t1a4-noriza abu bakar

4
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP PPG JANUARI 2015 TUGASAN T1A4 NOMBOR MATRIKULASI: 680126025142001 NOMBOR KAD PENGENALAN: 680126025142 NO TELEFON: 0125248217 EMEL : [email protected] PENSYARAH: USTAZ NIK ABDUL MALIK BIN NIK HUSSEIN PUSAT PEMBELAJARAN PERAK

Upload: kumaran-vijayan

Post on 23-Dec-2015

11 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

REFKLEKSI

TRANSCRIPT

Page 1: t1a4-Noriza Abu Bakar

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP PPG JANUARI 2015

TUGASAN T1A4

NOMBOR MATRIKULASI: 680126025142001

NOMBOR KAD PENGENALAN: 680126025142

NO TELEFON: 0125248217

EMEL : [email protected]

PENSYARAH: USTAZ NIK ABDUL MALIK BIN NIK HUSSEIN

PUSAT PEMBELAJARAN PERAK

Page 2: t1a4-Noriza Abu Bakar

JURNAL REFLEKTIF

Pada permulaan pemerhatian terdahulu saya berasa amat sedih melihat penguasaan anak didik

saya mengenai pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kebanyakan murid-murid di sekolah ini

mengatakan bahawa pelajaran ini susah kerana mereka sering kali menghadapi masalah dalam

mengikut langkah- langkah yang diberikan oleh guru. Setiap kali ujian atau peperiksaan

dijalankan, mereka akan mendapat markah yang sedikit. Melalui pemerhatian yang dijalankan

didapati mereka mengalami kesukaran dalam banyak perkara. Masalah paling ketara adalah

apabila mengikut langkah penghasilan. Kebanyakan murid-murid ini masih lagi keliru. Mereka

tidak dapat mengikut arahan guru dengna betul. Walaupun mereka boleh mengikut

penerangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan didalam kelas, tetapi

mereka akan mengalami masalah dalam mengingat langkah ini jikalau mereka tidak

dapat memahaminya. Masalah ini telah saya kesan semasa saya mula mengajar di dalam

kelas tahun 3.

Penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual

adalah merupakan suatu strategi para panitia seni dalam usaha untuk mempelbagaikan kaedah

serta strategi dalam pengajaran seni dan seterusnya dapat mempastikan objekif pengajaran yang

dirancangkan dapat tercapai dengan sepenuhnya. Pengaplikasian persembahan multimedia dalam

pengajaran serta pembelajaran Pendidikan Seni Visual adalah suatu bentuk persembahan yang

dapat mengabungjalinkan unsur-unsur seperti teks, grafik, audio, video serta elemen animasi.

Melalui penggunaan persembahan multimedia ini, segala kemahiran, pengetahuan serta

maklumat yang disampaikan semasa pengajaran akan dapat disampaikan secara menarik serta

berkesan. Keadaan tersebut akan membantu para pelajar untuk menjalani pengajaran dan

pembelajaran secara efektif dan menyeronokkan.

Penggunaan perisian mutimedia (Power Point ) sebagai alat bantu mengajar dalam mata

pelajaran Pendidikan Seni Visual mampu mewujudkan suatu bentuk pembelajaran yang berkesan

serta bermutu. Perkara utama yang harus diberi tumpuan semasa membina perisian persembahan

Page 3: t1a4-Noriza Abu Bakar

elektronik adalah dengan mengabungkan unsur-unsur animasi, hyperlink, grafik ,audio, video

dan juga teks. Usaha tersebut bukan sahaja bertujuan untuk menjadikan persembahan menarik

serta mencabar, tetapi juga mampu menarik perhatian pelajar.

Reka bentuk pengajaran dan pembelajaran berbantukan multimedia merupakan satu disiplin

tentang kefahaman dan penambahbaikan proses pengajaran secara sistematik bagi memperolehi

nilai tambah dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh seorang guru.