laporan kajian uruf negeri pahang 2008 edited kajian uruf negeri... · 3.10 penggunaan alat...

87
LAPORAN PENUH KAJIAN PENETAPAN URUF EMAS PAKAI NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR 2008

Upload: dinhdiep

Post on 19-Jun-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

LAPORAN PENUH KAJIAN PENETAPAN URUF EMAS PAKAI

NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR 2008

Page 2: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

LAPORAN KAJIAN PENETAPAN URUF EMAS PAKAI

NEGERI PAHANG 2008

Disediakan oleh

Jawatankuasa Kajian Uruf Emas Pakai Negeri Pahang 2008

Page 3: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Abstrak

Penentuan sesuatu uruf perlu melihat kepada aplikasi semasa yang menyeluruh

bagi mendapatkan gambaran sebenar sesuatu hukum berkenaan. Keadaan ini lebih

kritikal jika uruf berkenaan akan dijadikan fatwa yang akan dilaksanakan dalam

pentadbiran agama Islam di Malaysia. Kesilapan dan ke tidak tentuan penentuan uruf

boleh membawa kepada wujudnya kekeliruan di kalangan umat Islam dan menimbulkan

kekusutan dalam pentadbiran . Untuk itu, bagi mendapatkan uruf yang akan dijadikan

hukum, ia perlu diasaskan kepada kajian semasa yang mendalam menggunakan

metode yang sah bagi memahami kedudukan sebenar pelaksanaan uruf berkenaan.

Kajian ini dijalankan di seluruh Negeri Pahang untuk mengetahui status sebenar

pemakaian emas di kalangan wanita di negeri ini. Ini bertujuan untuk mendapatkan

jumlah sebenar emas yang sering dipakai di kalangan wanita dan seterusnya akan

digunakan bagi penentuan kadar emas pakai yang akan dikenakan zakat. Sat alat ukur

kajian telah dibangunkan dan diedarkan ke seluruh negeri Pahang untuk mendapat

gambaran sebenar pemakaian emas di kalangan wanita. Seramai 1500 wanita telah

terpilih dalam kajian ini yang meliputi semua daerah dan strata ekonomi penduduk.

Borang-borang diedarkan kepada responden melalui sesi taklimat khas yang dijalankan

untuk tujuan ini. Hasil kajian adalah kadar sebenar dan semasa emas yang dipakai di

kalangan wanita di negeri Pahang. Ketepatan kadar ini penting untuk menetapkan fatwa

jumlah uruf emas pakai yang akan dikenakan zakat. Kajian yang menyeluruh dan

mendalam ini penting untuk memantapkan pelaksanaan hukum fiqh semasa di Malaysia

Page 4: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Tenaga Kerja Projek Kajian

Penaung Projek : Dato Haji Abdul Rahman B. Haji Osman DIMP., SMP., AMP., PKC.

Mufti Negeri Pahang Darul Makmur. Pengarah Projek : Tuan Haji Halidan B. Md Daud AMP

Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat Pahang. Perunding Projek : Dr. Muhammad Nubli B. Abdul Wahab Jab. Sains Kemanusiaan

Universiti Malaysia Pahang

: En. Mohd Ghani B. Awang Jab. Sains Kemanusiaan

Universiti Malaysia Pahang Pengurus Operasi Projek : Us. Felza zulrrafaaee B. Abd Hamid Unit Dakwah dan Penyelidikan Pusat Kutipan Zakat Pahang

: Us. Adham B. Roslan Unit Teknologi Maklumat

Pusat Kutipan Zakat Pahang Penyediaan Kerangka Kajian Penyediaan Kajian Pilot: : Cik Haslinda Bt. Hashim Universiti Malaysia Pahang

: Us. Zuridan B. Md Daud Universiti Malaysia Pahang : Pn. Munira Bte Razak Universiti Malaysia Pahang : Us. Hilmi B. Mat Said

Universiti Malaysia Pahang Penyediaan Alat Kajian : Dr. Hassan B. Ahmad Universiti Malaysia Pahang Pengumpulan Data Kajian : En. Zainal B. Man : En. Anuar B. Hassan : En. Zahwawi B. Wahab : En. Mohamad Ezani B. Mohamed Kassim Ibu Pejabat PKZ PHG

: Us. Wan Ahmad Safuan B. Wan Yahaya : Cik Nor Syahida Bt Mohd Haris Unit Dakwah Dan Penyelidikan PKZ PHG : En. Zafridan B. Md Daud

: Us. Mohamed Fuad B. Mohamed Zainudin : En. Suhairi B. Ramli

Unit Pemasaran PKZ PHG

Page 5: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

: En. Mohd Azmi B. Hj Othman

Unit Perhubungan Awam & Korporat PKZ PHG

: En. Che Samsol B. Ibrahim : En. Wan Mohd Napi B. Wan Sulaiman : Us. Mohd Amran B. Abd Hamid : En. Muhammad Zaki B. Sulaiman : Hj. Khairul Anuar B. Abdullah : En. Ahmad Razali B. Mokhtar : En. Ahmad Farid B. Mohd Ghazali : Us. Mohd Farid B. Mohd Ramly : En. Mohd Amir Irwan B. Abdul Rashid

Pejabat PKZ PHG Zon 1 : Us. Mohd Asri B. Awang : En. Jamari B. Abdul Hamid : En. Jusny B. Jaafar : En. Mohd Ridzwan B. Harun : En. Nor Hisyam B. Ahya’ : En. M.Pairuz Suhairi B. Abdullah : En. Abd Majid B. Abd Manaf : En. Mohd Syamsuri B. Idris

Pejabat PKZ PHG Zon 2 : En. Mohd Zaisam B. Zainal : En. Mohd Yahya B. Shamsuddin : Us. Mohd Khairon B. Umar : En. Rosdi B. Razali : En. Mohd Raqib B. Mohamad : En. Mohd Al-Zaher B. Shafie : En. Mohd Mikdad B. Md Salim

Pejabat PKZ PHG Zon 3 Analisis Data Kajian : Unit Dakwah Dan Penyelidik PKZ PHG Penyediaan Laporan Kajian : Unit Dakwah Dan Penyelidikan PKZ PHG Pembiayaan Projek : Majlis Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

Page 6: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Isi Kandungan BAB HALAMAN Bab 1 1.0 Pengenalan 1

1.1 Pendahuluan 1 1.2 Masalah Dan Persoalan Kajian 1 1.3 Objektif Kajian 2

1.4 Kepentingan Kajian 3 1.5 Limitasi Kajian 3 Bab 2 2.0 Kajian Literatur 4 2.1 Emas Perhiasan 4 2.2 Pemakaian Emas dalam Mazhab Imam As Syafie 6 2.3 Uruf 7 2.4 Kajian Pemakaian Emas Di Kalangan Wanita Islam Di Malaysia 11 2.5 Masalah-Masalah Yang Berkaitan Dengan Ke Tidak 12 Tetapan Uruf Emas Pakai Negeri Pahang Bab 3 3.0 Kaedah Kajian 13 3.1 Kajian Kuantitatif 13 3.2 Definisi Kajian 13 3.3 Populasi Kajian 14 3.4 Pemilihan Sampel 14 3.5 Kaedah Pembangunan Alat Kajian 14 3.6 Kajian Pilot 15 3.7 Huraian Persoalan Dan Tujuannya 15 3.8 Alat Kajian 16 3.9 Proses Pengumpulan Data 19 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12 Kaedah Analisis Hasil Kajian 23

Page 7: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Bab 4 4.0 Hasil Kajian

4.1 Tinjauan Dan Analisa 25 4.2 Pembersihan Data Kajian 25

1. Tinjauan Pemakaian Emas Berdasarkan Kepada Perbezaan Umur Responden 26

2. Tinjauan Pemakaian Emas Berdasarkan Kepada

Perbezaan Status Responden 27 3. Tinjauan Pemakaian Emas Berdasarkan Kepada

Perbezaan Pekerjaan Responden 28 4. Tinjauan Pemakaian Emas Berdasarkan Kepada

Perbezaan Kawasan Tempat Tinggal Responden 29 5. Tinjauan Pemakaian Emas Berdasarkan Kepada

Perbezaan Pendapatan Bulanan Responden 30

6. Tinjauan Kefahaman Responden Tentang Kewajipan Zakat Emas Pakai 31

7. Tinjauan Kefahaman Responden Yang Tahu Tentang Kewajipan Zakat Emas Pakai Mengikut Kategori Umur 32

8. Tinjauan Kefahaman Responden Tentang Kewajipan Zakat Emas Pakai Mengikut Pecahan Kawasan Tempat Tinggal 33

9. Tinjauan Pengetahuan Responden Tentang Pengiraan Zakat Emas Pakai 33

10. Tinjauan Berkaitan Pembayaran Zakat Emas Pakai 34

11. Tinjauan Sumber Pengetahuan Responden Tentang Kewajipan Zakat Emas Pakai 36

12. Tinjauan Kefahaman Responden Tentang Golongan Yang Layak Menerima Zakat 38

13. Tinjauan Jenis Emas Yang Dipakai Responden 39

14. Tinjauan Jenis Barangan Emas Yang Dimiliki Responden 40

15. Tinjauan Berkaitan Situasi Emas Yang Dimiliki Responden 41

16. Tinjauan Berkaitan Status Pemakaian Emas Responden 42

Page 8: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Bab 5 5.0 Analisa Kajian

5.1 Analisa Keseluruhan 44 5.2 Analisa Kajian Pemakaian Emas Secara Keseluruhan 45 5.2.1 Analisa Mengikut Pecahan Pendapatan Bulan

Responden Secara Terperinci 47 5.2.2 Analisa Mengikut Pecahan Perbezaan Kawasan Tempat Tinggal Responden Secara Terperinci 48 5.2.3 Analisa Mengikut Pecahan Perbezaan Umur Responden Secara Terperinci 49 5.3 Analisa Kajian Pemakaian Emas Bagi Berat Timbangan 85 Gram Hingga 200 Gram 50 5.3.1 Analisa Mengikut Perbezaan Kawasan Tempat Tinggal Responden 50 5.3.2 Analisa Mengikut Pecahan Pendapatan Bulanan Responden 51 5.3.3 Analisa Mengikut Perbezaan Umur Responden 51

Bab 6 6.0 Rumusan Dan Cadangan 6.1 Objektif Pertama 54 6.2 Objektif Kedua 54 6.3 Objektif Ketiga 56 Bab 7 Penutup 58

Lampiran

Data kajian Borang Soal Selidik Gambar-gambar yang berkaitan dengan kajian

Page 9: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Bab 1 Pengenalan

Pendahuluan Masalah Kajian Dan Persoalan Kajian Objektif Kajian Kepentingan Kajian Limitasi Kajian

Page 10: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Sejak mula beroperasi pada tahun 1996, PKZ tidak mempunyai satu sandaran

yang khusus mengenai uruf pemakaian emas pakai dan hanya berpandukan kepada

penggunaan uruf yang diamalkan oleh Wilayah Persekutuan dan Selangor iaitu

sebanyak RM 5,000. Walau bagaimanapun, berdasarkan nilai RM 5,000, PKZ telah

menggunakan timbangan 200 gram iaitu nilai yang paling hampir sebagai uruf di negeri

Pahang. Negeri-negeri lain di Malaysia seperti Selangor, Kedah, Perlis, Negeri

Sembilan, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak termasuk juga Wilayah

Persekutuan telah mengeluarkan fatwa berhubung dengan uruf pemakaian emas di

negeri masing-masing. Kebanyakan negeri-negeri ini telah melakukan kajian khusus

untuk mendapatkan nilai yang sesuai digunakan di negeri mereka. Justeru itu, bagi

mendapatkan nilai uruf yang tepat dan diyakini, satu kajian yang menyeluruh mengenai

kebiasaan pemakaian emas di negeri Pahang telah dilakukan. Hasil dari kajian tersebut

diharapkan dapat menjadi panduan kepada Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak

Negeri Pahang untuk menetapkan kadar uruf pemakaian emas di negeri Pahang supaya

dengan itu ianya menjadi rujukan dan hujah dalam pengiraan zakat emas di negeri ini. 1.2 Masalah dan Persoalan Kajian

Sehingga kini masih belum terdapat kajian berkaitan pemakaian emas di

kalangan wanita Islam di negeri Pahang. Tidak terdapat juga rekod dan data mengenai

pemakaian emas untuk dijadikan rujukan bagi penetapan uruf ini. Oleh itu, terdapat

banyak masalah yang timbul. Di antara masalah kajian ini ialah :

i. Adakah wujud perbezaan yang ketara dalam pemakaian emas di antara tahap–tahap sosioekonomi yang berbeza?

Persoalan ini menjuruskan kepada peringkat umur responden, status

perkahwinan, pekerjaan, kawasan tempat tinggal dan jumlah pendapatan

atau gaji sebulan bagi menentukan perbezaan dalam pemakaian emas di

kalangan wanita Islam. Jawapan bagi persoalan ini dapat membantu dalam

menentukan uruf pemakaian emas di negeri Pahang ini.

Page 11: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

ii. Apakah tahap kefahaman mengenai zakat emas di kalangan wanita Islam di Negeri Pahang? Persoalan ini menjuruskan kepada pengetahuan kewajipan menunaikan

zakat emas, cara pengiraan, punca kegagalan dalam menunaikan zakat dan

asnaf yang layak menerima zakat. Segala jawapan yang diberikan akan

menjadi maklumat kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang dalam membantu

mengembangkan kefahaman zakat kepada masyarakat.

iii. Berapakah uruf berat emas pakai yang dipakai di kalangan wanita Islam di negeri Pahang? Persoalan ini menjurus kepada maklumat tentang jenis emas, jenis barangan

emas yang biasa dimiliki, status pemakaiannya dan berat emas yang dipakai

di kalangan wanita Islam di negeri Pahang.

1.3 Objektif Kajian.

Tujuan kajian ini ialah untuk mendapatkan maklumat dan satu nilai yang diyakini

mengenai uruf pemakaian emas bagi golongan wanita Islam di negeri Pahang mengikut

kategori-kategori yang telah ditetapkan. Secara khususnya, tujuan kajian ini

dilaksanakan adalah untuk:

• Mengetahui perbezaan pemakaian emas di antara tahap-tahap sosioekonomi

yang berbeza

• Mengetahui sejauh mana tahap kefahaman mengenai zakat emas pakai di

kalangan wanita di negeri Pahang

• Mengetahui jumlah uruf sebenar pemakaian emas di kalangan wanita Islam

di negeri Pahang

Page 12: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

1.4 Kepentingan Kajian.

Membolehkan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang

menetapkan satu keputusan mengenai pemakaian emas di kalangan wanita Islam dalam

negeri Pahang sekali gus mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat mengenai

uruf emas pakai ini.

Mendapatkan satu nilai yang diyakini tentang kebiasaan pemakaian emas di

kalangan wanita Islam di negeri Pahang mengikut tahap pendapatan (rendah,

sederhana dan tinggi).

Menghasilkan satu laporan lengkap mengenai pemakaian emas di kalangan

wanita Islam dalam negeri Pahang. Laporan ini penting untuk membolehkan operasi

pengutipan zakat emas dilaksanakan dengan lebih berkesan mengikut tahap

sosioekonomi dan kawasan sama ada bandar ataupun luar bandar di negeri Pahang.

1.5 Limitasi Kajian

• Kajian ini hanya meliputi emas yang dipakai sahaja dan tidak mengambil kira

emas yang disimpan baik dalam bentuk perhiasan mahupun sebarang bentuk

lain.

• Kajian ini hanya melibatkan responden beragama Islam sahaja.

• Kajian ini hanya dilaksanakan di kawasan-kawasan yang mempunyai komuniti

penduduk yang ramai sahaja (bandar-bandar besar, bandar-bandar kecil dan

penempatan-penempatan FELDA).

Page 13: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Bab 2 Kajian Literatur

Emas Perhiasan Pemakaian Emas Dalam Mazhab Imam As-Syafie Uruf Kajian Pemakaian Emas Di Kalangan Wanita Islam Di Malaysia Masalah-Masalah Yang Berkaitan Dengan Ketidak Tetapan Uruf Emas Pakai Negeri Pahang

Page 14: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Emas Perhiasan.

Ulama Fiqh mempunyai pendapat yang berbeza berkaitan dengan zakat yang

dikenakan ke atas emas yang dijadikan perhiasan wanita. Ini kerana tiada nash shahih

yang jelas sama ada wajib dikeluarkan zakat atau tidak ke atas emas perhiasan ini. Ada

pendapat yang mengatakan tidak dikenakan zakat ke atas emas perhiasan dan juga ada

mengatakan wajib dikeluarkan zakat ke atas emas perhiasan.

1. Ulama yang mengatakan wajib zakat ke atas emas perhiasan berhujah

dengan bersandarkan dalil-dalil naqli antaranya :

Firman Allah SWT :

والذين يكنزون الذهب والفضة وال ينفقونها فى سبيل اهللا فبشرهم بعذاب أليم

“ Dan ingatlah orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak

membelanjakannya di jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan

atau azab seksa yang tidak terperi sakitnya “ Surah At Taubah ayat 34

Hadis Rasulullah SAW :

وعن عمرو بن شعيب عن أبيه عن جده أن امرأة أتت رسول اهللا صلى اهللا بنة لها ، وفي يد ابنتها مسكتان غليظتان من ذهب ، فقال عليه وسلم ومعها ا

أيسرك أن يسورك اهللا بهما يوم : قال . ال : أتعطين زآاة هذا ؟ قالت : لها ، فألقتهما إلى النبي صلى اهللا عليه فخلعتهما: القيامة سوارين من نار ؟ قال

هما لله عز وجل ولرسوله: وسلم ، وقالت

(1) رواه أبي داود

_____________________________________________________________________________________________

( 1 ) Fiqh Zakah Jilid 1 m/s 330 – Dr Muhammad Yusuf Qardhawi

Page 15: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Bermaksud :

“ telah datang kepada Rasulullah s.a.w seorang wanita bersama anak perempuannya, di

tangan anaknya itu terdapat dua gelang emas yang besar, maka berkata Rasulullah

s.a.w. : “ adakah dikeluarkan zakat dari keduanya ? “ kata wanita itu : “ Tidak “

Rasulullah s.a.w. berkata : “ adakah engkau suka sekiranya Allah memakaikan bagi

kamu gelang dari neraka di akhirat kelak ? ( kerana tidak membayar zakat ) “. Wanita itu

segera menanggalkan dan diberi kepada Rasulullah s.a.w. sambil berkata : “ keduanya

untuk Allah dan Rasul-Nya “. Hadis riwayat Abu Daud

Begitu juga hadis daripada Aisyah r.a : Aku telah menemui Rasulullah dan baginda

melihat di tangan aku terdapat gelang dari perak, lalu sabdanya :” apakah benda

ditanganmu wahai Aisyah ? “ kata aisyah : “ aku buatnya untuk berhias kepadamu wahai

Rasulullah “. Kata Baginda : “ adakah kamu keluarkan zakatnya ? “ Kata Aisyah : “ Tidak

atau Masya Allah. Kata Rasulullah : “ Perhiasan itu merupakan api yang menjadi

bahagian bagi diri mu “ Hadis riwayat Abu Daud, Daruqutni, Hakim dan Baihaqi

2. Ulama yang mengatakan tidak wajib zakat ke atas emas perhiasan

bersandarkan kepada beberapa sandaran :

Ibnu Hazm berkata : bahawa Jabir bin Abdullah dan Ibnu Umar berkata : Tidak

dikenakan zakat pada perhiasan. Ini juga merupakan pendapat dari Asma binti Abu Bakr

dan diriwayatkan juga dari Aisyah dan riwayat ini adalah shahih. Juga diriwayatkan oleh

Sya’bi dan Umrah binti Abdul Rahman dan Abu Ja’far Muhammad bin Ali. Dan juga

diriwayatkan dari Thawus, Hasan dan Said bin Musaiyib.

Juga menjadi pendapat Qasim bin Muhammad, dan menjadi pegangan Imam

Malik bin Anas dan Imam Ahmad bin Hambal dan juga Ishaq bin Ruwaihah. Hal ini juga

menjadi pendapat Imam As Syafie dalam qaulnya yang Azhar seperti mana kata Imam

Al Khitaabi. ( 1 )

_____________________________________________________________________________________________

( 1 ) Fiqh Zakah Jilid 1 m/s 331 – Dr Muhammad Yusof Qardhawi

Page 16: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

2.2 Pemakaian emas dalam mazhab syafie:

Mengikut Mazhab Imam As-Syafie, emas yang dipakai sebagai perhiasan wanita

( Emas pakai ) adalah satu perkara yang diwajibkan zakat apabila telah cukup syarat-

syaratnya. Syarat yang utama ialah berat emas pakai (bagi setiap individu) adalah

melebihi uruf. Uruf adalah kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat.

Perhiasan yang melebihi ( adat ) kebiasaan, wajib dizakatkan :

Perhiasan yang melebihi batas berlebih-lebihan dan melewati paras kebiasaan,

maka ia wajib dizakatkan. Perkara yang menggugurkan kewajipan zakat pada emas

perhiasan ini ( meskipun ia termasuk dalam bentuk kekayaan ) adalah bahawa syarak

membolehkan pemakaiannya dan berhias dengannya untuk wanita. Maka kedudukan

emas perhiasan ini sama seperti pakaian dan peralatan rumah ( bentuk kekayaan tetapi

tidak dikenakan zakat ke atasnya ). ( 1 )

Namun jika melampaui batas kewajaran, maka hal ini adalah haram atau makruh

dan pemakaian sedemikian tidak diakui oleh syarak ( 2 ). Imam Nawawi r.a berkata :

Ulama Shafieyah berkata : Semua perhiasan yang dibolehkan ke atas wanita dipakai jika

tiada unsur berlebih-lebihan yang nyata, jika perhiasan tersebut seperti gelang kaki

dengan berat 200 dinar, maka sahih sebahagian besar ulama dari negeri Iraq

mengharamkannya ( 3 )

Pemakaian barang yang dibolehkan dalam syariat dibatasi dengan 2 kaitan iaitu

tanpa berlebih-lebihan dan tanpa kesombongan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :

رواه بخاري آلو واشربوا والبسوا من غير سرف وال مخيلةBermaksud : “ Makanlah dan berpakaianlah dengan tanpa berlebih-lebihan dan

tidak pula dengan kesombongan

___________________________________________________________________

( 1 ) Fiqh Zakah Jilid 1 m/s 351 – Dr Muhammad Yusof Qardhawi

( 2 ) Fiqh Zakah Jilid 1 m/s 351 – Dr Muhammad Yusof Qardhawi

( 3 ) Majmuk Jilid 6 m/s 40 – Imam Abu Zakaria An Nawawi

Page 17: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Tetapi bagaimanakah yang dikatakan sebagai batas berlebih-lebihan tersebut ?

Dr Muhammad Yusof Al Qardawi dalam penulisannya : Batas tersebut berbeza-beza

mengikut perbezaan keperibadian seseorang, lingkungan dan keadaannya. Jadi

hukumnya di sini adalah bersandarkan uruf di sesuatu tempat bersandarkan keadaan

semasa. ( hukum uruf ) ( 1 )

2.3 Uruf

Konsep Uruf dan Pemakaiannya dalam Penetapan Hukum Islam

Definisi uruf :

Satu istilah Islam dalam bahasa Arab yang merujuk kepada adat atau

"pengetahuan" sesuatu masyarakat yang menyebabkan perubahan fiqh

Uruf merupakan salah satu sumber keputusan Syariat Islam apabila tiadanya

teks-teks utama yang tertulis di dalam Al Quran dan Sunnah ( Hadis ) yang dapat

menentukan keputusan. Uruf juga boleh menentukan sesuatu yang dinyatakan secara

am dalam teks-teks utama ( Al Quran dan Hadis )

Pengertian Uruf :

Uruf merupakan salah satu daripada sumber-sumber perundangan Islam seperti

juga Ijmak, Qiyas, Istihsan, Istishab, Masolehu Al Mursalah, Pendapat Para Sahabah

( Qaulu As Sohabah ) Amalan Ahli Madinah dan lain-lain di dalam melakukan ijtihad

selain dari bersumberkan kepada dua sumber utama iaitu Al Quran dan Hadis

Rasulullah SAW. ( 2 )

Uruf tidak digunakan untuk menetapkan hukum hakam yang telah jelas

hukumnya di dalam syarak melalui Al Quran dan Hadis dan tidak juga boleh digunakan

untuk menghalalkan apa yang haram ataupun mengharamkan apa yang dihalalkan oleh

syarak secara jelas dan terang ( 3 )

___________________________________________________________________ ( 1 ) Fiqh Zakah Jilid 1 m/s 353 – Dr Muhammad Yusof Qardhawi

( 2 ) Usul Fiqh Al Islami Jilid 2 m/s 835 – Dr Wahbah Az Zuhaily

( 3 ) Usul Fiqh Al Islami Jilid 2 m/s 835 – Dr Wahbah Az Zuhaily

Page 18: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Uruf merupakan salah satu sumber hukum yang dipelopori oleh Mazhab Hanafi

dan Maliki yang berada di luar lingkup nash ( 1 ). Uruf juga adalah bentuk-bentuk

mu’amalah yang telah menjadi adat kebiasaan dan telah berlaku lama di tengah

masyarakat. Dan ini termasuk salah satu sumber hukum ( ashl ) dari usul fiqh yang

diambil dari inti sari sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

“ Apa yang di pandang baik kaum Muslimin, maka menurut Allah pun

digolongkan sebagai perkara yang baik “

Uruf menurut pengertian ulama fiqh ialah :

عادة جمهور قوم في قول أو عمل

Ertinya : Uruf itu ialah amalan ataupun percakapan sesuatu kaum yang menjadi

kebiasaan ( adat ) mereka.

Ini memberi maksud bahawa tidaklah wujud sesuatu uruf itu melainkan ianya

benar-benar berlaku di antara manusia di tempat tertentu, ataupun ia berlaku di mana

sebahagian besar penduduk sebuah negeri itu mengerjakan uruf ini dan mematuhinya.

Adat pada pandangan fuqaha adalah perkara yang dilakukan majoriti manusia

baik dalam bentuk perkataan atau pun perbuatan secara berulang-ulang hingga

meresap ke dalam jiwa mereka dan di terima dalam pemikiran mereka. Atau apa yang

biasa dilakukan manusia atau sekelompok orang, sehingga meresap ke dalam jiwa

tentang perbuatan yang beredar di antara mereka atau banyak penggunaannya dalam

makna khusus, atau apa yang telah di kenal manusia dan mereka lakukan tentang

ucapan, perbuatan atau meninggalkan perbuatan tersebut.

___________________________________________________________________ ( 1 ) Usul Fiqh Al Islami Jilid 2 m/s 835 – Dr Wahbah Az Zuhaily

Page 19: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Menurut Imam Al Ghazali dalam kitabnya Al Mustoshfa , uruf bermaksud :

Sesuatu yang telah menjadi mantap/kuat di dalam jiwa dari segi akal

dan dapat diterima oleh fikiran yang sihat/ baik.

Imam Ghazali membahagikan Uruf kepada dua bahagian :

1.) Uruf yang baik ialah uruf yang telah dikenali oleh masyarakat, tidak

bertentangan dalil syar’iy, tidak menghalalkan yang haram dan tidak

membatalkan suatu yang wajib.

2.) Uruf yang tidak sah, ialah uruf yang dilaksanakan tetapi bertentangan dengan

agama atau menghalalkan yang haram atau membatalkan kewajipan.

Di dalam kitab “ Al Asybah wa An Nazhair, pengarangnya Ibnu Najm ada menyatakan:

“ Suatu hukum yang ditetapkan berdasarkan uruf sama dengan suatu hukum

yang ditetapkan berdasarkan dalil syar’iy “

Imam Sarkhasi dalam kitab Al Mabsudh berkata :

“ Apa yang ditetapkan berdasarkan uruf, statusnya sama seperti yang ditetapkan

berdasarkan nash “

Para ulama menyatakan bahawa uruf merupakan salah satu sumber isthinbat

hukum, menetapkan ia boleh menjadi dalil jika tidak dijumpai nash dari Al Quran dan

hadis. Akan tetapi, apabila uruf tersebut bertentangan dengan Al Quran dan Hadis,

seperti kebiasaan masyarakat di suatu zaman melakukan perbuatan yang diharamkan

sebagai contoh minum arak atau makan riba, maka uruf mereka di tolak ( mardud )

Page 20: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Dalil-dalil syarak mengenainya dan kekuatannya di dalam hujah syariat :

1.) Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

“Barang siapa yang mengadakan satu contoh amalan yang baik di dalam Islam,

maka baginya pahala dan pahala orang yang melakukan amalan tersebut sampailah ke

hari kiamat, dan barang siapa yang mereka cipta satu contoh amalan yang jahat, maka

dosa alam itu tertimpa ke atasnya dan ( begitulah juga tertimpa ke atasnya ) dosa-dosa

orang-orang yang mencontohinya, tanpa dikurangkan sedikit pun sehinggalah ke hari

kiamat”

2.) Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

“Apa yang dipandang baik kaum muslimin, maka menurut Allah pun digolongkan

sebagai perkara yang baik “

3.) Atsar dari Sahabat ( Sayidina Abdullah Bin Mas’ud R.A )

“ Apa yang dipandang baik oleh kaum muslimin, maka ia juga adalah baik di sisi

Allah Taala. Dan apa yang dipandang jelek oleh kaum muslimin, maka ia juga adalah

jelek di sisi Allah Taala “

Pembahagian Uruf :

1.) Uruf yang fasid ( rosak / jelek ) yang tidak boleh diterima iaitu uruf yang

bertentangan dengan nash qath’iy

2.) Uruf yang shahihah ( baik / benar ) uruf yang boleh diterima dan di pandang

salah satu sumber asas hukum Islam.

Kaedah Fiqh yang bersumberkan Uruf :

1.) Adat itu dijadikan hukum

2.) Hujah yang dipakai oleh orang ramai, wajib dilakukan

3.) Uruf itu dikenali sebagaimana syarak

4.) Ketentuan melalui uruf adalah sama dengan ketentuan oleh nas

5.) Perubahan hukum tidak dapat diingkari oleh perubahan masa

Page 21: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

2.4 Kajian Pemakaian Emas di kalangan wanita Islam di Malaysia

Bagi masyarakat Islam di Malaysia, tempat dalam konteks ini adalah negeri. Oleh

itu, setiap negeri di Malaysia seharusnya mempunyai satu nilai uruf emas pakainya

sendiri bagi menjadi garis panduan taksiran Zakat Emas Pakai. Di sini dilampirkan

beberapa maklumat berkaitan dengan kajian pemakaian emas bersandarkan kepada

kajian di negeri masing-masing. BIL

NEGERI URUF EMAS PAKAI

CATATAN

1 Kedah 170 gram 1. Lebihan daripada uruf dikenakan zakat

2. Telah difatwakan

2 Perlis 170 gram 1. Lebihan daripada uruf dikenakan zakat

2. Telah difatwakan

3 Pulau Pinang 165 gram 1. Lebihan daripada uruf dikenakan zakat

2. Telah difatwakan

4 Melaka RM 5,000 1. Lebihan daripada uruf dikenakan zakat

2. Telah difatwakan

5 Johor 850 gram 1.Lebihan daripada uruf dikenakan zakat

2. Telah difatwakan

6 Negeri Sembilan 850 gram (lama)

200 gram (baru)

1. Lebihan daripada uruf dikenakan zakat.

2. Belum difatwakan bagi kadar ( uruf ) baru

7 Selangor 800 gram 1. Telah difatwakan

8 Wilayah 150 gram 1. Lebihan daripada uruf dikenakan zakat

2. Telah difatwakan

9. Kelantan Tiada uruf

10. Terengganu 150 gram 1. Fatwa Terengganu 850 gram tetapi

amalan yang digunapakai 150 gram.

2. Akan dibuat kajian baru

11. Pahang 200 gram 1. Lebihan daripada uruf dikenakan zakat

2. Tiada fatwa

12. Perak 500 gram 1. Zakat atas keseluruhan

2. Telah difatwakan

13. Sabah RM 5,000 1. Lebihan daripada uruf dikenakan zakat

Page 22: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

2. Telah difatwakan

14. Sarawak 775 gram 1. Lebihan daripada uruf dikenakan zakat

2. Telah difatwakan

2.5 Masalah-masalah yang berkaitan dengan ke tidak tetapan uruf emas pakai di Negeri Pahang

1. Ketiadaan hujah yang kukuh bagi menjawab persoalan masyarakat terhadap

berat atau nilai uruf setempat.

2. Wujud kekeliruan di kalangan umat Islam tentang berat atau nilai sebenar uruf di

negeri Pahang.

Page 23: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Bab 3 Kaedah Kajian

Kajian Kuantitatif Definisi Kajian Populasi Kajian Pemilihan Sample Kaedah Pembangunan Alat Kajian Kajian Pilot Huraian Persoalan Dan Tujuannya Alat Kajian Proses Pengumpulan Data Penggunaan Alat Penimbang Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian Kaedah Analisis Hasil Kajian

Page 24: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

BAB 3 KAEDAH KAJIAN

3.1 Kajian Kuantitatif

Kajian secara kuantitatif ini dijalankan bertujuan untuk mendapatkan gambaran

sebenar pemakaian emas di kalangan wanita di negeri Pahang. Kaedah ini bersesuaian

kerana ia melibatkan jumlah sampel yang ramai dan menggunakan borang soal selidik

berstruktur untuk memudahkan pengumpulan dan analisis data kajian. Kaedah ini juga

bersesuaian kerana ia boleh dijadikan sebagai rujukan untuk menggambarkan

gambaran keseluruhan pemakaian emas di kalangan penduduk di negeri Pahang.

3.2 Definisi kajian.

1. Golongan berpendapatan sederhana : Golongan ini terdiri dari wanita yang

bekerja atau ditanggung oleh ahli keluarga yang bekerja dengan pendapatan isi rumah

sebulan di antara RM 1,501 hingga RM 4,000. Ini berdasarkan skim gaji kakitangan

kerajaan kumpulan profesional.

2. Golongan berpendapatan tinggi : Golongan ini terdiri dari wanita yang bekerja

atau ditanggung oleh ahli keluarga yang bekerja dengan pendapatan isi rumah sebulan

melebihi RM 4,001 ke atas. Ini berdasarkan skim gaji kakitangan kerajaan bagi

kumpulan khas dalam kerajaan ( JUSA ). Golongan ini lebih berkecenderungan untuk

memiliki barang perhiasan sendiri.

3. Kawasan bandar besar. Kawasan ini ialah bandar Kuantan, bandar Temerloh, dan bandar Bentong.

4. Kawasan bandar Kecil. Kawasan ini ialah bandar Rompin, bandar Muadzam

Shah bandar Pekan, bandar Bera, bandar Jerantut, bandar Jengka, bandar Maran,

bandar Raub, bandar Kuala Lipis, dan bandar Cameron Highlands.

5. Penempatan FELDA. Kawasan ini merangkumi semua FELDA yang terdapat

dalam negeri Pahang. Ia dipecahkan kepada tiga zon iaitu :

Zon 1. Melibatkan FELDA dalam daerah Kuantan, Rompin, Muadzam Shah, dan

Pekan.

Page 25: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Zon 2. Melibatkan FELDA dalam daerah Temerloh, Bera, Jengka, Maran, dan

Jerantut.

Zon 3. Melibatkan FELDA dalam daerah Bentong, Raub, dan Kuala Lipis.

3.3 Populasi Kajian.

Kajian dilakukan dengan melibatkan wanita beragama Islam di seluruh negeri

Pahang yang memakai perhiasan emas. Ia melibatkan seluruh daerah di negeri Pahang

kecuali daerah Cameron Highlands.

Kumpulan sasar ini melibatkan kakitangan wanita di jabatan-jabatan kerajaan

dan swasta di bandar besar dan kecil , persatuan-persatuan wanita dan kaum wanita di

kawasan penduduk yang ramai seperti di FELDA di setiap lokasi sasaran.

Rasional pemilihan sampel kajian ini kerana keupayaan dan kecenderungan

untuk memiliki perhiasan terutamanya emas adalah tinggi peratusannya berbanding

populasi lain. Ini bersandarkan kepada taraf sosioekonomi mereka yang stabil dan

persekitaran yang mendorong ke arah untuk memiliki perhiasan.

3.4 Pemilihan Sampel

Seramai 1500 wanita Islam di negeri Pahang telah dipilih secara rawak dalam

kajian ini. Sasaran responden ini ialah golongan wanita yang berumur antara 31 tahun

hingga 58 tahun. Ini kerana kebanyakan wanita ini telah mempunyai sumber pendapatan

sendiri atau ditanggung suami dan mereka ini berkecenderungan untuk memiliki emas

pakai dan juga mengambil kira had umur perkhidmatan awam kerajaan Malaysia.

Responden dipecahkan hanya kepada 2 bahagian iaitu golongan berpendapatan

sederhana dan golongan yang berpendapatan tinggi.Ini kerana kebarangkalian 2

golongan ini memiliki emas pakai adalah tinggi peratusannya berbanding dengan

golongan yang berpendapatan rendah.

3.5 Kaedah Pembangunan Alat Kajian

Beberapa siri perbincangan membangunkan alat kajian telah dibuat bersama Dr.

Muhammad Nubli bin Abdul Wahab dan En. Mohd Ghani bin Awang serta beberapa

orang pensyarah di Jabatan Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang yang

terlibat secara langsung dengan kajian ini. Pada peringkat awal, perkara-perkara yang

dibincangkan dalam perjumpaan tersebut ialah merangka dan mengenal pasti bentuk

Page 26: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

soalan yang sesuai digunakan bagi mencapai matlamat kajian. Turut dibincangkan ialah

sasaran responden serta modus operandi yang akan dilaksanakan. Setelah

perbincangan demi perbincangan diadakan, satu draf soalan telah berjaya disiapkan

berserta huraian sebab-sebab soalan dikemukakan.

3.6 Kajian Pilot

Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini telah dibuat pengujian pilot yang

melibatkan 120 orang responden. Hasil daripada pengujian ini, alat kajian telah

diperbaiki untuk membolehkannya sesuai untuk dijadikan alat kajian. Perkara yang

dilihat dalam pengujian pilot adalah kesesuaian alat untuk menjawab persoalan kajian,

kesesuaian gaya bahasa yang digunakan, format soalan kajian dan apa yang paling

penting adalah terhadap item yang mengukur jumlah emas yang dipakai dalam

menentukan urus emas pakai. Hasil analisis terhadap setiap item semasa ujian pilot

mendapati semua item sesuai dan boleh untuk digunakan dalam proses pengumpulan

data.

3.7 Huraian setiap item dalam alat kajian dan tujuannya. Soalan 1 hingga 6

Untuk mengetahui maklumat asas dan tahap sosioekonomi responden. Soalan 7 hingga 10

Untuk mengetahui tahap kefahaman wanita Islam Negeri Pahang mengenai

kewajipan zakat emas.

Soalan 11

Untuk mengetahui kaedah responden membayar zakat emas Soalan 12

Untuk mengenal pasti punca responden tidak membayar zakat emas Soalan 13

Untuk mengenal pasti sejauh mana kefahaman responden tentang golongan

yang termasuk dalam asnaf yang berhak menerima zakat.

Soalan 14

Page 27: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Untuk mengetahui jenis emas yang dimiliki responden. Ini kerana jenis emas

yang berbeza mempunyai kaedah taksiran yang berbeza.

Soalan 15, 16 dan 17

Untuk mengetahui jenis barangan, status dan situasi pemakaian emas wanita

Islam Negeri Pahang. (Maklumat ini dapat membantu dalam menentukan uruf

pemakaian emas Negeri Pahang)

Soalan 18

Untuk mendapat anggaran berat atau nilai emas yang dimiliki responden 3.8 Alat Kajian Borang soal selidik uruf pemakaian emas di kalangan wanita Islam Negeri Pahang

BAHAGIAN A : PROFIL RESPONDEN

1. Umur

31 - 40 tahun

41 - 50 tahun

51 - 58 tahun

2. Status perkahwinan :

Bujang

Berkahwin

Ibu tunggal

Balu

Janda

3. Pekerjaan :

Bekerja

Tidak bekerja

Pesara

4. Daerah Responden :

Kuantan Pekan

Temerloh Maran

Bentong Jengka

Muadzam Shah Bera

Page 28: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Rompin Jerantut

Raub Lipis

Chenor Cameron Highlands

5 Kawasan tempat tinggal

Bandar besar

Bandar kecil

FELDA

6. Jumlah pendapatan sebulan :

RM 1, 000 hingga 1,500

RM 1,501 hingga RM 4,000

RM 4,001 ke atas

BAHAGIAN B : KEFAHAMAN MENGENAI ZAKAT EMAS

7. Adakah anda tahu bahawa emas yang dipakai wajib dizakatkan ?

Ya

Tidak

8. Dari mana anda tahu bahawa emas yang dipakai wajib dizakatkan ?

Taklimat penerangan zakat

Kaunter penerangan zakat

Kuliah agama

Risalah

Media massa

Internet

9. Adakah anda tahu cara mengira zakat emas ?

Ya

Tidak

10. Adakah anda pernah membayar zakat emas ?

Ya

Tidak

11. Di mana tempat anda membayar zakat emas ?

Pusat Kutipan Zakat Pahang ( PKZ )

Badan - badan lain

Agih terus kepada orang yang berhak menerima zakat ( asnaf )

Page 29: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

12. Kenapa anda tidak membayar zakat emas ?

Tidak mencukupi uruf emas pakai

Tidak tahu ke mana tempat perlu dibayar

Ragu dengan pengurusan zakat di Pahang

Enggan membayar zakat

13. Siapakah yang layak menerima zakat ?

Fakir

Anak - anak yatim

Janda

Balu

Mualaf

Miskin

BAHAGIAN C : PEMAKAIAN EMAS

14. Jenis emas yang anda miliki :

999 ( emas sepuluh )

950

916

875

750 ( emas paun )

Emas putih

15. Jenis barang emas yang dimiliki :

Cincin

Gelang tangan

Rantai leher

Rantai kaki

Subang

16. Status emas yang dimiliki :

Lebih kerap disimpan

Lebih kerap dipakai

Sama kerap simpan dan pakai

17. Situasi pemakaian emas :

Pakai sepanjang tahun

Pakai 1 bulan hingga 3 bulan sahaja

Pakai 4 bulan hingga 6 bulan sahaja

Simpan sepanjang tahun

Pakai untuk bersiar - siar sahaja

Pakai ke majlis keraian sahaja

Pakai ke tempat kerja sahaja

Page 30: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

BAHAGIAN D : BERAT / NILAIAN SEMASA EMAS

18. Berapakah berat emas yang anda miliki ?

Berat Sebenar ( gram )

Emas Pakai Emas Simpan

19. Berapakah nilaian emas yang anda miliki ?

Nilaian Sebenar

Emas Pakai

Emas Simpan

Tahun dibeli :_______________________________

3.9 Proses Pengumpulan Data

Proses pengumpulan data akan dilakukan melalui taklimat umum bersama

program kempen zakat sama ada kempen zakat PZB ( Potongan Zakat Berjadual ) atau

Ops Bisnes ( Zakat Perniagaan ) akan dilaksanakan mengikut tarikh dan tempat yang

telah ditetapkan.

Selain itu juga, taklimat khas berkaitan projek ini juga akan dilakukan bagi lokasi-

lokasi yang tertentu seperti yang tinggal di kawasan FELDA akan dilaksanakan

mengikut ketetapan yang telah dipersetujui. Dalam proses ini, semua wanita

dikumpulkan dan diberikan taklimat mengenai zakat selama 15 minit. Setelah taklimat

dilaksanakan, peserta diberi penerangan tentang tujuan kajian ini dijalankan.

Peserta kajian diberi bimbingan bagi menjawab segala soalan kajian dan

seterusnya peserta kajian menimbang emas perhiasan yang mereka bawa di hadapan

pegawai bagi mendapatkan jumlah timbangan emas dengan tepat dan diyakini. Sebagai

tanda terima kasih atas kesudian para peserta dalam memberi kerjasama untuk

menjayakan kajian ini, pihak pengurusan projek ini telah memberi cenderahati kepada

setiap peserta sebagai tanda ingatan kepada mereka.

3.10 Penggunaan Alat Penimbang untuk mengukur jumlah berat emas yang dipakai

Jenis alat penimbang yang digunakan adalah alat timbang berat digital dari

jenama APEX model A2000-1 yang mampu mengukur dengan tepat berat emas

sehingga 2 kilogram pada satu-satu masa. Alat ini digunakan di semua kaunter Pusat

Kutipan Zakat Pahang dan didapati amat sesuai digunakan dalam menaksir Zakat

Emas. Kaedah ini dilaksanakan untuk membolehkan jumlah sebenar pemakaian emas di

Page 31: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

kalangan wanita diketahui dengan tepat dan mengelakkan sebarang andaian dan

tekaan yang boleh mencacatkan ketepatan data kajian.

Gambar menunjukkan alat penimbang yang digunakan untuk mengukur berat emas.

Gambar menunjukkan seorang petugas sedang menimbang emas.

Gambar menunjukkan seorang responden sendang menimbang jumlah emas yang

dipakai.

Page 32: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian

Bagi melaksanakan kajian ini secara efisien, tenaga kerja yang terlibat dalam

kajian ini dibahagikan kepada 4 unit utama iaitu Unit Penyelarasan Borang Soal Selidik,

Unit Taklimat Dan Pengumpulan Data, Unit Terjemahan Kajian dan Unit Penilaian dan

Penetapan Hasil Kajian yang merangkumi 43 kakitangan Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Unit Penyelarasan Borang Soal Selidik

• Jab. Mufti, Uni. Malaysia Pahang dan Pusat Kutipan Zakat Pahang • Tugas – membuat borang asal (pilot test), uji dan bincangkan hasil pilot test,

perbaiki borang soal selidik

Unit Taklimat Dan Pengumpulan Data • Pusat Kutipan Zakat Pahang • Bergerak ke seluruh lokasi dan menemui setiap sasaran • Menimbang dan mengumpul maklumat dan borang soal selidik

Unit Terjemahan Kajian • Pusat Kutipan Zakat Pahang • Menterjemah hasil kajian ke dalam format yang dikehendaki

Unit Penilaian dan Penetapan Hasil Kajian

• Uni. Malaysia Pahang, Pusat Kutipan Zakat Pahang • Meneliti dan menilai data yang telah di terjemah • Membuat rumusan dan penetapan hasil kajian

Page 33: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

3.12 Kaedah kod Data Kajian

Untuk memasukkan data dalam komputer, terlebih dahulu data ditukarkan

kepada sistem simbol untuk menyampaikan maklumat atau arahan kepada komputer.

Kaedah kod yang digunakan adalah seperti berikut:

S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8A S8B S8C S8D S8E S8F

S9 S10 S11 S12 S13A S13B S13C S13D S13E S13F S14

S15A S15B S15C S15D S15E S16 S17 S18A S18B S18AA S18BB S19A

S19AA S19B S19BB S19C

Kod Soalan Kod Soalan

S1 Umur Responden S2 Status Perkahwinan

S3 Pekerjaan S4 Daerah

S5 Kawasan Tempat Tinggal S6 Jumlah Pendapatan Sebulan

S7 Adakah Anda Tahu Bahawa Emas Yang Dipakai Wajib Dizakatkan S8

Dari Mana Anda Tahu Bahawa Emas Yang Dipakai Wajib Dizakatkan

S8A Taklimat Penerangan Zakat S8B Kaunter Penerangan Zakat

S8C Kuliah Agama S8D Risalah

S8E Media Massa S8F Internet

S9 Adakah Anda Tahu Cara Mengira Zakat Emas S10

Adakah Anda Pernah Membayar Zakat Emas

S11 Di mana Tempat Anda Membayar Zakat Emas S12 Kenapa Anda Tidak Membayar Zakat Emas

S13 Siapakah Yang Layak Menerima Zakat S13A Fakir

S13B Anak – Anak Yatim S13C Janda

S13D Balu S13E Muallaf

S13F Miskin S14 Jenis Emas Yang Anda miliki

S15 Jenis Barang Emas Yang Dimiliki S15A Cincin

S15B Gelang Tangan S15C Rantai Leher

S15D Rantai Kaki S15E Subang

S16 Status Emas Yang Dimiliki S17 Situasi Pemakaian Emas

S18 Berapakah Berat Emas Yang Anda Miliki S18A Berat Sebenar Emas Pakai ( gram )

S18B Berat Anggaran Emas Pakai ( gram ) S18AA Berat Sebenar Emas Simpan ( gram )

S18BB Berat Anggaran Emas Simpan ( gram ) S19 Berapakah Nilaian Emas Yang Anda miliki

S19A Nilaian Sebenar Emas Pakai ( RM ) S19B Nilaian Anggaran Emas Pakai ( RM )

S19AA Nilaian Sebenar Emas Simpan ( RM ) S19BB Nilaian Anggaran Emas Simpan ( RM )

S19C Tahun Dibeli

Page 34: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

3.13 Kaedah Analisis Hasil Kajian

Kaedah analisis untuk mendapatkan hasil kajian adalah dengan menggunakan

analisis statistik deskriptif seperti jadual kekerapan dan juga jadual peratusan. Untuk

memudahkan analisis kajian, setiap persoalan di dalam borang kaji selidik telah

dikategorikan mengikut aturan jadual dalam sistem analisis. Setiap data-data yang

terkumpul di dalam sistem analisis telah diterjemahkan melalui kaedah jadual kekerapan

dan peratusan untuk mendapatkan hasil kajian.

Objektif Pertama Untuk objektif ini, analisis yang digunakan adalah :

Analisis deskriptif menggunakan soalan-soalan dari bahagian A iaitu bernombor

1,2,3,4,5 dan 6. Analisis ini dapat memberi gambaran dan maklumat kepada

pihak yang terlibat tentang perbezaan dalam pemakaian emas di kalangan

wanita Islam di negeri ini bersandarkan kepada perbezaan tahap sosioekonomi

responden.

Analisis hubungan antara soalan-soalan dari bahagian A ( Profil Responden )

dengan bahagian C ( Pemakaian Emas ) iaitu soalan bernombor 18 dan 19.

Analisis ini dapat memberi gambaran tentang perbezaan yang wujud dalam

masyarakat wanita Islam di negeri ini tentang gaya pemakaian emas di kalangan

wanita Islam di negeri ini.

Analisis hubungan antara soalan. Ini kerana setiap soalan di dalam kajian berkait

di antara satu sama lain dan dapat membantu dalam mencapai objektif yang

dicari.

Objektif Kedua Untuk objektif ini, analisis yang digunakan adalah :

Analisis deskriptif menggunakan soalan-soalan dari bahagian B bernombor

7,8,9,10,11,12, dan 13 iaitu adakah anda tahu emas yang dipakai wajib

dizakatkan, tahu melalui apa, tahu cara kira atau tidak, pernah membayar zakat

atau tidak, di mana tempat bayar zakat, kenapa tidak membayar zakat dan siapa

Page 35: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

yang layak menerima zakat. Analisis ini dapat memberi gambaran dan maklumat

kepada pihak yang terlibat tahap kefahaman mengenai zakat harta khususnya

zakat emas di kalangan wanita Islam di negeri ini.

Analisis hubungan antara soalan-soalan dari bahagian B ( Kefahaman Mengenai

Zakat Emas ) dengan soalan-soalan dari Bahagia A ( Profil Responden ). Analisis

ini dapat memberi gambaran tentang perbezaan yang wujud dalam masyarakat

wanita Islam di negeri ini tentang pemahaman mengenai zakat emas

berdasarkan kepada profil responden.

Analisis hubungan antara soalan. Ini kerana setiap soalan di dalam kajian berkait

di antara satu sama lain dan dapat membantu dalam mencapai objektif yang

dicari.

Objektif Ketiga Untuk objektif ini, analisis yang digunakan adalah :

Analisis deskriptif menggunakan soalan bernombor 18 iaitu berapakah berat

emas yang anda miliki dan soalan bernombor 19 iaitu berapakah nilaian emas

yang anda miliki. Analisis ini dapat menentukan berat emas yang biasa dipakai

oleh wanita Islam di negeri ini.

Analisis hubungan antara soalan bernombor 18 dan soalan bernombor 1,2,3,4,5

dan 6. Analisis ini dapat memberi gambaran tentang gaya pemakaian sebenar

masyarakat wanita Islam di negeri ini berdasarkan kepada profil responden.

Analisis hubungan antara soalan. Ini kerana setiap soalan di dalam kajian berkait

di antara satu sama lain dan dapat membantu dalam mencapai objektif yang

dicari.

Page 36: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Bab 4 Hasil Kajian

Tinjauan Dan Analisa Pembersihan Data Tinjauan Pemakaian Emas Berdasarkan Kepada Perbezaan Umur Responden Tinjauan Pemakaian Emas Berdasarkan Kepada Perbezaan Status Responden Tinjauan Pemakaian Emas Berdasarkan Kepada Perbezaan Pekerjaan Responden Tinjauan Pemakaian Emas Berdasarkan Kepada Perbezaan Kawasan Tempat Tinggal Responden Tinjauan Pemakaian Emas Berdasarkan Kepada Perbezaan Pendapatan Bulanan Responden Tinjauan Kefahaman Responden Tentang Kewajipan Zakat Emas Pakai Tinjauan Kefahaman Responden Yang Tahu Tentang Kewajipan Zakat Emas Pakai Mengikut Kategori Umur Tinjauan Kefahaman Responden Tentang Kewajipan Zakat Emas Pakai Mengikut Pecahan Kawasan Tempat Tinggal Tinjauan Pengetahuan Responden Tentang Pengiraan Zakat Emas Pakai Tinjauan Berkaitan Pembayaran Zakat Emas Pakai Tinjauan Sumber Pengetahuan Responden Tentang Kewajipan Zakat Emas Pakai Tinjauan Kefahaman Responden Tentang Golongan Yang Layak Menerima Zakat Tinjauan Jenis Emas Yang Dipakai Responden Tinjauan Jenis Barangan Emas Yang Dimiliki Responden Tinjauan Berkaitan Situasi Emas Yang Dimiliki Responden Tinjauan Berkaitan Status Pemakaian Emas Responden

Page 37: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

BAB 4 HASIL KAJIAN

4.1 Tinjauan dan Analisa

Usaha untuk mendapatkan kadar kebiasaan atau uruf pemakaian emas

masyarakat wanita Islam negeri Pahang dalam ketogeri zakat emas pakai telah

menampakkan beberapa hasil kajian yang menarik untuk diperhatikan. Ini jelas

berdasarkan kepada keputusan kajian yang telah dijalankan berdasarkan beberapa

kriteria yang telah dipilih oleh penyelidik dalam menentukan uruf pemakaian emas baru

bagi negeri ini.

Daripada soal selidik yang dijalankan, didapati sejumlah 1451 borang dari 1500

borang diedarkan telah diguna pakai untuk mendapatkan data yang sah untuk objektif

pertama dan kedua dan sejumlah 1094 borang telah diguna pakai untuk mendapatkan

data yang sah bagi objektif yang ketiga dan data-data tersebut dijadikan hasil kajian bagi

projek uruf ini. Hasil telah diperoleh berdasarkan setiap kriteria mengikut pecahan

soalan di dalam borang soal selidik tersebut. Berikut adalah dapatan atau perolehan dari

hasil kajian mengikut item borang soal selidik yang dijalankan. Data ini menjadi asas

kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang bagi menilai perancangan masa depan aktiviti dan

program untuk melicinkan lagi perkhidmatan dan pelaksanaan pungutan zakat negeri

Pahang.

4.2 Pembersihan Data Kajian

Daripada 1451 responden kajian, sebanyak 357 (25%) borang tidak boleh

digunakan. Ini kerana borang yang dilengkapkan tidak diisi sepenuhnya. Responden

tidak menjawab bahagian yang paling penting dalam kajian iaitu soalan nombor 18

dalam aspek berat emas pakai yang dimiliki. Keadaan ini menjadikan borang yang diisi

tidak boleh untuk digunakan untuk objektif yang ketiga. Keadaan ini kerana semasa

taklimat dijalankan, responden sama ada tidak mengetahui berapakah anggaran emas

yang dimiliki atau enggan untuk memberikan maklumat kepada pegawai yang

mengendalikan proses pengumpulan data. Sungguhpun begitu, hampir keseluruhan

Page 38: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

(75%) responden memberikan kerjasama dan melengkapkan borang soal selidik yang

diberikan.

Walau bagaimanapun untuk analisis soalan yang lain dari jumlah emas yang

dipakai, jumlah responden yang digunakan adalah 1451. Ini kerana responden

menjawab semua soalan yang diberikan dan adalah lebih baik jika data ini digunakan. Ini

juga boleh menguatkan lagi dapatan kajian yang diperoleh khasnya untuk menjawab

objektif pertama dan kedua dalam kajian ini. Jadual 1

Perkara Bilangan %

Bilangan Borang Keseluruhan 1500 100.00% Bilangan Borang Dikembalikan 1451 96.73%

Bilangan Borang Wanita Yang Memiliki Emas 1094 72.93%

0.00%

20.00%

40.00%

60.00%

80.00%

100.00%

Keseluru

han

Dikem

balika

n

Memilik

i Em

as

Peratus Borang

Peratus Borang

Gambar Rajah 1

Untuk mendapatkan jawapan bagi setiap objektif kajian ini, beberapa persoalan

telah ditimbulkan dan perkara tersebut telah dikaji dan di analisa dan berikut adalah hasil

kajian yang telah diteliti mengikut objektif-objektif yang telah dikenal pasti.

Untuk objektif pertama, melalui persoalan “adakah wujud perbezaan yang ketara dalam pemakaian emas di antara tahap-tahap sosioekonomi yang berbeza”,

beberapa rumusan boleh dibuat berdasarkan kepada jadual-jadual dan gambar rajah-

gambar rajah berikut.

1. Tinjauan pemakaian emas berdasarkan kepada perbezaan umur responden. Jadual Pemakaian Emas Mengikut Kategori umur Responden Jadual 2

Perkara Bawah Nisab % Bawah 200 gram % Atas 200 gram % Jumlah %

31-40 274 18.88% 56 3.86% 13 0.90% 343 23.64%

41-50 275 18.95% 94 6.48% 13 0.90% 382 26.33%

51-58 266 18.33% 90 6.20% 28 1.93% 384 26.46%

Page 39: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Lain-Lain 296 20.40% 37 2.55% 9 0.62% 342 23.57%

Jumlah 1111 76.57% 277 19.09% 63 4.34% 1451 100.00%

0

50

100

150

200

250

300

31-40 41-50 51-58 Lain-Lain

Bawah Nisab

Bawah 200 gram

Atas 200 gram

Gambar Rajah 2

Secara umumnya, jadual dan gambar rajah di atas ini menunjukkan bahawa

semua peringkat umur di dalam kajian ini majoritinya hampir 80% memakai emas di

bawah paras nisab semasa iaitu 85 gram. Dan purata hanya 1% sahaja bagi setiap

peringkat umur memakai emas di atas paras uruf semasa iaitu 200 gram. Ini

menunjukkan umur atau usia responden tidak memberi kesan yang besar dalam

menentukan gaya pemakaian emas di negeri ini.

2. Tinjauan pemakaian emas berdasarkan kepada perbezaan status responden. Jadual Pemakaian Emas Mengikut Kategori Status Responden Jadual 3

Perkara Bawah Nisab % Bawah 200 gram % Atas 200 gram % Jumlah %

Balu 19 1.31% 3 0.21% 3 0.21% 25 1.72%

Berkahwin 826 56.93% 231 15.92% 54 3.72% 1111 76.57%

Bujang 163 11.23% 15 1.03% 2 0.14% 180 12.41%

Ibu Tunggal 93 6.41% 19 1.31% 3 0.21% 115 7.93%

Janda 10 0.69% 9 0.62% 1 0.07% 20 1.38%

Jumlah 1111 76.57% 277 19.09% 63 4.34% 1451 100.00%

0

100200300400500

600700800900

Balu

Berkahwin

Bujang

Ibu Tungg

al

Janda

Bawah Nisab

Bawah 200 gram

Atas 200 gram

Gambar Rajah 3

Page 40: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Jadual dan gambar rajah di atas ini pula menunjukkan bahawa gaya pemakaian

emas di negeri ini berdasarkan kepada status responden hanya sekitar di bawah paras

nisab semasa iaitu 85 gram. Majoriti yang ditemui mengikut setiap status, gaya

pemakaian emas perhiasan mereka hanya pada kadar tersebut. Tetapi jikalau dilihat

kepada status responden yang janda, kajian mendapat hampir 50% dari yang ditemui (

janda ) memakai emas di atas paras nisab. Kemungkinan status janda ini menjadi

penyebab kepada gaya pemakaian emas mereka.

3. Tinjauan pemakaian emas berdasarkan perbezaan pekerjaan responden. Jadual Pemakaian Emas Mengikut Kategori Pekerjaan Responden Jadual 4

Perkara Bawah Nisab % Bawah 200 gram % Atas 200 gram % Jumlah %

Bekerja 730 50.31% 143 9.86% 30 2.07% 903 62.23% Tidak

Bekerja 371 25.57% 132 9.10% 30 2.07% 533 36.73%

Pesara 10 0.69% 2 0.14% 3 0.21% 15 1.03%

Jumlah 1111 76.57% 277 19.09% 63 4.34% 1451 100.00%

0

100

200

300

400

500

600

700

800

Bawah Nisab Bawah 200 gram Atas 200 gram

Bekerja

Tidak Bekerja

Pesara

Gambar Rajah 4

Bagi tinjauan pemakaian emas berkaitan dengan pekerjaan responden, didapati

majoriti dari yang ditemui tidak kira sama ada bekerja atau tidak mahupun yang sudah

bersara, gaya pemakaian mereka sama seperti yang lain-lain. Purata 70% dari setiap

kategori memakai di bawah paras nisab semasa. Kemungkinan dengan sebab bimbang

akan keselamatan barang emas yang dipakai jika dipakai semasa bekerja menjadi faktor

kepada perkara ini. Boleh jadi mungkin ada faktor-faktor lain yang mempengaruhi

kepada gaya pemakaian tersebut. Kemungkinan faktor kecenderungan kepada emas ini

memainkan peranan yang besar dalam gaya pemakaian emas di negeri ini.

Page 41: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

4. Tinjauan pemakaian emas berdasarkan perbezaan pekerjaan responden Jadual Pemakaian Emas Mengikut Kawasan Tempat Tinggal Responden Jadual 5

Perkara Bawah Nisab % Bawah 200 gram % Atas 200 gram % Jumlah %

Bandar Besar 335 23.09% 74 5.10% 18 1.24% 427 29.43%

Bandar Kecil 390 26.88% 79 5.44% 14 0.96% 483 33.29%

FELDA 388 26.74% 122 8.41% 31 2.14% 541 37.28%

Jumlah 1113 76.71% 275 18.95% 63 4.34% 1451 100.00%

0

50

100

150

200

250

300

350

400

Bawah Nisab Bawah 200 gram Atas 200 gram

Bandar Besar

Bandar Kecil

FELDA

Gambar Rajah 5

Secara umumnya jadual dan gambar rajah di atas ini menunjukkan bahawa

semua kategori kawasan tempat tinggal responden menunjukkan purata 80% memakai

emas di bawah paras nisab semasa 85 gram. Dan purata 5% sahaja bagi setiap

peringkat memakai emas di atas paras uruf semasa iaitu 200 gram. Ini menunjukkan

kawasan penempatan responden juga tidak memberi kesan yang besar dalam

menentukan gaya pemakaian emas di negeri ini.

5. Tinjauan pemakaian emas berdasarkan perbezaan pendapatan bulanan responden. Jadual Pemakaian Emas Mengikut Kategori Pendapatan Bulanan Responden Jadual 6

Perkara Bawah Nisab % Bawah 200 gram % Atas 200 gram % Jumlah %

RM1,000 - RM1,500 487 33.56% 98 6.75% 16 1.10% 601 41.42%

RM1,501 - RM4,000 470 32.39% 114 7.86% 36 2.48% 620 42.73%

RM4,000 ke atas 37 2.55% 13 0.90% 3 0.21% 53 3.65%

Tidak Dinyatakan 117 8.06% 52 3.58% 8 0.55% 177 12.20%

Jumlah 1111 76.57% 277 19.09% 63 4.34% 1451 100.00%

Page 42: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

0

50

100

150

200

250

300

350

400

450

500

RM1,000 -RM1,500

RM1,501 -RM4,000

RM4,000 keatas

TidakDinyatakan

Bawah Nisab

Bawah 200 gram

Atas 200 gram

Gambar Rajah 6

Bagi tinjauan pemakaian emas berkaitan dengan pendapatan bulanan

responden, didapati majoriti dari yang ditemui tidak kira sama bergaji sederhana atau

bergaji besar majoritinya memakai emas di bawah paras nisab semasa. Purata 70% dari

setiap kategori memakai di bawah paras nisab semasa. Ini boleh memberi makna

dengan hasil pendapatan bulanan yang besar tidak mempengaruhi gaya pemakaian

emas di kalangan wanita Islam di negeri ini. Responden di negeri ini kemungkinan tidak

memandang emas ini sebagai satu yang boleh dijadikan sebagai aset simpanan jangka

masa panjang dan hanya beranggapan ia hanya satu bentuk perhiasan peribadi pada

tubuh badan sahaja. Boleh jadi juga kerana zaman masa kini sudah ada pelbagai bentuk

aset simpanan yang setanding dengan nilaian emas yang boleh menjamin masa depan

mereka.

Untuk objektif kedua pula, persoalan yang ditimbulkan adalah “apakah tahap kefahaman mengenai zakat emas di kalangan wanita Islam di Negeri Pahang? Oleh yang demikian itu, beberapa rumusan boleh dibuat berdasarkan kepada jadual-

jadual dan gambar rajah-gambar rajah berikut.

6. Tinjauan kefahaman responden tentang kewajipan zakat emas pakai.

Hasil daripada soal selidik yang dijalankan, didapati dari jumlah keseluruhan

responden iaitu seramai 1451 responden, sejumlah 1252 responden tahu bahawa emas

yang dipakai wajib dizakatkan. Manakala seramai 199 responden selebihnya tidak tahu

bahawa emas yang dipakai wajib dizakatkan.

Jadual mengikut kefahaman tentang kewajipan zakat emas pakai. Jadual 7

Perkara Bilangan %

Tahu Wajib Dizakatkan 1252 86.29%

Tidak Tahu Wajib Dizakatkan 199 13.71%

Jumlah 1451 100.00%

Page 43: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

1252 orang

(86.29%)

199 orang(13.71%)

Tahu Wajib Dizakatkan

Tidak Tahu WajibDizakatkan

Gambar Rajah 7

Berdasarkan jadual dan gambar rajah di atas, 86.29% responden yang ditemui

menyatakan mereka tahu akan kewajipan zakat emas pakai ini. Ini boleh memberi

gambaran bahawa kempen-kempen dan segala aktiviti penerangan dan dakwah

berkaitan zakat emas pakai ini berjaya dilaksanakan dengan baik dari tempoh 1996

hingga ke waktu ini.

7. Tinjauan Kefahaman Responden Yang Tahu Tentang Kewajipan Zakat Emas Pakai Mengikut Kategori Umur.

Daripada jumlah responden yang tahu akan kewajipan zakat emas pakai ini,

seramai 304 dari 1252 responden berumur di antara 31-40 tahun. 335 responden pula

berumur dari 41 – 50 tahun, 336 responden berumur dari 51- 58 tahun dan seramai 277

responden pula adalah di kalangan responden yang tidak menyatakan umur mereka.

Jadual mengikut Responden yang tahu tentang kewajipan zakat emas pakai mengikut kategori umur. Jadual 8

Perkara Tahu Wajib % Tidak Tahu Wajib % Jumlah %

31 – 40 Tahun 304 21% 39 3% 343 24%

41 – 50 Tahun 335 23% 47 3% 382 26%

51 – 58 Tahun 336 23% 48 3% 383 26%

Tidak Dinyatakan 277 19% 65 5% 342 24%

Jumlah 1252 86% 199 14% 1451 100.00%

Page 44: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

0

50

100

150

200

250

300

350

31-40 41-50 51-58 Lain-Lain

Tahu Wajib

Tak Tahu Wajib

Gambar Rajah 8

Hasil dari jadual dan gambar rajah di atas menunjukkan bahawa jurang

perbezaan di antara kategori umur responden yang tahu akan kewajipan zakat emas

pakai tidak jauh berbeza di antara satu sama lain. Ini menunjukkan bahawa faktor umur

tidak menutup ruang dakwah dan penerangan bahkan jika dilihat dari jadual di atas,

responden yang berumur 51-58 tahun adalah yang teramai mengetahui kewajipan zakat

emas pakai ini.

8. Tinjauan Kefahaman Responden Tentang Kewajipan Zakat Emas Pakai Mengikut Pecahan Kawasan Tempat Tinggal.

Berdasarkan jadual 4 di atas, daripada 1252 responden yang mengetahui akan

kewajipan zakat emas pakai, seramai 372 orang tinggal di kawasan daerah besar seperti

Kuantan, Temerloh dan Bentong. Manakala 424 responden menetap di daerah-daerah

kecil seperti Pekan, Rompin dan lain-lain. Baki dari jumlah tersebut iaitu 456 responden

menetap di kawasan-kawasan FELDA di negeri Pahang ini.

Jadual 9

Perkara Tahu Wajib % Tidak Tahu Wajib % Jumlah %

Bandar Besar 372 26% 59 4% 431 30%

Bandar Kecil 424 29% 55 4% 479 33%

FELDA 456 31% 85 6% 541 37%

Jumlah 1252 86% 199 14% 1451 100.00%

0

50

100

150

200

250

300

350

400

450

500

Bandar Besar Bandar Kecil FELDA

Tahu Wajib

Tak Tahu Wajib

Gambar Rajah 9

Page 45: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Hasil dari jadual dan gambar rajah di atas menunjukkan bahawa perbezaan

kawasan tempat tinggal responden tidak memberi kesan negatif kepada pemahaman

masyarakat tentang kewajipan zakat emas pakai ini. Ini juga menunjukkan usaha

dakwah dan penerangan sama ada secara langsung atau tidak langsung berkaitan zakat

sampai di setiap kawasan ini. Kawasan penempatan FELDA mencatatkan graf yang

teramai dan kemungkinan ruang dakwah di kawasan ini sangat besar dan di manfaat

dengan baik oleh penduduknya.

9. Tinjauan Pengetahuan Responden Tentang Pengiraan Zakat Emas Pakai

Berdasarkan jadual 4 di atas, daripada 1252 responden yang mengetahui akan

kewajipan zakat emas pakai, seramai 308 orang yang tahu cara mengira zakat emas

pakai manakala baki yang lain iaitu 944 orang tidak tahu cara mengiranya. Jadual 10

Perkara Tahu Wajib % Tidak Tahu Wajib % Jumlah %

Tahu Cara Kira 308 21% - - 308 21%

Tidak Tahu Cara Kira 944 65% 199 14% 1143 79%

Jumlah 1252 86% 199 14% 1451 100.00%

0

200

400

600

800

1000

1200

1400

Tahu Wajib Zakat Tidak Tahu WajibZakat

Tidak Tahu Cara Kira

Tahu Cara Kira

Gambar Rajah 10

Hasil daripada soal selidik yang dijalankan, didapati dari jumlah keseluruhan

responden iaitu seramai 1451 responden, sejumlah 308 responden yang tahu

bagaimana cara mengira zakat emas. Manakala seramai 1143 responden selebihnya

tidak tahu bagaimana cara mengira zakat emas. Faktor yang menyebabkan berlaku

sedemikian kemungkinan kemudahan perkhidmatan pengiraan zakat emas telah

disediakan oleh Pusat Kutipan Zakat Pahang kepada pembayar bagi memudahkan

urusan tersebut. Antara lain, tahap hingga tahu cara pengiraan zakat emas ini masih

belum menjadi satu keperluan bagi setiap wanita Islam di negeri ini. Ini mungkin kerana

gaya pemakaian emas itu sendiri di kalangan penduduk di negeri ini.

Page 46: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

10. Tinjauan Berkaitan Pembayaran Zakat Emas Pakai

Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati seramai 111 responden pernah

membayar zakat emas pakai. Dari seramai itu, 21 orang telah mengagihkan sendiri

zakat mereka, 3 beri ke badan-badan lain untuk diagihkan dan seramai 87 orang telah

membayar zakat mereka di Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Jadual 11

Perkara Pernah Bayar %

Agih Sendiri 21 18.92%

Beri Ke Badan Lain 3 2.7%

Serah Ke PKZ PHG 87 78.38%

Jumlah 111 100%

18.92%

2.70%

78.38%

Agih Sendiri

Beri Ke Badan-Badan Lain

Serah Ke PKZ Pahang

Gambar Rajah 11

Jadual dan gambar rajah di atas menunjukkan hampir 80% dari yang telah

membayar zakat emas mereka telah membayar ke Pusat Kutipan Zakat Pahang. Ini

membawa maksud yang positif kepada pengurusan zakat Pahang kerana masyarakat

Islam di negeri ini mempercayai pengurusan kutipan zakat di negeri Pahang

Bagi responden yang tidak pernah membayar zakat emas pakai ini, kajian

mendapati jumlah tersebut mencecah seramai 1340 responden. Dari jumlah itu, seramai

199 orang tidak menyatakan sebabnya. Manakala seramai 1039 orang menyatakan

tidak mencukupi uruf 200 gram dan seramai 95 orang menyatakan tidak tahu di mana

hendak dibayar zakat mereka. Selain itu 5 responden yang ragu dengan pengurusan

zakat negeri Pahang dan terdapat 2 responden yang menyatakan keengganan dalam

menunaikan zakat harta ini. Hasil dari kajian ini mendapati masih wujud segelintir kecil

umat Islam yang enggan membayar zakat harta dan kedapatan juga yang masih

meragui pengurusan kutipan zakat di negeri ini.

Page 47: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Jadual 12

Perkara Tidak Pernah Bayar %

Enggan Bayar 2 0.16%

Ragu-ragu Dengan Pengurusan Zakat 5 0.40%

Tidak Mencukupi uruf semasa ( 200 gram ) 1039 82.46%

Tidak Tahu Tempat Bayar 95 7.54%

Tidak Dinyatakan Sebab 199 9.44%

Jumlah 1340 100%

0.16% 0.40%

82.46%

7.54%9.44%

Enggan Bayar

Ragu-Ragu Dgn PengurusanZakat

Tidak Mencukupi Uruf Semasa(200 gram)

Tidak Tahu Tempat Membayar

Tidak Dinyatakan Sebab

Gambar Rajah 12

11. Tinjauan Sumber Pengetahuan Responden Tentang Kewajipan Zakat Emas Pakai

Hasil kajian mendapati bahawa sumber pengetahuan responden tentang kewajipan

zakat emas pakai, telah dibahagikan kepada beberapa sumber seperti berikut dan

hasilnya seperti berikut :

i. Taklimat penerangan zakat Seramai 599 responden ( 41% ) dari jumlah keseluruhan responden ( 1451

responden ) yang tahu bahawa emas yang dipakai wajib dizakatkan melalui

taklimat penerangan zakat.

ii. Kaunter penerangan zakat Seramai 124 responden ( 9% ) dari jumlah keseluruhan responden ( 1451

responden ) yang tahu bahawa emas yang dipakai wajib dizakatkan melalui

kaunter penerangan zakat.

iii. Kuliah agama

Page 48: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Seramai 746 responden ( 51% ) dari jumlah keseluruhan responden ( 1451

responden ) yang tahu bahawa emas yang dipakai wajib dizakatkan melalui

kuliah agama.

iv. Risalah Seramai 280 responden ( 19% ) dari jumlah keseluruhan responden ( 1451

responden ) yang tahu bahawa emas yang dipakai wajib dizakatkan melalui

risalah.

v. Media massa

Seramai 323 responden ( 22% ) dari jumlah keseluruhan responden ( 1451

responden ) yang tahu bahawa emas yang dipakai wajib dizakatkan melalui

media massa.

vi. Internet

Seramai 59 ( 4% ) responden dari jumlah keseluruhan responden ( 1451

responden ) yang tahu bahawa emas yang dipakai wajib dizakatkan melalui

Internet.

Jadual mengikut pecahan berdasarkan sumber pengetahuan responden tentang

kewajipan zakat emas pakai

Jadual 13

Perkara Tahu Melalui %

Taklimat Penerangan Zakat 599 28.11%

Kaunter Penerangan Zakat 124 5.82%

Kulliah Agama 746 35.01

Risalah 280 13.14%

Media Massa 323 15.16

Internet 59 2.77%

Jumlah 2131 100%

Page 49: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

5.82%

28.11%

35.01%

13.14%

15.16% 2.77%

Taklimat Penerangan Zakat

Kaunter Penerangan Zakat

Kuliah Agama

Risalah

Media Massa

Internet

Gambar Rajah 13

Berdasarkan kepada jadual dan gambar rajah di atas, jelas menunjukkan kuliah

agama memainkan peranan yang sangat besar dalam dakwah dan penerangan kepada

masyarakat Islam di negeri dan ia masih relevan lagi untuk diguna pakai pada masa kini.

Cuma, pihak yang berkaitan sebagai contoh Pusat Kutipan Zakat Pahang perlu

menggunakan kaedah-kaedah yang lain dengan lebih efisien bagi memenuhi tuntutan

dakwah kepada masyarakat sambil tidak meninggalkan cara lama sebagai satu wasilah

dakwah kepada masyarakat Islam di negeri ini.

12. Tinjauan Kefahaman Responden Tentang Golongan Yang Layak Menerima Zakat

Kajian telah meletakkan beberapa golongan yang layak menerima zakat iaitu

golongan fakir, miskin dan mualaf sebagai tinjauan kepada responden untuk kajian ini.

Di samping itu, kajian telah menambah beberapa lagi golongan lain seperti anak-anak

yatim, janda dan balu dan hasilnya seramai 780 (54%) responden dari 1451 orang telah

menjawab dengan tepat. Manakala baki yang lain seramai 671 (46%) adalah sebaliknya.

Jadual 14

Perkara Bilangan %

Jawab Dengan Tepat 780 54%

Tidak Menjawab Dengan Tepat 671 46%

Jumlah 1451 100%

Page 50: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

53.76%

46.24%

Jawab Dengan Tepat

Tidak Menjawab Dengan Tepat

Gambar Rajah 14

Jadual dan gambar rajah di atas menunjukkan responden yang tidak menjawab

dengan tepat masih di tahap yang tinggi dan untuk memperbaiki perkara ini perlu

kepada usaha memperjelaskan dengan lebih mendalam bagi perkara berkaitan supaya

tanggapan mereka selama ini pada golongan asnaf yang layak menerima zakat biarlah

tepat mengikut pentakrifan syarak.

Hasil dari dapatan ini dapat memberi satu gambaran kepada Pusat Kutipan Zakat

Pahang dalam urusan pungutan zakat bagi bahagian yang berkaitan ( zakat emas pakai

) dan juga membuka ruang kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang dalam melebarkan lagi

gerak kerja untuk memajukan mutu perkhidmatan dan pengendalian urusan kutipan

zakat negeri Pahang Darul Makmur.

Bagi objektif ketiga pula, persoalan yang ditimbulkan adalah “ berapakah uruf berat emas pakai yang dipakai di kalangan wanita Islam di negeri Pahang? Sebelum itu, bagi melengkapi jawapan yang dicari, beberapa tinjauan telah dibuat dan

beberapa rumusan telah diperoleh berdasarkan kepada jadual-jadual dan gambar rajah-

gambar rajah berikut.

13. Tinjauan Jenis Emas Yang Dipakai Responden

Hasil kajian mengikut pecahan jenis emas, responden yang memiliki emas

sepuluh ( 999 ) ialah seramai 67 responden, emas 950 seramai 4 responden, emas 916

seramai 1004 responden, emas 750 ( emas paun ) seramai 11 responden dan emas

putih seramai 8 responden. Tiada responden yang memiliki emas jenis 875 dan

responden yang tidak memakai emas seramai 357 orang.

Page 51: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Jadual 15

Perkara Bilangan %

Emas Sepuluh ( 999 ) 67 4.62%

Emas 950 4 0.28%

Emas 916 1004 69.19%

Emas 875 - -

Emas Paun ( 750 ) 11 0.76%

Emas Putih 8 0.55%

Tidak Memakai Emas 357 24.60%

Jumlah 1451 100%

4.62%0.28%

69.19%

0.00%

0.76%

0.55%

24.60%Emas Sepuluh

Emas 950

Emas 916

Emas 875

Emas pound (750)

Emas Putih

Tidak Memakai Emas

Gambar Rajah 15

Ini menunjukkan emas 916 kekal sebagai emas pilihan untuk dijadikan sebagai

emas perhiasan di kalangan wanita Islam di negeri Pahang ini.

14. Tinjauan Jenis Barangan Emas Yang Dimiliki Responden

Hasil kajian mengikut pecahan jenis barang emas yang dimiliki, telah dibahagikan

kepada beberapa jenis seperti:

i. Cincin Seramai 903 responden ( 82.5% ) dari jumlah keseluruhan responden ( 1094

responden ) yang memakai cincin.

ii. Gelang tangan Seramai 925 responden ( 84.5% ) dari jumlah keseluruhan responden ( 1094

responden ) yang memakai gelang tangan.

iii. Rantai leher Seramai 909 responden ( 83.0% ) dari jumlah keseluruhan responden ( 1094

responden ) yang memakai rantai leher.

iv. Rantai kaki

Page 52: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Seramai 96 responden ( 8.7% ) dari jumlah keseluruhan responden ( 1094

responden ) yang memakai rantai kaki.

v. Subang Seramai 514 responden ( 46.9% ) dari jumlah keseluruhan responden ( 1094

responden ) yang memakai subang.

Jadual 16

Perkara Bilangan %

Cincin 903 82.54%

Gelang Tangan 925 84.55%

Rantai Leher 909 83.09%

Rantai Kaki 96 8.78%

Subang 514 46.98%

Jumlah 1094 100%

0.00%10.00%20.00%30.00%40.00%50.00%60.00%70.00%80.00%90.00%

Cincin GelangTangan

RantaiLeher

RantaiKaki

Subang

Peratus Pemilikan

Peratus Pemilikan

Gambar Rajah 16

Melalui jawapan dari jumlah keseluruhan responden, dapat kita lihat bahawa

jenis barang emas yang popular dimiliki oleh wanita Islam negeri ini ialah cincin, gelang

tangan dan rantai leher iaitu lebih dari 80% responden memiliki barang-barang emas ini. 15. Tinjauan Berkaitan Situasi Emas Yang Dimiliki Responden

Hasil kajian mengikut pecahan situasi emas yang dimiliki di kalangan wanita

Islam negeri Pahang ini dipecahkan kepada tiga situasi iaitu kerap dipakai, kerap

disimpan dan sama kerap. Hasil ini mendapati bahawa seramai 821 responden

menetapkan situasi emas yang dimiliki adalah lebih kerap dipakai berbanding 71

responden yang kerap disimpan. Manakala responden yang menetapkan situasi emas

yang dimiliki mereka sama kerap seramai 202 orang. Jadual 17

Situasi Emas Yang Dipakai Bilangan %

Lebih Kerap Dipakai 821 56.58%

Lebih kerap disimpan 71 4.89%

Page 53: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Sama Kerap 202 13.92%

Tidak memakai Lansung 357 26.60%

Jumlah 1451 100%

56.58%

4.89%

13.92%

24.60%

Lebih Kerap Dipakai

Lebih Kerap Disimpan

Sama Kerap

Tidak Memakai Langsung

Gambar Rajah 17

Jadual dan gambar rajah di atas menunjukkan hampir 60% responden lebih

kerap memakai emas yang dimiliki dan hampir 14% responden memakai emas sama

kerap dengan menyimpannya. Perkara ini memberi kesan yang positif untuk kajian uruf

ini kerana situasi pemakaian emas responden antara kriteria penting bagi mendapatkan

objektif kajian ini. Jelas dari data ini menggambarkan majoriti responden yang ditemui

menepati sasaran projek kajian ini.

16. Tinjauan Berkaitan Status Pemakaian Emas Yang Dipakai Responden

Hasil kajian mengikut pecahan status pemakaian emas ini bersandarkan kepada

situasi emas yang dimiliki. Bagi situasi emas yang dimiliki lebih kerap dipakai dipecahkan

kepada tiga pecahan lagi iaitu pakai sepanjang tahun, pakai satu hingga tiga bulan dan

pakai empat bulan hingga ke enam bulan.

Bagi status pemakaian emas yang dipakai sepanjang tahun, terdapat 938

responden yang statusnya sebegitu. Responden yang memakai emas dalam tempoh

satu ke tiga bulan hanya 34 orang sahaja dan 28 responden yang memakai emas

dalam tempoh empat ke enam bulan.

Situasi emas yang dimiliki lebih kerap disimpan pula dipecahkan kepada tiga

pecahan lain iaitu hanya pakai ke majlis keraian sahaja, pakai ke tempat kerja sahaja,

pakai ketika bersiar-siar sahaja. Responden yang memakai emas hanya ke majlis

keraian sahaja hanya 48 responden, manakala yang memakai hanya di tempat kerja 21

responden dan yang memakai emas hanya ketika bersiar-siar seramai 25 orang

responden.

Page 54: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Jadual 18 Lebih Kerap Dipakai Bilangan %

Pakai Sepanjang Tahun 939 64.65%

Pakai 1 – 3 Bulan 34 2.34%

Pakai 4 – 6 Bulan 28 1.93%

Lebih Kerap Disimpan Bilangan %

Pakai Ke Majlis Keraian 48 3.31%

Pakai Di Tempat Kerja 21 1.45%

Pakai Semasa Bersiar – siar 25 1.72%

Tidak Memakai Langsung 357 24.60%

Jumlah 1451 100%

64.65%2.34%

3.31%1.45%1.72%

24.60%

1.93%

Pakai Sepanjang Tahun

Pakai 1-3 Bulan

Pakai 4-6 Bulan

Pakai Ke Majlis Keraian

Pakai Ke Tempat Kerja

Pakai Semasa Bersiar-Siar

Tidak Memakai Langsung

Gambar Rajah 18

Setelah hasil kajian mengikut setiap item soalan telah diperoleh, berikut adalah

hasil kajian mengikut prospek yang diperlukan dari kajian ini iaitu dalam menentukan

sama ada relevan atau tidak uruf pemakaian emas semasa negeri Pahang ini 200 gram.

Hasil kajian ini dipecahkan secara umum dan terperinci mengikut prospek yang

ditentukan oleh kajian.

Page 55: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Bab 5 Analisa Kajian

Analisa Keseluruhan Analisa Kajian Pemakaian Emas Secara Keseluruhan Analisa Mengikut Pecahan Pendapatan Bulanan Responden Secara Terperinci Analisa Mengikut Pecahan Perbezaan Kawasan Tempat Tinggal Responden Secara Terperinci Analisa Kajian Pemakaian Emas Bagi Berat Timbangan 85 gram Hingga 200 gram Analisa Mengikut Perbezaan Kawasan Tempat Tinggal Responden Analisa Mengikut Pecahan Pendapatan Bulanan Responden Analisa Mengikut Perbezaan Umur Responden

Page 56: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

BAB 5 ANALISA KAJIAN

5.1 Analisa Keseluruhan

Usaha untuk mendapatkan kadar kebiasaan atau uruf pemakaian emas

masyarakat wanita Islam negeri Pahang dalam kategori zakat emas pakai, kajian telah

menggunakan data yang boleh diterima pakai untuk kajian ini. Data tersebut tidak sama

dengan data yang digunakan untuk mendapatkan objektif 1 dan 2. Oleh yang demikian,

data berasingan telah dikeluarkan dan hasilnya dari 1451 responden yang menjawab

soalan kajian, seramai 1094 borang yang boleh diterima pakai iaitu responden yang

memiliki emas untuk mendapatkan objektif yang ke 3 dalam kajian ini.

Perkara Bilangan %

Bilangan Borang Keseluruhan 1500 100.00% Bilangan Borang Dikembalikan 1451 96.73%

Bilangan Borang Wanita Yang Memiliki Emas 1094 72.93%

0.00%

20.00%

40.00%

60.00%

80.00%

100.00%

Keseluru

han

Dikem

balika

n

Memilik

i Em

as

Peratus Borang

Peratus Borang

Jadual di bawah menunjukkan beberapa perkara diperoleh dan menjadi rujukan

kepada kajian ini untuk mencari adat kebiasaan pemakaian emas di kalangan wanita

Islam di negeri Pahang ini.

Page 57: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Jadual 19 N Valid 1094

Missing 0Mean 74.00Std. Error of Mean 2.242Median 51.50Mode 50Std. Deviation 74.156Variance 5499.062Range 849Minimum 1Maximum 850Sum 80957

S18A

850.0800.0

750.0700.0

650.0600.0

550.0500.0

450.0400.0

350.0300.0

250.0200.0

150.0100.0

50.00.0

Freq

uenc

y

500

400

300

200

100

0

Std. Dev = 74.16 Mean = 74.0

N = 1094.002447

98

208

414

278

Gambar Rajah 19

Gambar rajah di atas ini mendapati bahawa purata berat pemakaian emas yang

diperoleh adalah 74 gram. Manakala bagi nilai berat yang banyak di pakai adalah di

antara 50 gram sehingga 100 gram iaitu seramai 414 responden.

5.2 Analisa Kajian Pemakaian Emas Secara Keseluruhan

Hasil daripada soal selidik yang dijalankan, hanya jawapan dari 1094 responden

telah diguna pakai untuk mengetahui adat kebiasaan pemakaian emas di negeri ini.

Ianya ambil dari seluruh daerah dalam negeri Pahang ( kecuali Cameron Highlands )

berlatar belakangkan tiga kategori tahap umur, tiga kategori tahap pendapatan dan

perbezaan kawasan tempat tinggal, seramai 63 responden, mewakili 6% dari jumlah

keseluruhan yang memakai emas di atas paras uruf pemakaian emas semasa iaitu 200

gram. Sejumlah 1031, mewakili 94% dari 1094 responden adalah memakai emas di

bawah paras uruf tersebut.

Page 58: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Jadual 20

Perkara Bilangan %

Bawah Paras Uruf Semasa (200g) 1031 94%

Atas Paras Uruf Semasa (200g) 63 6%

Jumlah 1094 100%

Dari jadual di atas, seramai 63 responden ( 6% ) yang memakai emas di atas

paras uruf semasa dan bakinya iaitu 1031 responden ( 94% ) memakai di bawah paras

tersebut. Dari dapatan tersebut ( 1031 responden ) , seramai 754 responden ( 69% )

memakai emas di antara 1 gram hingga ke 84 gram iaitu di bawah paras nisab zakat

emas simpan. Manakala responden yang memakai emas di atas paras nisab emas ( 85

gram ) seramai 277 responden mewakili 25% dari jumlah keseluruhan responden.

Jadual hasil kajian pemakaian emas secara umum Jadual 21

Perkara Bilangan %

Bawah Paras Nisab (85g) 754 69%

Atas Paras Nisab 85g – 200g 277 25%

Atas Paras Uruf Semasa (200g) 63 6%

Jumlah 1094 100%

Berikut adalah jadual mengikut pecahan responden yang memakai emas bagi

setiap 10 gram hingga jumlah timbangan 200 gram berdasarkan data yang diperoleh

dalam kajian ini.

Jadual Bagi Pecahan Berat Timbangan Emas Yang Dipakai Responden Jadual 22

Perkara Bilangan %

1 g – 10 g 120 10.9%

11 g – 20 g 121 11.1%

21 g – 30 g 110 10.5%

31 g – 40 g 96 8.7%

41 g – 50 g 97 8.8%

51 g – 60 g 63 5.7%

61 g – 70 g 67 6.1%

71 g – 80 g 62 5.6%

81 g – 84 g 18 1.6%

85 g – 90 g 29 2.6%

91 g – 100 g 41 3.7%

101 g – 110 g 33 3.0%

111 g – 120 g 30 2.7%

121 g – 130 g 28 2.5%

131 g – 140 g 22 2.0%

141 g – 150 g 23 2.1%

151 g -160 g 15 1.3%

Page 59: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

161 g – 170 g 21 1.9%

171 g – 180 g 10 0.9%

181 g – 190 g 15 1.3%

191 g – 200 g 10 0.9%

Jumlah 1031 94%

Perkara Bilangan %

Atas Paras Uruf Semasa (200g) 63 6%

Jumlah 1094 100%

5.2.1 Analisa Mengikut Pecahan Pendapatan Bulanan Responden Secara Terperinci

Hasil bagi soal selidik mengikut pecahan pendapatan sebulan yang dipecahkan

kepada 4 ketogeri iaitu pendapatan RM 1000.00 ke RM 1500.00, RM 1501.00 ke RM

4000.00, RM 4001 ke atas dan ketogeri tidak dinyatakan pendapatan.

Bagi kategori berpendapatan RM 1000.00 ke RM 1500.00 yang memakai emas

ialah seramai 455 responden, di mana seramai 16 responden, mewakili 4% dari jumlah

keseluruhan memakai emas di atas paras uruf semasa iaitu 200 gram. Sejumlah 439

responden, mewakili 96% dari 455 responden adalah memakai emas di bawah paras

uruf tersebut.

Untuk kategori berpendapatan RM 1501.00 ke RM 4000.00, yang memakai emas

ialah seramai 458 responden, di mana seramai 36 responden, mewakili 9% dari jumlah

keseluruhan memakai emas di atas paras uruf semasa iaitu 200 gram. Sejumlah 422

responden, mewakili 91% dari 458 responden adalah memakai emas di bawah paras

uruf tersebut.

Bagi kategori berpendapatan RM 4001 ke atas yang memakai emas ialah

seramai 41 responden, di mana seramai 3 responden, mewakili 7% dari jumlah

keseluruhan memakai emas di atas paras uruf emas semasa iaitu 200 gram. Sejumlah

38 responden, mewakili 93% dari 41 responden adalah memakai emas di bawah paras

uruf tersebut.

Bagi kategori berpendapatan tidak dinyatakan yang memakai emas ialah

seramai 140 responden, di mana seramai 8 responden, mewakili 6% dari jumlah

keseluruhan memakai emas di atas paras uruf semasa iaitu 200 gram. Sejumlah 132

Page 60: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

responden, mewakili 94% dari 140 responden adalah memakai emas di bawah paras

uruf tersebut.

Jadual pemakaian emas mengikut pecahan pendapatan responden secara terperinci Jadual 23

Perkara Bawah Paras Uruf Semasa (200g) %

Atas Paras Uruf Semasa (200g) % Jumlah %

RM1,000 - RM1,500 439 96% 16 4% 455 100%

RM1,501 - RM4,000 422 91% 36 9% 458 100%

RM4,001 ke atas 38 93% 3 7% 41 100%

Tidak Dinyatakan 132 94% 8 6% 140 100%

Jumlah 1031 94% 63 6% 1094 100.00%

5.2.2 Analisa Mengikut Pecahan Perbezaan Kawasan Tempat Tinggal Responden Secara Terperinci

Hasil dapatan mengikut pecahan perbezaan kawasan tempat tinggal dibahagikan

kepada tiga pecahan iaitu bandar besar, bandar kecil dan kawasan penempatan FELDA.

Bagi kawasan bandar besar, yang memakai emas di atas paras uruf emas

semasa (200g) seramai 15 responden mewakili 6 % dari jumlah keseluruhan iaitu 246

orang. Manakala responden yang memakai emas di bawah paras uruf tersebut seramai

231 responden mewakili 94 %.

Bagi kawasan bandar kecil, responden yang dipilih adalah seramai 458

responden dan dari jumlah itu, seramai 17 responden yang memakai emas di atas paras

uruf semasa (200g) mewakili 4 %, 441 responden mewakili 96 % bagi responden yang

memakai emas di bawah paras uruf tersebut.

Bagi kawasan penempatan FELDA pula, seramai 31 responden yang memakai

emas di atas paras uruf semasa ( 200 gram ). Jumlah ini mewakili 8 % dari jumlah

keseluruhan iaitu 390 responden. Manakala responden yang memakai emas di bawah

paras uruf tersebut seramai 359 responden mewakili 92 %.

Jadual pemakaian emas bagi kawasan tempat tinggal responden secara terperinci Jadual 24

Perkara Bawah Paras Uruf Semasa (200g) %

Atas Paras Uruf Semasa (200g) % Jumlah %

Bandar Besar 231 94% 15 6% 246 100%

Bandar Kecil 441 96% 17 4% 458 100%

FELDA 359 92% 31 8% 390 100%

Jumlah 1031 94% 63 6% 1094 100.00%

Page 61: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

5.2.3 Analisa Mengikut Pecahan Perbezaan Umur Responden Secara Terperinci

Hasil kajian mengikut pecahan perbezaan umur responden yang memakai emas

dibahagikan juga kepada empat bahagian iaitu umur 31 tahun ke 40 tahun, 41 hingga 50

tahun, 51 tahun ke 58 dan bagi responden yang tidak dinyatakan umur mereka.

Untuk pecahan umur 31 hingga 40 tahun, seramai 294 responden telah di temui

dan dari jumlah itu, hanya 19 responden sahaja mewakili 7 % yang memakai emas di

atas paras uruf semasa (200g). Manakala seramai 275 responden memakai emas di

bawah paras uruf tersebut mewakili 93 %.

Bagi pecahan umur 40 hingga 51 tahun, jumlah responden yang di ambil data

ialah 325 responden. 20 responden dari jumlah tersebut memakai emas di atas paras

uruf semasa (200g) mewakili 7 %. Baki dari jumlah tersebut iaitu seramai 305 responden

mewakili 93 % memakai emas di bawah paras uruf tersebut.

Bagi pecahan umur 51 tahun ke 58 tahun, seramai 9 responden mewakili 4 %

dari 215 responden memakai emas di atas paras uruf semasa (200g) manakala baki

sebanyak 96 % iaitu 206 responden memakai emas di bawah paras uruf tersebut.

Bagi responden yang tidak menyatakan umur mereka, terdapat seramai 245

responden memakai emas di bawah paras uruf semasa (200g) mewakili 96 % dari

jumlah keseluruhan. Hanya 4 % sahaja yang memakai emas di atas paras uruf semasa

tersebut iaitu seramai 15 responden sahaja.

Jadual pemakaian emas bagi pecahan umur responden secara terperinci. Jadual 25

Perkara Bawah Paras Uruf Semasa (200g) %

Atas Paras Uruf Semasa (200g) % Jumlah %

31 – 40 Tahun 275 93% 19 7% 294 100%

41 – 50 Tahun 305 93% 20 7% 325 100%

51 – 58 Tahun 206 96% 9 4% 215 100%

Tidak Dinyatakan 245 96% 15 4% 260 100%

Jumlah 1031 94% 63 6% 1094 100.00%

Page 62: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

5.3 Analisa Kajian Pemakaian Emas Bagi Berat Timbangan 85 Gram Hingga 200 Gram Jadual 26

Perkara Bilangan %

Bawah Paras Nisab (85g) 754 69%

Atas Paras Nisab 85g – 200g 277 25%

Atas Paras Uruf Semasa (200g) 63 6%

Jumlah 1094 100%

Jadual di atas menunjukkan uruf kebiasaan pemakaian emas di kalangan wanita

Islam negeri Pahang ini berada di bawah paras nisab zakat emas ( 85 gram ) iaitu

seramai 754 orang mewakili 69% dari jumlah keseluruhan responden. Berdasarkan

jadual ini, Pusat Kutipan Zakat Pahang mendapati kadar kebiasaan masyarakat wanita

Islam negeri Pahang adalah pada kadar di bawah paras 85 gram. Manakala jumlah

kedua terbesar selepas kadar itu adalah seramai 25% iaitu pada kadar 85 gram ke 200

gram.

Dari dapatan ini, kajian mengenai responden yang memakai pada kadar 85 gram

ke 200 gram diperincikan kepada 3 pecahan utama iaitu berdasarkan kawasan

penempatan, pendapatan bulanan dan pecahan umur responden mengikut jumlah

responden secara detil.

5.3.1 Analisa Mengikut Perbezaan Kawasan Tempat Tinggal Responden

Dari jumlah ini, seramai 35 responden menetap di kawasan bandar besar

mewakili 12.7%, 120 responden menetap di bandar kecil mewakili 43.3% dan seramai

122 responden mewakili 44.0% menetap di kawasan FELDA

Jadual pemakaian emas di atas paras nisab 85 gram hingga 200 gram mengikut kawasan tempat tinggal responden. Jadual 27

Perkara Bilangan %

Bandar Besar 35 12.7%

Bandar Kecil 120 43.3%

FELDA 122 44.0%

Jumlah 277 100%

Page 63: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

5.3.2 Analisa Mengikut Pecahan Pendapatan Bulanan Responden

Dari jumlah 277 responden ini juga, seramai 98 responden mewakili 35.4%

berpendapatan RM 1000 > RM 1500 sebulan. Manakala seramai 114 responden

mewakili 41.1% berpendapatan RM 1501 > RM 4000, 13 responden mewakili 4.7%

berpendapatan sebulan RM 4001 ke atas. Manakala responden yang tidak menyatakan

pendapatan bulanan seramai 52 responden mewakili 18.8%.

Jadual pemakaian emas di atas paras nisab 85 gram hingga 200 gram mengikut pendapatan bulanan responden Jadual 28

Perkara Bilangan %

RM1,000 - RM1,500 98 35.4%

RM1,501 - RM4,000 114 41.1%

RM4,001 ke atas 13 4.7%

Tidak Dinyatakan 52 18.8%

Jumlah 277 100%

5.3.3 Analisa Mengikut Perbezaan Umur Responden

Untuk analisa bagi ketogeri umur yang memakai emas di atas paras nisab 85

gram hingga 200 gram pula, seramai 67 responden mewakili 24.1% berusia 31 > 40

tahun. Seramai 87 responden iaitu 31.4% berusia 41 > 50 tahun. Manakala 69

responden mewakili 25% berusia 51 > 58 tahun dan seramai 54 responden mewakili

19.5% adalah tidak menyatakan umur mereka.

Jadual pemakaian emas di atas paras nisab 85 gram hingga 200 gram mengikut ketogeri umur responden Jadual 29

Perkara Bilangan %

31 – 40 Tahun 67 24.1%

41 – 50 Tahun 87 31.4%

51 – 58 Tahun 69 25.0%

Tidak Dinyatakan 54 19.5%

Jumlah 277 100%

Hasil dari kajian yang dibuat, data yang diperoleh menunjukkan pemakaian emas

di kalangan wanita Islam negeri Pahang yang kurang dari berat timbangan nisab ( 85

gram ) adalah dianggap satu kadar yang biasa dipakai. Sementara itu, kira-kira 1/3

daripada responden yang diambil memakai emas di atas kadar nisab tersebut.

Page 64: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Hanya 6% sahaja iaitu seramai 63 responden daripada 1094 responden yang

dipilih memakai emas di atas paras uruf pemakaian emas semasa (200 gram). Melalui

data ini, jelas menunjukkan bahawa nilai 200 gram ini tinggi bagi pandangan masyarakat

wanita Islam negeri Pahang. Ini memberi penjelasan bahawa tidak ramai wanita Islam di

negeri ini yang memiliki emas dengan kadar yang banyak sehingga mencecah 200 gram

atau lebih. Situasi ini terjadi sama ada mereka tiada kecenderungan ataupun tiada

kemampuan untuk memiliki perhiasan emas dengan kadar yang banyak.

Berdasarkan purata harga emas dari tahun 1994 hingga ke tahun 2008

menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi nilaian emas. Jika nilaian 200 gram

emas pada tahun 1994 berjumlah RM 6747.27, pada tahun 2008 sehingga bulan Ogos

nilai tersebut telah mencecah RM 19,703.57.

Jika dibandingkan nilai emas pada tahun 1994 ( RM 6747.27 ) dengan nilaian

emas pada tahun 2008, nilai tersebut hanya seberat sekitar 70 gram emas pada nilaian

tahun 2008. Jika dibandingkan nilai emas pada tahun 2008 ( RM 19,703.57 ) dengan

nilaian emas pada tahun 1994, nilai tersebut melewati berat timbangan sekitar 580 gram.

Faktor ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi cara pemakaian emas di kalangan

wanita di negeri ini.

Berdasarkan daripada analisa kajian ini, uruf kebiasaan pemakaian emas di

kalangan wanita Islam negeri ini sekiranya bersandarkan kepada hasil kajian, kadar

yang sesuai bagi uruf pemakaian emas tersebut ialah 85 gram

Sekiranya pemakaian emas yang layak untuk dizakatkan itu hanya kepada

mereka yang memakai emas di luar daripada kebiasaan, maka kadar 200 gram adalah

sesuai. Hasil kajian menunjukkan sebanyak 6% iaitu seramai 63 responden ada

memakai emas di atas paras tersebut.

Bagaimanapun, penetapan kadar uruf pemakaian emas ini perlu merujuk kepada

kaedah yang menepati syarak bersandarkan kepada hukum fiqh dan perkara yang

berkaitan dengannya.

Page 65: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Bab 6 Rumusan Dan Cadangan

Objektif Pertama Objektif Kedua Objektif Ketiga

Page 66: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

BAB 6

RUMUSAN DAN CADANGAN 6.1 Objektif Pertama.

Hasil kajian berdasarkan kepada umur responden untuk mendapatkan objektif

pertama menunjukkan umur atau usia responden tidak memberi kesan yang besar

dalam menentukan gaya pemakaian emas di negeri ini. Kemungkinan dengan sebab

bimbang akan keselamatan barang emas yang dipakai jika dipakai semasa bekerja

menjadi faktor kepada perkara ini. Boleh jadi mungkin ada faktor-faktor lain yang

mempengaruhi kepada gaya pemakaian tersebut. Kemungkinan faktor kecenderungan

kepada emas ini memainkan peranan yang besar dalam gaya pemakaian emas di negeri

ini.

Manakala kawasan penempatan responden juga tidak memberi kesan yang

besar dalam menentukan gaya pemakaian emas di negeri ini. Begitu juga dengan

responden yang mempunyai jumlah pendapatan bulanan yang tinggi, tidak ramai yang

memiliki emas di atas paras uruf semasa. Ini boleh memberi makna dengan hasil

pendapatan bulanan yang besar tidak mempengaruhi gaya pemakaian emas di

kalangan wanita Islam di negeri ini. Responden di negeri ini kemungkinan tidak

memandang emas ini sebagai satu yang boleh dijadikan sebagai aset simpanan jangka

masa panjang dan hanya beranggapan ia hanya satu bentuk perhiasan peribadi pada

tubuh badan sahaja. Boleh jadi juga kerana zaman masa kini sudah ada pelbagai bentuk

aset simpanan yang setanding dengan nilaian emas yang boleh menjamin masa depan

mereka.

Rumusan ini dibuat berdasarkan kepada persoalan-persoalan yang berkaitan

dengan profil responden dan pemakaian emas dalam kajian uruf ini.

6.2 Objektif Kedua.

Hasil kajian menunjukkan bagi objektif kedua memberi gambaran bahawa

kempen-kempen dan segala aktiviti penerangan dan dakwah berkaitan zakat emas

pakai ini berjaya dilaksanakan dengan baik dari tempoh 1996 hingga ke waktu ini. Ini

dapat dibuktikan melalui jurang perbezaan di antara kategori umur responden yang tahu

akan kewajipan zakat emas pakai tidak jauh berbeza di antara satu sama lain. Ini

memberi gambaran kepada kita bahawa faktor umur tidak menutup ruang dakwah dan

Page 67: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

penerangan bahkan jika dilihat dari jadual yang berkaitan, responden yang berumur 51-

58 tahun adalah yang teramai mengetahui kewajipan zakat emas pakai ini.

Selain dari itu, perbezaan kawasan tempat tinggal responden tidak memberi

kesan negatif kepada pemahaman masyarakat tentang kewajipan zakat emas pakai ini.

Ini juga menunjukkan usaha dakwah dan penerangan sama ada secara langsung atau

tidak langsung berkaitan zakat sampai di setiap kawasan ini. Kawasan penempatan

FELDA mencatatkan graf yang teramai dan kemungkinan ruang dakwah di kawasan ini

sangat besar dan di manfaat dengan baik oleh penduduknya.

Kajian juga mendapati ramai dari kalangan responden tidak mengetahui cara

pengiraan zakat emas pakai ini. Faktor yang menyebabkan berlaku sedemikian

kemungkinan kemudahan perkhidmatan pengiraan zakat emas telah disediakan oleh

Pusat Kutipan Zakat Pahang kepada pembayar bagi memudahkan urusan tersebut.

Antara lain, tahap hingga tahu cara pengiraan zakat emas ini masih belum menjadi satu

keperluan bagi setiap wanita Islam di negeri ini. Ini mungkin kerana gaya pemakaian

emas itu sendiri di kalangan penduduk di negeri ini.

Dari kajian ini juga, didapati hampir 80% dari kalangan responden yang ditemui

telah membayar zakat emas mereka telah membayar ke Pusat Kutipan Zakat Pahang.

Ini membawa maksud yang positif kepada pengurusan zakat Pahang kerana masyarakat

Islam di negeri ini mempercayai pengurusan kutipan zakat di negeri Pahang

Bagi responden yang tidak pernah membayar zakat emas pakai, kajian

mendapati masih wujud segelintir kecil umat Islam yang enggan membayar zakat harta

dan kedapatan juga yang masih meragui pengurusan kutipan zakat di negeri ini.

Selain dari itu, kuliah agama memainkan peranan yang sangat besar dalam

dakwah dan penerangan kepada masyarakat Islam di negeri dan ia masih relevan lagi

untuk diguna pakai pada masa kini. Cuma, pihak yang berkaitan sebagai contoh Pusat

Kutipan Zakat Pahang perlu menggunakan kaedah-kaedah yang lain dengan lebih

efisien bagi memenuhi tuntutan dakwah kepada masyarakat sambil tidak meninggalkan

cara lama sebagai satu wasilah dakwah kepada masyarakat Islam di negeri ini. Hasil

kajian ini juga menunjukkan responden yang tidak menjawab dengan tepat tentang

golongan yang layak menerima zakat masih di tahap yang tinggi dan untuk memperbaiki

perkara ini perlu kepada usaha memperjelaskan dengan lebih mendalam bagi perkara

berkaitan supaya tanggapan mereka selama ini pada golongan asnaf yang layak

menerima zakat biarlah tepat mengikut pentakrifan syarak.

Page 68: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Rumusan ini dibuat berdasarkan kepada persoalan-persoalan yang berkaitan

dengan kefahaman mengenai zakat emas dan profil mereka.

6.3 Objektif Ketiga.

Hasil kajian terhadap perbezaan antara tahap sosio ekonomi dan pemakaian

emas menunjukkan 1/3 daripada responden yang diambil memakai emas di atas kadar

nisab iaitu 85 gram.

Hanya 6% sahaja memakai emas di atas paras uruf semasa (200 gram). Melalui

data ini, jelas menunjukkan bahawa nilai 200 gram ini tinggi bagi pandangan masyarakat

wanita Islam negeri Pahang. Ini memberi penjelasan bahawa tidak ramai wanita Islam di

negeri ini yang memiliki emas dengan kadar yang banyak sehingga mencecah 200 gram

atau lebih. Situasi ini terjadi boleh dikaitkan dengan rumusan yang diberikan pada

objektif satu dan dua.

Perkara ini boleh juga dikaitkan dengan peningkatan harga emas dipasaran yang

mana semakin meninggi dan naik berbanding tahun-tahun kebelakangan ini. Faktor ini

sedikit sebanyak telah mempengaruhi cara pemakaian emas di kalangan wanita di

negeri ini.

Berdasarkan daripada analisa kajian ini, uruf kebiasaan pemakaian emas di

kalangan wanita Islam negeri ini sekiranya bersandarkan kepada hasil kajian, kadar

yang sesuai bagi uruf pemakaian emas boleh bermula dari 50 gram hingga ke 85 gram

ataupun hingga ke 100 gram. Ini bersandarkan kepada hasil kajian yang diperolehi

bersandarkan jadual-jadual di atas.

Sekiranya pemakaian emas yang layak untuk dizakatkan itu hanya kepada

mereka yang memakai emas di luar daripada kebiasaan, maka kadar 200 gram adalah

sesuai. Hasil kajian menunjukkan sebanyak 6% iaitu seramai 63 responden ada

memakai emas di atas paras tersebut.

Bagaimanapun, penetapan kadar uruf pemakaian emas ini perlu merujuk kepada

kaedah yang menepati syarak bersandarkan kepada hukum fiqh dan perkara yang

berkaitan dengannya.

Page 69: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

◊Penutup ◊

Page 70: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

BAB 7

PENUTUP

Kajian secara menyeluruh untuk penentuan uruf ini amat penting. Ini kerana ia

menentukan ketepatan pelaksanaan hukum Islam semasa. Sungguhpun kajian ini

melibatkan jumlah responden yang amat besar, namun kos yang dibelanjakan dalam

kajian ini adalah amat bersesuaian. Kajian ini memberikan impak yang besar terhadap

pelaksanaan hukum Islam. Ini kerana ia didasarkan kepada proses penyelidikan

berkenaan dijalankan daripada merangka alat kajian sehingga kepada penyediaan

laporan kajian. Hasil kajian amat penting untuk mendapatkan keputusan yang mantap

terhadap pelaksanaan hukum fiqh semasa.

Wallahu alam bis sowab. Felza zulrrafaaee b. Abd Hamid Unit Dakwah Dan Penyelidikan

Pusat Kutipan Zakat Pahang Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

26 Ramadhan 1429 Hijrah

4.00 petang

Page 71: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Lampiran

Data Kajian Borang Soal Selidik Gambar-gambar Yang Berkaitan dengan Kajian

Page 72: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

◊Data Kajian ◊

Page 73: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

◊Borang Soal Selidik ◊

Page 74: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12
Page 75: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12
Page 76: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12
Page 77: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12
Page 78: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12
Page 79: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12
Page 80: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12
Page 81: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

◊Gambar – gambar ◊ ◊Yang Berkaitan Dengan Kajian ◊

Page 82: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Gambar-gambar Kajian Soal Selidik Uruf Pemakaian Emas Di Negeri Pahang

Page 83: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Gambar-gambar Kajian Soal Selidik Uruf Pemakaian Emas Di Negeri Pahang

Page 84: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Gambar-gambar Kajian Soal Selidik Uruf Pemakaian Emas Di Negeri Pahang

Page 85: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

◊Penghargaan ◊

Page 86: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Penghargaan Setinggi - tinggi penghargaan diberikan kepada Majlis Ugama Islam dan Adat

Resam Melayu Pahang atas pembiayaan kewangan untuk projek kajian ini, Jabatan

Mufti dalam menjadi penaung kepada projek ini, khidmat nasihat dan tunjuk ajar yang

diberikan oleh Universiti Malaysia Pahang dan kerjasama yang diberikan oleh jabatan –

jabatan kerajaan, badan – badan berkanun, pihak swasta, badan bukan kerajaan, JKKK,

persatuan – persatuan dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung

atau tidak dalam menjayakan kajian ini. Semoga kerjasama yang diberikan mendapat

balasan yang baik dan setimpal di sisi Allah SWT.

Page 87: Laporan Kajian Uruf Negeri Pahang 2008 edited Kajian Uruf Negeri... · 3.10 Penggunaan Alat Penimbang 20 3.11 Tenaga Kerja Yang Terlibat Dalam Pengumpulan Data Kajian 21 3.12

Rujukan 1. Mushaf Tajwid Berserta Terjemahan Ke Dalam Bahasa Malaysia, Cetakan Ath

Tharya - Damsyik Darul Fikir Kuala Lumpur

2. Al Majmuk Syarh Al – Muhazzab – Imam An Nawawi

3. Fiqh Zakah – Prof Dr Muhammad Yusuf Al Qardhawi, Cetakan Muassasah Ar

Resalah Beirut – Lubnan

4. Hukum Zakat – Dr. M. Yusuf Qardawi, (Terjemahan) – Drs. Salman Harun, Drs.

Didin Hafidhuddin, Drs. Hassanuddin, Pustaka Nasional PTE LTD Singapura

5. Usul Fiqh Al Islami – Dr Wahbah Az Zuhaily, Cetakan Darul Al-Fikir Beirut -

Lubnan

5. Arkib Pusat Kutipan Zakat Pahang 1996