tafsir surah al balad

Upload: nur-islah

Post on 06-Apr-2018

309 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Tafsir Surah Al Balad

    1/15

    SURAH AL BALAD

    AYAT 1-20

  • 8/2/2019 Tafsir Surah Al Balad

    2/15

    Terjemahannya:

    1. Aku bersumpah Dengan negeri (Makkah) ini;

    2. Sedang Engkau (Wahai Muhammad) tinggal di negeri

    ini (sentiasa ditindas),

    3. Demi manusia Yang melahirkan zuriat, dan zuriat Yangdilahirkannya;

    4. Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasaDalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran(jasmani dan rohaninya);

  • 8/2/2019 Tafsir Surah Al Balad

    3/15

    5. Patutkah manusia Yang demikian keadaannya(terpedaya Dengan kekuasaan Yang ada padanya dan)menyangka Bahawa tidak ada sesiapapun Yang dapatmengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)?

    6. Manusia Yang demikian keadaannya (tidaklah patut

    ia bermegah-megah Dengan kekayaannya dan)berkata: Aku telah habiskan harta benda Yang banyak(dalam usaha menegakkan nama dan bangsa).

  • 8/2/2019 Tafsir Surah Al Balad

    4/15

    7. Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapunYang melihatnya (dan mengetahui tujuannyamenghabiskan harta bendanya itu?

    8. (Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) tidakkah Kami telah menjadikan baginya:dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dankekayaan Kami?) -

    9. Dan lidah serta dua bibir (untuk iamenyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?

  • 8/2/2019 Tafsir Surah Al Balad

    5/15

    10. Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan,(jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatanuntuk dijauhi)?

    11. Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan)

    merempuh masuk mengerjakan amal-amal Yang tinggidarjatnya di sisi Tuhan;

    12. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui: apa Dia

    amal-amal Yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?

    13. (di antara amal-amal itu bagi orang Yang mampu)ialah: memerdekakan hamba abdi;

  • 8/2/2019 Tafsir Surah Al Balad

    6/15

    14. Atau memberi makan pada hari kelaparan -

    15. Kepada anak yatim dari kaum kerabat,

    16. Atau kepada orang miskin yang terlantar di atastanah.

    17. Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia(tidak pula) menjadi dari orang-orang yang berimandan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.

  • 8/2/2019 Tafsir Surah Al Balad

    7/15

    18. (Ketahuilah! Bahawa orang-orang Yang berimanserta berusaha mengerjakan amal-amal Yang tinggidarjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihakkanan (yang akan beroleh Syurga).

    19. Dan (sebaliknya) orang-orang Yang kufur ingkarakan ayat-ayat keterangan kami, merekalah golonganpihak kiri. -

    20. Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka Yangditutup rapat (supaya kuat bakarannya).

  • 8/2/2019 Tafsir Surah Al Balad

    8/15

    1.MUQADDIMAH

    Al Balad yang bermakna NEGERI, termasuk dalamsurah makkiyah, diturunkan sesudah surah Qaaf. Iamengandungi 20 ayat, 82 kalimah, dan 320 huruf.

  • 8/2/2019 Tafsir Surah Al Balad

    9/15

    2.SYARAH TAFSIR

    Surah ini dimulakan dengan sumpah. Banyak surah yangdimulakan dengan sumpah. Ia menandakan selepasdaripada sumpah itu, Allah ingin menyampaikan perkara

    yang sangat penting.

    Allah bersumpah dengan al Baladyang merujuk kepadaMekah. Ini menunjukkan bahawa tanah Mekahmerupakan tanah yang mulia dan diberkati Allah. Ia jugadikenali dengan tanah haram yang memberi erti bahawa

    banyak perkara tidak boleh dilakukan ketika berada dalamtanah haram. Antaranya mencabut tumbuhannya,membawa balik sesuatu yang menjadi milik tanah haramseperti tanah dan batunya.

  • 8/2/2019 Tafsir Surah Al Balad

    10/15

    Ayat 2 merujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w.bertujuan untuk memuliakan rasulullah s.a.w. yangdilahirkan di tanah yang mulia, dan dilantik sebagainabi terakhir di tanah yang mulia.

    Allah ingin menekankan dalam ayat 4 bahawamanusia sentiasa dalam keadaan kesusahan, sama adajasmani dan rohani. Antara kesusahan yang dialamimanusia ialah susah menyara kehidupan, susah

    melahirkan anak, susah mencari harta benda, susahberamal kebajikan dan lain-lainnya. Kesusahan fizikalyang berlaku biasanya membawa kepada kesusahankepada rohani juga.

  • 8/2/2019 Tafsir Surah Al Balad

    11/15

    Sebab itu dalam ayat ke 5, Allah membuat pertanyaan

    adakah manusia mengira tiada seorang yang dapatberkuasa terhadapnya? bertujuan mengingatkanmanusia yang lupa asal usul, bahawa segala harta yangdiperolehi dan ke mana dibelanjakan akan ditanya

    oleh Allah. Lihatlah ayat 7 menekankan bahawa Allahmaha mengetahui segala isi hati manusia walaupunmakhluk lain tidak mampu membongkarnya.

    Seterusnya Allah mengingatkan manusia dalam ayat 8dan 9 bahawa segala nikmat yang besar-besar sepertikurniaan dua mata, lidah dan bibir merupakankurniaan Allah sebagai bukti kekuasaan dankekayaanNya.

  • 8/2/2019 Tafsir Surah Al Balad

    12/15

    Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis qudsi yangmaksudnya, Allah berfirman: Hai anak Adam, Aku telah

    memberimu nikmat yang amat banyak, engkau tidak akandapat menghitungnya dan mensyukurinya. Dua matauntuk engkau melihat dengannya dan aku beri tutup makagunakan untuk melihat benda yang Aku halalkan danapabila engkau melihat benda yang Aku haramkan maka

    tutuplah matamu. Juga Aku beri lidah kepadamu, juga Akuberi alat penutupnya, maka gunakannya untukmengucapkan apa yang Aku perintahkan dan halalkanbagimu, jika ada sesuatu yang aku haramkan makatutuplah rapat-rapat lidahmu, juga aku berikan kepadamukemaluan dan Aku beri tutup, maka pergunakanlahkemaluanmu itu untuk apa yang Aku halalkan dan jika adasesuatu yang Aku haramkan maka tutuplah. Hai anak

    Adam, engkau tidak sanggup menanggung murkaKu dantidak kuat menerima seksa pembalasanKu.

  • 8/2/2019 Tafsir Surah Al Balad

    13/15

    Lalu Allah menyebutkan dalam ayat ke 10 bahawamanusia diberi pilihan sama ada mengikuti jalan baikatau jalan jahat[1].

    Tapi manusia tidak mahu menempuh kesusahan(ayat11) dengan melakukan kebajikan sepertimemerdekakan hamba(ayat 13), memberi makanan

    kepada orang yang kebuluran(ayat 14) atau kepadaanak yatim dan kaum kerabat(ayat 15), atau kepadaorang miskin yang melarat(ayat 16).

  • 8/2/2019 Tafsir Surah Al Balad

    14/15

    Umumnya manusia terbahagi kepada dua golonganiaitu kanan dan kiri. Golongan kanan(ayat 18) ialahahli syurga yang berpesan-pesan dengan kesabarandan kasih sayang di dunia(ayat 17). Manakala golongankiri merupakan orang-orang kafir(ayat 19) yangsengsara hidupnya di akhirat akibat dihumban kedalam neraka yang bersifat menutup mereka(ayat 20).

  • 8/2/2019 Tafsir Surah Al Balad

    15/15

    3.PENGAJARAN

    Allah mengurniakan harta benda kepada manusiasebagai amanah untuk diuruskan dengan sebaiknyamenurut syarak kerana ia akan disoal dari mana

    diperolehi dan bagaimana dibelanjakan. Hargailah anggota tubuh badan yang dikurniakan

    Allah dengan mentaatiNya, bukan mengingkariNya.

    Allah yang bersifat Maha Adil telah menyediakan duajalan untuk kita lalui atas mukabumi ini, dan jalanyang kita pilih itu akan menentukan sama ada kitadibalas syurga atau neraka.