motif utama guru melanjutkan pelajaran dan tahap motivasi ...pertanika.upm.edu.my/pertanika...

9
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 12(2): 163-171(2004) ISSN: 0128-7702 © Universiti Putra Malaysia Press Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran dan Tahap Motivasi Terhadap Program Pengajian ! MAZANAH MUHAMAD 8c 2 ADANAN MAT JUNOH l Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM, Serdang, Selangor, Malaysia 2 Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknobgi Malaysia 81300 Skudai y Johor, Malaysia Kata kunci: Motif, motivasi, pendidikan dewasa, pembelajaran dewasa ABSTRAK Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti motif utama guru melanjutkan pelajaran melalui program pengajian jarak jauh di Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh (IDEAL), Universiti Putra Malaysia dan menentukan tahap motivasi mereka terhadap program tersebut. Seramai 360 guru daripada empat pusat pembelajaran IDEAL telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Data telah dikumpul melalui satu instrumen yang dibina khusus bagi kajian ini berdasarkan 'Educational Participation Scale' (EPS) yang dibangunkan oleh Boshier (1973). Sebanyak 272 borang soal selidik yang lengkap dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Kajian ini mendapati tujuh motif utama guru melanjutkan pelajaran adalah (i) pembangunan profesional; (ii) minat kognitif; (iii) kebajikan sosial; (iv) matlamat peribadi; (v) aktiviti pembelajaran; (vi) jangkaan luaran, dan (vii) perhubungan sosial. Tahap motivasi guru terhadap program pengajian adalah tinggi. Terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap motivasi di antara guru berlainan bangsa, semester pengajian, program pengajian dan lokasi sekolah. ABSTRACT The study sought to identify teachers' primary motives for pursuing education through a distance learning programme at the Institute for Distance Education and Learning (IDEAL) Universiti Putra Malaysia, and to determine their motivation level towards that programme. A sample of 360 teachers from four IDEAL learning centers was randomly selected for the purpose. Data was collected by using a survey instrument specifically developed for the study by drawing upon Boshier 1 s (1973) Educational Participation Scale. A total of 272 completed questionnaires was analyzed by using the SPSS programme. The study identified seven primary motives for teachers pursuing higher education namely (i) professional advancement; (ii) cognitive interest; (iii) social welfare; (iv) personal goal; (v) learning activities; (vi) external expectation, and (vii) social relationship. The teachers reported high motivation level towards the learning programme. There is significant difference in motivation level among teachers of different race, semester, programme of study and school location. PENGENALAN Pengakhiran abad ke-20 menyaksikan berlaku beberapa perubahan dalam senario pendidikan di negara ini sama ada di peringkat sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Fenomena yang paling ketara adalah pertambahan bilangan pelajar dewasa terutamanya daripada golongan guru yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi. Rohana (1998) melaporkan bahawa 80% daripada 3800 pelajar yang mendaftar untuk mengikuti program pendidikan jarak jauh di Universiti Kebangsaan Malaysia pada sesi pengajian tahun 1998/99 adalah golongan guru. Perkembangan ini menunjukkan aktiviti pendidikan dan pembelajaran dewasa semakin mendapat sambutan di negara ini.

Upload: vubao

Post on 02-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran dan Tahap Motivasi ...pertanika.upm.edu.my/Pertanika PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep. 2004/0… · Tahap Motivasi Terhadap Program Pengajian!

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 12(2): 163-171(2004) ISSN: 0128-7702© Universiti Putra Malaysia Press

Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran danTahap Motivasi Terhadap Program Pengajian

!MAZANAH MUHAMAD 8c 2ADANAN MAT JUNOHlFakulti Pengajian Pendidikan,

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM,Serdang, Selangor, Malaysia

2Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia,Universiti Teknobgi Malaysia

81300 Skudaiy Johor, Malaysia

Kata kunci: Motif, motivasi, pendidikan dewasa, pembelajaran dewasa

ABSTRAK

Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti motif utama guru melanjutkan pelajaran melaluiprogram pengajian jarak jauh di Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh (IDEAL),Universiti Putra Malaysia dan menentukan tahap motivasi mereka terhadap program tersebut.Seramai 360 guru daripada empat pusat pembelajaran IDEAL telah dipilih secara rawak sebagaisampel kajian. Data telah dikumpul melalui satu instrumen yang dibina khusus bagi kajian iniberdasarkan 'Educational Participation Scale' (EPS) yang dibangunkan oleh Boshier (1973).Sebanyak 272 borang soal selidik yang lengkap dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS.Kajian ini mendapati tujuh motif utama guru melanjutkan pelajaran adalah (i) pembangunanprofesional; (ii) minat kognitif; (iii) kebajikan sosial; (iv) matlamat peribadi; (v) aktivitipembelajaran; (vi) jangkaan luaran, dan (vii) perhubungan sosial. Tahap motivasi guru terhadapprogram pengajian adalah tinggi. Terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap motivasi diantara guru berlainan bangsa, semester pengajian, program pengajian dan lokasi sekolah.

ABSTRACT

The study sought to identify teachers' primary motives for pursuing education through a distancelearning programme at the Institute for Distance Education and Learning (IDEAL) UniversitiPutra Malaysia, and to determine their motivation level towards that programme. A sample of 360teachers from four IDEAL learning centers was randomly selected for the purpose. Data wascollected by using a survey instrument specifically developed for the study by drawing uponBoshier1 s (1973) Educational Participation Scale. A total of 272 completed questionnaires wasanalyzed by using the SPSS programme. The study identified seven primary motives for teacherspursuing higher education namely (i) professional advancement; (ii) cognitive interest; (iii)social welfare; (iv) personal goal; (v) learning activities; (vi) external expectation, and (vii) socialrelationship. The teachers reported high motivation level towards the learning programme.There is significant difference in motivation level among teachers of different race, semester,programme of study and school location.

PENGENALAN

Pengakhiran abad ke-20 menyaksikan berlakubeberapa perubahan dalam senario pendidikandi negara ini sama ada di peringkat sekolahmahupun di institusi pengajian tinggi. Fenomenayang paling ketara adalah pertambahan bilanganpelajar dewasa terutamanya daripada golonganguru yang melanjutkan pelajaran di institusi

pengajian tinggi. Rohana (1998) melaporkanbahawa 80% daripada 3800 pelajar yangmendaftar untuk mengikuti program pendidikanjarak jauh di Universiti Kebangsaan Malaysiapada sesi pengajian tahun 1998/99 adalahgolongan guru. Perkembangan ini menunjukkanaktiviti pendidikan dan pembelajaran dewasasemakin mendapat sambutan di negara ini.

Page 2: Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran dan Tahap Motivasi ...pertanika.upm.edu.my/Pertanika PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep. 2004/0… · Tahap Motivasi Terhadap Program Pengajian!

Mazanah Muhamad & Adanan Mat Junoh

Rogers (1993) mengatakan pendidikanmerupakan semua bentuk perancanganpembelajaran sama ada secara langsung atau tidaklangsung untuk menolong seseorang mempelajarisesuatu. Darkenwald dan Merriam (1982) melihatpendidikan sebagai satu proses yangdisengajakan, sistematik dan berterusan dalamusaha mendapatkan pengetahuan, sikap, dankemahiran baru. Pendidikan dan pembelajaranmerupakan dua konsep yang berbeza, walaupunkedua-dua istilah tersebut tidak mempunyaisempadan pemisah yang jelas. Secara umumnyapembelajaran menghasilkan perubahan tingkahlaku dalam bentuk sikap, pengetahuan dankemahiran (Merriam dan Caffarella 1999).

Proses pendidikan dan pembelajaran tidakterhad kepada kanak-kanak dan berlaku diperingkat persekolahan sahaja. Proses ini men-jangkau jauh daripada itu dengan melibatkanpelajar dewasa di luar sistem persekolahan. Pen-didikan dewasa boleh berlaku secara formal ataubukan formal. Rogers (1993) memberikan takrifanpendidikan dewasa yang agak meluas sepertiberikut:

Semua peluang yang dirancang danmempunyai tujuan tertentu yang disediakankepada individu yang diiktiraf dan mengiktirafdiri mereka sebagai golongan dewasa dalamsesebuah masyarakat di mana golongan initelah meninggalkan sistem pendidikanformal. Peluang pembelajaran sama adasecara formal atau tidak dalam konteks iniseharusnya menyediakan panduan kepadagolongan dewasa dalam membuat keputusan,menggunakan meto-dologi dan pendekatanyang bersesuaian dengan pengalaman orangdewasa bagi mencapai tujuan dan keperluanmereka. (ms. 28 - 29)

Proses pendidikan dan pembelajaran berkaitrapat dengan motivasi. Menurut Abdul Rahman(1997), motivasi adalah perlu dalam menuntutilmu atau proses pembelajaran. Pendapat yangsama disuarakan oleh Wladkowski (1993) yangtelah mengkaji tentang peranan motivasi dalammembantu orang dewasa belajar dengan lebihberkesan. Dua komponen utama motivasi adalahdorongan dan tindakan.

Beberapa kajian tempatan telah dijalankanuntuk mengenal pasti motif utama yangmendorong penyertaan orang dewasa dalamaktiviti pendidikan. Walau bagaimanapun, belumada kajian khusus untuk mengenal pasti motifutama guru melanjutkan pelajaran. Oleh yangdemikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal

pasti motif guru melanjutkan pelajaran melaluiprogram pengajian jarak jauh di Universiti PutraMalaysia. Kajian ini juga bertujuan mengenalpastitahap motivasi guru terhadap program pengajianyang diikuti. Melalui program pengajian jarakjauh, guru-guru dikehendaki menghadiriperjumpaan bersemuka dengan pensyarah diIDEAL pada setiap bulan di samping menghadirisesi tutorial di pusat pembelajaran yangberhampiran dengan tempat tingga1 mereka.

Motif Penyertaan Pelajar Dewasa dalamAktiviti Pendidikan

Merriam dan Caffarella (1999) telah mengulassecara komprehensif tentang kajian motifpenyertaan pelajar dewasa. Mengikut mereka,kajian empirikal bagi tujuan tersebut telahdimulakan oleh Houle pada tahun 1961.Berasaskan temu bual dengan 22 pelajar dewasadi Universiti Chicago, Houle membahagikanpelajar dewasa kepada tiga kategori berdasarkanmotif penyertaan iaitu (i) berorientasikanmatlamat; (ii) berorientasikan aktiviti; dan (iii)berorientasikan pembelajaran. Menurut Merriamdan Caffarella (1999) lagi, dapatan Houle telahdijadikan asas oleh penyelidik lain untukmengenal pasti motif penyertaan orang dewasadalam aktiviti pendidikan. Antaranya adalahShefield (1964) yang membina ContinuingLearning Orientation Index (CLIO) dan Boshier(1971) yang membina Educational ParticipationScale (EPS). Morstain dan Smart (1974) adalahantara penyelidik paling awal menggunakan EPS.Dalam kajian tersebut mereka mendapati enammotif penyertaan pelajar dewasa adalah (i)perhubungan sosial; (ii) jangkaan luaran; (iii)kebajikan sosial; (iv) pembangunan profesional;(v) pengelakan dan rangsangan; dan (vi) minatkognitif (dalam Merriam dan Caffarella 1999).Boshier mendapati motif penyertaan orangdewasa dalam aktiviti pendidikan adalah untuk(i) mempertingkatkan komunikasi iaitu untukmembolehkan mereka berkomunikasi denganberkesan; (ii) perhubungan sosial iaitumemenuhi keperluan penyertaan individu dalamkumpulan; (iii) persediaan pendidikan iaitupersediaan awal bagi menyertai aktivitipendidikan seterusnya; (iv) bersama keluargaiaitu bagi mempertingkatkan perhubungandalam keluarga; (v) pembangunan profesionaliaitu mendapatkan pengetahuan dan kemahiranbagi mempertingkatkan keberkesanan individudan organisasi; (vi) minat kognitif iaitu untuk

L64 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No. 2 2004

Page 3: Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran dan Tahap Motivasi ...pertanika.upm.edu.my/Pertanika PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep. 2004/0… · Tahap Motivasi Terhadap Program Pengajian!

Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran dan Tahap Motivasi Terhadap Program Pengajian

mendapatkan ilmu pengetahuan dalam sesuatubidang; dan (vii) rangsangan sosial iaitu untukmemenuhi desakan dan pengharapan daripadaorang lain seperti ahli keluarga dan rakan sejawat(dalam Merriam dan Caffarella 1999).

Livneh dan Livneh (1999) dalam kajiannyayang melibatkan 500 pendidik dari kawasanmetropolitan Portland mendapati komitmenterhadap pembelajaran profesional dan motivasiluaran merupakan peramal utama penyertaandalam aktiviti pembelajaran. Manakala Carre(2000) dalam kajiannya di Perancis mendapatimotif penyertaan orang dewasa dalam aktivitipendidikan adalah bagi memperoleh kecekapan,mengenal diri sendiri dan bagi pembentukanprojek.

Di Malaysia, kajian untuk mengenal pastimotif penyertaan orang dewasa dalam aktivitipendidikan telah dijalankan oleh Arshad (1993)dan Mohd Halimi '(1996). Arshad (1993) telahmengenal pasti sepuluh motif penyertaankakitangan kerajaan dalam satu program latihandalam khidmat di Malaysia iaitu; pembangunanprofesional, minat kognitif, minat intelektual,matlamat peribadi, kebajikan sosial, arahanmajikan, pengelakan dan perangsangan, danjangkaan luaran. Mohd Halimi (1996) pulamendapati motif utama orang dewasa mengikutiprogram pengajian di Institut Pengajian IlmuIslam adalah minat kognitif dan intelektual,aktiviti pembelajaran, tanggungjawab sosial,kebajikan sosial, perhubungan sosial, pem-bangunan profesional, relaksasi sosial, peluangpembelajaran, relaksasi kerja, serta pengelakandan perangsangan.

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikandeskriptif. Data telah dikutip dengan meng-gunakan satu set instrumen yang dibina khususbagi penyelidikan ini. Secara umumnya,instrumen kajian ini adalah berasaskanEducational Participation Scale (EPS) yangdibangunkan oleh Boshier (1973) dandiubahsuai oleh Arshad (1993). Bagi memastikaninstrumen kajian adalah bersesuaian dengankonteks kajian, fasa awal pembinaan instrumenmelibatkan temu bual secara mendalam denganenam informan. Fasa awal diikuti dengan fasaprauji yang melibatkan dua belas guru dalampopulasi kajian. Secara keseluruhannya,instrumen kajian ini terdiri daripada tigabahagian. Bahagian pertama mengandungi 40

item atau pernyataan yang diikuti dengan tujuhskala berdasarkan Skala Likert yang merupakanpernyataan-pernyataan untuk mengenal pastimotif guru melanjutkan pelajaran. Pecahan itemmengikut motif penyertaan adalah seperti yangterpapar di Jadual 1.

JADUAL 1Pecahan item mengikut motif utama

Motif utama Bilangan item

Pembangunan profesionalMinat kognitif

Perhubungan sosialKebajikan sosial

Matlamat peribadiJangkaan luaran

Aktiviti pembelajaran

7564747

Jumlah 40

Bahagian kedua instrumen terdiri daripada10 pernyataan khusus untuk mengenal pastitahap motivasi guru. Setiap pernyataan disertaidengan tujuh pilihan jawapan berdasarkan skalaLikert. Ujian reliabiliti dijalankan ke atas bahagianI dan II instrumen. Nilai pekali reliabiliti (alpha)yang didapati adalah 0.9365 untuk bahagian Idan 0.8045 untuk bahagian II. Bahagian IIIinstrumen pula dikhususkan untuk mengumpulmaklumat sosiodemografi responden. Ketiga-tigabahagian instrumen ini dibina bagi disesuaikandengan keperluan kajian berdasarkan kerangkakonsep kajian seperti pada Rajah L

Populasi kajian terdiri daripada 3839 guruyang sedang melanjutkan pelajaran di IDEAL.Dari jumlah tersebut, 360 orang telah dipilihsecara rawak sebagai responden berdasarkanjadual bilangan responden Krejcie dan Morgan(1970). Borang soal selidik telah diedarkansendiri oleh penyelidik, penyelaras dan tutor diempat pusat pembelajaran IDEAL iaitu di KotaBharu, Kulim, Muar dan Serdang. Empat pusatini dipilih bagi mewakili Zon Utara, Timur,Tengah dan Selatan. Walaupun sejumlah 360borang soal selidik diedarkan, hanya 272 (75.6%) didapati lengkap untuk dianalisis bagi kajianini. Data kajian diproses dengan menggunakanperisian 'Statistical Package for the SocialScience1 (SPSS). Antara kaedah statistik yangdigunakan adalah statistik deskriptif bagimendapatkan nilai min, sisihan piawai, peratus,minimum dan maksimum. Analisis varians

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No. 2 2004 165

Page 4: Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran dan Tahap Motivasi ...pertanika.upm.edu.my/Pertanika PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep. 2004/0… · Tahap Motivasi Terhadap Program Pengajian!

Mazanah Muhamad & Adanan Mat Junoh

Pemboleh ubah bebas Pemboleh ubah bersandar

1.2.3.4.5.6.7.8.9.10.11.

SOSIODEMOGRAFI

JantinaUmurBangsaLokasi sekolahKategori sekolahTempoh perkhidmatanProgram pengajianSemester pengajianKelayakan akademikPendapatanStatus perkahwinan

2.3.4.5.6.

7.

MOTIF UTAMA

PembangunanprofesionalMinat kognitifKebajikan sosialMatlamat peribadiPerhubungan sosialAktitivipembelajaranJangkaan luaran

Motivasi terhadapprogram pengajian

Rajah I: Kerangka konseptual kajian

(ANOVA) dan ujian t pula digunakan untukmenentukan sama ada perbezaan signifikan diantara tahap motivasi dengan pemboleh ubahsosiodemografi.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Ciri Sosiodemografi

Temuan kajian menunjukkan bilangan gurulelaki yang melanjutkan pelajaran di IDEALadalah lebih tinggi berbanding guru perempuan.Dapatan ini menyokong pendapat Rogers (1986)yang mengatakan bahawa kebanyakan kajianmendapati lelaki merupakan golongan dewasayang paling ramai menyertai aktiviti pendidikan.Guru Melayu pula merupakan golonganresponden yang paling tinggi (73.2%).Keputusan ini menunjukkan bangsa yangmenjadi penduduk majoriti dalam sesebuahnegara merupakan golongan yang paling tinggiterlibat dalam aktiviti pendidikan dewasa.Readaan ini sama seperti di Amerika Syarikatgolongan lelaki berkulit putih merupakan yangpaling ramai menyertai aktiviti pendidikandewasa (Rogers 1986). Sebahagian besarresponden (71.0%) berumur di antara 31 - 40tahun. Dapatan ini adalah konsisten dengantemuan Henry dan Basile (1994) danjohnstonedan Rivera (1965).

Sebahagian besar responden mempunyaikelayakan akademik STPM kerana kelayakan

minimum untuk melanjutkan pelajaran diperingkat ijazah pertama adalah pada peringkattersebut. Bilangan responden sekolah di luarbandar adalah lebih tinggi daripada respondensekolah di bandar. Kajian juga mendapatibilangan guru sekolah rendah adalah lebih tinggidaripada sekolah menengah. Keadaan inimungkin berlaku kerana kebanyakan guru bukansiswazah berkhidmat di sekolah-sekolah rendahdi luar bandar. Majoriti responden (71.1%)mempunyai pendapatan bulanan di antaraRM1001 hingga RM1500, dengan tempohperkhidmatan di antara 6 hingga 10 tahun(35.3%). Dapatan ini adalah konsisten dengantemuan Mohd Halimi (1996). Kebanyakanresponden (84.2%) telah berumah tangga. Jadual2 memberikan ringkasan taburan sosiodemografiresponden.

Motif Utama Guru Melanjutkan PelajaranTerdapat tujuh motif utama guru melanjutkanpelajaran di IDEAL. Motif tersebut adalah (i)pembangunan profesional; (ii) minat kognitif;(iii) kebajikan sosial; (iv) madamat peribadi; (v)aktiviti pembelajaran; (vi) jangkaan luaran; dan(vii) perhubungan sosial. Kedudukan setiap motifdisusun berdasarkan nilai min item yangdiperoleh. Tiga motif yang paling utama adalahpembangunan profesional, minat kognitif dankebajikan sosial seperti dalam Jadual 3.

166 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No. 2 2004

Page 5: Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran dan Tahap Motivasi ...pertanika.upm.edu.my/Pertanika PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep. 2004/0… · Tahap Motivasi Terhadap Program Pengajian!

Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran dan Tahap Motivasi Terhadap Program Pengajian

JADUAL 2Taburan responden berdasarkan ciri sosiodemografi

Ciri sosiodemografi

Jan tin aLelakiPerempuan

BangsaMelayuCinaIndiaLain-lain

Umur (tahun)21 - 2 52 6 - 3031 - 3 536-4041 - 4546-50

Kelayakan akademikSTPMSPMDiploma

Lokasi sekolahDi luar bandarDi bandar

Kategori sekolahSekolah rendahSekolah menengah

PendapatanRM500 - RM1000RM1001 -RM1500RM1501 - RM2000RM2001 - RM2500

Tempoh perkhidmatan1 - 5 tahun6 - 1 0 tahun1 1 - 1 5 tahun1 6 - 2 0 tahun2 1 - 2 5 tahun

Status perkahwinanBerkahwinBujangDuda/janda

Frekuensi

147125

19939331

93211281308

1996013

154118

19181

28193429

3796715117

22941

2

JADUAL 3Kedudukan motif utama

Motif utama

Pembangunan profesionalMinat kognitifKebajikan sosialMatlamat peribadiAktiviti pembelajaranJangkaan luaranPerhubungan sosial

Min item

5.8825,5575.3565.1715.1704.6784.224

%

54.046.0

73.214.312.10.4

3.311.841.229.811.02.9

73.222.14.7

56.643.4

70.229.8

10.371.115.43.3

13.635.326.118.86.3

84.215.10.7

Kedudukan

1

234567

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No. 2 2004 167

Page 6: Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran dan Tahap Motivasi ...pertanika.upm.edu.my/Pertanika PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep. 2004/0… · Tahap Motivasi Terhadap Program Pengajian!

Mazanah Muhamad & Adanan Mat Junoh

11.

ill.

Pembangunan ProfesionalMotif ini menunjukkan tujuan gurumelanjutkan pelajaran adalah bagimenyediakan diri dengan pengetahuan,pengalaman dan kemahiran untukmempertingkatkan prestasi kerja supayadapat menyediakan perkhidmatanpendidikan yang bermutu kepada pelajar.Minat KognitifMotif ini menunjukkan tujuan gurumelanjutkan pelajaran adalah bagi mendapatdan mendalami ilmu pengetahuan.Kebajikan SosialMotif ini menunjukkan tujuan gurumelanjutkan pelajaran adalah bagimenyediakan diri dengan pengetahuan,pengalaman dan kemahiran yang diperlukanuntuk membantu dan memberikanperkhidmatan yang terbaik kepadamasyarakat. Dapatan ini adalah konsistendengan temuan Arshad (1993). Walaubagaimanapun, dapatan ini agak berbezadengan temuan Mohd Halimi (1996). MohdHalimi mendapati faktor pembangunanprofesional berada pada kedudukan keenam.

Tahap Motivasi Guru TerhadapProgram Pengajian

Bagi menentukan tahap motivasi guru terhadapprogram pengajian di IDEAL, pengukuranbergantung kepada skor yang diperoleh iaitu diantara 10 hingga 70 dalam instrumen yangmengukur motivasi. Nilai skor dibahagikankepada tiga julat iaitu; pertama di antara 10hingga 29, kedua 30 hingga 49, dan ketiga 50hingga 70. Berdasarkan julat skor tersebut,penentuan tahap motivasi adalah mengikutkriteria seperti berikut:1. Bermotivasi rendah jika skor diperoleh di

antara 10 - 29.2. Bermotivasi sederhana jika skor diperoleh

di antara 30 - 49.3. Bermotivasi tinggi jika skor diperoleh di

antara 50 - 70.

Berdasarkan kepada kriteria yang dinyatakandi atas, majoriti guru (89.7%) adalah bermotivasitinggi terhadap program pengajian dan tidakterdapat guru yang dikategorikan sebagaibermotivasi rendah (sila lihatjadual 4). Dapatanini adalah konsisten dengan temuan MohdHalimi (1996) dan Arshad (1993).

Tabu ran

Tahap

BermotivasiBermotivasiBermotivasi

min = 58.16sisihan piawai

JADUAL4i respondent mengikut tahapterhadap program pengajian

motivasi

tinggisederhanarendah

= 6.77

Frekuensi

244280

skor minimum •skor maksimum =

motivasi

%

89.710.30.0

33: 70

Perbezaan Tahap Motivasi MengikutCiri Sosiodemografi

Jadual 5 menunjukkan keputusan ujian t bagimenentukan sama ada terdapat perbezaan yangsignifikan bagi tahap motivasi di kalangan guruberdasarkan perbezaan jantina, lokasi sekolahdan kategori sekolah. Berdasarkan ujian ttersebut, didapati hanya faktor lokasi sekolahsahaja yang menunujukkan perbezaan tahapmotivasi terhadap program pengajian yangsignifikan. Manakala jantina dan kategori sekolahtidak menunjukkan sebarang perbezaan yangsignifikan.

JADUAL 5Keputusan ujian t di antara tahap motivasi dengan

pembolehubah sosiodemografi

Chi sosiodemografi

JantinaLokasi sekolahKategori sekolah

S= signifikan pada 0.05TS= tak signifikan pada 0.05

Nilai t

.305

.013

.303

Catatan

TSS

TS

Jadual 6 menunjukkan keputusan bagianalisis varian. Analisis mendapati tiga ciri sosiodemografi yang menunjukkan perbezaan tahapmotivasi yang signifikan terhadap programpengajian adalah bangsa, semester pengajian danprogram pengajian.

Jadual 7 memaparkan kedudukan terperinciperbezaan tahap motivasi bagi ciri sosiodemografiyang menunjukkan perbezaan signifikanberdasarkan min skor. Berdasarkan bangsa, guruberbangsa Melayu mempunyai tahap motivasiyang lebih tinggi berbanding guru daripadakaum India, Cina dan bangsa lain. Bagipemboleh ubah semester pengajian, respondendalam semester I pengajian didapati mempunyai

168 PertanikaJ. Soc. Sci. 8c Hum. Vol. 12 No. 2 2004

Page 7: Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran dan Tahap Motivasi ...pertanika.upm.edu.my/Pertanika PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep. 2004/0… · Tahap Motivasi Terhadap Program Pengajian!

Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran dan Tahap Motivasi Terhadap Program Pengajian

JADUAL6Keputusan analisis varians di antara tahap motivasi dengan pemboleh ubah sosiodemografi

Ciri sosiodemografi

BangsaUmur

PendapatanTempoh perkhidmatan

Semester pengajianStatus perkahwinanProgram pengajian

Kelayakan akademik

Fratio

4.05011.51881.67611.19685.1486.1840

10.87362.1334

Yprob

.007.1841.1725.3125.0064.8314.0000.1204

Catatan

STSTSTSS

TSS

TS

S = Signifikan pada 0.5TS - Tak signifikan pada 0.05

JADUAL 7Min skor tahap motivasi mengikut ciri demograii

Ciri Demografi

BangsaMelayuCinaLain-lainIndia

Semester pengajianSemester ISemester VSemester III

Program pengajianPBMPB 8c KTESL

Lokasi sekolahLuar bandarBandar

Min Skor

58.9557.0556.0054.88

59.3358.7256.23

60.5557.4856.07

59.0657.01

Kedudukan

1

234

123

123

12

PBMP = Program Pengajaran Bahasa Malaysia sebagai Bahasa PertamaB&K • Bimbingan dan KaunselingTESL = Program Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua

tahap motivasi yang paling tinggi iaitu beradapada kedudukan pertama. Guru dalam programPengajian Bahasa Malaysia sebagai BahasaPertama (PBMP) mempunyai tahap motivasi yangpaling tinggi berbanding guru dalam ProgramBimbingan dan Kaunseling (B&K) dan programPengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua(TESL). Guru yang sedang berkhidmat di sekolahluar bandar mempunyai tahap motivasi yanglebih tinggi berbanding guru di sekolah-sekolahdi bandar.

KESIMPULAN

Berdasarkan temuan, maka beberapa kesimpulanseperti berikut boleh dibuat daripada kajian ini:

2.

3.

Motif utama guru melanjutkan pelajaranpada peringkat ijazah pertama dalamprogram pengajian pendidikan di IDEAL,UPM adalah; (i) pembangunan profesional,(ii) minat kognitif, (iii) kebajikan sosial, (iv)matlamat peribadi, (v) aktiviti pembelajaran,(vi) jangkaan luaran, dan (vii) perhubungansosial.Tahap motivasi guru terhadap programpengajian di IDEAL adalah tinggi.Empat ciri sosiodemografi guru yangmenunjukkan perbezaan tahap motivasi yangsignifikan terhadap program pengajianadalah bangsa, semester pengajian, programpengajian dan lokasi sekolah. Guru Melayu

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No. 2 2004 169

Page 8: Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran dan Tahap Motivasi ...pertanika.upm.edu.my/Pertanika PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep. 2004/0… · Tahap Motivasi Terhadap Program Pengajian!

Mazanah Muhamad 8c Adanan Mat Junoh

mempunyai tahap motivasi yang paling tinggiberbanding guru bangsa lain. Guru dalamsemester I pengajian mempunyai tahapmotivasi yang lebih tinggi berbanding gurudalam semester III dan V pengajian. Gurudalam program PBMP adalah lebihbermotivasi berbanding guru dalam programB&K dan TESL. Manakala guru daripadasekolah luar bandar didapati lebihbermotivasi berbanding guru sekolah dalambandar.

4. Kebanyakan guru yang melanjutkanpelajaran di IDEAL adalah lelaki, berbangsaMelayu, berumur di antara 26 hingga 35tahun, mempunyai tempoh perkhidmatandi antara 6 hinga 15 tahun dan sudahberumah tangga. Majoriti daripada merekamempunyai kelayakan akademik STPM danberpendapatan bulanan di antara RM1000hingga RM1500.

IMPLIKASI

Guru yang melanjutkan pelajaran pada peringkatijazah pertama secara jarak jauh di IDEALmempunyai beberapa motif utama. Sehubungandengan itu, pembekal pendidikan lanjutanseperti IDEAL perlu memahami dan mengenalpasti motif-motif tersebut supaya mereka dapatmenyediakan satu program pengajian yangbersesuaian. Oleh kerana guru didapatimempunyai tahap motivasi yang tinggi terhadapprogram pengajian, maka institusi pengajianharus berusaha untuk mengekalkan motivasipelajar sepanjang tempoh pengajian. Kedua-duaguru daripada sekolah bandar dan luar bandardidapati melanjutkan pelajaran secara jarak jauh.Bagi memenuhi keperluan semua, pusatpembelajaran jarak jauh perlu diperbanyakan dikedua-dua tempat.

Kajian mendapati motif paling utama gurumelanjutkan pelajaran adalah untukpembangunan profesional, iaitu untukmempertingkatkan prestasi kerja supaya dapatmemberi perkhidmatan pendidikan yang lebihberkesan kepada pelajar. Dalam usahamempertingkatkan mutu pendidikan negera,Kementerian Pelajaran perlu menggalakkan danmemberi peluang supaya lebih ramai guru dapatmelanjutkan pelajaran mereka. Dari aspekmetodologi, kajian ini mendapati EducationalParicipation Scale (EPS) yang dibina oleh Boshier(1973) merupakan satu instrumen yang baikuntuk- dirujuk bagi mengenal pasti motif

penyertaan pembelajaran. Walau bagaimanapun,instrumen tersebut perlu diadaptasi dandisesuaikan dengan konteks kajian.

RUJUKANABDUL RAHMAN ABDUL AZIZ. 1997. Motivasi dan

Pembangunan Din. Kuala Lumpur: UtusanPublications & Distributors.

ARSHAD HASHIM. 1993. Correlates of publicemployees' motivational orientations andmotivation towards in service training inMalaysia. Disertasi Ph.D, Universiti PertanianMalaysia, Serdang.

BOSHIER, R.W. 1971. Motivational orientation ofadult education participants: a factor analyticexploration of Houles typology. AdultEducation 21(2): 3-26.

BOSHIER, R.W. 1973. Educational participationand dropout: a theoretical model. AdultEducation 23(4): 255-282.

CARRE, P. 2000. Motivation in adult education:From engagement to performance. InProceedings of Adult Education ResearchConference, http://www.edst.educ.ubc.ca/aerc/2000/carrepl-web.htm 17/9/04

DARKENWALD, G.G. dan S.B. MERRIAM. 1982. Adult

Education: Eoundation of Practices. New York:Harper and Row.

HOULE, C. O. 1961. The Inquiry Mind. Medison:University of Wisconsin Press.

HENRY, G.T. dan K.C. BASILE. 1994. Understandingthe decision to participate in formal adulteducation. Adult Education Quarterly 44(2):64-82.

JOHNSTONEJ.W.C. dan RJ. RIVERA. 1965. Volunteersfor Learning: A Study of the Educational Pursuit ofAmerican Adults. Chicago: Adline.

KREJCIK, R,V. dan D.W. MORGAN. 1970. Determining

size for research activities. Educational andPsychological Measurement 30: 607 - 610.

LIVNEH, C. dan H. LIVNEH. 1999. Continuingprofessional education among educators:predictors of participation in learning activities.Adult Education Quarterly 49(2): 91-107.

MERRIAM, S.B. dan R.S. CAFFARELIA. 1999. Learning in

Adulthood. A Comprehensive Guide, 2nd ed. SanFrancisco: Jossey-Bass.

170 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No. 2 2004

Page 9: Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran dan Tahap Motivasi ...pertanika.upm.edu.my/Pertanika PAPERS/JSSH Vol. 12 (2) Sep. 2004/0… · Tahap Motivasi Terhadap Program Pengajian!

Motif Utama Guru Melanjutkan Pelajaran dan Tahap Motivasi Terhadap Program Pengajian

MOHD HALIMI ABDUL HAMID. 1996. Adult learners'motivational orientations and motivationtowards programme of the Institute for theStudies in Islamic Science. Thesis Master,Universiti Pertanian Malaysia, Serdang.

MORSTAIN, B.R. dan J.C. SMART. 1974. Reason forparticipation in adult education courses: amultivariate analysis of group differences. AdultEducation 14(2): 83-98.

ROHANA MAN. 1998. PJJ: Guru paling ramai. UtusanMalaysia 16 Julai, Kuala Lumpur.

ROGERS, A. 1986. Teaching Adults. Milton Keynes:Open University Press.

ROGERS, A. 1993, Adult learning for Development.London: Cassell Educational Limited.

WLODKOWSKI, R.J. 1993. Enhancing Adult Motivationto Learn: A Guide to Improving Instruction andIncreasing Learner Achievement. San Francisco:Jossey-Bass Publishers.

(Diterima: 22 Eebruari 1999)

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. Vol. 12 No. 2 2004 171