tafsir surah al baqarah 168-169

9
NAMA PENSYARAH: USTAZ SAIH BIN DAUD. NAMA: FAIZ FARHAN BIN JAMALUDIN TAJUK TAFSIR: SURAH AL-BAQARAH AYAT 168-169 (KERANA CARI MAKANAN)

Upload: zack93

Post on 17-May-2015

5.344 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tafsir surah al baqarah 168-169

NAMA PENSYARAH:USTAZ SAIH BIN DAUD.

NAMA: FAIZ FARHAN BIN JAMALUDIN

TAJUK TAFSIR:SURAH AL-BAQARAH AYAT 168-169

(KERANA CARI MAKANAN)

Page 2: Tafsir surah al baqarah 168-169

AYAT DAN TAFSIR 168…

� و�ال � �با ط�ي � �ال ح�ال ر�ض�� األ ف�ي م�م�ا � �وا �ل ك �اس� الن �ه�ا ي

� أ �ا ي�ين" م�ب ع�د�و$ �م� �ك ل �ه� �ن إ �ط�ان� ي الش� خ�ط�و�ات� � �ع�وا �ب �ت ت

Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh

yang terang nyata bagi kamu.

Page 3: Tafsir surah al baqarah 168-169

AYAT DAN TAFSIR 169..

اء �ف�ح�ش� و�ال وء� �الس� ب �م� ك م�ر�� �أ ي �م�ا �ن إ

�م�ون� �ع�ل ت � ال م�ا ;ه� الل ع�ل�ى � �وا �ق�ول ت �ن و�أ

Maksudnya: Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara

yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu

tidak ketahui (salah benarnya).

Page 4: Tafsir surah al baqarah 168-169

SEBAB TURUN AYAT 168…

Ayat ini menurut al-Kalbi diturunkan berkaitan dengan kabilah Thaqif, Khuza’ah dan ‘Amir bin Sa’sa’ah.

Mereka mengharamkan al-Bahirah (unta betina yang telah beranak lima kali dan pada kali kelima, ia melahirkan anak jantan.

Anak betina itu dinamakan wasilah, ia dibebas dan dibiarkan tanpa gangguan.Anak yang jantan pula tidak disembelih untuk berhala mereka) dan juga al-Ham (unta jantan yang telah membuntingkan unta betina sebanyak sepuluh kali, ia dibiarkan lepas bebas dan tidak diganggu).

Page 5: Tafsir surah al baqarah 168-169

KAITAN DENGAN AYAT SEBELUMNYA..

Sebelum ini telah diterangkan mengenai kedudukan syirik.Susulan itu, Allah s.w.t. menjelaskan pula

perintah-Nya dengan perkara yang baik serta berfaedah; iaitu dengan mengharuskan hambaNya memakan hasil bumi yang halal dan baik.Terdapat banyak jenis benda

yang baik, memadailah Allah S.W.T. menerangkan perkara-perkara haram yang perlu mereka hindari.

Page 6: Tafsir surah al baqarah 168-169

TAFSIR DAN ULASAN. Setelah menerangkan bahaya ikut-ikutan, datanglah seruan Allah kepada

seluruh manusia agar mengatur makanan: “Wahai manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi ini barang yang halal

lagi baik dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan.” (pangkal ayat 168).

Penting sekali peringatan ini ada hubungannya dengan ayat yang sebelumnya.

Kecurangan-kecurangan, penipuan dan mengelabui mata yang bodoh, banyak ataupun sedikit adalah hubungannya dengan perut asal berisi.

Maka apabila manusia telah mengatur minumnya, mencari dari sumber yang halal, bukan dari penipuan, bukan dari apa yang di zaman moden ini dinamai korupsi, maka jiwa akan terpelihara daripada kekasarannya.

Dalam ayat ini tersebut yang halal lagi baik.

Page 7: Tafsir surah al baqarah 168-169

Makanan yang halal ialah lawan dari yang haram; yang haram telah pula disebutkan dalam al-Qur’an, iaitu yang tidak disembelih, daging babi, darah, dan yang disembelih untuk berhala.

Tetapi hendaklah pula yang baik meskipun halal.

Misalnya daging lembu yang sudah disembelih, lalu dimakan saja mentah-mentah. Meskipun halal tetapi tidaklah tidak baik.

Atau kepunyaan orang lain yang diambil dengan tipudaya halus atau paksaan atau karena segan menyegan.

Karena segan diberikan orang juga, padahal hatinya merasa tertekan. Atau bergabung keduanya, yaitu tidak halal dan tidak baik; yaitu harta dicuri, atau seumpamanya.

Supaya lebih kita ketahui betapa besarnya pengaruh makanan halal itu bagi rohani daripada Ibnu Abbas, bahwa tatkala ayat ini dibaca orang di hadapan Nabi s.a.w., yaitu ayat: “Wahai seluruh manusia, makanlah dari apa yang di bumi ini, yang halal lagi baik,” maka berdirilah sahabat Rasulullah yang terkenal, yaitu Sa’ad bin Waqash. Dia memohon kepada Rasulullah supaya beliau memohon kepada Allah agar apa saja permohonan doa yang disampaikannya kepada Tuhan, supaya dikabulkan oleh Tuhan.

Page 8: Tafsir surah al baqarah 168-169

o Maka berkatalah Rasulullah s.a.w yang bermaksud.:

o “Wahai Sa’ad! Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tanganNya, sesungguhnya seorang laki-laki yamg melemparkan suatu suapan yang haram ke dalam perutnya, maka tidaklah akan diterima amalnya selama 40 hari. Dan barangsiapa di antara hamba Allah yang bertumbuh dagingnya dari harta haram dan riba, maka api lebih baik baginya.”

o Artinya, lebih baik makan api daripada makan harta haram. Sebab api dunia belum apa-apa jika dibandingkan dengan api neraka.

o Kemudian diperingatkan pula pada lanjutan ayat supaya jangan menuruti langkah-langkah yang digariskan oleh syaitan.

o Kalau syaitan mengajak satu langkah, pastilah itu langkah membawa ke dalam kesesatan.

o Syaitan akan bersedia menjadi pokrol mengajarkan bermacam jawaban membela diri kerana berbuat jahat. Keinginan syaitan ialah bahwa engkau jatuh, jiwamu menjadi kasar, dari yang tidak halal dan tidak baik. Dengan demikian maka rosaklah hidupmu.

Page 9: Tafsir surah al baqarah 168-169

Tentang langkah-langkah syaitan itu, menurut riwayat dari Ibnu Abi Hatim dari tafsiran Ibnu Abbas yang bermaksud:

“Apa sajapun yang menyalahi isi al-Quran itu adalah langkah-langkah syaitan.”

Menurut tafsiran dari Ikrimah, langkah-langkah syaitan ialah segala rayuan syaitan. Menurut Qatadah: “Segala maksiat yang dikerjakan, adalah itu dari langkah-langkah yang ditunjukkan syaitan.”Menurut Said bin Jubair ialah segala perbuatan buruk yang dibagus-baguskan oleh syaitan.

Dan ujumg ayat menerangkan lagi. “Dan supaya kamu katakan terhadap Allah hal-hal yang tidak kamu ketahui.” (ujung ayat 169).

Asalnya ialah karena tidak menjaga diri dalam hal makan, dalam hal syahwat perut. Akhirnya berlarut-larut menjadi kafir.

Ketika telah gagal, kerana tentu satu waktu akan gagal, maka keluarlah perkataan terhadap Allah dengan tidak berkentuan, sehingga ada yang mengatakan Allah tidak adil.