t2-b14-keperluan pengangkutan dan perhubungan

5
2.14.1 Pengangkutan dan Perhubungan Awal Pengangkutan 1. Pada zaman dahulu, manusia menggunakan jalan darat dan jalan air untuk menghubungi satu tempat dengan tempat yang lain. 2. Perdagangan juga dijalankan melalui jalan darat dan jalan air. 3. Penduduk awal bergerak dari satu tempat ke satu tempat melalui denai dan lorong. 4. Gajah atau kereta lembu digunakan untuk mengangkut padi, sayur-sayuran, rotan, damar, dan buah-buahan. 5. Hasil-hasil ini dibawa ke pekan untuk diniagakan. 6. Denai dan lorong digunakan juga untuk menghubungkan kawasan pedalaman dengan sungai. 7. Keadaan muka bumi yang berbukit bukau, berhutan tebal, dan berpaya menyebabkan jalan darat sukar direntasi dan dihubungi. 8. Barangan yang diangkut agak terhad dan masa yang diambil pula agak lama. 9. Pengangkutan air, iaitu melalui sungai dan laut merupakan pengangkutan awal yang penting. 10. Perahu, rakit, dan jong (kapal layar Cina) digunakan sebagai alat untuk mengangkut barangan, orang, dan surat perutusan. 11. Pada masa itu, perdagangan yang dijalankan adalah melalui sistem barter atau bertukar barang dan penggunaan mata wang, iaitu siput, dan duit emas. 12. Cendana, damar, rotan, buluh, dan gading diperdagangkan. 13. Melalui sungailah hasil-hasil dagangan ini dibawa ke tempat-tempat lain untuk ditukarkan dengan hasil yang lain. 14. Pedagang dari negara China menjual sutera, teh, dan barang tembikar. Perhubungan 1. Manusia pada zaman dahulu menghubungi manusia di tempat lain dengan menggunakan isyarat asap dan bunyi. 2. Api digunakan untuk mengeluarkan asap ke udara bagi memberikan isyarat yang dapat difahami pihak yang lain. 3. Isyarat asap digunakan untuk memberitahu isyarat penting seperti ancaman musuh. 4. Isyarat bunyi dihasilkan melalui laungan atau memukul beduk atau ketuk- ketuk dengan batang kayu/ balak. Beduk Ketuk-ketuk

Upload: damairin-selangor

Post on 13-Sep-2015

135 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pengangkutan

TRANSCRIPT

2.14.1 Pengangkutan dan Perhubungan AwalPengangkutan1. Pada zaman dahulu, manusia menggunakan jalan darat dan jalan air untuk menghubungi satu tempat dengan tempat yang lain.2. Perdagangan juga dijalankan melaluijalan daratdanjalan air.3. Penduduk awal bergerak dari satu tempat ke satu tempat melaluidenaidanlorong.4. Gajahataukereta lembudigunakan untuk mengangkut padi, sayur-sayuran, rotan, damar, dan buah-buahan.5. Hasil-hasil ini dibawa ke pekan untuk diniagakan.6. Denai dan lorong digunakan juga untuk menghubungkan kawasan pedalaman dengan sungai.7. Keadaan muka bumi yang berbukit bukau, berhutan tebal, dan berpaya menyebabkan jalan darat sukar direntasi dan dihubungi.8. Barangan yang diangkut agak terhad dan masa yang diambil pula agak lama.9. Pengangkutan air, iaitu melalui sungai dan laut merupakan pengangkutan awal yang penting.10. Perahu,rakit, danjong(kapal layar Cina) digunakan sebagai alat untuk mengangkut barangan, orang, dan surat perutusan.11. Pada masa itu, perdagangan yang dijalankan adalah melaluisistem barterataubertukar barangdanpenggunaan mata wang, iaitu siput, dan duit emas.12. Cendana, damar, rotan, buluh, dan gading diperdagangkan.13. Melalui sungailah hasil-hasil dagangan ini dibawa ke tempat-tempat lain untuk ditukarkan dengan hasil yang lain.14. Pedagang dari negara China menjual sutera, teh, dan barang tembikar.Perhubungan1. Manusia pada zaman dahulu menghubungi manusia di tempat lain dengan menggunakanisyarat asapdanbunyi.2. Api digunakan untuk mengeluarkan asap ke udara bagi memberikan isyarat yang dapat difahami pihak yang lain.3. Isyarat asap digunakan untuk memberitahu isyarat penting seperti ancaman musuh.4. Isyarat bunyi dihasilkan melaluilaunganatau memukulbeduk atau ketuk-ketukdenganbatang kayu/balak.

BedukKetuk-ketuk

Rajah 2.13.1Alat-alat perhubungan awal

5. Alat-alat perhubungan ini digunakan untuk tujuan yang tertentu.6. Isyarat ini digunakan juga untuk mengumpulkan orang kampung bagi tujuan lain.

2.14.2Keperluan Pengangkutan dan Perhubungan Awal Pada Zaman Penjajah

1. Kedatangan British ke Tanah Melayu yang bermula pada abad 1800-an telah mempengaruhi perkembangan pengangkutan dan perhubungan di negara Malaysia.Pengangkutan Darat1. Jalan pengangkutan seperti jalan kereta api, jalan raya, dan pelabuhan dibina oleh pihak British untuk memudahkan kegiatan mengeksport sumber bijih timah dan getah.2. Pada tahun 1885, Kerajaan British telah membina landasan kereta api yang pertama dariTaipingkePort Weld(Kuala Sepetang) bagi mengangkut bijih timah untuk dieksport.3. Selepas ini, landasan kereta api dibina dariSerembankePort Dicksonpada tahun 1891.4. Menjelang akhir abad ke-19, landasan kereta api dibina bagi menghubungkanKuala LumpurdenganPort Swettenham.5. Pembinaan dan perkembangan sistem kereta api ini telah mengubah kegiatan ekonomi negara daripadasara diri(tanaman untuk keperluan sendiri) kepada ekonomi eksport.

Peta 2.13.1Landasan kereta api dibina oleh pihak British untuk membawa hasil keluar

6. Tumpuan kegiatan ekonomi di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia, menyebabkan kawasan ini mempunyai rangkaian pengangkutan yang lebih padat daripada bahagian pantai timurnya.7. DiSabah, landasan kereta api dibina dariWestonkeBeaufortdan dariTenomkeJesselton(Kota Kinabalu).8. Di Sarawak, landasan kereta api dibina untuk menghubungkan bandar Kuching dengan Batu 10 (sepanjang 6.21 km).9. Landasan ini tidak begitu penting kerana Sarawak masih bergantung pada sistem pengangkutan air untuk mengangkut hasil pertanian.10. Pembukaan kawasan perlombongan bijih timah di kawasan pedalaman juga menyebabkan pembinaan jalan raya.11. Jalan raya pertamadibina ialahjalan kereta lembuyang menghubungkanTaipingdenganMatangdan kemudiannya keKriandan seterusnya keSeberang Perai.12. Bijih timah, buruh, dan keperluan perlombongan dapat diangkut dari stesen kereta api dan pelabuhan melalui jalan raya ke kawasan perlombongan atau sebaliknya.13. Jaringan jalan raya ini menghubungkan kawasan perlombongan di Larut ke Pelabuhan Pulau Pinang.14. Pada masa ini, jenis kenderaan yang digunakan ialahkereta lembu,beca (lanca), dankereta kuda.

Rajah 2.13.2Jenis kenderaan pada zaman dahulu, iaitu beca (lanca)

15. Loridanbasdigunakan denganpenemuan enjindankenderaan bermotor.16. Peningkatan dalam penggunaan kedua-dua jenis kenderaan ini menjadikan sistem pengangkutan jalan raya lebih penting daripada jalan kereta api.17. Ciriketersampaiannya(darjah senang atau susah/payah untuk sampai ke sesuatu kawasan) memudahkan barang diangkut dari kilang/gudang ke kedai secara terus ke tempat yang hendak dituju.Pengangkutan Air1. Pada zaman penjajahan British, pengangkutan air, iaitu melalui sungai dan pelabuhan adalah penting.2. Tongkangdankapal susur pantaidigunakan untuk mengangkut bekalan makanan, jentera, dan buruh.3. Hasil dibawa ke gudang yang terletak di tepi-tepi sungai sebelum dipunggah ke kapal-kapal untuk dieksport.4. Kapal wapdigunakan untuk membawa hasil seperti bijih timah dan getah ke negara penjajah.5. Pengangkutan air juga membolehkan kemasukan buruh asing dari negara India dan negara China ke Tanah Melayu.6. Pihak British telah membukaPelabuhan Pulau Pinang,Port Swettenham, danPelabuhan Labuan.7. Port Dickson dan Port Swettenham telah berkembang sebagai pelabuhan yang menjadi pusat untuk:a. mengeksport barang seperti bijih timah dan getah;b. mengimport barang buatan dan perkakas kilang.Perhubungan Awal1. Penjajah British juga telah memulakan perhubungan awal melaluiposdantelegraf.2. Pada tahun 1862, Jabatan Perkhidmatan Pos yang pertama telah ditubuhkan di Negeri-negeri Selat yang beribu pejabat di Pulau Pinang. Perkhidmatan yang disediakan hanya mengendalikansurat-menyurat.3. Selepas itu, perkhidmatan ini berkembang kepada pengangkutan surat khabar, dokumen perniagaan, bungkusan, dan insurans.4. Perkembangan jalan darat membolehkan penghantaran pos yang lebihteraturdancepatserta perkembanganjaringan telegraf.5. Perkembangan telegraf selari dengan perkembangan landasan kereta api.6. Ini telah memperkenalkan kaedah perhubungan yang lebihpantasdi antara bandar-bandar besar.7. Sistem perhubungan telegraf ini sangatlah penting dalam pentadbiran dan penguatkuasaan penjajahan negeri-negeri Melayu.8. Pada peringkat awal, sistem telegraf ini dibina untuk:a. menjaga kepentingan pihak British di kawasan perlombongan di Perak dan Selangor;b. membolehkan maklumat dan arahan dari pusat pentadbiran jajahan di Singapura disampaikan dengan cepat dan lebih efisien ke pusat pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu.9. Di negara Malaysia, perkhidmatantelefonmula diperkenalkan di Negerinegeri Selat pada tahun 1886.10. Pada masa itu telefon digunakan bagi tujuan keselamatan dan dipasang untuk menghubungi balai polis.11. Kemudiannya, telefon digunakan bagi tujuan pentadbiran dan oleh peniaga, pemodal, dan pengusaha estet yang memerlukan maklumat dengan lebih cepat.12. Keadaan ini meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan telefon dan menyebabkan perkembangan jaringan telefon di negara Malaysia.