tahap keyakinan pelajar jabatan elektrik dan … bab1azrul).pdf · 3.9 ujian rintis 41 3.10 kesahan...
TRANSCRIPT
TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DI
INSTITUT KEMAHIRAN MARA JOHOR BAHRU UNTUK MEMASUKI
PASARAN KERJA
MUHAMMAD AZRULHAKIM BIN ANUAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS o
JUDUL: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN
ELEKTRONIK DI INSTITUT KEMAHIRAN MARA JOHOR BAHRU
UNTUK MEMASUKI PASARAN KERJA
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya _ _MUHAMMAD AZRULHAKIM BIN ANUAR_________
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: PROF DR. MUHD RASHID RAJUDDIN
Nama Penyelia
No. 65 Jln Belibis 5,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru,
Johor Darul Ta’zim.
Tarikh: _____________ Tarikh: _________________
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT atau TERHAD.
o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana
Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)”.
Tandatangan :
Nama Penyelia : PROF.DR.MUHAMMAD RASHID BIN RAJUDDIN
Tarikh : 9 MEI 2011
TAHAP KEYAKINAN PELAJAR JABATAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DI
INSTITUT KEMAHIRAN MARA JOHOR BAHRU UNTUK MEMASUKI
PASARAN KERJA
MUHAMMAD AZRULHAKIM BIN ANUAR
Laporan ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan :
Nama Penyelia : MUHAMMAD AZRULHAKIM BIN ANUAR
Tarikh : 9 MEI 2011
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan :
Nama Penyelia : MUHAMMAD AZRULHAKIM BIN ANUAR
Tarikh : 9 MEI 2011
iii
DEDIKASI
Syukur kepada Allah S.W.T dengan limpah rahmatnya telah mengurniakan
kekuatan untuk menyiapkan Projek Sarjana Muda ini
Ku tujukan khas didekasi ini teristimewa buat…
Ayahanda dan Bonda tercinta
Anuar Bin Amir
&
Nur-Ulhudar Binti Jauhari
Yang sering berada disampingku ketika susah dan senang
Pengeorbanan mu akan ku kenang sehingga akhir hayat ku..
Buat kekanda dan adindaku ..
Yang memberikan dorongan dan semangat
untuk menjadi insan terbaik
tidak lupa pada rakan seperjuangan yang banyak menghukurkan bantuan
Semoga Allah S.W.T memberkati dan melimpahkan rahmatNya kepada kita
semua.
iv
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia rahmat dan IzinNya, saya
memperolehi kekuatan dan kesihatan untuk saya menyiapkan kajian ini pada waktu
yang ditetapkan.
Pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan
yang tidak terhingga kepada penyelia projek sarjana muda saya Prof. Dr Muhammad
Rashid Bin Rajuddin atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh
menyiapkan penulisan ilmiah ini. Banyak perkara yang saya pelajari melalui curahan
ilmu dan jasanya yang tidak pernah putus dalam mendidik saya untuk menjadi insan
yang lebih berguna. Kepada semua warga pendidik Universtiti Teknologi Malaysia,
terima kasih atas pengajaran yang diberikan. Jasa kalian tidak tidak akan saya lupakan.
Akhir sekali. Penghargaan ini juga dituju kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat dan idea
dalam menyiapkan penyelidikan ini. Semoga Allah membalas jasa baik yang telah
dihulurkan.
Terima Kasih semua.
Muhammad Azrulhakim Bin Anuar
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap keyakinan
pelajar Jabatan Elektrik dan Elektronik di Institut Kemahiran MARA Johor Bahru
untuk memasuki pasaran kerja. Tahap keyakinan yang dikaji ialah kemahiran teknikal,
kemahiran generik dan pengetahuan teori-teori yang dipelajari. Sampel kajian terdiri
daripada 82 orang pelajar tahun akhir Jurusan Elektrik dan Elektronik di Institut
Kemahiran MARA Johor Bahru. Set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen
kajian ini. Nilai Alpha (Cronbach) keseluruhan item soal selidik dalam kajian rintis
ialah 0.848. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For
Sceince (SPSS) versi 16.0 untuk mendapatkan kekerapan peratusan dan min. Hasil
daripada kajian menunjukkan tahap keyakinan pelajar daripada segi kemahiran
teknikal (min = 4.01), kemahiran generik (min = 4.12) dan pengetahuan teori yang
dipelajari (min = 4.14) kesemuanya berada pada tahap yang tinggi. Oleh yang
demikian beberapa pendekatan oleh pihak-pihak tertentu khususnya Institut kemahiran
MARA bagi memperbaiki dan meningkatkan tahap kemahiran teknikal,generik dan
pengetahuan teori yang dipelajari.
vi
ABSTRACT
This descriptive study was to identify students' level of confidence in the
department at of Electrical and Electronic at the Institut Kemahiran MARA, Johor
Bahru to be employed. The level of confidence is measured in the student’s technical
skills, generic skills and theory they have learned. The sample consisted of 82 final
year students majoring in Electronics and Electrical at the Institute Kemahiran Mara
Johor Bahru. Questionnaires were used in this study. The Alpha Cronbach score for
the pilot test is 0.848. The results were analyzed using Statistical Package For Science
(SPSS) version 16.0. The statistics used were as frequency, percentage and mean. The
results of research shows the confidence student from technical skill (min = 4.01),
generic skill (min = 4.12) and theory that have learned (min = 4.12) were all at high
level. Therefore several approaches have been proposed to be taken by relevant
parties, especially the Institut Kemahiran Mara to improve and enhance the technical
skills, generic and theoretical knowledge.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACK vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xvi
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Institut Kemahiran Mara 3
1.3 Latar Belakang Masalah 5
1.4 Pernyataan Masalah 10
1.5 Objektif Kajian 11
1.6 Persoalan Kajian 12
1.7 Skop Kajian 12
1.8 Batasan Kajian 12
1.9 Kepentingan kajian 13
1.10 Definisi Istilah 14
1.10.1 Tahap 14
viii
1.10.2 Keyakinan 14
1.10.3 Kemahiran Generik 15
1.10.4 Kemahiran teknikal 15
1.10.5 Elektrik dan Elektronik 15
1.10.6 Teori 16
1.10.7 Institut Kemahiran MARA 16
1.10.8 Latihan 16
1.10.9 Bumiputera 17
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 18
2.1 Pengenalan 18
2.2 Institut Kemahiran Mara (IKMJB) 19
2.2.1 Visi IKMJB 21
2.2.2 Misi IKMJB 21
2.2.3 Unit Jabatan Pengajian IKMJB 22
2.3 Pasaran Kerja 22
2.4 Kemahiran Generik 24
2.5 Kemahiran Teknikal 28
2.6 Pemahaman Melalui Pembelajaran Teori 31
2.7 Kemahiran Teknikal Dan Vokasional 33
BAB 3 METODOLOGI 35
3.1 Pengenalan 35
3.2 Rekabentuk Kajian 35
3.3 Tempat Kajian 36
ix
3.4 Populasi dan Sampel kajian 36
3.5 Instrumen Kajian 37
3.5.1 Bahagian A 38
3.5.2 Bahagian B 38
3.6 Prosedur Kajian 39
3.7 Carta Alir Prosedur Kajian 40
3.8 Soal-Selidik 41
3.9 Ujian Rintis 41
3.10 Kesahan Dan Kebolehpercayaan Item Kajian 42
3.11 Analisis Data 44
3.12 Penutup 45
BAB 4 ANALISIS DATA 46
4.1 Pengenalan 46
4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 47
4.2.1 Umur 47
4.2.2 Jantina 48
4.2.3 Status 48
4.2.4 Kelulusan 49
4.2.5 Jenis Sekolah 49
4.2.6 Jurusan Sekolah 50
4.2.7 Bidang Kursus 50
4.3 Bahagian B 51
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 52
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 54
x
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 58
4.3.4 Rumusan Keseluruhan 61
4.4 Cross Tab Mengikut Jantina 62
4.4.1 Soalan Kajian 1 62
4.4.2 Soalan Kajian 2 64
4.4.3 Soalan Kajian 3 65
4.5 Cross Tab Mengikut Kursus 66
4.5.1 Soalan kajian 1 66
4.5.2 Soalan Kajian 2 68
4.5.3 Soalan Kajian 3 70
4.6 Rumusan Cross Tab (Mengikut Jantina) 72
4.7 Rumusan Cross Tab (Mengikut Kursus) 73
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 75
5.1 Pengenalan 75
5.2 Rumusan Kajian 76
5.3 Perbincangan Kajian 77
5.31 Bahagian A: Latar belakang Responden 77
5.32 Bahagian B: Persoalan Kajian 78
5.3.2.1 Kemahiran Teknikal 78
5.3.2.2 Kemahiran Generik 80
5.3.2.3 Pengetahuan Teori 81
5.3.2.4 Persoalan kajian mengikut jantina 82
5.3.2.5 Persoalan kajian mengikut kursus 83
xi
5.4 Cadangan Dalam Kajian 84
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 90
5.6 Kesimpulan 90
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.0 Kursus Yang Ditawarkan Di Institut Kemahiran 3
Mara Johor Bahru
1.1 Status Pelajar IKM Setelah Menamatkan Pengajian 4
1.2 Unjuran Keperluan Tenaga Kerja Sektor Perkilangan 6
1.3 Jumlah Penggur Berdaftar, Kerja Kosong Keseluruhan 8
Industri,Kerja Kosong, dan Jumlah Penempatan Berdaftar
Mengikut Kumpulan Pekerjaan Dalam Sektor Perkilangan
1.4 Perbandingan Peratusan Tenaga Mahir Dilahirkan di 9
Beberapa Negara
2.1 Senarai Badan Unit Beruniform di IKMJB 27
2.2 Kriteria Pemilihan Kerjaya Oleh Majikan 29
2.3 Peringkat Kemahiran Diperolehi Pekerja 32
3.1 Jumlah Pelajar Tahun Akhir Jabatan Elektrik dan 37
Elektronik
xiii
3.2 Persoalan Kajian dalam item 38
3.3 Nilai Alpha Cronbach's Bagi Setiap Persoalan Kajian 42
3.4 Kedudukan Item Dalam Nilai Alpha 43
3.5 Taburan Nilai Min Mengikut Tahap 45
4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 47
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 48
4.3 Taburan Responden Mengikut Status 48
4.4 Taburan Responden Mengikut Kelulusan 49
4.5 Taburan responden mengikut jenis sekolah 49
4.6 Taburan Responden Mengikut Jurusan Sekolah 50
4.7 Taburan Responden Mengikut Kursus 50
4.8 Taburan Nilai Min Mengikut Tahap 51
4.9 Taburan Responden Mengikut Keyakinan Kemahiran 52
Teknikal
4.10 Taburan Responden Mengikut keyakinan Kemahiran 55
Generik
4.11 Taburan Responden Mengikut Keyakinan Pengetahuan 58
Teori Dipelajari
4.12 Rumusan Peratusan Responden Secara Keseluruhan 61
Dalam Persoalan Kajian
4.13 Taburan Responden Mengikut Jantina Keyakinan 63
Kemahiran Daripada segi Teknikal.
4.14 Taburan Responden Mengikut Jantina 64
Untuk Keyakinan Daripada Segi Kemahiran Generik
4.15 Taburan Responden Mengikut Jantina Untuk 65
Keyakinan Daripada Segi Pengetahuan Teori
4.16 Taburan Responden Mengikut Kursus Untuk 66
Keyakinan Daripada Segi Kemahiran Teknikal
4.17 Taburan Responden Mengikut kursus Untuk 68
Keyakinan Daripada Segi Kemahiran Generik
xiv
4.18 Taburan Responden Mengikut Kursus Untuk 70
keyakinan Daripada Segi Pengetahuan Teori
4.19 Rumusan Peratusan Responden Secara Keseluruhan 72
Untuk Persoalan Kajian Mengikut Jantin
4.20 Rumusan Peratusan Responden Secara Keseluruhan 73
Untuk Persoalan Kajian Mengikut Jantina
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Jabatan Pengajian di IKMJB 22
2.2 Model Mengenai Kemahiran Generik KPT 25
3.1 Carta Alir Prosedur Kajian 40
3.2 Pengelasan Skala 44
5.1 Cadangan Modul Kemahiran Generik Untuk Diterapkan 87
di IKMJB
5.2 Struktur Pengukuhan Kemahiran Teknikal dan Teori 88
yang Dipelajari Menerusi Projek Akhir
5.3 Model Pembelajaran berbentuk ’Problem Based Learning’ 89
xvi
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
f – Frekuensi
α – Alpha Cronbach
% – Peratus
CPA – Certified Public Accountants
GMI – Jerman Malaysia Institut
IKMJB – Institut Kemahiran Mara Johor Bahru
IKM – Institut Kemahiran Mara
IMP – Malaysian Industrial Plan
JPA – Jabatan Perkhidmatan Awam
KPT – Kementerian Pengajian Tinggi
KKTM – Kolej Kemahiran Tinggi Mara
MEF – Esekutif Persekutuan Majikan Majikan Malaysia
MTEN – Majlis Tindakan Ekonomi Negara
MARA – Majlis Amanah Rakyat
MPPB - Pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
bumiputera
MQA – Agensi Kelayakan Malaysia
Prof – Professor
PTV – Pendidikan Teknik dan Vokasional
P & P – Pengajaran dan Pembelajaran
PHD – Doktor Falsafah
SPSS –Statistical Packages for Social Sience
SLDN – Sistem Latihan Dual Nasional
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Set soal Selidik Responden
B Set soal Selidik Pihak IKM
C Surat Memohon Kebenaran MendapatkanMaklumat
D Surat Pengesahan Kandungan Item Soal Selidik
E Hasil Data SPSS
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Permintaan tenaga kerja semakin hari kian meningkat. Dengan beralih kepada
ekonomi berasaskan pengetahuan, negara semakin menyedari hakikat kepentingan
memiliki pekerja mahir dan separa mahir untuk menguasai teknologi dan produktiviti
bagi meningkatkan daya saing dan terus menarik pelaburan langsung asing (Tan & Gill,
2000).
Menurut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin,dalam tempoh
10 tahun ini, negara memerlukan lebih ramai pelajar bidang teknikal dan vokasional
untuk memenuhi keperluan 3.3 juta tenaga kerja mahir dan terlatih apabila negara
mencapai status negara maju pada 2020 (Utusan Malaysia, 25 ogos 2010)
Tenaga kerja masa kini memerlukan kemahiran dan ketrampilan yang baru dan
meluas merentasi pelbagai fungsi di tempat kerja berbanding masa lampau (Holton &
Trott, 1996). Menurut Jacinto (2001), juga menegaskan latihan kemahiran spesifik
semata–mata tidak menjamin pekerjaan, tetapi dengan memuatkan kemahiran generik
boleh membantu pelatih memperoleh pekerjaan. Thomas (1990) menyarankan agar
latihan kemahiran bukan sahaja memberikan kemahiran spesifik, malah kemahiran
2
boleh kerja yang melancarkan lagi proses pembelajaran belia daripada alam
persekolahan kepada pekerjaan sebenar.
Kemahiran boleh kerja bersifat umum yang merangkumi bimbingan kerjaya,
keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), penyelesaian masalah, kerja
berpasukan, interpersonal dan personaliti wajar diintegrasikan (Schmidt, 1999).
Menurut ILO (2001) lagi, langkah ini boleh menghasilkan tenaga kerja yang fleksibel
terhadap permintaan pasaran buruh semasa.
Daripada sejumlah 10,889,500 tenaga buruh di Malaysia pada tahun lalu, 57.3
peratus terdiri daripada bumiputera, kaum Cina pula 24.8 peratus sementara India dan
lain-lain sebanyak 8.2 peratus. Buruh di kalangan bukan warganegara pula berjumlah
9.7 peratus. Bilangan bukan warganegara dalam umur bekerja meningkat dengan
mendadak daripada 215,200 pada 1982 kepada 1,240,200 pada 2005. Tenaga buruh
bukan warganegara pula meningkat daripada 138,500 kepada 1.03 juta.Pekerja
tempatan pula masih melebihi pekerja asing dalam industri pembuatan iaitu sebanyak
19.1 peratus. Bagaimanapun, industri pembuatan merupakan industri kedua paling
ramai pekerja asing iaitu 17 peratus, hanya kurang dua peratus daripada pekerja
tempatan. (Utusan Malaysia,16 Jun 2009).
Sehubungan dengan itu, Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang
membangun, telah menyediakan beberapa buah institusi kemahiran bagi memenuhi
permintaan sumber tenaga manusia yang dikehendaki. Disamping itu, ia juga dapat
menyediakan para belia untuk mendapatkan latihan kemahiran bagi memudahkan
mereka memasuki bidang pekerjaan tertentu.Institusi-istitusi yang terlibat adalah seperti
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat
Giat Mara dan sebagainya. Selain daripada itu, salah sebuah agensi kerajaan yang turut
menyumbangkan ke arah pembangunan sumber manusia ialah Institut Kemahiran
MARA (IKM).
3
1.2 Institut Kemahiran Mara
IKM ialah salah satu institusi latihan kemahiran awam yang terus berfungsi
sebagai pembekal utama tenaga kerja mahir dan separa mahir dengan menawarkan
pelbagai program latihan kemahiran. Sebagai sebuah institusi kemahiran, Institut
Kemahiran Mara merupakan salah sebuah institusi yang telah dipertanggungjawabkan
untuk melatih para belia dalam bidang kemahiran tertentu seperti bidang Elektrik,
Elektronik, Automotif dan Mekanikal. Jadual 1.0 dibawah menunjukkan kursus yang
ditawarkan di Institut Kemahiran Mara Johor Bahru.
Jadual 1.0 Kursus Yang Ditawarkan Di Institut Kemahiran Mara Johor Bahru
Peringkat Diploma
Bil Kursus Tempoh
(Bulan)
1
2
Diploma Teknologi Mekanikal Gas
Diploma Teknologi Pemanas,Pengudaraan dan Penyaman udara
36
Peringkat Sijil Kejuruteraan
1
2
3
4
Sijil Kejuruteraan Maritim
Sijil Kejuruteraan Elektronik Instrumen
Sijil Kejuruteraan Elektronik komunikasi
Sijil Kejuruteraan Mekatronik
24
30
Peringkat sijil Teknologi
1
2
3
4
5
6
7
Sijil Teknologi Elektrik Domestik dan Industri
Sijil Teknologi Elektrik Kuasa
Sijil Teknologi Mekanikal Pembuatan
Sijil Teknologi Mekanikal Penyelengaraan Mesin
Sijil Teknologi Mekanikal Lukisan dan rekabentuk
Sijil Teknologi Elektro penyaduran
Sijil Teknologi Kimpalan
24
36
24
Sumber: Profil Institut Kemahiran Mara Johor Bahru (2010)
4
Institut ini juga bertanggungjawab untuk dalam mencorak keluaran mereka
dengan acuan mereka sendiri. Walau apapun kualiti lulusan teknikal yang dihasilkan
oleh institut, ianya mestilah sejajar dengan kehendak dan permintaan pasaran kerja.
Dengan kurikulum dan program yang telah dirangka sejak dari penubuhannya,institut
ini telah berjaya melahirkan ramai pekerja mahir setelah tamat pengajian seperti jadual
1.1 dibawah.
Jadual 1.1 Status Pelajar IKM Setelah Menamatkan Pengajian
Status Peratusan
Bekerja 77 %
Melanjutkan pengajian 15%
Usahawan 5%
Tidak bekerja 3%
Sumber: Institut Kemahiran Mara
Menurut Datuk Hishammuddin Bin Tun Hussein, di dalam pengurusan
pembangunan belia, pihak kerajaan telah mengeluarkan belanja yang agak banyak
contohnya untuk tahun 2004 sahaja, sebanyak RM82.5 juta diperuntukkan untuk
melatih para belia yang sedang mengikuti latihan di institusi kemahiran di seluruh
negara (Ramli Abdul Karim, 2004). Latihan yang berteraskan pendidikan teknik dan
vokasional ini, diharapkan akan dapat melahirkan tenaga kerja berkemahiran yang amat
diperlukan oleh industri dan dapat meningkatkan ekonomi negara. Seterusnya dapat
menyumbang kepada peningkatan serta kemajuan negara ke arah mencapai Wawasan
2020.
Selaras dengan kepesatan perindustrian dan permintaan terhadap sumber tenaga
manusia, Institut Kemahiran Mara dibentuk berdasarkan objektifnya iaitu, untuk
menambahkan bilangan guna tenaga mahir bumiputera dalam beberapa bidang dan
5
tahap kemahiran bagi sektor perdagangan dan perindustrian disamping mewujudkan
sumber bakal-bakal usahawan.(Sisipan Khas Piagam Mara).
Selain itu program kemahiran ini juga dijalankan bagi melatih Bumiputera
dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran yang melayakkan mereka berkhidmat
dalam sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian disamping mewujudkan bakal
- bakal usahawan. Pelajar juga diberi ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kursus
yang diceburi serta latihan industri untuk memantapkan pengetahuan teori dan amali
yang dipelajari.
Di IKM kursus latihan kemahiran dijalankan diperingkat sijil bagi belia
bumiputera berusia antara 17 hingga 47 tahun dalam bidang seperti Elektrik, Elektronik,
Automotif, Mekanikal. Kini terdapat 47 kursus sepenuh masa yang dikendalikan oleh
12 IKM seluruh negara dan tempoh latihan adalah 24 bulan (empat semester). Sehingga
kini program latihan kemahiran MARA Berjaya melahirkan tiga bentuk graduan iaitu
pekerja mahir, juruteknik, teknopreneur (usahawan) serta separa professional (
teknologis).
1.3 Latar Belakang Masalah
Kini negara sedang melalui transformasi ekonomi melalui rancangan ekonomi
baru dan sedang pantas menembusi zaman perindustrian. Perkembangan industri dan
persaingan ekonomi yang semakin pesat menunjukkan bahawa industri adalah semakin
berteknologi tinggi. Selaras dengan peralihan ekonomi baru dan penghasilan produk
berasaskan pengetahuan, permintaan akan lebih banyak tertumpu kepada tenaga
berkemahiran tinggi. Negara perlu mewujudkan lebih banyak tenaga mahir untuk
mengekalkan pertumbuhan ekonomi, mengurangkan pengambilan pekerja asing serta
meningkatkan daya saing (Mohamad, 2009).
6
Ini disokong oleh data yang dihitung dari Laporan Penyiasatan Pembuatan, Jabatan
Perangkaan Malaysia (2005) yang menyatakan bahawa unjuran keperluan tenaga kerja
bagi tahun 2010 dalam pelbagai sektor pekerjaan berdasarkan jadual 1.2 di bawah.
Jadual 1.2 Unjuran Keperluan Tenaga Kerja Sektor Perkilangan
Pekerjaan Mahir Separa mahir
Elektrik dan elektronik 345 801 212030
Pengangkutan 45 692 42 259
Makanan 43 622 43 090
Perkilangan papan (kayu) 40 210 57 477
Pengeluran getah 40 908 31 525
Pengeluaran petroleum dan kimia 150 668 108 177
Industri bukan logam 27 219 31 676
Perkilangan lain 22 002 15 600
Sumber : Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia,UKM
Industri elektrik dan elektronik adalah sektor industri Malaysia yang terkemuka
dan menyumbang kepada sebahagian besar keluaran, eksport dan pekerjaan perkilangan
negara. Keperluan tenaga kerja mahir dan tidak mahir sudah semestinya bertambah
dengan pertubuhan ekonomi. Perlaksanaan pusat pertumbuhan ekonomi seperti Wilayah
Pembangunan Iskandar (WPI) juga dijangka akan menerima gelombang kebanjiran
pekerja asing yang lebih besar selaras dengan peralihan ekonomi kearah penggunaan
modal yang besar dan penghasilan produk berasaskan pengetahuan. Permintaan akan
lebih tertumpu kepada tenaga kemahiran tinggi (Berita Harian, 22 Disember 2007).
Produk yang berkualiti lahir daripada tenaga kerja yang mahir ini penting bagi
menjamin pengeluaran yang produktif dan dapat membantu negara menjadi sebuah
7
negara maju. Oleh itu lebih ramai tenaga mahir diperlukan untuk memenuhi keperluan
dan permintaan industri.
Menurut Laporan First Malaysia’s Industrial Master Plan, jumlah tenaga mahir
ketika ini sebenarnya masih lagi pada tahap yang rendah yang mana sektor pembuatan
negara menggaji 12 000 jurutera,juruteknik iaitu 2.4% tenaga buruh berbanding negara
maju 6-8 % (Lim, 1994). Jumlah jurutera dan juruteknik yang rendah ini sebenarnya
membantutkan lagi perkembangan pengindustrian negara dalam menyerap keupayaan
teknologi. Jika perkara ini berlarutan, ekonomi negara akan bertambah perlahan dan
lembap dan akhirnya kita akan banyak bergantung kepada tenaga kerja mahir seperti
yang terjadi pada ketika ini.
Malangnya ekonomi kita bergantung terlalu besar kepada pekerja asing, satu
fenomena yang tidak sihat kepada negara kita. Sekarang kita mempunyai 2.2 juta
pekerja asing yang bekerja secara sah di negara ini dan mereka mewakili kira-kira 30
peratus dari keseluruhan 5.5 juta pekerja di sektor swasta. Ini tidak termasuk pekerja
asing yang tinggal dan bekerja secara haram. Ia merupakan satu jumlah yang besar dan
ini tidak sepatutnya berlaku dan jumlah ini perlu dikurangkan. Kita perlu melihat
bagaimana Singapura menggunakan sepenuhnya pekerja tempatan mereka tanpa perlu
bergantung kepada warga asing (Mingguan Malaysia,25 Ogos 2009).
Memang tidak dinafikan bahawa bilangan lulusan teknikal yang dikeluarkan
oleh institusi kelihatan mencukupi pasaran buruh, namun masih ada juga yang tidak
mendapat pekerjaan. Hal ini disokong dalam kajian Ahmad (2005) yang menyatakan
bahawa 80 000 lulusan teknikal menganggur, lulusan teknikal banyak bergantung
kepada kelayakan akademik untuk mendapat pekerjaan dan kurang kemahiran generik.
Perkara ini kita dapat melihat melalui data yang dikeluarkan seperti di Jadual 1.3.
8
Berdasarkan Jadual 1.3 diatas, Malaysia perlu mewujudkan peluang pekerjaan
serta penyediaan kemudahan pendidikan dan latihan yang lebih banyak untuk
menampung pertambahan mereka dan mengurangkan kadar pengangguran. Peningkatan
kemudahan latihan juga mampu menghasilkan lebih ramai tenaga kerja yang
berkemahiran. Menurut Muhaimin (2008), menyatakan bahawa permintaan yang
semakin tinggi kepada tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan
memberi kesan kepada peningkatan persaingan dalam kalangan graduan bagi
mendapatkan kerja yang diingini selepas tamat pengajian.
Masalah untuk memasuki pasaran kerja ini adalah disebabkan wujudnya
ketidaksepaduaan antara kemahiran yang diperlukan dengan kemahiran yang ada pada
lulusan teknikal. Faktor inilah yang menyebabkan majikan lebih gemar mengambil
pekerja yang lebih kompeten diluar Negara. Ini ditambah dengan tanggapan bahawa
pekerja asing lebih rajin dan komited menjadi punca sebahagian besar majikan memilih
mendapatkan pekerja asing berbanding pekerja tempatan, terutama di sektor
Jadual 1.3 : Jumlah Penggur Berdaftar, Kerja Kosong Keseluruhan Industri,
Kerja Kosong, dan Jumlah Penempatan Berdaftar Mengikut Kumpulan
Pekerjaan Dalam Sektor Perkilangan
9
perkilangan. (Mohamad, 2009). Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF),
Samsudin Bardan pernah menyatakan bahawa majikan sering beranggapan pekerja
asing lebih bersikap positif dan tidak banyak karenah terhadap kerja dan mudah diminta
bekerja lebih masa (Berita Harian,3 Jun 2006).
Jadual 1.4: Peratusan Tenaga Mahir Dilahirkan
Negara Peratus tenaga mahir dilahirkan
Malaysia 23
Indonesia, India, China 50
Jerman 70
Sumber: Portal pendidikan utusan (2001-2009)
Berdasarkan Jadual 1.4 di atas, kini hanya 23 peratus sahaja daripada
tenaga kerja merupakan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Peratusan ini jauh lebih
rendah berbanding dengan negara maju yang lain seperti Jerman yang melahirkan 70
peratus pelajarnya dalam bidang teknik dan vokasional. Malah Negara kita juga jauh
ketinggalan berbanding Indonesia, India dan China yang melatih 50 peratus daripada
keseluruhan pelajarnya dengan kemahiran tinggi. Oleh itu negara perlu meningkatkan
komposisi pekerja berkemahiran tinggi kepada sekurang-kurangnya 37 peratus
menjelang tahun 2015 untuk menjadi sebuah negara maju. (Dato seri Mohd Najib
Abdul Razak,2009). Daripada 23 peratus ini, sebanyak 57.3 peratus tenaga mahir adalah
terdiri daripada Bumiputera. (Utusan Malaysia, 4 Mei 2009).
Oleh itu, Institut Kemahiran Mara (IKM) yang merupakan salah satu daripada
institut yang melatih lulusan teknikal mempunyai tanggungjawab yang besar dalam
meningkatkan peratusan tenaga mahir bumiputera ini bagi memenuhi keperluan tenaga
mahir di Negara ini. Walaupun IKM telah membuktikan bahawa sebahagian besar
lepasan institut itu berjaya memperolehi pekerjaan, tetapi masih terdapat lima peratus
yang gagal dalam memperolehi pekerjaan selepas menamatkan pengajian (16
November, 2009).
10
Diketahui bahawa pelajar IKM kesemuanya adalah terdiri daripada bumiputra.
Populasi kaum bumiputera merupakan separuh daripada penduduk di negara ini. Oleh
itu dalam pembangunan sumber manusia, separuh penduduk merupakan sumber
kekuatan utama dalam membina keupayaan negara. Jika mereka tidak dibawa ke dalam
arus pembangunan masyarakat, kebolehan mereka tidak dikembangkan sepenuhnya dan
mereka dibiarkan menjadi beban kepada negara, maka tentulah kemajuan kita akan
tergendala. Tidak ada negara yang dapat mencapai kemajuan penuh dengan hanya
separuh sumber tenaganya digemblengkan. sikap dan pengurusan yang betul, dapat
menjadi tenaga yang akan meringankan beban kita dan mempercepatkan kemajuan kita.
Bumiputera mesti memainkan peranan mereka sepenuhnya untuk mencapai matlamat
negara.
1.4 Pernyataan Masalah
IKM terus berfungsi sebagai pembekal utama tenaga kerja mahir dan separa
mahir dengan menawarkan pelbagai program latihan kemahiran. Cabaran utama yang
perlu dihadapi ialah untuk terus menyumbang dalam ekonomi sejagat dimana individu
perlu mempunyai kemahiran teknikal begitu juga dengan kemahiran generik yang
memberi kesan kepada tahap fleksibiliti dan kebolehsuaian serta kebolehan untuk
bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan. Namun keadaan yang berlaku kini dan
menjadi persoalan adalah ketidakupayaan pekerja tempatan untuk memenuhi kehendak
pasaran semasa dan persaingan pekerja asing yang banyak diambil oleh majikan.
Yahya (2004), mendapati beberapa elemen kualiti yang mesti ada bagi graduan-
graduan teknikal dan vokasional seperti keupayaan untuk berkomunikasi,fleksibel dan
lain-lain bagi menghadapi cabaran masa depan yang dinamik. Oleh itu,institut pemberi
latihan harus bersedia membekalkan elemen kemahiran generic kepada para pelatihnya
bagi melahirkan lulusan yang berkemahiran serba lengkap,berkualiti disamping
memiliki kemahiran teknikal.
11
Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pakah tahap keyakinan
pelajar Jabatan Elektrik dan Elektronik di Institut Kemahiran Mara Johor Bahru untuk
memasuki pasaran kerja? Pengkaji juga ingin mengetahui sejauhmanakah faktor
berkaitan kemahiran teknikal, pengetahuan teori dan kemahiran generik yang ada
sebagai persediaan pelajar untuk memasuki pasaran kerja.
1.5 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap keyakinan pelajar Jabatan Elektrik
Elektronik di Institut Kemahiran Mara Johor Bahru untuk memasuki pasaran kerja.
Oleh itu kajian ini secara spesifik untuk menjawab persoalan kajian berikut :
i) Mengenal pasti kemahiran teknikal yang dipelajari dapat diaplikasikan di tempat
kerja.
ii) Mengenal pasti kemahiran generik yang diperolehi dapat memberikan keyakinan
kepada pelajar untuk memasuki pasaran kerja.
iii) Mengenal pasti pengetahuan mengenai teori-teori yang dipelajari dapat
memberikan keyakinan kepada pelajar untuk memasuki pasaran kerja.
iv) Mengenal pasti tahap keyakinan pelajar di institut Kemahiran Mara Johor Bahru
untuk memasuki pasaran kerja mengikut jantina.
v) Mengenal pasti tahap keyakinan pelajar di institut Kemahiran Mara Johor Bahru
untuk memasuki pasaran kerja mengikut kursus.
12
1.6 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa persoalan bagi menentukan
objektif kajian tercapai iaitu :
i) Adakah pelajar yakin kemahiran teknikal yang dipelajari dapat diapalikasikan di
tempat kerja?
ii) Adakah kemahiran generik yang diperolehi dapat memberikan keyakinan kepada
pelajar untuk memasuki pasaran kerja.
iii) Adakah pengetahuan mengenai teori – teori yang dipelajari dapat memberikan
keyakinan kepada pelajar untuk memasuki pasaran kerja?
iv) Apakah tahap keyakinan pelajar di institut Kemahiran Mara Johor Bahru untuk
memasuki pasaran kerja mengikut jantina?
v) Apakah tahap keyakinan pelajar di institut Kemahiran Mara Johor Bahru untuk
memasuki pasaran kerja mengikut kursus?