t2 b9 migrasi penduduk

2
2.09.1 Pengenalan 1. Migrasi penduduk melibatkan perpindahan atau penghijrahan seseorang dari sesuatu tempat ke tempat yang lain. 2. Terdapat dua jenis migrasi, iaitu migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa. 3. Migrasi dalaman melibatkan perpindahan penduduk di antara kawasan-kawasan dalam sesebuah negara. 4. Migrasi antarabangsa melibatkan penghijrahan penduduk dari satu negara ke negara yang lain. 2.09.2 Migrasi Penduduk Malaysia 1. Terdapat beberapa jenis migrasi dalaman di negara Malaysia, iaitu: a. luar bandar ke bandar – 11.9%; b. luar bandar ke luar bandar – 4.0%; c. bandar ke bandar – 67.5%; d. bandar ke luar bandar – 18.5%. 2. Negeri yang menerima paling banyak migran pada tahun 2000 ialah Selangor, iaitu 60 941 orang, diikuti oleh Johor (31 552 orang), Pulau Pinang (29 735 orang), dan Kedah (22 530 orang). 2.09.3 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Migrasi Penduduk Migrasi Penduduk dari Luar Bandar ke Bandar 1. Peratus penduduk bandar meningkat daripada 50.7% kepada 61.8% di antara tahun 1991 hingga 2001. 2. Migrasi luar bandar ke bandar melibatkan pergerakan penduduk ke bandar bagi mencari peluang pekerjaan dan melanjutkan pelajaran. 3. Kebanyakan penduduk berpindah ke bandar, bandar raya, dan kawasan perindustrian. 4. Faktor-faktor yang menggalakkan jenis migrasi penduduk ini ialah kestabilan politik, dasar kerajaan, peluang pekerjaan, kadar upah, kemudahan asas, peningkatan taraf pendidikan, keluarga, dan bencana alam. 5. Di negara Malaysia, migrasi luar bandar ke bandar banyak berlaku selepas negara mencapai kemerdekaan. 6. Kestabilan negara membolehkan kerajaan dengan pelbagai dasarnya membangunkan negara dengan mengadakan pelbagai insentif pelaburan asing. 7. Pelabur asing mendirikan banyak kilang dan hal ini menambahkan peluang pekerjaan dan menggalakkan perpindahan penduduk ke bandar. 8. Perkembangan bandar-bandar utama di negara Malaysia telah mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang ekonomi. 9. Banyak peluang pekerjaan wujud dalam sektor perkhidmatan, pelancongan dan kewangan, perniagaan, perindustrian, pembinaan, dan pentadbiran di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Georgetown, Johor Bahru, Ipoh, dan Kota Kinabalu. 10. Hal ini menyebabkan penduduk luar bandar berpindah ke bandar bagi mendapatkan peluang pekerjaan dengan kadar upah yang tinggi.

Upload: damairin-selangor

Post on 13-Sep-2015

21 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Penduduk

TRANSCRIPT

2.09.1 Pengenalan1. Migrasi pendudukmelibatkanperpindahanataupenghijrahanseseorang dari sesuatu tempat ke tempat yang lain.2. Terdapat dua jenis migrasi, iaitumigrasi dalamandanmigrasi antarabangsa.3. Migrasi dalaman melibatkan perpindahan penduduk di antara kawasan-kawasan dalam sesebuah negara.4. Migrasi antarabangsa melibatkan penghijrahan penduduk dari satu negara ke negara yang lain.

2.09.2 Migrasi Penduduk Malaysia1. Terdapat beberapa jenis migrasi dalaman di negara Malaysia, iaitu:a. luar bandar ke bandar 11.9%;b. luar bandar ke luar bandar 4.0%;c. bandar ke bandar 67.5%;d. bandar ke luar bandar 18.5%.2. Negeri yang menerima paling banyak migran pada tahun 2000 ialah Selangor, iaitu 60 941 orang, diikuti oleh Johor (31 552 orang), Pulau Pinang (29 735 orang), dan Kedah (22 530 orang).

2.09.3Faktor-faktor yang Mempengaruhi Migrasi Penduduk

Migrasi Penduduk dari Luar Bandar ke Bandar1. Peratus penduduk bandar meningkat daripada 50.7% kepada 61.8% di antara tahun 1991 hingga 2001.2. Migrasi luar bandar ke bandar melibatkan pergerakan penduduk ke bandar bagi mencari peluang pekerjaan dan melanjutkan pelajaran.3. Kebanyakan penduduk berpindah ke bandar, bandar raya, dan kawasan perindustrian.4. Faktor-faktor yang menggalakkan jenis migrasi penduduk ini ialahkestabilan politik, dasar kerajaan, peluang pekerjaan,kadar upah,kemudahan asas,peningkatan taraf pendidikan,keluarga, danbencana alam.5. Di negara Malaysia, migrasi luar bandar ke bandar banyak berlaku selepas negara mencapai kemerdekaan.6. Kestabilan negara membolehkan kerajaan dengan pelbagai dasarnya membangunkan negara dengan mengadakan pelbagai insentif pelaburan asing.7. Pelabur asing mendirikan banyak kilang dan hal ini menambahkan peluang pekerjaan dan menggalakkan perpindahan penduduk ke bandar.8. Perkembangan bandar-bandar utama di negara Malaysia telah mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang ekonomi.9. Banyak peluang pekerjaan wujud dalam sektor perkhidmatan, pelancongan dan kewangan, perniagaan, perindustrian, pembinaan, dan pentadbiran di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Georgetown, Johor Bahru, Ipoh, dan Kota Kinabalu.10. Hal ini menyebabkan penduduk luar bandar berpindah ke bandar bagi mendapatkan peluang pekerjaan dengan kadar upah yang tinggi.11. Kegiatan ekonomi terutamanya pertanian di kawasan luar bandar adalah terhad.12. Kadar upah yang diberikan adalah rendah dan tidak tetap.13. Bandar raya Shah Alam, Georgetown, dan Johor Bahru juga berfungsi sebagaipusat pentadbirandan ini menambahkan peluang pekerjaan.14. Penubuhan pusat pentadbiran di Putrajaya telah menggalakkan perpindahan penduduk ke pusat bandar yang baru ini.15. Di kawasan bandar, banyak terdapat institusi pendidikan tinggi awam dan swasta. Contohnya Universiti Malaya (UM) dan Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).16. Penduduk dari luar bandar khususnya golongan remaja berpindah ke bandar untuk melanjutkan pengajian mereka dan menetap di situ kerana terdapat banyak peluang pekerjaan yang baik.17. Di kawasan luar bandar terutama di kawasan pedalaman kurang kemudahan asas seperti bekalan air bersih, bekalan tenaga elektrik, kemudahan pengangkutan dan perhubungan.18. Di bandar-bandar pula terdapat banyakkemudahan kesihatan,sistem perhubunganyang baik, pelbagaipusat rekreasidanpusat beli belah.19. Cara hidup moden yang selesa sebegini menarik golongan muda khususnya dari luar bandar berpindah ke bandar.Migrasi Penduduk dari Luar Bandar ke Luar Bandar1. Migrasi penduduk dari kawasan luar bandar ke luar bandar melibatkan pergerakan penduduk antara negeri atau dalam negeri.2. Pergerakan jenis ini biasanya berlaku dengan pembukaan tanah rancangan oleh pihak kerajaan, khususnya melalui:a. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA);b. Rancangan Pembangunan Wilayah seperti:i. Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA);ii. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH);iii. Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).3. Petani di kawasan luar bandar yang berpenduduk padat, kebanyakannya mempunyai keluasan tanah yang kecil kerana pembahagian tanah pusaka dan daya pengeluaran adalah rendah.4. Di bawah rancangan tanah baru ini, golongan yang tidak memiliki tanah diberikan bantuan dan tanah.5. Tujuan pembukaan tanah rancangan ini ialah untukmengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.6. Pembukaan rancangan pembangunan tanah ini menyebabkan migrasi penduduk secara besar-besaran.7. Kesan-kesan pembukaan kawasan tanah rancangan:a. penambahan jumlah penduduk di kawasan-kawasan yang menerima migran;b. wujudnyapetempatan baru;c. bertambahnyahasil tanaman untuk dieksport;d. kadar kemiskinanmenurun kerana pendapatan peneroka bertambah dan taraf hidup meningkat.