penggunaan visual kartun berbantukan teknik … filepenggabungjalinan visual kartun yang interaktif...

13
657 PENGGUNAAN VISUAL KARTUN BERBANTUKAN TEKNIK ‘PILI’ DALAM MENJANA IDEA Mariani anak Anding 1 & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad 2 1.2 Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] [email protected] ABSTRAK Pencapaian murid tahun lima dalam penulisan karangan kurang memberangsangkan, terutamanya dalam kemahiran menjana idea. Idea yang terhad menyebabkan berlakunya pengulangan idea dalam perenggan, idea kurang menepati tugasan serta pengolahan idea menjadi kurang menarik. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membantu serta menambah baik tahap pencapaian murid dalam aspek menjana idea menggunakan visual kartun berbantukan teknik ‘PILI’. Teknik ini mengutamakan perkara yang dikehendaki berdasarkan tajuk, penjanaan idea berdasarkan pengalaman serta pengetahuan yang diperoleh melalui persekitaran luaran individu. Sebuah sekolah rendah di daerah Lubok Antu dipilih sebagai lokasi kajian. Reka bentuk kajian mengaplikasikan pendekatan kualitatif serta kaedah kajian tindakan mengikut Model Kemmis & McTaggart (1988). Fasa kajian bermula daripada mereflek, merancang, bertindak dan memerhati yang melibatkan dua kitaran kajian. Seramai lima belas orang murid yang berpencapaian sederhana dalam kemahiran menulis karangan dipilih sebagai sampel secara bertujuan. Kaedah penggumpulan data terdiri daripada kajian kepustakaan, analisis dokumen, pemerhatian serta ujian. Semua data dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan pada kitaran kedua berbanding kitaran pertama. Idea utama meningkat daripada 57 kepada 76 manakala idea sampingan pula meningkat daripada 93 kepada 140. Penggabungjalinan visual kartun yang interaktif dengan gambar membawa kelebihan terhadap minat, penglibatan aktif serta keseronokan murid terhadap pembelajaran. Berpandukan teknik ‘PILI’, murid dapat melakukan penjanaan idea dengan lebih berfokus dan sistematik. Murid juga memperlihat keyakinan berkongsi idea berkaitan tugasan yang diberikan. Kesimpulannya, penggunaan stimulus untuk menghasilkan respons dan penerapan hukum pembelajaran, dalam Teori Asosiasi (Thorndike, 1874-1949) memberi implikasi positif terhadap kajian ini. Kata kunci: visual kartun, teknik ‘PILI’, menjana idea. ABSTRACT The achievement of year five students in essay writing is less encouraging, especially in the skills of generating ideas. Limited ideas cause repeated ideas in paragraphs, less fulfilling ideas and processing of ideas become less interesting. Therefore, this study aims to help students in generating ideas using cartoon visuals with 'PILI' technique. This technique prioritizes the subject matter based on the title, idea generation based on experience and knowledge gained through the external environment of the individual. A primary school in Lubok Antu area was chosen as the study location. The design of the study applies qualitative approaches and action research methods according to the Kemmis & McTaggart Model (1988). The research phase begins from reflecting, planning, acting and observing involving two cycles

Upload: lykhuong

Post on 19-Mar-2019

264 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGGUNAAN VISUAL KARTUN BERBANTUKAN TEKNIK … filePenggabungjalinan visual kartun yang interaktif dengan gambar membawa kelebihan terhadap minat, penglibatan aktif serta keseronokan

657

PENGGUNAAN VISUAL KARTUN BERBANTUKAN TEKNIK ‘PILI’ DALAM

MENJANA IDEA

Mariani anak Anding1 & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad2 1.2 Pusat Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

[email protected] ABSTRAK Pencapaian murid tahun lima dalam penulisan karangan kurang memberangsangkan, terutamanya dalam kemahiran menjana idea. Idea yang terhad menyebabkan berlakunya pengulangan idea dalam perenggan, idea kurang menepati tugasan serta pengolahan idea menjad i kurang menarik. Oleh itu, kajian in i bertujuan untuk membantu serta menambah baik tahap pencapaian murid dalam aspek menjana idea menggunakan visual kartun berbantukan teknik ‘PILI’. Tekn ik ini mengutamakan perkara yang dikehendaki berdasarkan tajuk, penjanaan idea berdasarkan pengalaman serta pengetahuan yang diperoleh melalui persekitaran luaran individu. Sebuah sekolah rendah di daerah Lubok Antu dipilih sebagai lokasi kajian. Reka bentuk kajian mengaplikasikan pendekatan kualitatif serta kaedah kajian tindakan mengikut Model Kemmis & McTaggart (1988). Fasa kajian bermula daripada mereflek, merancang, bertindak dan memerhati yang melibatkan dua kitaran kajian. Seramai lima belas orang murid yang berpencapaian sederhana dalam kemahiran menulis karangan dipilih sebagai sampel secara bertujuan. Kaedah penggumpulan data terdiri daripada kajian kepustakaan, analisis dokumen, pemerhatian serta ujian. Semua data dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan pada kitaran kedua berbanding kitaran pertama. Idea utama meningkat daripada 57 kepada 76 manakala idea sampingan pula meningkat daripada 93 kepada 140. Penggabungjalinan visual kartun yang interaktif dengan gambar membawa kelebihan terhadap minat, penglibatan aktif serta keseronokan murid terhadap pembelajaran. Berpandukan teknik ‘PILI’, murid dapat melakukan penjanaan idea dengan lebih berfokus dan sistemat ik. Murid juga memperlihat keyakinan berkongsi idea berkaitan tugasan yang diberikan. Kesimpulannya, penggunaan stimulus untuk menghasilkan respons dan penerapan hukum pembelajaran, dalam Teori Asosiasi (Thorndike, 1874-1949) memberi implikasi positif terhadap kajian ini. Kata kunci: visual kartun, teknik ‘PILI’, menjana idea.

ABSTRACT The achievement of year five students in essay writing is less encouraging, especially in the skills of generating ideas. Limited ideas cause repeated ideas in paragraphs, less fulfilling ideas and processing of ideas become less interesting. Therefore, this study aims to help students in generating ideas using cartoon visuals with 'PILI' technique. Th is technique prioritizes the subject matter based on the title, idea generation based on experience and knowledge gained through the external environment of the indiv idual. A primary school in Lubok Antu area was chosen as the study location. The design of the study applies qualitative approaches and action research methods according to the Kemmis & McTaggart Model (1988). The research phase begins from reflecting, p lanning, acting and observing involving two cycles

Page 2: PENGGUNAAN VISUAL KARTUN BERBANTUKAN TEKNIK … filePenggabungjalinan visual kartun yang interaktif dengan gambar membawa kelebihan terhadap minat, penglibatan aktif serta keseronokan

658

of study. A total of fifteen students with moderate achievement in essay writ ing skills were selected as a purposeful samples. Data co llect ion methods comprise library research, document analysis, observation and test. All data were analyzed descriptively. The findings showed an increase in the second cycle compared to the first cycle. Main ideas increased from 57 to 76 while side ideas increased from 93 to 140. The interactive v isual cartoon combinations with images bring advantages to interest, active involvement and the excitement of students towards learning. Based on the 'PILI' technique, students can make the idea more focused and systematic. Students also see the confidence sharing ideas related to the assignment given. In conclusion, the use of stimulus to generate responses and the application of learning law in Association Theory (Thorndike, 1874-1949) positively impacts this study. Keywords: cartoon visuals, 'PILI' technique, generating ideas.

PENGENALAN Mempelajari kemahiran menulis karangan dalam kalangan murid sekolah rendah bermula dari tahap satu dan seterusnya diperkukuh pada tahap dua. Dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Semakan Mei (2015) murid seharusnya berupaya menulis perkataan serta melah irkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi. Amat penting untuk murid menguasai aspek menjana idea utama dan idea sampingan dengan betul (DSKP Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun Empat, 2013) serta mengaplikasikan idea tersebut secara kohesi dan koheren (DSKP Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun Lima, 2014). Namun, berdasarkan data dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) 2018 menunjukkan murid masih lemah dalam aspek menjana idea. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membantu murid mempelajari aspek penjanaan idea menggunakan visual kartun berbantukan teknik ‘PILI’.

Dalam kajian in i, idea merupakan pemboleh ubah bersandar manakala v isual kartun dan teknik ‘PILI’ adalah pemboleh ubah tidak bersandar. Stimulus berbentuk visual kartun berfaedah untuk merangsang pemikiran murid dalam menjana serta menghuraikan idea (Een Rochaeni, 2015). Di samping dapat mencungkil kemahiran berfikir aras tinggi (Is ma Trisna Santi & Bambang Eka Purnama, 2014) penggunaan visual kartun juga dapat memudahkan penyampaian ilmu kepada murid (Maya Marselia , 2015). Murid terlibat secara aktif, bersemangat tinggi, leb ih peka dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru (Azis W itdiatmoko, 2016). Dalam konteks kajian ini, teknik ‘PILI’ berfungsi sebagai panduan kepada murid untuk menjana idea secara berfokus dan lebih sistematik. Pengkaji melihat proses penjanaan idea secara ansur maju dalam karangan amat penting kepada murid yang berpencapaian sederhana. Murid sewajarnya mengetahui perkara (P) utama yang dikehendaki berdasarkan topik karangan. Kemudian, barulah murid menjana idea berdasarkan pengalaman individu (I) diikuti dengan pengetahuan yang diperolehi melalui persekitaran yang berlaku di luar individu (LI).

METODOLOGI Kajian in i mengaplikasikan pendekatan kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian

tindakan mengikut Model Kajian Tindakan oleh Kemmis & McTaggart (1988). Kajian dilaksanakan sebanyak dua kitaran. Terdapat empat langkah utama dalam setiap kitaran, iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Pemilihan pendekatan kualitatif adalah bersesuaian kerana pengkaji menghurai dapatan kajian secara deskriptif dengan menelit i aspek penjanaan idea murid dalam karangan. Pengumpulan data kajian menggunakan kaedah kajian kepustakaan, analisis dokumen, pemerhatian secara langsung serta memperkembang kaedah kajian melalu i u jian. Data yang diperoleh melalu i pelaksanaan ujian pra dan ujian pasca berfungsi sebagai data sokongan untuk melihat sejauh mana pencapaian aspek menjana idea murid sebelum dan selepas tindakan dilaksanakan. Pencapaian murid diukur melalui jumlah idea yang dijana. Manakala, pemilihan sampel adalah bertujuan, iaitu berfokus kepada murid yang berpencapaian sederhana dalam kertas penulisan Bahasa Melayu. Seramai lima belas orang murid Tahun Lima (2018) yang berbangsa Melayu dan Iban terlibat dalam kajian ini.

Page 3: PENGGUNAAN VISUAL KARTUN BERBANTUKAN TEKNIK … filePenggabungjalinan visual kartun yang interaktif dengan gambar membawa kelebihan terhadap minat, penglibatan aktif serta keseronokan

659

DAPATAN Huraian dapatan kajian menjurus kepada persoalan kajian, iaitu sejauh mana penggunaan visual kartun berbantukan teknik ‘PILI’ dapat membantu murid tahun lima memperkembang aspek penjanaan idea dalam menulis karangan. Pengkaji menganalisis dapatan kajian bermula daripada proses pelaksanaan kajian t indakan. Seterusnya, menelit i aspek penjanaan idea murid berdasarkan analisis karangan sebelum dan selepas kajian. Kemudian, diikuti dengan dapatan pemerhatian secara langsung dalam akt ivit i berkumpulan. Akhir sekali, melihat pencapaian murid berdasarkan jumlah idea yang dipero leh dalam ujian pra dan ujian pasca.

Dapatan kajian tindakan pada kitaran pertama dan kitaran kedua Berikut merupakan dapatan kajian sepanjang proses pelaksanaan tindakan pada kitaran pertama dan kitaran kedua. Empat langkah kajian tindakan merangkumi akt iviti mereflek, merancang, melaksana dan memerhati. Data kajian bagi kedua-dua kitaran dapat dilihat dalam Jadual 1.

Jadual 1. Dapatan kajian tindakan pada kitaran pertama dan kitaran kedua

Peringkat Kitaran pertama Kitaran kedua

Mereflek Berdasarkan data SAPS dan analisis karangan murid, masalah utama murid semasa menulis karangan berkaitan aspek penjanaan idea. Dapatan secara terperinci adalah seperti berikut: i. Idea murid terhad. ii. Berlaku pengulangan idea pada

perenggan berikutnya. iii. Tiada kesinambungan idea dalam satu

perenggan. iv. Sukar menghuraikan idea sampingan. v. Ayat terlalu panjang kerana membina

perenggan berdasarkan satu ayat dengan menggabungkan idea utama dan idea sampingan.

vi. Tidak berminat untuk mempelajari karangan.

Pengkaji mereflek dapatan kajian berdasarkan aspek penjanaan idea merangkumi kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan. Dapatan menunjukkan: i. Penjanaan idea bertambah baik

berdasarkan jumlah idea yang dapat dihasilkan oleh murid.

ii. Masalah pengulangan idea dapat dikurangkan.

iii. Kesatuan idea utama dan idea sampingan dalam perenggan masih belum memuaskan.

iv. Huraian idea sampingan masih perlu dibaiki.

v. Keseluruhan, pencapaian murid masih kurang memuaskan. Murid masih memerlukan b imbingan dan kitaran kedua perlu dilaksanakan.

vi. Murid leb ih tertarik dengan visual kartun berbentuk animasi berbanding gambar pegun.

Merancang Berdasarkan masalah murid, pengkaji

merancang tindakan seperti berikut: i. Menyediakan bahan bantu mengajar

berbentuk visual kartun (gambar pegun, animasi berbentuk fakta).

ii. Teknik ‘PILI’ sebagai panduan. iii. Pembelajaran dilakukan secara

kolaboratif dan kendiri. iv. Peta minda disediakan. v. Merancang Rancangan Pelajaran

Merujuk dapatan kajian pada kitaran pertama, pengkaji merancang perkara berikut: i. Menyediakan bahan bantu mengajar

berbentuk visual kartun yang pelbagai (animasi berbentuk cerita, cerita berunsur peribahasa, nyanyian serta dialog).

ii. Teknik ‘PILI’ sebagai panduan. iii. Pembelajaran dilaksanakan secara

kolaboratif. iv. Peta minda mengikut kreativiti kumpulan.

Page 4: PENGGUNAAN VISUAL KARTUN BERBANTUKAN TEKNIK … filePenggabungjalinan visual kartun yang interaktif dengan gambar membawa kelebihan terhadap minat, penglibatan aktif serta keseronokan

660

Harian (RPH). vi. Memohon kebenaran melaksana kajian

dan merancang pelaksanaan tindakan atas persetujuan semua pihak.

v. Merancang RPH.

Bertindak i. Pelaksanaan tindakan dilakukan sebanyak empat kali bermula puku l 3.00 sehingga 4.00 petang.

ii. Melaksana semua perancangan berdasarkan RPH.

iii. Empat topik utama yang dipelajari dalam kitaran pertama, iaitu Cara-cara Menghormat i Guru, Pandu Cermat Jiwa Selamat, Orang Berbudi Kita Berbahasa dan Amalan Hidup Berjiran.

i. Pelaksanaan tindakan dilakukan sebanyak empat kali bermula pukul 3.00 sehingga 4.00 petang.

ii. Melaksana semua perancangan berdasarkan RPH.

iii. Empat topik utama yang dipelajari dalam kitaran kedua, iaitu Bersatu Teguh, Bercerai Roboh, Faedah Membaca Buku, Aktivit i Kemasyarakatan Memupuk Perpaduan dan Ciri-ciri Pelajar Cemerlang.

Memerhati Semasa melaksanakan kajian, pengkaji juga bertindak sebagai pemerhati. Dapatan menunjukkan: i. Aspek menjana idea murid secara

bertulis dan juga lisan bertambah baik namun masih kurang memberangsangkan.

ii. Murid dapat mengenal pasti perkara (P) atau kehendak sesuatu topik.

iii. Perbincangan yang aktif dalam kumpulan berkaitan pengalaman individu (I) dan pengetahuan luaran individu (LI).

iv. Idea murid d irekodkan dalam peta minda yang disediakan oleh pengkaji.

v. Murid berminat mempelajari karangan menggunakan visual kartun namun masih kurang berkeyakinan membentangkan idea dalam kumpulan.

Berikut merupakan dapatan kajian yang diperhatikan oleh pengkaji berdasarkan pelaksanaan kitaran kedua. i. Aspek menjana idea murid secara bertulis

adalah lebih baik. ii. Murid dapat menjana idea berdasarkan

langkah-langkah dalam teknik ‘PILI’. iii. Keseluruhan murid menunjukkan

peningkatan dalan aspek menjana idea. iv. Namun masih terdapat murid yang

menggabungkan idea utama dan idea sampingan dalam satu ayat untuk membentuk satu perenggan.

v. Murid terlibat aktif dalam aktivit i kumpulan, berminat dan bertambah yakin menjana idea secara kolaboratif.

vi. Kitaran kajian dilakukan sehingga kitaran kedua. Murid menunjukkan perubahan yang positif dari aspek menjana idea dan juga tingkah laku. Walau bagaimanapun, murid masih memerlukan bimbingan dan masa yang lebih panjang untuk menguasai kemahiran ini.

Dapatan analisis karangan : rekod penjanaan idea murid sebelum dan selepas tindakan Dapatan kajian bertujuan mencari jawapan kepada persoalan kajian, iaitu sejauh mana visual kartun dan teknik ‘PILI’ dapat membantu murid dalam menjana idea dalam mempelajari karangan. Bagi melihat impak pemboleh ubah bebas, iaitu visual kartun dan teknik ‘PILI’ terhadap pemboleh ubah bersandar berbentuk idea, pengkaji menelit i hasil karangan murid sebelum dan selepas tindakan dilaksanakan. Berikut menunjukkan dapatan penjanaan idea dalam kalangan lima belas orang murid berpencapaian sederhana yang dipilih sebagai sampel bertujuan dalam kajian ini.

Page 5: PENGGUNAAN VISUAL KARTUN BERBANTUKAN TEKNIK … filePenggabungjalinan visual kartun yang interaktif dengan gambar membawa kelebihan terhadap minat, penglibatan aktif serta keseronokan

661

Jadual 2. Dapatan analisis karangan : rekod penjanaan idea murid sebelum dan selepas tindakan Murid Analisis ujian pra Analisis ujian pasca

M1 Menjana idea dalam empat perenggan dengan huraian empat idea utama dan empat idea sampingan. Terdapat pengulangan idea dan kesalahan ejaan. Perenggan karangan kurang menarik kerana mengandungi satu idea utama dan satu idea sampingan bagi setiap perenggan.

Menjana idea dalam enam perenggan dengan huraian enam idea utama dan sembilan idea sampingan. Pembentukan lima perenggan karangan kurang mantap kerana hanya terdiri daripada satu idea utama dan satu idea sampingan. Perenggan terakhir dimantapkan dengan idea sampingan berbentuk peribahasa.

M2 Menjana idea dalam tiga perenggan dengan huraian tiga idea utama dan tiga idea sampingan. Idea dalam karangan adalah terhad.

Menjana idea dalam enam perenggan dengan huraian enam idea utama dan lapan idea sampingan. Idea terhad dalam perenggan kedua dan ketiga. Perenggan terakhir turut dimantapkan dengan idea sampingan berbentuk peribahasa.

M3 Menjana idea dalam empat perenggan dengan huraian empat idea utama dan tiga idea sampingan. Idea dalam karangan adalah terhad. Perenggan ketiga dan keempat hanya terdiri daripada idea utama sahaja.

Menjana idea dalam tujuh perenggan dengan huraian tujuh idea utama dan enam idea sampingan. Walaupun terdapat idea utama dan idea sampingan dalam setiap perenggan, namun idea murid adalah terhad kerana murid hanya menulis satu ayat sahaja untuk satu perenggan. Perenggan ketujuh hanya mengandungi peribahasa sahaja. Perenggan terakhir dimantapkan dengan idea sampingan berbentuk peribahasa.

M4 Menjana idea dalam empat perenggan dengan huraian empat idea utama dan enam idea sampingan. Idea dalam karangan adalah terhad. Perenggan kedua dan ketiga hanya terdiri daripada idea utama dan satu idea sampingan sahaja.

Menjana idea dalam tujuh perenggan dengan huraian tujuh idea utama dan lapan idea sampingan. Walaupun terdapat idea utama dan idea sampingan dalam setiap perenggan, namun idea murid adalah terhad kerana murid hanya menulis satu ayat sahaja untuk satu perenggan kecuali perenggan keempat yang terdiri daripada dua idea sampingan.

M5 Menjana idea dalam tiga perenggan dengan huraian tiga idea utama dan tiga idea sampingan. Idea dalam karangan adalah terhad. Perenggan pertama hanya terdiri daripada idea utama dan satu idea sampingan manakala perenggan ketiga hanya mengandungi idea utama sahaja.

Menjana idea dalam tujuh perenggan dengan huraian tujuh idea utama dan sebelas idea sampingan. Walaupun terdapat idea utama dan idea sampingan dalam setiap perenggan, namun idea murid adalah terhad kerana perenggan ketiga, keempat dan kelima terdiri daripada satu idea utama dan satu idea sampingan yang ditulis dalam satu ayat sahaja. Perenggan terakhir dimantapkan dengan idea sampingan berbentuk peribahasa.

M6 Menjana idea dalam empat perenggan Menjana idea dalam sembilan perenggan dengan

Page 6: PENGGUNAAN VISUAL KARTUN BERBANTUKAN TEKNIK … filePenggabungjalinan visual kartun yang interaktif dengan gambar membawa kelebihan terhadap minat, penglibatan aktif serta keseronokan

662

dengan huraian empat idea utama dan empat idea sampingan. Idea dalam karangan adalah terhad. Semua perenggan terdiri daripada satu idea utama dan satu idea sampingan. Idea yang ditulis dalam satu perenggan kurang berkaitan antara satu sama lain.

huraian sembilan idea utama dan dua belas idea sampingan. Walaupun terdapat idea utama dan idea sampingan dalam setiap perenggan, namun idea murid adalah terhad pada perenggan kedua, ketujuh dan kelapan kerana terdiri daripada satu idea utama dan satu idea sampingan sahaja. Idea sampingan dalam perenggan kelapan diperkukuh dengan peribahasa. Perenggan yang terakhir hanya terdiri daripada satu idea utama sahaja.

M7 Menjana idea dalam lima perenggan dengan huraian lima idea utama dan sembilan idea sampingan. Hanya perenggan kedua terdiri daripada satu idea utama dan satu idea sampingan.

Menjana idea dalam enam perenggan dengan huraian enam idea utama dan sepuluh idea sampingan. Perenggan ketiga terdiri daripada satu idea utama dan satu idea sampingan yang ditulis dalam satu ayat sahaja. Perenggan terakhir d imantapkan dengan idea sampingan berbentuk peribahasa.

M8 Menjana idea dalam lima perenggan dengan huraian empat idea utama dan lima idea sampingan. Perenggan pertama dan terakhir terdiri daripada idea utama sahaja. Namun pada perenggan ketiga, murid menulis idea yang kurang menepati kehendak soalan.

Menjana idea dalam tujuh perenggan dengan huraian enam idea utama dan sebelas idea sampingan. Pada perenggan ketiga, berlaku pengulangan idea. Hanya perenggan ketiga terdiri daripada satu idea utama dan satu idea sampingan yang ditulis dalam satu ayat sahaja.

M9 Menjana idea dalam enam perenggan dengan huraian enam idea utama dan sembilan idea sampingan. Perenggan ketiga terdiri daripada satu idea utama dan satu idea sampingan sahaja. Pada perenggan terakhir hanya terdapat satu idea utama yang tidak disokong oleh idea sampingan.

Menjana idea dalam tujuh perenggan dengan huraian tujuh idea utama dan dua belas idea sampingan. Pada perenggan ketiga dan kelima terdiri daripada satu idea utama dan satu idea sampingan. Namun hanya pada perenggan ketiga sahaja idea ditulis dalam satu ayat sahaja.

M10 Menjana idea dalam tiga perenggan dengan huraian dua idea utama dan lima idea sampingan. Penjanaan idea pada perenggan pertama kurang tepat. Manakala pada perenggan kedua dan ketiga menunjukkan idea kurang tersusun serta struktur ayat yang masih lemah.

Menjana idea dalam enam perenggan dengan huraian enam idea utama dan sebelas idea sampingan. Lima perenggan karangan terdiri daripada satu idea utama dan dua idea sampingan. Hanya pada perenggan kedua sahaja terdiri daripada satu idea utama dan satu idea sampingan yang ditulis dalam satu ayat sahaja.

M11 Menjana idea dalam empat perenggan dengan huraian empat idea utama dan tujuh idea sampingan. Penjanaan idea dan pembentukan perenggan agak terhad.

Menjana idea dalam lapan perenggan dengan huraian sembilan idea utama dan tujuh belas idea sampingan. Penjanaan idea utama dan idea sampingan bagi setiap perenggan adalah baik. Idea sampingan yang dihuraikan bersesuaian dan menyokong idea utama. Perenggan terakhir dimantapkan dengan idea sampingan berbentuk peribahasa.

Page 7: PENGGUNAAN VISUAL KARTUN BERBANTUKAN TEKNIK … filePenggabungjalinan visual kartun yang interaktif dengan gambar membawa kelebihan terhadap minat, penglibatan aktif serta keseronokan

663

M12 Menjana idea dalam empat perenggan dengan huraian empat idea utama dan enam idea sampingan. Penjanaan idea dan pembentukan perenggan agak terhad.

Menjana idea dalam tujuh perenggan dengan huraian tujuh idea utama dan sepuluh idea sampingan. Perenggan kedua hingga perenggan keenam ditu lis dalam satu ayat. Ayat yang membentuk perenggan karangan menjadi terlalu panjang kerana idea utama dan idea sampingan digabungkan dalam satu ayat. Perenggan terakhir dimantapkan dengan idea sampingan berbentuk peribahasa.

M13 Menjana idea dalam lima perenggan dengan huraian lima idea utama dan enam idea sampingan. Penjanaan idea pada perenggan terakhir hanya terdiri daripada idea utama.

Menjana idea dalam tujuh perenggan dengan huraian tujuh idea utama dan sebelas idea sampingan. Idea utama dan idea sampingan pada perenggan ketiga hingga keenam d itulis dalam satu ayat. Walau bagaimanapun, huraian bagi setiap perenggan adalah saling berkaitan. Perenggan terakhir dimantapkan dengan idea sampingan berbentuk peribahasa.

M14 Menjana idea dalam empat perenggan dengan huraian empat idea utama dan tujuh idea sampingan. Perenggan kedua terdiri daripada satu idea utama dan satu idea sampingan.

Menjana idea dalam enam perenggan dengan huraian enam idea utama dan sepuluh idea sampingan. Huraian idea sampingan bagi setiap perenggan adalah seimbang. Walau bagaimanapun, penjanaan idea sampingan kurang berkaitan dengan idea utama. Perenggan terakhir d imantapkan dengan idea sampingan berbentuk peribahasa.

M15 Menjana idea dalam lima perenggan dengan huraian empat idea utama dan tujuh idea sampingan. Berlaku pengulangan idea pada perenggan ketiga. Perenggan kedua, keempat dan kelima ditulis dalam satu ayat. Ayat menjadi terlalu panjang kerana huraian idea utama dan idea sampingan digabungkan dalam satu ayat.

Menjana idea dalam enam perenggan dengan huraian enam idea utama dan sepuluh idea sampingan. Huraian idea utama dan idea sampingan bagi setiap perenggan ketiga hingga perenggan kelima d igabungkan dalam satu ayat. Ayat menjadi terlalu panjang.

Dapatan pemerhatian secara langsung : rekod penjanaan idea dalam aktiviti kumpulan Pemerhatian secara langsung di dalam bilik darjah bertu juan melihat aspek penjanaan idea murid semasa pelaksanaan aktivit i berkumpulan dan pembentangan hasil kerja kumpulan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, murid dibahagikan kepada lima kumpulan. Set iap kumpulan melakukan gerak kerja secara ko laboratif berkaitan idea yang bersesuaian tentang sesuatu topik yang disediakan oleh pengkaji. Murid berb incang dan menjana idea berdasarkan pengalaman terlebih dahulu kemudian barulah d iikuti aspek menjana idea berdasarkan persekitaran murid. Pada kitaran yang pertama, pengkaji menyediakan peta minda kepada murid menggunakan kertas A4. Namun pada kitaran kedua, setiap kumpulan menggunakan kreativit i dan persetujuan setiap ahli kumpulan untuk membina peta minda pada kad manila yang disediakan. Berikut merupakan hasil pemerhatian penjanaan idea murid berdasarkan senarai semak yang disediakan berpandukan hasil kerja kumpulan pada kitaran pertama dan kitaran kedua kajian.

Page 8: PENGGUNAAN VISUAL KARTUN BERBANTUKAN TEKNIK … filePenggabungjalinan visual kartun yang interaktif dengan gambar membawa kelebihan terhadap minat, penglibatan aktif serta keseronokan

664

Rajah 1. Contoh penjanaan idea kumpulan dalam peta minda pada kitaran pertama

Rajah 2. Contoh penjanaan idea kumpulan dalam peta minda pada kitaran kedua

Berdasarkan Rajah 1 dan Rajah 2, murid dalam kumpulan didapati bo leh mengenal pasti perkara

(P) utama atau kehendak soalan serta menjana idea secara aktif berdasarkan visual kartun yang dipertontonkan. Secara berkumpulan, murid seronok bercerita tentang idea berdasarkan pengalaman individu (I) kepada ahli kumpulan dan seterusnya menyenaraikan idea berdasarkan pengalaman individu (I). Kemudian, murid juga d idapati boleh menjelaskan idea berdasarkan persekitaran luaran individu (LI) kepada ahli kumpulan diikuti menyenaraikan idea berdasarkan persekitaran luaran individu (LI) tersebut.

Rajah 3. Contoh aktiviti penjanaan idea dalam kumpulan dan pembentangan

Rajah 3 menunjukkan murid boleh melakarkan idea yang telah dibincangkan bersama-sama

dalam bentuk peta minda mengikut kreativit i kumpulan. Berdasarkan peta minda tersebut, setiap kumpulan membuat pembentangan dengan menyatakan idea secara lisan. Pada awal kitaran pertama, kumpulan murid memerlukan leb ih banyak bimbingan manakala pada kitaran kedua, setiap ahli dalam kumpulan cenderung membantu antara satu sama lain. Walaupun murid berkolaboratif dalam akt ivit i kumpulan, namun pengkaji membuat pemerhatian secara terperinci terhadap setiap orang murid. Jadual 3 dan Jadual 4 menunjukkan dapatan pemerhatian penjanaan idea murid semasa kitaran pertama dan kitaran kedua berdasarkan senarai semak dalam pemerhatian secara langsung yang dilakukan.

Page 9: PENGGUNAAN VISUAL KARTUN BERBANTUKAN TEKNIK … filePenggabungjalinan visual kartun yang interaktif dengan gambar membawa kelebihan terhadap minat, penglibatan aktif serta keseronokan

665

Jadual 3. Dapatan pemerhatian secara langsung : rekod penjanaan idea dalam aktiviti kumpulan semasa kitaran pertama

Indikator pemerhatian

K1 K2 K3 K4 K5 % penguasaan

M 1

M 2

M 3

M 4

M 5

M 6

M 7

M 8

M 9

M 10

M 11

M 12

M 13

M 14

M 15

Mengenal pasti perkara (P) utama atau kehendak soalan

/ / / / / / / / / / / / / / / 100

Menjana idea berdasarkan visual kartun

/ / / / / / / / / / / / / / / 100

Menyenaraikan idea berdasarkan pengalaman individu (I)

/ / / / / / / / / / / / / / / 100

Menjelaskan idea berdasarkan pengalaman individu (I)

X X X X X X / / / / / / X / / 53.33

Menyenaraikan idea berdasarkan persekitaran luaran individu (LI)

/ / / / / / / / / / / / / / / 100

Menjelaskan idea berdasarkan persekitaran luaran individu (LI)

X X X X X X X X / X / X X / / 26.67

Sumber: Adaptasi daripada Domain Afektif Taksonomi Bloom oleh Benjamin Bloom (1956) mengikut kesesuaian objektif kajian

Pada kitaran pertama, semua murid (100%) dapat mengenal pasti perkara (P) utama atau kehendak soalan, menjana idea berdasarkan visual kartun, menyenaraikan idea berdasarkan pengalaman indiv idu (I) dan juga persekitaran luaran individu (LI). Namun sebanyak 53.33%, iaitu seramai lapan orang murid (M7, M8, M9, M10, M11, M12, M14 dan M15) dapat menjelaskan idea berdasarkan pengalaman individu (I) manakala seramai tu juh orang murid (M1, M2, M3, M4, M5, M6 dan M13) agak sukar untuk menjelaskan idea berdasarkan pengalaman masing-masing. Manakala hanya empat orang murid (M9, M11, M14 dan M15) bersamaan 26.67% d ikenal pasti boleh menjelaskan idea tentang perkara yang berlaku di persekitaran luaran individu namun masih kurang memuaskan.

Jadual 4. Dapatan pemerhatian secara langsung : rekod penjanaan idea dalam aktiviti kumpulan semasa kitaran kedua

Indikator pemerhatian

K1 K2 K3 K4 K5 % penguasaan M

1 M 2

M 3

M 4

M 5

M 6

M 7

M 8

M 9

M 10

M 11

M 12

M 13

M 14

M 15

Mengenal pasti perkara (P) utama atau kehendak soalan

/ / / / / / / / / / / / / / / 100

Menjana idea berdasarkan visual kartun

/ / / / / / / / / / / / / / / 100

Page 10: PENGGUNAAN VISUAL KARTUN BERBANTUKAN TEKNIK … filePenggabungjalinan visual kartun yang interaktif dengan gambar membawa kelebihan terhadap minat, penglibatan aktif serta keseronokan

666

Menyenaraikan idea berdasarkan pengalaman individu (I)

/ / / / / / / / / / / / / / / 100

Menjelaskan idea berdasarkan pengalaman individu (I)

/ / / / / / / / / / / / / / / 100

Menyenaraikan idea berdasarkan persekitaran luaran individu (LI)

/ / / / / / / / / / / / / / / 100

Menjelaskan idea berdasarkan persekitaran luaran individu (LI)

/ X X / / X / / / / / / / / / 80

Sumber : Adaptasi daripada Domain Afektif Taksonomi Bloom oleh Benjamin Bloom (1956) mengikut kesesuaian objektif kajian

Pada kitaran kedua, semua murid (100%) menunjukkan keupayaan mempelajari lima indikator yang utama. Seramai dua belas orang murid (80%), iaitu M1, M4, M5, M7, M8, M9, M10, M11, M12, M13, M14 dan M15 dapat mempelajari indikator terakhir, iaitu menjelaskan idea berdasarkan persekitaran luaran indiv idi (LI). Walau bagaimanapun, tiga orang murid (M2, M3 dan M6) masih belum dapat menjelaskan idea yang berlaku di luar persekitaran murid.

Dapatan analisis ujian : rekod penjanaan idea mengikut perenggan dalam ujian pra dan ujian pasca Bertujuan mengembangkan kaedah kajian, pengkaji menggunakan ujian pra dan ujian pasca untuk menyokong data kualitatif. Jumlah idea yang diperoleh oleh murid menunjukkan kemampuan visual kartun berbantukan teknik ‘PILI’ dalam membantu murid menjana idea dalam mempelajari karangan. Pencapaian murid dalam aspek penjanaan idea utama dan idea sampingan dalam kedua-dua ujian adalah seperti berikut:

Rajah 4. Jumlah idea utama dalam ujian pra dan ujian pasca

Berdasarkan Rajah 4, lima belas orang sampel kajian menunjukkan pencapaian yang lebih baik

dalam aspek menjana idea utama pada ujian pasca berbanding ujian pra. Peningkatan pencapaian murid dalam menjana idea menunjukkan visual kartun yang pelbagai dapat membantu murid menjana idea utama. Selain itu, idea murid menjad i leb ih tersusun kerana murid menjana idea secara berpandu menggunakan teknik ‘PILI’.

4 3 4 4 3 4 5 46

24 5 4 56 6 7 7 7

96 6 7 6 7 7 6 6

0

5

10

M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10M12M13M14M15

JUMLAH IDEA UTAMA DALAM UJIAN PRA DAN UJIAN

PASCA

UJIAN PRA UJIAN PASCA

Page 11: PENGGUNAAN VISUAL KARTUN BERBANTUKAN TEKNIK … filePenggabungjalinan visual kartun yang interaktif dengan gambar membawa kelebihan terhadap minat, penglibatan aktif serta keseronokan

667

Rajah 5. Jumlah idea sampingan dalam ujian pra dan ujian pasca

Selain daripada penjanaan idea utama, idea sampingan juga memainkan peranan yang penting

dalam sesebuah karangan. Idea sampingan yang baik merupakan idea yang menyokong idea utama. Sesebuah perenggan karangan terbentuk daripada penggabungjalinan idea utama dengan idea sampingan. Berdasarkan Rajah 5, dapatan kajian menunjukkan jumlah idea sampingan bagi lima belas orang murid meningkat dalam ujian pasca berbanding ujian pra. In i menunjukkan t indakan pengkaji menggunakan visual kartun dan teknik ‘PILI’ berupaya membantu murid berpencapaian sederhana dalam menjana idea.

Rajah 6. Jumlah idea utama dan idea sampingan dalam ujian pra dan ujian pasca Secara keseluruhannya, Rajah 6 menunjukkan peningkatan jumlah idea utama dan idea

sampingan dalam ujian pasca berbanding ujian p ra. Dalam ujian pra, jumlah idea utama sebanyak 57 dan meningkat kepada 76 pada ujian pasca. Begitu juga dengan jumlah idea sampingan pada ujian pasca jika dibandingkan dengan ujian pra. Penjanaan idea sampingan meningkat sebanyak 47, iaitu daripada 93 pada ujian pra dan pada ujian pasca murid dapat menulis 140 idea sampingan.

PERBINCANGAN Penggunaan visual kartun berbantukan teknik ‘PILI’ yang berfungsi sebagai pemboleh ubah bebas memberi kesan yang positif terhadap pemboleh ubah bersandar, iaitu aspek penjanaan idea dalam penulisan karangan. Dapatan data kajian yang diperoleh melalui penganalisisan dokumen, pemerhatian secara langsung serta analisis ujian pra dan ujian pasca dalam dua kitaran kajian tindakan menunjukkan stimulus yang dipilih berupaya membantu murid dalam menjana idea. Pengkaji juga mendapati murid lebih berminat melakukan penjanaan idea berpandukan visual kartun berbentuk animasi yang pelbagai terutamanya mengandungi unsur didik h ibur berbanding visual kartun berbentuk gambar pegun. Walau bagaimanapun, penggabungjalinan visual kartun berbentuk animasi dan pegun adalah lebih baik. Animasi

4 3 3 6 3 49

59

5 6 6 7 69 8 6 9 11 12 10 11 12 11 10 11 10 10

0

10

20

JUMLAH IDEA SAMPINGANDALAM UJIAN PRA DAN UJIAN

PASCA

UJIAN PRA UJIAN PASCA

579376

140

0

100

200

IDEA UTAMA IDEA SAMPINGAN

JUMLAH IDEA UTAMA DANIDEA SAMPINGAN DALAM

UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA

UJIAN PRA UJIAN PASCA

Page 12: PENGGUNAAN VISUAL KARTUN BERBANTUKAN TEKNIK … filePenggabungjalinan visual kartun yang interaktif dengan gambar membawa kelebihan terhadap minat, penglibatan aktif serta keseronokan

668

berkesan mencetuskan rangsangan dan menarik minat murid manakala gambar pegun diperlukan apabila pengkaji ingin memberi penekanan kepada sesuatu perkara. Selain itu, pelaksanaan aktiv iti pembelajaran secara kolaboratif didapati dapat mempelbagai idea kreatif dan penggunaan teknik ‘PILI’ menjadikan proses penjanaan idea berlaku dengan lebih sistematik. Pengkaji mendapati murid memerlukan satu medium yang menarik untuk mencetuskan idea yang sesuai berdasarkan topik yang dikehendaki. Selain itu, peranan guru sebagai perancang juga harus mengambil kira tahap kesediaan murid berdasarkan pengalaman sedia ada serta persekitaran yang menyokong kepada pembelajaran yang dirancang. Di samping itu, guru juga harus menyedari bahawa faktor kekerapan lat ihan turut mempengaruhi kemenjadian murid dari aspek penjanaan idea.

CADANGAN Kajian in i dilihat dapat mendatangkan manfaat kepada guru dan juga murid. Berdasarkan dapatan kajian yang memberangsangkan dan hasil perbincangan, terdapat beberapa perkara yang perlu ditambah baik serta dijadikan sebagai cadangan dalam mempelajari aspek penjanaan idea. Antaranya, berfokus kepada bahan bantu mengajar (BBM), kaedah dan teknik pembelajaran. Sebagai perancang, guru harus menyediakan BBM yang sesuai dengan topik yang diajar supaya murid dapat memahami dengan lebih mudah isi pelajaran yang disampaikan. Dalam memenuhi tahap kecerdasan murid yang berbeza-beza, guru sewajarnya mempelbagaikan BBM. Penggabungjalinan BBM yang interaktif dan v isual kartun berbentuk pegun perlu untuk menarik minat serta sebagai penekanan kepada perkara yang penting. Selain itu, kaedah pembelajaran secara kolaboratif wajar diamalkan kerana dapat melahirkan idea yang kreatif dan krit is malah dapat memupuk nilai murn i dalam kalangan murid. Berdasarkan aktiv iti perb incangan, murid bebas menjana idea mengikut kreativit i setiap ahli kumpulan. Guru juga seharusnya mempelbagaikan model pembelajaran dalam menulis karangan agar murid menjad i lebih seronok. Selain itu, guru harus peka terhadap pengalaman sedia ada murid serta mengenal pasti persekitaran yang menyokong pembelajaran agar dapat mempermudah serta memperkukuh tahap penguasaan murid terhadap sesuatu topik yang dipelajari. Penggunaan teknik ‘PILI’ d idapati dapat membantu murid menjana idea dengan lebih berfokus dan sistematik. Teknik ini juga boleh digunakan dalam mata pelajaran yang lain mengikut kesesuaian.

KESIMPULAN Keistimewaan penggunaan visual kartun berbantukan teknik ‘PILI’ yang dibina berlandaskan Teori Perhubungan (Connectionism) atau Asosiasi oleh Edward Lee Thorndike (1874-1949) menunjukkan kaedah dan teknik in i berkesan dalam membantu murid menjana idea. Pemilihan visual kartun sebagai sumber ilham berupaya menjana idea yang pelbagai mengikut kreativit i murid. Kelebihan penggabungjalinan v isual kartun berbentuk animasi dan gambar pegun didapati memudahkan penyampaian ilmu o leh guru. Selain itu, penggunaan visual kartun yang tidak terhad kepada jenis tertentu dapat menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran guru serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif. Murid lebih seronok serta melibatkan diri secara akt if dalam proses pembelajaran. Penggunaan teknik ‘PILI’ merupakan satu keunikan dalam kajian ini kerana proses penjanaan idea menjad i lebih berfokus dan sistematik. Penekanan kepada perkara (P) yang berkaitan topik karangan, pengalaman indiv idu (I) dan perkara yang berlaku d i luar individu (LI) membantu murid menjiwai serta menghurai idea dengan lebih terperinci. Pengkaji mendapati kepelbagaian strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran guru mampu mencungkil idea kreatif murid. Guru perlu berusaha mencipta kreativ iti yang baharu kerana hanya guru yang kreatif leb ih cenderung melahirkan murid yang kreatif dan kritis.

RUJUKAN Azis Witdiatmoko. (2016). Peningkatan keterampilan menulis karangan narasi menggunakan media VCD

film kartun siswa kelas V SD. Jurnal Pendidikan Guru Sekolah Dasar, Edisi Juni. Een Rochaeni. (2015). Peningkatan keterampilan menulis cerita pendek dengan menggunakan media

Planned Humor KakaoTalk. Jurnal Lingkar Widyaiswara, 2(2) April-Jun: 01-15.

Page 13: PENGGUNAAN VISUAL KARTUN BERBANTUKAN TEKNIK … filePenggabungjalinan visual kartun yang interaktif dengan gambar membawa kelebihan terhadap minat, penglibatan aktif serta keseronokan

669

Isma Trisna Santi & Bambang Eka Purnama. (2014). Pembuatan film Ande-ande Lumut menggunakan animasi 2 dimensi pada Taman Kanak-kanak (TK) Az-Zalfa Sidoharjo Pacitan. Journal Speed - Sentra Penelitian Engineering dan Edukasi, 6(3).

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran: Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Melayu, Tahun 1 (Edisi Terhad-semakan): Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah : Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun Empat. Putrajaya : Penerbit Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Kurikulum Standard Sekolah Rendah : Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun Lima. Putrajaya : Penerbit Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendid ikan Malaysia. (2018). Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Dimuat turun daripada https://sapsnkra.moe.gov.my.

Maya Marselia. (2015). Pembuatan media pembelajaran berbasis film kartun pada pengenalan perangkat keras komputer. Seminar Nasional Teknologi Informasi dan Multimedia, 3(1).