan yang

sesuai akan dapat memberikan fungsi leksikal yang lebih tepat bagi memudahkan pengguna

bahasa Melayu dapat memahami segala tafsiran yang diterjemahkan dengan tepat. Fungsi

leksikal yang tepat bukan sahaja akan dapat membantu masyarakat berbahasa Melayu

memahami hadith tetapi juga akan dapat membantu umat Islam yang berbahasa Melayu

menjalankan ibadat dengan yakin, tanpa ragu-ragu. Budaya bahasa Arab adalah sangat berbeza

dengan budaya bahasa Melayu. Penggunaan unit leksikal bahasa Arab dalam terjemahan bahasa

Melayu memerlukan huraian yang jelas bagi memastikan maksud dan erti unit leksikal yang

13

Page 14: Fungsi Leksikal Perkataan Arab Dalam Terjemahan Hadith Arab – Melayu-2

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-15 (PPA15), Kuala Lumpur, 25-27 Ogos 2015

diterjemah sampai dan difahami oleh pengguna bahasa Melayu. Projek ini mencadangkan

supaya dalam setiap terjemahan yang mengandungi unit leksikal yang berbeza perlu dimasukkan

glosari istilah di bahagian akhir ataupun di mana-mana bahagian jika dihasilkan dalam bentul

digital.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan (2001). Pendidikan Bahasa: Ke Arah Satu Anjakan Paradigma. In Kamisah

Ariffin dan Mohd Rozaidi Ismail (Ed.), Menganjak Paradigma Pendidikan Bahasa di

Malaysia. p 8-16. Pahang: Jabatan Bahasa UiTM Pahang.

Abdul Qadir Ar-Rahbawi. ( 2010). Fiqh Solat Empat Mazhab : Menurut Al-Quran dan Hadis.

Selangor: Al-Hidayah Publication.

Abu Abdullah Hanafi Haji Dollah. (2012). Kamus pengajian Islam al-Khalil al-Syamil untuk

profesional dan pelajar : Arab-Melayu. Selangor: IIUM Press.

Arshad , Mohammad Yusof and Zakaria, Nurul Haini (2010) Persepsi Di Kalangan Pelajar

Terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris Di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti

Teknologi Malaysia. Persepsi Universiti Teknologi

Austin, J. (1955). How to Do Things with Words. Cambridge: Harvard University Press.

Kamus Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Bahasa Melayu Nusantara. (2003). Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.

Kridalaksana, Harimurti. 2008. Kamus Linguistik. Jakarta: Gramedia.

Melcuk I. A. 1996. Lexical Function: A Tool for the Description of Lexical Relation in a

Lexicon. Dalam Wanner , L (Ed) . 1996. Lexical functions in lexicography and natural

language processing. Amsterdam : J. Benjamins.

Melcuk, I. (2001). “Collocations and Lexical Functions” dlm. Cowie, A.P (Ed). Phraseology.

London: Oxford University Press.

Moon, R. (1998). Fixed Expressions and Idioms in English. Oxford: Clarendon Press.

14

Page 15: Fungsi Leksikal Perkataan Arab Dalam Terjemahan Hadith Arab – Melayu-2

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-15 (PPA15), Kuala Lumpur, 25-27 Ogos 2015

Mohd. Muhiden Abd. Rahman. (2010). ‘Ulum Al-Hadith’ dengan Takhrij al-Hadith dan

Pengajian Sanad Hadith. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Puzhi etal., (2009).Kamus Al-Farid (Arab-Arab-Inggeris-Melayu). Kuala Lumpur: Telaga

Biru Sdn.Bhd.

Muhammad Idris Abdur Rauf Al Marbawi. (1990). Kamus Idris Al-Marbawi Arab-Melayu.

Kuala Lumpur: Darul Nu’man.

Rohidzir Rais. 2013. Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat. Selangor: PTS

Yahya Murad. (2004). Ittihaf al-Birriyyah bi al-Ta’rifat al-Fiqhiyyah wa al-Usuliyyah.

Beirut: Dar al-Kutub alIlmiyyah.

Zuraini Hamisan, 2002. Peminjaman istilah bahasa Arab dalam bahasa Melayu: Satu kajian

Kes. Tesis Sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

( العُّرب لسان ) Retrieved February, 11 2015 from (www.baheth.info/all.jsp?).

http://www.arabic-english-dictionary.com/ms/kamus-bahasa_arab-bahasa_inggeris diakses pada 6 Mei 2015.

Tengku Fatimah Muliana Tengku Muda et.al. 2004. Pengetahuan Pelajar Unisza Terhadap Istilah Bahasa Arab Dalam Bidang Fikah. Retrieved April, 15 2015 from jie.um.edu.my/.../Article_4_V2_I1_Jan2014.pdf.

15