tahap kefahaman kemahiran mengumpul data dan … · 1.5 rangka kerja konsep 6 . 1.6 kepentingan...

41
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN MENTAFSIR DATA DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT PENDIDIKAN SAINS SHARFUDDIN BIN ABDUL SHUKOR BP 050177 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS) 720926-01-6619 FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2008

Upload: others

Post on 22-Jun-2020

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA

DAN MENTAFSIR DATA DALAM KALANGAN PELAJAR

TAHUN EMPAT PENDIDIKAN SAINS

SHARFUDDIN BIN ABDUL SHUKOR

BP 050177

SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS)

720926-01-6619

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2008

Page 2: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman
Page 3: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman
Page 4: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

i

TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN

MENTAFSIR DATA DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT

PENDIDIKAN SAINS

SHARFUDDIN BIN ABDUL SHUKOR

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2008

Page 5: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman
Page 6: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

iii

Buat dua insan yang telah banyak berkorban Julieana Zakaria dan Sofea Dhamirah

Page 7: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Bersyukur saya ke hadrat

Allah s.w.t kerana dengan izinNya, saya berjaya menyiapkan Projek Sarjana Muda

ini.

Dikesempatan ini, pertama sekali saya ingin mengucapkan ucapan terima

kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing yang saya kasihi

Prof. Madya Dr. Hj. Shaharom Bin Noordin di atas segala bimbingan, nasihat, tunjuk

ajar yang diberikan dengan penuh semangat sepanjang saya menyiapkan projek ini.

Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada semua rakan kelas yang

banyak membantu, peserta kajian yang memberikan kerjasama dengan baik dalam

menjalankan kajian ini. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat, segala jasa

yang diberi amat dihargai.

Page 8: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

v

ABSTRAK

Masalah kefahaman dalam Kemahiran Proses Sains telah menarik perhatian

penyelidik. Penyelidik menetapkan pembolehubah bersandar adalah tahap kefahaman

kemahiran mengumpul data dan mentafsir data dalam kalangan pelajar Tahun Empat

Program Pendidikan Sains, Universiti Teknologi Malaysia. Terdapat dua

pembolehubah bebas dalam kajian ini iaitu merentas jantina dan program pengajian.

Peserta kajian terdiri daripada 52 orang pelajar Program Pendidikan Sains – Perdana

dan Program Pendidikan Sains – Program Khas Pensiswazahan Guru. Kajian ini

berbentuk tinjauan dan alat kajian yang ditadbir ialah Ujian Tahap Kefahaman

Kemahiran Mengumpul Data Dan Mentafsir Data yang mempunyai 40 item objektif

dengan nilai kebolehpercayaan ά = .89. Analisis Statistik Deskriptif dalam bentuk

min, sisihan lazim dan markat maksimum dan minimum telah digunakan dalam

tatacara menganalisis data kajian ini. Tahap kefahaman kemahiran mengumpul data

dan mentafsir data dalam kalangan pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains

secara keseluruhan dan merentas jantina adalah baik. Dapatan kajian menunjukkan

kedua-dua kemahiran merentas program pengajian adalah sederhana untuk Perdana

dan baik untuk Program Khas Pensiswazahan Guru. Implikasi daripada kajian ini

ialah perlunya ada perubahan sikap pelajar dan amalan pengajaran dan pembelajaran

pensyarah.

Page 9: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

vi

ABSTRACT

The purpose of this survey was to determine the level of understanding in the Science

Process Skills. The dependent variable of the research was the level of understanding

in collecting and interpreting data among the students of the Year Four Science

Education Program, Universiti Teknologi Malaysia. The independent variables for

this survey were across gender and the type of program. Fifty-two students from the

Science Education Program – Prime Students and the Program Khas Pensiswazahan

Guru students were involved in this study. This was an exploration survey and the test

instrument used was the Ujian Tahap Kefahaman Mengumpul Data dan Mentafsir

Data. There were 40 objective items in the test. The reliability of the test was ά = .89.

The Descriptive Statistical Analysis in the form of mean, standard deviation and

maximum score were used in analyzing the data of the survey. It was found out that

the level of understanding in collecting data and interpreting the data among the Year

Four students was in general and across gender was good. On the other hand, the

result of the survey indicated that both skills across study program were average to the

Prime students and good to the Program Khas Pensiswazahan Guru students. The

implication of the study was that they should be a change in the students’ attitude and

the teaching and learning practices of the lecturer.

Page 10: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Jadual x

Senarai Rajah xi

Senarai Singkatan xii

Senarai Lampiran xiii

1 PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Objektif Kajian 5

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Rangka Kerja Konsep 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Andaian Kajian 8

1.9 Batasan Kajian 9

1.10 Takrifan 9

Page 11: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

viii

1.10.1 Tahap Kefahaman 10

1.10.2 Mengumpul Data 10

1.10.3 Mentafsir Data 11

1.11 Rumusan 11

2 SOROTAN PENULISAN

2.0 Pendahuluan 13

2.1 Kemahiran Mengumpul Data 13

2.2 Kemahiran Mentafsir Data 16

2.3 Kajian Dalam Negara 18

2.4 Kajian Luar Negara 19

2.5 Rumusan 21

3 PENGKAEDAHAN

3.0 Pendahuluan 22

3.1 Reka Bentuk Kajian 22

3.2 Tempat dan Sampel Kajian 23

3.3 Alat Kajian 23

3.4 Kajian Rintis 24

3.5 Analisis Dapatan Kajian 24

3.6 Rumusan 25

4 DAPATAN KAJIAN

4.0 Pendahuluan 26

4.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengumpul Data

dan Kemahiran Mentafsir Data 26

4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengumpul Data

dan Kemahiran Mentafsir Data Merentas Jantina 27

4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengumpul Data

dan Kemahiran Mentafsir Data Merentas Program

Pengajian 28

Page 12: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

ix

4.4 Rumusan 30

5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.0 Pendahuluan 31

5.1 Ringkasan 31

5.2 Kesimpulan 32

5.3 Perbincangan 34

5.3.1 Tahap Kefahaman Kemahiran

Mengumpul Data dan

Kemahiran Mentafsir Data 34

5.3.2 Tahap Kefahaman Kemahiran

Mengumpul Data dan

Kemahiran Mentafsir Data

Merentas Jantina 37

5.3.3 Tahap Kefahaman Kemahiran

Mengumpul Data dan

Kemahiran Mentafsir Data

Merentas Program Pengajian 38

5.4 Implikasi 40

5.5 Cadangan 42

5.6 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 44

5.7 Rumusan 44

RUJUKAN 46

LAMPIRAN 50

Lampiran A 51

Lampiran B 76

Lampiran C 77

Page 13: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

x

SENARAI JADUAL JADUAL MUKA SURAT 3.1 Hubungan antara markat min dengan

tahap kefahaman 23 4.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman

Kemahiran Mengumpul Data dan Kemahiran Mentafsir Data 27

4.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran Mengumpul Data dan Kemahiran Mentafsir Data Merentas Jantina 28

4.3 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman

Kemahiran Mengumpul Data dan Kemahiran Mentafsir Data Merentas Program Pengajian 29

Page 14: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

xi

SENARAI RAJAH RAJAH MUKA SURAT 1.1 Rangka Kerja Konsep 7

Page 15: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

xii

SENARAI SINGKATAN AAAS American Association for the Advancement of Science

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

KPS Kemahiran Proses Sains

KS Kemahiran Saintifik

M Min

NL Bilangan lelaki

NP Bilangan perempuan

NPKPG Bilangan pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru

NSPN Bilangan pelajar Perdana

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

PEKA Pentaksiran Kemahiran Amali Sains

PKPG Program Khas Pensiswazahan Guru

PP Petunjuk prestasi

PPK Pusat Perkembangan Kurikulum

SL Sisihan lazim

SPN Program Pendidikan Sains

SPSS Statistical Package For Social Science

TISP Test Of Intergrated Science Process

UKMMD Ujian Tahap Kefahaman Mengumpul dan Mentafsir Data

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 16: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

xiii

LAMPIRAN SENARAI TAJUK

Contoh set soalan UKMMD LAMPIRAN A

Senarai Jawapan UKMMD LAMPIRAN B

Pengesahan Item LAMPIRAN C

Page 17: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

BAB 1

PENGENALAN 1.0 Pendahuluan

Matlamat kerajaan Malaysia ialah untuk mencapai status negara maju. Bertitik

tolak dari hasrat ini kurikulum sains telah diolah untuk mewujudkan masyarakat yang

saintifik dan progresif serta berilmu. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001)

berhasrat untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi,

memandang jauh ke hadapan, inovatif serta menjadi penyumbang kepada tamadun

sains dan teknologi masa depan

Menguasai kemahiran saintifik (KS), merupakan salah satu daripada objektif

dalam Kurikulum Sains (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Laporan

Jawatankuasa Kabinet yang dikeluarkan pada tahun 1980 menyatakan kurikulum

sains tidak menitikberatkan penggunaan sains dalam kehidupan serta tidak berusaha

membentuk insan kamil, sebagaimana yang diilhamkan oleh Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, (2001). Antara langkah-langkah

yang diambil oleh Kementerian Pendidikan untuk mengatasi masalah ini ialah

memperkenalkan Pentaksiran Kemahiran Amali Sains (PEKA) pada tahun 1997.

PEKA merupakan instrumen pentaksiran berasaskan sekolah yang menggunakan

pendekatan rujukan kriteria yang menjuruskan kepada penjaminan kualiti.

Falsafah di sebalik PEKA ialah untuk melahirkan pelajar yang boleh

menguasai Kemahiran Proses Sains (KPS). Dalam usaha untuk melahirkan

Page 18: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

2

masyarakat yang berbudaya sains dan teknologi serta bersedia menghadapi cabaran

globalisasi, kaedah pengajaran yang diamalkan oleh para guru mempunyai kesan yang

besar dari segi membina kefahaman dan penguasaan para pelajar terhadap ilmu

pengetahuan yang disampaikan oleh mereka (Shaharom, 1996).

Malangnya ramai dalam kalangan guru masih menggunakan kaedah tradisi

dalam proses pengajaran-pembelajaran sains (Zurida, 1998). Azizah (1999)

menyatakan guru masih menggunakan papan hitam dan banyak memberi syarahan di

mana pelajar disogok dengan fakta tanpa memahaminya. Terdapat sebilangan guru

sains yang tidak melaksanakan kurikulum sains Kurikulum Baru Sekolah Menengah

(KBSM) di sekolah dengan berkesan seperti yang dirancang. Dapatan dari kajian yang

dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) mendedahkan guru sains

masih cenderung dan terikat dengan kaedah pengajaran-pembelajaran yang

berpusatkan guru, tanpa berusaha memberi penekanan terhadap kesepaduan domain

kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Abu Hassan (2002) mendedahkan guru

gemar melakukan eksperimen dengan mengikuti “resepi” di dalam makmal,

sebagaimana dalam pendekatan tradisi.

Berdasarkan dari dapatan kajian yang terdahulu, jelas menunjukkan keperluan

yang mendesak supaya diadakan kajian terhadap tahap penguasaan KS dalam

kalangan guru dan bakal guru. Penyelidik memberikan tumpuan kepada kemahiran

mengumpul data dan kemahiran mentafsir maklumat. Kemahiran mengumpul data

dan mentafsir maklumat diperincikan dalam PEKA. Manakala kemahiran mentafsir

maklumat juga diterangkan dengan jelas dalam KPS. Penyelidikan ini dijalankan

dalam kalangan pelajar program pendidikan sains (SPN) Universiti Teknologi

Malaysia (UTM). Terdapat dua kumpulan pelajar program pendidikan sains iaitu

pelajar Perdana dan pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG). Pelajar

Perdana merupakan bakal guru dan pelajar PKPG merupakan guru yang telah

mengajar.

Page 19: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

3

1.1 Latar Belakang Masalah Kemahiran proses sains telah menjadi perkara yang penting dalam kurikulum

sains. Walau bagaimanapun menurut Vantipa et al. (1996) sukatan pelajaran masih

lagi tertumpu kepada isi pelajaran. KPS masih lagi berada di aras objektif pelajaran

dan tidak diperincikan dengan jelas dalam kurikulum. Lantas kepentingan KPS tidak

dapat dijelmakan dalam pengajaran dan peperiksaan.

“However, detailed curriculum content is still very much focus on

the subject matter knowledge. Science proses skills remains very

much at the obective level and detailed are not available in the

curriculum…. The importance of science process skills thus failed to

materialise during teaching and examinations.”

(Vantipa et al., 1996:19)

Pengajaran dan pembelajaran serta penilaian kemahiran proses sains perlu

dilihat dengan lebih terperinci untuk memastikan kejayaan pendidikan sains di

Malaysia. Atas dasar ini Lembaga Peperiksaan Malaysia memperkenalkan PEKA

pada tahun 1997. Ciri-ciri yang terkandung dalam PEKA menumpukan kepada tahap

kefahaman murid. Bagaimana dengan tahap kefahaman guru? Tahap kefahaman guru

dalam KPS tidak dinilai secara terperinci kerana mengandaikan jika keputusan PEKA

murid baik maka penguasaan guru selaku tenaga pengajar juga berada di tahap yang

baik.

Bakal guru sains di Malaysia dilatih dalam kemahiran proses sains. Timbul

persoalan tentang keberkesanan penerapan pengetahuan KPS ini di peringkat

universiti dan Institut Perguruan. Adakah bakal guru sudah bersedia untuk mengajar

sains dan membuat keputusan-keputusan yang sah tentang penyiasatan sains di

sekolah nanti. Isu ini adalah sejajar dengan pendedahan Rice dan Roychoudhury yang

mendapati bakal guru merasakan tindak bersedia untuk mengajar sains.

“Recent study have indicated elementary preservice teachers do not

feel adequately prepared for teaching science content areas”

(Rice and Roychoudhury, 1994:4)

Page 20: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

4

Bakal guru ini kelak akan mengelak dari mengajar menggunakan

pendekatan KPS kerana mereka sendiri merasakan tidak benar-benar bersedia

untuk mengajar sains. Masalah keyakinan pada bakal guru terhadap KPS akan

menyebabkan pandangan yang negatif terhadap mata pelajaran sains itu sendiri.

Kajian Downing, Jan E et al., (1998) mengesahkan terdapat hubungan antara

keberkesanan guru mengajar kemahiran proses sains dengan pandangan mereka

terhadap sains.

“Data analyis found a significant positive relationship between how

well teacher performed science process skills and their attitudes

towards science.”

(Downing, Jan E, et al.,1998:1)

Bakal guru yang berjaya menguasai KPS akan mempunyai pandangan yang

positif terhadap sains. Terdapat juga persoalan tentang tahap kefahaman kemahiran

mentafsir maklumat dalam kalangan bakal guru sains. Adakan kemahiran ini sudah

mencukupi untuk mereka membimbing pelajar-pelajar mereka nanti. Menurut Roth,

McGinn, & Bowen (1998), terdapat bukti-bukti yang menunjukkan guru sains tidak

mahir dalam mentafsir maklumat menyebabkan sukar untuk menerapkan kemahiran

ini kepada murid-murid.

“...there is some evidance that science teachers may not enact

competant data intrepretation themselves.”

(Roth, McGinn, & Bowen, 1998:48)

Guru yang gagal menguasai kemahiran mentafsir maklumat akan

menyebabkan kegagalan pengajaran dan pembelajaran sains. Mohamad Isa (1999)

mendapati pengusaan guru pelatih terhadap KPS seperti menganalisa maklumat masih

lemah. Kira-kira 48% guru pelatih berada di bawah min pencapaian keseluruhan. Tan

(2000) mendapati guru masih gagal menguasai kemahiran pengurusan data.

Berdasarkan fakta-fakta yang dinyatakan terdapat sebab yang kukuh supaya

diadakan kajian untuk menilai tahap kefahaman kemahiran kedua-dua KPS ini

dikalangan guru dan bakal guru.

Page 21: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

5

1.2 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kajian-kajian terdahulu, masalah umum dalam KPS ialah

kurangnya kefahaman KPS dalam kalangan pelajar. Masalah yang hendak dikaji ialah

tahap kefahaman KPS pelajar Tahun Empat SPN. Secara khususnya, kajian ini

dilaksanakan untuk mengetahui tahap kefahaman kemahiran mengumpul data dan

kemahiran mentafsir data dalam kalangan Pelajar Tahun Empat Program Pendidikan

Sains (SPN / SPN-PKPG) Universiti Teknologi Malaysia.

1.3 Objektif Kajian

Beberapa objektif telah dikenal pasti antaranya ialah:

1. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mengumpul data dan mentafsir

data dalam kalangan Pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains (SPN

/ SPN-PKPG) Universiti Teknologi Malaysia.

2. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mengumpul data dan mentafsir

data dalam kalangan Pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains (SPN

/ SPN-PKPG) Universiti Teknologi Malaysia merentas jantina.

3. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mengumpul data dan mentafsir

data dalam kalangan Pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains (SPN

/ SPN-PKPG) Universiti Teknologi Malaysia merentas program pengajian.

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini diharap dapat membantu mamberikan maklumat yang berguna

terhadap beberapa persoalan antaranya:

1. Apakah tahap kefahaman kemahiran mengumpul data dan mentafsir data

dalam kalangan pelajar (SPN / SPN-PKPG) Universiti Teknologi

Malaysia?

Page 22: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

6

2. Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mengumpul data

dan mentafsir data dalam kalangan pelajar (SPN / SPN-PKPG) Universiti

Teknologi Malaysia merentas jantina?

3. Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mengumpul data

dan mentafsir data dalam kalangan pelajar (SPN / SPN-PKPG) Universiti

Teknologi Malaysia merentas program pengajian?

1.5 Rangka Kerja Konsep

Rajah 1.1 mengambarkan secara ringkas rangka kerja konsep kajian. Kajian

ini merangkumi kemahiran mengumpul data dan mentafsir maklumat. Mengumpul

data ialah sebarang aktiviti mengumpul dan merekod maklumat dilaksanakan selepas

proses pemerhatian dan pengukuran secara bersistematik. Manakala mentafsir data

melibatkan aktiviti menyusun, menganalisis, mensistesis data menggunakan jadual,

graf dan diagram untuk mencari sebarang corak yang boleh dijadikan sebagai

pertunjuk kepada pembinaan inferens, ramalan atau hipotesis. Dalam kajian ini, tahap

kefahaman pelajar diukur menggunakan Ujian Tahap Kefahaman Mengumpul dan

Mentafsir Data (UKMMD). Pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah tahap

kefahaman pelajar SPN terhadap kemahiran mengumpul data dan mentafsir

maklumat. Pembolehubah yang bebas ialah jantina dan merentas program.

Pembolehubah yang dikawal ialah tahun pengajian pelajar SPN.

Page 23: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

7

Rajah 1.1: Rangka Kerja Konsep

Kemahiran Sains

Kemahiran Proses Sains

Mengumpul data Mentafsir data

Tahap Kefahaman

Sangat baik, Baik,

Sederhana, Lemah,

Sangat lemah

UKMMD

1.6 Kepentingan Kajian

Faedah dari kajian ini akan dapat membantu guru, pensyarah, fakulti dan

universiti meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains.

Dapatan dari kajian ini akan memberikan maklumat yang terkini berkenaan kedua-dua

KPS ini lantas dapat membantu dalam proses penambahbaikan P&P sains di peringkat

guru sehingga ke peringkat universiti. Guru merupakan golongan utama yang akan

Page 24: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

8

mendapat faedah dari kajian ini. Golongan ini akan didedahkan kepada kedudukan

sebenar penguasaan kedua-dua kemahiran proses sains mereka. Sekiranya terdapat

kekurangan maka perlu diperbaiki melalui peningkatan profesionalisme. Para

pensyarah boleh memanfaatkan dapatan kajian ini untuk meningkatkan proses

pengajaran dan pembelajaran mereka agar kedua-dua kemahiran ini dapat

disampaikan dengan lebih jitu lagi. Pensyarah dapat menentukan peruntukan masa

yang sesuai dalam mengajar kedua-dua kemahiran ini. Dapatan kajian ini dapat

membantu pensyarah memilih kaedah pengajaran yang sesuai untuk digunakan dalam

penyampaian KPS. Pensyarah mampu membuat perancangan yang kemas dan

penilaian yang jitu. Pihak Fakulti boleh menggunakan dapatan kajian ini dalam proses

membuat dasar berkenaan kurikulum. Dapatan ini boleh dijadikan panduan kepada

pihak Fakulti dalam mengkaji keberkesanan kursus pendidikan amali sains. Pihak

universiti dapat meningkatkan kualiti guru yang dihasilkan. Peningkatan kualiti guru

dapat meningkat imej Universiti Teknologi Malaysia sebagai pusat perkembangan

ilmu.

1.7 Skop Kajian

Kajian berbentuk tinjauan dan menggunakan ujian pencapaian UKMMD

untuk menilai tahap kefahaman kemahiran mengumpul data dan kemahiran mentafsir

data dalam kalangan Pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains (SPN / SPN-

PKPG) Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 57 orang peserta kajian terlibat dan

kesemuanya ialah pelajar Tahun 4 SPN. Separuh dari peserta kajian ialah perempuan.

Data dalam kajian berbentuk markah UKMMD. Kajian akan dilaksanakan di UTM

Skudai bermula Januari 2008.

1.8 Andaian Kajian

Penyelidik menetapkan beberapa andaian untuk meningkatkan kebenaran

keputusan kajian. Antaranya ialah:

Page 25: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

9

1. Penyelidik mengandaikan kaedah tinjauan merupakan kaedah terbaik

dalam menjalankan kajian.

2. Alat kajian UKMMD adalah ujian pencapaian terbaik dalam menilai tahap

kefahaman peserta kursus.

3. Peserta kajian memberikan jawapan secara jujur terhadap item dalam alat

kajian.

4. Soal selidik yang diberikan kepada peserta kajian adalah bersesuaian

dengan aras pengetahuan mereka.

5. Peruntukan masa yang diberikan kepada peserta kajian adalah mencukupi

untuk mereka menjawab dengan baik kesemua item yang ditadbir.

6. Penglibatan responden adalah secara sukarela.

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini terbatas kepada beberapa kekanggan antaranya:

1. Waktu diperuntukkan untuk mentadbir item soal selidik tidak bersesuaian

dengan kehendak penyelidik disebabkan pelajar SPN mempunyai jadual

yang berbeza dan ketat.

2. Penyelidik tidak dapat memastikan bahawa kesemua peserta kajian benar-

benar memahami soalan-soalan yang dinyatakan oleh penyelidik kerana

hanya penyelidik sahaja yang terlibat dalam mentadbir ujian penilaian.

1.10 Takrifan

Terdapat beberapa takrifan yang digunakan oleh penyelidik dalam

menerangkan maksud khusus berkaitan kajian tahap kefahaman mengumpul data dan

mentafsir data. Takrifan tersebut adalah seperti tahap kefahaman, kemahiran

mengumpul data dan kemahiran mentafsir data.

Page 26: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

10

1.10.1 Tahap Kefahaman

Menurut Kamus Dewan (2005), tahap membawa maksud ukuran atau aras

yang digunakan dalam menilai sesuatu yang diperlukan. Dalam kajian ini tahap

dikategorikan sebagai tahap sangat baik, baik, sederhana, lemah dan sangat lemah.

Manakala faham diertikan sebagai 1) fahaman pengetahuan dalam fikiran mengenai

sesuatu pengertian, 2) fikiran atau anggapan dan sebagainya yang menjadi pegangan

seseorang, pendapat, 3) tahu atau mengerti benar akan sesuatu, 4) kepercayaan

(pegangan) individu atau masyarakat tentang sesuatu. Kefahaman membawa maksud

keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yang

dipelajari (dibaca dan sebagainya). Dalam kajian ini kefahaman membawa maksud

kemampuan memahami kedua-dua kemahiran proses sains mengumpul data dan

mentafsir data. Ringkasnya, dalam kertas kerja ini tahap kefahaman membawa

maksud kemampuan aras sangat baik, baik, sederhana, lemah dan sangat lemah dalam

memahami kemahiran proses sains mengumpul data dan mentafsir data.

1.10.2 Mengumpul Data

Menurut Panduan Pentaksiran Kerja Amali Sains Tambahan (Lembaga

Peperiksaan Malaysia), konstruk yang ditaksirkan mengumpul data merangkumi ialah

PP1 Membina jadual dan melukis graf berdasarkan ciri-ciri tertentu.

“Data collection refer to any activities that involves with data

collection and data recording using scientific observation and

measurement.”

(American Association for the Advancement of Science

(AAAS)1998:2)

Dalam kajian ini, penyelidik mentakrifkan kemahiran mengumpul data ialah

sebarang aktiviti mengumpul dan merekod maklumat dilaksanakan selepas proses

pemerhatian dan pengukuran secara bersistematik.

Page 27: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

11

1.10.3 Mentafsir data

Menurut Panduan Pentaksiran Kerja Amali Sains Tambahan (Lembaga

Peperiksaan Malaysia), konstruk yang ditaksirkan dalam kemahiran mentafsir data ini

merangkumi:

PP1 Dapat menyatakan bentuk graf yang dilukis.

PP2 Dapat menyatakan kesimpulan bagi eksperimen berdasarkan maklumat

dari jadual dan graf

PP3 Dapat menyatakan cadangan langkah untuk membaiki keputusan

ekaperimen.

“Data interpretation is define as any activities of analyze,

synthesize using graph, table, diagram to find patern that can be

used in constructing inferens, prediction and hyphothesis.”

(American Association for the Advancement of Science

(AAAS)1998:2)

Dalam kajian ini, penyelidik mentakrifkan mentafsir data bermaksud

menyusun, menganalisis, mensistesis data menggunakan jadual, graf dan diagram

untuk mencari sebarang corak yang boleh dijadikan sebagai pertunjuk kepada

pembinaan inferens, ramalan atau hipotesis.

1.11 Rumusan

Matape lajaran sains merupakan mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan

Malaysia. Inti pati mata pelajaran sains ialah Kemahiran Sains. Kekuatan utama

dalam Kemahiran Sains ialah Kemahiran Proses Sains. Kegagalan tenaga pengajar

menguasai kemahiran ini akan menyebabkan kepincangan Kemahiran Sains lantas

Page 28: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

12

mengakibatkan keruntuhan sistem pendidikan Malaysia. Terdapat beberapa kajian

yang menunjukkan guru gagal menguasai kemahiran proses sains mengumpul data

dan mentafsir maklumat. Kesemua kajian menyimpulkan bahawa terdapat keperluaan

supaya diadakan kajian untuk menilai tahap kefahaman kemahiran kedua-dua KPS ini

dalam kalangan guru dan bakal guru. Persoalan utama dalam kajian ini ialah untuk

melihat tahap kefahaman KPS mengumpul data dan mentafsir data dalam kalangan

pelajar SPN UTM. Persoalan sampingan dalam kajian ini ialah mencari tahap

kefahaman KPS merentas jantina dan merentas program pengajian.

Matlamat utama kajian ialah untuk mengenal pasti tahap penguasaan pelajar

SPN terhadap kedua-dua KPS dan matlamat sampingan dari kajian ini ialah untuk

mengenal pasti tahap kefahaman KPS merentas jantina, merentas program pengajian.

Kajian ini dapat membantu mamberikan penjelasan kepada persoalan mengenai tahap

pemahaman KPS pelajar SPN. Pembolehubah bersandar ialah tahap kefahaman

pelajar SPN terhadap kemahiran mengumpul data dan mentafsir maklumat.

Pembolehubah yang bebas ialah jantina dan program pengajian. Manakala

pembolehubah yang dimalarkan ialah tahun pengajian. Kajian ini dapat membantu

dalam proses penambahbaikan kurikulum sains di peringkat guru sehingga ke

peringkat universiti. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik. Responden dalam

kajian ini ialah pelajar Tahun Empat SPN. Kesemua item diberikan kepada responden

di UTM Skudai. Penyelidik mengadaikan kesemua item dijawab dengan jujur dalam

masa yang mencukupi. Batasan dalam kajian ini ialah masa yang sesuai untuk

mentadbir item soal selidik. Penyelidik tidak dapat memastikan bahawa responden

benar-benar memahami soalan-soalan yang dinyatakan oleh penyelidik. Kajian ini

juga perlu mengambil kira kelemahan reka bentuk kajian, pendekatan kajian dan

perlaksanaan dalam mentadbir ujian. Bab 2 seterusnya akan membincangkan tentang

teori berkaitan KPS berserta kajian-kajian berkaitan. Bab 3 membicarakan tentang

pengkaedahan kajian dari sudut reka bentuk, peserta, alat kajian, tatacara dan analisis

kajian.

Page 29: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

BAB 2

SOROTAN PENULISAN

2.0 Pendahuluan

Bab 2 membincangkan tentang kajian-kajian berkaitan kemahiran mengumpul

serta merekod data dan mentafsir data. Kajian berkaitan kedua-dua kemahiran ini

dibahagikan kepada kajian dalam negara dan kajian luar negara. Penyelidik

membincangkan tentang teori berkaitan KPS dengan memberikan perhatian yang

khusus kepada kemahiran mengumpul data dan mentafsir data.

2.1 Kemahiran Mengumpul Data.

“…research in scientific laboratories and scientific field work has

shown that designing investigations, collecting data, transforming

data, and interpreting the resulting representation are some of the

quientessential scientific practices.”

(Roth & Bowen, 1998:5)

Roth dan Bowen (1998) menyatakan kajian saintifik dalam makmal dan

lapangan telah menunjukkan kepentingan rekabentuk penyiasatan, mengumpul data,

mengolah data dan mentafsir keputusan merupakan contoh terbaik dalam KS.

Kesemua kemahiran ini terdapat dalam kaedah pengajaran inkuiri penemuan. Kaedah

inkuiri penemuan mengalakkan murid menyiasat sesuatu kejadian secara

bersistematik dan saintifik. Aktiviti mengumpul data contohnya bukan sahaja

Page 30: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

14

memberikan peluang murid melakukan sains tetapi dapat meningkatkan kefahaman

berkenaan eksperimen yang sedang dilaksanakan. Contohnya, murid diminta

merekodkan masa yang diperlukan untuk beberapa helai kain kering. Pembolehubah

yang dimalarkan ialah jenis kain dan saiz kain. Pembolehubah yang dimanipulasikan

ialah luas permukaan kain yang terdedah kepada udara dan pembolehubah bergerak

balas ialah masa untuk kain kering. Murid dapat membuat andaian tentang hubungan

luas permukaaan dengan kadar air menyejat setelah mengumpul data mengenai masa

untuk air tersejat. Roth, Masciota dan Bowen menyatakan aktiviti yang

mengabungkan matematik (untuk tujuan mencerap maklumat) dan sains bukan sahaja

menarik kerana murid mengumpul maklumat mereka sendiri malah dapat menerapkan

kefahaman yang mendalam terhadap pengetahuan berdasarkan pengalaman yang

merupakan asas kepada KS.

“…the integration of mathematics and science school activities may

not only be interesting because children collect their own data, but

may be essential for developing a thick layer of experiential knowledge

that underlies much of scientific’s understanding.”

(Roth, Masciota & Bowen, 1998:20)

Peka Sains Tambahan menetapkan pentaksiran kemahiran mengumpul dan

merekod data berdasarkan kepada petunjuk prestasi (PP).

PP1- Menbina jadual dan melukis graf dengan ciri-ciri berikut:

Jadual

(1) Tajuk lajur dan unit

(2) Melengkapkan lima bacaan pemboleh ubah manipulasi dengan

bilangan titik perpuluhan yang betul.

(3) Merekod lima bacaan pemboleh ubah bergerak balas dengan

bilangan titik perpuluhan yang betul.

Graf

(1) Tajuk graf.

(2) Label paksi-x sebagai pemboleh ubah manipulasi dan paksi-y

pemboleh ubah bergerak balas berserta unit.

(3) Skala seragam dan sesuai.

Page 31: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

15

(4) Pemindahan sekurang-kurangnya 4 titik dari jadual.

(5) Bentuk graf yang sesuai dengan eksperimen dan garis licin.

(6) Saiz graf sekurang-kurangnya 50% daripada saiz kertas graf.

Atau

Merekod pemerhatian / keputusan bagi eksperimen bukan

penyiasatan saintifik dengan ciri:

(1) Merekod ukuran kepada bilangan titik perpuluhan yang

sepadan mengikut ketepatan alat pengukuran / merekod keputusan.

(2) Merekod ulangan pemerhatian dengan situasi yang berbeza jika

ada.

(3) Dapat merekod kepelbagaian maklumat yang relevan.

(4) Maklumat yang direkod dan dikumpul dengan tepat dan jelas.

Dapat mengumpul sebahagian data / maklumat kajian secara

sistematik.

• Jadual bagi penyiasatan saintifik menandungi sekurang-

kurangnya dua ciri.

• Graf mengandungi sekurang-kurangnya tiga ciri.

• Bagi bukan penyiasatan saintifik mengandungi dua ciri

kurang tepat.

Mempamirkan idea mengumpul maklumat dalam jadual dan

melukis graf atau mengumpul maklumat.

(Panduan Pentaksiran Kerja Amali (PEKA Sains Tambahan), 2004:19)

Berdasarkan PEKA, kebolehan membina jadual dan melukis graf merupakan

satu-satunya PP untuk kemahiran mengumpul dan merekod data. PP1 memerlukan

murid mahir dalam pengurusan bentuk jadual dan persembahan maklumat dalam

bentuk graf. Contohnya dalam eksperimen mencari takat lebur dan takat didih air.

Murid diminta membuat jadual yang mempunyai tajuk lajur dan unit. Murid perlu

melengkapkan sekurang-kurangnya lima bacaan pembolehubah dimanipulasi (masa

dalam minit) dengan bilangan titik perpuluhan yang betul. Murid perlu merekodkan

sekurang-kurangnya lima bacaan pembolehubah bergerak balas (suhu dalam Celcius)

dengan bilangan titik perpuluhan yang betul. Kemudian murid perlu melukis graf

yang mempunyai tajuk, melabel paksi-x sebagai masa dalam minit dan paksi-y suhu

Page 32: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

16

dalam Celsius. Skala yang digunakan haruslah seragam dan sesuai contohnya setiap 1

cm mewakili 10°C. Sekurang-kurangnya 4 titik dari jadual perlu dipindahkan ke graf

dan hanya 1 data yang boleh diabaikan kerana outlier. Graf yang terbentuk sesuai

dengan eksperimen takat lebur dan takat didih air dan bergaris licin. Murid perlu

melukis mengunakan sekurang-kurangnya separuh kertas graf.

2.2 Kemahiran Mentafsir Data

“Inquiry labs, as opposed to traditional cookbook labs, help students

learn and understand the intellectual processes and skills of scientists,

and the nature of scientific inquiry. Inquiry labs are driven by

questions requiring ongoing intellectual engagement, require the use

higher-order thinking skills, focus students’ attention on collecting and

interpreting data, and help them discover new concepts, principles, or

laws through the creation and control their own experiments.”

(Wenning, 2005:32)

Wenning menyatakan makmal (kaedah inkuiri sains) berbeza dengan makmal

‘buku masakan’. Makmal inkuiri membantu pelajar belajar dan memahami proses

intelektual, kemahiran saintis dan sifat penyiasatan saintifik. Makmal inkuikri dipacu

oleh soalan yang memerlukan pemikiran aras tinggi, mengembling daya tumpuan

murid dalam mengumpul data dan mentafsir data, membantu menemukan konsep,

prinsip atau hukum baru melalui perlaksanaan dan kawalan eksperimen mereka

sendiri. Contohnya eksperimen berkaitan fotosintesis. Murid perlu mereka bentuk

eksperimen mereka sendiri. Murid perlu menetapkan objektif eksperimen, tatacara

eksperimen, pembolehubah-pembolehubah yang terlibat, cara mengumpul serta

merekod data, mentafsir data dan sebagainya. Apabila murid melaksanakan sendiri

penyelidikan maka mereka belajar secara aktif dan tahap kefahaman terhadap konsep

fotosintesis turut meningkat.

Page 33: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

17

PEKA Sains Tambahan menggolongkan kemahiran mentafsir data bersama

kemahiran membuat kesimpulan. Kemahiran mentafsir data dan membuat kesimpulan

boleh dinilai berdasarkan 3 petunjuk prestasi (PP).

PP1-Dapat menyatakan bentuk graf yang dilukis; atau menyatakan

pembolehubah bergerak balas dipengaruhi oleh pembolehubah

dimanipulasikan (contoh: Graf garis luris melalui asalan

dihasilkan; atau Tempoh ayunan dipengaruhi oleh panjang bandul).

Atau

Dapat membuat pernyataan khusus dari jadual (contoh: Plumbum

bromida dan kalium iodida dalam keadaan pepejal tidak

mengkonduksi arus tetapi dalam keadaan leburan boleh. Naftalena

dalam keadaan pepejal tidak mengkonduksi arus.)

Atau

Dapat membuat perhitungan dengan menunjukkan cara kerja

(contoh: menghitung muatan haba tentu).

PP2-Dapat menyatakan kesimpulan bagi eksperimen berdasarkan

maklumat dari jadual dan graf.

PP3 -Dapat menyatakan cadangan langkah untuk membaiki

keputusan eksperimen ( contoh: ladung disesar pada amplitud

kecil).

Dapat menguasai sekurang-kurangnya dua petunjuk prestasi

dengan tepat.

Dapat menguasai sekurang-kurangnya satu petunjuk prestasi.

(Panduan Pentaksiran Kerja Amali (PEKA Sains Tambahan),

2004:21)

Kemahiran mentafsir data dan membuat kesimpulan mempunyai 3 PP. PP1

berkait rapat dengan kemahiran mentafsir data. Dalam PP1 murid dapat menjelaskan

bentuk graf yang telah dilukis seperti graf garis lurus atau graf eksponential. Murid

dapat mememperkatakan pengaruh pembolehubah gerak balas dipengaruhi oleh

pembolehubah manipulasi seperti dalam Hukum Hook, semakin banyak beban pada

spring (pembolehubah manipulasi), semakin banyak pemanjangan spring

(pembolehubah gerak balas) . Murid perlu menyatakan fakta dari jadual contohnya air

limau dan air garam merupakan konduktor elektrik yang baik, manakala air gula

Page 34: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

18

bukan konduktor elektrik yang baik. Murid dapat membuat kiraan dengan

menunjukkan jalan kerja seperti mengira voltan elektrik menggunakan arus dan

rintangan elektrik.

2.3 Kajian Dalam Negara

Lay (2001) telah menjalankan kajian berbentuk tinjauan. Terdapat dua alat

kajian iaitu Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu (UKPSB) dan soal selidik. Alat

kajian UKPSB mengandungi 36 item aneka pilihan dengan 4 pilihan untuk setiap item.

Alat kajian yang kedua ialah soal selidik profil guru sains sekolah rendah. Seramai

145 guru yang mengajar mata pelajaran sains di 45 buah sekolah rendah kebangsaan

terlibat dalam kajian ini. Kebolehpercayaan Cronbach’s alpha ialah .85. Lay (2001)

mendapati tahap pencapaian kemahiran proses bersepadu dalam kalangan guru sains

sekolah rendah agak rendah malah terdapat perbezaan yang amat ketara dalam

pencapaian kemahiran proses sains bersepadu antara guru sains. Kemahiran melukis

graf dan mentafsir maklumat mempunyai peratus kekerapan penguasaan yang paling

rendah. Dapatan kajian tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam

pencapaian keseluruhan KPS mengikut jantina.

Mohd Isa (1999) telah menjalankan kajian berbentuk tinjauan ke atas guru

pelatih semester 3 pengkhususan sains dan pengkhususan matematik di Maktab

Perguruan Kinta, Ipoh. Kajian ini telah melibatkan seramai 113 orang guru pelatih

semester tiga pada tahun 1999. Seramai 61 peserta kajian adalah lelaki. Pemboleh

ubah dalam kajian ini ialah keturunan, jantina dan pengajian. Alat kajian ialah Ujian

Kemahiran Proses Bersepadu (TIPS) yang merangkumi lima aspek KPS iaitu

menganalisis pemboleh ubah, mengenali dan menyatakan hipotisis, penerangan

operasi, merekabentuk penyelidikan dan membuat graf serta menganalisis data. TIPS

I mempunyai kebolehpercayaan Cronbach Alpha .89. Kajian ini mendapati hanya

8.8% peserta kajian menguasai sepenuhnya aspek membuat graf dan menganalisis

data. Seramai 34.4% peserta kajian memperolehi skor di bawah min.

Page 35: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

19

2.4 Kajian Luar Negara

Kajian luar negara terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, kajian berkaitan

kemahiran mengumpul data dan mentafsir data. Kedua, kajian berkaitan KPS secara

umum. Kajian yang dilaksanakan oleh Bowen dan Roth merupakan kajian terhadap

kedua-dua KPS yang dikaji oleh penyelidik. Manakala kajian yang dilaksanakan oleh

Downing, Foulds dan Rowe merupakan kajian yang menyentuh keseluruhan

kemahiran dalam KPS.

Bowen dan Roth telah mengadakan kajian pada tahun 1999 yang bertajuk

“‘Do-able’ question, Covariation and Graphical Reperesentation: Do We Adequately

Prepare Preservice Science Teachers To Teach Inquiry?”. Kajian ini meninjau cara

guru (dan bakal guru) mentafsir data dan mengumpul data. Terdapat 3 kaedah dalam

penyiasatan ini. Kaedah pertama memerlukan peserta kajian mentafsir sekumpulan

data mentah yang dipersembahkan dalam satu kawasan kajian (Lost and Field

Notebook). Eksperimen ini memerlukan penyisatan untuk mencari kaitan antara data

rawak dan mengandungi satu maklumat outlier. Kedua, peserta kajian diminta

mentafsir graf sebenar yang telah diubahsuai untuk eksperimen Plant distribution.

Ketiga, peserta kajian diminta merangka penyiasatan, mengumpul data, mengolah

data dan mentafsir data mereka sendiri. Peserta kajian terdiri daripada 10 orang guru

sekolah rendah dan 25 orang guru sekolah menengah 4 orang guru pembimbing sains

(Practising Science Instuctor) dan 15 orang saintis. Guru sekolah rendah merupakan

pelajar tahun akhir di beberapa buah university di Western Canada. Tujuh orang

peserta kajian ialah perempuan dan 9 daripada peserta kajian mempunyai CGPA

melepasi purata. Guru sekolah menengah merupakan pelajar Kursus Persedian Guru

Sekolah Menengah di beberapa buah university di Western Canada. Kesemua guru ini

telah memperolehi ijazah sarjana muda. Sepuluh daripada 25 orang perserta kajian

merupakan lelaki. Dua orang daripada 4 guru pembimbing sains merupakan guru di

sekolah menengah dan selebihnya mengajar di universiti. Perserta kajian dari

kumpulan saintis mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun menjalankan

penyelidikan. Maklumat yang diperolehi dalam bentuk rakaman video dan jawapan

bertulis daripada peserta kajian. Rangka kerja kajian mengambil kira komunikasi data

secara gambaran dan tanda (simiotic) dan analisa intearaksi. Maklumat yang dicerap

Page 36: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

20

telah dianalisis oleh para penyelidik secara individu dan berkumpulan. Kajian

menyokong telahan penyelidik bahawa peserta kajian yang tidak menerapkan KPS

dalam kehidupan seharian akan mengadaikan bahawa hubungan anatara

pembolehubah akan membentuk graf yang ‘cantik’ dengan setiap titik terletak dalam

garis lurus atau garis lengkung. Kajian ini mununjukkan peserta kajian cuba

memasukkan faktor lain untuk menghasilkan graf yang “cantik’ jika graf yang

terbentuk tidak memberikan gambaran yang sempurna hubungan antara pemboleh

ubah dimanipulasi dan bergerak balas. Dapatan kedua dalam kajian ini ialah graf

kadang kala memberikan tafsiran yang kabur tentang sesuatu kejadian. Perkara ini

berlaku disebabkan peserta kajian terpaksa mentafsir data dari graf yang telah di

permudahkan untuk menerangkan sesuatu kejadian. Begitu juga sebaliknya, sesuatu

kejadian dipermudahkan untuk dipersembahkan dalam bentuk graf. Pengkaji telah

merumuskan bahawa kebanyakan bakal guru tidak bersedia untuk mengajar KPS

terutamanya kemahiran mentafsir data. Peserta kajian juga didapati menghadapi

masalah melaksanakan dan merumuskan sesuatu penyiasatan.

Foulds dan Rowe telah menjalankan kajian bertajuk “The Enhancement of

Science Process Skills in Primary Teachers Education Students.” Peserta kajian

terdiri dari pelajar Tahun Satu dan Tahun Dua di Edith Cowan University. Peserta

kajian telah diberikan ujian berbentuk inkuiri penemuan berkaitan mentafsir data

sebelum dan selepas sesi P&P sains. Hasil kajian mendapati penguasaan peserta

kajian dalam KPS boleh ditingkatkan melalui pengalaman-pengalaman yang

bersesuaian.

Downing, Jan E. et al. telah menjalankan kajian bertajuk “ Science Process

Skills and Attitudeof Preservice Elementary Teachers”. Kajian ini berkaitan KPS dan

keterampilan guru sekolah rendah. Kajian ini berbentuk tinjauan melibatkan 46 bakal

guru. Alat kajian yang digunakan ialah Test of Integrated Process Skills II (TIPS II)

mempunyai kebolehpercayaan Cronbach’s alpha .89 untuk menilai kefahaman KPS

bakal guru. Alat kajian Science Attitude Scale (SAS) digunakan untuk menilai

keterampilan peserta kajian terhadap sains. Kajian ini mengkaji hubungan antara

tahap penguasaan KPS dan pandangan mereka terhadap sains. Kedua-dua sub-skala

mempunyai korelasi yang signifikan.

Page 37: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

21

2.5 Rumusan

Bab ini membincangkan tentang takrifan kemahiran mengumpul data dan

merekod data yang diguna pakai dalam kajian ini. Terdapat dua kajian dalam negara

yang dibincangkan iaitu kajian Lay dan Mohd Isa. Manakala kajian luar negara

terdiri daripada tiga kajian iaitu kajian Bowen dan Roth, Foulds serta Rowe dan

Downing.

Page 38: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

BAB 3

PENGKAEDAHAN KAJIAN

3.0 Pendahuluan

Bab ini membincangkan kaedah dalam melaksanakan kajian. Aspek yang

disentuh dalam bab ini meliputi reka bentuk kajian, tempat kajian dijalankan, sampel

kajian, alat kajian, kajian rintis, kaedah menganalisis data dan jangkamasa kajian.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah kajian tinjauan deskriptif.

Melalui kajian ini penyelidik dapat mengukur tahap kefahaman KPS peserta kajian.

Azizi et al. (2007) menjelaskan bahawa tinjauan deskriptif bertujuan mendapatkan

ukuran ataupun gambaran berkaitan keadaan atau pun ciri populasi. Penyelidik

memilih kaedah ini bersandarkan kepada tiga faktor. Pertama ialah kemudahan

peserta kajian memberi maklum balas pada item-item ujian bagi tujuan perbandingan.

Faktor kedua, dapatan kajian daripada sampel boleh mewakili populasi secara am.

Faktor ketiga, alat kajian yang piawai membenarkan perbandingan antara populasi

berbeza.

Alat kajian yang digunakan ialah Ujian Kefahaman Mengumpul dan Mentafsir

Data (UKMMD). Pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah tahap kefahaman

pelajar SPN terhadap kemahiran mengumpul data dan mentafsir data. Pembolehubah

bebas ialah jantina dan program. Pembolehubah yang dikawal ialah tahun pengajian

pelajar SPN.

Page 39: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

23

3.2 Tempat dan Sampel Kajian

Kajian dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru.

Kajian ini tertumpu kepada pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains (SPN /

SPN-PKPG) Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini melibatkan 57 orang pelajar

dari Tahun Empat Program Pendidikan Sains (SPN / SPN-PKPG) Universiti

Teknologi Malaysia, Kampus Skudai, Johor Bahru.

3.3 Alat Kajian

Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan UKMMD sebagai alat kajian.

Markat min dari UKMMD akan menentukan tahap kefahaman peserta kajian.

Jadual 3.1 : Hubungan antara markah min dengan tahap kefahaman

Markat Min Tahap Kefahaman

80 -100 Sangat Baik

65 - 79 Baik

50 – 64 Sederhana

35 – 49 Lemah

< 34 Sangat Lemah

Jadual 3.1 disesuaikan dari Buku Peraturan Akademik, Universiti Teknologi

Malaysia 2004.

Soalan-soalan dalam UKMMD dibahagikan kepada dua bahagian iaitu

bahagian A dan B. Bahagian A mengandungi soalan mengenai jantina dan program

pengajian peserta kajian. Pada bahagian B pula, peserta kajian akan diminta untuk

Page 40: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

24

menjawab soalan-soalan berkaitan dengan perkara-perkara yang akan dikaji oleh

penyelidik.

Maklumat yang diperolehi akan dianalisis menggunakan tatacara statistik

deskriptif. Markat min digunakan untuk mengukur kecenderungan data atau

mengukur tahap kefahaman peserta kajian. Sisihan lazim digunakan untuk mengukur

pembubaran data. Manakala jarak (range) digunakan untuk mengukur kepelbagaian

ataupun varian antara markat tertinggi dan markat terendah. Mod juga dicari untuk

mendapatkan kecenderungan data (Azizi et al., 2007).

3.4 Kajian Rintis

Kajian rintis dilakukan untuk menilai kesesuaian item-item UKMMD yang

disediakan. Faktor utama yang mempengaruhi kesesuaian alat kajian ialah kesahan

item. Penyelidik terlebih dahulu mendapatkan nasihat pakar dalam bidang KPS untuk

mendapatkan kesahan isi soalan-soalan. Jenis kesahan yang paling penting adalah

kesahan isi, yang dapat dinilai dengan meminta kerjasama daripada pakar dalam

bidang yang dikaji bagi memeriksa ketepatan dasn kesahan set soal selidik yang

disediakan (Azizi et al., 2007). Kajian rintis dilakukan dengan menggunakan

UKMMD terhadap 5 orang peserta kajian dalam kalangan pelajar Tahun Empat

Program Pendidikan Sains (SPN / SPN-PKPG) Universiti Teknologi Malaysia.

Dapatan kajian rintis mendapati darjah kebolehpercayaan UKMMD ialah ά = .89.

3.5 Analisis Dapatan Kajian

Pemprosesan data yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan

maklumat yang berguna daripada data yang diperolehi dan dianalisis secara deskriptif

dengan menggunakan markat min dan sisihan lazim untuk setiap pemboleh ubah

Analisis data bagi kajian rintis dan kajian sebenar dilakukan dengan menggunakan

perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Hasil analisa data akan

Page 41: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUMPUL DATA DAN … · 1.5 Rangka Kerja Konsep 6 . 1.6 Kepentingan Kajian 7 . 1.7 Skop Kajian 8 . 1.8 Andaian Kajian 8 ... besar dari segi membina kefahaman

25

mengambil kira markat min dan sisihan lazim kedua-dua kemahiran untuk

mendapatkan tahap kefahaman peserta kajian.

3.6 Rumusan

Bab ini telah menerangkan langkah-langkah yang diambil untuk melaksanakan

kajian. Tatacara-tatacara yang dirancang dalam bab ini akan dapat memudahkan

pengkaji untuk melaksanakan kajian dan seterusnya memberikan panduan kepada

pengkaji untuk menyelesaikan kajian ini.