tahap kebolehbacaan buku teks al-mutalacah · pdf file1,2 jabatan pengajian arab dan ... pada...

7
1 KEBOLEHBACAAN BUK TAHAP KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS Al-MUTALA C AH al-AZHARIYYAH : KAJIAN RINTIS 1 Tengku Nurul Syuhada Raja Sulaiman & Zamri Arifin 2 [email protected] 1,2 Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Abstrak: Kajian ini dilakukan bagi mengkaji tahap kebolehpercayaan instrument ujian kloz dalam mengukur buku teks al-Mutala c ah al-Azhariyyah yang digunakan pelajar tingkatan empat sekolah Yayasan Islam Kelantan melalui kajian rintis. Dalam kajian yang terdahulu menunjukkan ujian kloz mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan diakui sebagai salah satu alat ukur kebolehbacaan yang utama. Responden merupakan 20 orang pelajar tingkatan empat dari salah sebuah sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan. Hasil kajian ini mendapati ujian ini memperoleh tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.79 dan 0.72 dan sesuai digunakan untuk kajian sebenar. Kata kunci : ujian kloz, kebolehbacaan, bahasa Arab PENGENALAN Buku teks merupakan salah satu faktor yang penting dalam proses pembelajaran bahasa asing atau bahasa kedua, ia menjadi sumber rujukan utama guru dan pelajar di dalam kelas. Buku teks merupakan antara bahan terpenting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia mengandungi fakta, maklumat dan tajuk-tajuk yang menghurai dan memperinci sukatan mata pelajaran dalam kurikulum (Leslie 2005). Oleh sebab itu, ia memerlukan tahap kebolehbacaan membaca yang sesuai untuk pelajar-pelajar serta dapat menarik minat dan motivasi mereka untuk terus menggunakannya (Marohaini 1999). Tahap kebolehbacaan buku teks yang digunakan harus sesuai dengan kebolehan membaca dan pengetahuan lepas para pelajar serta persembahan kandungan yang baik agar dapat menarik minat dan motivasi para pelajar terbabit (Klare 1969). Kamarulzaman (2009) menyatakan kebolehbacaan merupakan tahap senang atau sukar sesuatu teks yang hendak difahami oleh pembaca tertentu yang membaca teks tertentu bagi tujuan tertentu. Kebolehbacaan mengkaji bagaimana dua pihak, iaitu pembaca yang membaca dan mempunyai minat yang tertentu dan pihak teks yang dipersembahkan dalam pelbagai gaya, isi dan struktur dapat disesuaikan supaya pembaca dapat membaca dan memahami bahan bacaan yang dipilih (Muhammad Haron 2014). Sesebuah buku teks yang dapat dibaca dan difahami dengan baik ia menjadi alat pengajaran yang paling berkesan (Coleman 1962). Menurut Nuttal (1985) salah satu kriteria yang perlu ditelitikan dalam penyediaan buku teks pembelajaran bahasa asing adalah kebolehbacaannya. Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA ISBN 978-967-5478-78-9

Upload: vucong

Post on 07-Feb-2018

276 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS Al-MUTALACAH · PDF file1,2 Jabatan Pengajian Arab dan ... Pada tahun 1889, pengkaji ... kajian kebolehbacaan bahan bacaan atau buku teks bahasa Arab

1

KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS

TAHAP KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS Al-MUTALACAH al-AZHARIYYAH :

KAJIAN RINTIS

1Tengku Nurul Syuhada Raja Sulaiman & Zamri Arifin

2

[email protected]

1,2

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam,

Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abstrak: Kajian ini dilakukan bagi mengkaji tahap kebolehpercayaan instrument ujian kloz

dalam mengukur buku teks al-Mutalacah al-Azhariyyah yang digunakan pelajar tingkatan

empat sekolah Yayasan Islam Kelantan melalui kajian rintis. Dalam kajian yang terdahulu

menunjukkan ujian kloz mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan

diakui sebagai salah satu alat ukur kebolehbacaan yang utama. Responden merupakan 20

orang pelajar tingkatan empat dari salah sebuah sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan.

Hasil kajian ini mendapati ujian ini memperoleh tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu

0.79 dan 0.72 dan sesuai digunakan untuk kajian sebenar.

Kata kunci : ujian kloz, kebolehbacaan, bahasa Arab

PENGENALAN

Buku teks merupakan salah satu faktor yang penting dalam proses pembelajaran bahasa asing

atau bahasa kedua, ia menjadi sumber rujukan utama guru dan pelajar di dalam kelas. Buku

teks merupakan antara bahan terpenting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia

mengandungi fakta, maklumat dan tajuk-tajuk yang menghurai dan memperinci sukatan mata

pelajaran dalam kurikulum (Leslie 2005). Oleh sebab itu, ia memerlukan tahap

kebolehbacaan membaca yang sesuai untuk pelajar-pelajar serta dapat menarik minat dan

motivasi mereka untuk terus menggunakannya (Marohaini 1999). Tahap kebolehbacaan buku

teks yang digunakan harus sesuai dengan kebolehan membaca dan pengetahuan lepas para

pelajar serta persembahan kandungan yang baik agar dapat menarik minat dan motivasi para

pelajar terbabit (Klare 1969).

Kamarulzaman (2009) menyatakan kebolehbacaan merupakan tahap senang atau

sukar sesuatu teks yang hendak difahami oleh pembaca tertentu yang membaca teks tertentu

bagi tujuan tertentu. Kebolehbacaan mengkaji bagaimana dua pihak, iaitu pembaca yang

membaca dan mempunyai minat yang tertentu dan pihak teks yang dipersembahkan dalam

pelbagai gaya, isi dan struktur dapat disesuaikan supaya pembaca dapat membaca dan

memahami bahan bacaan yang dipilih (Muhammad Haron 2014). Sesebuah buku teks yang

dapat dibaca dan difahami dengan baik ia menjadi alat pengajaran yang paling berkesan

(Coleman 1962). Menurut Nuttal (1985) salah satu kriteria yang perlu ditelitikan dalam

penyediaan buku teks pembelajaran bahasa asing adalah kebolehbacaannya.

Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 • disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj.

Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri

Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA • ISBN 978-967-5478-78-9

Page 2: TAHAP KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS Al-MUTALACAH · PDF file1,2 Jabatan Pengajian Arab dan ... Pada tahun 1889, pengkaji ... kajian kebolehbacaan bahan bacaan atau buku teks bahasa Arab

2

Justeru kajian ini akan membentangkan satu kajian rintis yang dilakukan bagi

mengukur kebolehbacaan buku teks al-Mutalacah al-Azhariyyah yang digunakan pelajar-

pelajar tingkatan empat sekolah menengah agama negeri Kelantan menggunakan ujian kloz.

SEJARAH PERKEMBANGAN KAJIAN KEBOLEHBACAAN

Kajian kebolehbacaan bukanlah sesuatu yang asing bagi sarjana Barat. Kebanyakan kajian ini

dipelopori dan dihasilkan oleh penyelidik-penyelidik di Amerika Syarikat berdasarkan teks

bahasa Inggeris dalam kalangan penutur Inggeris dan juga bahan berbahasa Inggeris sebagai

bahasa kedua atau asing (Klare 1969). Manakala menurut Khadijah Rohani di dalam

Kamarulzaman (2010), kajian kebolehbacaan dalam bahasa selain bahasa Inggeris amatlah

kurang. Beliau juga menyatakan pelbagai bahasa telah cuba mengaplikasi teori

kebolehbacaan sama ada dengan pengubahsuaian formula yang sedia ada atau mengenalpasti

pemboleh ubah kebolehbacaan bahasa yang dikaji. Namun, kajian kebolehbacaan terhadap

bahasa Arab sebagai bahasa asing masih tidak ada kajian yang meluas mengenainya. Kajian

kebolehbacaan buku teks bahasa Arab yang terawal telah dilakukan oleh Tucaymah pada

tahun 1978 (Tucaymah 1978, Kamarulzaman 2009). Kajian tersebut dilakukan Tu

caymah

dalam cubaan menguji kesesuaian penggunaan prosedur ujian kloz bagi menentukan tahap

kebolehbacaan buku teks bahasa Arab sebagai bahasa asing yang digunakan di beberapa buah

sekolah di Amerika Syarikat.

Kajian kebolehbacaan bermula sejak 80 tahun yang lalu di nagara barat. Telah banyak

kajian yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji barat dalam membantu penambahbaikan teks

melalui perkataan dan ayat yang menjadi faktor utama kesukaran memahami sesebuah teks

(Dubay 2004). Kamarulzaman (2009) menyatakan kajian kebolehbacaan dipelopori oleh

Pendeta kitab Talmud pada kurun ke 10 dengan mengira perkataan dan idea bagi menentukan

kekerapan makna yang jelas dan abstrak dalam kitab tersebut.

Seterusnya, pada tahun 1840 satu kajian kesukaran teks dilakukan terhadap

pembacaan kanak- kanak di mana faktor perbendaharaan kata dikenal pasti oleh McGuffey

Readers. Pada tahun 1889, pengkaji Rusia menghimpunkan 1500 perkataan yang biasa

digunakan. Selain itu, F.W. Keading, seorang penyelidik dari Jerman telah mengkaji tentang

hubungan perbendaharaan kata dengan kesukaran membaca pada tahun 1898 (Klare 1969).

Menurut Pikulski (2002), kajian kebolehbacaan dalam era moden yang terawal

dilakukan pada tahun 1921. Ia bermula dengan penerbitan buku The Teacher’s Word Book

yang ditulis oleh Thorndike. Pada era 1920 an aktiviti penyelidikan tertumpu pada faktor

perkataan yang dikenal pasti boleh menganggarkan tahap kebolehbacaan. Manakala pada era

1930 an dan 1940 an skop ujian terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehbacaan

bahan bacaan semakin meluas.

KAJIAN LITERATUR

Di Malaysia, kajian kebolehbacaan bahan bacaan atau buku teks bahasa Arab menggunakan

ujian Kloz belum lagi dilakukan secara meluas. Antara kajian kebolehbacaan bahasa Arab

yang telah dilakukan ialah kajian yang dilakukan oleh Kamarulzaman pada tahun 2010 yang

mengkaji kebolehbacaan Buku Teks Bahasa Arab Tinggi Tingkatan Empat dalam kalangan

pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Beliau menggunakan ujian Kloz sebagai

instrumen pengukuran dan hasil dapatan beliau mendapati kebolehbacaan buku tersebut

berada pada tahap kecewa. Selain itu, pengkaji juga mendapati faktor pengetahuan linguistik

lebih dominan mempengaruhi kebolehbacaan berbanding faktor-faktor lain yang diuji.

Sementara Zulazhan (2012), telah mengkaji tahap kebolehbacaan buku teks balaghah

Sijil Agama Malaysia di sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri. Kajian menunjukkan

tahap kebolehbacaan buku tersebut adalah tinggi. Selain itu, Zulazhan et al (2010) dalam

Page 3: TAHAP KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS Al-MUTALACAH · PDF file1,2 Jabatan Pengajian Arab dan ... Pada tahun 1889, pengkaji ... kajian kebolehbacaan bahan bacaan atau buku teks bahasa Arab

3

kajian Kebolehbacaan Buku Teks Balaghah Sijil Tinggi Agama Malaysia : Satu kajian rintis,

juga mendapati buku tersebut mempunyai tahap kebolehbacaan yang tinggi.

Zamri et al (2012) telah menggunakan ujian kloz dalam Mengkaji Kebolehbacaan

Teks Prosa Arab Dalam Kalangan Pelajar Prasiswazah Fakulti Pengajian Islam UKM. Kajian

yang melibatkan 22 orang respondan ini menunjukkan tahap kebolehbacaan teks prosa adalah

berada pada tahap kesukaran yang mengatasi tahap kebolehan membaca para pelajar.

Muhammad Haron (2014), mengkaji tahap kebolehbacaan buku al-Mursyid fi al-

Lughah al-Arabiah (1) dengan menggunakan ujian Kloz. Kajian telah dilakukan terhadap

pelajar - pelajar dari empat jabatan kelolaan Akademi Islam, hasil kajian mendapati buku teks

subjek kajian mengandungi teks utama yang sukar difahami.

Manakala Zamri et al (2009) mengkaji tahap kebolehbacaan teks Sastera Arab bagi

kursus Sastera Zaman Abbasiah di Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, Fakulti

Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian terhadap buku Mudhakkirah Fi

Tarikh al-Adab al-‘Arabi oleh Zainal Abidin bin Haji Abdul Kadir menunjukkan tahap

kebolehbacaan teks-teks sastera Arab berkenaan berada pada tahap yang tinggi serta

mengatasi tahap kebolehan membaca pelajar.

PEMBINAAN PROSEDUR UJIAN KLOZ DALAM MENGUKUR

KEBOLEHBACAAN TEKS ARAB

Prosedur yang digunakan bagi membina dan menjalankan ujian ini adalah berdasarkan

panduan yang telah dikemukakan oleh Rye (1982) dan Kamarulzaman (2010). Prosedur yang

dilakukan adalah seperti berikut :

1. Mengenalpasti 2 teks bacaan daripada 20 topik dalam buku teks al-Mutalacah al-

Azahariyyah yang dipilih secara rawak. Artikel yang sesuai bagi ujian kloz adalah

yang mengandungi 250 patah perkataan (Rye,18982) manakala menurut

Tuacymah (1984) pula mengatakan 300 patah perkataan.

2. Pemotongan perkataan dalam teks yang diuji hendaklah dibuat secara konsisten

sama ada pada setiap perkataan yang kelima, keenam atau ketujuh tanpa melihat

struktur ayat dan jenis perkataan. Ia dikira daripada perkataan pertama pada ayat

kedua, iaitu ayat selepas satu ayat lengkap pada permulaan teks. Menurut

Tuacymah (1984) perkataan ketujuh yang dipotong adalah paling sesuai dan

paling banyak digunakan bagi menguji teks bahasa asing. Klare et al (1971) pula

berkata pemotongan pada setiap perkataan ketujuh adalah lebih baik sekiranya

dirasakan kebolehan bahasa pelajar lemah atau teks yang diuji agak sukar.

Memandangkan sampel adalah dalam kalangan pelajar sekolah, pengkaji memilih

untuk membuat pemotongan pada setiap perkataan ketujuh teks tersebut. Bagi

peringkat sekolah, jumlah 30 patah perkataan yang dipotong dalam satu teks

dikira sudah memadai (Tuacymah, 1984).

3. Daripada teks yang dipilih, teks (A) dan teks (B) mempunyai 40 tempat kosong.

Jika dijumlahkan, kedua-dua teks ini mempunyai 80 patah perkataan yang

dipotong. Ini bermakna sudah memenuhi kaedah yang disarankan oleh Tuacymah

(1984) yang menyatakan paling kurang 30 patah perkataan yang dipotong.

4. Kajian ini menggunakan teknik jawapan aneka pilihan berdasarkan kajian

Kamarulzaman (2010). Teknik ini menyediakan tiga jawapan yang mana terdapat

satu jawapa yang betul bagi setiap tempat kosong. Tiga pilihan jawapan

digunakan mengikut cadangan Guthrie (1973).

5. Memandangkan buku teks al-Mutalacah al-Azhariyyah yang digunakan tidak

berbaris, teks yang dipilih juga tidak dimasukkan baris.

Page 4: TAHAP KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS Al-MUTALACAH · PDF file1,2 Jabatan Pengajian Arab dan ... Pada tahun 1889, pengkaji ... kajian kebolehbacaan bahan bacaan atau buku teks bahasa Arab

4

6. Taklimat ringkas yang sesuai berkaitan ujian disertakan dalam buku soalan selain

taklimat lisan bagi respondan benar-benar faham tentang tujuan dan cara

menjalani ujian.

7. Pada ruang perkataan yang dibuang, digantikan dengan satu garisan panjang

dengan ukuran yang sama supaya ia tidak menjadi petanda kepada pelajar

terhadap jenis perkataan yang telah dibuang serta tidak mempengaruhi jawapan

pelajar.

8. Pada setiap ruang kosong yang bergaris itu pula disertakan nombor mengikut

urutan bagi kegunaan semasa penyemakan.

9. Markah jawapan diperoleh berdasarkan peratus dengan mengira jumlah jawapan

yang betul dan dibahagi kepada jumlah semua perkataan yang dipotong dalam

satu petikan teks. Bagi menentukan tahap kebolehbacaan kesemua kertas jawapan

daripada respondan akan dikumpulkan untuk mendapatkan purata keseluruhan.

Berikut ialah contoh ujian kloz yang telah dibina:

شيوخ الصوفيني

لخي، وكنيته أبو إسحاق ومن كورة بلخ، وهبا كان منبته، ومرباه، وفيها إبراهيم بن أدهم بن منصور التميمي الب، فنشأ إبراهيم كما (مفرق، صيين، خراسان)______(1)وكان أبوه ملكا من ملوك . ترعرع ومنا، وقوى ساعده

( 3)يف أحضان امللك،حموطا بأسباب النعيم، )متغري، متقلبا، متمّول(______(2)ينشأ أبناء امللوك من الكادحني، وقد ( منه، غريه، فيه)______( 4)يشغله من أمر العيش ما يشغل ( لن، ال، مل)______

ذهب، )______( 6)ركب فرسه يوما، و: ، حمبا له (بالتجارة، بالصيد، باحلرب)______( 5)شب مولعا ( 8)فيما هو على فرسه، الح له (مث، و، قد)______( 7)يصيد وليس معه إال كلبه، ( خرج، عاد

، ومل يكد خبطو (حنوه، مثله، معه)______( 9)بعد ثعلب أو أرنب، فحرك فرسه ( عن، مث، من)______ما، )______( 11)يا إبراهيم، : مناديا ينادى ويقول ( رأى، نادى، مسع)______( 11)خطوات حىت

وراء، مث وجعل ينظر إىل( فوضع، فوقف، فجلس)______( 12)هلذا خلقت، وال هبذا أمرت ( من، مىت ! ير شيئا( ال، مل، لن)______( 14)اليمني وإىل الشمال، ولكنه ( من،إىل، حىت)______( 13)

ANALISIS DATA

Dalam menganalisis data ujian kloz, semakan jawapan pelajar adalah berdasarkan jawapan

yang tepat sahaja. Markah jawapan diperoleh berdasarkan peratus dengan mengira jumlah

jawapan yang betul dan dibahagi kepada jumlah semua perkataan yang dipotong dalam satu

petikan teks. Untuk mendapatkan tahap kebolehbacaan teks yang dikaji, min skor

kebolehbacaan keseluruhan yang diperolehi dipadankan dengan tahap kebolehbacaan bahan

bacaan seperti jadual berikut.

Jadual 1: Ukuran Skor Kebolehbacaan (%)

Tahap Kebolehbacaan Jawapan aneka pilihan

Kecewa 0 – 74

Pengajaran 75 – 89

Bebas 90 – 100

Sumber : Rye, J (1982)

Page 5: TAHAP KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS Al-MUTALACAH · PDF file1,2 Jabatan Pengajian Arab dan ... Pada tahun 1889, pengkaji ... kajian kebolehbacaan bahan bacaan atau buku teks bahasa Arab

5

Menurut Rye (1982) bagi ujian yang mempunyai jawapan aneka pilihan markah yang

digunakan adalah 0% - 74% sebagai tahap kecewa, 75 – 89% sebagai tahap pengajaran dan

90% - 100% sebagai tahap bebas.

Interpretasi tahap-tahap kebolehbacaan di atas juga boleh disamakan dengan tahap

kebolehbacaan membaca dan kebolehbacaan teks bacaan boleh dijalankan serentak

(Marohaini, 1999). Oleh itu, tahap kebolehbacaan teks bacaan juga dibahagikan kepada tiga;

iaitu seperti berikut :

Tahap pembacaan / kebolehbacaan

1. Bebas Tahap sesuatu teks bacaan itu boleh dibaca

dengan senang oleh pembaca tanpa bantuan

seseorang.

2. Pengajaran Tahap sesuatu teks itu boleh difahami dengan

bantuan atau bimbingan seseorang

3. Kecewa Tahap sesuatu teks bacaan itu tidak boleh

difahami langsung sehingga mengecewakan.

KAJIAN RINTIS

Tujuan kajian rintis dilakukan adalah untuk memastikan kesesuaian instrument yang dibina

untuk digunakan dalam kajian yang sebenar serta mengukur kaedah yang dijalankan dalam

melaksanakan ujian adalah sesuai dan praktikal. Instrumen yang akan digunakan didalam

kajian ini adalah satu set ujian kloz yang dibina berdasarkan teks dan pelajar Yayasan Islam

Kelantan. Sehubungan dengan itu, proses ini merupakan perkara asas yang perlu

dilaksanakan bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrument yang hendak

digunakan.

PELAKSANAAN KAJIAN RINTIS

Kajian rintis bagi set ujian kloz ini telah dilakukan di salah sebuah sekolah dibawah kelolaaan

Yayasan Islam Kelantan. Kajian yang melibatkan 20 orang pelajar dari pelbagai tahap

pencapaian Bahasa Arab Komunikasi pada peringkat peperiksaan Penilaian Menengah

Rendah (PMR) dijalankan pada 2 September 2014.

Hasil kajian mendapati tahap kebolehpercayaan ujian kloz teks A dan teks B

mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai pekali kebolehpercayaan 0.79

dengan purata markah 73% bagi teks A. Manakala teks B memperolehi nilai pekali

kebolehpercayaan 0.72 dengan purata markah 55%. Kajian ini menggunakan teknik KR21

dalam menganalis ujian kloz. Selain itu, masa yang praktikal untuk ujian ini adalah satu jam

15 minit. Kebanyakan pelajar dapat menyiapkan ujian kloz dalam masa yang telah

ditetapkan.

Berikut adalah jadual kebolehpercayaan instrument ujian kloz.

Instrumen Teks Teknik Analisis Pekali Kebolehpercayaan

UJIAN KLOZ Teks A KR21 0.79

Teks B 0.72

Menurut Fraenkel dan Wallen (1993) pekali yang baik untuk tujuan penyelidikan seharusya

berada pada tahap sekurang-kurangnya 0.70 atau lebih.

Page 6: TAHAP KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS Al-MUTALACAH · PDF file1,2 Jabatan Pengajian Arab dan ... Pada tahun 1889, pengkaji ... kajian kebolehbacaan bahan bacaan atau buku teks bahasa Arab

6

KESIMPULAN Hasil dari kajian rintis ini menunjukkan markah skor yang diperolehi murid bagi Teks A dan

Teks B berada tahap kecewa dengan purata markah 73% dan 55%. Murid-murid langsung

tidak boleh memahami teks bacaan sehingga mengecewakan. Ini bermaksud kefahaman

respondan yang lemah, kadar kelancaran perlahan dan tersekat-sekat dan banyak perkataan

yang perlu dianalisis oleh respondan. Melalui kajian rintis juga pengkaji mendapati

instrument yang diuji sesuai digunakan untuk kajian sebenar berdasarkan nilai pekali

kebolehbacaan yang diperolehi berada pada tahap 0.79 bagi Teks A dan 0.72 bagi Teks B.

RUJUKAN

Dubay,W.H. 2004. The principles of readability.http://files.eric.ed.gov/fulltext/ED490073.pdf

Fraenklen, J.R & Wallen, NE. 1996. How to design an evaluate research in education. New

York : McGraw – Hill.

Guthrie, J. 1973. Reading comprehension and syntatic responses in good and poor readers.

Journal Of Educational Psychology, 65, 294-299.

Kamarulzaman Abdul Ghani. 2010. Kebolehbacaan Buku Teks Bahasa Arab Tinggi

Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Tesis Dr. Falsafah

Pendidikan, Universiti Malaya.

Kamarulzaman Abdul Ghani. 2011. Kebolehbacaan Buku Teks Bahasa Arab

TinggiBerasaskan Ujian Kloz Dalam Kalangan Pelajar Di SMKA. GEMA Online

Journal Of Language Studies Vol 11 (2): 53 - 66

Kamarulzaman, Hassan Basri & Nik Mohd Rahimi. 2009. Penggunaan ujian kloz Dalam

Mengukur Kebolehbacaan Teks Arab Untuk Pembaca Bukan Arab Di Malaysia :

Satu Kajian Rintis. Journal Of Islamic And Arabic Education 1 (2) :15 – 29.

Keith Johnson. 2000. Readability. http://www.timetabler.com

Klare, G.R. 1969. The Measurement Of Readability. Iowa : Iowa State University Press.

Leslie Limage. 2005. The Political Economy Of Textbooks And Literacy. Literacy For Life.

UNESCO : The EFA Global Monitoring Report.

Marohaini Yusoff. 1999. Strategi Pengajaran Bacaan Dan Kefahaman. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Muhammad Haron, Muhd Syukri, Ahmad Redzaudin & Norhidayati Abdullah. 2014.Tahap

Kebolehbacaan Buku al-Mursyid Fi al-Lughah al-Arabiah (1).International Journal

Of Islamic Studies And Arabic Language Education.Volume 1 (1) : 11 – 16.

Nuttall, C. 1982. Teaching Reading Skills In Foreign Language. London : Heinemman

Educational Books.

Pikulski,J.J.2002.Readability(ElectronicVersion)http://www.eduplace.com/state/author/pikuls

ki.pdf

Rye, J. 1982. Cloze Procedure And The Teaching Of Reading. London : Heinemann

Educational Books.

Zamri Arifin, Kaseh Abu Bakar, Maheram Ahmad & Zulazhan Ab. Halim. 2009.

Kebolehbacaan Teks Sastera Arab Dalam Kursus Sastera Zaman Abbasiah Kajian Di

Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti

Kebangsaan Malaysia. Kertas kerja Prosiding Seminar Pendidikan Sains Sosial : 615

– 623.

Tuaymah. 1978. The use of cloze to measure the profeciency of students of Arabic as a

second language in some universities in the United States. Ph.D thesis, unpublished.

University of Minnesota : Dissertation Abstract International.

Page 7: TAHAP KEBOLEHBACAAN BUKU TEKS Al-MUTALACAH · PDF file1,2 Jabatan Pengajian Arab dan ... Pada tahun 1889, pengkaji ... kajian kebolehbacaan bahan bacaan atau buku teks bahasa Arab

7

Zamri Arifin, Kaseh Abu Bakar & Maheram Ahmad. 2012. Kebolehbacaan Teks Sastera

Arab Dalam Kalangan Pelajar Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam, Fakulti

Pengajian Islam UKM. Kertas kerja Prosiding Seminar Pemantauan Projek

Penyelidikan Tindakan Strategik (PTS) Fakulti Pengajian Islam 2012.

Zamri Arifin & Nurul Masyitah Mohd Sham. 2012. Kebolehbacaan Buku Teks Prosa

Arab Dalam Kalangan Pelajar Pascasiswazah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti

Kebangsaan Malaysia. Kertas Kerja Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan

Pembelajaran Bahasa Arab 2012.

Zamri Arifin, Zulazhan & Kaseh Abu Bakar. 2013. The Readability Of

BalaghahTextbook Of Malaysian Higher Certificate Of Religion (STAM) :

Pilot Study. Advances In Natural And Applied Sciences, 7 (2) : 192 – 199.

Zulazhan bin Ab. Halim. 2011. Kebolehbacaan Buku Teks Balaghah Sijil Tinggi Agama

Malaysia Di Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri. Tesis Doktor Falsafah.

Fakulti Pengajian Islam Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.