tahun 2, september 2009 -...

4
ahniah! Pasukan SKPKBP telah men- duduki tempat ketiga dalam Kejohanan Boling Pendidikan Khas Batu Pahat yang diadakan pada 5 Ogos lalu. Peserta SKPKBP ter- diri daripada Mohamad Norazman, Mohamad Norzaman, Hawwa Khirulnisak, dan Izzati, mana- kala guru pembimbing ialah En Faizal b Abdullah dan Pn Norhafizah bt Nordin. (abk) ada 14 ogos lalu, Panitia Muzik dengan kerjasama PSS telah mengadakan aktiviti bertema kerjaya berkaitan Seniman. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti menonton filem, mewarna dan lain-lain. (abk) Mohammad Norazman antara penyumbang utama September 2009 SEPTEMBER 2009 Tahun 2, VISI Menjadi Sekolah Pendidikan Khas Cemerlang Pada Tahun 2010 MISI Menyediakan Perkhidmatan Pendidikan Berkualiti Dan Iklim Pendidikan Yang Baik SEPTEMBER 2009 Tahun 2, Bilangan 18 Sidang Redaksi Buletin Speed mengucapkan TAHNIAH kepada Ustazah Aniyati bt Misran kerana dikurniakan cahayamata lelaki dalam hidupnya. Se- moga anugerah cahayamata akan menambahkan lagi semangat untuk terus berbakti kepada kerjaya disamping keluarga tercinta LAGI GAMBAR DI HALAMAN 2 & 4 Sidang Redaksi 2 Dari Meja Guru Besar 2 Diari Guru 2 Personaliti Murid 3 Uji Minda 3 Kenangan Manis 3 Lensa SKPKBP 4 Info Speed 4 Imbauan Syahur 4 eperti mana premis-premis kerajaan mahu- pun sekolah-sekolah yang lain, Jalur Gemilang telah dikibarkan dan menghiasi SKPKBP sepanjang Bulan Kemerdekaan ini. (abk) Seluruh Warga SKPK Batu Pahat mengucapkan Semoga keamanan, kemakmuran dan keharmonian dapat terus dikekalkan bersama.

Upload: duongnhan

Post on 08-Mar-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tahun 2, September 2009 - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BULETIN_SPEED_2009/08_SEPTEMBER_2009.pdf · Bertuah kita kerana masih dipilih oleh Allah untuk bertemu dengan ‘tetamu’

ahniah! Pasukan SKPKBP telah men-

duduki tempat ketiga dalam Kejohanan Boling Pendidikan Khas Batu Pahat yang

diadakan pada 5 Ogos lalu. Peserta SKPKBP ter-diri daripada Mohamad Norazman, Mohamad Norzaman, Hawwa Khirulnisak, dan Izzati, mana-kala guru pembimbing ialah En Faizal b Abdullah dan Pn Norhafizah bt Nordin. (abk)

ada 14 ogos lalu, Panitia Muzik dengan kerjasama PSS telah

mengadakan aktiviti bertema kerjaya berkaitan Seniman. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti menonton filem, mewarna dan lain-lain. (abk)

Mohammad Norazman antara penyumbang utama

September 2009 SEPTEMBER 2009 Tahun 2,

VISI Menjadi Sekolah Pendidikan Khas Cemerlang Pada Tahun 2010

MISI Menyediakan Perkhidmatan Pendidikan Berkualiti Dan Iklim Pendidikan Yang Baik

SEPTEMBER 2009

Tahun 2, Bilangan 18

Sidang Redaksi Buletin Speed mengucapkan TAHNIAH kepada

Ustazah Aniyati bt Misran kerana dikurniakan cahayamata lelaki dalam hidupnya. Se-

moga anugerah cahayamata akan menambahkan lagi semangat untuk terus berbakti

kepada kerjaya disamping keluarga tercinta

LAGI GAMBAR DI HALAMAN 2 & 4

Sidang Redaksi 2

Dari Meja Guru Besar 2

Diari Guru 2

Personaliti Murid 3

Uji Minda 3

Kenangan Manis 3

Lensa SKPKBP 4

Info Speed 4

Imbauan Syahur 4

eperti mana premis-premis kerajaan mahu-

pun sekolah-sekolah yang lain, Jalur Gemilang telah dikibarkan dan menghiasi SKPKBP sepanjang Bulan Kemerdekaan ini. (abk)

Seluruh Warga SKPK Batu Pahat

mengucapkan

Semoga keamanan, kemakmuran dan

keharmonian dapat terus dikekalkan

bersama.

Page 2: Tahun 2, September 2009 - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BULETIN_SPEED_2009/08_SEPTEMBER_2009.pdf · Bertuah kita kerana masih dipilih oleh Allah untuk bertemu dengan ‘tetamu’

endedahan! Pada Kejo-

hanan Boling yang dianjurkan oleh PPD Batu Pahat, SKPKBP telah mengambil kesempatan mengadakan lawatan ke kejohanan tersebut. Selain memberi sokongan kepada rakan, ia dapat mendedahkan murid tentang permainan tersebut selain melatih murid berinteraksi dengan masyara-kat luar. (abk)

P a g e 2

“To catch the reader's attention, place an interesting sentence or quote from the story here.”

SIDANG REDAKSI : Buletin Speed September 2009

SK Pendidikan Khas Batu Pahat

PENGERUSI En Ateh Bin Salim Guru Besar SKPK Batu Pahat

NAIB PENGERUSI Pn Hjh Arni bt Md Noor GPK HEM SKPK Batu Pahat

KETUA EDITOR Aizam @ Azlan bin Kadiron ( [email protected] )

PENGARANG Pn Norhafizah binti Nordin Cik Rosnita binti Saffee Pn Rodhiha binti Maarof

JURUFOTO En Kevin Mak Wai Kim En Mohammad Saffri bin Hamali

PENERBIT Pusat Sumber SK PKBP, Jln Lim Yew Leong, PS 30, 83007 Batu Pahat, Johor D Ta’zim. Tel: 07– 4341139 Fax: 07– 4342139 E-mel : [email protected]

Sebarang pertanyaan atau sumbangan artikel boleh dialamatkan ke alamat di atas.

CETAKAN / EDARAN En Munif bin Hj Basir

(Susunan: Cik Rosnita)

Tarikh Nama Nama Kursus, Bengkel, Taklimat dan Lain-Lain

3 Ogos En.Ateh Bin Salim Cik Junaidah Jusop

Pengauditan Penyata Kewangan

3-6 Ogos Cik Balqish bt Selamat Bengkel LDP Fasilitator KMK Pend Khas bagi S/U LDP Sek PK dan SPK 3-7 Ogos En Mohd Salleh b Aman Bengkel Pengurusan KoKurikulum GPK KK Sek Pend Khas Bil 1/09 4 Ogos En Faizal b Abdullah Karnival Permainan (Bowling) Pend Khas Batu Pahat.

6-8 Ogos En Ateh b Salim Lantikan sebagai Penceramah/Fasilitator Kursus Penkatalogan BBM bagi JU Program Pemulihan Khas Zon Borneo (Sabah)

10 Ogos Pn Hjh Arni bt Md Noor Taklimat Permohonan KWAMP bagi Tahun 2009 10 Ogos En Abd Rahman b Mohd Said Mesy. J/K Kem Pertuturan (Speech Camp) 2009

10-11 Ogos En Abd Rahman b Mohd Said Lawatan Tinjauan Persediaan JK aktiviti Prog Speech Camp 2009 10-12 Ogos Pn Norhafizah bt Nordin Kursus JU Guru Pendidikan Islam Pend Khas

11 Ogos En.Ismail b Ahmad Temuduga PTK Tahun 2009 Gred 1 hingga 16 12-14 Ogos En Ateh b Salim Lantikan sebagai Penceramah/Fasilitator Kursus Peningkataan PnP Matematik

bagi JU Prog Pemulihan Khas Zon Selatan 12-14 Ogos Cik Rosnita bt Saffee Kursus Peningkataan PnP Matematik bagi JU Prog Pemulihan Khas Zon

Selatan

17 Ogos En Abd Rahman b Mohd Said Mesy pindaan persediaan & pengisian aktiviti program Speech Camp 2009 17-20 Ogos En Ateh b Salim Mesy Pengurusan Pengetua / GB Sekolah-sekolah Pend Khas Bil 2/2009

18 Ogos Pn Hjh Arni bt Md Noor Taklimat Pengurusan Kesihatan dan HEM sekolah-sekolah Negeri Johor 19-21 Ogos Pn Hasniza bt Abd Rahman Kursus PPM

20 Ogos Pn Rodhiha bt Ma’rof Mesy guru prasekolah daerah Batu Pahat 20 Ogos En Salleh b Aman

Pn Norhafizah bt Nordin Pertandingan Pentanque Pend Khas Peringkat Negeri Johor

26-28 Ogos Pn Rahizah bt Abd Rahman Prog Peningkatan Kemahiran Profesional Pend Khas

31 Ogos En Abd Rahman b Mohd Said Perhimpunan Statik sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-52 Peringkat Daerah Batu Pahat 2009

1-3 Sept En Ateh b Salim Lantikan sebagai Penceramah/Fasilitator Kursus Penkatalogan BBM bagi JU Prog Pemulihan Khas Zon Timur

3 Sept En Hamidi b Selamat Taklimat Keselamatan & Penyelarasan Peperiksaan UPSR

Assalamua’laikum & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam keluaran kali ini. Ramadhan datang lagi. Bertuah kita kerana masih dipilih oleh Allah untuk bertemu dengan ‘tetamu’ yang “Permulaannya Keberkatan, Pertengahannya Keampunan, dan Penghujungnya Keampunan”. Cuti Pertengahan Penggal ke-2 juga telah dilalui. Ini menandakan peperiksaan UPSR juga semakin hampir. Tingkatkan usaha semua pihak agar SKPKBP terus cemerlang bukan sahaja sukan dan permainan, tetapi dalam bidang akademik. Buletin kali ini memuatkan berita kejayaan murid dalam pertandingan boling, penyertaan dalam sukan pentaq dan beberapa aktiviti murid dalam program panitia. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi usaha kita. Sekian, Selamat Membaca...! Pengerusi

MUTIARA KATA

" Ketahuilah bahawa istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang-kan empayar iblis di istana kerajaannya." Imam Syafie

Page 3: Tahun 2, September 2009 - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BULETIN_SPEED_2009/08_SEPTEMBER_2009.pdf · Bertuah kita kerana masih dipilih oleh Allah untuk bertemu dengan ‘tetamu’

P a g e 3 S e p t e m b e r 2 0 0 9

Nama Mohammad Afnan b Abd Rahman

Tahun Tahun 6.2

Umur 14 Tahun

Tarikh Lahir 18 Disember 1995

Alamat 10, Jln Perdana 2, Tmn Bkt Perdana, B Pht.

Nama Muhamad Arif b Abd Rah-man

Tahun Tahun 6.2

Umur 14 Tahun

Tarikh Lahir 06 Februari 1995

Alamat 33, Kg Pt Tengah, 86400 Pt Raja, B Pahat

Nama Mohamad Hairel Azwan b Hisham

Tahun Tahun 6.2

Umur 14 Tahun

Tarikh Lahir 31 Disember 1995

Alamat 101, Kg Pt Amat, Mukim 5, B Pht.

Nama Suhailah bt Sidik

Tahun Tahun 6.2

Umur 14 Tahun

Tarikh Lahir 20 Julai 1995

Alamat Kg Bindu, Mk 6, 83010 Batu Pahat.

n

p

s

n g

n g g r

d

r

n

p l

n

Bersama Cikgu Norhafizah

(Sumber:- Blog Ustaz Sufi)

Bagi orang muslim yang biasa, kenangan manis di dunia ialah: 1. Dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, lalu dipuji orang 2. Dapat tamat universiti & graduate pakai jubah hitam, topi hitam, terima skroll dari canselor dengan segala macam kemegahan 3. Dapat kenaikan gaji beribu ringgit, bonus tahunan 5 kali gaji, dianugerahi pingat cemerlang 4. Dapat kahwin dengan wanita cantik / lelaki hensem 5. Dapat hadiah / bercuti diluar negara.

Bagi orang mukmin yang luar biasa, kenangan manis di dunia

ialah: 1. Dapat berjumpa dengan ulama' Ahlullah, wali Allah & orang soleh. 2. Dapat bersahabat dengan mereka 3. Dapat bersuluk, beribadah dengan banyak & lama dengan hati yg ikhlas 4. Dapat menangis mengenangkan kebesaran Tuhan 5. Dapat mengingati Tuhan setiap detik, saat, turun naik nafas. Jarang-jarang orang dapat kenangan seperti ini. Oleh itu, mereka ini dianggap luar biasa oleh manusia. Inilah golongan yg sedikit yang sentiasa bersyukur.

Ramai orang dapat kenangan manis seperti ini termasuklah orang kafir. Oleh tu, mereka ini dianggap biasa oleh penduduk langit kerana ramai manusia memang macam ini perangainya. Jika nyawa golongan seperti ini terancam atau disakiti atau dicabut oleh Izrail a.s., tiada siapa pun dari kalangan malaikat peduli. Nyawa mereka tiada nilai, umpama nyawa ribuan ayam yg mati setiap hari dirumah sembelihan. Berbeza dari golongan yg pertama tadi, mereka sentiasa jadi perhatian malaikat kerana Tuhan puji dengan sikap mereka yg tunduk, patuh dan sentiasa merendahkan diri kepada Tuhan sekelian Alam

Page 4: Tahun 2, September 2009 - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/BULETIN_SPEED_2009/08_SEPTEMBER_2009.pdf · Bertuah kita kerana masih dipilih oleh Allah untuk bertemu dengan ‘tetamu’

( Bahagian 18 )

K A N A K - K A N A K C A C A T P E R T U T U R A N

(Susunan: Pn Rodhiha )

Kesalahan yang sering ber-laku kerana gangguan artiku-lasi ialah:-

Penggantian

Penghilangan

Pengubahan, dan

Penambahan bunyi (Kirk, 1972).

Penggantian bunyi berpunca daripada peng-gantian huruf tertentu dalam sesuatu perkataan seperti penggantian w untuk r, w un-tuk l, th untuk s dan pa untuk t, k dan f. Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-kanak kecil yang masih tidak matang dalam pertuturan dan peng-gantian huruf tidak tetap ker-

kerana ia bergantung kepada keupayaan dan kemudahan kanak-kanak sendiri untuk melafaz-kannya. Kehilangan sesuatu bunyi menyebabkan pertuturan kanak-kanak tidak lancar. Konsonan yang dihilangkan boleh berlaku sama ada di per-mulaan, pertengahan, akhir atau diketiga-tiga kedudukan perkataan. Misalnya, sebutan “idung” untuk hidung dan “tinga” untuk telinga. Pengubahan bunyi banyak berlaku di kalangan kanak-kanak yang lebih besar dan telah dapat menyebut sesuatu perkataan mirip bunyi perkataan sebenar. Hal ini lebih mudah diperbaiki berbanding kepada masalah penggantian dan penghilangan bunyi perkataan. Pengubahan bunyi perkataan banyak berlaku kepada pertu-turan kanak-kanak pekak. Penambahan bunyi tertentu dalam per-kataan yang dituturkan menyebabkan pertuturan sukar difahami.

© skpkbp/abk design 09

ong! Dong! Dong! Dong! Dong...!! Bangun sahur! Bangun...!!! Nak puasa tak ni!!? Bunyi lantai rumah kayu yang diketuk kuat lantas menjer i t

mengejutkan anak-anaknya yang liat bangun. Lantas kesemuanya bingkas bangun lalu mencuci muka untuk ke dapur. Tak seorang pun berani menjawab. “Lainlah suruh masak, suruh bangun makan pun susah!” itulah antara halwa telinga setelah bangun sahur dan melihat hidangan dah siap. Dan kebiasaannya apabila masuk ke penghujung puasa, lain lagunya. Masa berbuka dah diberitahu pada anak-anaknya; “Malam nanti bangun masak, asyik bapak je yang masak! Belajar lah masak bangun sahur!”. Emak pula hanya diam sahaja mendengar bagaimana anak-anaknya dinasihatkan. Tengah diulit mimpi..Dong! Dong! Dong! Dong! Lan bangun masak..!! Bapak kurang sihat ni..!. Hai...biasa bangun tinggal makan! Ni suruh masak pulak...!! Itulah kenangan bagaimana almarhum ayahanda melatih dan mengajar anak-anaknya untuk menyesuaikan diri dengan hidup yang serba kekurangan. Masa itu bukan ada lagi periuk nasi. Dapur gas jauh sekali. Dapur kayulah aku belajar masak. Kini, tengah diulit mimpi, sambil dibelai..Bang! Bangun sahur! Hampir 3 dekad memori berlalu. Hari kelima Ramadhan ketika pagi bersahur, linangan air mata membasahi pipi. Isteri kehairanan, kenapa suamiku ‘menangis’ ketika menjamah makanan. Terima kasih ayah. Terlalu banyak pengorbananmu untuk membesarkan anak-anak, khasnya diri ini. (Al-Fatihah untuk almarhum ayahanda KADIRON BIN SUKIMON).

CATATAN KHAS EDITOR

BULETIN SPEED September 2009 Tahun 2 Bilangan 18