tajuk 1 pengajaran & pembelajaran sains

13
Rancangan Pelajaran Tujuan Aspek Pertimbangan Membanding beza Rancangan Tahunan Mingguan dan Harian TAJUK 1 RANCANGAN PELAJARAN SINOPSIS Tajuk satu menerangkan apakah rancangan pelajaran, tujuan, perkara yang perlu dipertimbangkan dalam menghasilkan rancangan pelajaran selaras dengan apa yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sains Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sub tajuk pertama ialah tujuan rancangan pelajaran, Sub tajuk ke dua ialah aspek yang perlu dipertimbangkan apabila menulis rancangan pelajaran. Sub tajuk ketiga membezakan rancangan pelajaran tahunan, mingguan dan harian. HASIL PEMBELAJARAN a. Menyatakan tujuan rancangan pelajaran b. Menyenaraikan aspek yang perlu di pertimbangkan dalam rancangan pelajaran c. Membanding beza rancangan pelajaran tahunan, mingguan dan harian KERANGKA TAJUK-TAJUK

Upload: zamri5009

Post on 03-Sep-2015

29 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

pengajaran mikro

TRANSCRIPT

TAJUK 1RANCANGAN PELAJARAN

SINOPSIS

Tajuk satu menerangkan apakah rancangan pelajaran, tujuan, perkara yang perlu dipertimbangkan dalam menghasilkan rancangan pelajaran selaras dengan apa yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sains Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sub tajuk pertama ialah tujuan rancangan pelajaran, Sub tajuk ke dua ialah aspek yang perlu dipertimbangkan apabila menulis rancangan pelajaran. Sub tajuk ketiga membezakan rancangan pelajaran tahunan, mingguan dan harian.

HASIL PEMBELAJARANa. Menyatakan tujuan rancangan pelajaranb. Menyenaraikan aspek yang perlu di pertimbangkan dalam rancangan pelajaranc. Membanding beza rancangan pelajaran tahunan, mingguan dan harian

Kerangka Tajuk-tajuk

KANDUNGAN ISI

1.1Tujuan rancangan pelajaran1.2Aspek yang perlu di pertimbangkan dalam rancangan pelajaran1.3Rancangan pelajaran - tahunan, mingguan dan harian

1.1 Tujuan Rancangan PelajaranRancangan pengajaran bermaksud membuat keputusan awal tentang apa, bagaimana. langkah dan peruntukan masa yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia bertujuan mengatur aktiviti pelajar dan guru yang merangkumi adunan arahan, sumber, pendekatan, kaedah dan teknik dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran.

Rancangan pelajaran perlu untuk kedua-dua guru permulaan atau guru yang berpengalaman. Walau pun persediaan yang baik bukanlah semestinya membuatkan pengajaran berjaya tetapi jika tidak bersedia langsung menyebabkan pengajaran terganggu tanpa objektif yang jelas, tidak bermakna dan tiada pemindahan pembelajaran berlaku. Oleh itu struktur rancangan pelajaran yang jelas adalah penting Diantara tujuan menyediakan rancangan pelajaran adalah untuk guru dan pelajara. Mengenal pasti skop dan urutan proses pengajaran berdasarkan kurikulum.

b. Persediaan pengajaran mengambil kira perbezaan pelajar.

c. Memilih strategi pengajaran yang sesuai menyebabkan pelajar sibuk dengan aktiviti pembelajaran yang disediakan bagi memastikan pemindahan pembelajaran yang bermakna berlaku dan tiada masalah kawalan kelas.

d. Memastikan penerusan pengajaran dan pembelajaran terus berlaku walau dengan guru ganti yang berlainan.

e. Menolong guru menilai pengajaran mereka berdasarkan pencapaian pelajar. Aktiviti 1 : Teliti rajah 1, 2 dan 3 seterusnya lengkapkan latihan 1 .

PEMBANGUNAN GURU

Peringkat 1:Menghidupkan kelas untuk mula pembelajaranPendidikan Guru bermulaPeringkat 2:Pengajaran dengan cara yang betul seperti seorang guru meliputi kurikulum dan pengurusan bilik darjah Latihan Guru permulaannPeringkat 3: BelajarApa yang mereka belajar dan bagaimana saya boleh membantu mereka belajarSuatu masa kemudian

Rajah 1 : Perkembangan seorang guru

Mantap pengalaman dari, atau jangkaan tentang, taksiran

Apa ganjaran? kuasa, pengaruh, kawalan ke atas pelajarPerasaan yang mantap ke arah penilaian dan kerjaPengetahuan SubstantifPengetahuanKosmetikFokus kepada GredFokus kepada bahanPembelajaran asasPembelajaran Mendalam

Rajah 2 :Penilaian Dan Pembelajaran

1) Untuk membuat guru sedar tentang matlamat dan bahasa kandungan pelajaran.2) Untuk membantu guru membezakan pelbagai peringkat pelajaran dan untuk melihat hubungan antara mereka supaya pelajaran boleh bergerak dengan lancar dari satu peringkat ke peringkat yang lain.3) Perancangan pelajaran yang betul memberikan peluang guru untuk menjangka masalah yang mungkin timbul di dalam kelas supaya mereka boleh bersedia dengan beberapa penyelesaian yang mungkin atau pilihan lain untuk pelajaran.4) Perancangan Pelajaran memberikan guru, terutamanya orang baru, keyakinan di dalam kelas.5) Guru juga menjadi sedar tentang alat bantu mengajar yang diperlukan untuk pelajaran. Perancangan Pelajaran membantu guru-guru untuk berfikir tentang nilai relatif aktiviti-aktiviti yang berbeza dan berapa banyak masa yang perlu digunakan ke atas mereka. Guru kemudiannya melihat untuk menghakimi peringkat pengajaran dan fasa dengan ketepatan yang lebih tinggi.6) Rancangan, dengan komen dan pembetulan guru, menyediakan rujukan yang berguna, menjimatkan masa apabila guru seterusnya merancang pelajaran yang sama.7) Perancangan Pelajaran adalah satu amalan yang baik dan tanda profesionalisme.

Rajah 3 : Faedah Merancang Rancangan Pelajaran

Latihan 1a.Senaraikan tahap dan tujuan menyediakan rancangan pelajaran anda sebagai seorang guru sainsTahap GuruTujuan Menyediakan Rancangan Pelajaran

Tahap 1

Tahap 2

Tahap 3

b. Bagaimanakah menyediakan rancangan pelajaran supaya pembelajaran yang mendalam berlaku kepada pelajar.

c. Senaraikan 10 kepentingan menyediakan rancangan pelajaran.

1.2 Aspek Yang Perlu di Pertimbangkan Dalam Rancangan Pelajaran

Antara aspek yang perlu dipertimbangkan dalam menyediakan rancangan pelajaran ialah buku teks atau bahan pengajaran apa yang hendak disampaikan membentuk matlamat sesuatu rancangan pelajaran. Seterusnya bagi pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan di kelas teliti Huraian Sukatan Pelajaran Sains

Lebih spesifik antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dalam menyediakan rancangan pelajaran ialah :a. Tajuk: Butiran lanjut mengenai tajuk dari huraian sukatan pelajaran dan buku teks.b. Matlamat: Objektif dan Hasil Pembelajaran.Matlamat yang jelas, objektif yang spesifik dan hasil pembelajaran yang eksplisit dan boleh diukur.c. Isi Kandungan: Isi kandungan dan skop serta kedalamannya serta organisasi urutan isi yang perlu dicapai.d. Aktiviti pembelajaran: Aktiviti yang pelbagai, menarik, bermotivasi hands on dan mind o serta mengambil kira perbezaan pelajar dengan arahan yang jelas. Kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkaitan. e. Bahan Bantu Mengajar: Senaraikan bahan yang diperlukan untuk guru dan pelajarf. Penilaian : Kerja rumah, ujian , penulisan jounal atau projek tertentu untuk menilai pembelajaran pelajar.g. Masa , tempat dan jenis pembelajaran individu, kumpulan kecil atau kumpulan besar

Aktiviti 2 : Baca artikel dibawah dan senaraikan kesilapan dan aspek yang perlu dipertimbangkan apabila merancang rancangan pelajaran dalam jadual dibawah.Dalam mengajar pelajar bagaimana untuk membangunkan rancangan pelajaran, berikut adalah kesilapan pelajar yang telah saya perhatikan bahawa paling sering dibuat:1. Objektif pengajaran tidak menyatakan apa yang pelajar sebenarnya akan buat yang boleh diperhatikan. Ingat, objektif adalah penerangan apa yang pelajar buat yang menjadi asas untuk membuat kesimpulan tentang pembelajaran. Penulisan objektif teruk membawa kepada kesimpulan yang silap.2. Penilaian pengajaran terputus dari tingkah laku yang ditunjukkan dalam objektif. Satu taksiran dalam rancangan pengajaran hanya penerangan bagaimana guru akan menentukan sama ada objektif telah dicapai. Ia mesti berdasarkan tingkah laku pelajar yang sama yang dinyatakan dalam objektif. Tingkah laku murid yang tidak sempurna perlu disedari oleh guru.3. Bahan-bahan yang dinyatakan dalam pelajaran adalah terkeluar dari aktiviti pembelajaran sebenar yang digambarkan. Ini bermakna menyimpan senarai bahan tidak selaras dengan apa yang sebenarnya anda merancang untuk melakukan. Bahan yang disediakan digunakan oleh guru beberapa minit sahaja. Penggunaan bahan yang tidak selaras dengan objektif pengajaran dan hanya guru berinteraksi dengan bahan adalah bukan suatu kebaikan!4. Arahan guru tidak selaras dengan tahap pembelajaran pelajar Keberkesanan pengajaran adalah satu ukuran yang bermakna dilakukan dengan jumlah usaha guru memberi arahan pembelajaran pada pelajar tertentu. Dengan begitu banyak yang perlu dipelajari, ia harus jelas bahawa keberkesanan arahan pengajaran adalah penting dalam situasi semasa pembelajaran pelajar.5. Aktiviti pelajar yang diperihalkan dalam rancangan pengajaran tidak menyumbang secara langsung dan cara berkesan kepada objektif pelajaran. Pelajar anda terlibat dalam aktiviti-aktiviti hanya untuk memastikan mereka sibuk. Apa sahaja yang dibuat oleh pelajar anda tidak perlu menyumbang secara langsung untuk mereka mencapai objektif pengajaran?Satu rancangan pengajaran yang mengandungi satu atau lebih daripada kesilapan-kesilapan ini perlu memikirkan semula dan semakan. Latihan 2 : Lengkapkan jadual dibawah untuk membantu anda membangunkan rancangan pelajaran yang berkesan dan mengelakkan lima kesilapan biasa.PerkaraKesilapanAspek Yang Sepatut diPertimbangkan

Objektif

Penilaian Pelajaran

Bahan Pengajaran

Bahasa Arahan

Aktiviti Pelajar

1.3Rancangan Pelajaran Tahunan, Mingguan dan Harian

Terdapat tiga tahap perancangan rancangan pelajaran iaitu rancangan tahunan, mingguan dan harian

Dalam menyediakan rancangan tahunan , langkah-langkahnya ialah

a. Bahagikan sukatan pelajaran kepada semester 1 dan 2 dan setiap semester (19 - 23 minggu)b. Teliti objektif pembelajaran, cadangan aktiviti, hasil pembelajaran dan rangka masa yang diperuntukkanc. Rujuk cadangan aktiviti pembelajaran dan tentukan strategi pembelajaran untuk setiap objektif pembelajaran d. Gunakan buku teks sebagai panduan untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Rancangan tahunan mengandungi 1) Semester2) Bilangan Minggu3) Topik4) Objektif Pembelajaran5) Aktiviti Pembelajaran yang dicadangkan6) Hasil Pembelajaran 7) Nota/Catatan/Kosa kata

Contoh Rancangan Tahunan

WeeksLearningObjectives

Suggested Learning Activities

Learning Outcomes

Notes

Vocabulary

11.1Understandingthat sciencepart ofeveryday life.

Describe examples of naturalphenomena that students see a round them:a) growth of human from a baby to an adult,b) fall of a ball to the ground,c) melting of ice.

Discuss the uses and benefits ofscience in everyday life.Attend talks on careers in science.

student is able to:list what he sees around himthat is related to science,explain the importance ofscience in everyday life,name some careers in sciencesuch as:a) science teachersb) doctorsc) engineersd) environmental scientists

During learningActivities, bring outthe scienceConcepts andPrinciples students have learned inPrimary school.Talks on careersin science byProfessionals.

benefit faedahcareer kerjayadiscuss bincangkaneducator pendidikimportance kepentinganprofessional profesionalrelated berkaitanrole play main peranantalks ceramahnatural phenomena fenomena alam

Rancangan Mingguan bertujuan melihat urutan pelajaran selama seminggu dan jika guru tiada guru ganti boleh mengajar pelajaran pada hari tersebut Ianya mengandungi:1) Minggu, mata pelajaran dan kelas2) Hari/masa3) Tajuk/Objektif pembelajaran4) Hasil Pembelajaran/Kemahiran5) Strategi6) Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Contoh rancangan mingguan ringkas

Masa/HariAhadIsninSelasaRabuKhamis

1ExperimenUjianLatihanAktiviti luar kelas

Rancangan Pelajaran Harian ialah rancangan yang terperinci untuk masa tertentu. Umumnya ia mengandungi1) Tarikh2) Masa3) Kelas4) Bilangan Pelajar5) Mata Pelajaran6) Tajuk/7) Hasil Pembelajaran 8) Pengetahuan Sedia ada9) Kemahiran Proses Sains10) Nilai Murni11) Sumber Pengajaran dan Pembelajaran12) Langkah Set Induksi Perkembangan Penutup

Aktiviti 3 : Anda memerlukan Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah. Pilih satu antara HSP tahun satu hingga 6. Rancang dan tulis satu rancangan tahunan seterusnya pilih satu rangcangan mingguan. Dari rancangan mingguan tersebut bincangkan bagaimana anda boleh membina rancangan pelajaran harian.

Latihan 3

Berdasarkan jadual berikut tulis satu esei 100 patah perkataan membanding bezakan rancangan pelajaran tahunan, mingguan dan harian

TahapMatlamat perancanganBentuk/Penyusunan perancangan

Rancangan pelajaran tahunan1. Menjelaskan kandungan untuk minggu 38-422. Menentukan jadual mingguan bagi setiap semester.1. Mengesahkan sukatan bagi satu tahun2. Jadual mingguan sesuai dengan strategi aktiviti dan tempoh masa

Rancangan pelajaran mingguan1. Menyusun aktiviti-aktiviti untuk satu minggu.2. Mengubah aktiviti lain berdasarkan kepada takwim sekolah.3. Mengekalkan perjalanan aktiviti secara berterusan.1. Namakan aktiviti dan jangka masa.2. Sumber pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan.

Rancangan pelajaran harian1. Menentukan langkah-langkah bagi setiap aktiviti2. Cadangan penggunaan masa untuk pengajaran dan pembelajaran dengan jelas.

1. Peruntukan masa berdasarkan kepada langkah pengajaran dan pembelajaran.2. Penyediaan bahan-bahan dan penilaian diperlukan.

Hantar jawapan anda dengan OLL untuk semakan pensyarah dan simpan didalam folio anda sebagai bukti