kementerian pelajaran malaysia - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · kurikulum standard...

38

Upload: truonghuong

Post on 06-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard
Page 2: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN KHAS

(MASALAH PENDENGARAN)

MODUL PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN

KESIHATAN

TAHUN PENGUKUHAN

Terbitan

Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum

2010

Page 3: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

Cetakan Pertama 2010

© Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian

artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan

cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara

lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian

Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,

Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Page 4: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

3

Bidang Pembelajaran 1 : Kesihatan Fizikal

Tajuk : Peralatan Penjagaan Diri Standard Kandungan : 1.1 Kesihatan diri dan Reproduktif

1.1.2 Mengetahui penjagaan kebersihan diri

Standard Pembelajaran : i. Mengenali peralatan asas dalam penjagaan kebersihan diri. Contoh :

Tempoh masa : 1 jam Bahan sumber : - MS PowerPoint

- Kad perkataan - Kad bergambar

Cadangan Aktiviti : Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah: 1. Guru menunjukkan gambar peralatan asas dalam penjagaan kebersihan diri.

Contoh : ii. Sabun iii. Syampu iv. Sikat v. Berus gigi vi. Pengetip kuku

2. Guru menunjukkan isyarat kod tangan bagi setiap peralatan tersebut.

3. Guru menerangkan fungsi / kegunaan setiap peralatan tersebut. 4. Guru mengedarkan lembaran kerja.

Page 5: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

4

Bidang Pembelajaran 1 : Kesihatan Fizikal

Tajuk : Anggota Badan Saya Standard Kandungan : 1.1 Kesihatan Diri dan Reproduktif

1.1.1 Memahami aspek fizikal lelaki dan perempuan

Standard Pembelajaran : i. Mengenali bahagian anggota badan manusia

Tempoh masa : 2 jam

Bahan sumber : - Model anggota badan manusia - Gambar anggota badan manusia

Cadangan Aktiviti : Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah: 1. Guru menunjukkan model anggota badan manusia 2. Guru memperkenalkan bahagian-bahagian anggota badan manusia kepada

murid- murid ( menggunakan kod tangan ). Contoh : - Kepala - Badan - Tangan - Kaki - Telinga

3. Murid dibahagikan kepada kumpulan ( 2 orang ) 4. Guru menunjukkan gambar anggota badan manusia. 5. Guru meminta murid menyentuh anggota badan pasangan yang sepadan

dengan gambar yang ditunjukkan. 6. Guru mengedarkan lembaran kerja berkaitan.

Page 6: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

5

Bidang Pembelajaran 1 : Kesihatan Fizikal

Tajuk : Katakan “TIDAK” Standard Kandungan

: 1.1 Kesihatan Diri dan Reproduktif 1.1.1 Memahami aspek fizikal lelaki dan

perempuan

Standard Pembelajaran : ii. Mengenal pasti perbezaan fizikal lelaki dan perempuan

iii. Berkata “TIDAK / JANGAN” kepada sentuhan tidak selamat.

Tempoh masa

:

1 jam

Bahan sumber

:

- Model anggota badan manusia

Cadangan Aktiviti : Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah: 1. Guru model anggota badan lelaki dan perempuan. 2. Guru menerangkan perbezaan anggota badan lelaki dan perempuan

3. Guru menunjukkan bahagian anggota badan yang tidak boleh disentuh oleh orang lain. Contoh : iv. Bahagian anggota kemaluan

4. Guru meminta murid menandakan / melabel kembali bahagian anggota badan

yang tidak boleh disentuh oleh orang lain.

5. Guru meminta murid menyentuh anggota badan mereka yang tidak boleh disentuh oleh orang lain.

6. Guru mengedarkan lembaran kerja

Page 7: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

6

Bidang Pembelajaran 1 : Kesihatan Fizikal

Tajuk : Saya Suka Kebersihan

Standard Kandungan : 1.1 Kesihatan diri dan Reproduktif 1.1.2 Mengetahui penjagaan kebersihan diri

Standard Pembelajaran : vii. Menjaga kebersihan kepala / rambut dan muka dengan cara yang betul

viii. Memahami kepentingan menjaga kebersihan kepala dan muka

Tempoh masa : 2 jam Bahan sumber : - Syampu

- Pencuci muka - Tuala - Kad bergambar

Cadangan Aktiviti : Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah: Aktiviti 1 : 1. Guru menunjukkan botol syampu kepada murid.

2. Guru bertanya kepada murid tentang kegunaan syampu tersebut.

3. Guru menerangkan kebaikan menggunakan syampu.

4. Guru melakukan demonstrasi mencuci rambut dengan betul.

5. Pelajar diminta mencuci rambut rakan masing-masing ( berpasangan ).

Aktiviti 2 :

1. Guru menunjukkan kepada murid contoh gambar kulit muka yang bermasalah.

2. Guru meminta pelajar menunjukkan respons terhadap gambar tersebut.

3. Guru menunjukkan beberapa jenis pencuci muka kepada murid.

4. Guru menerangkan kepentingan menjaga kebersihan muka.

5. Guru melakukan demonstrasi mencuci muka dengan betul kepada murid.

6. Pelajar diminta mencuci muka rakan masing-masing ( berpasangan ).

Page 8: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

7

Bidang Pembelajaran 1 : Kesihatan Fizikal

Tajuk : Saya suka kebersihan Standard Kandungan : 1.1 Kesihatan diri dan Reproduktif

1.1.2 Mengetahui penjagaan kebersihan diri

Standard Pembelajaran : ix. Menjaga kebersihan badan dan kaki dengan cara yang betul

x. Memahami kepentingan menjaga kebersihan badan

Tempoh masa : 2 jam Bahan sumber : - Model badan manusia

- Kad perkataan - Sabun

Cadangan Aktiviti :

Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:

1. Guru menunjukkan beberapa jenis sabun kepada murid.

2. Guru bertanya kepada murid tentang kegunaan sabun tersebut. 3. Guru menerangkan tentang kebaikan menggunakan sabun semasa mandi kepada

murid. 4. Guru menggunakan model badan manusia untuk menunjukkan demonstrasi

menggunakan sabun dengan betul.

5. Pelajar diminta mencuba mengulangi demonstrasi yang telah ditunjukkan oleh guru.

6. Guru boleh mengulangi aktiviti yang sama untuk menerangkan tentang kebersihan kaki.

Page 9: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

8

Bidang Pembelajaran 1 : Kesihatan Fizikal

Tajuk : Saya suka kebersihan Standard Kandungan : 1.1 Kesihatan diri dan Reproduktif

1.1.2 Mengetahui penjagaan kebersihan diri

Standard Pembelajaran : xi. Menjaga kebersihan tangan dengan cara yang betul xii. Memahami kepentingan menjaga kebersihan tangan

Tempoh masa : 2 jam Bahan sumber : - Sabun

- Tuala - Pengetip kuku - Poster

Cadangan Aktiviti :

Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:

1. Guru meminta setiap murid menunjukkan kuku tangan mereka.

2. Guru memanggil seorang/ lebih pelajar yang mempunyai kuku yang bersih untuk

dijadikan contoh kepada rakan sekelas. 3. Guru membuat demonstrasi tentang cara-cara memotong kuku dengan betul.

4. Guru meminta pelajar ( yang berkuku panjang ) mencuba memotong kuku.

5. Guru menunjukkan poster tentang cara-cara mencuci tangan dengan cara yang betul.

6. Guru membuat demonstrasi tentang cara-cara mencuci tangan dengan betul.

7. Setiap pelajar dikehendaki mencuci tangan masing-masing mengikut langkah-langkah

yang ditunjukkan pada poster.

Page 10: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

9

Bidang Pembelajaran 1 : Kesihatan Fizikal

Tajuk : Saya suka kebersihan Standard Kandungan : 1.1 Kesihatan diri dan Reproduktif

1.1.2 Mengetahui penjagaan kebersihan diri

Standard Pembelajaran : xiii. Menjaga kebersihan gigi dengan cara yang betul xiv. Memahami kepentingan menjaga kebersihan gigi

Tempoh masa : 2 jam Bahan sumber : - Model gigi

- Berus gigi - Ubat gigi - Kad bergambar

Cadangan Aktiviti :

Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:

1. Guru meminta setiap pelajar menunjukkan gigi masing-masing.

2. Guru memeriksa gigi setiap murid. 3. Guru memberikan pujian kepada murid yang mempunyai gigi yang bersih. 4. Guru mengeluarkan model gigi. 5. Guru membuat demonstrasi tentang cara-cara menggosok gigi dengan cara yang betul. 6. Guru menunjukkan beberapa keping gambar tentang akibat tidak menjaga kebersihan gigi

( gigi yang rosak ). 7. Guru mengedarkan lembaran kerja.

Page 11: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

10

Bidang Pembelajaran 1 : Kesihatan Fizikal

Tajuk : Saya suka kebersihan Standard Kandungan : 1.1 Kesihatan diri dan Reproduktif

1.1.2 Mengetahui penjagaan kebersihan diri

Standard Pembelajaran : xv. Menjaga kebersihan organ genital dengan cara yang betul.

xvi. Memahami kepentingan menjaga kebersihan organ genital

Tempoh masa : 1 jam Bahan sumber : - Model anggota badan manusia

- Sabun

Cadangan Aktiviti :

Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:

1. Guru menunjukkan bahagian anggota genital manusia menggunakan model anggota

badan manusia.

2. Guru menerangkan kepentingan menjaga kebersihan anggota genital kepada murid. 3. Guru membuat demonstrasi tentang cara-cara mencuci anggota genital dengan cara

yang betul. kerja

Page 12: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

11

Bidang Pembelajaran 1 : Kesihatan Fizikal

Tajuk : Pakaianku Bersih Standard Kandungan : 1.1 Kesihatan diri dan Reproduktif

1.1.3 Mengetahui penjagaan pakaian dan alatan keperluan diri.

Standard Pembelajaran : i. Menjaga kebersihan pakaian

Tempoh masa : 2 jam Bahan sumber : - Pakaian kotor

Cadangan Aktiviti :

Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:

1. Guru membawa contoh pakaian yang kotor untuk ditunjukkan kepada murid.

2. Guru meminta pendapat murid tentang pakaian tersebut, sama ada bersih atau kotor.

3. Guru memilih beberapa orang murid yang berpakaian bersih untuk dijadikan contoh kepada murid lain.

4. Guru menerangkan kepentingan memakai pakaian yang bersih.

Page 13: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

12

Bidang Pembelajaran 1 : Kesihatan Fizikal

Tajuk : Jangan Kongsi Standard Kandungan : 1.1 Kesihatan diri dan Reproduktif

1.1.3 Mengetahui penjagaan pakaian dan alatan keperluan diri.

Standard Pembelajaran : ii. Mengelakkan daripada berkongsi alatan keperluan diri. Tempoh masa : 2 jam Bahan sumber : - Kad bergambar Cadangan Aktiviti :

Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:

1. Guru mengarahkan murid duduk dalam satu bulatan.

2. Guru mengeluarkan satu kotak yang mengandungi gambar pelbagai barangan

keperluan diri. Contoh : - Sikat - Berus gigi - Pengetip kuku - Sapu tangan - Stokin - Pakaian dalam - Tuala

3. Guru menerangkan kepada murid bahawa setiap peralatan tersebut tidak boleh dikongsi

dengan orang lain.

4. Guru juga menerangkan kesan yang boleh berlaku jika peralatan tersebut dikongsi dengan orang lain.

5. Guru mengedarkan lembaran kerja.

Page 14: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

13

Bidang Pembelajaran

: Kesihatan Fizikal

Tajuk : Pemakanan secara sihat Standard Kandungan

: 1.2 Pemakanan

1.2.1 Mengetahui jenis makanan harian.

Standard Pembelajaran

: i. Menamakan jenis-jenis makanan harian

menggunakan kod tangan.

Tempoh masa : 1 jam Bahan sumber :

1. Kad gambar makanan

Cadangan Aktiviti Pengajaran :

Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:

1. Guru menunjukkan gambar pelbagai jenis makanan harian. 2. Guru meminta murid untuk mengisyaratkan setiap jenis makanan

tersebut. 3. Guru menunjukkan isyarat yang betul untuk setiap jenis makanan

tersebut. 4. Guru mengedarkan lembaran kerja.

Page 15: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

14

Bidang Pembelajaran 1 : Kesihatan Fizikal

Tajuk : Makan Secara Sihat

Standard Kandungan : 1.2 Pemakanan 1.2.1 Mengetahui jenis makanan harian

Standard Pembelajaran : i. Mengamalkan pengambilan makanan yang sesuai

mengikut waktu makan.

Tempoh masa : 1 jam Bahan sumber : - Model jam

- Kad gambar makanan

Cadangan Aktiviti :

Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:

1.Guru memperkenalkan model jam kepada murid dan menerangkan bagaimana cara menggunakan jam tersebut. 2.Guru menunjukkan gambar murid sedang makan. Murid mengecam gambar dan membetulkan jarum jam mengikut waktu makan. 3.Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Kad gambar makanan diberikan secara rawak kepada setiap kumpulan 4.Murid diminta mengkategorikan kad gambar makanan mengikut waktunya ( sarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam) dengan menampal di papan hitam. 5.Murid mengisyaratkan gambar – gambar yang dipamerkan mengikut kategori. 6.Guru mengedarkan lembaran kerja

Page 16: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

15

Bidang Pembelajaran 1 : Kesihatan Fizikal

Tajuk : Makanan untuk kesihatan Standard Kandungan :

1.2 Pemakanan

1.2.1 Mengetahui jenis makanan harian

Standard Pembelajaran : ii. Memilih jenis makanan harian yang berkhasiat

Tempoh masa : 1 jam

Bahan sumber : power point 1, Kad nombor, Gambar makanan

Cadangan Aktiviti Pengajaran :

Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:

1. Guru menerangkan satu permainan.

- Guru mengarah seorang murid ke hadapan dan mencabut kad nombor dari kotak. Murid tersebut klik pad nombor di paparan MS PowerPoint.

- Apabila paparan makanan tersebut dipaparkan murid perlu mengisyaratkan makanan tersebut sama ada makanan tersebut berkhasiat atau tidak. ( power point 1)

- Permainan diulangi beberapa kali. -

2. Guru memperkenalkan permainan “Radio Karat”.

- Guru meminta murid berada di dalam kumpulan dan berada di dalam satu barisan. - Guru memberikan sekeping kad imbasan kepada pelajar yang pertama dan

memintanya untuk disampai kepada murid yang kedua. Murid yang kedua akan memberikan maklumat kepada murid yang seterusnya.

- Murid yang terakhir akan memilih kad di atas meja dan menampalkan di papan hitam mengikut kategori ( makanan berkhasiat dan makanan tidak berkhasiat

-

3. Kelaskan makanan (lembaran kerja 1)

- Makanan berkhasiat - Makanan yang kurang berkhasiat -

4. Memadankan khasiat makanan dengan gambar yang bersesuaian (lembaran kerja 2)

Page 17: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

16

Bidang Pembelajaran

: KESIHATAN FIZIKAL

Tajuk : Apa itu ubat? Standard Kandungan

: 1.3 Penyalahgunaan bahan 1.3.1 Mengetahui pelbagai jenis ubat

Standard Pembelajaran

: i. Mengenal pasti tujuan ubat digunakan. ii. Menyedari bahawa ubat yang berlebihan membahayakan kesihatan.

Tempoh masa : 2 jam Bahan sumber : - MS PowerPoint

- Kad perkataan

Cadangan Aktiviti Pengajaran :

Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:

1. Guru menayangkan MS Powerpoint. 2. Guru meminta murid-murid menyenaraikan jenis – jenis penyakit yang mereka selalu hadapi. Contoh :

- Demam - Batuk - Sakit tekak - Pening kepala -

3. Guru menerangkan tentang kepentingan mengambil ubat yang sesuai mengikut jenis penyakit berdasarkan nasihat doktor. 4. Guru menerangkan kesan daripada pengambilan ubat-ubatan secara berlebihan. 5. Guru mengedarkan lembaran kerja.

Page 18: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

17

Bidang Pembelajaran

: 1. Kesihatan Fizikal

Tajuk : Sama tapi tidak serupa Standard Kandungan

: 1.3 Penyalahgunaan bahan 1.3.1 Mengetahui pelbagai jenis ubat

Standard Pembelajaran

: iii. Mengetahui kesan daripada penyalahgunaan ubat.

Tempoh masa : 2 jam

Bahan sumber : 1. MS Powerpoint

2. Kad bergambar

3. Video

Cadangan Aktiviti Pengajaran :

Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:

1. Guru menayangkan contoh sampul/bekas ubat.

2. Guru menunjukkan kepada murid cara melihat label ubat dan tarikh luput yang terdapat pada sampul surat.

3. Guru menerangkan bahaya memakan ubat yang tidak sesuai dan telah tamat tempoh.

4. Guru menerangkan tentang bahayanya penyalahgunaan ubat dan akibatnya.

5. Guru mengaitkan dengan penyalahgunaan dadah dengan menunjukkan poster anti dadah.

6. Guru memberi lembaran kerja kepada murid.

Page 19: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

18

Bidang Pembelajaran

: Kesihatan mental, emosi dan sosial.

Tajuk : Perasaan saya

Standard Kandungan

: 2.1 Pengurusan Emosi 2.1.1 Memahami Perasaan.

Standard Pembelajaran

: i. Mempamerkan perasaan yang dialami seperti gembira, sedih, takut, marah dan malu.

Tempoh masa : 2 jam Bahan sumber : 2. MS PowerPoint

3. Kad perkataan

Cadangan Aktiviti Pengajaran : Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:

1. Guru menunjukkan gambar-gambar yang menggambarkan emosi. Contoh:- Marah, sedih, gembira, takut dan malu.

2. Guru meminta murid meniru emosi yang ditunjukkan pada kad imbasan.

3. Guru menunjukkan isyarat kod tangan untuk emosi-emosi ditunjukkan.

4. Guru meminta murid melakonkan/menunjukkan mimik muka berdasarkan isyarat kod tangan yang telah ditunjukkan.

5. Guru mengedarkan lembaran kerja.

Page 20: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

19

Bidang Pembelajaran

: Kesihatan mental, emosi dan sosial.

Tajuk : Perasaan saya

Standard Kandungan

: 2.1 Pengurusan emosi 2.1.2 Mengetahui cara mengurus perasaan mengikut situasi.

Standard Pembelajaran

: i. Mengenal pasti individu di sekitar mereka yang boleh dipercayai untuk meluahkan perasaan.

Tempoh masa : 2 jam Bahan sumber : MS PowerPoint

Kad perkataan

Cadangan Aktiviti Pengajaran :

Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:

1. Guru menceritakan satu situasi ringkas. Contoh: Murid diajak mengikut orang

yang tidak dikenali ke destinasi yang tertentu.

2. Guru menerangkan kepada murid tindakan yang mereka perlu buat berdasarkan

situasi di atas.

3. Guru memberitahu kepada murid individu yang boleh mereka percayai untuk

mereka meluahkan perasaan. Contoh: Ibu bapa, guru, kakak dan abang.

4. Guru mengedarkan lembaran kerja.

Page 21: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

20

Bidang Pembelajaran

: Kesihatan Mental, Emosi Dan Sosial

Tajuk : Ahli dalam keluarga Standard Kandungan

: 2.2 Kekeluargaan

2.2.1 Memahami diri sendiri dan ahli dalam keluarga/penjaga.

Standard Pembelajaran

: i. Mengenal pasti ahli dalam keluarga/penjaga.

Tempoh masa : 1 jam Bahan sumber : 1. MS PowerPoint

2. Kad imbasan

Cadangan Aktiviti Pengajaran :

Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:

1. Guru menunjukkan slaid MS PowerPoint/gambar keluarga asas. 2. Guru menunjukkan gambar keluarganya dan memperkenalkan ahli keluarga

kepada pelajar. 3. Guru menunjukkan isyarat kod tangan untuk panggilan ahli keluarga asas..

Contoh :- ibu, bapa, saya, kakak, abang, adik, nenek dan datuk.

4. Guru mempamerkan kad imbasan gambar ahli keluarga asas dan meminta

murid untuk meniru isyarat kod tangan yang ditunjukkan.

5. Guru mengedarkan lembaran kerja

Page 22: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

21

Bidang Pembelajaran

: Kesihatan Mental, Emosi Dan Sosial

Tajuk : Siapa Saya? Standard Kandungan

: 2.2 Kekeluargaan

2.2.1 Memahami diri sendiri dan ahli dalam keluarga/penjaga.

Standard Pembelajaran

: ii. Mengenal diri sendiri

Tempoh masa : 1 jam Bahan sumber : Cadangan Aktiviti Pengajaran :

Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:

1. Guru menunjukkan gambar dirinya sendiri.

2. Guru menyoal murid siapa yang terdapat di dalam gambar tersebut.

3. Guru menunjukkan ejaan nama penuh dan menerangkan perbezaan kedudukan

nama sendiri dengan nama bapa. Contoh: Aiman Bin Abdullah. Aiman (hadapan)

nama sendiri dan Abdullah (belakang) nama bapa.

4. Guru menerangkan perbezaan penggunaan bin dan binti.

5. Guru mengedarkan lembaran kerja.

Page 23: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

22

Bidang Pembelajaran

: 3. Kesihatan Persekitaran

Tajuk : Opps! Hati-hati. Standard Kandungan

: 3.1 Keselamatan

3.1.1 Mengetahui keselamatan diri di rumah,

sekolah, taman permainan dan tempat awam.

Standard Pembelajaran

: i. Menyimpan sendiri nama, nombor telefon, alamat sendiri serta nama, nombor telefon dan tempat kerja ibu bapa atau penjaga

ii. Mengelak diri daripada orang yang tidak dikenali

Tempoh masa : 1 jam Bahan sumber : 1. Kad nama

2. Manila kad 3. Tayangan video

Cadangan Aktiviti Pengajaran : Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:

i. Guru menunjukkan tayangan video / keratan akhbar tentang kejadian

kehilangan anak di pasar raya.

ii. Guru bertanyakan kepada murid apa yang mereka lihat dalam video / keratan akhbar tersebut dan menceritakan perasaan mereka apabila melihat video / keratan akhbar tersebut.

iii. Guru menerangkan punca kejadian tersebut berlaku.

iv. Guru menunjukkan contoh kad nama yang mengandungi beberapa

maklumat penting, seperti :

i. nama murid ii. nama ibu bapa / penjaga iii. alamat rumah iv. nombor telefon ibu bapa / penjaga

v. Guru menerangkan tentang kepentingan maklumat tersebut terhadap

murid masalah pendengaran vi. Guru mengedarkan manila kad kepada setiap murid dan meminta murid

mencatatkan maklumat diri mereka pada kad tersebut berpandukan contoh yang telah disediakan oleh guru.

Page 24: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

23

Bidang Pembelajaran

: 3. Kesihatan Persekitaran

Tajuk : Opps! Hati-hati. Standard Kandungan

: 3.1 Keselamatan

3.1.2 Mengetahui keselamatan diri di rumah,

sekolah, taman permainan dan tempat awam.

Standard Pembelajaran

: iii. Mengenal pasti barangan keperluan rumah yang boleh mendatangkan bahaya jika disentuh, ditelan, atau dihidu

Tempoh masa : 30 minit Bahan sumber : 1. Cerek,

2. Ubat-ubatan, 3. Racun serangga

2. Lembaran kerja

Cadangan Aktiviti Pengajaran : Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah: i. Guru menunjukkan beberapa jenis peralatan dan barangan keperluan rumah

yang boleh mendatangkan berbahaya. Contoh : i. Cerek ii. Seterika iii. Pisau iv. Gunting v. Racun serangga vi. Ubat-ubatan

ii. Guru bertanyakan kepada murid apa yang mereka lihat dan apakah kegunaan

peralatan dan barangan tersebut.

iii. Guru menerangkan apakah bahayanya peralatan dan barang-barang tersebut.

iv. Guru menerangkan cara-cara penggunaan peralatan dan barangan tersebut dengan selamat

v. Guru mengedarkan lembaran kerja

Page 25: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

24

Bidang Pembelajaran

: 3. Kesihatan Persekitaran

Tajuk : Opps! Hati-hati.

Standard Kandungan

: 3.1 Keselamatan

3.1.3 Mengetahui keselamatan diri di rumah,

sekolah, taman permainan dan tempat awam.

Standard Pembelajaran

: iv. Menunjukkan cara-cara meminta bantuan semasa berlaku kecederaan ( termasuk penderaan ) dan kecemasan

Tempoh masa : 30 minit

Bahan sumber : 1. Tayangan video 2. Keratan akhbar dan majalah 3. Lembaran kerja

Cadangan Aktiviti Pengajaran :

Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah: i. Guru menayangkan video tentang kemalangan. - Contoh :

i. kemalangan di taman permainan ii. penderaan kanak-kanak iii. kemalangan di rumah

ii. Guru bertanya kepada murid tentang apa yang mereka lihat. iii. Apakah yang mesti mereka lakukan sekiranya kemalangan itu:

i. berlaku pada diri mereka ii. berlaku pada orang lain di sekeliling mereka

iv. Guru menerangkan cara-cara yang terbaik untuk meminta bantuan sekiranya berlaku kecederaan dan kecemasan bergantung kepada situasi.

v. Guru menanyakan nombor talian bantuan kecemasan kepada murid. vi. Guru menanyakan nombor telefon ibu bapa / penjaga kepada murid. vii. Guru menanyakan siapa yang perlu murid hubungi jika berlaku kecemasan. viii. Guru mengedarkan lembaran kerja

Page 26: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

25

Bidang Pembelajaran

: 1. Kesihatan Persekitaran

Tajuk : Kuman oh kuman

Standard Kandungan

: 3.1 Penyakit 3.2 Mengetahui kuman

Standard Pembelajaran

: Menceritakan cara kuman merebak

Tempoh masa : 1 jam

Bahan sumber : 1. Gambar 2. Lembaran kerja

Cadangan Aktiviti Pengajaran :

Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:

i. Guru menunjukkan gambar-gambar penyakit yang disebabkan oleh kuman.

ii. Guru menerangkan cara-cara kuman merebak.

Bersentuhan

Batuk

Makan makanan yang tidak bersih

Minum minuman yang tidak bersih

Pakaian kotor

Tempat tinggal kotor

iii. Guru menerangkan akibat tidak menjaga kebersihan

Cirit birit

Pening

Muntah

Demam

Selsema

Kudis

iv. Guru menerangkan cara untuk menjaga kebersihan

Basuh tangan sebelum makan

Tutup mulut ketika bersin atau batuk

Minum air yang telah dididihkan

Pakaian mesti bersih

Makanan mesti ditutup

Page 27: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

26

Bidang Pembelajaran

: 1. Kesihatan Persekitaran

Tajuk : Kuman oh kuman

Standard Kandungan

: 3.1Penyakit

3.1.2 Mengetahui penyakit berjangkit

Penyakit kulit

Penyakit tangan, kaki dan mulut

Demam selsema

Standard Pembelajaran

: 1. Mengenali penyakit berjangkit 2. Menceritakan cara penyakit berjangkit merebak 3. Mengamalkan kebersihan diri

Tempoh masa : 1 jam

Bahan sumber : 3. Gambar

4. Lembaran kerja

Cadangan Aktiviti Pengajaran :

Guru boleh melaksanakan aktiviti pengajaran berdasarkan tahap keupayaan murid di sekolah. Antara aktiviti pengajaran yang dicadangkan ialah:

i. Guru mempamerkan gambar-gambar jenis penyakit berikut:

Penyakit kulit

Penyakit tangan, kaki dan mulut

Demam selsema ii. Guru mempamerkan kad perkataan yang menunjukkan nama- nama penyakit tersebut.

Penyakit kulit

Penyakit tangan, kaki dan mulut

Demam selsema

iii. Guru menceritakan cara penyakit berjangkit merebak.

Penyakit berjangkit – sentuhan secara langsung

Penyakit tangan, kaki dan mulut – sentuhan, batuk, bersin

Demam selsema – batuk dan bersin

Page 28: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

27

iv. Guru menerangkan cara atau amalan menjaga kebersihan diri.

Basuh tangan sebelum makan

Basuh tangan selepas keluar dari tandas

Kebersihan pakaian

Kebersihan tempat tinggal

Kebersihan makanan (bertutup)

Kebersihan diri

Page 29: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

28

Padankan gambar di bawah.

1.

2.

3.

4.

5.

Lembaran Kerja ( SK 1.1.1 )

Page 30: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

29

Lembaran kerja (SK 1.1.2)

Arahan: Warnakan peralatan yang boleh digunakan untuk menjaga kebersihan gigi.

1. 2.

3. 4.

5. 6.

7.

8.

Page 31: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

30

Lembaran kerja (SK 1.1.2)

Arahan: Padankan anggota badan dengan pasangan yang betul.

1.

2.

3.

4.

Page 32: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

31

Arahan: Warnakan barang-barang yang digunakan semasa mandi

Lembaran Kerja (SK 1.1.2)

Page 33: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

32

Arahan: Bulatkan barang untuk digunakan semasa memberus gigi

Lembaran Kerja (SK 1.1.2)

Page 34: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

33

Arahan: Padankan peralatan dengan anggota badan yang betul.

Lembaran Kerja (SK 1.1.2)

Page 35: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

34

Arahan: Padankan anggota badan yang sihat dengan gambar yang tidak

sihat.

1.

2.

3.

4.

Lembaran Kerja (SK 1.1.2)

Page 36: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

35

Lembaran kerja (SK 1.2.1)

Arahan: Padankan √ pada makanan yang berkhasiat dan X pada makanan tidak

berkhasiat

1.

5.

2.

6.

3.

7.

4.

8.

Page 37: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard

36

Lembaran kerja (SK 1.2.1)

Arahan: Padankan √ pada anggota badan yang boleh disentuh oleh orang lain dan

X pada anggota badan yang tidak boleh disentuh.

Page 38: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA - skpkbp.edu.myskpkbp.edu.my/documents/... · KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS ... PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN PENGUKUHAN ... Standard