i tahap amalan pengurusan dalam elemen · pdf filepecahan item soal selidik pengelasan skala...

27
i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN DISIPLIN DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH JOHOR BAHRU SITI ZUHAIDA BINTI MUKHTAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2008

Upload: nguyentram

Post on 03-Feb-2018

266 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN · PDF filePecahan Item Soal Selidik Pengelasan skala tiga mata Skala pemeringkatan Tahap penilaian responden berdasarkan min Pengiraan berdasarkan

i

TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN

PENGURUSAN DISIPLIN DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH JOHOR BAHRU

SITI ZUHAIDA BINTI MUKHTAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2008

Page 2: i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN · PDF filePecahan Item Soal Selidik Pengelasan skala tiga mata Skala pemeringkatan Tahap penilaian responden berdasarkan min Pengiraan berdasarkan

ii

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMENPENGURUSANPENTADBIRAN

DAN PENGURUSAN DISIPLIN DI SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH.

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya : SITI ZUHAIDA BINTI MUKHTAR

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-

syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai

oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM.

2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis

daripada penulis.

3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

mereka.

4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang

dipersetujui kelak.

5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran di antara institusi pengajian tinggi.

6. **Sila tandakan (� )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI

1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :NO 248 FELDA JENGKA 6 TUAN HAJI HASSAN HUSHIN

26410 BANDAR JENGKA

PAHANG DARUL MAKMUR

Tarikh : APRIL 2008 Tarikh : APRIL 2008

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD,

sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

(NAMA PENYELIA)

Page 3: i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN · PDF filePecahan Item Soal Selidik Pengelasan skala tiga mata Skala pemeringkatan Tahap penilaian responden berdasarkan min Pengiraan berdasarkan

iii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) ”

Tandatangan : ..............................

Nama Penyelia : Tuan Haji Hassan Hushin

Tarikh : ..17 APRIL 2008...........................

Page 4: i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN · PDF filePecahan Item Soal Selidik Pengelasan skala tiga mata Skala pemeringkatan Tahap penilaian responden berdasarkan min Pengiraan berdasarkan

iv

TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN PENGURUSAN

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN DISIPLIN DI SEKOLAH

MENENGAH ISLAM HIDAYAH,JOHOR BAHRU

SITI ZUHAIDA BINTI MUKHTAR

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2008

Page 5: i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN · PDF filePecahan Item Soal Selidik Pengelasan skala tiga mata Skala pemeringkatan Tahap penilaian responden berdasarkan min Pengiraan berdasarkan

v

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ....................................

Nama Penulis : SITI ZUHAIDA BINTI MUKHTAR

Tarikh : ..17 APRIL 2008..................................

Page 6: i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN · PDF filePecahan Item Soal Selidik Pengelasan skala tiga mata Skala pemeringkatan Tahap penilaian responden berdasarkan min Pengiraan berdasarkan

vi

^xÑtwt ~xÄâtÜzt gâtÇ [t}| `â~{àtÜ wtÇ câtÇ [t}t{ Ytà|Åt{? \ÇátÇ àxÜ|áà|Åxãt?

fxÜàt àxÅtÇ@àxÅtÇ G fc[ gxÜ|Åt ^tá|{ âÇàâ~ áxztÄtÇçt

Page 7: i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN · PDF filePecahan Item Soal Selidik Pengelasan skala tiga mata Skala pemeringkatan Tahap penilaian responden berdasarkan min Pengiraan berdasarkan

vii

PENGHARGAAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha

Mengasihani...Mengasihani...Mengasihani...Mengasihani...

Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan

kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah

S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam

Ungkapan terima kasih ini ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Teknik dan

Kejuruteraan (PTK), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia kerana memberi

kesempatan dan peluang untuk saya menyediakan penulisan ilmiah ini. Terima kasih

juga kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi nasihat

dan tunjuk ajar selama ini.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas ini kepada pensyarah penyelia,

Tuan Haji Hassan Hushin atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang

tempoh menyiapkan penulisan ilmiah ini. Kerjasama dari pihak guru-guru SMIH yang

terlibat dalam penyelidikan ini juga amatlah dihargai. Tidak lupa juga kepada rakan-

rakan dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung

dalam penulisan ini.

Akhir sekali buat mak, ayah, abang, kakak, adik yang tersayang, segala doa restu

dan dorongan kalian amat dihargai. Semoga usaha ini sentiasa diberkati Allah SWT dan

dapat dimanfaatkan.

Sekian, Terima Kasih.

Page 8: i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN · PDF filePecahan Item Soal Selidik Pengelasan skala tiga mata Skala pemeringkatan Tahap penilaian responden berdasarkan min Pengiraan berdasarkan

viii

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat tahap amalan pengurusan

pentadbiran dan pengurusan disiplin di Sekolah Menengah Islam Hidayah ( SMIH ).

Sampel kajian terdiri daripada 49 orang guru SMIH. Soal selidik digunakan sebagai

intrumen kajian. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk melihat tahap

amalan pengurusan pentadbiran dan tahap amalan pengurusan disiplin di SMIH. Nilai

kebolehpercayaan instrumen kajian ini adalah 0.827. Data maklumat yang diperolehi

telah dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial ( SPSS ) Versi

13.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek perancangan, pengurusan data,

pengurusan pelajar dan pengurusan guru diamalkan di SMIH dengan nilai min yang

tinggi. Dari segi elemen pengurusan disiplin di SMIH, semua aspek dalam pengurusan

disiplin menunjukkan pada tahap yang tinggi. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi

panduan kepada pihak yang terlibat untuk memantapkan lagi perlaksanaan pengurusan

yang berkaitan pada masa hadapan dan seterusnya melahirkan sekolah yang berkualiti

dan berwawasan. Cadangan-cadangan untuk kajian lanjutan disertakan untuk tujuan

penambahbaikan.

Page 9: i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN · PDF filePecahan Item Soal Selidik Pengelasan skala tiga mata Skala pemeringkatan Tahap penilaian responden berdasarkan min Pengiraan berdasarkan

ix

ABSTRACT

The purpose of this research was to identify the quality of the administrative

management and also the disciplinary management practices in Sekolah Menengah

Islam Hidayah (SMIH). 49 SMIH teachers were selected as the sample of this research.

Questionnaire was the research instrument in this research. Descriptive statistic analysis

was used to identify the level of the administrative management and also the disciplinary

management practices in Sekolah Menengah Islam Hidayah. The value of alpha for the

pilot test conducted was 0.827. The data gathered were analyzed using Statistic Package

for Social Science (SPSS) 13.0 For Windows. The data was analyzed descriptively and

it was presented as mean and percentages. Results showed that the aspect of planning,

data management, student management and teachers management are practice in SMIH

with a high value of mean. From the element of disciplinary management at SMIH, all

aspects show a high level of disciplinary management practices. Finally, this research

can give guidance to the person involved, so that can ensconce management

implementation in future and to produce a quality and visionary. Ideas for further

research have been proposed continuous improvement.

Page 10: i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN · PDF filePecahan Item Soal Selidik Pengelasan skala tiga mata Skala pemeringkatan Tahap penilaian responden berdasarkan min Pengiraan berdasarkan

x

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

TAJUK KAJIAN iii

HALAMAN PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan. 1

1.2 Latarbelakang Masalah. 4

1.2.1 Pengurusan Pentadbiran Sekolah 6

1.2.2 Pengurusan Disiplin Sekolah 7

Page 11: i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN · PDF filePecahan Item Soal Selidik Pengelasan skala tiga mata Skala pemeringkatan Tahap penilaian responden berdasarkan min Pengiraan berdasarkan

xi

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4. Objektif Kajian 9

1.5. Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian. 9

1.7 Skop Kajian 10

1.8 Batasan Kajian. 11

1.9 Definisi Operasional 11

1.10 Kesimpulan 15

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Pengurusan 17

2.3 Konsep Pengurusan 18

2.4 Teori Pengurusan Saintifik 18

2.5 Pengurusan dari Perspektif Pengurusan 19

Berkualiti Menyeluruh (TQM)

2.6 Ciri-ciri TQM 20

2.7 Cara melaksanakan Pengurusan 21

Kualiti Menyeluruh

2.8 Pentadbiran 23

2.9 Pengurusan Pentadbiran Sekolah Berkesan 25

2.10 Konsep Pengurusan Pentadbiran 26

2.11 Elemen Pengurusan Pentadbiran 27

2.11.1 Perancangan 27

2.11.2 Pengurusan Pejabat 27

2.11.3 Pengurusan Guru 28

2.11.4 Pengurusan Data 28

2.11.5 Pengurusan Pelajar 28

2.11.6 Pengurusan Prasarana 28

Page 12: i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN · PDF filePecahan Item Soal Selidik Pengelasan skala tiga mata Skala pemeringkatan Tahap penilaian responden berdasarkan min Pengiraan berdasarkan

xii

2.12 Disiplin 29

2.13 Pengurusan Dislin yang Berkesan 31

2.14 Elemen Pengurusan Disiplin 32

2.14.1 Prestasi Sekolah 32

2.14.2 Rekod Disiplin Murid 32

2.14.3 Rekod Mesyuarat 32

2.14.4 Rekod Tindakan 33

2.15 Kesimpulan 33

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN.

3.1 Pengenalan. 34

3.2 Rekabentuk Kajian 34

3.3 Sampel Kajian 35

3.4 Tempat Kajian 35

3.5 Instrumen Kajian. 36

3.5.1 Soal Selidik 36

3.6 Prosedur Kajian 40

3.7 Penganalisis Data 41

3.8 Kesahan 43

3.9 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 44

3.10 Kajian Rintis 45

3.11 Kesimpulan 46

Page 13: i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN · PDF filePecahan Item Soal Selidik Pengelasan skala tiga mata Skala pemeringkatan Tahap penilaian responden berdasarkan min Pengiraan berdasarkan

xiii

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 47

4.2 Analisis Bahagian A 48

4.3 Analisis Bahagian B 50

4.3.1 Aspek Perancangan 51

4.3.2 Aspek Pengurusan Data dan 54

Maklumat

4.3.3 Aspek Pengurusan Guru 56

4.3.4 Aspek Pengurusan Pelajar 59

4.3.5 Aspek Pengurusan Pejabat 62

4.3.6 Aspek Pengurusan Prasarana 64

4.4 Analisis Bahagian C 66

4.4.1 Aspek Rekod Disiplin 67

4.4.2 Aspek Prestasi Sekolah 69

4.4.3 Aspek Rekod Mesyuarat 72

4.4.4 Aspek Rekod Tindakan 74

4.5 Peratusan Keseluruhan Bagi 76

Pengurusan Pentadbiran

4.6 Peratusan Keseluruhan Bagi 77

Pengurusan Disiplin

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 78

5.2 Perbincangan Dapatan 79

5.2.1 Bahagian A 79

5.2.2 Persoalan Kajian Pertama 80

Page 14: i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN · PDF filePecahan Item Soal Selidik Pengelasan skala tiga mata Skala pemeringkatan Tahap penilaian responden berdasarkan min Pengiraan berdasarkan

xiv

5.2.3 Persoalan Kajian Kedua 83

5.2.4 Persoalan Kajian Ketiga 85

5.2.5 Persoalan Kajian Keempat 86

5.3 Rumusan 87

5.4 Cadangan Kajian 88

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 89

5.7 Penutup 90

BIBLIOGRAFI 91

LAMPIRAN

Page 15: i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN · PDF filePecahan Item Soal Selidik Pengelasan skala tiga mata Skala pemeringkatan Tahap penilaian responden berdasarkan min Pengiraan berdasarkan

xv

SENARAI JADUAL

NO JADUAL

TAJUK

MUKASURAT

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

3.6

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

Pecahan Item Soal Selidik

Pengelasan skala tiga mata

Skala pemeringkatan

Tahap penilaian responden berdasarkan min

Pengiraan berdasarkan min

Alpha Croanbach

Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Jantina

Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Umur

Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Taraf Pendidikan

Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Tempoh Perkhidmatan

Taburan Kekerapan Berkaitan Analisis Aspek

Perancangan Dalam Pentadbiran

Taburan Kekerapan Berkaitan Analisis Aspek

Pengurusan Data dan Maklumat dalam Pentadiran

Taburan Kekerapan Berkaitan Analisis Aspek

Pengurusan Guru

Taburan Kekerapan Berkaitan Analisis Aspek

Pengurusan Pelajar

38

39

41

42

42

44

48

49

49

50

52

54

57

60

Page 16: i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN · PDF filePecahan Item Soal Selidik Pengelasan skala tiga mata Skala pemeringkatan Tahap penilaian responden berdasarkan min Pengiraan berdasarkan

xvi

NO JADUAL

TAJUK

MUKASURAT

4.9

4.10

4.11

4.12

4.13

4.14

4.15

4.16

Taburan Kekerapan Berkaitan Analisis

Aspek Pengurusan Pejabat

Taburan Kekerapan Berkaitan Analisis

Aspek Pengurusan Prasarana

Taburan Kekerapan Berkaitan Analisis

Aspek Rekod Displin

Taburan Kekerapan Berkaitan Analisis

Aspek Prestasi Sekolah

Taburan Kekerapan Berkaitan Analisis

Aspek Rekod Mesyuarat

Taburan Kekerapan Berkaitan Analisis

Aspek Rekod Tindakan

Peratusan Keseluruhan Bagi

Pengurusan Pentadbiran

Peratusan Keseluruhan Bagi

Pengurusan Disiplin

62

65

67

69

72

74

76

77

Page 17: i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN · PDF filePecahan Item Soal Selidik Pengelasan skala tiga mata Skala pemeringkatan Tahap penilaian responden berdasarkan min Pengiraan berdasarkan

xvii

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN KETERANGAN

HEM - Hal Ehwal Murid

JPS - Jabatan Pendidikan Swasta

KPS - Kumpulan Pentadbir sekolah

MPP - Majlis Perwakilan Pelajar

PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru

PPH - Lembaga Pemegang Amanah Pusat Pendidikan

Hidayah

SKIPS - Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta

SKPM - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

SMIH - Sekolah Menengah Islam Hidayah

SPSS - Statistical Package Social Science

TQM - Total Quality Management

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN · PDF filePecahan Item Soal Selidik Pengelasan skala tiga mata Skala pemeringkatan Tahap penilaian responden berdasarkan min Pengiraan berdasarkan

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Surat Pengesahan daripada Sekolah Menengah

Islam Hidayah

B Surat Pengesahan Universiti Teknologi

Malaysia

(UTM)

C Surat Pengesahan Soal Selidik

D Borang Soal Selidik

E Keputusan Kebolehpercayaan Kajian Rintis

Page 19: i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN · PDF filePecahan Item Soal Selidik Pengelasan skala tiga mata Skala pemeringkatan Tahap penilaian responden berdasarkan min Pengiraan berdasarkan

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pelbagai reformasi dan penstrukturan pendidikan ke arah keberkesanan pendidikan

dan pembangunan sekolah sedang dilakukan, bukan saja di barat malah di benua Asia

Pasifik termasuk Malaysia. (Cheng 1996). Perkembangan teknologi terkini seperti

kemunculan Lebuh Raya Maklumat telah mempertingkatkan kesedaran orang ramai,

pendidik dan pentadbir terhadap beberapa isu yang berkaitan dengan bidang pendidikan.

Kawalan pengurusan sistem pendidikan, aspek akauntabiliti dan ketelusan dalam

pelaksanaan dasar pendidikan telah menyebabkan tanggungjawab dan beban tugas

profesion penguruan semakin bertambah (T.F. Hee 2002).

Pada zaman ledakan teknologi ini, kerajaan dan pelbagai pihak telah berusaha

memberi peluang pelajaran yang berkualiti kepada mereka yang ingin meningkatkan

tahap pendidikan. Salah satu daripadanya ialah melalui pendidikan swasta atau sekolah

swasta yang mulai tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di negara ini.

Peningkatan dan sambutan orang ramai terhadap sekolah-sekolah swasta adalah

sesuai dengan tuntutan pada masa kini untuk membekalkan pendidikan yang berkualiti

dan amalan persekolahan yang lebih efektif. Pentadbiran dan pengurusan sekolah

merupakan aspek yang penting untuk mengendalikan sesebuah sekolah dengan berkesan

Page 20: i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN · PDF filePecahan Item Soal Selidik Pengelasan skala tiga mata Skala pemeringkatan Tahap penilaian responden berdasarkan min Pengiraan berdasarkan

2

dan sistematik dalam menentukan kualiti pendidikan dan pencapaian akademik pelajar

(Abdul Shukor 1998).

Little dan Bird (1987) menyatakan pengetua yang berkesan hendaklah

mempamerkan kualiti kepimpinan yang tinggi dan mempunyai kemahuan yang tinggi

untuk memimpin. Persoalannya adakah sekolah-sekolah swasta di Malaysia mempunyai

kepimpinan yang cekap dan berkesan sepertimana yang di war-warkan dalam

pergerakan sekolah berkesan. Lebih-lebih lagi dalam konteks sekolah swasta ini, yang

didirikan atas pembiayaan pengguna, aspek pengurusan dan kepimpinan menjadi lebih

penting dan kritikal. Andainya, pengurusan sekolah atau pengetua gagal untuk

mewujudkan pelajar yang berkualiti dan menghasilkan pelajar yang menenuhi piawaian

yang dikehendaki oleh ibu bapa pelajar, institusi pendidikan tersebut akan menghadapi

masalah.

Thierauf (1977) dan Stoner (1984) telah mengutarakan empat aktiviti utama dalam

bidang pengurusan iaitu perancangan, pengelolaan, pengarahan dan kawalan. Dari itu,

semua proses ini perlu dikembangkan dan diintegrasikan bagi membentuk dan

mewujudkan pengurusan di sekolah supaya menjadi lebih berkesan lagi.

Menurut Omardin Ashaari (2002), pengurusan yang baik merupakan nadi yang

menghidupkan dan menggerakkan sesebuah organisasi itu. Ini dapat dibentuk sekiranya

setiap individu yang terlibat di dalamnya itu dapat memahami ruang lingkup tuas

masing-masing. Antara lain, tugas pengurusan sekolah termasuk juga kegiatan yang

memperlihatkan perancangan, kepimpinan dan usaha-usaha perubahan yang berlaku

dalam mengesan, menyusun dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh

sekolah. Sekolah membuat perancangan agar masalah-masalah yang dikesan itu dapat

diselesaikan secara efektif.

Dengan pengurusan yang baik akan menghasilkan perkhidmatan pendidikan yang

berkualiti yang mampu melaksanakan tanggungjawab yang cekap dan dapat memenuhi

Page 21: i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN · PDF filePecahan Item Soal Selidik Pengelasan skala tiga mata Skala pemeringkatan Tahap penilaian responden berdasarkan min Pengiraan berdasarkan

3

kehendak-kehendak pelanggan. Menurut Unnikrishnan Menon (1997) di dalam ISO

8402:1994 – Quality Vocabulary, kualiti ditafsirkan sebagai keseluruhan ciri-ciri sesuatu

entiti (produk dan perkhidmatan) yang dapat memenuhi kehendak-kehendak yang

dinyatakan dan yang tersirat.

Menjamin kualiti perkhidmatan dalam profesion perguruan pada abad ke 21

merupakan satu cabaran. Stakeholder dan juga pelanggan pendidikan pasti akan

membuat tuntutan peningkatan mutu pendidikan. Sejauh mana seorang guru atau

kakitangan dapat memuaskan tuntutan dan keperluan stakeholder dan pelanggan

bergantung kepada sejauhmana tinginya peningkatan kualiti dalam semua bidang

perkhidmatan sosial. Fenomena ini sudah tentunya akan meningkatkan lagi tuntutan

sosial ke arah suatu tahap kualiti perkhidmatan yang cemerlang dalam profesion

perguruan.(Wan Mohd Zaid 1993).

Menurut Laboritz et.al (1992) di dalam Thierauf (1977), strategi pelaksanaan untuk

menghadapi cabaran melibatkan 90 peratus sikap dan 10 peratus ilmu dan kemahiran. Ini

bererti bahawa sesuatu budaya kerja berkualiti atau cemerlang dalam organisasi perlu

diwujudkan supaya apa sahaja teknik dan keadaan pembaharuan yang diperkenalkan

boleh diterima dan diamalkan. Selain itu, pengurusan mestilah dirancang dan diuruskan

untuk memastikan kejayaan yang berterusan di mana keseluruhan ahli organisasi

dilibatkan (Feigenbaum 1991 di dalam Thierauf et. al 1977).

1.2 Latar Belakang Masalah

Peningkatan masyarakat Islam yang mula menghantar anak-anak mereka ke

Sekolah Agama Swasta (Statistik JPS). Di Malaysia terdapat banyak rungutan

masyarakat terhadap sekolah swasta tentang tenaga pengajar yang tidak mencapai

Page 22: i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN · PDF filePecahan Item Soal Selidik Pengelasan skala tiga mata Skala pemeringkatan Tahap penilaian responden berdasarkan min Pengiraan berdasarkan

4

piawaian dan sering meninggalkan perkhidmatan tanpa notis. Pihak pengurusan sekolah

swasta pula mengambil masa yang lama untuk mencari pengganti. Tidak kurang juga

rungutan masyarakat tentang kelengkapan fizikal tidak mencukupi terutama bila

pengambilan pelajar bertambah setiap tahun dan jumlah yuran yang dikenakan

terlampau tinggi. Justeru itu, sekolah-sekolah swasta yang tidak memenenuhi kriteria

yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Swasta telah diarahkan tutup (Sunday

Star 18.8.2002).

Pendidikan Swasta telah diarahkan tutup (Sunday Star 18.8.2002). Persoalannya

apakah tahap pengamalan kualiti pengurusan oleh sekolah swasta di Malaysia?

Persoalannya sekarang ialah adakah sekolah-sekolah swasta telah melaksanakan dengan

baik tahap amalan pengurusan berasaskan sekolah sesuai dengan Falsafah Pendidikan

Negara?

Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) adalah satu dokumen yang

menyatakan kualiti pengurusan yang perlu ada pada setiap sekolah swasta di Malaysia.

Dalam SKIPS terdapat 6 elemen yang dilihat iaitu pengurusan dan pentadbiran umum,

pengurusan kurikulum, pengurusan peperiksaan, pengurusan kesihatan dan keselamatan

sekolah, pengurusan disiplin dan pengurusan ko-kurikulum.

Amalan pengurusan di sekolah boleh dilihat dari segi pengurusan kurikulum,

kokurikulum, hal-ehwal pelajar, staf atau kakitangan sekolah. Mengikut Hernenlez

(1993) dalam Omardin (1996) mengatakan bahawa kualiti pengurusan akan

menghasilkan output yang berkualiti. Mengikut Deming (1986) di dalam Murgatroyd,

Sa & Morgan. (1994) pengurusan harus dilaksanakan oleh sekolah, ini adalah kerana

konsep pengurusan menjadi keutamaan kepada memenuhi kehendak, keperluan dan

jangkaan pelanggan. (Murgatroyd, Sa & Morgan. 1994).

Mengikut Thierauf (1977) dan Stoner (1984), menyatakan bahawa terdapat empat

fungsi utama pengurusan iaitu perancangan, pengelolaan, pengarahan dan pengawalan.

Page 23: i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN · PDF filePecahan Item Soal Selidik Pengelasan skala tiga mata Skala pemeringkatan Tahap penilaian responden berdasarkan min Pengiraan berdasarkan

5

Dari itu semua proses ini perlu dikembangkan dan diintegrasikan bagi membentuk dan

mewujudkan pengurusan di sekolah supaya menjadi lebih berkesan lagi.

Menurut Griffith (1999), pentadbiran sebagai satu proses mengawal dan mengatur

sesebuah organisasi. Tanpa sistem pentadbiran yang cekap dan bagus, sesebuah

organisasi tidak dapat berjalan dengan lancar. Pentadbiran juga boleh didefinisikan

sebagai satu cara bekerja dengan orang untuk mencapai matlamat sesuatu usaha

(Campbell 1983).

Menurut Ee Ah Meng (1990) dalam Omardin (1996), disiplin merupakan

peraturan yang dipersetujui oleh sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan

tingkahlaku yang baik demi kesempurnaan kehidupan masyarakat. Manakala disiplin

secara umumnya boleh didefinisikan sebagai suatu sistem hidup yang ditetapkan oleh

sesuatu kumpulan atau badan bagi mewujudkan suasana yang teratur dan terteram

supaya perkhidmatan yang memuaskan diperolehi daripada anggota kumpulan itu

(Robiah Sidin & Ahmad Adri Mat Daud,1991:121).

Pengurusan pentadbiran dan pengurusan disiplin di sekolah sangatlah penting

untuk memastikan perjalanan operasi di sekolah berjalan dengan lancar. Selain itu juga

dengan pengurusan yang baik akan dapat mempengaruhi iklim yang berkesan di

sesebuah sekolah.

Dalam kajian ini, institusi pendidikan swasta yang akan dikaji ialah Sekolah

Menengah Islam Hidayah (SMIH) yang berteraskan Islam di daerah Senai ,Johor Bahru.

Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1995 dan telah dibuka pada tahun 1996.

Sekolah Menengah Islam Hidayah ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah (BOT)

yang didaftarkan di bawah pendaftar syarikat (ROC) atas nama Pusat Pendidikan

Hidayah Berhad (PPH), selaku pemilik lepada sekolah. PPH didaftarkan sebagai “Non

Profit Making Company”. BOT berperanan menentukan dasar dan polisi sekolah

ini.Sekolah yang terletak di Johor Bahru ini telah dibangunkan oleh beberapa orang ahli

Page 24: i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN · PDF filePecahan Item Soal Selidik Pengelasan skala tiga mata Skala pemeringkatan Tahap penilaian responden berdasarkan min Pengiraan berdasarkan

6

Lembaga serta para ibu bapa sekolah tersebut. Ianya mempunyai satu sesi pembelajaran

di mana waktu persekolahan adalah di antara jam 7.30 pagi sehingga jam 4.00 petang.

Dengan bilangan pelajar seramai 490 orang, serta guru seramai 49 orang, sekolah ini

berhasrat membentuk akademis muttaqeen yang menyeimbangkan di antara pelajaran

diniyyah (agama) dan akademik. Justeru, dengan berbekalkan ilmu kerohanian, pelajar

sekolah Hidayah kini mula meniti kecemerlangan di dalam peperiksaan besar seperti

Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

1.2.1 Pengurusan Pentadbiran Sekolah

Di dalam elemen pengurusan pentadbiran di Sekolah Menengah Islam Hidayah

(SMIH), terdapat aspek-aspek yang akan dikaji iaitu:

i. Perancangan

ii. Pengurusan data dan maklumat

iii. Pengurusan guru

iv. Pengurusan pejabat

v. Pengurusan prasarana

Di dalam struktur pengurusan dan pentadbiran Sekolah Menengah Islam

Hidayah, terdapat beberapa struktur yang terlibat di dalam urusan-urusan sekolah. Di

antaranya ialah Lembaga Pemegang Amanah Pusat Pendidikan Hidayah (PPH),

Lembaga Pengelola Hidayah, ahli-ahli biro Lembaga Pengelola Hidayah dan ahli-ahli

jawatankuasa PIBG SMIH. Seterusnya struktur organisasi yang menjadi penggerak bagi

pengurusan pentadbiran di sekolah ini. . Peneraju utama di dalam sturktur ini diterajui

oleh pengetua dan diikuti dengan Penolong Kanan Akademik , Penolong Kanan

Pembangunan Sahsiah Pelajar, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Jawatankuasa

Khas Sekolah. John dan Reller (1982) di dalam Omardin (1996), matlamat sesebuah

organisasi itu bukan untuk mengadakan keadaan yang memperingkatkan kecekapan

pengurusan dan pentadbiran tetapi mengadakan keadaan yang dapat mempertingkatkan

kecekapan organisasi bagi mencapai matlamat.

Page 25: i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN · PDF filePecahan Item Soal Selidik Pengelasan skala tiga mata Skala pemeringkatan Tahap penilaian responden berdasarkan min Pengiraan berdasarkan

7

1.2.2 Pengurusan Disiplin Sekolah

Di dalam elemen pengurusan displin di Sekolah Menengah Islam Hidayah

(SMIH), terdapat aspek-aspek yang akan dikaji iaitu:

i. Prestasi sekolah

ii. Rekod disiplin murid

iii. Rekod mesyuarat

iv. Rekod tindakan

Untuk pengurusan disiplin di sekolah harian biasa, terdapat struktur organisasi

yang akan menguruskan hal yang berkaitan dengan disiplin sekolah. Struktur Organisasi

Lembaga Disiplin Sekolah adalah terdiri daripada pengetua atau guru besar yang

memegang teraju lembaga itu. Menurut Omardin Ashaari (1996), Lazimnya Penolong

Kanan Hal Ehwal Pelajar dilantik menjadi setiausaha manakala ahli-ahli lembaga yang

lain terdiri daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Penyelia Petang, semua guru

pengawas , kaunselor, guru disiplin, agama dan asrama, jika ada. Lembaga itu akan

mengadakan mesyuarat untuk menimbangkan peraturan sekolah, membentangkan dan

membincangkan cadangan tambahan dan pindaan.

Berbeza dengan Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) yang mana Struktur

Organisasi Lembaga Disiplin sekolah adalah di pegang oleh Bahagian Pembangunan

Syahsiah Pelajar. Pengetua menjadi teraju bagi lembaga ini ,manakala terdapat penolong

kanan pembangunan syahsiah pelajar dan diikuti dengan setiausaha. Di dalam struktur

ini terdapat lima unit yang membantu melicinkan hal-hal yang berkaitan. Antaranya

ialah Unit Tarbiah, Unit Disiplin, Unit Persatuan Syabab dan Fatayat Malaysia, Unit

Bimbingan dan Kaunseling dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Page 26: i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN · PDF filePecahan Item Soal Selidik Pengelasan skala tiga mata Skala pemeringkatan Tahap penilaian responden berdasarkan min Pengiraan berdasarkan

8

1.3 Pernyataan Masalah

Pengurusan yang berkesan melibatkan beberapa isu yang komplek, ini termasuk

pembentukan misi yang jelas, budaya sekolah yang cemerlang, keadaan fizikal yang

kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran serta kepimpinan yang dapat

mengggalakkan guru-guru dan pelajar melibatkan diri dalam pembelajaran. Sekolah

yang cemerlang mestilah mempunyai pengurusan yang berkesan serta hala tuju yang

dikongsi bersama oleh semua anggota dan ada semangat kekitaan dan kerjasama yang

tinggi . Daripada latar belakang masalah, dilihat sesebuah sekolah swasta perlu

mempunyai satu set instrumen untuk melihat penilaian dalaman dalam pengurusan

pentadbiran dan disiplin di sesebuah sekolah tersebut.Berdasarkan kepada latar belakang

masalah maka penyelidik berasa adalah penting untuk membuat kajian mengenai tahap

amalan pengurusan dalam pengurusan pentadbiran dan pengurusan disiplin Sekolah

Menengah Islam Hidayah.

1.4 Objektif Kajian

1) Mengenalpasti tahap amalan pengurusan dalam elemen pentadbiran Sekolah

Menengah Islam Hidayah .

Page 27: i TAHAP AMALAN PENGURUSAN DALAM ELEMEN · PDF filePecahan Item Soal Selidik Pengelasan skala tiga mata Skala pemeringkatan Tahap penilaian responden berdasarkan min Pengiraan berdasarkan

9

2) Mengenalpasti tahap amalan pengurusan dalam elemen disiplin Sekolah

Menengah Islam Hidayah .

3) Mengenalpasti tahap amalan pengurusan pentadbiran di Sekolah Menengah

Islam Hidayah menepati pengurusan pentadbiran yang berkesan.

4) Mengenalpasti tahap amalan pengurusan displin di Sekolah Menengah Islam

Hidayah menepati pengurusan disiplin yang berkesan.

1.5 Persoalan Kajian

1) Apakah tahap amalan pengurusan pihak pentadbiran sekolah dalam elemen

pengurusan pentadbiran Sekolah Menengah Islam Hidayah ?

2) Apakah tahap amalan pengurusan pihak disiplin sekolah dalam elemen

pengurusan disiplin di Sekolah Menengah Islam Hidayah ?

3) Adakah tahap amalan pengurusan elemen pengurusan pentadbiran Sekolah

Menengah Islam Hidayah menepati pengurusan pentadbiran yang berkesan ?

4) Adakah tahap amalan pengurusan elemen pengurusan disiplin Sekolah

Menengah Islam Hidayah menepati pengurusan disiplin yang berkesan?