tahap perkembangan matematik & hiraki pembelajaran matematik

Upload: mala-murugan

Post on 14-Apr-2018

261 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    1/38

    Ahli kumpulan :Darshini Krishnan

    Mala Murugan

    Malathi Murugan

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    2/38

    Kesediaan Matematik

    Kesediaan belajar merujuk kepada keadaan

    dalaman individu yang bersedia dan berupaya untuk

    mempelajari sesuatu dengan tujuan memperoleh

    pengalaman pembelajaran yang lalu.

    Thorndike (1913) mengemukakan hukum kesediaan

    yang dirumuskan secara ringkas seperti berikut:

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    3/38

    i. Apabila seseorang itu bersedia untuk melakukansesuatu tindakan, dan berjaya melakukannya,

    maka tindakan ini akan membawa kepuasan

    kepada dirinya.

    ii. Apabila seseorang individu bersedia untuk

    melakukan sesuatu tindakan, tetapi tidak dapat

    melakukannya, maka individu ini akan merasa

    kecewa.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    4/38

    ii. Apabila seseorang individu belum bersedia untuk

    melakukan sesuatu, tetapi dipaksa

    melakukannya, tindakan paksaan itu pula akan

    menimbulkan perasaan duka cita ke atas dirinya.

    Menurut Bruner (1966) Kesediaan belajar merujuk

    kepada apa jua perkara yang dapat disampaikan

    secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila

    peringkat perkembangan kematangannya.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    5/38

    Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti mental

    seperti berfikir, menaaakul, menganalisis,membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan

    sebagainya. Oleh itu Piaget bapa psikologi kanak-

    kanak membahagikan perkembangan kanak-kanak

    kepada 4 peringkat iaitu:-

    1. Peringkat Deria Motor ( 0-2 tahun)

    2. Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)

    3. Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun)4. Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas)

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    6/38

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    7/38

    Pemikiran mereka adalah egosentrik. Iaitumengganggap pengalaman dan pandangan oranglain serupa dengan mereka.

    Bahan-bahan pelajaran yang terdiri daripada objek

    yang besar dan menarik, yang senang disentuh dandilihat amat perlu digunakan ketika mengajar

    kanak-kanak peringkat 1 dan 2 menurut Piaget.

    Apabila mencapai umur 7 tahun barulah kanak-kanak ini dapat memahami konsep transformasi,

    menguasai proses kebalikan dan akhirnya

    mengamati proses songsangan.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    8/38

    Mereka juga sudah boleh berfikir secara induktif

    dan deduktif. Oleh itu, semua konsep matematik yang baru bagi

    mereka haruslah menggunakan contoh-contoh

    konkrit.

    Oleh itu faktor usia dan kematangan seseorangperlu diambil kira sebelum merancang pengajaran

    dan pembelajaran, mempraktikkannya ketika

    mengajar dan merancang semula aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran dalam tindakan

    susulan selepas mengajar murid pemulihan.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    9/38

    Pedagogi

    Guru perlu memiliki kemahiran dan penguasaan ilmu

    pedagogi seoptimum mungkin supaya berjaya

    mewujudkan suasana kelas yang ceria dan aktif.Murid perlu belajar secara induktif dan deduktif

    ataupun gabungan kedua-dua pendekatan.

    Murid pemulihan juga perlu belajar sacara

    keseluruhan kemudian barulah kepada tajuk-tajukkecil.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    10/38

    Kontekstual

    Ketika guru mengajar, mereka hendaklah

    mengaitkan topik baru dengan pengetahuan sedia

    ada murid. Sekiranya tujuan pelajar hanyamenghafal maka hasil pembelajaran hanya berupa

    hafalan dan tidak bermakna.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    11/38

    .

    Afektif

    Menurut Bruner (1966), kanak-kanak yang barumasuk sekolah mempunyai dua motivasi dalaman

    iaitu intrinsik ingin tahu dan dorongan mencapai

    kecekapan.

    Kedua-dua intrinsik ini merupakan motivasi

    dalaman yang kuat untuk menggerak dan

    meningkatkan kesediaan belajar kanak-kanak supaya

    akiviti pengajaran pembelajaran menjadi lebih, aktif,

    mudah, seronok dan berkesan.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    12/38

    Kemahiran asas dan pengalaman - sebelum

    seseorang itu mempelajari ilmu atau kemahiranbaru, pelajar hendaklah memperoleh kemahiran

    asas atau pengalaman yang berkaitan.

    Contohnya jika pelajar ingin menguasai operasi

    bahagi ia perlulah memahami operasi darab dahulu.

    Oleh itu kemahiran asas dan pengalaman atau

    pengetahuan sedia ada merupakan faktor pentingyang mempengaruhi kesediaan belajar seseorang.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    13/38

    Prinsip Pengajaran : Mengajar dari mudah ke sukar

    Isi dan aktiviti-aktiviti pelajaran perlu selari denganperkembangan kognitif pelajar. Jika tidak

    pengajaran dianggap membosankan dan sukar.

    Pelajar sekolah rendah belum bersedia

    menyelesaikan masalah yang abstrak atau dalam

    bentuk hipotesis. Setiap tajuk perlu disusun dan

    diperingkatkan.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    14/38

    Oleh itu penyampaian tajuk pelajaran

    menjadi lebih mudah. Secara tidak langsung

    motivasi instrinsik dan motivasi ekstrinsik akantercapai bahkan memupuk kesedaran murid untuk

    belajar atas inisiatif sendiri.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    15/38

    Prinsip Pengajaran : Dari konkrit ke abstrak

    Murid pemulihan amat perlu didedahkan denganobjek benda maujud ketika mengajar konsep atautajuk baru dalam matematik bagi memudahkankefahaman mereka.

    Oleh itu, semua konsep matematik yang baru bagimereka haruslah menggunakan contoh-contohkonkrit. Pada peringkat sekolah rendah merekatidak memahami hukum-hukum matematik sepertihukum sekutuan, hukum taburan dan hukum tukarganti.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    16/38

    Ramai murid sekolah rendah yang hanya tahumenghafaz apa yang diajar guru mereka tanpa

    memahami konsep matematik yang sebenarnya.

    Oleh itu untuk mengatasi masalah ini pengajaran

    matematik harus dikaitkan dengan situasi

    kehidupan sebenar murid tersebut.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    17/38

    Keberkesanan pembelajaran bergantung kapada

    kesediaan belajar murid. Oleh itu set induksi guruharus menarik perhatian dan menimbulkan minatmurid untuk belajar dan terlibat dalam aktivitiseterusnya.

    Aktiviti pengajaran dan pembelajaran haruslahdirancang mengikut kebolehan dan pengetahuansedia ada murid. Hubung kaitkan kemahiran asasyang telah dikuasai murid dengan kemahiran yang

    baru dipelajari.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    18/38

    Isi pelajaran perlu diperingkatkan mengikut tahap

    kesediaan belajar murid dari mudah kepadakompleks, daripada pengalaman sedia ada kepada

    pengalaman baru, daripada dekat kepada jauh dan

    daripada umum kepada spesifik.

    Pelbagai bahan rangsangan perlu digunakan untuk

    mengekalkan minat murid terhadap pembelajaran.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    19/38

    Teknik menyoal dan kaedah inkuiri penemuan perlu

    digunakan untuk membangkitkan naluri ingin tahu

    murid. Strategi pengajaran kumpulan dan pengajaran

    individu perlu diterapkan untuk melayani dan

    memenuhi perbezaan individu.

    Aktiviti pembelajaran yang dirancang

    harus menimbulkan kepuasan murid untuk

    meningkatkan kesediaan belajar bagi aktiviti

    berikutnya.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    20/38

    Teknik peneguhan untuk memupuk kendiri positifmurid dan kesediaan belajar yang kuat perlu

    digunakan.

    Berikan aktiviti kemahiran asas yang cukup sebagai

    pengukuhan. Kemahiran asasyangdikukuhkan dapat digunakan semula sebagai

    kesediaan belajar untuk mempelajari kemahiran

    baru yang lebih kompleks.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    21/38

    Wujudkan suasana pembelajaran serta iklim bilik

    darjah yang kondusif .

    Bahan bantu mengajar haruslah berkaitan,

    bertepatan dan menarik minat murid.

    Penggunaan bahan manipulatif danteknologi (perisian komputer) dan lain- lain.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    22/38

    -Peringkat Konkrit-Peringkat Semi

    Konkrit

    HIRARKI PEMBELAJARANMATEMATIK

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    23/38

    Peringkat-

    1. batas yang sudah dicapai (dlm sesuatu kerja,

    kegiatan, perundingan, dll)

    2. bahagian ( darjat, kelas, taraf) sesuatu kedudukan

    (keadaan, kemajuan, dll).

    Konkrit-

    bersifat (berupa) sesuatu yang dapat digambarkan

    (dirasai,dilihat,dll), bersifat kebendaan, maujud.

    Semi-

    Awalan asing separuh atau setengah.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    24/38

    Abstrak-

    Tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat

    dilihat atau dirasa dengan pancaindera), tidak konkrit

    atau maujud, niskala, mujarad.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    25/38

    Peringkat konkrit

    Merupakan peringkat pembelajaran yang

    memerlukan seseorang kanak-kanak itu perlu kepada

    sesuatu objek konkrit atau objek sebenar bagi

    menyelesaikan sesuatu masalah. Pada peringkat ini, pelbagai sensori digunakan dalam

    pengajaran dan pembelajaran bagi peringkat konkrit.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    26/38

    Pelajar belajar melalui pengalaman. Oleh itu, pelajar

    yang melalui pembelajaran peringkat konkrit dapat

    menguasai sesuatu perkara atau konsep yang

    dipelajari dengan mudah melalui sesuatu objekkonkrit atau sebenar.

    Contohnya, dalam pengajaran konsep nilai tempat,

    penggunaan blok-blok sebagai bahan bantu

    mengajar amat berkesan bagi membolehkan muridmemahami konsep nilai tempat.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    27/38

    Apakah elemen penting yang ada pada

    peringkat pembelajaran konkrit?

    Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaranyang sesuai dalam mengajar mengenai konsepmatematik.

    Pengajaran pada peringkat pemahaman secarakonkrit terlebih dahulu sebelum ke peringkat semi-konkrit dan abstrak.

    Guru perlu menyediakan murid kepada latihan-latihan dengan menggunakan objek konkrit.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    28/38

    Implikasi pembelajaran peringkat konkrit

    Membantu mruid-murid yang pasif untuk belajarsecara lebih bermakna menggunakan objek konkrit.

    Guru menyampaikan idea mengenai sesuatu konsepdengan melibatkan pemahaman konkrit terhadappelajar.

    Melibatkan pemahaman konseptual dan proseduraldalam struktur yang dilaksanakan oleh guru.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    29/38

    Adalah penting bagi guru untuk mengetahui

    beberapa ciri-ciri asas yang berbeza pada setiapmatematik manipulatif dan bagaimana ianyamemberi kesan kepada murid yang bermasalah.

    Terdapat 2 jenis matematik manipulatif iaitu:

    Diskret=bahan/ objek yang boleh dikira (murid,countingblock,unifixcube, mainan,dsb)

    Continuous= bahan yang digunakan bukan untuk tujuan

    pengiraan, tetapi digunakan untuk tujuanpengukuran (pembaris, measuring cup, alat timbangdsb).

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    30/38

    Contoh bahan/ objek manipulatif (bahan konkrit)

    Pengiraan/ tambah dan tolak

    Cip berwarna

    Kacang

    Unifix cubes

    Gula-gula

    Popsicle sticks/tongue depressors

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    31/38

    Nilai tempat

    Blok asas 10

    Beans and bean sticks

    Popsicle sticks & rubber bands for bundling

    Unifix cubes (individual cubes can be combined torepresent "tens")

    Place value mat (a piece of tag board or othersurface that has columns representing the "ones,""tens," and "hundreds" place values)

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    32/38

    Penggunaan blok seperti di bawah membantu pelajar

    menguasai konsep nilai tempat sa, puluh, ratus, ribudan sebagainya.

    sa

    puluh

    ratus

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    33/38

    Peringkat semi-konkrit

    Perubahan aktiviti konkrit kepada semi konkrit hanya

    berlaku apabila murid telah menguasai kemahiran

    matematik pada peringkat konkrit.

    Pada peringkat ini, pelajar yang telah diperkenalkandengan objek konkrit itu secara perlahan-lahan

    diperkenalkan pula dengan gambar-gambar yang

    mewakili objek tersebut.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    34/38

    Penekanan diberikan terhadap menyesuaikan simbol

    yang abstrak seperti nombor kepada objek di dalamproses penyelesaian masalah.

    Oleh itu, penerimaan maklumat yang disampaikan

    oleh guru boleh diterima melalui pembacaan,melihat, mendengar dan menyentuh melalui aktiviti-

    aktiviti seperti menulis, mengasingkan mengikut ciri-

    ciri tertentu, bertutur dan juga melukis.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    35/38

    Gambar yang dilukis oleh pelajar mewakili objekkonkrit dalam menyelesaikan masalah.

    Apabila pelajar belajar melukis bagi sesuatu simbolyang abstrak kepada objek dalam penyelesaianmasalah, pelajar berkeupayaan menyelesaikanmasalah matematik secara berdikari.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    36/38

    Pelajar juga berasa lebih yakin apabila setiap masalah

    matematik dapat diatasi menerusi pembelajaranperingkat semi-konkrit.

    Secara tidak langsung, pelajar dapat mengukuhkanpemahaman secara konkrit mengenai sesuatukonsep adalah disebabkan kesamaan lukisan gambar-gambar dengan objek konkrit yang digunakan ketikapembelajaran peringkat konkrit.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    37/38

    Contoh:

    Guru memperkenalkan kepada pelajar

    aktiviti mengira secara semi-konkrit. Misalnya bagisoalan 3+4=?

    Murid dibimbing untuk menggunakan simbol-simbol

    yang sesuai untuk membuat pengiraan.

  • 7/30/2019 Tahap Perkembangan Matematik & Hiraki Pembelajaran Matematik

    38/38

    RUJUKAN

    Effandi Zakaria (2007) , Trend Pengajaran danPembelajaran Matematik. Kuala Lumpur: Prin-Ad Sdn.Bhd

    Perkembangan Matematik kanak-kanak.

    Dimuat turun pada 26 januari 2013 daripadahttp://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/1998/98_Angela.pdf

    http://mylib.pnm.my/

    http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/1998/98_Angela.pdfhttp://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/1998/98_Angela.pdfhttp://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/1998/98_Angela.pdfhttp://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/1998/98_Angela.pdfhttp://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/1998/98_Angela.pdf