tahun satu - · pdf filesaya dan bilik darjah. c) pengu. rusan diri saya . d) pratongkat ....

16
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS KEMAHIRAN ASAS INDIVIDU MASALAH PENGLIHATAN TAHUN SATU 2010 DRAF

Upload: ngoanh

Post on 30-Jan-2018

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHUN SATU -   · PDF fileSaya dan bilik darjah. c) Pengu. rusan diri saya . d) Pratongkat . e) Saya dan tongkat putih . f) Persekitaran sekolah saya

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

KEMAHIRAN ASAS INDIVIDU MASALAH PENGLIHATAN

TAHUN SATU

2010

DRAF

Page 2: TAHUN SATU -   · PDF fileSaya dan bilik darjah. c) Pengu. rusan diri saya . d) Pratongkat . e) Saya dan tongkat putih . f) Persekitaran sekolah saya
Page 3: TAHUN SATU -   · PDF fileSaya dan bilik darjah. c) Pengu. rusan diri saya . d) Pratongkat . e) Saya dan tongkat putih . f) Persekitaran sekolah saya

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN KHAS

DOKUMEN STANDARD

KEMAHIRAN ASAS INDIVIDU MASALAH PENGLIHATAN

Terbitan

Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum

2010

Page 4: TAHUN SATU -   · PDF fileSaya dan bilik darjah. c) Pengu. rusan diri saya . d) Pratongkat . e) Saya dan tongkat putih . f) Persekitaran sekolah saya

Cetakan Pertama 2010

© Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam

apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum

mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,

Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Page 5: TAHUN SATU -   · PDF fileSaya dan bilik darjah. c) Pengu. rusan diri saya . d) Pratongkat . e) Saya dan tongkat putih . f) Persekitaran sekolah saya

DRAF AKHIR 2010

TERHAD

K A N D U N G A N

Pendahuluan 1

Matlamat 1

Objektif 1

Fokus Mata Pelajaran 2

Pelaksanaan Modul KAIMal 2

Dokumen yang disediakan dalam melaksanakan KAIMal 3

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 3

Pentaksiran 4

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran 5

Page 6: TAHUN SATU -   · PDF fileSaya dan bilik darjah. c) Pengu. rusan diri saya . d) Pratongkat . e) Saya dan tongkat putih . f) Persekitaran sekolah saya
Page 7: TAHUN SATU -   · PDF fileSaya dan bilik darjah. c) Pengu. rusan diri saya . d) Pratongkat . e) Saya dan tongkat putih . f) Persekitaran sekolah saya

DRAF AKHIR KAIMal 2010

1

PENDAHULUAN Modul Teras Asas: Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMal). Komposisi Modul Teras Asas KAIMal terdiri daripada disiplin ilmu dan kemahiran meliputi Orientasi dan Mobiliti, kemahiran Kod Braille dan penggunaan peralatan khas serta kemahiran asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) masalah penglihatan. Di dalam modul ini, murid didedahkan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai bagi menguasai kemahiran-kemahiran dalam menjalani kehidupan harian sebagai insan kurang upaya penglihatan. KAIMal dilaksanakan sebagai kurikulum modular yang terbahagi kepada 3 modul iaitu :

i. Orientasi dan Mobiliti ii. Kemahiran kod Braille dan penggunaan peralatan khas iii. Asas TMK masalah penglihatan .

Standard yang dinyatakan di dalam dokumen ini merupakan keperluan yang perlu dicapai oleh semua murid Tahun 1 pendidikan khas masalah penglihatan. MATLAMAT

Modul teras asas KAIMal ini adalah untuk melahirkan dan membentuk jati diri murid bermasalah penglihatan supaya mempunyai kemahiran asas dalam menjalani kehidupan seharian. Modul ini berupaya meningkatkan kemahiran serta rasa kesyukuran kepada Tuhan dan menghargai persekitaran ke arah melahirkan insan yang seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. OBJEKTIF

i. Menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Orientasi dan Mobiliti ii. Menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kod Braille dan penggunaan peralatan khas iii. Menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang asas TMK masalah penglihatan iv. Menggunakan deria yang masih ada untuk mengorientasikan diri dengan persekitaran. v. Bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan yakin, selesa dan selamat tanpa atau dengan menggunakan

alat mobiliti. vi. Meningkatkan kemahiran sosialisasi.

Page 8: TAHUN SATU -   · PDF fileSaya dan bilik darjah. c) Pengu. rusan diri saya . d) Pratongkat . e) Saya dan tongkat putih . f) Persekitaran sekolah saya

DRAF AKHIR KAIMal 2010

2

FOKUS MATAPELAJARAN 1. Orientasi dan Mobiliti.

a) Anggota badan dan deria saya b) Saya dan bilik darjah c) Pengurusan diri saya d) Pratongkat e) Saya dan tongkat putih f) Persekitaran sekolah saya

2. Kemahiran Kod Braille dan Penggunaan Peralatan Khas

a) Saya dan titik-titik Braille b) Saya dan peralatan khas

3, Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Masalah Penglihatan

a) Saya dan Komputer. b) Saya dan Perisian Pembaca Skrin. c) Ceria Bersama-sama Papan Kekunci

PELAKSANAAN MODUL KAIMal Modul ini diajar 60 minit seminggu di sekolah dan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Penglihatan (rendah). Tajuk-tajuk yang disediakan mengambil masa antara 1/2 jam atau 3 jam bergantung pada standard pembelajaran yang ditentukan. Guru-guru boleh mengadaptasi cadangan dan mengolah aktiviti yang terdapat di dalam unit yang disediakan dengan mengambil kira kebolehan murid.

Page 9: TAHUN SATU -   · PDF fileSaya dan bilik darjah. c) Pengu. rusan diri saya . d) Pratongkat . e) Saya dan tongkat putih . f) Persekitaran sekolah saya

DRAF AKHIR KAIMal 2010

3

Dokumen yang disediakan dalam melaksanakan KAIMal :

1, Dokumen Standard 2. Modul Pengajaran dan Pembelajaran

Modul disediakan untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Setiap modul dibahagikan kepada beberapa tajuk kecil yang mengandungi standard pembelajaran daripada pelbagai disiplin ilmu. Standard pembelajaran ini diterjemahkan dalam bentuk modul P&P bagi mendedahkan guru dengan pelbagai kaedah dan teknik yang akan dilaksanakan. Guru disaran untuk menggabungkan tunjang-tunjang seperti Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan, Fizikal dan Estetika dan Keterampilan Diri.

Modul ini juga disediakan dengan menggunakan pendekatan Masteri di samping penggabungjalinan pendekatan pedagogi yang sesuai. Guru menyediakan aktiviti pengayaan untuk murid berpencapaian tinggi dan aktiviti pemulihan untuk murid yang lemah agar dapat menguasai Standard Pembelajaran yang telah ditetapkan. Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan telah mengambil kira amalan terbaik bagi membantu murid mencapai standard pembelajaran yang ditentukan. Walau bagaimanapun, cadangan aktiviti bukanlah sesuatu yang muktamad. Guru digalakkan untuk mengubah suai modul mengikut keperluan murid dan berpeluang meningkatkan kreativiti mereka.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bagi mencapai kehendak Standard Pembelajaran guru boleh meng gunakan kaedah seperti berikut:

i. Inkuiri ii. Konstruktivisme iii. Pembelajaran kontekstual iv. Pembelajaran interaktif v. Pembelajaran koperatif vi. Perbincangan vii. Simulasi viii. Projek ix. Kajian lapangan x. Pembelajaran Masteri xi. Kecerdasan pelbagai

Page 10: TAHUN SATU -   · PDF fileSaya dan bilik darjah. c) Pengu. rusan diri saya . d) Pratongkat . e) Saya dan tongkat putih . f) Persekitaran sekolah saya

DRAF AKHIR KAIMal 2010

4

Pentaksiran Pentaksiran haruslah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran itu telah selesai dijalankan. Pentaksiran berasaskan sekolah berbentuk formatif. Guru boleh menggunakan hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid dan pemerhatian untuk ditaksir. Guru menggunakan hasil pentaksiran ini untuk tindakan seterusnya bagi merancang dan menyediakan bahan P&P yang sesuai.

Page 11: TAHUN SATU -   · PDF fileSaya dan bilik darjah. c) Pengu. rusan diri saya . d) Pratongkat . e) Saya dan tongkat putih . f) Persekitaran sekolah saya

DRAF AKHIR KAIMal Tahun 1

5

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN Bidang 1 : Orientasi dan Mobiliti.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.0 Anggota Badan dan Deria Saya Murid dapat :

i) Memaksimumkan penggunaan deria penglihatan yang masih ada.

ii) Memaksimumkan penggunaan deria-deria lain

iii) Memahami dan mempraktikkan penggunaan anggota badan dan deria yang masih ada dalam membantu kehidupan seharian.

1.1 Mengenal pasti anggota badan.

Contoh: kepala, tangan kiri, tangan kanan, badan, kaki kiri, kaki kanan.

1.2 Mengenal pasti organ deria. Contoh: telinga, mata, hidung, kulit, lidah. 1.2.1 Menyatakan fungsi deria. 1.2.2 Membezakan ransangan yang diterima oleh organ deria.

1.3 Menggunakan deria-deria dalam menentukan kedudukan dan arah.

Contoh: bau masakan-kantin, dewan makan dll

2.0 Saya dan Bilik Darjah Murid dapat :

i) Bergerak dalam bilik darjah dengan selesa dan selamat.

2.1 Bergerak di dalam bilik darjah dengan bantuan guru. 2.2 Bergerak di dalam bilik darjah tanpa bantuan guru. *(dengan langkah keselamatan) 2.3 Menyatakan petunjuk yang dilalui semasa bergerak di dalam bilik darjah. 2.4 Menceritakan perasaan selepas melakukan pergerakan di dalam bilik

darjah.

Page 12: TAHUN SATU -   · PDF fileSaya dan bilik darjah. c) Pengu. rusan diri saya . d) Pratongkat . e) Saya dan tongkat putih . f) Persekitaran sekolah saya

DRAF AKHIR KAIMal Tahun 1

6

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

3.0 Pengurusan Diri Saya

Murid dapat :

i) Mengetahui dan mempraktikan tatacara pengurusan diri dengan baik.

3.1 Menjaga kebersihan diri dan anggota badan. 3.2 Menggunakan tandas dan bilik air dengan cara yang betul. 3.3 Menyatakan waktu aktiviti harian Contoh: waktu tidur, waktu bangun tidur, waktu sarapan, waktu ke sekolah, waktu riadah dsb.

4.0 Pratongkat. Murid dapat :

i) Bergerak dengan bantuan dan tanpa bantuan pemandu celik dengan selesa dan selamat.

4.1 Bergerak dengan pemandu celik.

4.1.1 Bergerak dengan teknik pemanduan celik. Contoh: sentuh, pegang, bergerak. 4.2 Bergerak menggunakan teknik pengadang atas (upper hand) dan pengadang bawah (lower hand) jika perlu. 4.3 Bergerak menggunakan teknik menyusur (trailling).

5.0 Saya danTongkat Putih

Murid dapat :

i) Berjalan menggunakan tongkat putih dengan selesa dan selamat.

5.1 Menyatakan bahagian tongkat. 5.2 Menggunakan teknik asas tongkat putih dengan cara yang betul.

5.2.1 Memegang tongkat putih dengan cara yang betul.

5.2.2 Mengayun tongkat putih dengan cara yang betul.

Page 13: TAHUN SATU -   · PDF fileSaya dan bilik darjah. c) Pengu. rusan diri saya . d) Pratongkat . e) Saya dan tongkat putih . f) Persekitaran sekolah saya

DRAF AKHIR KAIMal Tahun 1

7

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

6.0 Persekitaran Sekolah Saya

Murid dapat :

i) Bergerak di dalam persekitaran sekolah dengan selesa dan selamat.

6.1 Bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain di dalam persekitaran

sekolah dengan bantuan pemandu celik. 6.2 Bergerak dari satu tempat ke satu tempat di dalam persekitaran sekolah

tanpa bantuan pemandu celik. *(dengan langkah keselamatan) 6.3 Bergerak dari satu tempat ke satu tempat di dalam persekitaran sekolah

dengan menggunakan tongkat putih.

Page 14: TAHUN SATU -   · PDF fileSaya dan bilik darjah. c) Pengu. rusan diri saya . d) Pratongkat . e) Saya dan tongkat putih . f) Persekitaran sekolah saya

DRAF AKHIR KAIMal Tahun 1

8

Bidang 2 : Kemahiran Kod Braille dan Peralatan Khas

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.0 Saya dan Titik-titik Braille Murid dapat : i) Mengenal dan mengetahui kedudukan

titik Braille.

1.1 Mengenal titik-titik Braille. 1.2 Mengenal pasti enam kedudukan titik-titik Braille dengan betul.

2.0 Saya dan Peralatan Khas Murid dapat : i) Mengenal dan menggunakan “slate

and stylus” serta mesin Braille dengan betul.

2.1 Mengenal “slate and stylus.” 2.2 Menyatakan kegunaan “slate and stylus.” 2.3 Menggunakan ”slate and stylus” dengan betul. 2.4 Mengenal bahagian mesin Braille. 2.5 Menggunakan mesin Braille dengan betul.

Page 15: TAHUN SATU -   · PDF fileSaya dan bilik darjah. c) Pengu. rusan diri saya . d) Pratongkat . e) Saya dan tongkat putih . f) Persekitaran sekolah saya

DRAF AKHIR KAIMal Tahun 1

9

Bidang 3: Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ) Masalah Penglihatan

Kandungan Standard Standard Pelajaran Tahun 1

1.0 Saya dan Komputer

Murid dapat :

i) Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika

1.1 Mengenal pasti bahagian-bahagian komputer (monitor, tetikus, papan

kekunci, pembesar suara, mesin pencetak dan unit pemprosesan pusat )

1.2 Menghidup dan mematikan (menutup) komputer dengan kaedah yang betul

1.3 Menggunakan peralatan komputer secara berhemah

2.0 Saya dan Perisian Pembaca Skrin Murid dapat :

i) Menggunakan Perisian Pembaca Skrin.

2.1 Membina kemahiran mengecam bunyi dan kedudukan kekunci

2.1.1 Mengenal bunyi setiap kekunci.

2.1.2 Mendengar dan mengenal pasti setiap kekunci (huruf dan

nombor) dengan menggunakan perisian pembaca skrin

3.0 Ceria bersama-sama papan

kekunci

i) Menggunakan papan kekunci untuk memantapkan kemahiran jari.

3.1 Penggunaan jari yang betul pada papan kekunci.

3.1.1 Mengenal pasti kedudukan kekunci untuk huruf dan nombor

3.1.2 Mengenal pasti kedudukan kekunci untuk Tab, Enter, Spacebar (Bar Ruang ), Backspace, Delete dan kekunci Arrow.

Page 16: TAHUN SATU -   · PDF fileSaya dan bilik darjah. c) Pengu. rusan diri saya . d) Pratongkat . e) Saya dan tongkat putih . f) Persekitaran sekolah saya