tajuk 1 pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah

20
TAJUK 1: Pentaksiran Pendidikan Moral di Sekolah Rendah Pengenalan Pentaksiran Pendidikan Moral memberikan kemahiran kepada pelajar mengetahui pelbagai jenis pentaksiran. Selain itu mereka akan juga didedahkan dengan kemahiran membina item ujian Pendidikan Moral. Pengetahuan ini penting supaya pelajar mahir dalam merancang, membina dan mentadbir penilaian Pendidikan Moral dengan berkesan. Definisi Pentaksiran Pentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada bahasa Latin yang membawa maksud ”duduk bersama” dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama dengan apa yang dimaksudkan. Menurut Salvia dan Yseldyke (1978), pentaksiran boleh didefiniskan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan. Gearheart (1990) pula mendefinisikan pentaksiran sebagai proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan. David Lambert dan David Lines (2000) pula mendefiniskan pentasiran sebagai satu proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar terhadap tugasan mereka. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula mengatakan bahawa pentaksiran dalam pendidikan ialah dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,

Upload: suzuki6888

Post on 03-Oct-2015

31 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

sce3103 tajuk 1

TRANSCRIPT

TAJUK 1:Pentaksiran Pendidikan Moral di Sekolah Rendah

Pengenalan

Pentaksiran Pendidikan Moral memberikan kemahiran kepada pelajar mengetahui pelbagai jenis pentaksiran. Selain itu mereka akan juga didedahkan dengan kemahiran membina item ujian Pendidikan Moral. Pengetahuan ini penting supaya pelajar mahir dalam merancang, membina dan mentadbir penilaian Pendidikan Moral dengan berkesan.

Definisi PentaksiranPentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada bahasa Latin yang membawa maksud duduk bersama dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama dengan apa yang dimaksudkan. Menurut Salvia dan Yseldyke (1978), pentaksiran boleh didefiniskan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan.

Gearheart (1990) pula mendefinisikan pentaksiran sebagai proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan. David Lambert dan David Lines (2000) pula mendefiniskan pentasiran sebagai satu proses pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar terhadap tugasan mereka.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula mengatakan bahawa pentaksiran dalam pendidikan ialah dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. Mokhtar Ismail pula menyatakan pentaksiran sebagai satu langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang itu memiliki sifat tertentu.

Penilaian merupakan satu proses sistematik yang dijalankan dengan tujuan mengumpulkan maklumat untuk membuat suatu taksiran. Taksiran ini adalah mengenai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.Gage dan Berliner (1991) menyatakan bahawa penilaian sebagai aktiviti khusus dan sebahagian daripada akauntibiliti pendidikan iaitu pendidik adalah bertanggungjawab ke atas kejayaan usaha mereka. Penilai pula adalah pendidik yang membantu penggubal polisi untuk mempertingkat lagi pendidikan. contohnya, penilaian dilakukan ke atas kurikulum, pengajaran, bahan pengajaran dan juga pencapaian pelajar untuk mendapatkan data supaya kelemahan yang ada dapat diatasi. Abu Bakar (1986), mentafsirkan penilaian sebagai proses yang meliputi penentuan objektif, pengutipan maklumat, dan pembentukan kesimpulan. Apabila proses ini berjalan dengan sistematik dan saintifik, maka keputusan yang dibuat akan lebih tepat dan dapat memenuhi tujuan keputusan itu dibuat.

Kesimpulannya penilaian dalam pengajaran dapat dikatakan sebagai proses yang merangkumi aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Setelah itu maklumat tersebut dianalisis dan dibuat keputusan untuk tujuan mengambil tindakan sewajarnya. Dalam proses penilaian ini terdapat aktiviti pengukuran dan pengujian iaitu data-data diperoleh dan diukur untuk memberikan penilaian yang tepat supaya cadangan yang tepat boleh diberikan.

Pengujian atau ujian adalah satu teknik memperoleh maklumat tentang tingkah laku seseorang untuk memenuhi proses pengukuran dan penilaian. Gagne (1970) menerangkan ujian adalah cara yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang kerana kerana pembelajaran dikaitkan dengan perubahan tingkah laku. Secara mudahnya dapatlah dikatakan bahawa ujian adalah satu set soalan atau tugasan bagi pelajar memberi tindak balas.Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam duniapendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukurprestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambilhirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Akan tetapi secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi supaya dapat membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. Dan apa yang ingin diterangkan secara ringkas di bawah ini ialah tentang tujuan-tujuan pengujian danpenilaian itu sendiri. Kesimpulannya dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yangberkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesananpengajaran dan pembelajaran.Pentaksiran secara formal

Jenis-jenis penilaian formal

Penilaian adalah satu proses mendapatkan maklumat yang bertujuan untuk membuat keputusan bagi mempertingkatkan sesuatu program. Gronlund (1985) mengatakan empat jenis penilaian, iaitu penilaian formatif, sumatif, penempatan, dan diagnostik.

Penilaian secara amnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Scriven (1976) merujuk penilaian formatif sebagai penilaian yang dibuat dalam masa pengajaran dijalankan. Penilaian ini bertujuan untuk mendapat maklum balas tentang pengajaran di samping mempengaruhi pengajaran dan proses pembelajaran yang sedang dilaksanakan. Penilaian formatif ini membolehkan guru mengajar dengan berkesan dan meningkatkan pencapaian pelajar.

Tujuan penilaian formatif ini adalah untuk mengesan pencapaian pelajar selepas sesuatu kemahiran diajar. Jika keputusan penilaian lemah maka guru akan merancang aktiviti pemulihan. Bagi pelajar yang berjaya pula akan diberikan aktiviti pengayaan. Penilaian formatif ini boleh dilakukan melalui pemerhatian guru secara tidak formal ataupun melalui tugasan dan soalan yang dikemukan oleh guru. Melalui maklum balas yang diperolehi guru akan memperbaiki pengajarannya dan meningkatkan prestasi pelajar sebelum menduduki peperiksaan akhir.

Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir suatu kursus. Tujuannya ialah untuk menentukan gred atau taraf sijil. Dalam penilaian berpusat di peringkat kebangsaan atau Kementerian Pelajaran Malaysia seperti peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan STPM. Gronlund (1985) menegaskan bahawa penilaian sumatif dibuat pada akhir pengajaran. Tujuannya adalah untuk mengesan pencapaian pelajar selepas beberapa kemahiran diajar dan bagi menentukan gred pelajar, memberikan sijil atau menempatkan semula pelajar dalam kelas yang sesuai.

Perbandingan di antara ujian formatif dan sumatif:

UJIAN FORMATIF UJIAN SUMATIF

FungsiMenghasilkan maklumat balik kepada murid dan guru tentang kemajuan muridPensijilan murid di akhir kursus

Masa diberiSepanjang pengajaranDi akhir satu-satu kursus atau unit

Kesukaran itemBerubah-ubah mengikut segmenSemua peringkat. Ada yang sangat senang dan ada yg.susah

Jenis alatAlat pengukur formatif yang di bentuk khususPeperiksaan akhir tahun

ContohUjian bulanan, lembaran kerja dan lain-lainUPSR, PMR, STPM, Peperiksaan Sijil Perguruan, pepriksaan akhir tahun

Ujian bilik darjah bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang sah, yang boleh dipercayai serta berguna tentang pencapaian pelajar-pelajar. Proses ini melibatkan usaha penentuan tentang apa yang hendak diukur dan kemudian mentakrifkannya supaya item ujian boleh dibina untuk mengukurnya. Domain pencapaian pelajar hendaklah jelas supaya item soalan dapat dibentuk untuk merangkuminya.

Langkah-langkah dan prosedur pembinaan ujian hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:

Membentuk jadual penentuan ujian.

Menulis item-item soalan.

Menyunting item.

Menjalankan pra-ujian.

Mentadbir ujian atau peperiksaan.Menentukan Tujuan Ujian Dengan adanya tujuan yang jelas tugas menyediakan jadual penentuan ujian dapat dipermudah. Ujian-ujian boleh diklasifikasikan mengikut tujuan. Biasanya ada empat jenis ujian iaitu ujian penempatan, ujian formatif, ujian diagnostic dan ujian sumatif.

ujian penempatan bertujuan menentukan sama ada pelajar mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mengikuti satu-satu kursus. Ia juga menguji pengetahuan sedia ada pelajar dan sejauh mana mereka telah mencapai objektif pelajaran yang ditentukan.

ujian formatif bertujuan mengukur kemajuan pelajar serta memberikan maklum balas kepada guru.

ujian diagnostik bertujuan mencari punca-punca kelemahan pelajar.

ujian sumatif pula diberikan pada penghujung sesuatu kursus untuk tujuan pensijilan.

Menentukan Objektif Pengajaran yang akan diukur.

Hasil pengajaran yang akan diukur hendaklah sejajar dengan objektif pengajaran. Satu cara menentukan objektif pengajaran ialah dengan menggunakan taksonomi objektif pendidikan. Ia merupakan system yang mengelaskan kepada objektif domain-domain kognitif (Bloom 1956), afektif (Krathwohl 1964) dan psikomotor (Harrow 1972).

Akhirnya hasil pembelajaran bagi unit pelajaran (perancangan ujian) boleh dinyatakan seperti berikut:

a. mengetahui makna istilah pengujian.

b. mengetahui fakta tentang perancangan ujian.

c. mengetahui prosedur perancangan ujian.

d. mengetahu prinsip-prinsip pengujian.

e. menggunakan prinsip-prinsip dalam perancangan ujian.Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

JSU ialah satu senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang akan diuji. Ia menghuraikan serta menjelaskan domain pencapaian yang ingin diukur serta memberikan satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item ujian. Pembentukan JPU penting untuk membantunya dalam penggubalan soalan-soalan ujian. Fungsi jadual ini ialah untuk menghuraikan domain pencapaian yang akan diukur, dan untuk memberi satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan

Tujuan JSU diadakan:

1.JSU akan menjadikan setiap soalan yang dibina tidak sembarangan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.

2.dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan yang dibina.

3.sebagai satu panduan dan penentu kepada pihak yang menggubal soalan.

4.JSU juga dapat menstabilkan taraf serta aras kesukaran soalan dari setahun ke setahun.

5.JSU juga akan menentukan pemberatan soalan berdasarkan Aras Taksonomi Bloom.

6.Panduan dan prosedur akan membolehkan penggubal lain membina soalan yang telah ditetapkan.

7.Ia juga boleh membuat perbandingan antara satu ujian dengan ujian yang lain.

8.JSU juga dapat menggambaarkan pembahagian aras kebolehan setiap murid. Konsep adil dalam memberikan soalan kepada murid tercapai di sebabkan adanya soalan yang mudah, sederhana, dan yang sukar.

Ciri-ciri Utama Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

1.Pembinaan ujian yang dijalankan hendaklah mengikut perancangan dan keparluan spesifikasi ujian yang telah ditetapkan

2. Sampel perancangan ujian yang hendak dijalankan mestilah mewakili item ujian yang seimbang, merangkumi dan meliputi aspek kemahiran dan pengetahuan yang boleh dilaksanakan oleh murid.

3.JSU menyenaraikan aras kemahiran yang akan diuji sama ada pada peringkat pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian.

4.Setiap JSU dibina dengan berasaskan carta dua hala iaitu paksi tegak mengandungi tajuk-tajuk yang akan diuji dan paksi mendatar mengandungi jenis kemahiran yang akan diuji.

5.JSU memberi gambaran tentang bilangan soalan dalam sesuatu ujian.

6.Setiap soalan yang dibina menjalani pelbagai peringkat proses termasuklah pembinaan item, mengkaji semula, proses ujian awal (pilot test) dan pra ujian bagi memastikan item ujiann adalah boleh digunakan dan diperbaiki (jika ada keperluan).

7.JSU menggambarkan bilangan soalann mmengikut aras kesukaran. Contohnya, soalan aras analisis, sintesis, atau penilaian adalah lebih susah berbanding dengan soalan pada aras pengetahuan dan kefahaman.

8. JSU juga dapat memastikan sama ada unit-unit pembelajaran telah dikuasai dengan baik oleh murid.

Elemen Penting Membina Jadual Spesifikasi Ujian

Beberapa elemen penting yang perlu difahami oleh guru berkaitan dengan JSU ialah:

1.Keseimbangan sasaran ujian

2.Keseimbangan tahap pembelajaran yang telah dilaksanakan

3.Format ujian sama ada item jenis soalan objektif benar salah, objektif aneka pilihan, struktur esei dan sebagainya.

4.Jumlah item soalan juga perlu diketahui oleh guru.

5.Bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran mengikut aras Taksonomi Bloom.

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Bagi Kertas Ujian Pendidikan Moral

Aras kemahiran isi atau kandunganPengeta-huan

(7.5%)Kefaha-

haman

(25%)Aplikasi

(55%)Analisis

(10%)Sintesis

(2.5%)Peni-

laian

(2.5%)Jumlah

Sikap ber-

sih fizikal & mental

Sikap belas kasihan

Sikap se-

derhana

Sikap rajin

Sikap ber-

terima kasih1

1

1

1

1

1

5

21

1

4

12

43

112

2

6

22

8

Jumlah

3

10224140

Jadual di atas menunjukkan kertas soalan Pendidikan Moral terdiri daripada 40 soalan objektif bagi tahun 5. Semua topik disenaraikan di sebelah kiri (paksi kandungan) manakala aras kemahiran di paksi mendatar. Ia mengandungi aras koginitif dibahagikan kepada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Dari jadual ini juga menunjukkan 2 soalan objektif (1 soalan kefahaman dan 1 soalan aplikasi). 22 soalan (1 aras pengetahuan, 5 aras kefahaman, 12 aras aplikasi, 3 aras analisis dan 1 aras sintesis.

Pada umumnya dari JSU di atas peratus taburan soalannya ialah:

7.5% aras pengetahuan

25% kefahaman

55% aplikasi

10% analisis

2.5% sintesis

JSU memberikan faedah-faedah berikut:

ia menunjukkan ujian dibina secara sembarangan.

ia menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

ia merupakan satu panduan kepada penggubal soalan.

ia menstabilkan aras kesukaran ujian dari setahun kesetahun.

Ia menetapkan bidang serta pemberatan yang diberi di dalam sesuatu ujian.

Ia membolehkan ujian itu dibina oleh penggubal-penggubal yang berlianan.

Ia membolehkan perbandingan dibuat di antara satu ujian dengan ujian lain .

Contoh Soalan dan Aras Pemeringkatan Taksonomi Bloom

Aras kemahiran dalam bidang kognitifContoh soalan

1. Pengetahuan

Menguji pengetahuan murid-murid

Mengingat kembali fakta, menjelaskan erti, menjelaskan prinsip, menjelaskan istilah, menjelaskan hukum, menjelaskan definisi yang telah dipelajariNyatakan lima Prinsip Rukun Negara

2. Kefahaman

Menguji kebolehan murid memahami, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum dan teori yang telah mereka pelajari.Huraikan dua tanggungjawab seorang anak kepada kedua ibu bapanya.

3. Aplikasi

Menguji kebolehan pelajar menggunakan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan.Sunil merupakan seorang murid yang malas. Dia selalu meminta bantuan orang lain untuk menyempurnakan kerja sekolahnya. Jelaskan nilai yang patut diamalkan oleh Sunil agar dia boleh menjadikan dirinya cemerlang.

4. Analisis

Menguji kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain.Banding bezakan antara dua watak yang terdapat dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah.

5. Sintesis

Menguji kebolehan pelajar mencantumkan, menggabungkan dan mengintergrasikan fakta-fakta atau idea-idea yang berkaitanLengkapkan peta minda berikut dengan meletakkan ciri-ciri pemimpin yang unggul berdasarkan teks yang telah anda baca.

6. Penilaian

Menguji kebolehan calon membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritikan, merumuskan atau memberi pendapat sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.Dengan memberikan contoh yang sesuai berikan penilaian anda terhadap kempen kitar semula yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

ARAS KEMAHIRAN DOMAIN KOGNITIF PENILAIAN PENDIDIKAN MORALTaksonomi BloomAras Kesukaran Tugasan

Pengetahuan

Kefahaman Aras Mudah

Aplikasi

Analisis Aras Sederhana

Sintesis

Penilaian Aras Kompleks

Contoh kata tugas yang boleh digunakan bagi setiap aras kemahiran domain kognitif:

Aras Kemahiran Domain Kognitif Cadangan Kata Tugas yang boleh digunakan:

Mengetahui Mengingat KembaliTakrifkan Padankan Senaraikan

Perihalkan Namakan Lakarkan

Kenal pasti Nyatakan Tuliskan

Labelkan Lukiskan

Memahami Menterjemah bahan atau idea drp satu bentuk idea ke bentuk lain; mentafsir bahan atau idea; merangkakan trend masa depanUbahkan Tentukan Buat inferens

Anggarkan Tukarkan Hubungkaitkan

Terangkan Banding bezakan Cirikan

Berikan contoh Tambahkan Kelaskan

Ukur Ramalkan Sukat

Mengaplikasi Menggunakan bahan atau idea dalam situasi yang baru dan konkritKirakan Hitungkan Ubahsuai

Tunjuk cara Jelaskan dgn contoh

Menganalisis

Mengasingkan maklumat kepada

komponen-komponennya untuk

memahami struktur

organisasinya dan perhubungan

antara komponenCerakinkan Jelaskan melalui contoh

Pilih Buat Urutan

Asingkan Selesaikan masalah

Buat andaian

Kawal pembolehubah

Susun mengikut keutamaan

Huraikan

Buat Kesimpulan

Mensintesis

Menggabungkan komponen-

komponen untuk menghasilkan

keseluruhan idea atau struktur

yang baru dan kreatifGabungkan Konsepsikan

Rancangkan Buat gambaran mental

Ringkaskan Definisi secara operasi

Binakan Buat hipotesis

Rangkakan Reka bentukkan

Buat eksperimen

Buat analogi

Buat reka cipta

Menilai

Menilai idea/maklumat/ /kaedah/

bahan berdasarkan kriteria yang

spesifik untuk tujuan yang

tertentuTaksirkan

Tafsirkan

Kritik

Wajarkan

Kesan kecondongan

Buat keputusan

Sokong

Pentaksiran secara tidak formal

Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak formal iaitu :

Pemerhatian

Senarai semak dan skala pemeringkatan

Rekod Anekdot

Hasil kerja pelajar

Temu bual

i) Pemerhatian

Guru Pendidikan Moral atau guru kelas akan memerhatikan tingkah laku pelajar di dalam dan di luar bilik darjah. Hasil pemerhatian guru tentang kelebihan dan kelemahan pelajar boleh direkodkan dalam borang yang direkabentuk oleh guru atau pun menilai tingkah laku murid-murid dengan menggunakan borang pemerhatian yang telah ditentukan.

ii) Senarai semakSenarai tingkah laku yang dijangka oleh murid-murid daripada Tahun satu hingga Tahun enam telah ditentukan terlebih dahulu. Guru akan menyemak prestasi pelajar berasakan kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin tinggi markah senarai semak menunjukkan semakin banyak tingkah laku yang dijangkakan ditonjolkan oleh murid-murid. Sampel Senarai semak Tingkah laku pelajar adalah seperti yang berikut :-

SENARAI SEMAK TINGKAHLAKU PELAJAR

Nama :

kelas:

Tempoh :

BIL TINGKAH LAKU PEMERHATIAN

(YA)(TIDAK)

1.Menjaga kebersihan diri, bilik darjah dan kawasan sekolah

2.Menghormati rakan, guru dan kakitangan lain di sekolah

3. Mematuhi arahan , peraturan dan undang-undang

4.Bersopan santun

5. Memberi kerjasama kepada rakan dan guru

6.Selalu bersikap adil

7. Menepati masa

8.Menghabiskan tugasan yang diberikan

Jumlah skor

iii) Skala Pemeringkatan

Teknik skala pemeringkatan melibatkan menilai tingkah laku pelajar berdasarkan satu skala. Kelebihan teknik ini adalah ia dapat menilai tingkah laku pelajar bukan hanya setakat `Ya atau `Tidak tetapi berasaskan satu skala pemeringkatan sebab peringkat amalan dan penghayatan nilai adalah sangat berbeza di antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Semasa menggunakan teknik penilaian tidak formal, guru perlu memastikan tidak dipengaruhi oleh kesan halo. Kesan halo boleh berbentuk positif atau negatif. Kesan halo merujuk kepada keadaan di mana sesuatu ciri samada positif atau negatif yang menonjol memberi kesan terhadap penilaian pelajar tersebut. Pengaruh Kesan halo akan memberi penilaian yang tidak adil kepada murid-murid yang baik dalam amalan nilai moral yang lain tetapi lemah dalam sesuatu nilai yang menojol.

Berikut adalah satu contoh skala pemeringkatan :-

BORANG PENILAIAN TINGKAH LAKU / SAHSIAH (SKALA PEMERINGKATAN)

Nama : Kelas : Tahun:

TINGKAH LAKUSEMESTER 1SEM ESTER 2

1234512345

1. Mematuhi peraturan sekolah

2.Berdiri tegak semasa menyanyikan lagu `Negaraku

3. Berbaris semasa perhimpuan

4.Memberikan salam apabila berjumpa dengan guru

5. Tidak membuat bising semasa guru tidak ada dalam kelas

6. Mendengar arahan guru

7.Menghantar kerja rumah pada masa yang ditetapkan

8.Memakai pakaian seragam sekolah yang kemas dan bersih

Skor

Jumlah Besar

iv) Rekod Anekdot

Rekod anekdot merupakan satu rekod perisitiwa yang berlaku dalam sesuatu tempoh tertentu. Sebelum sesuatu catatan dibuat guru haruslah memerhatikan tingkah laku pelajar dengan tepat dan teliti. Pemerhatian untuk menilai tingkah laku pelajar seharusnya merangkumi seberapa ramai pelajar yang mungkin.

Tingkah laku yang diperhatikan haruslah direkodkan dengan jelas, ringkas dan objektif. Kemudian guru harus membuat pentafsiran atau intepretasi tingkah laku yang diperhatikan. Berikut adalah satu contoh rekod anekdot :-

REKOD ANEKDOT Nama Pelajar :_________________________ Tahun : ________________

TarikhJenis PerlakuanKomen

9.7.0417.8.0423.8.04 2.9. 04 3.9.04 Bergaduh di dalam kelasBerbual-bual semasa perhimpuanTidak memakai lencana sekolahMerosakkan meja di dalam kelasMeniru ujian matematik

Tandatangan Guru ___________________

V) Hasil Kerja Pelajar

Prestasi seseorang pelajar boleh juga dinilai berdasarkan hasil kerja yang dijalankan oleh murid-murid dalam dan di luar bilik darjah. Guru boleh menilai hasil murid-murid berasakan isi kandungan dan sikap semasa menghasilkan kerja. Aspekaspek yang boleh dinilai termasuk sikap dan kebolehan berkolaborasi dengan orang lain dalam menghasilkan kerja.

Vi) Temu bual

Temu bual melibatkan interaksi bersemuka dengan murid-murid. Murid-murid diberikan peluang menyatakan perasaan mereka yang dapat menggambarkan sikap mereka. Semasa menjalankan temu bual, guru mendorong pelajar berfikir supaya dapat mewujudkan pelbagai situasi untuk merangsangkan pelajar berfikir secara kritis dan membuat pertimbangan moral.