tahap pengurusan kolaboratif

Upload: zaraqartika

Post on 31-Oct-2015

137 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

TAHAP PENGURUSAN KOLABORATIF

TRANSCRIPT

  • rKajian Malaysia, Jld. XXII, l,lo. l, Jun 2004

    NO TA P E NYE LIDIKAN/RE S EARC H NO TE

    TAHAP PENGURUSAN KOLABORATIF DAN FENOMENAPENGURUSAN DI SEKOLAH MENENGAH

    Tang Keow NgangSchool ofEducationUniversi t i Sains MalaysiaPenang

    Foo Say FooiZaidatol Akmaliah Lope PihieHj. Bahaman Abu SamahFakulti Pengaj ian PendidikanUniversi t i Putra MalavsiaSelangor

    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap tahappengurusan kolaboratif, tahap kecenderungan penggunaan setiapsumber kuasa pengetua, gaya komunikasi penyeliaan pengetua, danstruktur organisasi. Di samping itu, kajian ini juga meniniaupengamalan budalta kerja guru dan tahap kebolehan guru. Kajian yangberbentuk tinjauan ini adalah berdasqrkan 'Model Kitarqn PengurusanKolaboratif Sekolah' oleh Caldwell dan Spinks (1988) don 'Teori SistemEmpat Pengurusan' oleh Rensis Likert (1961). Seiumlah 310 orang gurudari 3I bucth sekolqh menengah di Wilayah Persekutuan dipilih denganmenggunakan kaedah persampelan rawak berlapis. Secara deskriptif,dapatan-dapatan kaiian ini menuniukkan: (, tahap pengurusankolaboratif yang diamalkan di sekolah mereka adalah antara sederhanadan tinggi; (iil responden mempersepsikan pengetua merekaberkecenderungan tinggi menggunakan kelimct-lima sumber kuasa; (iii)sebanyak 74.8 peratus responden mempersepsikan pengetua merekaberada pada tahap komunikasi penyeliaan yang sederhana; (iv)sejumlah 97.4 peratus responden mengomalkan budaya kerja yangpositif; (v) sejumlah 71.3% responden berada pada tahap kebolehanyang sederhctna; dan (ril seromai 91 .6 peratus respondenmempersepsikan struktur organisasi mereka adalah leper dan luwes.

    65

  • Tang Keow Ngang el at.

    PENGENALAN

    Pengurusan kolaboratif berlaku apablla peluang diberikan kepada ahliatau kakitangan untuk turut serta dalam proses pembuatan keputusan(McClure, 1998). Menurut Gurcharan (1997), pengurusan kolaboratifmenggariskan banyak nilai organisasi dan menghala tumpuan terhadapisu kualiti yang melibatkan pelanggan dalaman dan luaran.

    Pengurusan kolaboratif dianggap sebagai satu reformasi dalampendidikan di Malaysia walaupun konsep, teori, dan modelnya telahlama diperkenalkan (Abdul Rani, Ahmad Fadzli & Tajul Ariffin, 1998).Mereka berpendapat pengurusan kolaboratif tidak dapat dijalankandengan sempuma jika orang yang diberi tanggungjawab tidakmemainkan peranan dengan baik atau enggan bersama-sama membentukpasukan kerja yang padu dan bermakna. Selain itu, hasilnya cuma dapatdirasakan dalam jangka masa yang panjang dan ada sebilangan gurumenjadi bosan menunggu hasil usaha mereka.

    Dapatan-dapatan kajian Abdul Rani et al. (1998) dan Asmah (1998)menunjukkan pelaksanaan pengurusan kolaboratif di Malaysia belummencapai tahap yang memuaskan. Dapatan kajian pengkaji-pengkajilepas (Nagalingam, 1997; Sannee,1998; Noor Fauza, 1998; Sallehuddin,1998; Lau Siew Ting, 1999) telah menunjukkan para guru lebihberminat untuk melibatkan diri dalam pengurusan kurikulum. Oleh itu,pengurusan kolaboratif dalam kajian ini bermaksud penglibatan gurudalam pengurusan kurikulum sahaja.

    KERANGKA TEORI

    Penyelidikan ini memanfaatkan 'Model Kitaran Pengurusan KolaboratifSekolah' dan 'Teori Sistem Empat Pengurusan'. Oleh itu, penjelasantentans model dan teori tersebut dikemukakan.

    Model Kitaran Pengurusan Kolaboratif Sekolah

    Menurut Caldwell dan Spinks (1988), sebelum model ini dilaksanakandi sekolah-sekolah, terdapat tiga ciri utama yang perlu diberi perhatian.Ciri pertama merangkumi (i) penetapan atau penentuan matlamat danpengenalpastian keperluan pendidikan; (ii) membuat dasar yang

    66

  • Pengurusan Kolaboratif di Sekolah Menengah

    mengandungi pemyataan tujuan dan panduan secara kasar; (iii)perancangan program; (iv) penyediaan dan kelulusan anggaran program;(v) pelaksanaan; dan (vi) penilaian.

    Ciri kedua pula memastikan perancangan yang dibuat itu mempunyaidefinisi dasar yang melampaui apa yang terkandung dalam pernyataanmatlamat am tetapi tidak terlalu terperinci sehingga menentukantindakan yang perlu diambil. Ciri ketiga berkenaan pengelolaan aktivitiperancangan di sekitar program yang selari dengan cara kerja di sekolah.

    Teori Sistem Empat Pengurusan

    Teori Sistem Empat Pengurusan yang diperkenalkan oleh Likert (1961)telah digunakan dalam kajian ini. Menurut beliau, peringkat pengurusankolaboratif yang optimum berlaku apabila terdapat penyertaan pasukansecara meluas dalam kerja-kerja penyeliaan dan membuat keputusan.Tambah beliau, tugas utama seorang pengurus kolaboratif ialahmembentuk satu pasukan yang dapat menyatupadukan tenaga dalamproses pembuatan keputusan dan pelaksanaan. Tahap pengurusankolaboratif yang tinggi dalam teori tersebut berada antara Sistem Tigadan Sistem Empat.

    PERNYATAAN MASALAH

    Konsep pengurusan kolaboratif didapati masih kabur di peringkatsekolah. Walaupun konsep tersebut pernah disentuh oleh MenteriPendidikan Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Musa Mohamad pada 20Januari 2000 semasa menyampaikan amanat Tahun Baru di AuditoriumBahagian Teknologi Pendidikan, namun 'bagaimana' dan 'apa' yangterkandung di dalamnya tidak diberi penjelasan. Masalah sepertisiapakah yang harus terlibat, apakah peranan pengetua dan guru sertasejauh mana pengllbatan mereka turut menjadi persoalan. Jadi, senarioini menunjukkan konsep pengurusan kolaboratif masih kurang jelas danmantap.

    Pengurusan kolaboratif yang dijalankan di sekolah adalah berbentukprogramme oriented, iaitu penubuhannya bersifat sementara. Pasukankerja yang dibentuk dalam pengurusan kolaboratif lazimnya dibubarkanapablla selesainya sesuatu aktiviti. Ini bermakna walaupun pengurusan

    67

  • Tang Keow Ngang et al.

    kolaboratif telah lama diperkenalkan di Malaysia, tetapi catapelaksanaannya tidak berkekalan. Ini disebabkan pengurusan kolaboratifbelum dapat dibudayakan dalam amalan kerja'

    OBJEKTIF KAJIAN

    Dalam konteks masalah yang telah dinyatakan, kajian ini dilakukanuntuk mencapai objektif berikut:

    1. Mengenal pasti persepsi guru terhadap tahap pengurusankolaboratif dan aspek-aspeknya dalam organisasi sekolah'

    2. Mengenal pasti persepsi guru terhadap (i) tahap kecenderunganpenggunaan sumber-sumber kuasa pengetua; (ii) gaya komunikasip"ny"tiuutt pengetua; (iii) pengamalan budaya kerja guru; (iv)iahap kebolehan guru; dan (v) struktur organisasi sekolah'

    Sorotan Literatur

    Pengurusan kolaboratif merupakan fokus perbincangan dalam artikel ini'Berlasarkan hakikat ini, sorotan literatur lepas akan dibataskan kepadaaspek pengurusan kolaboratif sahaj a.

    Berdasarkan kajian-kajian lepas yang dibincangkan, bolehlahdirumuskan beberapa fenomena yang wujud dalam pengurusan sekolah'Dapatan-dapatan kajian Liontos (1993), Brown dan Boyle (1999)'Smylie et it. gSOq, Noorul Aini (1997), Nagalingam (1997), Jones( |9g7) ,Sa l lehudd in(1998) ,shar i fahKhamis(1998) ,LauSiewTingdgggji, Zakaria (2000) dan Shamsul Bahriah (2002) menunjukkan tahappenglibatan guru adalah tinggi dalam pengurusan kurikulum_khususnyaurp"t p"trg ujutun dan pembel ajaran manakala tahap penglibatan yang,"ttAuf ""t:"4 dalam pengurusan kewangan, polisi sekolah danperancangan serta pengurusan kakitangan'

    Dapatan weiss (lgg2), Short, Greer dan Melvin (1994) selari dengandapatan Munira (2000), iaitu keputusan yang dibuat secafa kolaboratifadatah lebih berkesan berbanding keputusan yang dibuat oleh pengetuasaha ja .DapatanongChongSoo i (1995) , Ismai l (1998)danAngSengChai OgtD pula menunjukkan pengurusan kolaboratif dapat

    68

  • Pengurusan Kolaboratif di Seholah Menengah

    meningkatkan kemahiran subordinat. Sementara it:tt, dapatan kajianMohd Shaphri (1995) dan Zakaria (2000) pula menunjukkan prosespembuatan keputusan itu sama ada kolaboratif atalu tidak bergantungpada pengamalan gaya kepimpinan pengetua. Namun, kajian Gallmeier(1992), dan Hughes, Ginnett dan Curphy (1996) pula menunjukkanterdapatnya hubungan dengan gaya kepimpinan pengetua.

    Tahap amalan pengurusan kolaboratif yang didapati daripada kajian-kajian lepas didapati berbeza. Gurcharan (1997) mendapati tahappengurusan kolaboratif dalam kalangan pegawai perkhidmatanpendidikan adalah sederhana manakala dalam konteks sekolah pula, Md.Hanafi (2001) mendapati tahap amalan pengurusan kolaboratif diSekolah Menengah Teknik (SMT) (Pertanian) Chenor dan SekolahMenengah Vokasional (SMV) (ERT) Puteri, Temerloh dalampengurusan kurikulum adalah sederhana. Namun begitu, Hussein Ahmad(1993), Mokhtar (1995), Pua Eng Teck (1997), Muniandy (1998), Zatina(1998), Sharifa Samsudin (1999) dan Zulkiffli (2000) mendapati tahapamalan pengurusan kolaboratif di sekolah adalah tinggi menurutpersepsi guru. Kajian Noor Fauza (1998), Lau Siew Ting (1999) danOng Kwi Pea (1999) mendapati tahap amalan pengurusan kolaboratifadalah rendah. Menurut pengkaji-pengkaji di atas, implikasi kajianmereka menunjukkan bahawa pendedahan kepada pengurusankolaboratif belum cukup meluas dalam kalangan guru. Selain itu,kesibukan tugas mengalar menyebabkan kebanyakan guru kurangmemberi perhatian kepada perlunya penglibatan dalam pengurusan.

    METODOLOGI DAN POPULASI KAJIAN

    Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah bersifat kuantitatif danberasaskan tinjauan rawak berlapis. Sekolah-sekolah menengah diWilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tempat untukmenjalankan kajian ini. Seramai 279 orang guru biasa dan 3l orang gurupentadbir daripada 31 buah sekolah menengah telah dipilih untukmenjadi responden kajian.

    Satu set soal selidik yang mengandungi fujuh bahagian, iaitu Bahagian Ahingga G digunakan untuk mengumpul data. Kesemua bahagianmengandungi 154 item. Bahagian A bertujuan meninjau tahappengurusan kolaboratif yang dilaksanakan di sekolah. Bahagian B

    69

  • Tang Keow Ngang et al.

    hingga B ahagian F mengesan kedudukan pembolehubah-pembolehub ahbebas kajian. Bahagian G mengandungi lapan item untuk mendapatkanmaklumat tentang pengetua sekolah dan saiz sekolah, namun tiadamaklumat berkaitan identiti responden dikumpulkan.Satu kajian rintis telah dijalankan dan pekali kebolehpercayaan untukitem-item dalam soal selidik didapati tinggi, baik dan boleh diterimadengan nilai alpha antara 0.84 hingga 0.90. Kajian ini menggunakanskor min dan sisihan piawai untuk menentukan persepsi guru terhadaptahap kecenderungan penggunaan sumber-sumber kuasa pengetua.Selain itu, skor min atas skor terkumpul digunakan untuk menentukankedudukan pembolehubah bersandar, iaitu persepsi guru terhadap tahappengurusan kolaboratif dan juga pembolehubah-pembolehubah bebasyang lain.

    DAPATAN KAJIAN

    Persepsi Guru Terhadap Tahap Pengurusan Kolaboratif danAspek-Aspeknya Secara Terperinci

    Penentuan tahap pengurusan kolaboratif dikategorikan mengikutpengkelasan skor 'sangat tidak setuju', 'kurang setuju', 'setuju' dan,sangat setuju'. Perbezaan skor minimum 40 dengan skor maksimun 160untuk 40 item yang dibahagikan kepada tiga kelas untuk mendapatkanselang kelas yang dinyatakan. Penentuan kedudukan persepsi guu-guruterbabit dibuat berpandukan Jadual 1.

    Jadual 1 menunjukkan daripada 310 orang responden, sebanyak 48.7peratus menunjukkan tahap persetujuan yang sederhana terhadappengurusan kolaboratif di sekolah manakala 51.3 peratus pada tahapyang tinggi. Tidak ada responden yang mempersepsikan tahappengurusan kolaboratif yang rendah telah diamalkan di sekolah mereka.berikut dipaparkan dapatan kajian berdasarkan persepsi guru terhadaptahap pengurusan kolaboratif daripada 3l buah sekolah menengah diWilayah Persekutuan.

    70

  • Pengurusan Kolaboratif di Sekolah Menengah

    Jadual 1: Tahap Pengurusan Kolaboratif Menurut Persepsi Guru

    Tahap Pengurusan Kolaboratif Frekuensi PeratusRendah (1.00-2.00)Sederhana (2.01-3.00)Tinggi (3.01-4.00)

    1 5 1159

    0.048.75 1 . 3

    Jumlah 3 1 0 100.0Min:2.96Sisihan Piawai: 0.27

    Minimum:2.13Maksimum:3.58

    Tahap pengurusan kolaboratif dalam kajian ini dikaji danpada tigaaspek, iaitu aspek pengetua, guru dan persekitaran. Jadual 2,3 dan 4menunjukkan kategori skor tahap pengurusan kolaboratif mengikutketiga-tiga aspek tersebut. Keputusan kajian menunjukkan lebih separuhdaripada jumlah guru, iaitu 61 peratus mempunyai tahap sikap yangtinggi dan positif terhadap pelaksanaan pengurusan kolaboratif.Sementara itu, sebanyak 42.9 peraits guru mempersepsikan pengetuamereka mengamalkan tahap pengurusan kolaboratif yang tinggi. Walaubagaimanapun, kebanyakan guru, iaifu 75.8 peratus menyatakanpersekitaran yang ada di sekolah hanya menggalakkan pelaksanaanpengurusan kolaboratif pada tahap yang sederhana. Hasil kajianmenunjukkan kumpulan responden mempersepsikan pengurusankolaboratif di sekolah mereka berada pada tahap sederhana dan tinggidalam ketiga-tiga aspek.

    Jadual 2: Tahap Pengurusan Kolaboratif Berdasarkan Aspek PengetuaTahap Pengurusan Kolaboratif Frekuensi PeratusRendah (1.00-1.99)Sederhana (2.00*2.99)Tineei (3.00-a.90)

    641 1 3133

    20.636.542.9

    Jumlah 3 1 0 100.0Min:2.88Sisihan Piawai: 0.36

    Minimum: 1.60Maksimum: 3.67

    7 l

  • Tang Keow Ngang et al.

    Jadual 3: Tahap Pengurusan Kolaboratif Berdasarkan Aspek Guru

    TahapRendah (1.00-1.99)Sederhana (2.00-2.99)

    Frekuensi PeratusKolaboratif

    I2T189

    39.06 1 . 0Tineei (3.00-4.00

    Jumlah 3 1 0 100.0Min: 3 .16Sisihan Piawai: 0.29

    Minimum: 2.46Maksimum:4.00

    Jadual 4: Tahap Pengurusan Kolaboratif Berdasarkan Aspek Persekitaran

    Tahap Pengurusan Kolaboratif Frekuensi Peralus

    Rendah (1.00-1.99)Sederhana (2.00-2.99)

    z

    235- aI J

    0.675 .823.6Tinssi (3.00-4.00

    Jumlah 3 1 0 100.0Min:2.84Sisihan Piawai: 0.29

    Minimum: 1.83Maksimum: 3.58

    Persepsi Guru Terhadap Kecenderungan Penggunaan SetiapSumber Kuasa Pengetua

    Keputusan kajian berdasarkan Jadual 5 menunjukkan taburan _persepsi

    ,esponden terladap penggunaan sumber kuasa pengetua mereka' Skormi,' yung paling trnggi uautut' sumber kuasa rujukan, iaitu ).97 (sisihanpi"*rt :"ti.+1.1ni aitmti oleh kuasa sah (min -- 2.94, s!1ih-an piawai :b.35;, k,uru paksaan (min:2.9i , s is ihan piawai:0 'a8), .k1asa pakar(min':2.90, sisihan piawai :0'46) dan kuasa garrJarun (min:2'89',irlhu' piawai : O.4Z;. Skor min yang paling rendah ialah kuasaganjaran, iaitu2.89. Oleh itu, menurut penilaian guru' penggunaan kuasairi,rtun, kuasa sah dan kuasa paksaan lebih kerap diamalkan olehp"ttg"r; dalam kepimpinan berbanding kuasa pakar dan kuasa ganjaran'keJi-p.tlunttya, sumber kuasa rujukan merupakan sumber kuasa yangpaling cenderung digunakan' Namun begitu, kelima-lima sumber kuasa*"n"lupui skor min melebihi 2.5 yang dianggap tahap kecenderunganyang tinggi menggunakan kesemua sumber kuasa tersebut'

    72

  • Pengurusan Kolaboratif di Sekolah Menengah

    Jadual 5: Tahap Kecenderungan Penggunaan Sumber Kuasa PengetuaSumber Kuasa Jumlah

    ItemMin Sisihan

    PiawaiKuasa rujukan (1-4)Kuasa garyaran (14)Kuasa pakar (1-4)Kuasa paksaan (1-4)Kuasa sah (l*4)

    66656

    2.972.892.902 .912.94

    0.470.420.460.480.35

    Skala Likert bagi setiap item dari I 4

    Persepsi Guru Terhadap Gaya Komunikasi Penyeliaan pengetuadan Dimensi-Dimensinya

    Data yang diperoleh menunjukkan cttma 21.9%o responden berpendapatpengetua mereka mempunyai tahap komunikasi penyeliaan yang tinggisecara keseluruhan. Sementara 74.8% responden menyatakan tahapkomunikas i penyeliaan pengetua berada p ada tahap sederhana. S ebanyak3.3% responden pula berpendapat tahap komunikasi penyeliaanpengetua masih berada pada tahap yang rendah. Rumusan bagi data iniditunjukkan dalam Jadual 6.

    Jadual6: Tahap Komunikasi Penyeliaan Pengetua Menurut persepsi Guru

    Tahap Komunikasi Frekuensi PeratusRendah (1.00-1.99)Sederhana (2.00-2.99)Irqggi (3.00-4.00)

    1 023268

    J . J

    74.82 t . 9

    Jumlah 3 1 0 100.0Min keseluruhan: 2.75Sisihan Piawai: 0.42

    Minimum: 1.00Maksimum:4.00

    Dalam kajian yang dijalankan, gaya komunikasi penyeliaan dibahagikankepada empat dimensi, iaitu arahan kerja, rasional kerja dan ideologi,maklumat, dan maklum balas. Oleh kerana setiap dimensi mengandungiempat item, maka skor yang tertinggi ialah 16 dan skor yang terendahialah 4. Selain itu, skor-skor bagi setiap dimensi dikelaskan kepada duakumpulan, iaitu dominasi dan tidak dominasi bagi menunjukkan tahappenggunaannya. Tahap dominasi melibatkan skor melebiht 12 manakalaskor yang sama atau kurang daripada 12 dianggap tidak dominasi

    73

  • Tang Keow Ngang et al.

    menggunakan gaya tersebut. Ringkasan pembahagian skor mengikuttahap dominasi setiap dimensi gaya komunikasi penyeliaan ditunjukkandalam JadtalT.

    Jadual 7: Tahap Dominasi Dimensi Gaya Komunikasi PenyeliaanMenurut Persepsi Guru

    Dimensi GayaKomunikasi Penyeliaan

    Julat

    t 3 -164-r2

    t3 - t64-12

    13-164-12

    13-164-t2

    FrekuensiSkor

    48262

    63247

    48262

    Peratus

    15 .584.5

    20.379.7

    15 .584.5

    Arahan kerja(Dominasi)(Tidak dominasi)

    Rasional kerja dan ideologi(Dominasi)(Tidak dominasi)

    Maklumat(Dominasi)(Tidak dominasi)

    Maklum balas(Dominasi)(Tidak dominasi)

    32 10.3278 89.7

    Data yang diperoleh menunjukkan sebanyak 20.3 peratus respondenmempersepsikan gaya komunikasi penyeliaan pengetua berasaskanrasional kerja dan ideologi berada pada tahap dominasi yang palingtinggi. Ini bermakna sebanyak 20.3 peratus responden mempersepsikanpengetua sering memaklumkan guru sebab sesuatu kerja perlu dilakukandan kaitannya dengan tugas lain di sekolah. Sebaliknya, hanya 10.3peratus responden menyatakan dimensi maklum balas yang digunakanoleh pengetua sebagai dominasi gaya komunikasi penyeliaan. Denganperkataan lain, terdapat 89.7 peratus responden mempersepsikanpengetua tidak memaklumkan kepada guru tentang prestasi kerja guru.

    Sementara itu, sebanyak 15.5 peratus responden menyatakan dimensiarahan kerja dan maklumat merupakan gaya komunikasi penyeliaanyang dominan dilaksanakan oleh pengetua, Terdapat 15.5 peratusresponden mempersepsikan pengetua mereka sering memberi perintah-

    74

  • Pengurusan Kolaboratif di Sekolah Menengah

    perintah khususnya tentang sesuatu tugas yang bertujuan mengarah guruuntuk menjalankan tugasnya termasuklah dalam bidang tugasnya disamping menyediakan maklumat tentang prosedur dan caramelaksanakan sesuafu tugas tentang perkhidmatan dan kemudahan disekolah.

    Pengamalan Budaya Kerja Guru

    Jadual 8 menunjukkan pengamalan budaya kerja sampel kajian.Sebanyak 97.4 perafits sampel kajian mengamalkan budaya kerja yangpositif berbanding dengan 2.6 perafin sampel kajian yang mengamalkanbudaya kerja negatif. Budaya kerja yang diukur merangkumi elemen-elemen seperti utamakan pelanggan, semangat kerja, menghargai masa,penyayang dan berdisiplin.

    Jadual 8: Pengamalan Budaya Kerja GuruBudaya Kerja Frekuensi PeratusNegatif (1.00-2.50)Positif (2.51-4.00)

    8302

    2.697.4

    Jumlah 3 1 0 100.0Min: 3.09Sisihan Piawai: 0.31

    Minimum:Maksimum:

    2.253.96

    Tahap Kebolehan Guru Semasa Penglibatan dalam Pengurusan

    Tahap kebolehan guru ditentukan secara 'rendah', 'sederhana' dan'tinggi', iaitu berdasarkan kepada julat skor min. Nilai frekuensi danperatus responden bagi ketiga-tiga kumpulan menunjukkan tahapkebolehan guru masing-masing. Penentuan ini kemudiannyadiperkukuhkan oleh nilai min bagi jumlah skor yang turut berada dalamjulat skor min tersebut.

    Jadual 9 menunjukkan majoriti responden (71.3%) berada pada tahapkebolehan sederhana berbanding hanya 1.3 peratus responden beradapada tahap rendah dan 27.4 peratus responden berada pada tahapberkebolehan tinggi.

    75

  • Tang Keow Ngang et al.

    Jadual 9: Tahap Kebolehan Guru

    Tahap Kebolehan Frekuensi PeratusRendah (1.00-1.99)Sederhana (2.00-2.99)Tineei (3.00-4.00)

    422rB5

    1 . 37r .327.4

    Jumlah 3 1 0 100.0Min:2.96Sisihan Piawai: 0.39

    Minimum: 1.94Maksimum:4.00

    Persepsi Guru Terhadap Struktur Organisasi Mereka

    Terdapat dua bentuk struktur organisasi yang dikaji dalam kajian ini,iaitu struktur organisasi yang berhierarki dan tggar atau yang leper danluwes. Daripada Jadual 10, didapati majoriti responden (91.6%)mempersepsi struktur organisasi mereka berbentuk leper dan luwes.

    Jadual l0: Struktur Organisasi Sekolah KajianStruktur Orsanisasi Frekuensi PeratusBerhierarki dan tegar (1.00-2.50)Leper dan luwes (2.51-4.00)

    26284

    8.491.6

    Jumlah 3 1 0 100.0Min:2.80Sisihan Piawai:0.22

    Minimum:2.05Maksimum: 3.45

    PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI

    Secara keseluruhannya, guru-guru mempunyai persepsi yang tinggiterhadap tahap pengurusan kolaboratif di sekolah mereka. Apabila setiapaspek dalam pengurusan kolaboratif dikaji secara terperinci danberasingan, guru mempersepsi diri mereka berada pada tahappengnmsan kolaboratif yang sederhana dan tinggi. Terdapat beberapakelemahan dalam pengurusan kolaboratif dari aspek pengetua menurutpersepsi guru. Pengefua tidak dapat menunjukkan pengurusankolaboratif yang berkesan dalam merangsang dan memotivasikan guruuntuk meningkatkan kecekapan mereka. Di samping itu, pengetua jugatidak dapat menyampaikan idea dan maklumat daripada sumber luarkepada guru dan memberi bimbingan kepada guru dari segi

    76

  • Pengurusan Kolaboratif di Sekolah Menengah

    perkembangan profesional mereka. Ini mungkin disebabkan fahamanpengetua terhadap teori pengurusan kolabor atif y ang boleh dimanfaatkandalam organisasi masih kurang. Kebanyakan pengetua beranggapanbahawa teori pengurusan autokratik paling sesuai dilaksanakan.

    Dapatan kajian ini selaras dengan penemuan kajian yang dibuat olehFrench (1978), kemudian disokong oleh Jaafar (1999). Kajian merekamenunjukkan bahawa penggunaan kuasa rujukan dan kuasa sahmenyebabkan kakitangan menurut perintah dalam banyak hal'Penggunaan kuasa sah oleh pengetua diiringi autoriti dan pengaruh yangada padany a boleh memperkukuhkan pengurusan seseorang pengetua itu(French, 1978). Walau bagaimanapun, menurut Jaafar (1997) autorititidak menjamin prestasi sesebuah organisasi kerana kadangkala autoritijuga dicabar oleh subordiflat atau ahli yang tidak berpuas hati dengancorak pengurusan seseorang ata.u pasukan kerjanya.

    Kebanyakan pengetua didapati cenderung menggunakan kuasa sah dankuasa paksaan dalam pengurusan sekolah. Hal ini mungkin disebabkansistem pendidikan di Malaysia yang terlalu berorientasikan peperiksaan.Harapan ibu bapa yang tinggi terhadap pencapaian akademik anakmereka dan kejayaan seseorang pengetua berdasarkan pencapaianakademik dalam peperiksaan awam mungkin mengakibatkan pengetuatersebut menggunakan kuasa sah dan kuasa paksaan dalam pengurusansekolah. Motif sedemikian akan memberi tekanan kepada guru untukbekerja kuat demi mencapai keputusan akademik yang cemerlang.

    Kemahiran komunikasi penyeliaan seseorang pengetua dengansubordinat melalui dimensi arahan kerja, rasional kerja dan ideologi,maklumat dan maklum balas dapat menentukan keberkesanankomunikasi dalam organisasi, khususnya dalam aspek penyeliaan.Komunikasi penyeliaan yang berkesan dalam sekolah dapat membantumemudahkan pembentukan pasukan kerja yang berkesan seterusnyamencapai matlamat pengurusan kolaboratif (Hassan, 200 1 ).

    Antara keempat-empat dimensi gaya komunikasi penyeliaan, dimensimaklum balas mencecah tahap dominasi yang rendah secaraperbandingan. Dari segi penyaluran maklum balas, pengetua seharusnyabersifat lebih terbuka dan memaklumkan kepada setiap guru tentangprestasi keda mereka. Pengetua wajar berbincang dengan guru

    77

  • Tang Keow Ngang et al.

    berkenaan tentang kekuatan dan kelemahan yang ada padanya sertamengesyorkan cara untuk memperbaiki prestasi kerja.

    Seramai 302 orang (97A%) responden memperuepsikan budaya kerjamereka sebagai positif. Ini bermakna mereka mengutamakan pelanggan,bersemangat bekerja, menghargai masa, penyayang dan berdisiplin.Sementara itu, 22I orang (71.3%) responden mempersepsikan dirimereka berada pada tahap kebolehan yang sederhana. Kebanyakanresponden masih belum mencapai tahap kebolehan yang tinggiwalaupun mereka mengamalkan budaya kerja yang positif. Hal inimengimplikasikan mereka masih kurang keyakinan diri semasamelibatkan diri dalam proses pengurusan sekolah. Keadaan sebeginimungkin disebabkan pengalaman guru yang cetek, tidak biasa denganproses pengurusan, takut mengemukakan peridapat di hadapan rakan-rakan sej aw at y ang lebih berpengalaman.

    Kebanyakan responden, iaitu seramai 284 orang (91.6%)mempersepsikan struktur organisasi sekolah mereka adalah leper danluwes. Kini, mereka mula memahami persepaduan tenaga guru perludibina berdasarkan kebolehan, bukan berdasarkan kekuatan kelompokautoriti. Andaian konvensional yang menganggap kewujudankebijaksanaan hanya ada pada pihak atasan semata-mata perlu dicabarkerana dapatan kajian ini menunjukkan bahawa keupayaan ini jugaterdapat pada subordinat. Kewlbawaan keputusan perlu berdasarkanmaklumat, dan bukan berdasarkan arahan kerana arahan bolehdikeluarkan oleh individu tanpa kolaborasi maklumat. Dengan perkataanlain, kita telah membina makna baru dalam struktur yang mengawalmereka supaya dapat terus bergiat mentransformasi struktur bagimencapai matlamat kerja dan kehidupan peribadi.

    PENUTUP

    Walaupun secara keseluruhannya dapatan kajian ini telah membuktikantahap pengurusan kolaboratif di sekolah-sekolah menengah di WilayahPersekutuan berada pada tahap yang sederhana dan tinggi sahaja, namunwujudnya beberapa kelemahan dari aspek pengetua. Para pengetuadidapati kurang menggalakkan pengurusan kolaboratif. Memandangkanpembolehubah-pembolehubah bebas seperti tahap kecenderunganpenggunaan sumber kuasa rujukan, tahap kecenderungan penggunaan

    78

  • Pengurusan Kolaboratif di Sekolah Menengah

    kuasa pakar dan gaya komunikasi penyeliaan boleh mendorongmeningkatkan tahap pengurusan kolaboratif, para pengetua seharusnyamengeksploitasikannya dengan sebaik mungkin.

    RUJUKAN

    Abdul Rani Md. Zin, Ahmad Fadzli dan Tajul Ariffin, lg9g,"Collaborative School Management Cycle ialah suatu modelpengurusan sekolah berkesan: Ciri-ciri dan pelaksanaan',, Wewasen,34-48.

    Ang Seng Chai, 1999, P.eryformanceLeading and Motivating Employee,Sdn. Bhd.

    and Empowerment, Lessons inShah Alam: Penerbit Faiar Bakti

    Asmah Ahmad, 1998, Collaborative Management and SchoolEffectiveness in Malaysian Primary school, tesis Doktor Falsafahyang tidak diterbitkan, University of Hull.

    Awalludin Mat Din, 1997, Persepsi Guru Terhadap Stail KepimpinanPengetua Mempengaruhi Pembentukan lklim Sekolah danPencapaian Akademik, satu Tinjauan sekolqh-sekolah di KawasanFelda, Negeri Sembilan Darul Khusus; Satu Tinjauan, tesis Sarjanayang tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia.

    Awang Hj Jeludin Awang Hj Damit, 1998, Tingkah Lctku KepimpinanPengetua Sekolah Menengah di Negara Brunei Darussaltm, tesisSarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya.

    Aziz Awang Sulaiman, 1999, Persepsi Guru Terhadap GayaKepimpinan Pengetua Sekolah Menengah Teknik di Kuala Muda,Kedah, tesis Sarjana Muda Pendidikan yang tidak diterbitkan,Universiti Teknologi Malaysia.

    Azman Husin @ Hashim, 1999, Persepsi Guru Terhadap GayaKepimpinan Pengetua Sekolah Menengah Teknik di NegeriKelontan, tesis Sarjana Muda Pendidikan yang tidak diterbitkan,Universiti Teknologi Malaysia.

    79

  • Tang Keow Ngang et al.

    Brown, M. dan Boyle, 8., Iggg, "Commonalities between perceptionand practice in models of school decision-making in North West ofEngland", School Leadership & Management, Augttst 1999, l9(3):319, 12 .

    Caldwell, B.J. dan Spinks, J.M. 1988, The Self-Managing School, EastSussex, UK: The Falmer Press.

    Daryono, 7995, The Effect of Individu Characteristics on theRelationship between Person Interest-ll/ork EnvironmentCongruency and Job Involvement at (Jniversitas Terbuka (TheIndones ian Op en L e arning lJniv ers ity), disertasi Sarj ana, Universityof Victoria.

    French, J.R.P., 1978, The Personnel Management Process: HumanResources Administration and Developmenf, Boston: HoughtonMifflin Company.

    Gallmeier, K., 1992, Abstract of the Effectiveness of PrincipalLeadership Style on Teacher Motivation (ED 354591).

    Ghazali Ismail, 2001, Kajian Perbandingan 'Empowerment' olehPengetua pada Persepsi Guru-guru Kanan dan Guru-guru Biasa,tesis Sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Putra Malaysia.

    Gurcharan Singh A/L Bishan Singh, 1997, Semangat BerpasukanB e r ku al i t i d i kal an gan P eg aw ai - P e g aw ai P erkh i dmat an P end i d ikandi Negeri Perak, tesis Sarjana yarlg tidak diterbitkan, UniversitiUtara Malaysia.

    Hassan Awang Mat, 2001, "Model komunikasi - Aplikasinya diSekolah: Satu kajian literatur", Jurnal Institut PengetuaPemimpin, l (1): 86-96.

    Hughes, R.L., Ginnett, R.C. dan Curphy, G.J., 1996, Leadership:Enhancing the Lesson of Experience, Boston: Irwin (Time MirrorHigher Education Group).

    Hussein Ahmad, 1993, "Perkembangan staf di sekolah: Bentuk dan carapelaksanaan", Jurnal P engurus an P endidikan, | (2): 2-9 .

    80

  • Pengurusan Kolaboratif di Sekolah Menengah

    Ismail Adnan, 1998, "Kepimpinan pengetua/guru besar ke arahpelaksanaan kurikulum yang berkesan", Jurnal Kurikulum, PusatPerkembangan Kurikulum, 1 (1): 1998.

    Jaafar Muhammad, 199'l , Kelakuan Organisasi (edisi ketiga), KualaLumpur: Leeds Publication.

    Jaafar Sulaiman, 1998, Sistem Niloi Guru Terhadap Stail PengurusanPengetua dan Suasana Keria Guru, tesis Sarjana Pendidikan yangtidak diterbitkan, Universiti Sains Malaysia.

    Jones, R.E., 1997, o'Teacher participation in decision making - Itsrelationship to staff morale and student achievement", Education,118( l ) : 76-83 .

    Kalaiselvan Muniandi, 2000, Stail Kepimpinan Guru Besar danPengaruhnya ke atas lklim Sekolah Mengikut Persepsi Guru-Guru:Satu Tinjauan ke atas Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di DaerahSeremban/Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus, tesisSarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Lau Siew Ting, 1999, Teachers' Participation in Decision MakingProcess in a Secondaryt School, tesis Sarjanayang tidak diterbitkan,Universiti Malaya.

    Likert, R., 1961, New Pattern of Managemerl. New York: McGraw Hill.

    Liontos, L.8'1993, "Shared Decision Making" OSSC Bulletin OctoberI993,Etgene, Oregon: University of Oregon.

    McClure, G., 1998, Shared Decision Making: The Benefits and Pitfalls,http ://www.rockyview.ab .calbpeaV staffl mcclutelshared. html. 25(dicapai pada 15 Julai 2001).

    Md Hanafi Taswirjo, 2001, Persepsi Guru-Guru SMT (Pertanian)Chenor dqn SMI/ (ERT) Puteri Temerloh Pahang TerhadapPenglibatan Mereka dalam Membuat Keputusan Bersama diSekolah, tesis Sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti PutraMalaysia.

    8 1

  • Tang Keow Ngang et al.

    Mohamad Basir Manap, 7999, Penglibatan Guru dalam ProsesMembuat Keputusan dalam Pelbagai Bidang Pengurusan diSekolah, tesis Sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti KebangsaanMalaysia.

    Mohd Azam Mohd Isa, 1997, Persepsi Guru Terhadap Stail KepimpinanGuru Besqr, tesis Sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti UtaraMalaysia.

    Mohd Shaphri Mohd Yusof, 1995, Stqil Kepimpinan Guru Besar yangSebenarnya Berdasarkctn Persepsi Guru-Guru, tesis Sarjana yangtidak diterbitkan, Universiti Utara Malaysia.

    Mokhtar Zakaria, 7995, Pelaksanaon Pengurusan Kualiti Menyeluruhdolom Kepimpinan Sekolah di Sekolah Menengah Daerah KotaSetor, tesis Sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti lJtaraMalaysia.

    Muniandy Yarathan, 1998, Persepsi Guru Terhadap KepemimpinanPengetua di Sebuah Sekolah Menengah, tesis Sarjana yang tidakditerbitkan, Univers iti Malay a.

    Munira Mohsin, 2000, Persepsi Guru Terhadap Amalan KonsepKepimpinan Pengajaran di kalangan Pentadbir ke arah SekolahBerkesan, tesis Sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti PutraMalaysia.

    Nagalingam Karuppiah, 1997, A Sur"vey of Teacher Participation inDecision Making in Primary and Secondary Schools in the State ofJohor, Malaysia, tesis Sarjanayang tidak diterbitkan, University ofBristol.

    Noor Fauza Zabid| 1998, Perception of Secondary School TeachersRegarding the Extent to which Shared Decision Making is Utilizedin Their Schools, tesis Sarjana yang tidak diterbitkan, University ofHouston.

    Noorul Aini Ambak, 1997, Proses Pembuatan Keputusan di SebuahSekolah Menengah: Satu Kajian Kes, tesis Sarjana yang tidakditerbitkan, Universiti Malaya.

    82

  • Pengurusan Kolaboratif di Sekolah Menengah

    Noraini Kaprawi, 1996, Hubungan Program-Program KualitiKehidupan Bekerja dengan Kepuasan Kerja dan Penglibatan Kerjabagi Pekerja-Pekerja CABOT. Kajian Tinjauan di CABOT(Malaysia) Sdn. Bhd., Port Dickson, Negeri Sembilan, tesis SarjanaPengurusan Teknologi yang tidak diterbitkan, Universiti TeknologiMalaysia.

    Omar Ismail, 1994, Faktor-Faktor Berkaitan dengan PenglibatanPengusaha-Pengusaha Projek Ekonomi di Kawasan Ketengahdalam Membuat Keputusan, tesis Sarjana yang tidak diterbitkan,Universiti Putra Malaysia.

    Ong Chong Sooi, 1995, "Komitmen dan prestasi organisasi: Cabarankepada pengurus pendidikan", Masalah Pendidikan, 19.

    Ong Kwi Pea, 1999, Tahap Penglibatan Guru dalam MembuotKeputusan Pentadbirqn, tesis Sarjana yang tidak diterbitkan,Universiti Putra Malaysia.

    Pua Eng Teck, 1997, Principal Empowerment: An Exploratoty Researchin Perlis, tesis Sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti UtaraMalaysia.

    Sallehuddin Ab. Talib, 1998, Persepsi Guru-Guru Dolam ProsesMembuat Keputusan Kurikulum di Beberapa Buah SekolahMenengah di Daerah Kuala Lipis, Paharzg, tesis Sarjana yang tidakditerbitkan, Universiti Teknologi Malaysia.

    Shamsul Bahriah Bahardin, 2002, Tahap Penglibatan Guru dalamProses Membuat Keputusan Berkaitan Pengurusan Guru, tesisSarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Sharifa Samsudin, 7999, Tingkah Lqku Pengurusan Pengetua Wanita diDaerah Tawau dan Kaitannya dengan Keberkesanan KepimpinanSekolah Menengah, tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan,Universiti Putra Malaysia.

    83

  • Tang Keow Ngang et al,

    Sharifah Khamis, 1998, Penglibatan Guru Panitia dalam ProsesMembuat Keputusan: Satu Tiniauan di Sekolah Menengah Gred Adi Negeri Melaka, tesis Sarjana yang tidak diterbitkan, UniversitiTeknologi Malaysia.

    Short, P.M., Greer, J.T. dan Melvin, W.M., 7994, "Cteating empoweredschools: Lesson in change", Journal of Educational Adminstration,32(4\:38-52.

    Smylie, M.A., Lazarus, V. dan Brownlee, C.J., 1996, "Instructional

    outcome of school-based participative decision making",Educcttional Evaluation and Policy Analysis, 18: 181-198.

    Subberi Ramli, 1998, Persepsi Guru Terhadap Penentu-PenentuKejayaan Kerja Berpasukan dalam Organisasi Sekolah di DaerahKulim, Kedah Darul Aman, tesis Sarjana yang tidak diterbitkan,Universiti Utara Malaysia.

    TanLay Yen, 1995, Perception of Teacher Training College Lecturersin Total Quali4t Managemenf, tesis Sarjana yang tidak diterbitkan,Universiti Utara Malaysia.

    Weiss, C.H., 1992, Shared Decision Making About What? AComparison of Schools With and Without Teacher Participation,Occasional Paper No.15 (1992), ACSA US, New York (ED35068e).

    Zakaria Ismail, 2000, Penglibatan Guru-Guru Sekolah Menengah diDaerah Petaling dalam Proses Membuat Keputusan, tesis SarjanaPendidikan yang tidak diterbitkan, Universiti Putra Malaysia.

    Zamalli Mahamud, 1995, Gaya Kepimpinan dalam Pengurusan diKalangan Guru Besar Sekolah Rendah, tesis Sarjana yang tidakditerbitkan, Universiti Utara Malaysia.

    Zarina Mahmood, 1998, Persepsi Penolong Pengurus TerhadapPenurunan Kuasa yang Dijalankan oleh Pengetua SekolahMenengah Daerah Gombak, tesis Sarjana Pendidikan yang tidakditerbitkan, Universiti Putra Malaysia.

    84

  • Pengurusan Kolaboratif di Sekolah Menengah

    Zulkrffli Abdul Aziz, 2000, Persepsi Guru-Guru Terhadap BudayaKerja Berpasukan di Sekolah Menengah Telcnik dalam Daerah AIorSetar, Kedah Darul Aman (Satu Tinjauan), tesis Sarjana yang tidakditerbitkan, Universiti Teknologi Malaysia.

    85

    123456789101112131415161718192021