01_seksualiti & saya

48

Upload: nurul-atiqah-azami

Post on 24-Nov-2015

74 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • KATA PENGANTAR Pendidikan berkualiti yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk menghasilkan individu yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai sikap serta nilai yang positif. Bagi membina murid yang bersemangat waja, mempunyai kemahiran menangani risiko, menjaga kesihatan diri dan mengamalkan cara hidup yang sihat, unsur Pendidikan Kesihatan Keluarga/Seksualiti (PKK) diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam beberapa mata pelajaran KBSR dan KBSM. Pendidikan Kesihatan Keluarga/Seksualiti tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi ia diajar secara bersepadu dan merentasi kurikulum. PKK diajar dalam mata pelajaran bahasa, Sains, Sains Tambahan, Biologi, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Dalam Pendidikan Kesihatan, PKK diberi tumpuan khas dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Dalam menghadapi gejala sosial masa kini, murid perlu meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran serta memupuk dan menanamkan sikap dan nilai yang sihat dalam diri. Modul-modul Pendidikan Kesihatan Keluarga/Seksualiti yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum adalah bertujuan untuk membantu guru meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh merujuk panduan yang disediakan dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan bagi memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan seksualiti dan gaya hidup sihat terhadap kesejahteraan dalam kehidupan. Pelbagai pihak telah memberi sumbangan masa, tenaga dan fikiran untuk menyempurnakan modul-modul ini. Pusat Perkembangan Kurikulum ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Semoga modul-modul ini dapat dimanfaat oleh semua pihak. (Dr. SHARIFAH MAIMUNAH SYED ZIN) Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

    v

  • KANDUNGAN Kata Pengantar

    v

    Kemahiran Pengetahuan Tentang Seksualiti

    1 2 3 4 5 6

    Seksualiti Mengamal Gaya Hidup Sihat Perkembangan Fizikal Diri Remaja Seksualiti Remaja Seksualiti Kekeluargaan

    4 6 7

    8 12 14

    Kemahiran Asertif

    1 2

    Kekeluargaan Kekeluargaan

    16 16

    Kemahiran Penyelesaian Masalah

    Kekeluargaan

    1 21 Kemahiran Mengenalpasti Situasi Berisiko

    Seksualiti Seksualiti

    1 25

    32 2

    Kemahiran Membuat Keputusan Bertanggungjawab dan Pilihan Bijak

    Seksualiti

    1 35 Kemahiran Meningkatkan Harga Diri (KMHD)

    Harga Diri

    1 38

    Kemahiran Mendapatkan Bantuan

    Seksualiti

    1

    41

    45 Panel Membina dan Kawal Mutu

  • BERILMU PENGETAHUAN 1. PENERANGAN :

    Pengetahuan mengenai gaya hidup sihat ialah hubungkait dinamis antara keadaan fizikal, mental-emosi, sosial dan rohani seseorang. Kefahaman yang mendalam tentang konsep amalan gaya hidup sihat serta sikap positif terhadap pelbagai cabaran situasi hidup akan dapat menjamin kehidupan yang sihat dan seimbang. Segala pengetahuan, pengalaman dan tuntutan yang berkaitan dengan amalan gaya hidup sihat perlulah dimanfaatkan untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Melalui pengetahuan, pengalaman dan pemahaman pelbagai tuntutan untuk mencapai keseimbangan, remaja akan menghadapi cabaran dengan rasional di samping bijak membuat pilihan yang betul berlandaskan hukum-hukum keagamaan, adat dan budaya masyarakat serta undang-undang dan peraturan negara.

    2. ILMU

    BERILMU? ... YA! Menurut Al-Ghazali, akal dikaitkan dengan sifat orang berilmu mengetahui hakikat segala sesuatu menangkap dan mendapat segala ilmu

    "Kejadian yang mula-mula dijadikan oleh ALLAH ialah ILMU (akal)"

    [ Al-Ghazali ]

    BERAKAL? ... YA! Akal merupakan : sifat ilmu yang disemat di hati daya fikir manusia untuk menilai sama ada baik atau keburukan pembentukan personaliti manusia

    MEMANFAATKAN ILMU ... YA! Ilmu adalah : amalan yang baik mempunyai pengalaman dan pengetahuan mengenai penghidupan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat memupuk nilai baik dan kesempurnaan iman

    1

  • SUMBER ILMU ... Ilmu diperolehi melalui keluarga alam semula jadi bilik darjah guru/ulama media dan lain-lain

    3. KESIMPULAN Berilmu pengetahuan

    merupakan daya fikir manusia untuk menilai kebaikan dan keburukan

    menentukan pembentukan personaliti manusia memupuk nilai baik dan kesempurnaan iman menentukan hala tuju matlamat hidup menampilkan kesejahteraan dalam penghidupan mewujudkan suasana yang harmonis dan seimbang dalam

    hubungan antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam dan manusia dengan penciptaNya

    RUMUSAN GURU Guru hendaklah memberi penjelasan kepada murid berkaitan kepentingan ilmu dalam kehidupan seseorang dengan memberikan penekanan bahawa hanya ilmu dapat mendisiplinkan murid ke arah mengamalkan budaya hidup yang sihat. Perlu ditegaskan juga bahawa dengan berilmu dan mengamalkannya, seseorang murid dapat membeza, mentafsir, menganalisis, dan membuat pilihan terhadap keputusan yang perlu dibuat.

    2

  • KEMAHIRAN PENGETAHUAN TENTANG SEKSUALITI CABARAN REMAJA MASA KINI 1. Memahami perkembangan mental, emosi,sosial, dan fizikal diri sendiri. 2. Menentukan personaliti. 3. Keperluan pengetahuan tentang konsep gaya hidup sihat bagi membina

    ketahanan diri 4. Memenuhi dan menangani emosi dengan rasional 5. Menyelesaikan konflik akibat perubahan-perubahan fizikal, emosi sosial

    dan sosial. 6. Membuat keputusan berkaitan dengan nilai, memilih rakan sebaya, hala

    tuju dan cita-cita CABARAN REMAJA MASA KINI Memahami perkembangan diri sendiri dari segi aspek fizikal membantu menyelesaikan dan menagani konflik akibat perubahan-perubahan fizikal, emosi dan sosial dengan rasional. Pengetahuan tentang konsep seksualiti dapat mengenalpasti dan meningkatkan personaliti seseorang. Dengan pengetahuan ini dan ketekalan latihan dapat membantu membina ketahanan diri di samping ia dapat membuat keputusan berkaitan dengan nilai memilih rakan sebaya ke arah masa depan dan cita-cita yang mulia. Seksualiti bukan sahaja melibatkan reproduksi dan keseronokan hubungan seks malah keperluan untuk berkasih sayang dan keperluan untuk memenuhi hasrat diri sendiri. Ia merangkumi faktor-faktor fisiologi dan budaya berkaitan tabiat seksual manusia. Seksualiti juga termasuk kesedaran dan tindakbalas terhadap sifat kelelakian atau sifat kewanitaan. Seksualiti merangkumi beberapa dimensi atau aspek iaitu budaya, psikologi, biologi dan etika. Aspek-aspek ini membentuk seksualiti individu dan seksualiti merupakan sebahagian daripada personaliti atau sahsiah individu. Etika Budaya kesempurnaan peraturan beragama media

    nilai murni masyarakat moral adat

    Psikologi emosi intelek motivasi pengalaman

    Biologi pembiakan pertumbuhan fizikal perkembangan

    mental

    3 perubahan fisiologi

  • Dari segi perundangan, salahlaku seksual boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Guru hendaklah memberi penjelasan kepada murid berkaitan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian. Penekanan hendaklah diberi bahawa ilmu pengetahuan mampu mendisiplinkan murid ke arah mengamalkan seksualiti yang sihat. Perlu ditegaskan juga dengan berilmu pengetahuan dan mengamalkannya seseorang murid dapat mentafsir, membeza, menganalisis dan membuat pilihan bijak terhadap keputusan yang akan dibuat. MENGAPA PERLU PENGETAHUAN TENTANG SEKSUALITI? Kemahiran pengetahuan seksualiti dapat memberi kefahaman berkaitan hubungan antara manusia meliputi perasaan, kewanitaan, kelelakian, keinginan, kepuasan, kasih sayang, kehilangan, kesedihan, kemesraan, tertekan, perhatian, perkongsian, sentuhan, cemburu, penolakan, harga diri dan kebahagiaan di kalangan remaja. Kemahiran pengetahuan seksualiti akan dapat membantu remaja mengelakkan diri daripada gejala sosial dan tingkahlaku berisiko seperti seks sebelum nikah, kehamilan, gangguan seksual, rogol dan gangguan tingkahlaku yang lain. Kemahiran pengetahuan tentang perundangan, budaya dan adat resam berkaitan seksualiti pula akan dapat membantu remaja menyedari tentang hak-hak asasi serta menghalang remaja terjerumus ke dalam kancah salahlaku seksual.

    4

  • AKTIVITI 1 TAJUK : Seksualiti SUB-TAJUK : Pengetahuan tentang seksualiti MASA : 2 waktu OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran , murid dapat: 1. Menjelaskan konsep dan dimensi seksualiti

    2. Menerangkan unsur-unsur yang terdapat dalam setiap dimensi

    3. Mengamalkan sikap yang positif terhadap seksualiti BAHAN P&P : Poster, gambar, carta, pengurusan grafik KBKK NILAI : Kemahiran pengetahuan

    Perkara Isi/Aktiviti Catatan Set induksi Guru mempamerkan

    poster tentang budaya masyarakat Malaysia

    Perbincangan Soal jawab

    Sumbangsaran Murid melengkapkan

    gambar berkaitan adat resam rakyat Malaysia

    Perkembangan Guru menjelaskan

    konsep dan dimensi seksualiti

    Penerangan dan perbincangan Langkah 1

    Guru menerangkan kepentingan pengetahuan tentang seksualiti

    Langkah 2 Murid dibahagi kepada 4

    kumpulan Pembelajaran

    berkumpulan Murid diminta

    mengklasifikasikan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap dimensi tersebut

    Penerokaan nilai Grafik KBKK Pengelasan web

    Melengkapkan grafik KBKK

    Murid diminta membentangkan hasil

    5

  • Perkara Isi/Aktiviti Catatan perbincangan

    Penutup Guru membuat rumusan

    tentang hasil kerja murid Sumbang saran Perbincangan

    Murid memberi erti pengertian tentang elemen budaya, etika, biologi dan psikologi dalam dimensi seksualiti

    Soal jawab

    6

  • AKTIVITI 2 TAJUK : Mengamal gaya hidup sihat SUBTAJUK : Pengetahuan tentang seksualiti MASA : 1 waktu OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid dapat: Murid dapat menyenaraikan amalan-amalan gaya hidup

    sihat BAHAN : Kertas mahjong, pen marker

    P&P PROSEDUR : 1. Aktiviti ini dijalankan dalam 4 kumpulan

    2. Kaedah penyampaian dalam bentuk pembelajaran koperatif

    3. Setiap kumpulan mempunyai seorang ketua 4. Setiap kumpulan dibenarkan mengadakan

    perbincangan mengenai amalan gaya hidup sihat dan menyenaraikan dapatan kumpulan

    5. Murid dikehendaki mengisi borang grafik KBKK dalam bentuk grafik pengkelsan

    6. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan masing-masing, manakala kumpulan yang lain digalakkan memberi respons

    7. Guru membuat rumusan pengajaran Arahan Senaraikan amalan gaya hidup sihat mengikut keutamaan

    Bil Amalan Gaya Hidup Sihat 1

    2

    3

    4

    5

    7

  • AKTIVITI 3 TAJUK : Perkembangan fizikal diri remaja SUBTAJUK : Pengetahuan tentang seksualiti MASA : 1 waktu OBJEKTIF : Murid dapat menyenaraikan persamaan dan perbezaan

    perkembangan fizikal remaja lelaki dan remaja perempuan BAHAN : Kertas mahjong, pen marker, bahan rujukan

    P&P PROSEDUR : 1. Aktiviti ini dijalankan secara 4 kumpulan

    2. Kaedah penyampaian dalam bentuk pembelajaran koperatif

    3. Setiap kumpulan diminta melantik seorang ketua 4. Murid membuat rujukan berkaitan tajuk yang diberi

    mengikut kumpulan masing-masing 5. Setiap kumpulan dibenarkan mengadakan

    perbincangan mengenai perkembangan fizikal diri remaja dan menyenaraikan dapatan

    6. Murid dikehendaki mengisi borang grafik KBKK dalam bentuk grafik persamaan dan perbezaan

    7. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan masing-masing, manakala kumpulan yang lain digalakkan memberi respons

    8. Guru membuat rumusan pengajaran dengan menekankan bahawa perbezaan perkembangan fizikal antara remaja lelaki dengan remaja perempuan bukanlah merupakan halangan untuk saling menghormati antara satu dengan lain

    : Arahan Senaraikan persamaan dan perbezaan fizikal remaja lelaki

    dan remaja perempuan

    PERSAMAAN FIZIKAL Remaja lelaki Remaja perempuan

    PERBEZAAN FIZIKAL Remaja lelaki Remaja perempuan

    8

  • AKTIVITI 4 TAJUK : Seksualiti remaja SUBTAJUK : Pengetahuan tentang seksualiti SUB-TAJUK : Perbezaan, persamaan dan penyelesaian masalah tingkah

    laku remaja OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. Membincang perkembangan seksualiti remaja dan

    menyelesaikan masalah dengan bijak 2. Mengenal pasti tingkah laku khusus yang ditunjukkan

    oleh remaja semasa proses kematangan atau perkembangan sosial dan emosi

    3. Membezakan seksualiti antara remaja lelaki dan perempuan dari segi emosi, mental, fizikal dan sosial

    MASA : 2 waktu BAHAN P&P : Penyusunan Grafik KBKK PROSEDUR : 1. Penyelesaian masalah dengan bijak

    2. Persamaan dan perbezaan NILAI : Mengamalkan seksualiti yang positif

    Perkara Isi/Aktiviti Catatan Set Induksi

    Guru menyoal murid apakah

    masalah remaja masa kini? Mengapa remaja mempunyai

    masalah? Apakah kemungkinan masalah

    itu boleh diatasi? Apakah cara yang terbaik untuk

    menyelesaikan masalah yang dihadapi?

    Soal jawab Sumbang saran

    Perkembangan Langkah 1

    Guru mengedarkan borang

    penyusunan grafik untuk menyelesaikan masalah

    Murid mengisi borang grafik untuk menyelesaikan masalah yang diberi

    Penyelesaian

    masalah secara bijak

    P&P

    9

  • Perkara Isi/Aktiviti Catatan Langkah 2 Apakah perbezaan antara

    remaja lelaki dan remaja perempuan dari aspek fizikal, emosi, mental dan sosial

    Apakah persamaan yang boleh dikesan di kalangan remaja lelaki dan perempuan

    Bagaimana perasamaan dan perbezaan ini dapat membantu memahami tentang seksualiti

    Rumusan Guru merumuskan aktiviti

    langkah 1 dan langkah 2

    Perbincangan

    Merumus Guru perlu menjelaskan kepada

    murid tentang nilai-nilai seksualiti yang positif

    Melalui penyelesaian masalah yang bijak dengan kefahaman perbezaan dan persamaan remaja dapat membantu murid membuat keputusan bijak Contoh : - menghormati hak individu dari

    segi seksualiti

    10

  • Lampiran 1

    PENGURUSAN GRAFIK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN

    PERSAMAAN

    PERBEZAAN

    DARI SEGI

    CORAK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN YANG PENTING

    KESIMPULAN DARIPADA PENTAKRIFAN

    11

  • CONTOH RANCANGAN PELAJARAN Aktiviti 5 TAJUK : Kepentingan tentang seksualiti SUB-TAJUK : Pengetahuan tentang seksualiti MASA : 1 waktu OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid dapat :

    1. Melengkapkan grafik KBKK berkaitan dimensi seksualiti

    2. Menerangkan unsur-unsur yang terdapat dalam setiap dimensi seksualiti

    3. Menyatakan kepentingan pengetahuan seksualiti BAHAN P&P : Gambar, lembaran kerja NILAI : Kerajinan, rasional

    Perkara Isi/Aktiviti Catatan Set Induksi Penerangan berdasarkan gambar

    tentang budaya masyarakat Malaysia

    Perbincangan Sumbangsaran

    Guru bersoal jawab berkaitan adat

    resam rakyat Malaysia

    Perkembangan Guru menjelaskan maksud dan

    dimensi seksualiti Perbincangan

    Langkah 1 Penerangan Guru menerangkan kepentingan

    pengetahuan tentang seksualiti Langkah 2 Murid dibahagikan kepada empat

    kumpulan Pembelajaran

    berkumpulan Guru mengedarkan lembaran kerja

    grafik KBKK untuk dilengkapi oleh murid

    12

  • Perkara Isi/Aktiviti Catatan Penilaian Murid melengkapkan grafik KBKK Sumbangsaran Murid membentangkan hasil

    perbincangan Perbincangan Soal jawab

    Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan hasil kerja yang dibentangkan

    Guru meminta murid menyatakan kepentingan pengetahuan seksualiti

    Murid menyatakan kepentingan pengetahuan seksualiti

    Penutup Guru membuat rumusan pelajaran

    dengan menjelaskan bahawa pengetahuan tentang seksualiti amat penting kepada remaja bagi mengenal pasti tingkah laku seksual dan tingkah laku berisiko

    Grafik KBKK Pengelasan web

    13

  • PENGURUSAN GRAFIK KLASIFIKASI WEB

    Biologi

    Etika Budaya

    Dimensi seksualiti

    Psikologi

    14

  • AKTIVITI 6 TAJUK : Kekeluargaan SUB-TAJUK : Pengetahuan tentang seksualiti OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid dapat

    1. Membincangkan hal-hal berkaitan seksualiti 2. Memberi pendapat untuk penyelesaian masalah

    seksualiti 3. Menyenarai cara mengatasi masalah seksualiti

    MASA : 1 waktu PROSEDUR : Terapi kumpulan P&P PERINGATAN : 1. Guru perlu peka terhadap murid yang melampaui tahap perkembangan umur. Terapi khas perlu diberi kepada murid ini 2. Keinginan seksual adalah normal. Amalan salah laku

    seksual adalah tidak normal.

    Perkara Isi/Aktiviti Catatan Set Induksi Gambar, statistik dan keratan akhbar Murid diminta menerangkan

    kefahaman sendiri tentang bahan yang diedarkan

    Soal jawab

    Perkembangan Murid diminta memberi pandangan

    tentang pergaulan bebas Perbincangan

    Langkah 1 Murid dipecahkan kepada beberapa

    kumpulan dan membincangkan tentang cara menghadapai risiko rogol dan cara menghadapi keinginan seksual yang mendadak tinggi

    Langkah 2 Murid diminta membentangkan hasil

    perbincangan : Perbincangan

    kelas cara menghadapi risiko rogol

    cara menghadapi keinginan seksual yang tinggi

    15

  • Perkara Isi/Aktiviti Catatan Penutup Guru merumuskan langkah 1 dan

    langkah 2 Merumus

    Guru menjelaskan perkara-perkara

    positif tentang cara untuk menghadapi risiko rogol dan masalah seksualiti

    Perbincangan

    16

  • KEMAHIRAN ASERTIF Kemahiran asertif merupakan satu bentuk komunikasi di mana seseorang individu melahirkan pemikiran, perasaan dan kepercayaannya secara jujur dan terus dengan mengambilkira pemikiran, perasaan dan kepercayaan orang lain. Setiap individu mempunyai hak-hak asasi tertentu. Kemahiran asertif boleh digunakan untuk membantu seseorang individu yang mengalami sesuatu konflik mencapai persetujuan yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak tanpa mengorbankan maruah dan kehormatan diri. MENGAPA PERLU KEMAHIRAN ASERTIF? Kemahiran asertif perlu dikuasai supaya individu boleh menyatakan TIDAK tanpa rasa bersalah, marah atau sebarang tekanan perasaan terhadap desakan daripada sebarang pengaruh. Aktiviti 1 TAJUK : Kekeluargaan SUB-TAJUK : Kemahiran asertif MASA : 1 waktu OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid dapat :

    1. Menyatakan tiga situasi selesa dan tidak selesa. 2. Menyenaraikan situasi selesa dan tidak selesa yang

    berlaku dalam kehidupan seharian. 3. Menjelaskan kemahiran asertif dalam situasi berisiko

    BAHAN P&P : Soal selidik (Lampiran1) NILAI : Keselamatan diri

    Perkara Isi/Aktiviti Catatan Set Induksi Murid diminta memberikan

    situasi selesa dan tidak selesa.

    Perbincangan

    Penerangan

    Langkah 1 Guru menjelaskan maksud

    asertif

    Soal-jawab

    bersama Penerangan

    Murid bersoal jawab berkaitan

    kemahiran asertif.

    17

  • Perkara Isi/Aktiviti Catatan Langkah 2 Guru mengedarkan helaian soal

    selidik dan murid berbincang dalam kumpulan kecil.Murid menjawab soal selidik

    Penyelesaian

    masalah secara bijak

    Penilaian Murid dapat menyatakan YA

    atau TIDAK tanpa berasa salah dalam sesuatu situasi

    Membanding beza situasi

    Penutup Guru merumus hasil

    perbincangan murid berkaitan kemahiran asertif

    Sumbangsaran

    Pebincangan Merumus

    18

  • Lampiran 1 ARAHAN : Guru mengedarkan Lampiran A kepada setiap murid Tandakan [ YA ]atau [ TIDAK ] dalam ruang kosong di mana anda dapat memperaktikkan asertif. 1. Menerima pujian tentang kecantikan anda [ ] 2. Menyatakan tidak terhadap permintaan seorang kawan [ ] 3. Menerima pujian tentang sesuatu yang anda telah [ ]

    lakukan

    4. Mengingati seorang kawan yang telah menyatakan kasih [ ] kepada anda 5. Diajak oleh seseorang untuk temu janji dengan [ ]

    seseorang yang tidak dikenali melalui e-mail 6. Diajak oleh seseorang untuk temu janji secara [ ]

    bersemuka 7. Menolak temu janji daripada seseorang [ ] 8. Mengaku telah melakukan sesuatu kesilapan [ ] 9. Diberitahu oleh seseorang yang dia menyukai anda [ ] 10. Meminjam sesuatu daripada seorang kawan [ ]

    19

  • Aktiviti 2 TAJUK : Kekeluargaan SUB-TAJUK : Kemahiran Asertif MASA : 2 waktu OBJEKTIF : Di akhir pembelajaran murid dapat :

    1. Menyatakan maksud pelakuan asertif. (gambaran individu yang tegas diri) 2. Mengenal pasti situasi pelakuan ini patut diamalkan 3. Menyatakan tiga cara mengelakkan diri daripada

    situasi yang berisiko. 4. Menjelaskan faedah perlakuan asertif serta hak

    mereka untuk menyuarakan perasaan

    BAHAN P&P : Senarai situasi, kad arahan NILAI : Perlakuan tegas diri, pasif atau agresif

    Perkara Isi/Aktiviti Catatan Set Induksi Guru menerangkan gambaran

    tentang situasi asertif dan murid diminta memberi ulasan.

    Penerangan

    Murid mengenal pasti dan menyenaraikan faedah bersikap asertif

    Penerokaan kendiri Langkah 1

    Langkah 2 Murid berbincang dalam

    kumpulan kecil dan merancang role play yang diberi ( gunakan situasi berasaskan kes 1, 2, dan 4)

    Pembelajaran

    berkumpulan Sumbangsaran Perbincangan

    Langkah 3 Murid merancang role play (main

    peranan) berkaitan perlakuan asertif

    Perbincangan

    Lakonan

    Langkah 4 Murid menilai/kenal pasti

    perlakuan asertif dalam main peranan

    Penerokaan

    nilai Perbincangan

    20

  • Perkara Isi/Aktiviti Catatan Penilaian Guru merumus penegasan

    apabila mengamalkan pelakuan asertif kita dapat membina personaliti yang baik.

    Perbincangan

    Merumus

    Penutup Murid menjawab soalan berikut.

    1. Makna pelakuan asertif 2. Menyenaraikan situasi berisiko 3. Senaraikan tiga faedah

    kemahiran asertif

    21

  • KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH PENERANGAN Kehidupan seseorang remaja umumnya penuh dengan cabaran dan tekanan. Masalah seharian kadangkala mengakibatkan kesan negatif kepada seseorang remaja dan menjejaskan keupayaannya untuk berfungsi secara optimum. Oleh itu, setiap remaja perlu memperoleh kemahiran dalam penyelesaian masalah untuk membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan keupayaannya.

    Takrifan penyelesaian masalah : mengenalpasti masalah dan puncanya serta kaedah yang dipilih untuk

    mengatasi masalah berkenaan

    Faedah kemahiran penyelesaian masalah berupaya : membuat pilihan yang bijak memperoleh keputusan yang bijak mengurangkan tekanan

    Langkah-langkah menyelesaikan masalah : mengenal pasti masalah menjelaskan beberapa pilihan cara penyelesaian menilai kebaikan dan keburukan pilihan tersebut bertindak atas pilihan yang telah dibuat menyemak semula keberkesanan tindakan yang telah diambil

    MENGAPA PERLU KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH? Kemahiran ini diperlukan untuk membantu remaja mengenal pasti dan menyelesaikan masalah secara rasional. CONTOH RANCANGAN PELAJARAN TAJUK : Kekeluargaan SUB-TAJUK : Kemahiran Menyelesaikan Masalah MASA : 1 waktu OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid dapat :

    1. Memberi takrifan penyelesaian masalah 2. Menyenaraikan tiga faedah hasil daripada

    penyelesaian masalah

    22

  • 3. Menyatakan lima langkah utama dalam proses

    menyelesaikan masalah BAHAN P&P : Lembaran kerja 1, OHP, keratan akhbar,

    grafik berkaitan NILAI : Yakin diri dan berupaya menyelesaikan masalah secara berkesan

    Perkara Isi/Aktiviti Catatan Set Induksi Tiga orang murid menceritakan

    contoh situasi di mana mereka perlu menyelesaikan masalah

    Perbincangan Sumbangsaran

    Murid meneliti edaran (nota)tentang kemahiran menyelesaikan masalah

    Banding beza kejadian baik dan buruk

    Perkembangan Guru menjelaskan takrifan

    penyelesaian masalah

    Langkah 1 Murid membincang dan

    melaporkan butiran berkaitan faedah yang berkesan hasil daripada penyelesaian masalah

    Soal-jawab bersama rakan/guru

    Sumbangsaran (kumpulan berenam)

    Penerangan berkumpulan

    Langkah 2 Guru menayangkan grafik/

    dialog berkaitan situasi yang bermasalah

    Membuat

    inferens

    Murid membuat kajian kes dalam kumpulan mengikut topik tertentu seperti dalam lembaran kerja

    Memberi pendapat dan nilai

    Perbincangan Persembahan Rumusan murid

    23

  • Perkara Isi/Aktiviti Catatan Penilaian Murid menyebut tiga faedah

    hasil daripada penyelesaian masalah

    Soal-jawab

    Murid menjawab secara bertulis dan melaporkan lima langkah utama dalam proses menyelesaikan masalah

    Pelapoaran bertulis

    Pemerhatian tingkah-laku semasa beraktiviti

    Satu kumpulan memberi satu gambaran situasi bermasalah dan kumpulan yang lain cuba menyelesaikan

    Penutup Pengukuhan : guru memberi

    rumusan untuk menghadapi masalah :

    Bercerita

    Memberi pendapat

    1. Jangan panik 2. Ingat! setiap masalah ada

    jalan penyelesaian 3. Jika perlu : luahkan masalah

    kepada orang yang anda percayai

    24

  • Lembaran kerja 1

    KUMPULAN KAJIAN KES 1. John dalam perjalanan ke kelas tuisyen. Rakan-rakannya

    mengajak dia untuk bersama mereka menonton video lucah. Apa yang harus John lakukan?

    2. Janet tinggal bersama ibu kandung dan bapa tiri. Semasa

    ibunya tiada di rumah, bapa tirinya selalu mengganggu Sofia dengan meraba-raba badan Janet. Apakah tindakan yang patut Janet lakukan dalam situasi ini?

    3. Johan telah jatuh cinta dengan seorang kawan dalam "chat club" melalui laman web, dan ini telah menyebabkan dia tidak memberi perhatian kepada pelajaran. Johan akan menghabiskan masa berjam-jam "chatting" dengan kawannya itu. Ibu bapanya marah kerana bil telefon telah meningkat. Johan tidak sanggup memutuskan hubungan dengan kawannya itu. Apa yang harus Johan lakukan?

    4. Sara mempunyai ramai kawan yang telah bekerja. Mereka

    berpakaian berjenama dan selalu belanja Sara makan di restoran mewah. Mereka sering mengajak Sara keluar berpacaran bersama beberapa orang dewasa dengan menawarkan wang yang lumayan. Patutkah Sara ikut mereka?

    25

  • KEMAHIRAN MENGENALPASTI SITUASI BERISIKO Situasi yang berisiko bermaksud situasi yang boleh membawa masalah atau berbahaya kepada seseorang dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Dalam kehidupan seharian kita mestilah dapat mengenal pasti dan membezakan antara perbuatan atau situasi yang selamat dan berisiko. MENGAPA PERLU KEMAHIRAN MENGENALPASTI SITUASI BERISIKO Kemahiran mengenalpasti situasi yang berisiko adalah perlu supaya murid mahir mengenal pasti situasi yang memudaratkan dan tahu untuk menyelamatkan diri. CONTOH RANCANGAN PELAJARAN TAJUK : Seksualiti SUB-TAJUK : Kemahiran mengenalpasti situasi berisiko MASA : 1 waktu OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid dapat :

    1. Mengenal pasti sentuhan yang tidak membawa maksud seksual

    2. Mengenal pasti tanda-tanda (isyarat dan lisan) yang membawa mesej seksual

    3. Membanding beza antara perlakuan serta situasi yang selamat dengan yang berisiko

    BAHAN P&P : Kertas mahjung, Lembaran kerja1-3 NILAI : Kebebasan, Hormat menghormati

    Perkara Isi/Aktiviti Catatan Set Induksi Murid diminta bangun dan

    berpegangan tangan atau memeluk rakan sejenis

    Sumbangsaran

    Guru bertanya soalan kepada pelajar :

    Jawapan:

    i. Apakah perasaan anda apabila dipeluk atau dipegang oleh rakan sejenis anda?

    1. Tiada apa-apa kesan

    2. Geli atau malu

    ii. Bagaimana pula kalau anda dipeluk atau dipegang oleh

    26

  • Perkara Isi/Aktiviti Catatan rakan bukan sejenis anda?

    Perkembangan Guru membahagikan kelas kepada

    lima kumpulan Perbincangan

    Langkah 1 Sumbangsaran Setiap kumpulan diberikan

    lembaran kerja yang berlainan Murid melakukan perbincangan

    dalam kumpulan masing-masing lembaran kerja (rujuk) i. sentuhan membawa maksud

    seksual ii. mencari cinta sejati iii. kenali isyarat dan istilah

    seksual iv. kajian kes : seandainya

    masa boleh diundur.

    Langkah 2 Setiap kumpulan membuat

    persembahan masing-masing

    Guru menilai persembahan

    tersebut, ahli kumpulan lain diminta merumus hasil persembahan folio

    Berkongsi pandangan

    Kemahiran mengelaskan

    Penilaian Guru meminta murid menutup buku

    folio masing-masing Soal jawab

    Dengan menggunakan soalan, guru

    bertanya kepada pelajar secara rawak : Lembaran kerja 1 :

    - Apakah sentuhan yang membawa maksud seksual?

    - Apakah sentuhan yang tidak membawa maksud seksual?

    Penutup Guru merumuskan pembelajaran

    yang telah dijalankan. rumusan

    27

  • Lembaran kerja 1

    SENTUHAN MEMBAWA MAKSUD SEKSUAL ARAHAN : Senaraikan bentuk sentuhan yang membawa maksud seksual dan yang tidak membawa maksud seksual di dalam lajur yang disediakan.

    Sentuhan tidak membawa maksud Sentuhan membawa maksud seksual seksual

    28

  • Lembaran kerja 2

    MENCARI CINTA SEJATI Arahan:

    1. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan tanggungjawab Saiful untuk menjamin cinta sejati mereka :

    " ... Robert bertemu dengan Sara dalam satu pesta

    sukan sekolah. Robert tertarik dengan perwatakan Sara yang seksi dan manja. Mereka bersetuju berkawan.Selepas 3 bulan menjalinkan hubungan melalui surat, telefon dan e-mail, mereka ingin bertemu.

    . Apabila hubungan menjadi intim Robert mengajak Sara

    datang ke rumahnya semasa ketiadaan ibu bapa Robert di rumah ... ...

    2. Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh Sara untuk

    mengelakkan diri dari dinodai cintanya?

    29

  • Lembaran kerja 3 KAJIAN KES "Seandainya masa boleh berundur " ARAHAN : 1. Baca petikan di bawah dan bincang bersama rakan sebagaimana arahan

    di bawah :

    Jennifer, Mia dan Ben merupakan tiga orang rakan karib. Pada satu petang, semasa bersiar-siar, Jennifer dan Mia berjumpa dengan Ben dan teman wanitanya Suzy di perhentian bas. Ben mempelawa untuk menghantar mereka pulang ke rumah. Dalam perjalanan Ben mengajak mereka menghadiri majlis harijadi Suzy. Melihatkan kesungguhan Ben dan Suzy, kedua-dua gadis tersebut bersetuju untuk menghadiri majlis harijadi tersebut.

    Dalam majlis tersebut tanpa disedari, minuman Ben, Jennifer dan Mia

    telah dicampurkan dengan pil khayal. Apabila tersedar Jennifer dan Mia mendapati bahawa mereka telah diperkosa oleh rakan-rakan Suzy

    Bincangkan bersama rakan anda tentang perkara berikut:

    i. Murid perempuan : Bincangkan strategi dan tindakan yang

    sepatutnya dilakukan oleh Jennifer dan Mia untuk mengelakkan kejadian tersebut dari berlaku

    ii. Murid lelaki : Bincangkan peranan Ben bagi mengelakkan

    kejadian yang tidak diingini berlaku kepada rakan-rakan karibnya

    30

  • CONTOH RANCANGAN PELAJARAN TAJUK : Seksualiti SUB-TAJUK : Kemahiran mengenal pasti situasi berisiko MASA : 1 waktu OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid dapat :

    1. Membanding beza sentuhan atau situasi yang membawa maksud seksual dan bukan seksual

    2. Menyenaraikan tanda-tanda awal yang mendorong kepada hubungan seks tidak selamat

    3. Menyatakan langkah-langkah pencegahan awal daripada berlaku hubungan seks

    BAHAN P&P : Kajian Kes 1 dan Kajian Kes 2 NILAI : Menghargai diri sendiri

    Perkara Isi/Aktiviti Catatan Set Induksi Guru memaparkan gambar

    seorang doktor memeriksa pesakit dengan membuat sentuhan.

    4. Soal jawab

    5. Sumbangsaran

    Seseorang dipeluk apabila mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan.

    Seseorang diselamatkan dalam situasi kecemasan.

    Guru bertanya; adakah sentuhan atau situasi itu adalah sentuhan atau situasi yang selamat atau tidak selamat.

    Perkembangan Guru memberi penerangan mengenai

    perbezaan situasi yang membawa maksud sentuhan seksual dan bukan seksual

    Pembelajaran berkumpulan Langkah 1

    31

  • Perkara Isi/Aktiviti Catatan Langkah 2 Guru mengedarkan kajian kes 1

    dan kajian kes 2 Murid dibahagikan kepada empat

    kumpulan untuk sesi perbincangan, membuat skrip lakonan berkaitan kajian kes yang diberikan oleh guru

    Berkongsi pandangan

    Kemahiran mengelaskan

    - Kump. 1&2 : Kajian Kes 1 - Kump. 3&4 : Kajian Kes 2

    Langkah 3 Murid melakukan perbincangan

    dalam kumpulan masing-masing

    Sumbangsaran

    Bekerjasama Langkah 4 Setiap kumpulan membentang

    hasil perbincangan

    Pembentangan

    Guru membuat penilaian Guru membuat penilaian bagi

    setiap persembahan

    Penilaian Guru bertanyakan murid, catatan

    dibuat di papan tulis dalam bentuk peta minda

    Soal jawab Membuat peta

    minda - Apakah situasi yang boleh

    mendorong kepada hubungan seks

    - Bagaimanakah kita boleh menghindari daripada situasi tersebut?

    Penutup Guru merumuskan pembelajaran

    hari ini dengan bantuan murid rumusan

    Guru perlu menjelaskan keburukan

    hubungan seks Guru membimbing murid merumus

    pembelajaran.

    32

  • Lembaran Kerja 1 KAJIAN KES 1 TAJUK : "Remy dan Sarah" Remy dan kawan-kawannya mengunjungi sebuah pusat hiburan.

    Sambil menyanyi mereka minum minuman keras sehingga mabuk. Sarah yang mabuk telah mengajak Remy balik. Remy memandu kereta. Dalam perjalanan balik Remy meminta Sarah menciumnya. Sarah menolak, tetapi Remy terus memujuk rayu agar Sarah membuktikan cintanya. Timbul perasaan serba salah dalam diri Sarah sama ada untuk menerima atau menolak pujuk rayu Remy. Sarah dalam dilema.

    KAJIAN KES 2 TAJUK : "Gina dan Kenalan Lama"

    Semasa membeli-belah di sebuah pasaraya, Gina menemui teman lamanya, Mike. Setelah berbual-bual, Mike mengajak Gina bersiar-siar. Kerana telah mengenali dan mempercayai Mike, Gina tidak menolak pelawaan Mike. Mike membawa Gina berjumpa dengan sekumpulan Mat Motor. Mike meminta Gina menunggu disitu kerana katanya ada hal yang mustahak. Mike bersama tiga orang Mat Motor tadi beredar dari situ dan pulang 20 minit kemudian. Kemudian Mike meminta Gina pulang bersama beberapa orang Mat Motor tadi setelah memberitahu motosikalnya rosak. Dalam perjalanan, Gina telah dibawa ke suatu tempat yang tidak diketahui. Gina diberitahu bahawa Mike telah kalah perlumbaan dan Gina adalah pertaruhan mereka kerana diugut dan rasa takut, Gina terpaksa menyerahkan tubuhnya kepada Mat Motor tersebut.

    33

  • KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN BERTANGGUNGJAWAB DAN PILIHAN BIJAK Di dalam kehidupan harian setiap individu menghadapi pelbagai cabaran hidup dan perlu membuat keputusan yang bijak dan bertanggungjawab. Dalam hal seksualiti remaja, terdapat beberapa tingkah laku berisiko dan remaja perlu berhati-hati menghadapi tekanan-tekanan rakan sebaya yang boleh menjerumuskan mereka kepada risiko tersebut. Sememangnya amat sukar menolak tekanan rakan sebaya dan adalah penting bagi remaja mempelajari strategi membuat pilihan bijak dan keputusan yang bertanggungjawab.

    MENGAPA PERLU KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN BERTANGGUNGJAWAB DAN PILIHAN BIJAK?

    Kemahiran bertanggungjawab penting supaya seseorang remaja boleh membuat pilihan bijak dalam isu-isu berkaitan seksualiti dan bersedia untuk bertanggungjawab ke atas keputusan yang dibuat.

    Aktiviti 1 TAJUK : Seksualiti SUB-TAJUK : Kemahiran membuat keputusan bertanggungjawab dan pilihan bijak MASA : 1 waktu OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid dapat :

    1. Menyatakan tiga sifat yang ada pada remaja pilihan 2. menerangkan tiga situasi yang kritikal (tidak selamat) 3. Pelajar dapat mengenal pasti isu-isu positif dan negatif

    jika mereka melibatkan diri dengan percintaan BAHAN P&P : Kertas mahjung, pen marker dan

    gambar foto (pelbagai personaliti) NILAI : Berterus terang, kerjasama, peka

    Perkara Isi/Aktiviti Catatan Set Induksi Guru mengedarkan gambar foto

    (pelbagai personaliti) Perbincangan

    Penerangan Murid melakukan inferens

    mengenai gambar foto yang 34

  • Perkara Isi/Aktiviti Catatan diedarkan

    Langkah 1 Murid dibahagikan kepada

    empat kumpulan

    Nilai kepimpinan

    & kerjasama Setiap kumpulan diberi tajuk-

    tajuk perbincangan Kump.1 : Bilakah masanya

    paling sesuai untuk anda memikirkan urusan percintaan?

    Guru mendapatkan pandangan murid dan memberi panduan

    Kump.2 : Pada pandangan anda apakah kebaikan dan keburukan bercinta di zaman persekolahan?

    Guru membimbing dan memberi pandangan positif

    Kump.3 : Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada individu pilihan anda untuk dijadikan sebagai pasangan hidup?

    Gambar foto individu sebagai role model

    Contoh kajian kes

    Kump.4 : Bagaimanakah

    caranya kamu boleh mengelak/hindar situasi yang menjurus kepada salah laku seks?

    Langkah 2 Membentangkan hasil

    perbincangan

    Menggalakkan penglibatan murid

    Sumbangsaran daripada murid lain

    Penutup Guru menyenaraikan isu-isu

    positif dan negatif hasilan daripada rumusan aktiviti kumpulan

    Mengisi jadual ciri-ciri positif & negatif

    Murid melengkapkan jadual ciri-ciri positif & negatif

    35

  • Aktiviti Pengukuhan : YA TIDAK1. Saya keluar rumah hingga larut malam tanpa kebenaran

    ibu bapa.

    2. Untuk mengelak perkara yang tidak diingini, saya harus berwaspada dari segi berpakaian dan tingkah laku

    3. Bercinta tidak sesuai pada zaman persekolahan

    4. Bahan-bahan lucah akan mengakibatkan perkembangan

    pemikiran negatif 5. Saya akan menjauhi situasi yang tidak selamat

    36

  • KEMAHIRAN MENINGKATKAN HARGA DIRI Aktiviti 1 TAJUK : Harga Diri SUB-TAJUK : Kemahiran meningkatkan harga diri MASA : 1 waktu OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid dapat :

    1. Menguasai kemahiran memuji orang lain 2. Memberi sekurang-kurangnya dua pujian kepada

    rakan berlainan gender 3. Menyatakan faedah memuji orang

    BAHAN P&P : Senarai kata nama, Lembaran kerja 1 NILAI : Menghargai orang lain

    Perkara Isi/Aktiviti Catatan Set Induksi Kad-kad imbasan dipamerkan di

    depan (contoh: cantik, rajin, anggun, gagah dll.)

    6. Sumbangsaran

    Murid diminta mengaitkan kad nama tersebut dengan rakan dalam kelas.

    Perkembangan Murid dibahagikan kepada dua

    kumpulan

    Langkah 1 Murid berdiri dalam dua bulatan,

    satu bulatan di luar dan satu bulatan di dalam

    Permainan kumpulan

    Pembelajaran berpasangan

    Murid bulatan dalam bersemuka dengan murid bulatan luar

    Secara bergilir-gilir, murid akan menyatakan ciri-ciri positif pasangan masing-masing

    Selepas dua minit bulatan dalam diminta bergerak ikut jam/lawan jam

    Aktiviti ditamatkan selepas 1 pusingan

    Murid diminta menyatakan perasaan diri selepas memberi pujian

    37

  • Perkara Isi/Aktiviti Catatan Langkah 2 Setiap murid menyediakan dua

    pujian untuk seorang rakan yang berlainan gender

    1. Pembelajaran

    rakan sebaya

    Dengan sukarela murid berdiri dan meminta rakan yang hendak dipuji berdiri. Murid memberi pujian (contoh: Ali memuji Aminah "awak sungguh hebat kerana telah menjuarai pertandingan syarahan Bahasa Inggeris, awak tidak sombong, awak suka membantu orang lain.

    2. Penerokaan nilai

    Guru menegaskan bahawa : - cara memuji mestilah sopan - perlu memuji dengan ikhlas - bila memuji kita menghargai

    orang lain dan meningkatkan harga diri kita

    Penilaian Murid menjawab lembaran kerja Perbincangan dan membuat

    rumusan bersama

    Penutup Murid membaca ungkapan berikut : Ada ubi ada batas

    Ada budi ada balas Kita puji dengan ikhlas Semoga hati ..... .....

    38

  • Lembaran kerja 1 JAWAB SEMUA SOALAN 1. Semasa memuji orang lain,

    a. kita patut berniat ...........

    b. Kita menggunakan kata-kata yang ...........

    c. Kita tidak menyebabkan orang lain berasa ...........

    2. Beri dua contoh ayat bagaimana anda memuji seorang rakan yang

    berlainan gender

    a. ......................................................

    b. ......................................................

    3. Nyatakan dua faedah memuji orang lain

    a. ......................................................

    b. ......................................................

    39

  • KEMAHIRAN MENDAPAT BANTUAN Apabila anda atau rakan anda menjadi mangsa penderaan, gangguan seksual atau kejadian rogol, JANGAN MENDIAMKAN DIRI, anda MESTI melaporkan kepada salah seorang daripada berikut iaitu ibu bapa, ahli keluarga, guru, guru agama, kaunselor, jururawat, doktor, rakan pembimbing, polis, agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan( NGO) atau orang dewasa yang boleh dipercayai. MENGAPA PERLU KEMAHIRAN MENDAPAT BANTUAN? Kemahiran menyampaikan apa yang telah berlaku kepada diri atau rakan adalah perlu supaya anda tahu kepada siapa dan bagaimana untuk mendapatkan bantuan. Anda boleh beritahu secara langsung atau tidak langsung, secara berselindung atau bersyarat kejadian tersebut kepada orang yang anda telah pilih. AKTIVITI TAJUK : Seksualiti SUB-TAJUK : Kemahiran mendapatkan bantuan MASA : 1 waktu OBJEKTIF : Pada akhir pembelajaran murid dapat :

    1. Mengenal pasti kepada siapa untuk mendapatkan bantuan

    2. Menyatakan bagaimana untuk mendapatkan bantuan BAHAN P&P : Lembaran kerja 1 dan lembaran kerja 2 NILAI : Berani, berterus -terang

    Perkara Isi/Aktiviti Catatan Set Induksi Dengan menggunakan keratan

    akhbar yang menyiarkan berita tentang sumbang mahram, guru menerangkan definisi 'sumbang mahram' dan bertanyakan pendapat murid mengapa ianya berlaku

    Perbincangan Soal jawab

    Sumbangsaran

    40

  • Perkara Isi/Aktiviti Catatan Perkembangan Guru mengedarkan lembaran kerja 1

    untuk murid memilih seseorang yang mereka akan temui untuk mendapatkan bantuan jika anda atau rakan anda menjadi mangsa penderaan seks, gangguan seksual atau rogol

    Langkah 1

    Langkah 2 Guru meminta beberapa orang murid

    menjelaskan kenapa mereka memilih tindakan tersebut

    Langkah 3 Guru mengedarkan lembaran kerja 2

    sebagai panduan kepada murid untuk menjalankan main peranan bagaimana menyatakan kejadian penderaan seks, gangguan seksual dan rogol kepada orang yang dipilih dalam lembaran kerja 1

    Main peranan

    Menyelesaikan masalah

    Langkah 4 Guru menerangkan empat cara

    bagaimana remaja boleh memberitahu apa yang berlaku kepada mereka atau rakan mereka dan menyenaraikannya

    Penerangan

    Penilaian Murid dapat mengenal pasti individu

    mana yang mereka boleh dapatkan bantuan

    Bimbingan dan keyakinan kepada muird

    Murid dapat menguasai kemahiran bagaimana menyatakan apa yang berlaku ke atas mereka atau rakan mereka

    Penutup Guru merumuskan perkara-perkara

    yang mesti dilaporkan dan kepada siapa mesti dilaporkan

    Guru memberi contoh-contoh atau situasi lain yang boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual sama ada melalui percakapan, perlakuan atau isyarat

    41

  • Lembaran kerja 1

    ARAHAN 1. Jika anda atau rakan anda menjadi mangsa kejadian rogol, gangguan

    seksual atau penderaan seks, siapakah yang akan anda beritahu atau hubungi untuk mendapakan bantuan. Sila pilih satu

    a. Ibu

    b. Bapa

    c. Guru

    d. Guru agama

    e. Kaunselor

    f. Jururawat

    g. Doktor

    h. Rakan pembimbing

    i. Polis

    j. Lain-lain. Sila nyatakan ___________________________________________________ ___________________________________________________

    2. Jelaskan pilihan anda itu :

    42

  • Lembaran kerja 2

    MAIN PERANAN Seorang rakan remaja anda telah diperkosa oleh bapa saudaranya. Nyatakan bagaimana : 1. Anda hendak memberitahu perkara tersebut kepada orang pilihan anda

    seperti dalam lembaran kerja 1. 2. Anda hendak membantu rakan anda itu supaya dia memberitahu perkara

    tersebut kepada orang pilihannya seperti dalam lembaran kerja 1 CONTOH CARA-CARA UNTUK MEMBERITAHU KEJADIAN YANG BERLAKU SITUASI 1A : BERITAHU SECARA LANGSUNG

    "........... saya telah dirogol oleh .................. di rumah ................ "

    SITUASI 1B : BERITAHU SECARA LANGSUNG

    "...........kawan saya telah dirogol oleh .................. di rumah ................

    SITUASI 2A : BERITAHU SECARA TIDAK LANGSUNG

    " .........., Pak Long telah kacau saya tidur malam tadi"

    SITUASI 2B : BERITAHU SECARA TIDAK LANGSUNG

    " .........., Pak Longnya telah kacau kawan saya tidur malam tadi"

    SITUASI 3 : PEMBERITAHUAN SECARA BERSELINDUNG

    " ............., saya tahu siapa yang pernah kena usik sebegitu"

    43

  • SITUASI 4A : PEMBERITAHUAN BERSYARAT

    " .............., saya ada masalah tetapi .......... mesti berjanji untuk tidak beritahu

    sesiapa tentang apa yang saya nak katakan ................"

    SITUASI 4B : PEMBERITAHUAN BERSYARAT

    " .............., kawan saya ada masalah tetapi .......... mesti berjanji untuk tidak

    beritahu sesiapa tentang apa yang dia nak katakan ................"

    44

    m6-1.pdfKATA PENGANTAR

    m6-2.pdfPanel Membina dan Kawal Mutu

    m6-3.pdfBERILMU PENGETAHUANRUMUSAN GURUCABARAN REMAJA MASA KINICABARAN REMAJA MASA KINIAKTIVITI 2AKTIVITI 3

    AKTIVITI 4CONTOH RANCANGAN PELAJARANAktiviti 5AKTIVITI 6

    KEMAHIRAN ASERTIFAktiviti 1Aktiviti 2KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH

    PENERANGANCONTOH RANCANGAN PELAJARANKUMPULAN KAJIAN KES KEMAHIRAN MENGENALPASTI SITUASI BERISIKO

    CONTOH RANCANGAN PELAJARANMENCARI CINTA SEJATI

    CONTOH RANCANGAN PELAJARANAktiviti 1KEMAHIRAN MENINGKATKAN HARGA DIRIAktiviti 1

    KEMAHIRAN MENDAPAT BANTUANAKTIVITIMAIN PERANANCONTOH CARA-CARA UNTUK MEMBERITAHU KEJADIAN YANG BERLAKU