tafsir surah al-munafiqn

118
MUNAFIK MODEN MEMBEDAH SURAH AL-MUNAFIQIN Mohamad Ridhauddin bin Mohd Salleh 1

Upload: anwar-farid-ikhlas

Post on 09-Apr-2016

72 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tafsir Surah Al-munafiqn

MUNAFIK MODEN

MEMBEDAH SURAH AL-MUNAFIQIN

Mohamad Ridhauddin bin Mohd Salleh

1

Page 2: Tafsir Surah Al-munafiqn

“Maqatil sangat terkesan dengan sifat-sifat orang munafik yang disebutkan oleh Baginda SAW kerana beliau khuatir

mempunyai sifat-sifat tersebut. Lalu beliau bertanya kepada Sai'd bin Jubair. Sai’d bin Jubair ketawa mendengar kerisauan

Maqatil lalu berkata "Aku juga risau sebagaimana kerisauanmu, lalu aku bertanya 'Abdullah bin 'Umar dan

'Abdullah bin 'Abbas, lalu mereka juga ketawa.Mereka berkata "Kami juga pernah risau sebagaimana

kerisauanmu itu, lalu kami mendatangi Baginda SAW, lalu Baginda SAW juga ketawa.

Lalu bersabda "Janganlah kalian risau kerana ciri-ciri di atas hanyalah untuk orang munafik sahaja.”

2

Page 3: Tafsir Surah Al-munafiqn

ISI KANDUNGAN

PRAKATA………………………………………………………………………………………………………………………………..4

LATARBELAKANG ASBAB SURAH INI DITURUNKAN PEPERANGAN BANU AL-MUSTALAQ ATAU PEPERANGAN AL-MURAISI'...............................................17

PERANAN MUNAFIQIN SEBELUM PEPERANGAN BANU ALMUSTALAQ. . .21

PERANAN GOLONGAN MUNAFIQ DALAM PEPERANGAN BANU AL-MUSTALAQ.............................................................................................................................29

PENGHANTARAN TENTERA DAN PEPERANGAN (saraya) SELEPAS GHAZWAH AL-MURAISI'...................................................................................................42

STATUS, JUMLAH AYAT DAN MAKSUD BAGI NAMA SURAH...........................46

SEBAB TURUN SURAH INI..............................................................................................46

MUQADDIMAH SURAH......................................................................................................50

HURAIAN AYAT AL MUNAFIQUN (1-11)....................................................................53

AMALAN YANG BERKAITAN DENGAN SURAH AL-MUNAFIQUN...................86

PENGHARGAAN....................................................................................................................87

RUJUKAN.................................................................................................................................88

3

Page 4: Tafsir Surah Al-munafiqn

PRAKATA

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan yang selayaknya disembah oleh sekalian makhluk. Selawat dan salam atas junjungan Baginda Muhammad SAW, para ahli keluarga Baginda SAW, para sahabat dan sekalian orang yang mengikuti jejak langkah mereka ridhwaan Allah 'alaihim ajma'in (semoga Allah meredhai mereka kesemuanya).

Surah al-Munafiqun tersimpan di dalam seribu satu rahsia yang menyingkap perihal orang yang berpura-pura atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut sebagai hypocrite atau dalam Bahasa Arabnya disebut al-munafiq. Kesemua pengistilahan itu untuk maksud yang sama. Surah ini sudah dibaca zaman berzaman dan sudah berpuluh kitab ditulis berkenaannya. Namun, penulis berharap penulis dapat menyumbang sedikit usaha untuk memahamkan masyarakat berkenaan dengan kehebatan surah-surah di dalam al-Quran ini. Untuk penulisan ini, penulis menulis dengan menggunakan kaedah soalan bagi setiap ayat bagi memudahkan pemahaman pembaca terhadap isinya. Buku ini yang bertujuan untuk membawa al-Quran dengan cara yang lebih hidup untuk panduan sekalian umat Islam moden hari ini menggunakan dua kaedah utama bagi mencapai tujuan tersebut:

1. Cerita qurani untuk diambil pengajaran, bukan hanya untuk ritual

Pepatah melayu ada menyebut “sungguhpun putarwali (akar seruntun) itu raja segala penawar tetapi pada kebanyakan selera, ia hamba segala makanan” yang bermaksud sungguhpun segala pengajaran yang baik itu berguna, tetapi ramai orang yang

4

Page 5: Tafsir Surah Al-munafiqn

memandang enteng dan mensia-siakannya. Peribahasa melayu ini biasanya diambil dari masyhurnya amalan sehingga ia telah disepakati untuk dijadikan sebagai kaedah untuk menjadikan rujukan dan pedoman dan diterima pakai zaman berzaman. Tradisi melayu biasanya diikat dengan sendi syariat Islam sebagaimana pepatah ada menyebut "adat bersendi syarak dan syara' bersendi adat" sebagai satu peringatan perkaitan serius antara dua sendi ini. Justeru, ibrah atau pengajaran yang ditekan dalam adat melayu haruslah diambil perhatian secara serius oleh orang yang mengaku sebagai muslim. Dari itu, membaca al-quran itu haruslah dengan tujuan untuk memburu pahalanya tetapi lebih utama dari perburuan itu ialah mencari panduan dan pedoman (hidayah) untuk hidup di atas muka bumi ini. Ini sebagaimana ditegaskan oleh Allah di dalam al-Quran:

ذين مؤ منين ال ر ال تي هي أق وم ويبش آن يه دي لل قر إن هذا اليع ملون الصالحات أن لهم أج را كبيرا

"Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu'min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar"1

Orang yang tiada rujukan atau pedoman bagai sebuah kapal yang hilang kemudinya; pedomannya ketika itu hanyalah arus angin, ke mana angin bersiru di situlah daratnya. Begitu jugalah umat Islam dek kerana cerita-cerita yang termuat di dalam al-quran hanya diambil sebagai cerita ritual sahaja tanpa mahu mengambil ibrah dan intipatinya, mereka mula menjaring angin barat dengan harapan akan beroleh hidayah yang dituntut Allah.

1 Surah al-Isra': ayat 9

5

Page 6: Tafsir Surah Al-munafiqn

Sheikh Mutawalli merungkaikan dengan baik perkara ini di dalam kitabnya al-Fatawa al-Kubra apabila ditebak persoalan berkenaan dengan cerita di dalam al-quran yang dilihat disusun dengan cara yang tidak konsisten:

1. Ada yang disebut dengan nama penuh seperti Isa bin Maryam2 dan Maryam binti 'Imran3

2. Ada yang disebut hanya namanya tanpa menyebut nama bapa seperti Ibrahim4, Musa5, Harun6, Muhammad7 dan banyak lagi.

3. Ada yang langsung tidak disebut namanya, tetapi wataknya ada di dalam al-Quran seperti Raja Mesir yang disebut Firaun8

dan Malik9, lelaki istana yang mengkhabarkan bahawasanya Firaun telah mengeluarkan dekri untuk membunuhnya10 dan banyak lagi.

Cerita di dalam al-Quran bukanlah untuk menjaja cerita peribadi yang tiada faedahnya bahkan punyai pengajaran yang sangat hebat di mana plot cerita dan adegannya akan berulang pada setiap zaman.Istilah firaun digunakan untuk sesiapa juga yang menjadi pemerintah kuku besi yang menuhankan diri di bumi.Istilah Zulkarnain11 merujuk juga kepada sesiapa yang membuat islah atau berjuang untuk mewujudkan pemerintahan dan tatakelola (good governance) yang baik, bersih dan telus dan memerangi unsur-unsur kronisme, nepostisme, ketirisan dan rasuah di dalam sesebuah negara.2 Surah al-Baqarah: ayat 873 Surah at-Tahrim: ayat 124 Surah al-Baqarah: ayat 1245 Sura al-Baqarah: ayat 516 Surah al-A'raf: ayat 1427 Surah Ali 'Imran: ayat 1448 Surah al-A'raf: ayat 1039 Surah Yusuf: ayat 4310 Surah al-Qasas: ayat 20 11 Surah al-Kahfi: ayat 94

6

Page 7: Tafsir Surah Al-munafiqn

Pemilik kebun12 dalam Surah al-Kahfi merujuk kepada sesiapa yang melupakan Allah dalam kenikmatan rezeki yang diberikan Tuhan, bongkak lagi angkuh bak kata pepatah melayu, "licin kerana minyak yang berminta, elok kerana kain yang dipinjam" lalu mengaku semua itu kerana usaha sendiri.Kita tidak dituntut untuk mencari siapakah Firaun di zaman Nabi Musa atau hakikat siapakah Zulkarnain kerana mengetahuinya tidak menambah (kecuali keilmuan-pen), jahil mengenai mereka tiada mudarat.

Allah menyebut nama Nabi Allah Isa bin Maryam dengan lengkap dan begitu juga ibunya Maryam binti 'Imran kerana kisah seperti mereka tidak akan berulang lagi selamanya.Adapun nama yang tidak disebut dengan lengkap atau langsung tidak disebut nama mereka, kerana kisah atau plot seperti itu akan sentiasa berulang dan berlaku pada setiap zaman13 .Dari itu, barangsiapa yang dianiayai di dalam konflik adik beradik, maka rujuklah cara penyelesaiannya di dalam kisah Nabi Allah Yusuf.

Barangsiapa yang terlibat dalam usaha untuk mengislahkan masyarakat dan negara tetapi terpaksa berkonfrantasi dengan pemerintah kuku besi serta mengamalkan ketuanan bangsanya dan menghambakan bangsa yang lain, maka rujuklah kisah Nabi Allah Musa dalam usaha untuk menenangkan jiwa dan mencari jalan.Barangsiapa yang mempunyai masalah bersuamikan lelaki yang berwatak jahat dan zalim, maka rujuk kisah Asiah dalam menguruskan rumahtangganya.Barangsiapa yang menjadi Perdana Menteri, Presiden atau menteri di dalam negaranya, maka rujuklah kisah Nabi Allah Yusuf dan al-Malik di zamannya, atau kisah Nabi

12 Ayat 32-3413 Cetakan kedua Maktabah at-Turath al-Islamiy (2000/1421), halaman 264-266

7

Page 8: Tafsir Surah Al-munafiqn

Allah Daud dan anaknya Nabi Allah Sulaiman.Atau seandainya mereka terpaksa berhadapan dengan sekumpulan munafikin di dalam negara atau organisasinya, maka rujukan Surah al-Munafiqun. Namun, ini tidak bermakna penyelesaian tuntas hanya akan berlaku apabila merujuk cerita-cerita di atas sahaja. Perlu diingat bahawasanya al-Quran hanya memberikan kerangka asas penyelesaian masalah sebagai panduan atau batu loncatan untuk mendapatkan buah pemikiran untuk menyelesaikan masalah dan halangan. Usaha berterusan untuk mencari jalan penyelesaian bagi pelbagai konflik dan masalah haruslah merentasi pelbagai bidang keilmuan kerana arahan Tuhan menyebut:

تم ال تع لمون .... ر إن كن ألوا أه ل الذك فاس..maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika

kamu tiada mengetahui.14

Dari itu, para pembaca sekalian, apabila membaca surah ini, cuba amati adakah sifat-sifat munafik yang disebut Allah SWT di dalam Surah ini ada di dalam diri kita atau tidak. Seandainya kita pernah bersikap sebagaimana ‘Abdullah bin Ubai dan kelompok mereka, maka perlulah kita bersegera untuk bertaubat kepada Allah SWT.

2. Memahami konteks keseluruhan surah

Kaedah pentafsiran ayat al-Quran yang disepakati oleh para ulamak ialah "pengajaran itu diambil pada keumuman lafaz, bukan kerana sebab diturunkan ayat tersebut". Kaedah inilah yang menjadikan al-Quran itu dilihat dan dinilai pada sifat atau illah (sebab) cerita, suruhan atau larangan Allah SWT. Sebagai contoh

14 Surah al-Anbia': ayat 7

8

Page 9: Tafsir Surah Al-munafiqn

apabila Allah SWT menyebut di dalam Surah al-Fatihah " 55ر غي هم yang bermaksud kelompok yang Allah SWT murkai "المغ ضو ب علي

ialah Bangsa Yahudi. Adakah ini bermaksud Allah memurkai mereka hanya kerana bangsa mereka?

Tidak sama sekali. Allah murkai bangsa Yahudi bukan kerana bangsa mereka tetapi kerana sifat dominan yang ada pada bangsa mereka. Mereka membunuh para nabi, membuat helah dalam urusan agama, taksub kepada bangsa sehingga menzalimi dan tidak pernah menepati perjanjian. Maka, menurut kaedah pentafsiran di atas, seandainya sesiapa sahaja yang mempunyai sifat yang dimiliki oleh orang yahudi ini, maka dia juga dimurkai Allah SWT.Tetapi, ini tidak bermakna mengetahui sebab penurunan ayat al-Quran ini tidak penting? Bahkan ia juga sangat penting. Menurut Imam Ibn Taimiah di dalam kitab fatwanya menyebutkan dengan memahami sebab turunnya ayat itu akan membantu kita untuk memahami apakah maksud keseluruhannya. Ini kerana dengan mengetahui sebab turunnya akan membawa kita mengetahui penyebabnya15.

Sebagai contoh apabila kita membaca Surah an-Nur dari ayat 11 hingga ayat 20 akan mendapati sebab ayat itu diturunkan adalah bagi membebaskan Aisyah daripada tohmahan yang dilemparkan oleh kelompok orang munafik terhadap beliau. Paradigma kita terhadap ayat ini boleh berubah apabila kita mengetahui apakah gambaran keseluruhan suasana ketika itu dan siapakah yang menjadi penyebab insiden fitnah itu berlaku sehingga Allah menurunkan ayat khusus bagi membebaskan 'Aisyah. Ayat ini turun berlatarbelakangkan:

15 Majmu' al-Fatawa oleh Taqiuddin Abu al-'Abbas Ahmad bin 'Abdul Halim bin Taimiah al-Harrani (meminggal 728H), komentar oleh 'Abdul Rahman bin Muhammad bin Qasim, cetakan mujamma' Malik Fahad Arab Saudi (1995/1416), 13/339

9

Page 10: Tafsir Surah Al-munafiqn

1. Aisyah sebagai orang muda dari keturunan bangsawan, isteri Baginda SAW yang terhormat tetapi difitnah dengan begitu teruk pasti beliau sangat terluka .

2. Ketika Aisyah dalam perjalanan pulang dari peperangan Bani Mustalik

3. Tertinggal rombongan apabila beliau turun mencari kalungan kakaknya yang terjatuh di dalam perjalanan.

4. Difitnah mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang perajurit perang.

5. Padahal beliau sudah menjaga adab dan akhlak apabila bersama dengan lelaki 'ajnabi'.

6. Penfitnah terdiri daripada warga Madinah yang terkenal dan berpengaruh.

7. Fitnah itu berlegar di sekitar Madinah sehingga orang awam mengetahuinya tetapi beliau tidak mengetahuinya.

8. Beliau dapat merasai perubahan pergaulan Nabi SAW dengannya yang semakin hambar.

9. Beliau demam selama sebulan selepas pulang dari medan peperangan.

10. Beliau mendapat khabaran ini bukan daripada mulut suaminya, Baginda SAW tetapi daripada mulut orang awam.

11. Mengesahkan cerita ini daripada ayah dan ibunya, bukan suaminya.

12. Baginda SAW tidak mengiyakan atau menafikan fitnah terhadapnya

13. Kelukaan hati beliau terzahir saat ayat ini diturunkan.

Maka, apabila kita memahami konteks keseluruhan ayat ini, maka empati diri seorang mukmin juga akan terguris sebagaimana Aisyah terguris.Begitu jugalah sifatnya dengan surah ini. Sungguhpun banyak ayat di dalam al-Quran yang turun menceritakan berkenaan

10

Page 11: Tafsir Surah Al-munafiqn

dengan orang munafik dan sifat-sifatnya, tetapi istimewanya surah ini turun menceritakan perihal mereka dalam suasana yang sangat khusus.

1. Baginda SAW menerima bantuan kewangan daripada 'Abdullah bin Ubai dan orang kaya dari kalangan mereka (ansar) khususnya sumbangan mereka untuk golongan ahlu suffah yang kebanyakannya dari kalangan muhajirin. Baginda SAW yang mengetahui kemunafikan dan permusuhan mereka terhadap baginda SAW masih menerima sumbangan itu untuk kemaslahatan umat Islam. Ketika Baginda SAW berhijrah ke Yathrib, Baginda di pandang sinis oleh segelintir pimpinan utama Negara Yathrib, mereka memusuhi Nabi SAW secara senyap-senyap (dan Nabi SAW menyetahuinya, tetapi orang awam tidak mengetahuinya) dan mereka menyumbang kepada orang Islam seakan-akan merekalah pendokong utama Baginda SAW. Bayangkanlah perasaan Baginda SAW!.Menerima sumbangan daripada musuh yang ingin menjatuhkan Baginda.

2. Peranan 'Abdullah bin Ubai untuk menjatuhkan Baginda SAW atas kapasiti seorang muslim dan pimpinan utama Khazraj sudah bermula seawal peperangan Uhud apabila menzahirkan sokongan beliau untuk berjuang di dalam Madinah sahaja; berbeza dengan pandangan kebanyakan para sahabat yang mahukan berjuang di luar kawasan Madinah. Akhirnya Baginda SAW menerima pendapat para sahabat untuk keluar berperang. Pada fajar hari peperangan, 'Abdullah bin Ubai bersama dengan 1/3 tentera Baginda SAW (sekitar 300 orang) dari kalangan Khazraj melarikan diri dari medan. Beliau bukan sahaja mengkhianati Baginda SAW,

11

Page 12: Tafsir Surah Al-munafiqn

bahkan mengkhianati ketua turus tentera dari kalangan mereka sendiri yang Baginda SAW lantik iaitu Hubab bin Munzir. Dalam keadaan yang di hujung tanduk dan genting seperti itu, pastinya membuatkan situasi tentera umat Islam menjadi runcing. Namun, itulah penzahiran kemunafikan yang berterus terang dilakukan oleh mereka.

3. Keesokan harinya, iaitu sehari selepas peperangan Uhud, dalam keadaan umat Islam ramai yang tercedera dan masih kepenatan, Baginda SAW menyeru para sahabat untuk memerangi orang musyrikin di Hamra' al-Asad dengan menyebut "Hanya orang yang menyertai peperangan Uhud sahaja akan menyertai peperangan ini"16. Dengan peristiwa kemunafikan Uhud yang masih segar itu, kata 'Abdullah bin Ubai "Wahai Rasululah, bolehkah aku menyertai kamu?". Lantas Baginda SAW menolaknya (tidak mengizinkannya). Bayangkan betapa beliau bukan sahaja tidak merasa bersalah terhadap tindakan beliau semalam, bahkan langsung tidak merasa malu.

4. Peperangan Bani Nadhir yang berlaku tidak lama selepas itu juga adalah disebabkan oleh sikap 'Abdullah bin Ubai dan pakatannya. Insiden ini bermula apabila rakyat Madinah berbangsa Yahudi membuat pakatan sulit untuk membunuh Baginda SAW. Setelah Baginda SAW mengetahuinya, Baginda SAW memberi masa selama 10 hari sahaja untuk keluar dari Madinah kerana mengingkari perjanjian yang pernah dimeterai dengan Baginda SAW. 'Abdullah bin Ubai menghasut mereka agar tidak keluar dari Madinah; bahkan

16 Lihat Takhrij Ahadith wa Athaar Kitab Fi Zhilal al-Quran li Sayyid Qutb oleh Alawi bin 'Abdul Qadir as-Saqqaf , cetakan kedua Dar al-Hijrah (1995/1416), halaman 1/84 nombor 158

12

Page 13: Tafsir Surah Al-munafiqn

beliau menyatakan kesanggupan untuk menggembeleng tenaga dengan 2 000 orang rakyat Madinah yang lain untuk mempertahankan mereka seandainya mereka dihalau keluar. Namun, saat terjadi peperangan terbabit, kelompok munafik ini tidak muncul untuk mempertahankan orang yahudi ini sebagaimana mereka janjikan. Ironinya, Baginda SAW tidak menghalau 'Abdullah bin Ubai sungguhpun beliau mengetahui pengkhianatan ini.

5. Tidak cukup dengan semua pengkhianatan tersebut, mereka juga cuba mempengaruhi sekalian pejuang ketika di dalam medan peperangan Ahzab dengan mengatakan Muhammad selalu membuat tipu helah terhadap mereka. Pengucapan berpengaruh mereka berjaya membuat segelintir dari para pejuang yang bersama dengan Baginda SAW memberikan alasan seorang yang penakut agar dapat melarikan diri dari medan perjuangan ini. Allah merakamkan ungkapan mereka yang mengatakan:

Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata:"Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami melainkan tipu daya."Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Hai penduduk Yathrib (Madinah), tidak ada tempat bagimu, maka kembalilah kamu." Dan sebahagian dari mereka minta izin kepada Nabi (untuk kembali pulang) dengan berkata: "Sesungguhnya rumah-rumah kami terbuka (tidak ada penjaga)." Dan rumah-rumah itu sekali-kali tidak terbuka,mereka tidak lain hanya hendak lari. (Al-

Ahzab: 12-13)

13

Page 14: Tafsir Surah Al-munafiqn

6. Baginda SAW sudah lama bersabar dengan karenah 'Abdullah bin Ubai di Madinah apabila beliau menghina Baginda SAW di khalayak ramai seusai Baginda SAW membacakan ayat al-Quran. Katanya "Balik duduk di rumah sudah la, jangan kacau kami", "Jangan datang ke sini, jangan membawa debu ke sini". Kata-kata itu diungkapkan oleh 'Abdullah bin Ubai ketika Baginda SAW dalam perjalanan ke rumah ketua Kabilah Khazraj.

7. Surah ini turun selepas Baginda SAW berlapang dada dengan sikap orang munafik di Madinah. Bahkan Baginda SAW memberikan 'keizinan' kepada 'Abdullah bin Ubai untuk memberikan peringatan kepada sekalian makmum untuk menyantuni Baginda SAW pada setiap hari Jumaat sebelum Baginda SAW menyampaikan khutbah. Sudah pastilah, dalam keadaan tiada siapa pun tahu kemunafikan 'Abdullah bin Ubai terhadap Nabi SAW, mereka akan menyanjungi beliau. Walaupun Baginda SAW tahu mengenai beliau, tapi Baginda SAW bersabar.

8. Mereka telah menyerang peribadi Baginda SAW dengan fitnah yang tidak kunjung padam. Mereka membuat perang psikologi (psywar) di dalam Madinah dengan mengatakan Muhammad terpesona dengan kecantikan isteri anak angkatnya yang bernama Zainab al-Jahshy. Adat ketika itu mengatakan bahawasanya status anak angkat adalah sama dengan status seorang anak. Setelah itu, mereka mengatakan Muhammad memaksa Zaid bin Harithah, anak angkat Nabi untuk menceraikannya agar dia dapat mengahwininya.

14

Page 15: Tafsir Surah Al-munafiqn

9. Mereka juga membuat psywar untuk membunuh karektor (character assassination) Baginda SAW dengan mengatakan bahawasanya Muhammad ini cakap tidak serupa bikin (didn't walk the talk) apabila menghadkan kepada semua lelaki Islam untuk mempunyai empat isteri sahaja dalam satu masa, tetapi dia mempunyai lebih dari empat isteri dalam satu masa. Sudah pastinya hal ini memberikan kesulitan kepada Baginda SAW untuk menjelaskannya kerana Baginda SAW menjadi subjek fitnah itu.

10. Setelah itu, dalam khilaf kecil yang berlaku di Muraisi' ketika mereka dalam perjalan pulang dari peperangan Bani Mustaliq, 'Abdullah bin Ubai menzahirkan penghinaan kepada Baginda SAW dengan mengatakan bahawasanya seusai sampai Madinah nanti, kita (orang munafik) akan menghalau orang hina itu (Baginda SAW) keluar dari Madinah. Strateginya ialah dengan mengarahkan golongan kelompok aristokrat lagi ghani (kaya) yang berada dalam kem 'Abdullah bin Ubai agar tidak lagi memberikan bantuan kewangan kepada Muhammad dan penyokong. Lama-kelamaan pasti penyokong Muhammad akan menyusut. Baginda SAW masih lagi bersabar. Baginda SAW mengajak semua perajurit untuk meneruskan perjalanan pulang segera agar para perajurit tidak berpeluang untuk mendengar fitnah tersebut (padahal mereka baharu sahaja berhenti berehat).

11. Mereka membuat onar lagi dengan mengatakan bahawasanya Aisyah ada hubungan sulit dengan Safwan bin Mu'atthal setelah mereka melihat Safwan mengiringi Aisyah ketika dalam perjalanan pulang ke Madinah setelah tamat peperangan Bani Mustaliq (sebagaimana diterangkan pada penjelasan berkenaan dengan memahami ayat Surah an-Nur

15

Page 16: Tafsir Surah Al-munafiqn

ayat 11-20). Peristiwa ini amat menghimpit jiwa rahmat seorang suami dan menguji Baginda SAW sehinggalah turun penjelasan Allah SWT di dalam surah an-Nur ayat 11-20 tersebut.

Ini ialah kronologi yang menjadi penyebab turunnya Surah al-Munafiqun ini. Maka, jelaslah dalam kronologi di atas bahawasanya kemunafikan seseorang itu tidak akan terzahir kecualilah di medan jihad. Kemunafikan tidak akan terzahir dalam acara ritual semata-mata. Mereka boleh berlakon dan berpura-pura dalam acara keagamaan, tetapi mereka seperti cacing kepanasan apabila berada di dalam kesukaran di medan jihad.Semoga dengan penjelasan ringkas Surah al-Munafiqun ini memuhasabahkan diri kita sendiri untuk risau adakah kita merupakan salah seorang peneman 'Abdullah bin Ubai di sana kelak atau akan bersama dengan Baginda SAW.Selamat menikmati hidangan.

16

Page 17: Tafsir Surah Al-munafiqn

LATARBELAKANG ASBAB SURAH INI DITURUNKAN PEPERANGAN BANU AL-MUSTALAQ ATAU

PEPERANGAN AL-MURAISI'17

Ia berlaku pada bulan Syaban tahun kelima atau keenam Hijrah.Peperangan ini tidaklah besar dan berlarutan sangat dari segi pergerakan ketenteraan, cuma satu signifikan sahaja kerana di dalam rentetan peristiwanya terbentuk satu kisah yang mengemparkan masyarakat Islam di masa itu, padanya terbongkar keburukan kaum munafiqin, darinya terbentuk "hukuman darah" yang menampilkan masyarakat Islam sebagai sebuah institusi yang mulia, suci dan bersih jiwa, di sini kami memaparkan kejadian peperangan, kemudian kami susuli dengan peristiwa yang bersejarah itu. Sebab musababnya timbul dari satu berita yang diterima oleh Rasulullah (s.a.w) bahawa ketua qabilah Banu al-Mustalaq yang bernama al-Harith bin Abi Dhirar, telahpun mengerah tenaga kaumnya dan suku-suku bangsa Arab yang dibawah pengaruhnya untuk bergerak ke arah Madinah memerangi Rasulullah.

Dengan itu Rasulullah pun mengutus Buraidah bin al-Hasib al-Aslami18

untuk memastikan kesahihan berita yang telah diterima itu. Buraidah pun terus menemui qabilah ini malah beliau telah berjumpa dengan al-Harith bin Abi Dhirar dan bercakap dengannya.

17 Diambil daripada kitab ar-Raheeq al-Makhtum karangan Sheikh Safiyyurrahman al-Mubakfuri, Dar al-Wafa' Mansourah (cetakan keempat 2001-1422), 336-34518 Kunyah beliau ialah Abu 'Abdillah (bersempena nama anak beliau, 'Abdullah). Beliau memeluk Islam sebelum peperangan Badar lagi iaitu ketika pertengahan perjalanan hijrah Baginda SAW ke Madinah. Beliau dan para sahabatnya sempat menunaikan solat isya' bersama baginda SAW di tempat yang bernama Ghamim dan belajar sesuatu daripada al-Quran sebelum pulang semula ke kampung halamannya. Selepas peperangan Uhud, beliau bermastautin di Madinah dan bersama dengan Baginda SAW dalam peperangan selepas itu. Beliau termasuk orang yang membuat Baiah ar-Ridhwan. Beliau meninggal dunia di Marwa dan dikuburkan di Hisan.Lihat al-Isti'ab 1/185-186.

17

Page 18: Tafsir Surah Al-munafiqn

Selepas itu, beliau pulang dengan membawa kenyataan yang dibuat oleh al-Harith tadi. Setelah memastikan kesahihah berita maka Baginda mengerah para sahabatnya, malah Baginda keluar dengan segera, pergerakan Rasulullah adalah pada malam kedua di akhir bulan Sya'ban, turut bersama ialah sekumpulan kaum munafiqin yang sebelum ini tidak pernah keluar ke mana-mana peperangan. Pengganti (khalifah) Baginda SAW di Madinah ialah (para ulamak berbeza pandangan):

1. Zaid bin Harithah19 atau 2. Abu Zar al-Ghifari20 atau3. Numailah bin Abdullah al-Laithi21.

Al-Harith bin Dhirar telah menghantar pengintipnya, untuk mengutip berita mengenai tentera Islam, tapi kaum muslimin sempat menangkapnya dan terus dibunuh. Setelah al-Harith bin Abi Dhirar mengetahui tentang pergerakan Rasulullah dan kematian

19 Merupakan anak angkat Baginda SAW sebelum Baginda SAW diangkat menjadi nabi. Sejarah merakamkan rombongan ibunya diserang dipertengahan perjalanan ketika menziarahi Bani Ma'an. Setelah itu beliau yang ketika itu berumur 8 tahun dijual di Pasar 'Ukaz atau Pasar Habashah. Anak saudara Khadijah binti Khuwalid yang bernama Hakim bin Hazam membelinya lalu dihadiahkan kepada Khadijah. Lalu, Khadijah dan Baginda SAW membebaskan beliau dan dijadikan angkat mereka. Asad al-Ghabah 2/350 nombor 1829 20 Atau nama sebenarnya ialah Jundub bin Junadah. Ibunya yang bernama Ramlah binti al-Waqi'ah juga (seperti ayahnya) berasal dari Ghifar. Antara insan terawal memeluk Islam namun tidak sempat bersama baginda SAW di dalam Perang Badr, Khandak dan Uhud kerana beliau terus pulang ke negaranya selepas memeluk Islam. Beliau setelah itu menetap di Madinah sehinggalah kewafatan Baginda SAW. Beliau keluar dari Madinah selepas kewafatan Abu Bakar dan menetap di Syam. Pada pemerintahan Saiduna 'Uthman, beliau pulang semula ke Madinah dan meninggal pada tahun 32 Hijrah. Jenazah diimamkan oleh 'Abdullah bin Mas'ud. Lihat al-Isti'ab fi Ma'rifati al-Ashab oleh Abu Amr Yusuf bin 'Abdullah bin Muhammad bin 'Abdul al-Barr bin bin 'Ashim an-Namiri al-Qurthubi (meninggal pada 463H), kometar oleh Ali Muhammad al-Bajawi, Dar al-Jail Beirut (cetakan pertama 1992-1412), 1/25321 Merupakan sahabat Nabi SAW. Baginda SAW telah mengarahkan beliau untuk membunuh Maqis bin Shobabah di antara Sofa dan Marwah. Ibid 4/1534 nombor 2664 dan Siyar A'laam an-Nubala' oleh Shamsuddin Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin 'Uthman Qaimaz azh-Zhahabi (meninggal 748H), Dar al-hadis Kaherah (cetakan 2006-1427), 2/122

18

Page 19: Tafsir Surah Al-munafiqn

pengintipnya, beliau telah dihimpit ketakutan menyebabkan orang-orang Arab badwi yang bersama dengan beliau lari dari situ ke beberapa tempat lain. Sebaik sahaja Rasulullah sampai ke kawasan bernama al-Muraisi' yang merupakan perairan Banu al-Mustalaq di daerah Qadid, ianya terletak berhampiran dengan pantai. Terus Baginda membuat persiapan dan mengatur plan penyerangan, bendera Muhajirin bersama Abu Bakar al-Siddiq manakala bendera al-Ansar bersama Saad bin Ubbadah, di peringkat awal sekadar saling memanah, setelah beberapa jam berlalu dengan cara ini, akhirnya Rasulullah memerintah supaya dibuat satu serangan yang mantap serentak, lalu arahan terus disegerakan, di mana peperangan berakhir dengan kemenangan total kepada tentera Islam.

Kaum musyrikin menerima kekalahan yang teruk di mana sebilangan dari mereka terbunuh dan sebahagian yang lain ditawan, Rasulullah menawan kaum wanita, anak-anak dan kambing ternakan mereka, dari tentera Islam hanya seorang sahaja yang terbunuh ianya dari al-Ansar itu pun kerana beliau disangka musuh. Inilah mengikut apa yang ditegaskan oleh ahli al-Sirah dan aI-Maghazi, namun Ibnu al-Qayim mengatakan: Itu adalah sangkaan (waham), kerana tidak berlaku sebarang pertempuran, tapi yang berlaku hanya penyerangan oleh pihak muslimin ke atas perairan Banu al-Mustalaq di samping menawan harta-harta dan perempuan-perempuan mereka. Sebagaimana tersebut di dalam kitab sahih: Rasulullah menyerang Banu al-Mustalaq. Di antara perempuan-perempuan yang ditawan ialah Juwairiyah binti al-Harith22 anak ketua qabilah, yang menjadi

22 Atau nama sebenar beliau ialah Barrah. Baginda SAW menamakan beliau dengan Juwairiah. Menurut Abu 'Ubaidah, baginda SAW mengahwini Juwairiah pada tahun kelima Hijrah selepas perkahwinan Baginda SAW dengan Zainab bin Jashy. Dengan keberkatan perkahwinan ini, Rasulullah SAW memerdekakan 100 orang tawanan perang daripada Bani Mustaliq ini. Walau bagaimanapun, perkahwinan ini tidak dikurniakan zuriat. Beliau wafat pada bulan Rabi' al-Awwal tahun 56 Hijrah. Lihat al-Isti'ab 4/1804 nombor 3282 dan Asad al-Ghabah oleh Abu Hasan 'Ali bin Abi al-Karam Muhammad bin Muhammad bin 'Abdul Kareem bin 'Abdul al-Wahid asy-

19

Page 20: Tafsir Surah Al-munafiqn

saham Thabit bin Qais, di mana beliau menawar peluang memerdekakan diri secara mukatabah (membebaskan diri secara bayar beransur-beransur). Justeru itu Rasulullah bertanggungjawab memerdekakan beliau, kemudian Baginda mengahwininya, setelah itu tentera Islam memerdekakan pula keluarga Banu al-Mustalaq yang telah memeluk Islam, dengan kata mereka: "Mereka adalah mertua-mertua Rasulullah"23. Adapun peristiwa lain yang berlaku di dalam peperangan ini, di mana Abdullah bin Ubai dan kuncu-kuncunya yang merupakan petualang utama, sudah menjadi kewajipan kita memperkatakan sebahagian dari kerja-kerja mereka di dalam masyarakat Islam di Madinah.

Syaibani al-Jarazi 'Izzuddin Ibn Athir (meninggal 630H), Dar al-Fikr Beirut (1989-1409), 5/56-58nombor 6822 23 Hasan: Lihat Sahih wa Dhaif Sunan Abi Daud oleh Sheikh Albani, 1/2 nombor 3931

20

Page 21: Tafsir Surah Al-munafiqn

PERANAN MUNAFIQIN SEBELUM PEPERANGAN BANU AL-MUSTALAQ

Berulang kali telah kita kemukakan bahawa ‘Abdullah bin Ubai memiliki rasa cemburu dan sesak dada dengan Islam dan kaum muslimin, terutamanya Rasulullah SAW. Kerana al-Aus dan al-Khazraj sudah pun bersetuju menerima kepimpinan Rasulullah SAW sedang sebelum ini mereka sedang menyiapkan pakaian sutera untuk menabalkan beliau sebagai pemimpin mereka sekiranya Islam memasuki al-Madinah, kemudian mereka sisihkan beliau dari jawatan itu, maka sebab itulah beliau merasakan bahawa Rasulullah yang bertanggungjawab merampas kekuasaannya. Kemarahan dan perasaan hasad dengki beliau ini ditunjukkan pada permulaan Hijrah Rasulullah ke Madinah sebelum beliau berpura-pura memeluk Islam. Pada suatu hari, Rasulullah menunggang keldai untuk menziarahi Saad bin Ubbadah24, Rasulullah pun melalui di hadapan majlis ‘Abdullah bin Ubai, bila beliau melihat Rasulullah beliau menjadi merah muka kerana benci dan dengki dengan Rasulullah, di masa itu kata Ibnu Ubai:

"Jangan mengotori majlis kami dengan debu"Dan setelah Rasulullah membaca ayat al-Quran di dalam majlis berkenaan maka kata Ibnu Ubai: "Duduk sahaja di rumah kamu, dan tak usahlah mengganggu kami di majlis ini".25 24 Beliau merupakah salah seorang pimpinan Khazraj (dan Abdullah bin Ubai bin Salul juga merupakan orang Khazraj). Beliau di antara individu yang terlibat di dalam Bai'ah 'Aqabah dan peperangan Badar. Beliau dan anaknya Qais bin Sa'ad terkenal sebagai orang yang sangat pemurah. Beliau wafat pada 15 atau 14 atau 11 Hijrah. Lihat al-Isti'ab 2/599 nombor 944 dan Asad al-Ghabah 2/204 nombor 2012.25 Peristiwa ini berlaku sebelum peperangan Badar. Selepas itu, Baginda SAW menuju ke rumah Sa'ad bin 'Ubbadah yang merupakan ketua bagi Kabilah Khazraj di Madinah lalu Baginda SAW bertanya "Ada sampai maklumat kepada kamu perkataan Abu Hubab (iaitu Abdullah bin Ubai) begitu dan begini?" Jawab beliau "Wahai Rasulullah, maafkanlah dia" lalu Baginda SAW memaafkan beliau. Lihat al-Lu'lu' wa al-Marjan fima itafaqa 'alaihi asy-Syaikhan oleh Muhammad Fuad bin Abdul Baqi bin Soleh bin Muhammad (meninggal pada 1388H), Dar Ihya' al-Kutub

21

Page 22: Tafsir Surah Al-munafiqn

Ini adalah sebelum beliau berpura-pura memeluk Islam, namun selepas beliau mengisytiharkan diri memeluk Islam selepas peperangan Badar, beliau masih tetap beliau memusuhi Allah, Rasul dan kaum mukminin, beliau tidak memikirkan selain daripada menghancurkan masyarakat Islam dan melemahkan perpaduan Islam. Beliau terus membantu seteru-seteru Allah, dalam peristiwa Banu Qainuqa' beliau sengaja masuk campur tangan, demikian jugalah usaha beliau yang jahat dan khianat di dalam peperangan Uhud, bertujuan memecah-belahkan saf kaum muslimin dan melakukan porak peranda, kekacauan dan huruhara.Betapa busuknya helah si munafiq bedebah ini dan pandai pula beliau menipu orang-orang mukminin, di mana selepas memeluk Islam secara berpura-pura, pada setiap hari Jumaat semasa Rasulullah duduk untuk berkhutbah beliau akan bangun untuk membuat peringatan dengan berkata:

"Ini dia Rasulullah yang masih berada di kalangan kamu, dengannya Allah memuliakan kamu dan mengagungkan kamu, untuk itu bantulah Baginda, sokonglah Baginda, dengarlah dan taatilah Baginda".

Kemudian beliau duduk. Maka barulah Rasulullah SAW berdiri untuk berkhutbah.Betapa buruknya niat si munafiq ini, yang masih sanggup lagi untuk meneruskan amalannya di hari Jumaat selepas peperangan Uhud, beliau masih tidak menginsafi dengan tindakan jahat lagi terkutuk itu. Beliau bangun di hari itu untuk berbuat seperti kebiasaannya, orang-orang Islam pun merentap hujung bajunya dengan kata mereka:

"Duduklah wahai seteru Allah, kamu bukan orang yang layak berbuat demikian, cukuplah dengan apa yang telah kau lakukan di masa-masa yang lepas".

al-'Arabiyyah, 2/229 nombor 1176.

22

Page 23: Tafsir Surah Al-munafiqn

Dengan itu beliau pun terus berjalan keluar dari masjid melangkah-langkah belakang orang lain yang sedang duduk dengan kata-katanya yang kesat:

"Boleh jadi yang ku cakap ini tidak elok tapi maksud ku ialah untuk mengukuhkan kedudukannya"

Semasa di pintu masjid beliau bertemu dengan seorang Ansar yang berkata kepadanya:

"Celakalah kau, ayuh patah balik dan minta maaf dari Rasulullah SAW agar Baginda beristighfar untuk kau".

Jawab Beliau: "Demi Allah aku tidak memerlukan dia meminta ampun untukku".Abdullah bin Ubai ini mempunyai hubungan dengan Banu al-Nadhir, beliau di antara perencana plot konspirasi terhadap kaum muslimin, malah beliau pernah menegaskan kepada mereka:

.... تم لنخ رجن معكم وال نطيع فيكم أحدا أبدا وإن لئن أخ رج كم صرن تم لنن ...قوتل

"Seandainya kamu dihalau keluar nescaya kami akan turut serta, dan sekiranya kamu diperangi akan kami bantu kamu"26.

Perkara yang sama beliau lakukan bersama tali barutnya di dalam peperangan al-Ahzab (peperangan sebelum peperangan Mustalaq), di antaranya, menimbulkan keresahan, huruhara, menimbulkan ketakutan dan kebingungan di kalangan masyarakat Islam seperti mana yang diceritakan Allah di dalam surah al-Ahzab:

ه ذين في قلوبهم مرض ما وعدنا الل منافقون وال يقول ال وإذورسوله إال غرورا

26 Surah al-Hasyr: Ayat 11

23

Page 24: Tafsir Surah Al-munafiqn

"Ketika orang-orang munafiq dan orang-orang yang di dalam hatinya berpenyakit berkata: Tidak adalah janji Allah dan RasulNya kepada kami, melainkan semata-mata penipuan sahaja.

جعوا رب ال مقام لكم فار هم يا أه ل يث قالت طائفة من وإذبي يقولون إن بيوتنا عو رة وما هي بعو رة هم الن ذن فريق من تأ ويس

إن يريدون إال فراراDan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Hai penduduk Yatsrib (Madinah), tidak ada tempat bagimu, maka kembalilah kamu." Dan sebahagian dari mereka minta izin kepada Nabi (untuk kembali pulang) dengan berkata: "Sesungguhnya rumah-rumah kami terbuka (tidak ada penjaga)." Dan rumah-rumah itu sekali-kali tidak terbuka, mereka tidak lain hanya hendak lari.

ثوا نة آلتو ها وما تلب فت هم من أق طارها ثم سئلوا ال ولو دخلت عليبها إال يسيرا

Kalau (Yatsrib) diserang dari segala penjuru, kemudian diminta kepada mereka supaya murtad, niscaya mereka mengerjakannya; dan mereka tiada akan bertangguh untuk murtad itu melainkan dalam waktu yang singkat.

ه بار وكان عه د الل د ون األ ل ال يول ه من قب ولقد كانوا عاهدوا اللئول امس

Dan sesungguhnya mereka sebelum itu telah berjanji kepada Allah: "Mereka tidak akan berbalik ke belakang (mundur)." Dan

24

Page 25: Tafsir Surah Al-munafiqn

adalah perjanjian dengan Allah akan diminta pertanggungan jawabnya.

ل وإذا ال قت مو ت أو ال تم من ال فرار إن فرر فعكم ال قل لن ينعون إال قليال تمت

Katakanlah: "Lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja."

ه إن أراد بكم سوءا أو أراد ذي يع صمكم من الل قل من ذا الا وال نصيرا ه ولي مة وال يجدون لهم من دون الل بكم رح

Katakanlah: "Siapakah yang dapat melindungi kamu dari (takdir) Allah jika Dia menghendaki bencana atasmu atau menghendaki rahmat untuk dirimu?" Dan orang-orang munafik itu tidak memperoleh bagi mereka pelindung dan penolong selain Allah.

نا وال قائلين إلخ وانهم هلم إلي كم وال معوقين من ه ال قد يع لم الل س إال قليال بأ تون ال يأ

Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang menghalang- halangi di antara kamu dan orang-orang yang berkata kepada saudara- saudaranya: "Marilah kepada kami." Dan mereka tidak mendatangi peperangan melainkan sebentar.

ك تدور ظرون إلي تهم ين خو ف رأي كم فإذا جاء ال أشحة علي خو ف مو ت فإذا ذهب ال ه من ال ذي يغ شى علي أع ينهم كال ر أولئك لم يؤ منوا خي سنة حداد أشحة على ال سلقوكم بأل

ه يسيرا ه أع مالهم وكان ذلك على الل فأح بط الل25

Page 26: Tafsir Surah Al-munafiqn

Mereka bakhil terhadapmu, apabila datang ketakutan (bahaya), kamu lihat mereka itu memandang kepadamu dengan mata yang terbalik- balik seperti orang yang pingsan karena akan mati, dan apabila ketakutan telah hilang, mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan. Mereka itu tidak beriman, maka Allah menghapuskan (pahala) amalnya. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

هم ح زاب يودوا لو أن ت األ ح زاب لم يذ هبوا وإن يأ يح سبون األ بائكم ولو كانوا فيكم ما ألون عن أن ع راب يس بادون في األ

قاتلوا إال قليالMereka mengira bahawa sekutu, belum pergi. Jika sekutu datang kembali mereka bercita-cita supaya mereka berada di dalam dusun beserta badwi-badwi, sambil menanyakan perkhabaran kamu dan kalau mereka berada bersama kamu, tidaklah mereka berperang melainkan sebentar sahaja. (Al-Ahzab: 12-20)

Memang seluruh seteru-seteru Islam yang terdiri daripada kaum Yahudi munafiqin dan musyrikin memahami bahawa faktor kemenangan Islam bukan kerana keupayaan maddi (material) yang lebih, kecanggihan peralatan dan ramai bilangan tentera, bukan itu semua, tetapi kemenangan itu adalah kerana faktor nilai, akhlak dan contoh-contoh teladan yang tinggi yang dihayati oleh masyarakat Islam, malah sesiapa sahaja yang berintima' dengan agama ini maka itulah akhlaknya. Musuh Islam memang mengetahui bahawa imbuhan-imbuhan yang menerap masuk ke dalam jiwa setiap muslim ialah contoh teladan agung mereka, iaitu Rasulullah SAW. Mereka sudah pun mengenali hakikat ini sepanjang peperangan yang mereka lalui,

26

Page 27: Tafsir Surah Al-munafiqn

di mana untuk melawan dan membenteras agama ini bukanlah suatu perkara yang mudah, terutamanya melalui kekuatan senjata.

Untuk itu mereka telah membuat tindakan melancarkan serangan propaganda dan dakyah yang meluas terhadap agama dari sudut akhlak dan susilanya, apatah lagi peribadi Rasulnya yang memang menjadi sasaran serangan utama.Golongan munafiq merupakan gunting dalam lipatan, selain menjadi penduduk asal Madinah maka amat sesuai sekali untuk mempengaruhi perasaan kaum muslimin dan sentimen mereka. Ya, golongan munafiqin telah memikul tanggungjawab terhadap propaganda jahat ini, terutamanya ketua mereka Ibnu Ubai. Rancangan mereka ini terpamer dengan jelasnya selepas peperangan al-Ahzab, iaitu semasa perkahwinan Rasullah SAW dengan Ummu al-Mukminin Zainab binti Jahsy, setelah diceraikan oleh Zaid bin Harithah, kerana tradisi bangsa Arab, anak angkat itu adalah dianggap setaraf dengan anak sendiri, pada kepercayaan mereka haram seseorang berkahwin dengan janda anak angkatnya. Maka, apabila Rasulullah SAW berkahwin dengan Zainab maka kaum munafiqin pun seolah-olah memperolehi satu peluang untuk menimbulkan darinya keburukan dan kehinaan terhadap Rasulullah SAW:

Pertama: Zainab bin Jahsy adalah isteri Rasul sedang al-Quran tidak mengizinkan sesiapa berkahwin lebih dari empat, bagaimana ini boleh sah pula kepada Baginda?

Kedua: Zainab adalah bekas isteri anak angkatnya, maka perkahwinannya dianggap sebesar-besar kesalahan mengikut tradisi bangsa Arab, mereka menyebar luas proganda jahat ini, dan berbagai citra dan kisah rekaan yang mereka rekakan, kononnya kata mereka:

27

Page 28: Tafsir Surah Al-munafiqn

"Di suatu hari Muhammad SAW ternampak Zainab secara tak sengaja, dari peristiwa itu Baginda mula terpesona dengan kecantikannya, hati Baginda sentiasa teringat-ingat kepadanya, oleh itu maka anak angkatnya Zaid pun menceraikannya untuk memberi laluan kepada Muhammad SAW. Mereka mengheboh-hebohkan propaganda jahat ini, yang dapat dikesan di dalam sejarah dan pembicaraan di dalam kitab-kitab tafsir dan hadith hingga ke hari ini. Dakyah ini telah memberi kesan buruk dalam kalangan mereka yang lemah iman, hingggalah turunnya ayat-ayat al-Quran yang menjelaskannya. Padanya termuat penawar-penawar yang melegakan dada-dada yang bergelora dengan fitnah-fitnah itu, dapat diduga betapa tersebar fitnah-fitnah ini hingga Allah SWT memulakan Surah al-Ahzab ini dengan peringatan keras dariNya:

ه كان منافقين إن الل كافرين وال ه وال تطع ال ق الل بي ات ها الن يا أيعليما حكيما

"Hai nabi bertaqwalah kamu kepada Allah dan janganlah engkau ikut orang-orang kafir dan orang-orang munafiqin. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana ".

(Al-Ahzab: 1)

Inilah satu pendedahan ringkas dan gambaran kecil mengenai angkara murka yang dilakukan oleh golongan munafiq dan taqiyah sebelum peperangan Banu al-Mustalaq. Menghadapi angkara ini Nabi terpaksa menanggungnya dengan kesabaran, ketenangan dan sikap berlembut, manakala keseluruhan orang Islam sentiasa berwaspada dan berjagajaga terhadap keburukan mereka kerana orang Islam telah mengenali dan faham akan perlakuan buruk mereka ini sekali lepas sekali, sebagaimana firman Allah (s.w.t):

28

Page 29: Tafsir Surah Al-munafiqn

ن ثم ال يتوبون تي ة أو مر هم يف تنون في كل عام مر أوال يرو ن أنرون وال هم يذك

"Atau tidakkah kamu mengetahui, bahawa mereka dicuba tiap tahun sekali atau dua kali, kemudian mereka tidak bertaubat dan tidak pula mengambil peringatan"

(At-Taubah: 126)

PERANAN GOLONGAN MUNAFIQ DALAM PEPERANGAN BANU AL-MUSTALAQ

Dalam peristiwa peperangan Banu al-Mustalaq golongan munafiq telah pun keluar bersama seperti mana yang digambarkan oleh Allah di dalam firmanNya:

غونكم لو خرجوا فيكم ما زادوكم إال خباال وألو ضعوا خاللكم يبه عليم بالظالمين نة وفيكم سماعون لهم والل فت ال

"Kalau sekiranya mereka keluar bersama kamu, tiadalah mereka menambah selain dari kebinasaan dan mereka bersegera di antara kamu membuat fitnah."

(At-Taubah: 47)

Mereka mengenalpasti orang-orang yang boleh mempengaruhi dengan fitnah-fitnah mereka, melaluinya mereka juga agar dapat menimbulkan kekacauan di dalam saf kaum muslimin dan propaganda jahat terhadap peribadi Rasulullah SAW. Di sini kami sajikan peristiwanya secara terperinci:

1. Kenyataan kaum munafiqin "Demi jika kami kembali ke Madinah nescaya orang-orang yang mulia di antaranya

29

Page 30: Tafsir Surah Al-munafiqn

akan mengusir orang-orang yang hina"27. Setelah selesai peperangan Banu al-Mustalaq, Rasulullah pun berhenti di al-Muraisi' di situ kaum muslimin pun singgah dan mengambil air di kawasan berkenaan, bersama-sama Saidina ‘Umar seorang suruhan bernama Jahjah al-Ghaffari, orang suruhan ini berasak-asak di tempat air tadi dengan Sinan Ibnu Wabar al-Juhani, membawa kepada pergaduhan dan pukul memukul. Al-Juhani melaung membangkitkan sentimen perkauman dengan katanya; "Wahai orang-orang Ansar". Dan si Jahiliyyah pun melaung membangkitkan sentimen perkauman dengan katanya: "Wahai kalian Muhajirin".

Rasulullah pun menyuara kepada sekalian hadirin: "Apakah kamu rela menyeru dengan seruan jahiliah ini sedang aku masih bersama di kalangan kamu ini? Tinggalkanlah semua seruan itu, ianya suatu yang lapuk dan busuk". Kejadian ini sampai ke pengetahuan ‘Abdullah bin Ubai Bin Salul, yang pada ketika itu bersama sekumpulan orangnya termasuk Zaid bin Arqam budak muda, dan beliau berkata dengan marah: "Apakah ini boleh mereka lakukan. Sudahlah mereka mengenepikan kita setelah memenuhi setiap penjuru negeri kita. Demi Allah,kita dan mereka tak ubah seperti kata orang tua-tua dahulu: Seperti melepas anjing tersepit. Demi Allah apabila kita pulang ke Madinah nanti, golongan yang mulia akan menghalau keluar golongan hina". Dan beliau berkata kepada orang di sekelilingnya;

"Inilah akibat tindakan kamu sendiri, yang telah membenarkan mereka memasuki negeri kamu, kemudian berkongsi harta pula dengan mereka, demi Allah sekiranya di

27 Surah al-Munafiqun ayat 8

30

Page 31: Tafsir Surah Al-munafiqn

hari ini kamu pegangkan kemakmuran kamu itu nescaya mereka ini akan berpindah ke tempat lain".Zaid bin Arqam yang berada di majlis mereka itu segera memberitahu kepada bapa saudaranya, kemudian bapa saudaranya pula segara memberitahu kepada Rasulullah, kebetulan Saidina ‘Umar pun berada di samping Rasulullah, lantas ‘Umar pun berkata: "Wahai Rasulullah suruh sahaja ‘Ubbadah bin Bishr membunuh si bedebah itu", tapi jawab Rasulullah: "Bagaimana Umar, nanti orang akan bercakap bahawa Muhammad membunuh sahabatnya sendiri, ini tidak mungkin, Ayuh maklumkan sekalian tentera mengenai pergerakan kita". Ketika itu bukanlah masa kebiasaan orang berjalan, namun demikian kesemua orang mula bergerak, di masa itu Usaiyid bin Hadhir28 mengucap salam kepada Rasulullah sambil berkata:"Wahai Rasulullah, tuan hamba berjalan di luar masa kebiasaan". Maka jawab Rasulullah: "Tidakkah sampai ke pengetahuan kau yang telah diperkatakan oleh sahabatmu itu?”

Tanya Usaiyid: "Apa yang beliau cakap ya Rasulullah"? Jawab Rasulullah: "Katanya beliau menelah sekiranya beliau pulang ke Madinah nanti pasti orang termulia akan menghalau yang hina". Jawab Usaiyid: "Engkau wahai Rasulullah yang akan menghalaunya keluar sekiranya Rasulullah mahu. Demi Allah dialah yang hina dan dikau wahai Rasulullah yang mulia”. Kemudian katanya lagi: "Berlembutlah dengannya wahai Rasulullah, demi Allah Dialah Tuhan yang telah membawa tuan hamba kepada kami semua, beliau itu sebelum ini sudah disediakan dengan persalinan sutera untuk ditabalkan sebagai

28 Ketua kabilah Aus

31

Page 32: Tafsir Surah Al-munafiqn

ketua, beliau menyangka tuan hambalah yang telah merampas hak takhtanya itu".

Rasulullah bergerak dengan semua orang sepenuh hari hingga lewat ke petangnya, dan dari malamnya hingga ke pagi hari, dan berhenti di hari itu ketika matahari terik membakar mereka semua, setelah itu barulah Rasulullah berhenti, dan barulah mereka terasa kerehatan bila memijak bumi, semua mereka keletihan dan terus tertidur. Rasulullah berbuat demikian supaya semua orang sibuk dan tak ada masa untuk bercakap-cakap.Bila Ibnu Ubai menyedari bahawa Zaid bin Arqam telah memberitahu perancangannya tadi, terus beliau datang menemui Rasulullah dan bersumpah dengan nama Allah yang beliau tidak bercakap sedemikian dan tidak pernah mengeluarkan kata-kata seperti itu.Ada hadirin dari kalangan Ansar mencelah "Wahai Rasulullah boleh jadi budak ini telah menyangka yang bukan-bukan dari percakapannya dahulu dan boleh jadi beliau sendiri tidak dapat mengingatkan sangat apa yang diperkatakan oleh lelaki ini ('Abdullah bin Ubai)".Rasulullah pun mengiyakan apa yang disebut.

Di hari itu kata Zaid: "Aku terasa sugul dan berdukacita yang memuncak; belum pernah ku rasa kesedihan seperti hari itu. Aku duduk saja di dalam rumah hinggalah Allah menurunkan ayatnya yang bermaksud: "Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami mengakui bahawa kamu benar-benar Rasulullah". Dan Allah mengetahui bahawa kamu benar-benar Rasul-Nya, dan Allah juga mengetahui bahawa orang Munafik itu adalah orang-orang yang dusta. Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalang manusia dari jalan Allah.Sesungguhnya amat buruklah amalan

32

Page 33: Tafsir Surah Al-munafiqn

mereka kerjakan.Yang demikian itu adalah kerana sesengguhnya mereka telah beriman.kemudian menjadi kafir, lalu hati mereka dikunci mati kerana itu mereka tidak mengerti.Dan apabila kami melihat mereka,tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum.Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka.Mereka seakan-akan kayu bersandar. Mereka mengira tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka.Mereka itu musuh dan berhati-hatilah terhadap mereka,semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran) ? Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah beriman. agar Rasulullah meminta keampunanmu" .Mereka memaling muka dan kamu lihat mereka berpaling sedangkan mereka sombong. Sama saja bagi mereka.kamu mintakan ampun atau tidak bagi mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasik. Mereka yang mengatakan (kepada orang Ansar): "Janganlah kamu memberi belanja kepada orang Muhajirin yang ada di sisi Nabi supaya mereka meninggalkan Rasulullah ".Pada halperbendaharaan Allah adalah langit dan bumi, tetapi mereka tidak memahami. Mereka berkata; "Sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah,benar-benar orang yang kuat akan mengusirkan orang-orang yang lemah daripadanya ". Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasul-Nya serta bagi orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Al-Munafiquun: 1-8)

Rasulullah menghantar utusan untuk membaca ayat yang baru turun itu kepadaku, dan katanya: "Sesungguhnya Allah

33

Page 34: Tafsir Surah Al-munafiqn

telah membenarkan percakapan kamu itu".29Anak kepada Abdullah Bin Ubai yang juga bernama Abdullah30 adalah seorang yang salih di kalangan sahabat, beliau telah melepaskan diri dari apa yang dicakapkan oleh bapanya itu. Beliau telah menunggu di pintu masuk Madinah dengan pedang yang terhunus, sesampainya ayahnya di situ, beliau berkata: "Demi Allah kamu tidak boleh melewati sempadan ini kecuali setelah diizinkan Rasulullah, Bagindalah yang termulia dan engkau adalah yang terhina".Apabila Rasulullah tiba maka Baginda membenarkan beliau masuk, barulah anaknya tadi membenarkan beliau memberi laluan kepada bapanya, sebelum itu si anak telah pun menegaskan kepada Rasulullah dengan katanya:"Wahai Rasulullah sekiranya tuan hamba merestui pembunuhannya maka perintahlah daku, demi Allah akan ku pancung lehernya dan akan ku bawa ke hadapan tuan hamba".

3. Hadith al-Ifk (Cerita Fitnah)

Di dalam peperangan ini berlaku cerita fitnah (cerita yang direka-rekakan). Ringkasannya dimana Aisyah radhiallahu ‘anha telah dibawa bersama Rasulullah ke peperangan Banu al-Mustalaq iaitu setelah dibuat cabutan undi, ini adalah kebiasaan Rasulullah SAW terhadap isteri-isterinya. Semasa perjalanan pulang, mereka telah singgah di beberapa tempat persinggahan. Di masa itu Aisyah telah keluar dari kenderaannya untuk membuang hajatnya, tiba-tiba kalung yang dipinjam dari kakaknya telah terjatuh, maka beliau berpatah balik semula ke tempat pembuangan hajatnya untuk mencari kalungan yang terjatuh.Apabila tiba masa keberangkatan maka sahabat yang

29 Sahih: Sahih Bukhari 6/152 nombor 4900.30 Nama sebelum Islam ialah Hubab bin 'Abdullah bin Ubai bin Salul

34

Page 35: Tafsir Surah Al-munafiqn

bertanggungjawab menuntun kenderaannya mengangkat sekedup yang dinaiki Aisyah itu ke atas unta tunggangannya, yang pada sangkaan mereka Aisyah sedang berada di dalam sekedup itu kerana Aisyah bukanlah berat orangnya, di masa itu beliau masih lagi muda belia, lebih-lebih lagi apabila mereka secara beramai-ramai mengangkat sekedup itu tidak terasa berat, lainlah kalau yang mengangkatnya seorang dua, pastilah mereka mengetahui ketiadaan Aisyah di dalamnya.

Setelah kesemua orang bertolak dari situ Aisyah pun pulang ke tempatnya dan didapati semua orang sudah tiada di situ lagi dan kalung yang dicarinya pun sudah di temuinya. Justeru itu beliau duduk sahaja di tempat persinggahannya itu, kerana beliau pasti di mana mereka akan mencarinya setelah beliau tiada di dalam sekedup dan mereka akan kembali semula ke tempat beliau diletakkan itu. Allah SWT jua yang berkuasa mentadbirkan urusanNya di dunia ini, di situ Saidatina Aisyah terlena dek keletihan perjalanan, beliau sedar apabila mendengar laungan dari Safwan bin Mu'atthal yang menyebut: "Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun, Isteri Rasulullah?".Safwan telah mengekori di penghujung pergerakan tentera kerana beliau banyak tidur. Bila melihat ‘Aisyah, beliau mengenalinya kerana beliau pernah melihatnya sebelum turun ayat hijab, beliau beristirja' (mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun) dan merendahkan tunggangan, ‘Aisyah pun segera menaiki tunggangan, tidak sepatah pun bertutur selain dari lafaz istirja' tadi.

Dengan itu, beliau pun menuntun tunggangan ‘Aisyah, sehingga sampailah bersama-sama dengan tentera yang sedang berhenti di Nahr al-Zahirah, setibanya mereka di situ orang

35

Page 36: Tafsir Surah Al-munafiqn

ramai pun bercakap-cakap dengan pelbagai pendapat dan andaian yang munasabah. Ibn Ubai mendapati inilah satu peluang yang terbaik untuk mereka melepaskan geram dan marahnya, penuh hasad dengki dan kesumat, mereka mula menyebar cerita yang bukan-bukan dan dusta, menimbul-nimbulkan fitnah, membisik-bisikkan propoganda jahatnya, kuncu-kuncunya pun apa lagi memperolehi barangan yang memang dicari-cari selama ini untuk dijualnya. Sesampai sahaja mereka di Madinah maka ahli-ahli dusta tadi pun menabur cerita palsu yang mereka reka-rekakan itu di setiap penjuru Madinah.

Rasulullah SAW berdiam diri tidak berkata apa-apa pun, kerana wahyu tertangguh penurunannya, maka Baginda bermesyuarat dengan para sahabat mengenai penceraiannya. ‘Ali mencadangkan supaya Baginda menceraikannya dan mencari yang lain sebagai ganti, itupun dalam bahasa kias bukan secara terang-terang. Tetapi Usamah mencadangkan supaya Baginda meneruskan hidup dengannya, tanpa mempedulikan cakap musuh-musuh Allah. Di suatu hari Rasulullah menaiki mimbar membangkitkan keganjilan yang ditimbulkan oleh ‘Abdullah bin Ubai. Usaiyid bin Hadir, ketua al-Aus segera menyatakan kesanggupannya untuk memenggal leher Ibnu Ubai, tetapi ditentang oleh Saad bin Ubbadah ketua al-Khazraj kerana Ibnu Ubai adalah dari kalangan al-Khazraj, perkara ini melarat hingga menjadi isu perkauman, dan Rasulullah cepat-cepat meredakannya sehingga akhirnya mereka pun senyap.

Sekembalinya dari perjalanan jauh itu, ‘Aisyah terkena demam selama sebulan, beliau sendiri tidak mengetahui

36

Page 37: Tafsir Surah Al-munafiqn

mengenai fitnah yang direkakan ini, apa yang beliau terasa ialah selama ini Rasulullah sentiasa berlembut dengan beliau di ketika beliau mengadu hal sesuatu, tetapi kini sudah tidak dirasai lagi. Di suatu ketika semasa beliau pulih dari demamnya itu, beliau keluar dengan Ummu Mistah31 untuk membuang air besar, tiba-tiba di situ Ummu Mistah tergelincir, lantas beliau melatah, dengan menyumpah anak lelakinya, ‘Aisyah pun memarahi tindakannya itu.Di situ Ummu Mistah pun menceritakan fitnah yang diheboh-hebohkan selama ini, bila pulang ke rumah beliau meminta izin dari Rasulullah untuk menemui dua ibu bapanya bagi mendapat kepastian mengenai cerita yang sebenar. Setelah diizinkan oleh Rasulullah SAW beliau pun kembali ke rumah bapanya, sehingga dengannya dapatlah beliau memperolehi cerita yang lengkap, apa lagi beliau pun terus menangis, dua malam sehari beliau menangis, tanpa henti-henti sehingga tidak dapat melelapkan matanya, dirasakan tangisannya itu seolah-olah meretakkan hatinya. Di suatu hari Rasulullah menziarahinya, lepas mengucap al-Syahadah Baginda berkata: "Wahai ‘Aisyah, telah sampai ke pengetahuanku situasimu yang begini dan begini. Sekiranya kau suci tidak bersalah, Allah sendiri akan 'menyucikanmu', dan sekiranya kau bersalah pohonlah keampunan dariNya serta bertaubatlah kepadaNya, kerana hamba yang mengakui dengan kesalahannya kemudian bertaubat kepada Allah nescaya Allah akan terima taubatnya itu".

‘Aisyah berderaian air mata dan meminta dari dua ibubapanya supaya menjawab bagi pihaknya, namun mereka berdua tidak tahu apa yang hendak dijawabnya, kata ‘Aisyah

31 Atau nama sebenarnya Salma binti Sakhr atau Umm Mistah binti Rahm. Beliau merupakan sepupu Abu Bakar (dua pupu kepada Aisyah). Lihat Isti'ab 4/1472 nombor 2550

37

Page 38: Tafsir Surah Al-munafiqn

lagi:"Demi Allah aku mengetahui segala sesuatu yang telah kamu dengar itu sehingga ianya meresap di dalam diri kamu dan kamu mempercayai semuanya, di sini kalau ku kata: Daku ini bersih demi Allah Dia mengetahui yang aku ini tidak bersalah, namun demikian pasti kamu tidak mempercayainya dan kalau aku mengakui sedang Allah mengetahui aku ini tidak bersalah. Seandainya aku mengakui fitnah itu (Allah yang lebih Mengetahui aku tidak melakukannya) nescaya kamu mempercayainya sebagai satu yang benar. Kalau begitu keadaannya,apa lagi hendak ku buat selain dari berucap apa yang telah diucap oleh ayah Saidina Yusuf:

تعان على ما تصفون مس ه ال ر جميل والل فصب"Maka sabarlah yang lebih baik dan Allahlah tempat meminta pertolongan di atas segala apa yang kamu sebutkan itu". (Yusuf: 18) Setelah itu beliau beralih ke sebelah dan tidur mengiring, di saat itu wahyu pun turun ke atas Rasulullah menguasai seluruh badan Rasulullah, kemudian kelihatan Baginda tersenyum, lafaz yang pertama-pertama tercetus keluar di bibir Rasulullah dengan sabdanya:

أك ه فقد بر يا عائشة، أما الل"Wahai Aisyah kini Allah telah pun mengisytiharkan kesucianmu"32

Maka berkata ibunya: "Ayuh bangun kepada suamimu". Sebagai membukti kesuciannya, di samping kepercayaan beliau dengan kesayangan Rasulullah terhadap dirinya, maka beliau berkata: "Demi Allah aku tak mahu bangun kepadanya dan tiada pujian selain kepada Allah".

32 Sahih: Sahih Bukhari 5/116 nombor 4141

38

Page 39: Tafsir Surah Al-munafiqn

Firman Allah mengenai fitnah ialah:

ا لكم بل هو كم ال تح سبوه شر ف ك عص بة من ذين جاءوا باإل إن الى ذي تول م وال ث تسب من اإل هم ما اك ر لكم لكل ام رئ من خي

هم له عذاب عظيم ره من كبSesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dikalangan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu.Tiap seorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakan. Dan siapa di antara mereka mengambil sebahagian yang terbesar dalam penyiaran berita dusta itu, baginya azab yang besar.

را فسهم خي مؤ منات بأن مؤ منون وال لو ال إذ سمع تموه ظن الوقالوا هذا إف ك مبين

Mengapa di masa kamu mendengar berita dusta itu.orang mukminin dan mukminah tidak bersangka baik terhadap diri mereka itu dan berkata: "Ini adalah berita dusta yang nyata ".

هداء فأولئك توا بالش لم يأ بعة شهداء فإذ ه بأر لو ال جاءوا علي كاذبون ه هم ال د الل عن

Mengapa mereka tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita dusta itu? Oleh kerana mereka tidak berbuat demikian maka di sisi Allah mereka orang-orang yang dusta.

كم في خرة لمس يا واآل مته في الدن كم ورح ه علي ولو ال فض ل اللما أفض تم فيه عذاب عظيم

Sekiranya tidak ada kurniaan dan rahmat-Nya kepada kamu di dunia dan di akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar, kerana berita dusta itu.

39

Page 40: Tafsir Surah Al-munafiqn

م س لكم به عل سنتكم وتقولون بأف واهكم ما لي تلقو نه بأل إذه عظيم د الل نا وهو عن وتح سبونه هي

(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita dusta itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dari mulutmu apa yang kamu tidak ketahui sedikit pun dan kamu anggapnya ia adalah ringan pada hal di sisi Allah ia adalah amat berat.

حانك هذا م بهذا سب تم ما يكون لنا أن نتكل ولو ال إذ سمع تموه قلبه تان عظيم

Dan mengapa kamu tidak mengatakan di waktu mengengar berita dusta itu: "Sekali-kali tidak pantas bagi kamu memperkatakan itu. Maha suci Allah ini adalah dusta yang besar.

تم مؤ منين له أبدا إن كن ه أن تعودوا لمث يعظكم اللAllah memperingatkan kamu agar jangan kembali melakukan semula selama-lamanya jika kamu orang yang beriman.

ه عليم حكيم يات والل ه لكم اآل ن الل ويبيDan Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada kamu. Dan Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

ذين آمنوا لهم عذاب فاحشة في ال ون أن تشيع ال ذين يحب إن ال تم ال تع لمون ه يع لم وأن خرة والل يا واآل أليم في الدن

Sesungguhnya orang yang ingin berita dusta ini tersebar di kalangan orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak.

ه رءوف رحيم مته وأن الل كم ورح ه علي ولو ال فض ل اللDan sekiranya tidaklah kumia Allah dan rahmatNya kepada kamu semua, Allah Maha Penyantun dan Maha Penyayang (nescaya kamu ditimpa azab yang besar).

40

Page 41: Tafsir Surah Al-munafiqn

(An-Nuur: 11-20)

Hukuman sebat dikenakan ke atas orang-orang yang terlibat dengan fitnah, menuduh orang yang tidak berdosa, mereka ialah:

1. Mistah bin Asasah33

2. Hassan bin Thabit34 3. Hamnah binti Jahsy35

Setiap mereka dirotan sebanyak lapan puluh rotan, namun ‘Abdullah bin Ubai kepala membuat fitnah yang jahat, tidak pula dihukum, kerana boleh jadi hudud atau hukuman dera itu boleh mengurangkan penyiksaan seseorang di akhirat nanti, penyebar fitnah diugut oleh Allah dengan balasan azab yang berat di akhirat atau pun kerana kemaslahatan. Beginilah halnya yang berlaku selepas sebulan dari tarikh kejadian, mendung keraguan dan kekacauan beredar pergi, dari bumi Madinah. Keburukan dan kejahatan kepala munafiqin luas terdedah kepada khalayak ramai, hingga tidak dapat mereka mengangkat kepalanya, kata Ibnu Ishak: "Hinggalah kalau terjadi kejadian, kaum sebangsanya pun mengecam dan menuduh Ibnu Ubai".

33 Ada pandangan yang mengatakan nama sebenarnya ialah 'Auf bin Uthathah, adapun Mistah ialah gelaran untuknya. Beliau yang sempat bersama dengan Baginda SAW di dalam Peperangan Badar meninggal pada tahun 34 ketika berumur 56. Ada pandangan mengatakan beliau yang bersama dengan tentera Saiduna 'Ali meninggal di dalam peperangan Siffin dan meninggal pada tahun 37H. Lihat Asad al-Ghabah 4/380 dan al-Isti'ab 3/1224 dan 4/147234 Merupakan penyair di zaman Baginda. Beliau merupakan rakyat Yathrib (Ansar) dari Kabilah Khazraj. al-Isti'ab 1/341, asad al-Ghabah 2/6 nombor 115335 Beliau merupakan kakak ipar Baginda SAW; iaitu kakak kepada Zainab binti Jahshy. Beliau berkahwin dengan Muas'ab bin 'Umar. Selepas Mus'ab bin 'Umar terkorban di dalam peperangan uhud, beliau berkahwin pula dengan Talhah bin 'Ubaidillah dan beroleh 2 orang anak lelaki yang bernama Muhammad dan 'Imran. Ibunya bernama Umaimah binti 'Abdul Muttalib; ibu saudara baginda SAW. Ada pandangan mengatakan beliau dirotan kerana terlibat dengan fitnah terhadap 'Aisyah dan ada pandangan mengatakan sebaliknya. Asad al-Ghabah 1/71 nombor 6857

41

Page 42: Tafsir Surah Al-munafiqn

Di hari itu Rasulullah berkata kepada ‘Umar: "Apa pendapat kau sekarang wahai ‘Umar, demi Allah kalaulah kau bunuhnya di hari itu nescaya kau tertekan dan orang bersimpati dengannya, di hari ini kalau aku suruh kau membunuhnya nescaya kau bunuhnya". Jawab ‘Umar: "Demi Allah sesungguhnya ku mengetahui urusan Rasulullah SAW itu lebih besar barakahnya dari urusan ku".

42

Page 43: Tafsir Surah Al-munafiqn

PENGHANTARAN TENTERA DAN PEPERANGAN (saraya36) SELEPAS GHAZWAH AL-MURAISI'

1. Sariyah Abd al-Rahman bin Auf ke daerah Banu Kilab di Dumah al-Jandal pada bulan Sya'ban tahun ke enam (6) hijrah.

Rasulullah mempersilakan Abd al-Rahman bergerak kehadapannya serta mengenakan serban ke kepalanya dan Baginda mewasiatkan beliau dengan sebaik-baik pengurusan di dalam peperangan dengan sabdanya:

"Sekiranya mereka itu mentaati kau, maka hendaklah kau berkahwin dengan puteri rajanya".

Abd al-Rahman tinggal di sana selama tiga hari menyeru mereka kepada Islam, akhirnya seluruh qabilah memeluk Islam dan Abdul al-Rahman pun berkahwinlah dengan Tumadhir binti Zaban bin al-Ashbagh37 yang dikenali sebagai Ummu Abi Salamah, bapanya adalah pemimpin dan raja qabilahnya.

2. Sariyah Ali bin Abi Talib ke daerah Banu Saad bin Bakar di Fadak pada bulan Sya'ban tahun keenam (6) Hijrah.

36 Saraya (سرايا) bermaksud peperangan yang tidak disertai Baginda Nabi SAW manakala, ghazwah (الغزوة) ialah peperangan yang disertai Baginda SAW37 Beliau merupakan emak kepada seorang anak tunggal iaitu tabi'en Madinah yang faqih iaitu Abi Salamah bin 'Abdurrahman bin 'Auf. Ulamak berbeza pandangan berkenaan nama sebenar anaknya iaitu Abu Salamah; ada yang mengatakan namanya ialah 'Abdullah dan ada yang mengatakan namanya ialah Ismail. Abu Salamah lahir antara tahun 23-29 Hijrah. Ibunya, Tumadhir merupakan wanita pertama Kabilah Kalb yang dinikahi oleh lelaki dari Quraisy. Selepas pernikahan, 'Abdurrahman bin 'Auf membawa isterinya itu menetap di Madinah. Selepas bercerai dengan 'Abdurrahman bin 'Auf (sebelum kewafatan 'Abdurrahman), beliau berkahwin lagi dengan Zubair dan perkahwinan kedua ini juga tidak kekal lama. Lihat Siyar A'laam an-Nubala' 5/167 nombor 476, al-Isobah 8/56 nombor 10957

43

Page 44: Tafsir Surah Al-munafiqn

Rasulullah SAW menghantar tentera ke sana ialah kerana menurut laporan risikan Rasulullah bahawa qabilah berkenaan hendak membantu kaum Yahudi untuk memerangi Rasulullah. Sebagai respon balas, Rasulullah menghantar Saiduna ‘Ali ke sana dengan kekuatan tentera dua ratus (200) orang. Beliau bergerak di malam hari dan bersembunyi di siang hari, hingga apabila tertangkap seorang pengintipnya maka disoal dan didapati memang benar perkhabaran itu, iaitu Banu Saad telah menghantar beliau untuk menawar bantuan mereka dengan syarat bahawa tamar Khaibar diberikan kepada mereka.Pengintip itu juga telah menunjuk tempat perkumpulan Banu Saad, dengan itu mereka menyerang Banu Saad di tempat mereka, dan dapat merampas lima ratus (500) ekor unta dan dua ribu (2,000) biri-biri, Banu Saad telah lari menyelamatkan diri bersama perempuan-perempuan mereka. Ketua mereka ialah Wabar bin Alim.

3. Sariyah Abu Bakr al-Siddiq atau Zaid bin Harithah, ke

"Wadi al-Qura' di bulan Ramadhan tahun keenam (6) Hijrah.

Qabilah Fazarah telah pun bercadang hendak membunuh Rasulullah, maka Baginda menghantar Abu Bakr al-Siddiq mengepalai tentera ke sana. Kata Salamah bin al-Akwa': "Aku telah keluar bersama-sama beliau apabila kami selesai solat subuh, kami diperintah untuk menyerang dan kami sampai keperairan mereka, Abu Bakr membunuh yang dapat beliau bunuh, aku telah melihat sekumpulan orang-orang Fazarah bersama-sama mereka kaum wanita, aku takut mereka akan mendahului aku ke bukit, aku pun kejar mereka dan memanah supaya ianya tercacak di antara mereka dan bukit, dan setelah mereka melihat anak panah itu mereka pun berhenti, di antara mereka terdapat seorang perempuan, beliau ialah

44

Page 45: Tafsir Surah Al-munafiqn

Ummu Qirfah38 berselimut kulit binatang bersama-samanya anak perempuan yang paling cornel di kalangan bangsa Arab. Kesemua mereka ku tawan dan bawa ke hadapan Abu Bakr, anak perempuan tadi telah dijadikan bahagian sahamku, aku tidak lihat pun tubuhnya. Rasulullah meminta dari Abu Bakr anak perempuan Ummu Qarfah tadi, kemudian dihantar ke Makkah sebagai tebusan kepada tawanan-tawanan Islam di sana. Ummu Qirfah adalah kepala durjana Banu Fazarah, beliau telah merancang untuk membunuh Rasulullah.Dia telah menyediakan sebanyak tiga puluh askar berkuda dari anggota keluarganya untuk tujuan berkenaan. Memang patutlah dia menerima balasannya bersama-sama dengan tiga puluh orang tenteranya.

4. Sariyah Kurz bin Jabir al-Fihri ke Qabilah al-'Arinah di bulan Syawal tahun keenam (6) Hijrah.

Cerita bermula di mana sebilangan anggota qabilah, 'Urainah dan 'Ukal menzahirkan kelslaman mereka, dan mereka ini tinggal di pinggiran al-Madinah, jadi Rasulullah SAW pun menghantar kepada mereka beberapa ekor unta bersama gembalanya untuk menternak di sekitar itu, dan Rasulullah berkata: "Kamu bolehlah meminum dari susunya dan air kencingnya".Pada suatu pagi, mereka telah menyerang dan membunuh penternaknya dan membawa lari semua unta-unta tadi, ini bererti mereka kembali kufur semula. Oleh itu maka Rasulullah mengutus Kurz al-Fihri bersama dengan dua puluh orang sahabat sambil Baginda berdoa ke atas mereka yang bermaksud: "Ya Allah Ya Tuhanku! Butakanlah mata mereka dari jalan, sempitkan laluan mereka".Maka Allah halangkan perjalanan mereka, hingga tentera Islam sempat memberkas mereka, lalu 38 Nama sebenar Ummu Qirfah ialah Fatimah binti Yazid bin Rabi'ah. Baginda SAW mengarahkan Qais bin Malik membunuh Ummu Qirfah atas usaha jahatnya itu. Lihat Asad al-Ghabah 4/143.

45

Page 46: Tafsir Surah Al-munafiqn

dipotong kaki dan tangan mereka serta dibutakan mata mereka, balasan ke atas jenayah yang mereka lakukan, kemudian ditinggalkan mereka di situ kesudahannya mereka semua mati. Cerita mereka termuat di dalam hadith sahih riwayat Anas.39

5. Sariyah Amru bin Umaiyah al-Dhamri bersama Salamah bin Abi Salamah di bulan Syawal tahun keenam (6) Hijrah.

Beliau telah ke sana untuk membunuh Abu Sufian, kerana Abu Sufian telah mengutus dan mengupah seorang Arab Badwi untuk membunuh Rasulullah, namun kedua-dua pihak tidak berjaya. Ahli sirah menyebut bahawa Amru dapat membawa pulang badan Khubaib yang mati syahid. Seperti yang diketahui, Khubaib syahid selepas peristiwa al-Raji' beberapa hari atau bulan, al-Raji' berlaku di bulan Safar tahun keempat (4) Hijrah. Saya tidak pasti apakah ahli sirah keliru di antara dua perjalanan? Atau apakah kedua kejadian; kejadian syahid Khubaib dan perjalanan Amru, berlaku dalam satu masa iaitu pada tahun empat (4) Hijrah. Al-Allamah al-Mansurfuri menolak pendapat yang mengatakan perjalanan Amru ini adalah sariyah peperangan atau serangan. Wa Allahu a'lam.Inilah sariyah-sariyah dan ghazwah-ghazwah yang berlaku selepas peperangan al-Ahzab dan Banu Quraizah. Namun kesemuanya tidak berlaku satu pertempuran yang sengit, cuma yang berlaku sekadar pertembungan-pertembungan ringan, malah penghantaran ini tidak lebih dari unit-unit pengawalan dan pengajaran buat mengugut Arab-arab Badwi dan seteru-seteru yang lain yang sering membawa kacau bilau. Apa yang dapat diperhatikan di dalam hari-hari yang akhir, keadaan sudah berubah selepas peperangan al-Ahzab, dan dapat dicerap juga semangat juang mereka yang semakin merosot malah mereka tidak

39 Lihat 1/56 nombor 233, 4/62 nombor 3018, 6/52 nombor 4610, 8/162 nombor 6802 dan 8/163 nombor 6805

46

Page 47: Tafsir Surah Al-munafiqn

berminat lagi untuk menghalang dakwah Islam. Perkembangan ini dapat dilihat dengan ketara sekali selepas perjanjian damai Hudaibiah. Malah perjanjian itu lebih merupakan pengakuan terhadap kekuatan Islam dan pengiktirafan atas penerusannya di seluruh pelusuk Semenanjung Arab.

STATUS, JUMLAH AYAT DAN MAKSUD BAGI NAMA SURAH

Surah ini diturunkan di Madinah selepas haji40 pada tahun ke-541

atau keenam Hijrah di dalam peperangan Bani Mustaliq42. Surah ini mempunyai sebelas ayat dan ianya bermaksud orang-orang yang berpura-pura beriman, orang munafik atau orang yang hipokrit.

40 Tafsir al-Kasyaf 'an Haqaiqa Ghawamidho al-Tanzil oleh Zamakhzhari 4/53841 At-Tahrir wa at-Tanwir oleh Sheikh Thohir bin 'Ashur 28/232.42 Al-Bahru al-Muhith fi at-Tafsir oleh Abu Hayyan Muhammad bin Yusuf al-Andalusi 10/178

47

Page 48: Tafsir Surah Al-munafiqn

SEBAB TURUN SURAH INI43

ا في غزاة - قال سف يان: هما، قال: كن ه عن ه رضي الل د الل ن عب جابر ب صار، ش - فكسع رجل من المهاجرين، رجال من األن ة في جي مر

مهاجرين، فسمع صار، وقال المهاجري: يا لل ن صاري: يا لأل فقال األنم فقال: »ما بال دع وى ه وسل ه صلى الله علي ذلك رسول الل

ه، كسع رجل من المهاجرين رجال من ة« قالوا: يا رسول الل الجاهلي ن أبي، ه ب د الل تنة« فسمع بذلك عب ها من صار، فقال: »دعوها فإن األن ها ه لئن رجع نا إلى المدينة ليخ رجن األعز من فقال: فعلوها، أما واللم فقام عمر فقال: يا رسول ه وسل بي صلى الله علي ، فبلغ الن األذل

ه بي صلى الله علي ه: دع ني أض رب عنق هذا المنافق، فقال الن اللاس أن محمدا يق تل أص حابه« وكانت م: »دع ه، ال يتحدث الن وسل

ثر من المهاجرين حين قدموا المدينة، ثم إن المهاجرين صار أك األن44كثروا بع د

Jabir bin 'Abdillah radhiallahu 'anhuma menceritakan "Ketika kami (dalam perjalanan pulang45) bersama dengan Baginda SAW di dalam satu peperangan (untuk menakluk Bani Mustalik pada tahun keenam Hijrah46), ada seorang sahabat dari kalangan muhajirin47 memukul punggung seorang sahabat dari kalangan ansar48. 43 At-Tahrir, ibid44 Sahih: Sahih Bukhari 6/154 nombor 490545 Tafsir al-Azhar 10/741046 Ibid47 Iaitu Jahjah bin Qais. Tuhfatu al-Ahwazhi bi Syarh Jaami' at-Tirmdzhi oleh Abu al-'Ala' Muhammad Abdurrahman bin Abrurrahim al-Mubakfuri 9/154.Beliau bertugas untuk menjaga dan memberi makan kuda Saiduna 'Umar. Beliau dari Bani Ghifar. Tafsir al-Azhar 10/741048 Iaitu Sinan bin Wabarah al-Juhani (sekutu ansar), ibid. Beliau menjadi pengikut dari Bani 'Uun bin Khazraj. Peristiwa ini terjadi apabila kedua-dua mereka berebut

48

Page 49: Tafsir Surah Al-munafiqn

Maka sahabat ansar menjerit "Wahai ansar (tolonglah aku)!” Serentak itu juga balas sahabat muhajirin "Wahai muhajirin (tolonglah aku)!Baginda SAW membentak sikap ini dengan berkata "Seruan jahiliah apakah ini?” Mereka berkata "Wahai Rasulullah, seorang muhajirin telah memukul punggung ansar. Baginda SAW bersabda "Tinggalkanlah seruan yang buruk ini". Apabila ‘Abdullah bin Ubai mendengarnya lalu berkata, "Mereka melakukan sebegitu! Demi Allah, tunggulah saat kepulangan kami ke Madinah. Kelompok mulia ini akan menghalau orang-orang yang hina itu daripada Madinah.

Apabila sahaja berita ini sampai ke telinga Baginda SAW, Saiduna 'Umar bingkas berkata "Wahai Rasulullah, izinkan aku untuk memancung kepala munafik ini49". Baginda SAW membalas "Biarkanlah dia. Aku tidak mahu fitnah mengatakan Muhammad membunuh sahabatnya".Jumlah muhajirin adalah minoriti ketika awal berhijrah, tetapi semakin bertambah dari masa ke semasa.

ن أبي، ه ب د الل ت في غزاة فسمع ت عب قم، قال: كن ن أر د ب عن زي فضوا من حو له، ى ين ه حت د رسول الل فقوا على من عن يقول: ال تن

ت ذلك لعمي ، فذكر ها األذل ده ليخ رجن األعز من ولئن رجع نا من عن ته، م، فدعاني فحدث ه وسل بي صلى الله علي أو لعمر، فذكره للن ن أبي ه ب د الل م إلى عب ه وسل ه صلى الله علي سل رسول الل فأر ه ه صلى الله علي وأص حابه، فحلفوا ما قالوا، فكذبني رسول الل

dan mengadu kekuatan dalam mengambil air yang akhirnya membawa kepada pertengkaran antara keduanya.Tafsir al-Azhar 10/7410.49 Menurut pengarang Tafsir al-Azhar Saiduna 'Umar mengarahkan agar 'Ubbad bin Bisyr membunuhnya. 10/7411

49

Page 50: Tafsir Surah Al-munafiqn

ت في له قط، فجلس ني مث م وصدقه، فأصابني هم لم يصب وسله صلى الله ت، فقال لي عمي: ما أرد ت إلى أن كذبك رسول الل البي

ه تعالى: }إذا جاءك المنافقون{ زل الل م ومقتك؟ فأن ه وسل علي ه قد م فقرأ فقال: »إن الل ه وسل بي صلى الله علي فبعث إلي الن

د »صدقك يا زيZaid bin Arqam50 menceritakan; Aku berada dalam suatu

peperangan, lalu aku mendengar ‘Abdullah bin Ubay berkata, "Janganlah kalian berinfak atas orang-orang yang bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sehingga mereka lari darinya. Dan jika kita kembali dari sisinya, niscaya orang-orang mulia (kuat) akan mengeluarkan orang-orang yang hina darinya." Maka aku pun menceritakan hal itu pada bapa saudaraku51 atau 'Umar dan beliau pun menceritakan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Kemudian Baginda SAW memanggilku, maka aku menceritakan kejadian tersebut. Akhirnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengirimkan utusan kepada ‘Abdullah bin Ubay dan para konconya (untuk mengesahkan maklumat ini), namun mereka bersumpah menafikannya. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pun menolak maklumat aku dan menerima sumpahan ‘Abdullah bin Ubay beserta konco-konconya. (Peristiwa ini) menyebabkan aku tertimpa kesedihan yang belum pernah kualami sebelumnya. Aku duduk termenung di rumah, kemudian bapa saudaraku bertanya padaku, "Apa yang kamu inginkan sehingga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendustakanmu dan memarahimu?" Maka Allah menurunkan surah ini. Akhirnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengutus seseorang kepadaku dan membacakan surah itu,

50 Merupakan anak kepada Arqam (bin Abi al-Arqam) yang Nabi SAW membuat pertemuan di rumahnya pada zaman Mekah. Tafzir al-Azhar 10/741151 Yang dimaksudkan dengan bapa saudara itu bukanlah bapa saudara sebenar, tetapi ketua Kabilah Khazraj yang bernama Sa'ad ibn Ubadah. Lihat Fath al-Baari Syarh Sahih al-Bukhari oleh Ibn Hajar al-'Asqalani 8/645

50

Page 51: Tafsir Surah Al-munafiqn

kemudian utusan itu berkata, "Sesungguhnya Allah telah membenarkanmu wahai Zaid." 52

MUQADDIMAH SURAH

Syed Qutb menyebut di dalam kitabnya Fi Zhilal al-Quran ketika memukadimahkan perbahasannya berkenaan dengan surah ini dengan berkata:

Surah yang membawa nama khusus 'al-munafiqun' (orang yang berpura-pura) sudah menjelaskan maksud isinya (the substance). Surah ini bukanlah satu-satunya surah yang membicarakan berkenaan dengan perihal hipokrit atau kemunafikan pelakunya dan tipu daya mereka, bahkan semua surah-surah yang diturunkan di Madinah menyinggung berkenaan dengan mereka samada secara sindiran ataupun terang-terangan. Ironinya surah ini membicarakan secara khusus berkenaan dengan mereka, insiden yang dicetuskan oleh mereka dan ucapan-ucapan mereka.Surah ini mengandungi kecaman yang keras terhadap perangai pelaku hipokrit ini, penipuan mereka, pakatan mereka, tindakan mereka yang berniat jahat terhadap orang Islam yang tersimpan di dalam hati mereka, menjelaskan sifat-sifat keji mereka, pengecut dan buta mata hari mereka.

Surah ini hanya membicarakan berkenaan dengan munafik (hypocrite) dan kemunafikan (hypocracy) kecuali satu peringatan daripada Allah kepada sekalian muslimin pada akhir surah ini yang mengingatkan mereka agar jangan terlibat dengan kemunafikan walaupun sedikit.Serendah-rendah tingkatan munafik ialah tidak tulus dengan Allah, lalai dari mengingati Allah kerana fitnah harta

52 Sahih: Sahih Bukhari 6/152 nombor 4900

51

Page 52: Tafsir Surah Al-munafiqn

dan anak-anak serta mengangguh-nangguhkan untuk menginfakkan harta di jalan Allah sehinggalah maut mendatangi.Gerakan kemunafikan ini sentiasa berterusan dalam pelbagai bentuk dan sepanjang masa dari bermula Islam menguasai Madinah sehinggalah Baginda SAW wafat. Gerakan ini mempunyai impak yang sangat kuat dan jelas di dalam sejarah Islam sehingga mengambil sebahagian besar daripada tenaga dan masa umat Islam sebagaimana disebut di dalam al-Quran dan hadis Baginda SAW.

Gerakan ini disentuh dengan menarik oleh al-Ustaz Muhammad 'Izzat Daruzah di dalam kitabnya "Seerah ar-Rasul: Suwarun Muqtabasatun min al-Quran al-Kareem". Berikut ialah sebahagian petikan daripada kitab beliau:

"Asbab munculnya gerakan ini sangat jelas (kerana Baginda SAW menjadi 'Perdana Menteri' di Madinah, tetapi menjadi pembangkang di Makkah-pen). Ketika Baginda SAW dan para sahabat di Makkah, mereka tidak mempunyai sebarang kuasa dan pengaruh yang menuntut kelompok opportunist untuk mengambil peluang daripada kuasa mereka. Kelompok rakyat khususnya menteri-menteri di Makkah bukan sahaja menentang Islam secara terang-terangan, bahkan dengan segenap kuasa yang mereka ada, mereka akan menindas dan menyiksa orang Islam. Sekiranya tidak berjaya, mereka akan menggunakan taktik gangguan sehingga menggoncangkan pegangan sebahagiannya, atau dengan pujukan dan pemberian sehingga menyebabkan ada yang berpura-pura menyebelahi musyrikin atau disiksa hingga mati sekiranya tidak mengubah pendirian mereka. Keadaan ini akhirnya menuntut umat Islam untuk berhijrah ke Habsyah dan Yathrib bagi menyelamatkan agama dan nyawa mereka. Keadaan ini berbeza sama sekali dengan keadaan di Madinah (ketika Nabi SAW menjadi 'Perdana Menteri' Madinah-pen). Baginda SAW sebelum behijrah ke

52

Page 53: Tafsir Surah Al-munafiqn

Madinah, bukan sahaja telah mendapatkan sokongan yang kuat daripada Aus dan Khazraj bahkan dokongan mereka untuk mempertahankan Baginda SAW. Dari itu, tidak ada rumah seorang Arab pun kecuali dakwah Islam telah masuk ke dalamnya. Keadaan ini pastinya akan menyukarkan orang yang tidak beriman (samada kerana bodoh atau kerana marah, dendam dan cemburu) untuk bertindak sebagaimana rakyat dan menteri di Makkah lakukan kepada Baginda SAW dan sahabatnya.

Sementelahan Aus dan Khazraj sudah mengikat janji menjadi pendokong Baginda SAW. Maka, suka ataupun tidak, mereka terpaksa menunjukan keislaman dan kebersamaan mereka bersama dengan Baginda SAW dan memberikan sepenuh ketaatan kepada Baginda SAW sebagai pemerintah tertinggi Madinah.Padahal di dalam hati mereka tersimpan dendam dan kesumat yang sangat dalam terhadap Baginda SAW. Maka, segala perancangan jahat mereka diuruskan secara licik, rahsia dan penuh dengan tipu helah. Hanya sekali sekala apabila kepentingan mereka tergurat atau dalam keadaan sangat tegang dan genting, mereka terpaksa mengeluarkan pendirian dan sikap jahat mereka terhadap Baginda SAW. Sungguhpun begitu mereka tidak pernah mengakui atau mengiktiraf kemunafikan mereka kecuali memberikan alasan yang tuntas bagi setiap sikap mereka53.

53 6/3572 hingga 3573

53

Page 54: Tafsir Surah Al-munafiqn

HURAIAN AYAT AL MUNAFIQUN (1-11)

إذا جاءك المنافقون قالوا نشهد إنك لرسول الله والله(1يعلم إنك لرسوله والله يشهد إن المنافقين لكاذبون )

MAKSUD AYAT:

Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami mengakui, bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah." Dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta.

Menurut Ibn Kathir, orang-orang munafik ini mempermainkan Baginda SAW apabila Baginda SAW bertanyakan sikap mereka (iaitu 'Abdullah bin Ubaid dan konco-konconya54) terhadap dakwah Baginda SAW. Mereka menzahirkan keimanan mereka yang bercanggah dengan hati mereka. Lalu Allah SWT terus mewahyukan kepada Baginda SAW berkenaan penipuan dan lakonan mereka. 55

Kenapa Allah merakamkan semula ucapan mereka dengan menggunakan istilah nasyhadu, tidak na'lamu?

Perkataan nasyhadu dan na'lamu mempunyai maksud yang berbeza dalam perkara ini.

1. Perkataan nasyhadu memberikan maksud pengakuan yang mutlak lagi jelas tentang keilmuan dan pengetahuan mereka berkenaan dengan kenabian Baginda SAW. Manakala, na'lamu

54 Mafatih al-Ghaib atau at-Tafsir al-Kabir oleh Imam Fakhruddin ar-Razi 30/545 55 8/125

54

Page 55: Tafsir Surah Al-munafiqn

merupakan konotasi yang tidak jelas pengetahuan mereka tentang kenabian Nabi Muhammad SAW.56

2. Nasyhadu juga memberikan maksud sumpah. Orang-orang munafik ini menggunakan menggunakan lafaz nasyhadu bagi menunjukkan keimanan mereka kepada perkara yang ghaib57.

3. Selain itu, konotasi nasyhadu juga memberikan maksud isi hati yang sebenar58. Jadi, dengan menggunakan istilah itu menggambarkan isi hati orang munafik ini bahawasanya kononnya mereka benar-benar beriman dengan kerasulan Baginda SAW (yang akhirnya dinafikan oleh Allah SWT)

Kenapa orang munafik dan Allah SWT menggunakan perkataan

'laam' dalam ayat ول اللهلرإنك س-- dan إن المن--افقين اذبونلك ?

Mereka berkata "innaka larasulullah", maka Allah SWT membalas dengan menggunakan rima yang sama dengan berfirman

ولهلروالله يعلم إنك س-- dan هد إن المن--افقين والله يش--اذبونلك . Huruf laam memberi maksud ta'kid (penguat ayat)59. Orang

munafik ini bukan hanya menggunakan perkataan nasyhadu bagi menunjukkan kononnya mereka beriman, malah menambah huruf

inna (إنك) dan huruf laam bagi meyakinkan Baginda SAW. Allah SWT

membalas rima bahasa yang sama sebagaimana digunakan oleh orang

56 Mafatih al-Ghaib, ibid57 Tafsir al-Quran (ringkasan daripada kitab Tafsir al-Mawardi) oleh Imam al-'Izz 'Abdussalam 3/320.58 Bahru al-Muhith 10/17959 Ruh al-Ma'ani fi Tafsir al-Quran al-'Azhim wa as-Sab'u al-Mathani oleh Imam Alusi 14/303

55

Page 56: Tafsir Surah Al-munafiqn

munafik ini bagi menghina mereka (Allah membalas pembohongan

mereka dengan menyebut اذبونلك المنافقين إن يشهدوالله ).

Imam Maraghi merumuskan sifat orang munafik di dalam ayat ini sebagai60:

1. Pembohong tegar: mereka menguar-uarkan sesuatu yang bertentangan dengan kepercayaan mereka.

2. Tidak kisah untuk bersumpah atas nama Allah3. Penakut untuk menzahirkan kepercayaan mereka.

Manakala Imam al-Qurthubi merumuskan sifat ciri-ciri orang munafik itu berdasarkan hadis Nabi SAW:

1. Selalu menipu2. Memungkiri janji3. Tidak amanah61

4. Melampau-lampau apabila berselisih62 63

Maqatil menceritakan (maksud hadis di atas) sangat memberi kesan terhadapku kerana aku khuatir aku juga mempunyai ciri-ciri tersebut. (Lalu aku menceritakan kepada) Sai'd bin Jubair, beliau ketawa mendengar kerisauan aku lalu berkata "Aku juga risau sebagaimana kerisauanmu, lalu aku bertanya 'Abdullah bin 'Umar dan 'Abdullah bin 'Abbas, lalu mereka juga ketawa. Mereka berkata "Kami juga pernah risau sebagaimana kerisauanmu itu, lalu kami mendatangi Baginda SAW, lalu Baginda SAW juga ketawa.

60 Tafsir al-Maraghi 28/10661 1,2 dan 3 berdasarkan hadis riwayat Bukhari 1/16 nombor 33.62 Sahih: Sahih Bukhari 3/131 nombor 245963 Al-Jaami' li Ahkam al-Quran oleh Imam al-Qurthubi 18/122

56

Page 57: Tafsir Surah Al-munafiqn

Lalu bersabda "Janganlah kalian risau kerana ciri-ciri di atas hanyalah untuk orang munafik sahaja. Adapun perkatanku "apabila berbicara dia menipu" adalah berikutan firman Allah:

"Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami mengakui, bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah." Dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta."

Mereka semua tidak yakin dengan kenabianku, adakah kalian juga begitu? Kata ibn 'Umar dan ibn 'Abbas, bahkan kami yakin. Lalu balas Baginda SAW, dari itu, kalian bebas daripada kemunafikan"64

اتخذوا أيمانهم جنة فصدوا عن سبيل الله إنهم ساء ما (2كانوا يعملون )

MAKSUD AYAT:Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan.

Ibn Kathir berpesan agar berhati-hati dengan sumpah mereka (orang yang hipokrit) yang palsu dan berdosa itu. Sumpah mereka itu tidak lain tidak bukan hanyalah untuk orang percaya dengan kata-kata mereka (lalu mereka menjauhkan orang yang mahu memahami Islam daripada agama Islam). Barangsiapa yang tidak mengenali mereka bukan sahaja akan bersama dengan mereka kerana menyangkakan mereka juga muslim bahkan akan membenarkan

64 Syarh Sahih al-Bukhari oleh Ibn Bathal 1/94

57

Page 58: Tafsir Surah Al-munafiqn

pandangan mereka dan menuruti sikap mereka. Sikap mereka yang menyembunyikan hasad mereka terhadap Islam akan membawa keburukan kepada manusia.

Dahhak bin Muzahim membacaأيمانهم )ai berbaris atas)

dengan baris bawah iaitu يم--انهما (eii berbaris bawah) yang

bermaksud iman. Mereka menjadikan iman mereka sebagai perisai agar tidak diperangi (dan diambil harta mereka). Tetapi jumhur

ulamak membaca dengan أيمانهم (berbaris atas) yang merupakan

kata jamak bagi perkataan yamiin (sumpah). 65 Menurut Dhahhak, mereka bersumpah dengan nama Allah bahawasanya mereka seorang muslim.66

Qatadah berkata setiap kali tipu helah yang melayakkan mereka diperangi terbongkar, mereka akan segera bersumpah menafikannya.Suddi pula berkata mereka bersumpah agar jenazah mereka disolatkan apabila mereka mati nanti.67Dengan sumpah mereka (kononnya mereka beragama Islam), maka mereka menjalankan propaganda mereka kepada bukan sahaja orang yahudi dan musyrik bahkan orang Islam agar menjauhi Islam dan Baginda SAW.

Menurut Imam al-Qurthubi di dalam kitabnya al-Jaami' li Ahkam al-Quran barangsiapa yang menyebut:

1. "Aku bersumpah dengan nama Allah" atau 2. "aku bersaksi dengan nama Allah" atau 3. "aku berazam dengan nama Allah"

65 Tafsir al-Quran al-'Azhim 8/12566 Sofwah at-Tafaasirr oleh Sheikh Ali as-Sobuni 3/36367 Al-Bahru al-Muhith fi at-Tafsir 10/179

58

Page 59: Tafsir Surah Al-munafiqn

adalah dikira sebagai sumpah. Tetapi sekiranya seseorang itu hanya menyebut:

1. "Aku bersumpah “atau 2. "aku bersaksi " atau 3. "aku berazam"

dan tidak memaksudkan dengan nama Allah, maka ia tidak dikira sebagai sumpah. Tetapi seandainya seseorang itu memaksudkan dengan nama Allah (tetapi tidak disebut) adalah dikira sebagai sumpah.Menurut Imam Asy-Syafie dalam mentafsirkan ayat ini, ia tidak dikira sebagai sumpah walaupun lafaz sumpah itu disebut. Ini kerana ayat ittakhazhu aimaanahum junnatan tidak menghuraikan maksud nasyhadu pada ayat sebelumnya tetapi pada ayat di dalam

Surah at-Taubah ه ما قالوا 68.69يح لفون بالل

ذلك بأنهم آمنوا ثم كفروا فطبع على قلوبهم فهم ال(3يفقهون )

Yang demikian itu adalah karena bahwa sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir (lagi) lalu hati mereka dikunci mati; karena itu mereka tidak dapat mengerti. ( Surah Munafiqun:3)

Kenapa Allah menggunakan perkataan ذلك dan ثم?

Allah SWT menggunakan perkataan 55ك dan ذل ثم 70 bagi

menunjukan sikap orang munafik ini yang bermuka-muka. (Perkataan

68 Ayat 74 yang bermaksud “Mereka (orang-orang munafik itu) bersumpah dengan (nama) Allah, bahwa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang menyakitimu)…”69 18/124.70 Tafsir Ruh al-Ma'ani 14/305

59

Page 60: Tafsir Surah Al-munafiqn

memberikan maksud) di hadapan orang Islam mereka mengaku ذلك

beriman, tetapi apabila mereka berada dalam kelompok mereka dan jauh dari orang-orang yang beriman, mereka menunjukan belang

mereka yang sebenar.71 Manakala perkataan pula ثم memberikan

indikasi masa yang diambil agak lama. Mereka tidak menunjukkan kemunafikan mereka serta merta, tetapi selepas beberapa ketika pada waktu yang sesuai, mereka pun menonjolkan sikap sebenar mereka. Lalu dek kerana penipuan dan perangai buruk mereka yang berpunca daripada sikap kekafiran mereka yang tersembunyi di dalam pakaian iman mereka, maka Allah SWT mengunci hati mereka daripada dimasuki iman untuk memandu mereka ke arah kebenaran dan kebaikan yang dibawa oleh junjungan Baginda SAW.72

Kenapa Allah menyebut mereka dengan "sesungguhnya mereka telah beriman" padahal Allah telah mendedahkan kemunafikan mereka?Ini kerana darjat kemunafikan antara seorang dengan seorang yang lain adalah berbeza-beza73:

1. Ada individu dari kalangan kelompok munafik ini apabila mendengar ayat al-Quran, mereka terus beriman.

2. Ada dari kalangan mereka yang terpesona dengan pancaran kenabian Nabi Muhammad SAW, tetapi belum menetapkan pendirian. Tetapi akhirnya kekal di dalam kekufuran dek kerana tekanan masyarakat sekeliling. Dari kalangan itu, ada yang akhirnya bertaubat dan benar-benar beriman.

71 Sofwah at-Tafasir 3/36372 28/21773 At-Tahrir wa at-Tanwir 28/237-238

60

Page 61: Tafsir Surah Al-munafiqn

3. Ada juga dari kalangan mereka yang hampir-hampir cahaya iman menembusi hati-hati mereka, tetapi keraguan mereka mendominasi.

4. Tetapi yang paling ramai ialah kelompok munafik dan hipokrit yang sebenar yang menyembunyikan kekufuran mereka di sebalik pakaian iman mereka. Allah menggunakan lafaz 'beriman' juga kepada mereka sebagai majaz (kiasan) sahaja.

5. Kerana secara zahirnya mereka beriman kepada Allah dan melakukan ibadat sebagaimana para sahabat yang lain.74

6. Allah memaksudkan ahli zimmah dari kalangan mereka.75

وإذا رأيتهم تعجبك أجسامهم وإن يقولوا تسمع لقولهم كأنهم خشب مسندة يحسبون كل صيحة عليهم هم العدو

(4فاحذرهم قاتلهم الله أنى يؤفكون )Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya) maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)?.

م قال: " إن ه وسل بي صلى الله علي رة، عن الن عن أبي هريتهم لع نة، وطعامهم نه بة، منافقين عالمات يع رفون بها: تحي لل

تون الصالة إال مساجد إال هج را، وال يأ وغنيمتهم غلول، وال يق ربون الهار ل، صخب بالن ي لفون وال يؤ لفون، خشب بالل برين، ال يأ تك را، مس دب

"74 Tafsir Mafatih al-Ghaib 30/54675 Ibid

61

Page 62: Tafsir Surah Al-munafiqn

Abu Hurairah meriwayatkan Baginda SAW bersabda “Sesungguhnya pada orang munafiq itu ada tanda-tanda yang dapat dikenali;

1. Penghormatan mereka (terhadap orang lain) adalah laknat, 2. Makanan mereka adalah hasil rampasan, 3. Ghanimah (harta rampasan perang) mereka adalah kecurangan, 4. Mereka tidak mendekati masjid kecuali menjauhkan diri

darinya, 5. Tidak menunaikan solat kecuali setelah selesai, 6. Sombong, 7. Tidak mahu bersahabat dan tidak mahu diajak bersahabat, 8. Berkumpul pada malam hari dan bergaduh pada siangnya.” 76

Kekaguman terhadap mereka berpunca daripada penampilan (appearance) dan perwatakan mereka yang kemas serta pengucapan awam mereka yang mengagumkan. Sehingga menurut 'Abdullah bin 'Abbas, ketokohan 'Abdullah bin Ubai bin Salul tidak diragukan lagi sehingga pengucapan beliau mampu mempengaruhi Baginda SAW dan para sahabat di sekelilingnya.77Antara tokoh-tokoh utama yang dikenali dan dikagumi ramai ialah78:

1. 'Abdullah bin Ubai bin Salul2. Al-Jidd (atau Jadd79) bin Qais3. Mu'attib bin Qusyair

76 Sanad hasan. Dihasankan oleh Ahmad Mohamad Syakir. Lihat Musnad Ahmad bin Hanbal 8/36 nombor 7913. Bagai mendapatkan penjelasan lanjut boleh merujuk kepada nota kaki bagi hadis bernombor 7899 di dalam kitab yang sama. Bagaimanapun Albani mengatakan hadis ini dhaif sanadnya. Lihat Silsilah Ahadith adh-Dha'ifah wa al-Maudhu'ah wa Atharaha 12/794 nombor 5872.77 Sofwah at-Tafasir 3/363-364 78 At-Tahrir wa at-Tanwir 28/23979 Bahru al-Muhith 10/180

62

Page 63: Tafsir Surah Al-munafiqn

Kenapa Allah SWT memperumpamakan mereka "seakan-akan kayu yang tersandar"?

Diumpamakan mereka dengan kayu yang tersandar kerana belum tahu apa kegunaannya. Meskipun badan mereka gagah, tegap dan mengagumkan dan bercakap pandai dan pintar-pintar, namun kepintarannya tiada manfaatnya. Ada tidak menambah dan tiada tidak mengurang80.Al-Quran juga memberikan gambaran mereka ini seperti patung dan sasaran ejekan dalam pameran. Mereka hanya tubuh-tubuh yang menarik apabila mereka senyap tetapi apabila mereka menjawab dan menyahut, segala percakapan mereka adalah kosong dari segala pengertian (iman81), perasaan dan fikiran. Mereka ini bukan hanya seperti kayu, bahkan kayu yang tersadai mati di tepi dinding82 yang tiada manfaatnya. Ada juga pandangan yang mengatakan perumpamaan ini bagi menggambarkan sikap mereka yang penakut, jahil dan tidak mampu memahami.

Kenapa mereka menyangka "tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka"?

Kerana mereka 'bersembunyi' di belakang tabir kepura-puraan, tabir mengampu dan tabit putar belit yang nipis. Dari itulah, setiap saat mereka akan ketakutan bimbang rahsia mereka akan terbuka dan tabir mereka akan tersingkap.83

Ayat ini melakarkan suasana yang melingkari mereka akibat sikap mereka sendiri. Ayat ini juga menggambarkan sikap orang munafik yang suka memasang telinga, mencuri dengar percakapan orang lain; takut-takut ehwal mereka dibicarakan orang lain. Orang penyecut ini

80 Tafsir al-Azhar oleh Prof HAMKA 10/740881 Bahru al-Muhith 10/18082 Fi Zhilal al-Quran 6/357483 Ibid

63

Page 64: Tafsir Surah Al-munafiqn

akan sentiasa merasa bersalah. Suara tikus di loteng disangkakan orang sedang mengintipnya. Bunyi sepatu orang berjalan disangka orang mahu menangkapnya. Hal ini berlaku kerana mereka sendiri tahu bahawasanya orang tidak mempercayai mereka.84

Setiap kali turun wahyu, mereka akan berasa terancam dan tidak selamat. Dari itulah Allah menyambung dengan menyebut "Mereka itulah musuh (yang sebenarnya) maka waspadalah terhadap mereka" kerana mereka merupakan mata-mata (atau special branch (SB)-pen) kepada musuh kamu.85

وا وإذا قيل لهم تعالوا يستغفر لكم رسول الله لو(5رءوسهم ورأيتهم يصدون وهم مستكبرون )

Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah (beriman), agar Rasulullah memintakan ampunan bagimu, mereka menggelengkan kepala mereka dan kamu lihat mereka berpaling sedang mereka menyombongkan diri.

Kenapa Allah SWT menggunakan lafaz past tense (فع55ل (الماضى pada ayat وا tetapi menggunakan لو present tense (

?يصدون pada ayat (فعل المضارع

Allah menggunakan lafaz past tense (فعل الماضى) pada ayat

وا ketika membicarakan (mereka menggelengkan kepala mereka) لو

berkenaan dengan situasi ketika itu kerana ketika mereka diseru untuk berjumpa dengan Rasulullah SAW memohon keampunan daripadanya, mereka menggelengkan kepala berulang kali dengan

84 Tafsir al-Azhar 10/740985 Tafsir ath-Thobari 23/396

64

Page 65: Tafsir Surah Al-munafiqn

penuh bongkak. Manakala perkataan دون mereka) يص55 berpaling)

bukan hanya menunjukan present tense, bahkan present continuous

tense المضارع) yang memberikan maksud sikap mereka yang (فعل

secara konsisten menolak dan menentang dakwah serta ajaran Islam.Apabila turunnya ayat berkenaan dengan sifat orang munafik (yang membenarkan maklumat Zaid bin Arqam86), para sahabat Nabi SAW (yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan beliau87), menyeru Abdullah bin Ubai untuk bertemu dengan Rasulullah SAW dan memohon keampunan daripadanya. Beliau enggan sambil menggeleng-gelengkan kepalanya seraya berkata:

"(Apa lagi yang kalian mahukan) kalian meminta saya beriman dengan beliau, saya beriman. Kalian mahukan saya membayar zakat, saya turutkan. Hanya saya belum bersujud kepada Muhammad sahaja (lalu, apakah itu yang kalian mahukan?). Lalu Allah turunkan ayat yang keseterusnya. 88

Apa beza antara وا ( و yang bertama bersyaddah و dengan huruf) لو

dengan والو (huruf yang pertamaو tanpa syaddah و )?

Persoalan ini ialah persoalan cara qiraat (iaitu cara membaca al-Quran) yang kesemuanya sahih. Berikut penjelasan secara ringkas89:

1. وا memberi maksud menggeleng-gelengkan kepada berulang لو

kali.

2. والو memberi maksud menggelengkan kepada sekali sahaja.

86 Ruuh al-Ma'ani 14/30787 Al-Jaam' 18/12688 Sofwah 3/36489 Jaami' al-Bayan fi Takwiil al-Quran oleh Imam ath-Thobari 23/397

65

Page 66: Tafsir Surah Al-munafiqn

سواء عليهم أستغفرت لهم أم لم تستغفر لهم لن يغفر (6الله لهم إن الله ال يهدي القوم الفاسقين )

Sama saja bagi mereka, samada engkau mintakan keampunan buat mereka atau tidak, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.Menurut Qatadah ayat ini turun selepas turunnya firman Allah di dalam Surah at-Taubah ayat 80:

ة فلن عين مر تغ فر لهم سب تغ فر لهم إن تس تغ فر لهم أو ال تس اس قو م ه ال يه دي ال ه ورسوله والل هم كفروا بالل ه لهم ذلك بأن يغ فر الل

فاسقين ال(Orang-orang munafik itu) sama sahaja engkau meminta ampun untuk mereka atau tidak. Jika engkau meminta ampun bagi mereka tujuh puluh kali sekalipun, Allah tidak akan sekali-kali mengampunkan mereka; yang demikian itu kerana mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya; dan Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.

Al-'Aufi meriwayatkan bahawasanya 'Abdullah bin 'Abbas berkata ketika ayat ini turun, Baginda SAW bersabda "Aku mendengar Tuhanku telah memberikan keringanan terhadap urusan mereka. Demi Allah, aku akan memohon kepada Allah untuk memberikan keampunan kepada mereka lebih daripada tujuh puluh kali. Lalu, turunlah ayat enam surah al-Munafiqin ini.Apabila 'Abdullah bin Ubai semakin nazak, anaknya yang bernama Hubab menjemput Baginda SAW untuk men-syahadah-kan beliau dan menyolati.

66

Page 67: Tafsir Surah Al-munafiqn

Baginda SAW bertanya kepada Hubab "Siapa namamu?",Hubab menjawab "Hubab bin 'Abdullah".Lalu Baginda SAW berkata “Namamu 'Abdullah bin 'Abdullah. Sesungguhnya Hubab merupakan nama bagi Syaitan".Lalu, Baginda SAW menunaikan hasrat anaknya. Baginda SAW lalu ditanya "Adakah engkau menyolati beliau, padahal beliau seorang munafik?"Baginda SAW menjawab "Allah menyebut, Jika engkau meminta ampun bagi mereka tujuh puluh kali sekalipun", aku akan memohon ampun baginya sebanyak tujuh puluh kali, tujuh puluh kali dan tujuh puluh kali.90

Kenapa Allah SWT menggunakan perkataan dalam أ ayat

تغفرت engkau) أس- mintakan keampunan), adakah ia present

tense (فعل المضارع)?

Ia bukanlah fi'il mudhari', tetapi ia ialah fi'il maadhi atau past

tense (dengan enam huruf (أ, س, ت, غ, ف, ر). Perkataan asal bagi

تغ فر ini أس55 ialah (ghafara) غ, ف, ر yang bermaksud ampun atau

maaf. Allah SWT menambah tiga lagi huruf iaitu yang أ, س, ت

memberikan maksud meminta kemampunan atau meminta kemaafan.

Adapun huruf (hamzah) أ memberikan maksud kata tanya secara

majaz atau kiasan ( مج55ازي اس55تفهام ) atau para ulama' nahu

mengatakan hamzah ini sebagai al-hamzah at-taswiah (الهم55زة yang (التس55وية bermaksud penyamaan91. Samada engkau wahai

Muhammad meminta ampun buat mereka atau tidak, sama sahaja

90 Ibn Kathir 4/18891 At-Tahrir28/245

67

Page 68: Tafsir Surah Al-munafiqn

Allah tidak akan ampunkan mereka (kerana sifat kemunafikan mereka).

Kenapa Allah menggunakan lafaz tidak) لن sekali-kali akan),

kenapa tidak menggunakan lafaz لم?

Perkataan .memberikan indikasi penegasan untuk masa hadapan92 لن

Ini bermaksud, Allah SWT tidak akan sekali-kali akan mengampunkan dosa-dosa mereka.Kenapa Allah SWT menyebut "Jika engkau meminta ampun bagi mereka tujuh puluh kali sekalipun, Allah tidak akan sekali-kali mengampunkan mereka". Kalau minta ampun sebanyak seribu kali, adakah Allah SWT akan ampunkan mereka?

Tidak. Jumlah 70 di dalam tatabahasa Bahasa Arab memberikan indikasi bersangatan banyak atau infiniti. Sebagaimana orang melayu apabila berkata "Kalau kamu minta izin 1000 kali pun aku tidak akan izinkan". Ia tidaklah bermaksud sekiranya kita minta izin kali ke 1001 atau ke 1010 dia akan izinkan. Kita memaksudkan jumlah 1000 itu ialah infiniti. Jumlah itu menggambarkan sebanyak mana pun engkau memohon keampunan bagi pihaknya, Aku (Allah) tidak akan ampunkan.

هم الذين يقولون ال تنفقوا على من عند رسول الله ماوات واألرض ولكن وا ولله خزائن الس حتى ينفض

(7المنافقين ال يفقهون )92 Para ulamak berbeza pandangan adakah -memberi maksud penafian selama لنlamanya atau dalam tempoh masa yang panjang atau penegasan penafian atau sekadar penafian. Lihat al-Bahru al-Muhith FI Usul al-Fiqh oleh Abu Abdillah Badruddin Muhammad bin ‘Abdullah bin Bahadur az-Zarkashi (meninggal 794), cetakan pertama Dari al-Kuwaiti (1414/1994), 3/200.

68

Page 69: Tafsir Surah Al-munafiqn

Merekalah yang mengatakan (kepada sebahagian orang-orang munafik dari kalangan Ansar93 di Madinah yang menolong Rasulullah) "Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang –orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya)". Padahal bagi Allah jualah segala perbendaharaan langit dan bumi; akan tetapi orang-orang munafik itu tidak memahami.

Zaid bin Arqam menceritakan beliau mendengar ‘Abdullah bin Ubay berkata, "Janganlah kalian berinfak atas orang-orang yang bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sehingga mereka lari darinya. Dia berkata lagi Dan jika kita kembali dari sisinya, niscaya orang-orang mulia (kuat) akan mengeluarkan orang-orang yang hina darinya." Maka aku pun menceritakan hal itu pada bapa saudaraku dan beliau pun menceritakan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Kemudian baginda SAW mengirimkan utusan kepada ‘Abdullah bin Ubay dan para konconya, namun mereka bersumpah bahawa mereka tidak mengatakan seperti itu. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pun menolak penyaksian aku dan menerima sumpahan ‘Abdullah bin Ubay dan konco-konconya. (Peristiwa ini) menyebabkan aku tertimpa kesedihan yang belum pernah kualami sebelumnya.

Aku duduk termenung di rumahku. Kemudian, Allah

menurunkan 55افقون{ ذين يقول55ون ال{ hingga }إذا ج55اءك المن هم اله ول الل 55د رس55 فق55وا على من عن hingga }تن ه55ا{ ليخ 55رجن األع55ز من.}األذل Akhirnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengutus

93 Al-Jalalain 1/743

69

Page 70: Tafsir Surah Al-munafiqn

seseorang kepadaku dan membacakan surah itu, kemudian utusan itu berkata, "Sesungguhnya Allah telah membenarkanmu wahai Zaid.94

Kenapa ayat ini dimulai dengan ayat kata ganti diri ketiga iaitu

(الظ55اهر الض55مير) هم dan kenapa Allah menggunakan fi'il

mudhari' pada يقولون?

Pengucap ayat provokasi ini sebenarnya ialah 'Abdullah bin Ubai bin

Salul95. Kata ganti diri ketiga iaitu (الضمير الظاهر) هم dalam Bahasa

Arab memberkan indikasi mereka itu atau seseorang yang dikenali. Selain itu, peranan kata diri ketiga dalam Bahasa Arab juga memberikan indikasi niat dan hasrat Allah SWT untuk mendedahkan tokoh sebenar dan pimpinan utama kelompok munafik (hyphocryte) tersebut. Padahal seandainya Allah SWT menyambung terus ayat

555ون ذين يقول tanpa ...ال menyebut langsung هم tidak akan

mengurangkan maksud sebenar ayat.Hal ini berikutan, orang munafik itu selama ini cuba untuk menyembunyikan identiti dan sifat kemunafikan mereka. Akhirnya Allah sendiri yang menghinakan mereka dengan mendedahkan siapakah dan apakah perancangan mereka. Fi'il mudhari' di dalam ayat di atas memberikan maksud usaha mereka untuk menjatuhkan Baginda SAW tidak pernah berhenti.96

Kalau orang yang membuat provokasi (seperti ayat di atas) hanyalah seorang individu sahaja, kenapa Allah SWT

menggunakan perkataan jamak seperti Ayat itu berbunyi هم هم :yang memberi maksud الذين يقولون94 Sahih: Sahih Bukhari 6/152 nombor 490195 At-Tahrir 28/24696 Ibid

70

Page 71: Tafsir Surah Al-munafiqn

,mereka : هم

ذينال : yang mereka semua itu, قولوني :mereka semua berkata

Benar, pengucap itu hanyalah ‘Abdullah bin Ubai bin Salul. Allah SWT menggunakan perkataan jamak bagi menunjukan persepakatan beliau dan pendokong-pendokong beliau terhadap perancangan tersebut.97Sangat menakjubkan!! Adakah Abdullah bin Ubai mengiktiraf Baginda sebagai Rasulullah sebagaimana disebut di dalam ayat "Janganlah kami membelanjakan harta kamu kepada orang –orang yang ada bersama-sama Rasulullah…"?

Sebenarnya, bukan mereka yang mengungkapkan istilah tersebut, mana mungkin mereka yang hakikatnya tidak bersetuju dengan Baginda SAW tetapi boleh mengiktiraf Baginda SAW sebagai rasul. Hakikatnya, Allah SWTlah yang sebenarnya menyusun semula (rephrase) istilah tersebut sebagai bukti kemuliaan dan keagungan Baginda SAW.98 Bahkan beliau hanya menyebut "Janganlah kami membelanjakan harta kamu kepada orang –orang yang ada bersama-sama Muhammad..."99

Siapakah yang dimaksudkan dengan "orang –orang yang ada bersama-sama Rasulullah"?

Tujuan mereka menyebut seperti itu ialah untuk mengejek-ngejek para sahabat100 yang berada di bawah kekuasaan dan

97 al-Bahru 10/18398 Sofwah 3/36499 al-Jaami' 18/128 100 Al-Bahru 10/183

71

Page 72: Tafsir Surah Al-munafiqn

penjagaan Nabi SAW contohnya seperti Ahlu Suffah101. Ahlu bermaksud orang atau penghuni manakala suffah bermaksud tempat berteduh atau atap. Dari itu, ahlu suffah bermaksud penghuni yang berada di bawah naungan (corridor) di bahagian utara Masjid Nabawi. Kebanyakan dari Ahli Suffah ini terdiri daripada kalangan orang muhajirin kerana apabila mereka meninggal negara mereka, mereka tidak punyai sebarang aset untuk meneruskan kehidupan di Madinah. Antara tokoh yang terkenal dari kalangan ahli suffah ini ialah Abu Hurairah102 dan Huzaifah al-Yamani. Dari itu, menurut perancangan mereka sekiranya golongan berada dari kalangan orang munafik ini (yang menonjolkan sifat kepemurahan seorang muslim sejati) menghentikan sumbangan mereka, maka sedikit sebanyak akan memberikan impak negatif terhadap Baginda SAW, yang akhirnya akan menyebabkan para sahabatnya akan menjauhkan diri dari Baginda SAW.

Kenapa di dalam ayat ini perkataan ماوات disebut dengan الس

jamak, manakala ض ر واأل disebut dengan mufrad?

101 Ibid102 ? Para ulamak berbeza pandangan berkenaan dengan nama beliau dan nama ayah beliau. Antaranya menyebut nama beliau sebelum Islam ialah 'Abdu Syams atau 'Abdu Nahim atau 'Abdu Amr. Manakala nama beliau selepas Islam ialah 'Abdullah atau 'Abdul Rahman bin Sakhr. Gelaran (kunyah) Abu Hurairah (bapa anak kucing) diberikan oleh Baginda SAW setelah Baginda SAW melihat anak kucing di dalam bajunya (di bahagian lengan baju). Beliau yang memeluk Islam pada tahun berlakunya Peperangan Khaibar sentiasa melazimi baginda SAW di mana sahaja Baginda SAW berada. Berbeza dengan para sahabat muhajirin dan ansar yang lain; ada yang berniaga dan ada yang sibuk dengan urusan seharian, tetapi beliau yang merupakan ahlu suffah hanya sibuk dengan mengutip mutiara daripada mulut Baginda SAW. Tidak kurang daripada 800 perawi dari kalangan para sahabat dan tabi'en meriwayatkan hadis daripada beliau, antaranya 'Abdullah bin 'Abbas, 'Abdullah bin 'Umar, Anas bin Malik, Wathilah bin Asqa', Aisyah binti Abu Bakr, Jabir bin 'Abdullah dan ramai lagi. Abu Hurairah meninggal di Madinah antara tahun 57 atau 58 atau 59 Hijrah ketika berumur 78 tahun. Jenazah beliau diimamkan oleh al-Waleed bin 'Uqbah bin Abu Sufyan. Lihat al-Isti'ab 4/1768-1772 dan Asad al-Ghabah 5/318-321.

72

Page 73: Tafsir Surah Al-munafiqn

Perbahasan tentang perkara ini sangat panjang dan belum ada satu pandangan yang tuntas lagi pasti berkenaan dengan sebab musababnya. Namun, ada beberapa pandangan yang boleh menjelaskan asbab Allah SWT menyebut dengan kaedah sedemikian:

1. Langit disebut dengan plural kerana mempunyai tujuh lapisan dan di antara setiap satu lapisan itu vakum, manakala dimufradkan bumi kerana lapisannya saling bercantum antara satu sama lain.103

2. Perkataan as-sama' seandainya disebut dengan mufrad bermaksud awan atau langit yang tinggi. Manakala apakala disebut secara jamak maka ia bermaksud segala planet yang pelbagai di angkasa lepas yang beredar di orbitnya yang tersendiri104. Manakala bumi sebagaimana termaktub pada item 1.

3. Langit terdiri daripada pelbagai jenis dan bentuk yang berbeza-beza, manakala bumi hanya terdiri daripada elemen tanah sahaja.105

Seorang lelaki bertanya kepada Hatim al-Asom106, "Dari sumber mana kamu akan beroleh makanan?".Maka Hatim menjawab "Allah memiliki segala perbendaharaan di langit mahupun di bumi".Junaid berkata "Perbendaharaan langit tidak diketahui, perbendaharaan bumi ialah kekentalan hati". Dialah yang Maha mengetahui semua perkara ghaib dan Dia jugalah yang Maha membolak-balikkan hati.

103 Gharaib at-Tafsir wa 'ajaa'ib at-Takwiil oleh Mahmud bin Hamzah bin Nasr Abu al-Qasim Burhanuddin al-Karmani Taaju al-Qurra' (meninggal pada 505 H), Dar al-Qiblah li ath-Thaqafah al-Islamiah Jeddah dan Muassasah Dar al-Quran, Beirut 1/350.104 At-Tahrir pada bahagian penjelasan metodologi penulisan pada perkara ke sebelas.105 Darju ad-Duror Fi Tafsir al-Aayi wa as-Suwar oleh Abu Bakar Abdul Qahir bin Abdul Rahman bin Muhammad al-Farisi (meninggal pada 471H), cetakan Majalah al-Hikmah, Britain ( cetakan pertama 2008), 1/328106 Digelar sebagai Lukman al-Hakim abad itu. Meninggal pada 237H.

73

Page 74: Tafsir Surah Al-munafiqn

Shalabi berkata "Allah memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi. (Dari itu) Ke mana kamu mahu lari?107

يقولون لئن رجعنا إلى المدينة ليخرجن األعز منها األذلة ولرسوله وللمؤمنين ولكن المنافقين ال ولله العز

(8يعلمون )

Mereka berkata: "Sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah (dari medan perang Bani Mustalik), benar-benar orang yang mulia lagi kuat akan mengusir orang-orang yang hina lagi lemah dari padanya." Padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, bagi Rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tiada mengetahui.

Ibn Kathir meriwayatkan apabila sahaja anak 'Abdullah bin Ubai bin Salul yang juga bernama 'Abdullah mendengar penghinaan ayahnya terhadap Rasulullah SAW, beliau menawarkan diri untuk memenggal kepada ayahnya. Tetapi kata Baginda SAW "Bahkan, hendaklah engkau sentiasa menyantuni ayahmu dengan kebaikan".Dalam riwayat yang lain sewaktu angkatan tentera perang pulang ke Madinah, Abdullah yang menantikan ayahnya di pintu utama Madinah melarang sama sekali ayahnya masuk ke Madinah kecuali setelah mendapat keizinan daripada Baginda SAW. Setelah Baginda SAW izinkan, barulah beliau mengizinkan ayahnya masuk ke dalam Madinah.108 Bahkan anaknya meminta penyaksian daripada ayahnya bahawasanya kemuliaan itu ialah milik Allah dan rasulnya, lalu kata ‘Abdullah bin Ubai bin Salul "Aku bersaksi bahawasanya kemuliaan itu milik Allah, RasulNya dan sekalian orang mukminin"109

107 Qurthubi 18/128108 8/132109 Al-Bahru 10/184

74

Page 75: Tafsir Surah Al-munafiqn

Beberapa hari selepas kepulangan beliau dari peperangan Bani Mustalik, beliau meninggal dunia110 di Madinah.

Adakah 'al-Madinah"yang dimaksudkan al-Madinah al-Munawwarah?Ya, atau nama lamanya Yathrib.111

Kenapa ‘Abdullah bin Ubai mengatakan mereka lebih kuat dan mulia dan ingin menghalau orang yang lemah dan hina?

Kerana mereka merupakan penduduk asal Madinah dan jumlah penduduk asal Madinah (ansar) lebih ramai berbanding muhajirin. Mereka memiliki hampir segenap kekuatan kewangan dan tenaga manusia berbanding sekalian muhajirin.112 Bahkan mereka menggelarkan orang muhajirin sebagai jalabib113 (yang bermaksud kumpulan yang memakai baju yang panjang)

Adakah merasa mulia atau kuat (izzah) itu merupakan petanda orang itu sombong (al-kibr)?

Persoalan tersebut boleh dijawab dengan tuntas seandainya situasi bagi kedua-dua terminologi itu dapat dikenalpasti. Apapun, secara umumnya:

1. Merasa izzah itu bukanlah petanda kesombongan kerana izzah itu hanya akan dirasai apabila seseorang itu mengenali dirinya sendiri. Ironinya, kesombongan itu pula merupakan petanda kejahilan seseorang itu tentang dirinya sendiri.

110 al-Qurthubi 18/129111 At-Tahrir 28/249112 Ibid113 Ath-Thobari 23/405

75

Page 76: Tafsir Surah Al-munafiqn

2. Merasa izzah merupakan sifat terpuji sebagaimana sifat merendah diri (tawadhu')114 manakala sombong pula merupakan sifat yang tercela.

يا أيها الذين آمنوا ال تلهكم أموالكم وال أوالدكم عن ذكر(9الله ومن يفعل ذلك فأولئك هم الخاسرون )

Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi.

Kenapa Allah SWT memulakan ayat ini dengan panggilan (

?kepada orang yang beriman (Hai orang-orang beriman) (النداء

Setiap susunan ayat Allah di dalam al-Quran merupakan mukjizat kepada hambaNya. Dari itu, apabila Allah SWT meletakkan 'panggilan' dengan menyebut " Hai orang-orang beriman" pastinya tersembunyi 1001 hikmah di sebaliknya, antaranya:

1. Menunjukan kedudukan Allah SWT jauh daripada kelemahan dan kekurangan manusia.115 Barangkali kerana manusia lalai dengan Allah, atau banyak berbuat derhaka atau dosa kepadaNya.

2. Allah SWT ingin menghadirkan manusia untuk berada 'di hadapannya'116.

114 Mafatih al-Ghaib 30/549115 Mahasin at-Takwil oleh Muhammad Jamaluddin bin Muhammad Said bin Qasim (meninggal 1332H), komentar oleh Muhammad Basil 'Uyun as-Suud, Dar al-Kutub al-'Ilmiah Beirut (cetakan pertama 1418H), 1/88. 116 An-Nida' fi al-Lughah wa al-Quran oleh Dr Ahmad Muhammad Faris, Dar al-Fikr, Lubnan (cetakan pertama 1989M-1409H), 135.

76

Page 77: Tafsir Surah Al-munafiqn

3. Allah mahu menyampaikan sesuatu arahan yang penting kepada hambaNya. Ini sebagaimana athar 'Abdullah bin Mas'ud yang mengatakan " Apabila engkau mendengar firman Allah yang

berbunyi 5555وا) ذين آمن ه5555ا ال 5555ا أي ,(ي maka tajamkanlah

pendengaranmu. Kerana sesungguhnya Allah SWT mahu mengarahkan engkau untuk berbuat kebajikan dan melarang kamu dari melakukan keburukan"117. Ia sebagaimana seorang ibu atau bapa apabila ingin mengkhabarkan sesuatu yang penting kepada anaknya, mereka akan memanggil anaknya sehingga anaknya itu berada dekat dengannya. Begitu juga dengan Allah SWT; apabila Dia ingin mengkhabarkan sesuatu yang sangat penting, Dia memanggil semua umat manusia yang bernama mukmin untuk 'berteleku dihadapanNya’ bagi mendengar khabaran ini. Kesemua ayat sebelum ini menceritakan berkenaan dengan orang munafik dan ciri-ciri mereka, tetapi tiba-tiba diselitkan ayat berkenaan dengan orang-orang yang beriman di celahnya. Pastilah ada sesuatu yang penting yang Allah SWT ingin khabarkan dalam ayat ini dan selepasnya.

Dalam surah ini Allah SWT menceritakan berkenaan perihal orang munafiqin. Tetapi kenapa tiba-tiba ada ayat yang khas untuk orang yang beriman?

Allah SWT menceritakan keseluruhan lapan ayat sebelum ini dengan keburukan sifat orang-orang yang munafik. Kemudian Allah SWT 'pisahkan' ayat yang menceritakan berkenaan dengan orang munafik dan ayat yang menceritakan berkenaan dengan orang

117 Al-Qawa'id al-Hisan Li Tafsir al-Quran oleh Abu Abdillah Abdurrahman bin Nasir bin Abdullah bin Nasir bin hamad Ali Sa'di (meninggal pada 1376H), Maktabah ar-Rusyd Riyadh (cetakan pertama 1999M-1420H), 1/11.

77

Page 78: Tafsir Surah Al-munafiqn

beriman dengan 'panggilan' Ini bertujuan bagi memberikan .(النداء)

perhatian dan amaran kepada orang Islam agar tidak menyerupai orang-orang munafik yang telah ditipu dengan kemewahan dunia dan anak pinak daripada menunaikan ketaatan kepada Allah.118 Allah SWT berpesan kepada orang yang beriman, janganlah berperangai seperti orang munafik yang terlalu sayangkan harta dunia mereka dan anak pinak mereka.

Kenapa Allah mengkhususkan harta dan anak-anak akan melalaikan daripada tanggungjawab kepada Allah?

Dalam banyak ayat berkenaan dengan kelalaian, Allah SWT akan mengaitkan harta dan anak-anak. Ini kerana kedua-dua perkara ini adalah perkara yang paling banyak menyibukkan manusia dan yang akan mendorong manusia untuk lalai daripada mengingati Allah SWT.119 Bukan itu sahaja, bahkan pepatah melayu yang kaya dengan hikmah itu juga ada menyinggung perkaitan antara pencari harta dunia dan kemunafikan. Antaranya pepatah ada menyebut:

"Sembahyang mencari akal, rukuk mencari kira-kira" yang bermaksud zahirnya kelihatan orang yang beragama, hakikatnya hatinya amat busuk atau munafik.

Kenapa Allah SWT mendahulukan perkataan harta berbanding anak?Dalam kebanyakan ayat Allah SWT akan mendahulukan harta berbanding anak-anak.120 Contohnya dalam Surah al-Baqarah ayat 155 Allah SWT menyebut:

118 Sofwah 3/365119 At-Tahrir 28/251120 Kecuali Surah Ali 'Imran ayat 14 dan Surah at-Taubah ayat 24

78

Page 79: Tafsir Surah Al-munafiqn

فس ن م وال واأل جوع ونق ص من األ خو ف وال كم بشي ء من ال لون ولنبر الصابرين مرات وبش والث

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

Selain itu, boleh dilihat di dalam jadual berikut ayat- ayat yang Allah SWT mendahulukan harta atau aset berbanding anak-anak:

NO

SURAH AYAT MAKSUD

1 al-Isra': 64 في هم ارك وش555555555و الداألموال واأل

..dan sertailah mereka dalam menguruskan harta benda dan anak-anak (mereka)..

2 al-Isra': 6 ناكم بأموالوأم دد وبنين

..dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak..

3 al-Anfal: 28

م555555ا واع لم555555وا أن أم 5555والكم وأو الدكم نة فت

..dan ketahuilah bahawa harta benda dan anak-anak kamu adalah ujian buat kamu..

4 al-Kahfi: 39

555ا أق555ل 555رن أن إن ت ك وولداماالمن

..Kalau engkau memandangku sangat kurang harta dan anak berbanding denganmu..

5 al-Kahfi: 46

5555ونالم---ال بن وال يا حياة الدن زينة ال

.. harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia..

6 Maryam: 77

م--االوق55ال ألوتين وولدا

Demi sesungguhnya aku akan diberikan harta kekayaan dan anak pinak pada hari akhirat

7 al-Mukminun: 55

م55555ا بون أن أيح س55555 من به مالنمدهم

وبنين

Adakah mereka menyangka bahawa apa yang kam berikan kepada mereka dari harta benda dan anak pinak itu….

8 asy-Syua'ara': 88

ف55ع 55و م ال ين م--الي وال بنون

Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberikan pertolongan

79

Page 80: Tafsir Surah Al-munafiqn

sesuatu apapun…9 al-

Hadid:205555555555555اثر في وتك

و الداألموال واأل..serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak-pinak…

10 at-Taghabun: 15

م55555ا أم----والكمإن نة وأو الدكم فت

Sesungguhnya harta benda dan anak-anak kamu adalah ujian buat kamu..

11 Saba': 37 والأم--والكموم55ا تي أو الدكم ب555555555ال فى دنا زل بكم عن تقر

..dan bukanlah harta benda kamu dan tidak juga anak pinak kamu yang mendampingkan kami di sisi Kami…

12 Saba': 555ر ث وق555الوا نح ن أك وأو الداأمواال

Dan mereka berkata lagi: "Kami lebih banyak harta benda dan anak pinak

13 al-Qalam:14

555ان ذا م---الأن ك وبنين

Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak pinaknya

14 Nuh: 21 ه بعوا من لم يزد وات5555ده إالمال---ه وول

خسارا

..dan mereka telah menurut orang yang harta bendanya dan anak-pinaknya tidak menambahinya melainkan kerugian..

15 At-Taubah: 69

555انوا د ك كم أش555 من 55ر قوة ث أم--واال وأك

وأو الدا

..mereka lebih kuat serta lebih banyak harta benda dan anak pinak daripada kamu..

16 At-Taubah: 55 & 85

55555555555555ك فال تع جب وال أم--------والهم

أو الدهم

Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka..

17 al-Fath: 11 نا غلت أموالنا ش5555555 وأه لونا

…"Kami telah dihalangi oleh urusan menjaga keselamatan harta benda dan anak isteri kami…

18 Ali-'Imran: 10 & 116 ذين كف55روا لن إن ال

هم تغ ني عن والأم--------والهم

أو الدهم

Sebenarnya harta benda orang-orang kafir, dan juga anak-pinak mereka…

19 Al-Mujadalah: 17

هم تغ ني لن عن وال أم--------والهم

أو الدهم

..harta benda mereka dan anak pinak mereka tidak sekali-kali akan dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka.. 

80

Page 81: Tafsir Surah Al-munafiqn

Allah SWT mendahulukan aset atau harta berbanding anak-anak kerana:

1. Kerana harta menjadi sumber kehidupan dan manfaat, manakala anak-anak sumber perlindungan semasa tua.121

2. Kerana harta lebih dipentingkan manusia untuk memenuhi keperluan, adapun anak-anak terkadang tidak menjadi, bak kata pepatah melayu "upah bidan pun tak terbayar"122

3. Kerana perkataan 'harta' lebih mencakupi semua manusia berbanding anak. Setiap manusia mempunyai harta walaupun sedikit, tetapi bukan semua manusia mempunyai anak. Anak-anak tidak akan lahir kecuali ada harta; untuk mahar perkahwinan dan nafkah seharian123 tetapi harta boleh 'lahir' walaupun tanpa anak.

4. Kerana fitnah harta ini lebih besar daripada fitnah anak.124

Apa yang dimaksudkan dengan "dari mengingat Allah"? Adakah hanya ingat Allah sahaja sudah cukup ataupun ada maksud lain?

Mengingati Allah bukan bermaksud mengingati Allah tanpa melakukan apa-apa, bahkan maksud mengingati Allah di dalam ayat ini, seorang mukmin itu mestilah125:

1. Menunaikan solat lima waktu

121 Al-Qurthubi 10/413122 Bermaksud anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapanya.123 Asy-Sya'rawi 14/8924124 http://www.binbaz.org.sa/node/1875125 Tafsir Madarik at-Tanzil wa Haqaiq at-Ta'wil atau Tafsir an-Nasafi oleh Imam Abu al-Barakat Abdullah bin Ahmad bin Mahmud Hafizuddin an-nasafi (meninggal 710H), Dar al-Kalam ath-Thoyyib Beirut (cetakan pertama 1998-1419), 3/488

81

Page 82: Tafsir Surah Al-munafiqn

2. Melazimi al-quran dan mentadabbur 126

3. Haji, zakat dan amalan zikir127

4. Sekalian amal ibadat yang telahpun ditentukan agama128

5. Berjihad129

وأنفقوا من ما رزقناكم من قبل أن يأتي أحدكم الموت دق وأكن رتني إلى أجل قريب فأص فيقول رب لوال أخ

الحين ) (10من الص

Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?"

Ibn Kathir ketika menghuraikan ayat ini berkata, "Setiap orang yang melampaui batas akan menyesali perbuatannya ketika nazak lalu mereka akan memohon untuk dipanjangkan usia untuk beramal ibadat dan melakukan amalan-amalan yang tertinggal sebelum ini. Allah menyebut situasi mereka di dalam ayat yang lain:

نا نا أخر ذين ظلموا رب عذاب فيقول ال تيهم ال اس يو م يأ ذر الن وأنسل بع الر ...إلى أجل قريب نجب دع وتك ونت

Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang

126 Mafatih al-Ghaib 30/550127 Al-Qurthubi 18/129128 Anwar at-Tanzil wa Asrar at-Ta'wil oleh Nasiruddin Abu Said Abdullah bin 'Umar bin Muhammad asy-Syirazi al-Baidhawi (meninggal 685H), komentar oleh Muhammad Abdurrahman, Dar Ihya' at-Turath al-'Arabi Beirut (cetakan pertama 1418H), 5/215. 129 Mafatih al-Ghaib 30/550

82

Page 83: Tafsir Surah Al-munafiqn

yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu"… (Surah Ibrahim: 44)

جعون مو ت قال رب ار ى إذا جاء أحدهم ال ي أع مل *حت لعل ت ...صالحا فيما ترك

Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia)."Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan"… (Surah al-Mukminun: 99-100)

Allah membalas dengan ayat kesebelas surah ini "Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan."Allah SWT menggunakan nama Allah Khabeer (Yang Maha Berpengalaman) kerana Dia Maha Mengetahui bahawasanya mereka ini seandainya dikembalikan ke dunia semula sekalipun, mereka tetap tidak akan menunaikan kewajipan mereka.‘Abdullah bin 'Abbas mengatakan " Barangsiapa yang sudah mampu untuk menunaikan haji, atau sudah cukup nisab zakat tetapi tidak menunaikannya maka dia saat kematiannya nanti akan minta untuk dipanjangkan umurnya saat kematian.

83

Page 84: Tafsir Surah Al-munafiqn

Seorang lelaki membantah "Wahai Ibn 'Abbas, bertaqwalah kamu kepada Allah... Kerana yang akan meminta dipanjangkan umurnya itu ialah orang-orang yang kafir"

Jawab 'Abdullah bin 'Abbas "Aku akan buktikan dengan dalil quran dalam firman Allah" Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi. Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan."

Lalu, 'Abdullah bin 'Abbas bertanya " Bilakah zakat menjadi wajib?" Lelaki itu menjawab "Apabila harta mencapai lebih 200 (dirham)"'Abdullah bin 'Abbas bertanya lagi "Bilakah haji menjadi wajib"Lelaki itu menjawab "Apabila sudah mampu (harta dan kemudahan) 130" 131

Apakah yang dimaksudkan dengan "sebelum datang kematian"?

Iaitu bila-bila masa sahaja sebelum meninggal. Waktu yang paling akhir ialah saat nazak.132

130 Dhaif sanad: Lihat Dhaif Sunan Tirmidzi oleh Sheikh Nasiruddin Albani (meninggal 1420H), komentar oleh Zahir asy-Syawish, di bawah pantauan Maktab at-Tarbiah al-'Arabi Li Dual al-Khalij Riyadh, edaran oleh Maktab Islami Beirut (cetakan pertama 1991-1411), 1/425131 Ibn Kathir 8/133-134132 Sofwah 3/365

84

Page 85: Tafsir Surah Al-munafiqn

Kenapa Allah SWT kaitkan infaq dengan kematian?

Ayat ini ayat yang berkaitan dengan sifat orang-orang munafik. Sikap mereka yang melancarkan 'perang dingin' (cold war) terhadap Baginda SAW dengan membuat pakatan untuk tidak memberikan infaq kepada Baginda SAW (rujuk ayat 7) sampai bila-bila. Menurut pengarang kitab at-Tahrir wa at-Tanwir, Allah menolak helah mereka (kononnya kalau panjang umur akan banyak berinfak) dan Allah menghinakan mereka sehingga saat kematian mereka.133

Jenis infaq yang bagaimanakah yang dimaksudkan di dalam ayat ini?

Maksud infaq di dalam ayat ini terbahagi kepada tiga kategori:1. Infaq wajib yang sudah ditentukan kadarnya khususnya seperti

zakat (jumhur ulamak134) 2. Infaq yang ditentukan kadar asasnya seperti haji, berjihad,

nafkah keluarga, nafkah keperluan dan kehendak kaum muslimin

3. Infaq yang ditentukan atas faktor sebab seperti kafarah4. Infaq yang tidak wajib yang kadarnya terserah kepada

manusia untuk tentukannya135 seperti sedekah.

ر الله نفسا إذا جاء أجلها والله خبير بما تعملون ولن يؤخ(11)

133 28/252134 Al-Bahr al-Muhith 10/184135 Ibid 2/252-253

85

Page 86: Tafsir Surah Al-munafiqn

Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.

Menurut pengarang kitab al-Bahru al-Muhith, ayat ini menuntut agar sekalian umat Islam menyegerakan berbuat amal ibadat dan ketaatan kepada Allah kerana dikhuatiri apabila datangnya ajal, dia tidak membuat sebarang persiapan untuk berjumpa denganNya.136

Kenapa Allah SWT mengaitkan ketetapan ajal dengan "Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan"?

Ayat ini berkenaan dengan orang munafik. Ayat ini berkait rapat dengan ayat 9 dan 10 sebelumnya. Allah SWT menyebut Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan bagi menjelaskan, seandainya orang-orang munafik itu dipanjangkan umurnya sekalipun, mereka tidak akan menunaikan zakat dan tidak akan menunaikan haji.137

136 10/185137Mafatih 30/550

86

Page 87: Tafsir Surah Al-munafiqn

AMALAN YANG BERKAITAN DENGAN SURAH AL-MUNAFIQUN

1- Surah bacaan pada pagi jumaat

رة على وان أبا هري تخ لف مر ن أبي رافع، قال: اس عن اب رة ة، فصلى لنا أبو هري مدينة، وخرج إلى مك ال جمعة، فقرأ ال

منافقون، خرة: إذا جاءك ال عة اآل ك جمعة، في الر بع د سورة ال ت ك قرأ ت له: إن صرف، فقل رة حين ان ت أبا هري رك قال: فأد

كوفة، فقال أبو ن أبي طالب يق رأ بهما بال ن كان علي ب بسورتي م، يق رأ ه وسل ي سمع ت رسول الله صلى الله علي رة: »إن هري

جمعة »بهما يو م ال

Abu Hurairah menggantikan Marwan yang keluar menuju ke Makah untuk memimpin Madinah.(Suatu hari) Abu Hurairah mengimami kami menunaikan solat Jumaat dengan membaca Surah Juma''ah dan izha jaa'aka al-munafiqun pada rakaat kedua. Aku mendatangi beliau seusai solat lalu berkata engkau membaca surah sebagaimana Ali membacanya di Kufah. Kata Abu Hurairah RA "Aku mendengar Baginda SAW membacanya keduanya pada hari Jumaat"138

2- Bacaan dalam solat isyak

ه »كان يق رأ في العشاء بسور من ن عفان أن مان ب وروي عن عثباهها »،أو ساط المفصل نح و سورة المنافقين، وأش

Saiduna 'Uthman bin 'Affan membaca surah-surah yang ringkas seperti Surah al-Munafiqin di dalam solat isya'139

138 Sahih: Sahih Muslim 2/597 nombor 877 139 Sahih: Lihat Sunan at-Tirmidzi 2/114 nombor 309. Disahihkan oleh Sheikh Albani di dalam kitabnya Sahih wa Dhaif Sunan at-Tirmidzi 1/309 nombor 309

87

Page 88: Tafsir Surah Al-munafiqn

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, penulis berjaya menyelesaikan perbahasan berkenaan dengan Surah ini pada 12 Ramadhan 1436 Hijrah bersamaan 29 Jun 2015. Sebarang teguran atau cadangan penambahbaikan boleh disampaikan melalui alamat email [email protected].

88

Page 89: Tafsir Surah Al-munafiqn

RUJUKAN1. AL-QURAN AL-KAREEM2. TAFSIR

2.1. Tafsir al-Quran al-'Azhim oleh Abu al-Fida’ Ismail bin ‘Umar bin Kathir al_Qurasyi al-Basri ad-Dimasyqi (meninggal 774), ditahkik oleh Saami bin Muhammad Salamah, cetakan kedua Dar Thayyibah (1420/1999)

2.2. Al-Bahru al-Muhith fi at-Tafsir oleh Abu Hayyan Muhammad bin Yusuf bin ‘Ali bin Yusuf bin Hayyan Athiruddin al-Andalusi (meninggal 745), ditahkik oleh Sidqi Muhammad Jamil, cetakan Dar al-Fikr Beirut (1420)

2.3. Tafsir ath-Thobari atau Jaami’ al-Bayan Fi Ta’wil al-Quran oleh Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Kathir bin Ghalib al-Aamili Abu Ja’far ath-Thobari (meninggal 310), ditahkik oleh Ahmad Muhammad Syakir, cetakan pertama Muassasah ar-Risalah (1420/2000)

2.4. Al-Jaami' li Ahkam al-Quran atau Tafsir al-Qurthubi oleh Abu ‘Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr bin Farh al-Ansori al-Khazraji Syamsuddin al-Qurthubi (meninggal 671), ditahkik oleh Ahmad al-Bardawi dan Ibrahim Athfish, cetakan kedua Dar al-Kutub al-Misriah Kaherah (1384/1964)

2.5. Al-Jalalain oleh Jalaluddin Muhammad bin Ahmad al-Mahalli (meninggal 864) dan Jalaluddin ‘Abdurrahman bin Abi Bakr as-Suyuthi (meninggal 911), cetakan pertama Dar al-Hadith (t.t)

2.6. Tafsir Madarik at-Tanzil wa Haqaiq at-Ta'wil atau Tafsir an-Nasafi oleh Imam Abu al-Barakat Abdullah bin Ahmad bin Mahmud Hafizuddin an-Nasafi (meninggal 710H), Dar al-Kalam ath-Thoyyib Beirut (cetakan pertama 1998-1419)

89

Page 90: Tafsir Surah Al-munafiqn

2.7. Mafatih al-Ghaib atau at-Tafsir al-Kabir oleh Abu ‘Abdillah Muhammad bin ‘Umar bin al-Hasan bin al-Husain at-Taimi ar-Razi, Fakhruddin ar-Razi (meninggal 606), cetakan ketiga Dar al-Ihya’ at-Turath al-‘Arabi Beirut (1420)

2.8. Ruh al-Ma'ani fi Tafsir al-Quran al-'Azhim wa as-Sab'u al-Mathani oleh Syihabuddin Mahmud bin Abdillah al-Husaini al-Alusi (meninggal 1270), ditahkik ‘Ali ‘Abdul Baari ‘Athiyyah, cetakan pertama Dar al-Kutub al-‘Ilmiah (1415)

2.9. Fi Zhilal al-Quran oleh Syed Qutb Ibrahim Husain asy-Syaribi (meninggal 1385), cetakan ketujuh belas Dar asy-Syuruq-Beirut-Kaherah (1412)

2.10. At-Tahrir wa at-Tanwir (Tahrir al-Ma’na as-Sadid wa Tanwir al-‘Aqli al-Jadid Min Tafsir al-Kitab al-Majid) oleh Sheikh Muhammad Thohir bin Muhammad bin Muhammad bin 'Ashur at-Tunisi (meninggal 1393), cetakan Dar at-Tunisiah Tunisa (1984)

2.11. Tafsir al-Kasyaf 'an Haqaiqa Ghawamidho al-Tanzil oleh Abu al-Qasim Mahmud bin ‘Amru bin Ahmad az-Zamakhzhari Jar Allah (meninggal 538), cetakan ketiga Dar al-Kitab al-‘Arabi Beirut (1407)

2.12. Gharaib at-Tafsir wa 'ajaa'ib at-Takwiil oleh Mahmud bin Hamzah bin Nasr Abu al-Qasim Burhanuddin al-Karmani Taaju al-Qurra' (meninggal pada 505 H), Dar al-Qiblah li ath-Thaqafah al-Islamiah Jeddah dan Muassasah Dar al-Quran, Beirut 1/350

2.13. Darju ad-Duror Fi Tafsir al-Aayi wa as-Suwar oleh Abu Bakar Abdul Qahir bin Abdul Rahman bin Muhammad al-Farisi (meninggal pada 471H), cetakan pertama Majalah al-Hikmah, Britain (2008)

2.14. Mahasin at-Takwil oleh Muhammad Jamaluddin bin Muhammad Said bin Qasim (meninggal 1332H), ditahkik oleh

90

Page 91: Tafsir Surah Al-munafiqn

Muhammad Basil 'Uyun as-Suud, cetakan pertama Dar al-Kutub al-'Ilmiah Beirut (1418H)

2.15. Al-Qawa'id al-Hisan Li Tafsir al-Quran oleh Abu Abdillah Abdurrahman bin Nasir bin Abdullah bin Nasir bin Hamad Ali Sa'di (meninggal pada 1376H), cetakan pertama Maktabah ar-Rusyd Riyadh (1999M/1420H)

2.16. Anwar at-Tanzil wa Asrar at-Ta'wil oleh Nasiruddin Abu Said Abdullah bin 'Umar bin Muhammad asy-Syirazi al-Baidhawi (meninggal 685H), ditahkik oleh Muhammad Abdurrahman, cetakan pertama Dar Ihya' at-Turath al-'Arabi Beirut (1418H)

2.17. Asy-Sya'rawi oleh Sheikh Muwatalli asy-Sya’rawi (meninggal tahun 1418), cetakan Akhbar al-Youm (t.t)

2.18. Sofwah at-Tafaasirr oleh Sheikh Muhamad ‘Ali as-Sobun, cetakan pertama Dar as-Sobuni Kaherah (1417/1997)

2.19. Tafsir al-Azhar3. HADIS

3.1. Sahih Bukhari oleh Muhammad bin Isma’il Abu ‘Abdillah al-Bukhari, ditahkikkan oleh Muhammad Zahir bin Nasir an-Nasir, cetakan pertama Dar Thuq an-Najah (1422)

3.2. Sunan at-Tirmidzi oleh Muhammad bin ‘Isa bin Saurah bin Musa bin adh-Dhahhak at-Tirmidzi Abu ‘Isa, tahkik dan komentar oleh Ahmad Muhammad Syakir (jil 1 &2), Muhammad Fuad ‘Abdul Baqi (jil. 3) dan Ibrahim ‘Athwah (4 & 5), cetakan kedua Mathba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi Mesir (1395/1975)

3.3. Musnad Ahmad bin Hanbal oleh Abu ‘Abdillah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad asy-Syaibani (meninggal 241), ditahkik oleh Ahmad Muhammad Syakir, cetakan pertama Dar al-Hadis Kaherah (1416/1995)

91

Page 92: Tafsir Surah Al-munafiqn

3.4. Takhrij Ahadith wa Athaar Kitab Fi Zhilal al-Quran li Sayyid Qutb oleh ‘Alawi bin 'Abdul Qadir as-Saqqaf , cetakan kedua Dar al-Hijrah (1995/1416)

3.5. Dhaif Sunan Tirmidzi oleh Sheikh Nasiruddin Albani (meninggal 1420H), ditahkik oleh Zahir asy-Syawish, di bawah pantauan Maktab at-Tarbiah al-'Arabi Li Dual al-Khalij Riyadh, edaran oleh Maktab Islami Beirut (cetakan pertama 1991-1411)

3.6. Silsilah Ahadith adh-Dha'ifah wa al-Maudhu'ah wa Atharuha as-Sayyi’ fi al-Ummah oleh Abu ‘Abdirrahman Muhammad Nasiruddin bin al-Hajj Nuh bin Najati bin Adam al-Albani (meninggal 1420), cetakan pertama Dar al-Ma’arif Riyadh (1412/1992)

3.7. Syarh Sahih al-Bukhari oleh Ibn Bathal Abu al-Hasan ‘Ali bin Khalaf bin ‘Abdul Malik (meninggal 449), ditahkik oleh Abu Tamim Yasir bin Ibrahim, cetakan kedua Maktabah ar-Rusyd Riyadh (1423/2003)

3.8. Fath al-Baari Syarh Sahih al-Bukhari oleh Ahmad bin ‘Ali bin Hajar Abu al-Fadhl al-'Asqalani asy-Syafie, diletakkan bab dan hadis oleh Muhammad Fuad ‘Abdul Baqi di bawah pantauan Muhibbuddin al-Khathib dan komentar oleh Sheikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz, cetakan Dar al-Ma’rifah Beirut (1379)

3.9. Tuhfatu al-Ahwazhi bi Syarh Jaami' at-Tirmdzhi oleh Abu al-'Ala' Muhammad ‘Abdurrahman bin ‘Abdurrahim al-Mubakfuri (meninggal 1353), Dar al-Kutub al-‘Ilmiah Beirut (t.t)

3.10. Sahih wa Dhaif Sunan Abi Daud oleh Sheikh Albani3.11. Sahih wa Dhaif Sunan at-Tirmidzi oleh Sheikh Albani3.12. al-Isti'ab fi Ma'rifati al-Ashab oleh Abu ‘Amr Yusuf bin

'Abdullah bin Muhammad bin 'Abdul al-Barr bin bin 'Ashim an-Namiri al-Qurthubi (meninggal pada 463H), komentar oleh ‘Ali

92

Page 93: Tafsir Surah Al-munafiqn

Muhammad al-Bajawi, Dar al-Jail Beirut (cetakan pertama 1992-1412)

3.13. Siyar A'laam an-Nubala' oleh Shamsuddin Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin 'Uthman Qaimaz azh-Zhahabi (meninggal 748H), Dar al-Hadis Kaherah (cetakan 2006-1427)

3.14. Asad al-Ghabah oleh Abu Hasan 'Ali bin Abi al-Karam Muhammad bin Muhammad bin 'Abdul Kareem bin 'Abdul al-Wahid asy-Syaibani al-Jarazi 'Izzuddin Ibn Athir (meninggal 630H), Dar al-Fikr Beirut (1989-1409)

3.15. al-Lu'lu' wa al-Marjan fima itafaqa 'alaihi asy-Syaikhan oleh Muhammad Fuad bin Abdul Baqi bin Soleh bin Muhammad (meninggal pada 1388H), Dar Ihya' al-Kutub al-'Arabiyyah (t.t)

4. SEERAH4.1. ar-Raheeq al-Makhtum karangan Sheikh Safiyyurrahman

al-Mubakfuri, Dar al-Wafa' Mansourah (cetakan keempat 2001-1422)

5. USUL FIQH 5.1. al-Bahru al-Muhith Fi Usul al-Fiqh oleh Abu ‘Abdillah

Badruddin Muhammad bin ‘Abdullah bin Bahadur az-Zarkashi (meninggal 794), cetakan pertama Dar al-Kuwaiti (1414/1994)

6. UMUM6.1. Al-Fatawa al-Kubra oleh Sheikh Mutawalli asy-

Sya’rawi,cetakan kedua Maktabah at-Turath al-Islamiy (2000/1421)

6.2. Majmu' al-Fatawa oleh Taqiuddin Abu al-'Abbas Ahmad bin 'Abdul Halim bin Taimiah al-Harrani (meninggal 728H), ditahkik oleh 'Abdul Rahman bin Muhammad bin Qasim, cetakan Mujamma' Malik Fahd Arab Saudi (1995/1416)

93

Page 94: Tafsir Surah Al-munafiqn

6.3. An-Nida' fi al-Lughah wa al-Quran oleh Dr Ahmad Muhammad Faris, Dar al-Fikr, Lubnan (cetakan pertama 1989M-1409H)

94