tahap sm1 analisis€¦ · tanah air mereka yang merdeka secara lebih dekat. yang ketiga, untuk...

12
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM1 Analisis Novel “Destinasi ImpianPlot & Latar Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 07-Feb-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • @

    Pusat Tuisyen Didikan Genius

    Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

    Tahap SM1

    Analisis Novel “Destinasi Impian”

    Plot & Latar

    Nama : _____________________________

  • Plot

    Jalinan Peristiwa Penting

    (a) Johari memberitahu Azlina bahawa Firdaus mengajak mereka berpatah

    balik. Johari mengadakan undian untuk menentukan sama ada mereka perlu

    berpatah balik atau meneruskan perjalanan ke Morib. Berdasarkan undian

    tersebut, Firdaus membuat keputusan bahawa mereka perlu meneruskan

    perjalanan.

    (b) Dalam perjalanan, tayar basikal Firdaus kempis kerana tertusuk paku.

    Firdaus merungut lagi sambil mengatakan jika duduk di rumah, tentu tiada

    masalah. Azlina menyuruh Firdaus balik dan berkepit di bawah ketiak emaknya.

    Firdaus berasa marah terhadap Azlina. Johari terpaksa meninggikan suara untuk

    meleraikan pertengkaran antara dua beradik itu. Johari menasihati Firdaus

    dengan mengatakan

    bahawa perjalanan sentiasa mempunyai halangan. Oleh itu, Firdaus haruslah

    berani, tabah, dan sabar menghadapinya. Selepas itu, mereka bertiga

    meneruskan perjalanan.

    (c) Bunyi hon yang kuat menyebabkan Firdaus membelokkan basikalnya ke kiri

    lalu terlanggar seketul batu. Sebagai akibatnya, Firdaus tercampak ke atas tanah

    serta mengalami luka di siku kanannya. Johari membalut luka Firdaus.

    Kemudian, mereka meneruskan perjalanan.

    (d) Azlina berhenti rehat berhampiran dengan gerai air tebu. Dia menunggu

    Firdaus dan Johari yang belum muncul. Setibanya Johari dan Firdaus di gerai

    air tebu, Firdaus menjerit mengatakan bahawa perjalanan berbasikal itu sebagai

    kerja gila. Johari menghulurkan sebungkus air tebu kepada Firdaus. Firdaus

    menyedut air tersebut dengan rakus. Mereka akan meneruskan perjalanan lima

    minit lagi.

    Program Bahasa Melayu Edubest - Novel T1- Plot & Latar 1

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • (e) Azlina, Firdaus, dan Johari berhenti rehat di pekan Banting. Di situ, Johari

    mengatakan bahawa mereka telah kalah kepada datuk mereka. Beliau pernah ke

    Morib pada wakru pagi dan pulang pada waktu petang, sedangkan mereka

    bertiga belum sampai ke Morib walaupun sudah pukul 3:00 petang. Mereka

    meneruskan perjalanan dan meninggalkan pekan Banting.

    (f) Sebuah lori yang agak besar bergerak sangat laju memotong mereka. Angin

    lori itu telah menyebabkan Azlina terbabas ke kiri jalan lalu terlanggar lubang

    yang besar dan dalam. Azlina terjatuh dan tangan kanannya luka. Johari

    membubuh ubat dan membalut luka Azlina.

    (g) Firdaus tiba di Pantai Morib Baru. Ketibaan Firdaus disambut oleh kawan-

    kawannya. Mereka mengucapkan tahniah kepada Firdaus sambil memuji-muji

    kejayaannya. Hal ini menyebabkan Firdaus angkuh. Firdaus tidak

    mempedulikan Azlina dan Johari. Dia asyik bergembira dengan kawan-

    kawannya. Johari dan Azlina bersama-sama dengan kawan Johari, di hujung

    khemah Firdaus dan kawan-kawannya. Pada keesokan harinya, Johari dan

    Azlina pulang tanpa disertai oleh Firdaus yang mahu pulang sendirian.

    (h) Firdaus dan kawan-kawannya mandi di laut. Mereka berlumba menyelam

    bagi menentukan siapakah antara mereka yang dapat menyelam paling lama.

    Akhirnya, Mazlinda muncul sebagai pemenang. Ketika Mazlinda timbul, dia

    dipukul ombak besar. Mazlinda menjerit meminta tolong. Firdaus

    memberanikan diri untuk membantu Mazlinda. Namun begitu, Firdaus yang

    lemas.

    (i) Apabila sedar, Firdaus mendapati dirinya berada di katil hospital. Johari dan

    Azlina bertanyakan khabar Firdaus. Johari memberitahu Firdaus bahawa

    Firdaus pengsan ketika dibawa ke hospital. Firdaus segera bertanyakan keadaan

    Mazlinda yang ingin dibantunya. Azlina mengatakan bahawa Mazlinda selamat.

    Program Bahasa Melayu Edubest - Novel T1- Plot & Latar 2

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Mazlindalah yang menolong Firdaus. Mazlinda berpura-pura tidak tahu

    berenang kerana ingin

    menguji Firdaus.

    (j) Johari menasihati Firdaus supaya jangan cepat berasa angkuh dengan sesuatu

    kejayaan. Firdaus hanya menundukkan kepala mendengar nasihat Johari. Johari

    menyuruh Firdaus mengangkat kepala kerana dia sudah menjadi orang yang

    berani. Johari menerangkan bahawa orang yang berani tidak akan menundukkan

    muka sepanjang masa. Kata Johari, keberanian itu haruslah disertai dengan

    fikiran yang waras. Firdaus berasa insaf. Firdaus melihat Mazlinda dan kawan-

    kawannya

    datang. Firdaus ingin menundukkan kepala kerana berasa malu. Namun begitu,

    apabila Firdaus teringat akan kata-kata Johari, Firdaus segera mengangkat

    kepalanya untuk memandang Mazlinda dengan berani.

    Binaan Plot

    (a) Dalam bahagian eksposisi atau permulaan, pengarang memperkenalkan

    watak Firdaus, Johari, dan Azlina yang sedang menyertai ekspedisi berbasikal.

    Eskpedisi berbasikal tersebut dilakukan dengan beberapa tujuan iaitu, yang

    pertama, untuk

    menyahut cabaran datuk mereka yang mengatakan bahawa generasi sekarang

    lemah dan tidak mempunyai semangat yang tinggi. Yang kedua, untuk melihat

    tanah air mereka yang merdeka secara lebih dekat. Yang ketiga, untuk

    menjadikan Firdaus lelaki sejati.

    (b) Pada bahagian perkembangan, kisah berkisar tentang ekspedisi berbasikal

    telah menemukan mereka dengan gejala pencemaran bahasa, rumah tokoh dan

    jaguh badminton negara. Perjalanan berbasikal itu juga menyebabkan mereka

    terpaksa menempuh pelbagai cabaran seperti terjatuh dari basikal, bertengkar,

    dan sebagainya.

    Program Bahasa Melayu Edubest - Novel T1- Plot & Latar 3

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • (c) Pada bahagian pertengahan, Azlina dan Firdaus telah bertengkar dan sindir-

    menyindir. Perkara ini berlaku berikutan sikap Firdaus yang menganggap

    ekspedisi berbasikal itu sebagai perjalanan gila dan asyik ingin berpatah balik.

    (d) Pada bahagian klimaks atau puncak, Firdaus menyimpan perasaan marah

    dan dendam terhadap Azlina dan Johari. Malah, sewaktu Azlina terjatuh dari

    basikal dan tangannya berdarah, Firdaus sempat memperlinya dan terus

    meninggalkan Azlina dan Johari di situ.

    (e) Pada bahagian peleraian, Firdaus, Azlina, dan Johari sampai ke destinasi,

    iaitu Pantai Morib Baru. Firdaus disambut oleh kawan-kawannya seperti

    Moksin, Sazali, Moktar, Erma dan Mazlinda. Johari dan Azlina pula disambut

    oleh kawan-kawan Johari. Firdaus dan kawan-kawannya bergembira. Keesokan

    harinya, Johari dan Azlina pulang tanpa Firdaus. Sewaktu mandi di laut, Firdaus

    telah lemas. Dia diselamatkan oleh Mazlinda. Johari dan Azlina melawat

    Firdaus di hospital. Johari menasihati Firdaus agar bersikap waras dan berani

    menghadapi cabaran. Kemudian, kawan-kawan Firdaus dating melawatnya.

    Teknik Plot

    (a) Teknik pemerian

    Pengarang memerihalkan keadaan Azlina yang keletihan setelah mengayuh

    basikal sejak pukul 7:00 pagi. Contohnya,

    Aku berasa semakin letih. Lututku terasa lenguh kerana mengayuh basikal sejak

    7:00 pagi tadi. Kini, hampir puku1 12:00 tengah hari. Matahari pula bersinar

    dengan cukup terik. Badanku sudah dibasahi peluh. Namun, sedaya upaya aku

    tidak mahu menunjukkan keletihan ini kepada Firdaus. Aku sudah berjanji

    dengan Abang Johari untuk berlagak begitu. [hlm. 15]

    (b) Teknik dialog

    Banyak dialog antara watak-watak dalam novel ini. Contohnya,

    Program Bahasa Melayu Edubest - Novel T1- Plot & Latar 4

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • "Gila! Ini kerja gila!" jerit Firdaus.

    "Nampaknya, abang lelaki yang tidak tahan menempuh cabaran,"

    "Jangan sakitkan hatiku, Lina!'... [hlm, 21]

    (c) Teknik monolog

    Pengarang menggunakan teknik monolog untuk menggambarkan perasaan

    Azlina. Contohnya,

    "Kalau macam ini, sampai esok pun tak akan sampai di Morib.

    Geram betul!" bisikku. [hlm. 17]

    (d) Teknik imbas kembali

    Firdaus teringat kawannya yang bernama Salim. Contohnya,

    Wajah Salim tiba-tiba hadir di tengah ruang ingatanku. Dia yang lebih

    suka menulis namanya sebagai Saleem merupakan kawan rapatku di

    sekolah. Hanya dialah yang tidak pernah mengejekku. [hlm. 34]

    (e) Teknik imbas muka.

    Firdaus bermimpi Sazali dan Moksin mencampakkannya ke laut. Contohnya,

    Sesaat kemudian aku berasa tubuhku tercampak ke dalam air yang

    dingin. Di kelilingku gelap gelita. Aku cuba berenang tetapi kakiku bagaikan

    ditarik-tarik ke bawah. Di mana pantai? Ombak dating memukulku sehingga

    terbenam ke dalam air beberapa saat. Apabila aku mengangkat kepalaku

    semula, aku terteguk air masin. Aduh, peritnya tekakku! [hlm. 76]

    (f) Teknik saspens

    Pembaca tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada Firdaus dan Azlina setelah

    sebuah lori memotong mereka yang sedang menunggang basikal. Contohnya,

    Tiba-tiba sebuah lori besar yang bergerak sangat laju memotong kami.

    Angin lori itu sangat kuat. Aku terbabas ke kiri jalan. Pada ketika itu

    sempat

    kulihat Azlina juga terbabas ke kiri jalan. Basikalnya yang laju itu tidak

    dapat

    Program Bahasa Melayu Edubest - Novel T1- Plot & Latar 5

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • dikawal. Dia terlanggar sebuah lubang yang agak besar dan dalam. Kulihat

    Azlina tercampak ke tanah merah di tepi jalan. [hlm, 37]

    Latar

    Latar Tempat

    (a) Tanah terbiar - tempat Azlina merakamkan gambar bunga lalang.

    (b) Sekolah Menengah Kapar - tempat Azlina dan Firdaus belajar.

    (c) Kampung Bukit Kapar - tempat tinggal Johari, Firdaus dan Azlina. Di

    situlah

    juga Johari, Firdaus, dan Azlina memulakan ekspedisi berbasikal menuju ke

    Morib.

    (d) Jambatan Musaedin – tempat Johari, Firdaus dan Azlina melintas dalam

    ekspedisi berbasikal dan masuk ke Kampung Jawa.

    (e) Pekan Banting - tempat Johari, Firdaus, dan Azlina berehat.

    (f) Pantai Morib Baru - tempat yang dituju oleh Johari, Firdaus, dan Azlina dan

    tempat mereka berkhemah.

    Latar Masa

    (a) Pada puku1 7:00 pagi - Johari, Firdaus, dan Azlina memulakan ekspedisi

    berbasikal dari Klang ke Morib.

    (b) Pada pukul l0:00 pagi - tayar basikal Firdaus kempis.

    (e) Pada pukul 2:30 petang - Johari, Firdaus, dan Azlina menghampiri selekoh

    di Sungai Manggis.

    (d) Pada pukul 3:30 petang - Johari, Firdaus, dan Azlina tiba di Morib.

    (e) Pada pukul 7:00 petang - Azlina dan Kasmadiana berbual-bual di tepi pantai

    Morib tentang kisah empar orang yang mati lemas.

    (f) Pada waktu malam - Firdaus bermimpi tentang rakan-rakannya

    mencampakkannya ke laut kerana membohongi mereka.

    Program Bahasa Melayu Edubest - Novel T1- Plot & Latar 6

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • (g) Pada waktu maghrib - Tamrin mengalunkan azan.

    Latar Masyarakat

    (a) Masyarakat yang penyabar. Contohnya, Johari amat sabar melayan kerenah

    Firdaus yang tak henti-henti ingin membatalkan ekspedisi berbasikal yang

    disertainya.

    (b) Masyarakat yang aktif bersukan. Contohnya, Azlina selalu berjoging dan

    Johari yang selalu melakukan ekspedisi berbasikal.

    (c) Masyarakat golongan lelaki yang berperwatakan seperti perempuan.

    Contohnya, Firdaus lemah lembut dan pandai menggubah bunga.

    (d) Masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Contohnya, pemandu lori yang

    memandu lori dengan terlalu laju sehingga Azlina terbabas lalu terjatuh di kiri

    jalan.

    (e) Masyarakat yang tidak mengenang budi. Contohnya, Firdaus tidak

    mengingati Azlina dan Johari apabila berjumpa dengan kawan-kawannya

    sedangkan Azlina dan Johari banyak membantunya sepanjang ekspedisi

    berbasikal itu.

    (f) Masyarakat yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Contohnya,

    Azlina dan Johari cekal dalam menghadapi segala cabaran sepanjang menyertai

    ekspedisi berbasikal itu.

    (g) Masyarakat yang taat pada perintah agama. Contohnya, Tamrin melaungkan

    azan apabila masuknya waktu maghrib.

    (h) Masyarakat golongan peniaga. Contohnya, ayah dan ibu Mazlinda ke

    Sarawak atas urusan perniagaan.

    Program Bahasa Melayu Edubest - Novel T1- Plot & Latar 7

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • Pelan Lokasi

    @ Pusat Tuisyen Didikan Genius

    No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

    http://www.edubest.com.my